Sabtu, Mei 25, 2013

RCI: Pendatang Haram Mengaku Terlibat 'Projek IC' Di Sabah


Loading...

Keluarga rakyat asing mengatakan mereka menerima kad pengenalan biru di Sabah melalui “Projek IC” sebelum memohon untuk pendaftaran lewat bagi anak-anak mereka,” kata seorang pegawai mahkamah kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang tanpa izin di Sabah.

Projek IC

Melissa Chia, pendaftar kanan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memberi keterangan hari ini bahawa rakyat asing, kebanyakkannya warga Filipina dan Indonesia tanpa surat beranak Malaysia, membuat permohonan seperti itu untuk anak-anak mereka apabila beliau bekerja sebagai magistret di Tawau dan Semporna semenjak 2008.

“Mereka kata, ‘Saya tidak mempunyai surat beranak kerana dapat IC melalui Projek IC,’” kata Chia semasa RCI.

“Mereka kata, ‘Jadi semasa saya bekerja di kem atau industri kayu, terdapat kumpulan yang memberi saya borang untuk memohon. Jadi saya ikut dan pohon. Saya dapat IC biru,” tambahnya apabila ditanya apa maksud keluarga rakyat asing dengan “Projek IC.”

Chia mengatakan beliau tidak mempunyai angka rasmi berapa ramai warga asing memberitahunya mereka menerima kad pengenalan biru melalui “Projek IC”.

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui “Projek IC”, di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan “Projek IC”.

Sindiket melibatkan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendapat RM11 juta hasil daripada penjualan kad pengenalan (IC) kepada pendatang haram di Sabah, kata Pegawai Polis Kanan Cawangan Khas (SB) Ahmad Fauzan Mohamad Febuari 2013.

Sebelum itu bekas pengarah JPN Ramli Kamarudin, bagaimanapun, memberitahu RCI pada Januari bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Megat Junid Megat Ayub mengarahkan dirinya untuk mengeluarkan resit JPN, yang sama dengan nama dan nombor kad pengenalan pengundi berdaftar kepada pendatang.

Ramli telah mengatakan lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), di mana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.

Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi DUN.

Akan tetapi beberapa ADUN PBS belot menyertai Barisan Nasional (BN) sejurus selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh.

BACA INI JUGA: Alangkah Mudahnya Mendapatkan MyKad Palsu Di Malaysia!

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon