Thursday, September 19, 2013

RCI: Anwar Mengaku Tidak Tahu Langsung Mengenai 'Projek IC'

RCI: Anwar Mengaku Tidak Tahu Langsung Mengenai 'Projek IC'

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan penglibatan dalam projek dikenali "Projek IC" di Sabah semasa beliau menjadi anggota Kabinet persekutuan, termasuk semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri sehingga pemecatannya pada 1998.

PROJEK IC - RCI

Malah, beliau memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah, beliau tidak tahu langsung mengenai "Projek IC" tetapi ada mendengar mengenai kewujudan pasukan petugas khas yang menguruskan kemasukan pendatang asing dan memberikan mereka kad pengenalan (IC) di negeri itu.

"Sepanjang karier saya sebagai anggota Kabinet dan malah sebagai timbalan perdana menteri, saya tidak pernah dijemput untuk menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara atau mana-mana taklimat mengenai pasukan petugas khas, dan juga tiada sebarang laporan dibentangkan kepada Kabinet.

"Malah semasa saya menjadi pemangku perdana menteri, saya tidak pernah diberi taklimat atau menghadiri mesyuarat, atau menandatangani mana-mana fail berkaitan perkara itu," katanya.

Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), menggambarkan pasukan petugas khas itu sebagai "operasi rahsia" dan percaya operasi itu berterusan dan pasukan petugas khas itu tidak pernah dibubarkan.

Ditanya oleh Pengerusi RCI Tan Sri Steve Shim Lip Kiong sekiranya beliau bersetuju bahawa sistem Malaysia berhubung pemberian taraf warganegara adalah lemah, Anwar tidak bersetuju.

Kepada soalan Pegawai Pengendali Manoj Kurup mengenai cadangannya untuk membetulkan masalah itu, termasuk memanggil balik dan mengeluarkan semula IC atau berdepan risiko dihantar pulang, beliau berkata ia idea yang baik.

Anwar, yang merupakan saksi ke-210 berkata kerajaan mempunyai hak untuk menarik balik IC yang telah diberikan kepada warga asing.

"Kita tidak perlu memberikan mereka kewarganegaraan, tetapi mungkin, meletakkan mereka dalam kategori berbeza (untuk membezakan mereka dengan rakyat Malaysia yang tulen) untuk membolehkan mereka tinggal di negara ini," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Friday, September 13, 2013

Anwar Ibrahim Cuba Hentikan 'Projek IC' Ketika Menjadi Timbalan PM?

Anwar Ibrahim Cuba Hentikan 'Projek IC' Ketika Menjadi Timbalan PM?

Sekiranya "Projek IC" menjadi agenda kerajaan ketika zaman pemerintahannya, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan timbalannya yang ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pasti akan menghentikan projek berkenaan.

RCI: Projek IC

Tanpa menamakan Anwar, bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini menegaskan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah kerana mereka mengetahui polisi kerajaan.

"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" soalnya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.

"Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah.

Dr Mahathir, 88, kelmarin berkata beliau tidak pernah mengetahui kewujudan Projek IC dan mendakwanya telah disalah guna.

“Saya tidak pernah tahu mengenai Projek IC sehinggalah baru-baru ini,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan panel RCI.

Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak kisah apabila namanya digunakan, dan berkata namanya digunakan di banyak tempat dan beliau digelar perkauman dan seorang ultra.

“Saya tidak pernah peduli dan kisah mengenai perkara itu,” katanya dan menambah tidak pernah memberi sebarang arahan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh atau mana-mana individu merujuk kepada pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing.

Dr Mahathir berkata, tiada keperluan untuknya mengeluarkan arahan supaya pendatang asing diberikan kad pengenalan kerana ia dilakukan mengikut undang-undang sedia ada dan tidak perlu arahan berikutan ia adalah proses biasa.

Ketika ditanya sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha Harun ada meminta kebenarannya mengenai pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing, Dr Mahathir berkata, beliau tidak ingat ada memberi sebarang arahan tertentu tetapi ada menasihati Mustapha supaya mengikut undang-undang.

Beliau bagaimanapun berkata sering terjadi arahannya disalahertikan oleh menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Katanya, beliau selalu mengadakan mesyuarat selepas mesyuarat pasca Kabinet untuk menjelaskan lagi arahannya bagi memastikan arahannya itu jelas dan difahami.

Hanya Yang Layak Dapat Kad Pengenalan


Kerajaan tidak pernah ada polisi yang membenarkan kad pengenalan (IC) Malaysia diberikan kepada imigran di Sabah yang tidak layak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu panel prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah bahawa pendirian kerajaan hanyalah mengiktiraf mereka yang layak sahaja akan diberikan taraf kewarganegaraan.

Tampil memberi keterangan selama hampir 90 minit, Dr Mahathir berkata antara kriteria yang digunakan untuk mengeluarkan kad pengenalan ialah orang yang asing yang tinggal di negara ini untuk tempoh yang lama, dapat bertutur dalam bahasa tempatan serta mengamalkan budaya hidup masyarakat tempatan.

Beliau berkata pengeluaran kad pengenalan kepada orang asing di negeri itu adalah disebabkan oleh pengawai berpangkat rendah mengeluarkan dokumen sedemikian.

Dr Mahathir yang tiba di Kota Kinabalu pada Selasa tampil sebagai dihadapan panel RCI sebagai saksi ke-209.

Beliau juga mendakwa tidak pernah mendengar mengenai “Projek IC” sehingga baru-baru ini dan tidak pernah mengeluarkan mana-mana perintah berkaitan pemberian kad pengenalan secara sembarangan kepada pendatang asing di Sabah.

Bekas perdana menteri yang berpakaian sut kelabu lengkap dengan tali leher merah dan kemeja ungu dan berusia 88 tahun itu mengundang tawa mahkamah yang penuh sesak apabila dengan sinis berkata:”Terima kasih banyak kepada pegawai Manoi Kurup yang memberitahunya bahawa Projek IC juga dikenali sebagai Projek M, M maknanya untuk Mahathir.

“Saya tidak pernah tahu mengenai Projek IC sehinggalah baru-baru ini,” katanya .

Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak kisah apabila namanya digunakan, dan berkata namanya digunakan di banyak tempat dan beliau digelar perkauman dan seorang ultra.

“Saya tidak pernah peduli dan kisah mengenai perkara itu,” katanya dan menambah tidak pernah memberi sebarang arahan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh atau mana-mana individu merujuk kepada pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini dikawal lebih ketat daripada biasa dengan jumlah pengunjung lebih ramai sejak RCI bermula, apabila tersebar mengenai saksi ke-209 RCI ialah saksi paling terkemuka. Polis memeriksa lebih 140 orang yang memasuki ruang mahkamah dengan alat pengesan logam.

Ramai yang lain, kebanyakannya penyokong Dr Mahathir menunggu dengan sabar di luar mahkamah. Tun Siti Hasmah Ali, isteri Dr Mahathir adalah yang pertama masuk ke dalam mahkamah kira-kira jam 9.24 pagi sebelum perdana menteri paling lama berkhidmat itu memasuki mahkamah, beberapa minit kemudian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, August 15, 2013

RCI: Pairin Diarah Tutup Mulut Pendatang Asing Diberikan IC!

RCI: Pairin Diarah Tutup Mulut Pendatang Asing Diberikan IC!

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan maklum tentang masalah pendatang asing di Sabah sejak 1970-an namun ditegah oleh partinya, Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) untuk membawa isu berkenaan kepada umum.

RCI - Pairin Diarah Tutup Mulut Pendatang Diberikan IC!

Beliau memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah bahawa beliau pernah ditanya oleh seorang wartawan tentang isu berkenaan pada 1977.

"Saya menjelaskan masalah itu adalah di bawah urusan kerajaan persekutuan dan merekalah yang harus menyelesaikan isu itu," jelas Pairin kepada lima panel inkuiri.

Saksi yang ke 199 itu berkata sebaik beliau pulang ke Sabah, beliau telah diingatkan oleh pemimpin atasan Parti Berjaya. Pada ketika itu, Pairin merupakan pembantu kepada setiausaha agung parti yang diketuai oleh Tan Sri Harris Mohd Salleh dan Ketua Menteri Sabah ketika itu dari 1976 hingga 1985.

"Saya tidak pasti sebab saya diperingatkan sedemikian namun difahamkan isu pendatang asing yang diberikan kad pengenalan yang kemudian diarah untuk merahsiakannya," kata ahli politik veteran itu kepada RCI.

"Pendatang asing membanjiri Sabah tanpa sebarang dokumen dan mengundang pelbagai masalah kepada penduduk tempatan. Mereka merampas pekerjaan warga tempatan, merusuh di sesetengah tempat di Kota Kinabalu dan mencalar imej negeri," kata Pairin.

Katanya, beliau memaklumkan kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada hujung 1980-an mengenai isu pendatang asing di Sabah. Pada masa itu, Pairin baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-7.

Pairin pernah mengadakan program pengampunan untuk pendatang asing di Sabah iaitu permit kerja dikeluarkan jika mereka membuktikan digaji oleh majikan warga Malaysia.

"Program yang dilancarkan pada Jun 1988 dengan lebih 60,000 pendatang asing diberikan permit untuk bekerja secara sah di Sabah. Namun, Jabatan Imigresen mengetahui hal itu dan menamatkan program berkenaan,” katanya.

Pairin mendakwa cadangan mengadakan program seumpama itu mendapat reaksi negatif dari kerajaan persekutuan.

Beliau turut menambah kemenangan tipis Parti Bersatu Sabah pada pilihan raya negeri 1994 adalah disebabkan pengundi hantu.

Katanya, pengundi hantu adalah pendatang asing yang mempunyai kad pengenalan palsu.

"Kami membawa isu ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan meminta untuk membuang nama yang meragukan. Namun, nama itu muncul semula dalam pilihan raya seterusnya.

"Pada 2007, ketika PBS kembali kepada BN, kami bertemu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beliau menyatakan masalah pendatang asing ini perlu ditangani kerana mengancam keselamatan dan kedaulatan Malaysia,” katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: news.yahoo

Friday, June 21, 2013

RCI: Pendatang Filipina Dilantik Setiausaha Umno Cawangan!

RCI: Pendatang Filipina Dilantik Setiausaha Umno Cawangan!

Saksi di kalangan pendatang Filipina, Shukor Abdullah, 53, berkata kepada Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini memberitahu beliau merupakan Setiausaha Umno Cawangan Kampung Tanjong Kapor, Kudat di Sabah.


Shukor, yang lahir di Filipina pada 1960 berkata, beliau datang ke Sabah melalui jalan laut sebagai pelarian perang dari Filipina, dan kemudiannya memperolehi kad pengenalan biru.

"Saya pernah memohon kad pengenalan hijau, tak dapat, kemudian saya mohon kad pengenalan biru, dapat," kata Shukor kepada panel RCI di Mahkamah Tinggi Sabah hari ini.

Saksi ke-132 dalam RCI itu turut berkata beliau datang ke Sabah pada 1976, dan kemudiannya dalam tahun 1982 mendirikan rumah tangga dengan isterinya yang juga merupakan warga Filipina.

Beliau kemudiannya memohon kad pengenalan menggunakan surat akuan daripada ketua kampung, dan terpaksa menggunakan tempat lahir di Kudat, bagi membolehkan beliau memperolehi kad pengenalan.

"Saya mendapat kad pengenalan kurang setahun selepas membuat permohonan di Kudat," katanya.

Ditanya mengapa beliau melakukan tindakannya itu yang bertentangan dengan sistem perundangan, Shukor berkata:"kerana saya mahu tinggal di Sabah dan tidak mahu balik ke Filipina."

"Saya buat dengan ikhlas.... Kalau saya tak letak di Kudat, mungkin tidak diluluskan," kata bapa kepada dua anak lelaki itu lagi.

Beliau turut berkata selama memperolehi kad pengenalan, beliau juga tidak pernah ketinggalan mengundi dalam setiap pilihan raya umum.

Hampir 28 peratus daripada penduduk Sabah merupakan warga asing, dengan anggaran berjumlah 889,000 yang kebanyakannya datang dari Filipina dan Indonesia.

RCI yang bermula Januari lalu juga telah mendedahkan testimoni rakyat Filipina dan warga asing lain tentang bagaimana mereka menerima kad pengenalan biru dalam masa beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan mengundi dalam pilihan raya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: news.yahoo

Saturday, May 25, 2013

RCI: Pendatang Haram Mengaku Terlibat 'Projek IC' Di Sabah

RCI: Pendatang Haram Mengaku Terlibat 'Projek IC' Di Sabah

Keluarga rakyat asing mengatakan mereka menerima kad pengenalan biru di Sabah melalui “Projek IC” sebelum memohon untuk pendaftaran lewat bagi anak-anak mereka,” kata seorang pegawai mahkamah kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang tanpa izin di Sabah.

Projek IC

Melissa Chia, pendaftar kanan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memberi keterangan hari ini bahawa rakyat asing, kebanyakkannya warga Filipina dan Indonesia tanpa surat beranak Malaysia, membuat permohonan seperti itu untuk anak-anak mereka apabila beliau bekerja sebagai magistret di Tawau dan Semporna semenjak 2008.

“Mereka kata, ‘Saya tidak mempunyai surat beranak kerana dapat IC melalui Projek IC,’” kata Chia semasa RCI.

“Mereka kata, ‘Jadi semasa saya bekerja di kem atau industri kayu, terdapat kumpulan yang memberi saya borang untuk memohon. Jadi saya ikut dan pohon. Saya dapat IC biru,” tambahnya apabila ditanya apa maksud keluarga rakyat asing dengan “Projek IC.”

Chia mengatakan beliau tidak mempunyai angka rasmi berapa ramai warga asing memberitahunya mereka menerima kad pengenalan biru melalui “Projek IC”.

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui “Projek IC”, di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan “Projek IC”.

Sindiket melibatkan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendapat RM11 juta hasil daripada penjualan kad pengenalan (IC) kepada pendatang haram di Sabah, kata Pegawai Polis Kanan Cawangan Khas (SB) Ahmad Fauzan Mohamad Febuari 2013.

Sebelum itu bekas pengarah JPN Ramli Kamarudin, bagaimanapun, memberitahu RCI pada Januari bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Megat Junid Megat Ayub mengarahkan dirinya untuk mengeluarkan resit JPN, yang sama dengan nama dan nombor kad pengenalan pengundi berdaftar kepada pendatang.

Ramli telah mengatakan lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), di mana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.

Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi DUN.

Akan tetapi beberapa ADUN PBS belot menyertai Barisan Nasional (BN) sejurus selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh.

BACA INI JUGA: Alangkah Mudahnya Mendapatkan MyKad Palsu Di Malaysia!

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, May 21, 2013

66,000 Pendatang Diberi Kad Pengenalan Di Sabah Sejak 1963

66,000 Pendatang Diberi Kad Pengenalan Di Sabah Sejak 1963

Kira-kira 66,000 pendatang haram di Sabah diberi kad pengenalan (IC) biru sejak 1963, jumlah yang besar 12 kali ganda lebih banyak dari Sarawak, dedah saksi Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) semalam.

66,000 Pendatang Diberi Kad Pengenalan Di Sabah Sejak 1963

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak Datuk Abu Bakar Mat memberi keterangan seramai 5,373 pendatang di Sarawak telah diberi IC biru daripada 1963 hingga 2012.

“Di Sabah, ia sebanyak 66,000. Perbezaan sangat ketara,” kata pengawai penyelaras Manoj Kurup semasa memberi jawapan balas.

“Kedudukan di Sarawak berbeza dari Sabah... geografi adalah punca kebanjiran pendatang. Ini tidak berlaku di Sarawak,” kata Abu Bakar.

Beribu-ribu pelarian Filipina melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an untuk menyelamatkan diri daripada perang saudara Jolo di selatan.

Sempadan laut Sabah juga telah diceroboh pada Februari lalu apabila sekumpulan lelaki bersenjata daripada Sulu menyerang Lahad Datu yang terletak di pantai timur negeri tersebut, dimana masuk disana kurang satu jam menerusi bot dari selatan Filipina.

Sarawak, bagaimanapun, bersempadan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia.

Kira-kira 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk yang besar di Sabah adalah warga asing, sejumlah besar 889,000 orang.

Kemasukan pendatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), ramai daripada mereka merasakan kedaulatan negeri Borneo tersebut telah dirompak ekoran kebanjiran warga asing dari Filipina dan Indonesia.

Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok tewas di kerusi Parlimen Penampang, kawasan majoriti KDM, pada pilihan raya 5 Mei baru-baru ini.

Beberapa warga asing Pakistan dan India juga pernah memberi keterangan di RCI bagaimana mereka mendapat kad pengenalan biru dalam tempoh beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan kemudiaannya mengundi dalam pilihan raya.

RCI lima orang panel yang berlangsung dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: news.yahoo