Tuesday, July 09, 2019

SBDJ Siri 87: Tongkat Berukir Kepala Ular

SBDJ Siri 87: Tongkat Berukir Kepala Ular

Dari ilmu yang saya perolehi, ternyata guru silat mempergunakan rentak dan buah silat mendinding diri sambil mencari tempat yang baik untuk melepaskan satu pukulan, biasanya pukulan begitu hanya akan digunakan bila keadaan sudah terdesak.

Toyol jadi-jadian

“Hai...,” pekik bomoh tua. Sekujur tubuhnya hilang dari pandangan saya. Bomoh tua muncul di belakang Datuk dan saya. Wajahnya mula berpeluh.

Tanpa menoleh ke arah bomoh tua, Datuk terus bersuara dengan lantang:

“Sudahlah, buat apa kita bergaduh sama sendiri, tak ada untungnya, rugi bangsa sendiri.”

“Ini urusan aku.”

“Ini nasihat, terpulanglah pada awak sama ada nak percaya atau tidak,” balas Datuk lalu berpaling ke arah bomoh tua. Aneh bomoh tua sudah tidak berada di situ lagi.

Dalam beberapa detik saja bomoh tua munculkan diri di sebelah kanan guru silat. Kemudian terus hilang dan tempat yang ditinggalkannya kelihatan asap nipis mengembang atas permukaan rumput kiri kanan jalan. Datuk terus mendekati guru silat.

“Mari kita ke rumah adik ipar awak,” Datuk tarik tangan guru silat.

Kami meneruskan perjalanan ke rumah adik ipar guru silat. Bila kami sampai di halaman rumah, seekor katak puru melompat di depan kami dua tiga kali dan terus menghilang di bawah dedaun kering.

Bomoh tua muncul di anak tangga pertama dan terus memijak anak tangga dan masuk ke rumah tanpa memanggil nama tuan rumah.

Kehadiran bomoh tua yang mendadak itu, tidak diperhiraukan oleh Datuk. Setelah memberi salam pada tuan rumah dan menerima jawapan kami dijemput ke dalam rumah.

“Mana bomoh tadi,” tanya guru silat dan adik iparnya yang terbaring tercengang.

Renung kiri, renung kanan. Isterinya yang berada di sisinya berhenti menyuapkan nasi bubur ke mulutnya.

“Tak ada sesiapa yang datang,” ujar isteri si sakit pada abangnya si guru silat.

Saya memandang ke arah Datuk penuh, tanda tanya. Datuk bagaikan tahu dengan apa yang bergolak dalam dada segera memberi jawapan.

“Cuma sangkaan kita saja dia datang.”

“Tapi, kita nampak dia naik ke rumah,” kata guru silat.

“Itu hanya pandangan mata kita saja, maklumlah kita berpanas, pandangan kita juga boleh jadi bermacam-macam.”

“Hum...,” keluh guru silat dan terus duduk.

“Selepas kami balik, macam mana keadaannya,” Datuk ajukan pertanyaan pada isteri si sakit.

“Tak boleh tidur, badan saya terasa bisa-bisa dan mahu marah tak tentu pasal,” si sakit menjawab.

“Saya juga tak boleh tidur, setiap kali mahu tidur saya rasa macam ada orang berjalan dalam rumah,” celah isteri Si sakit.

Menurutnya, ia terpaksa berjaga hingga siang, kecuali waktu menjelang pagi baru terlelap.

Keterangan yang disampaikan oleh isteri si sakit membuat Datuk dan guru silat termenung panjang. Bahang panas dari luar terasa amat perit di seluruh tubuh.

Isteri si sakit bangun dan terus menuju ke dapur. Datang kembali membawa tiga cawan kopi bersama sepiring kuih.

“Begini saja, lupakan semuanya, mari kita berikhtiar ikut petua dan cara tradisional,” Datuk menawarkan diri.

“Apa yang perlu saya buat” tanya isteri Si sakit.

Datuk termenung sejenak. Kedutkan dahi sambil meraba pangkal dagunya berkali-kali. Guru silat juga termenung.

“Saya ingat kita cuba buat ubat mengeluarkan panas dari badannya, sediakan pucuk pisang yang belum kembang dan mempulur batang pisang, satu baldi air dari kaki bukit” Datuk mengeluarkan arahan.

“Lain-lain tak ada?” tanya guru silat.

“Tak ada, cuma itu saja petua yang saya tahu.”

“Bila nak di mulakan?” Guru silat bertanya lagi.

“Lepas waktu Asar.”

“Kalau begitu, saya sediakan barang yang dihajati,” itu janji isteri Si sakit. Datuk anggukkan kepala tanda setuju.

Setelah memberikan syarat serta pesan, Datuk pun mengajak kami pulang dan berjanji pada isteri si sakit akan datang selepas waktu Asar.

Perjalanan kali ini terasa tenang dan aman tidak ada sebarang gangguan yang tidak diingini.

Sebaik saja sampai di rumah pusaka, saya terus duduk berehat di bahagian anjung rumah, melihat dedaun kelapa yang bergerak lembut disentuh angin.

Datuk kembali membaca Quran. Guru silat pula berkeadaan agak luar biasa. Seluruh bilik yang ada dalam rumah diperiksa.

Semua barang dalam bilik yang tidak digunakan terus dikeluarkan diletakkan di ruang tengah.

Antara barang yang menarik minat saya ialah sebatang tongkat yang kepalanya diukir seperti ular berkepala dua.

“Cantik,” kata saya.

“Ya,” jawab guru silat.

“Tapi tongkat ini jarang digunakan oleh ayah saya,” tambah guru silat sambil membelek-belek bahagian hujung tongkat yang dibuat dari kayu keras dan tahan lama.

“Kalau tak digunakan, buat apa disimpan?” saya terus merisik rahsia.

Guru silat menggigit hujung kuku ibu jari kanan sambil tersenyum ke arah saya.

Pada hemat saya orang yang membuat tongkat tersebut memang seorang yang teliti dan rajin. Bukanlah satu perkara mudah untuk mencari kayu keras yang berurat cantik.

Kemudian kayu itu dibentuk menjadi batang tongkat yang menarik, berkepalakan ukuran ular kepala dua.

Di bahagian hujung dilekatkan dengan timah warna kuning. Di bahagian badan tongkat diukir dengan awan larat, lalu disapu dengan sejenis cecair untuk mengilatkannya.

“Sebenarnya, tongkat ni tongkat pusaka diwarisi oleh orang tua saya dari nenek,” ada sedikit kebanggaan dalam nada suara guru silat ketika menceritakan riwayat tongkat di depannya itu.

“Kalau begitu, sudah banyak keturunan yang menyimpannya?” tanya saya.

“Kira-kiranya begitulah, kalau tak silap saya umurnya dah lebih dari tiga ratus tahun.”

“Hebat, kalau dah begitu, kenapa tak disimpan di tempat yang baik dan boleh dijadikan bahan sejarah keturunan tuk guru,” saya meluahkan pendapat yang ikhlas.

Guru silat termenung, kemudian Ia mengeluh kecil macam ada sesuatu yang terbuku dalam kalbunya.

“Satu pendapat yang baik, saya juga pernah terfikir macam tu, tapi...,” guru silat tidak meneruskan kata-katanya.

“Kenapa?” saya terus mendesak.

“Tak ada waris yang mahu menyimpannya. Kata mereka, tongkat ni keras ada pembawanya, kalau tak tahan orang yang menyimpannya, boleh jatuh sakit.”

“Huh...,” saya tersentak dengan keterangan itu.

Saya termenung, memikirkan kata-kata yang diluahkan oleh guru silat itu. Apakah dia bercakap benar atau sekadar mahu memperolok-olokkan saya.

Guru silat segera mengambil sehelai kain dan terus menggosok batang tongkat. Badan tongkat nampak bersinar dan urat-urat kayu yang berselirat kelihatan terserlah.

“Sekarang, saya nak campakkan tongkat ni ke dalam sungai,” guru silat raba kepala tongkat dan terus berdiri. Saya terus menggigit lidah.

“Tak ada faedahnya menyimpan tongkat ni, buat menyusahkan hati kaum keluarga saja,” tambah guru silat dan terus sandarkan tongkat ke dinding.

Ia mula mengemaskan barang-barang yang berselerak. Dimasukkan ke dalam peti kayu hitam dan terus ditempatkan di sudut ruang.

“Opppp” guru silat terus melompat dan buka silat. Ia terkejut besar kerana tongkat yang disandarkan tepi dinding jatuh sendiri.

Datuk tersenyum berdepan dengan peristiwa yang amat melucukan itu. Guru sila matikan langkah silat dan ia turut senyun dan akhirnya ketawa kecil.

“Terkejut,” katanya pada Datuk menutup kelemahan diri sendiri.

“Hum,” Datuk anggukkan kepala.

“Saya nak ajak Tamar buang tongkat ke sungai,” guru silat minta kebenaran dari Datuk.

Saya lihat Datuk kedutkan kening kemudian sepasang matanya tertumpu ke arah saya sejenak, lepas itu Datuk renung tongkat atas lantai berkali-kali.

“Macam mana boleh tak?” Guru silat minta kepastian.

“Boleh,” jawab Datuk.

“Huh...,” batin saya bersorak riang.

“Apa kau tak sayang dengan tongkat lama tu,” soal Datuk dengan tenang pada guru silat.

Perlahan-lahan guru silat gelengkan kepala sambil bersuara:

“Tidak, tak ada faedahnya disimpan menyusahkan keturunan.”

“Kalau dah begitu keputusannya, terpulanglah pada kamu. Aku tak masuk campur,” ungkap Datuk tenang.

“Mari,” guru silat tarik tangan saya.

Tanpa buang masa saya terus bangun ikut langkah guru silat.

IKAN

Setelah melalui kawasan yang ditumbuhi dengan pokok dengan pepohon senduduk, kami sampai ke tebing sungai yang airnya mengalir jernih.

Anak-anak ikan bagaikan berlari-lari di celah-celah bebatu yang tertegun menahan arus air sungai yang deras dan dalam itu.

“Di situ tempat kamu, bukan di rumah,” suara guru silat agak keras dan terus mengangkat tongkat berkepala ular separas dada.

Tongkat itu terus dicampakkannya ke dalam sungai. Tongkat tenggelam timbul lalu melanggar bebatu besar. Akhirnya hilang dari penglihatan saya dan guru silat.

“Biar dihanyutkan air sungai hingga ke laut Selat Melaka,” guru silat bersuara penuh kepuasan.

Ia tersenyum dan mencekak pinggang di tepi tebing sambil kaki kanannya memijak seketul batu yang berada di tepi tebing.

“Ini sebagai permulaan,” bisik guru silat pada saya ketika melintasi sebatang parit kecil yang mengalirkan air ke sawah.

“Lepas tu nak buat apa pula?”

“Semua yang ada dalam peti hitam nak aku buangkan ke laut.”

“Bukankah itu barang-barang lama yang berharga.”

“Pada orang lain mungkin berharga, pada aku tak ada nilainya,” suara guru silat meninggi sambil menyapu peluh di dahi dengan jari kelingkingnya. Saya tidak kuasa membantah cakapnya.

Ternyata sikap saya itu menyenangkan hatinya. Guru silat terus bersiul-siul kecil.

“Semuanya dah selesai?” sambut Datuk di kaki tangga dengan segaris senyum terpamer di bibir.

Saya anggukkan kepala tetapi, guru silat terus mengedutkan dahi luasnya sepasang kening lebatnya turut bergerak macam ada sesuatu yang difikirkannya. Guru silat berhenti di kepala tangga menatap wajah Datuk sejenak.

“Sudah,” katanya pendek.

“Baguslah, aku harap kamu tak menyesali perbuatan yang kamu buat ni,” sanggah Datuk.

“Tidak,” satu ketegasan terungkap dari mulut guru silat.

Penuh ketenangan dan yakin dengan apa yang dilakukannya itu memang kena pada tempatnya.

Tanpa banyak cakap guru silat terus naik ke rumah dan duduk di ruang tengah lalu menyandarkan badan ke dinding. Saya juga turut berbuat demikian.

Setelah menunaikan sembahyang Asar, kami bertiga segera bersiap untuk pergi ke rumah si sakit. Tidak ada persediaan tertentu yang Datuk lakukan.

Saya menarik nafas dalam-dalam, bila terlihat di tangan Datuk ada besi kecil sepanjang dua inci.

“Dari mana dapat besi itu,” secara spontan guru silat mengajukan pertanyaan.

Matanya tertumpu pada besi di tangan kanan Datuk. Perlahan-lahan Datuk menatap besi tersebut, beberapa saat kemudian Datuk menjelaskan, besi tersebut ditemuinya di bawah tangga. Ia tertarik lantas mengambilnya.

“Besi itu juga nak dibawa ke sana?” Guru silat minta kepastian.

“Rasanya, memang ada niat nak membawanya,” jawab Datuk.

“Menyusahkan saja.”

“Kadang-kadang besi buruk macam ni ada juga gunanya.”

“Terpulanglah pada awak,” nada suara guru silat agak kecewa.

“Mari kita pergi,” ajak Datuk.

Saya dan guru silat segera memenuhinya.

MATAHARI

Kerana pancaran matahari tidak begitu keras, perjalanan ke rumah si sakit terasa seronok dan tenang. Datuk dan guru silat jalan bersaingan, saya mengekor dari belakang.

Tidak ada perkara penting dan menarik yang dibualkan sepanjang perjalanan. Guru silat lebih suka menceritakan tentang sawah padi, tentang zaman kanak-kanaknya waktu di kampung.

Kadang-kadang Datuk dan guru silat ketawa, bila berdepan dengan kisah-kisah yang lucu.

Saya cuma tumpang senyum dari belakang tetapi, mata saya tetap liar merenung ke arah pepohon ke kiri kanan jalan. Seronok rasa hati melihat beburung melompat di ranting dan dahan kayu.

Angin petang yang bertiup lembut menghantarkan sebuah kesegaran di tubuh.

“Apa pendapat awak tentang bomoh tua tu?” terdengar pertanyaan dari guru silat.

Datuk tidak menjawab pertanyaan tersebut tetapi, Datuk memperlahankan langkahnya, matanya renung kiri kanan, macam mencari sesuatu.

“Bagaimana pendapat awak tentang bomoh tua tu?” ulang guru silat minta sebuah kepastian yang jitu.

Datuk tetap kelihatan tenang. Langkahnya kembali bertenaga dan penuh semangat.

Ia seolah-olah merasakan pertanyaan itu tidak wajar dijawab. Satu pertanyaan yang sengaja diada-adakan untuk mengisi masa.

“Bagaimana?” untuk kali ketiga guru silat minta kepastian.

“Tak ada apa-apa, dia hanya manusia biasa,” jawab Datuk dalam nada suara yang merendah.

“Tapi, saya rasa dia tu lain macam aje, mahu cari musuh dengan kita.”

“Itu pendapat kamu, sudahlah. Pedulikan tentang dirinya, banyak hal lain yang nak kita fikirkan,” Datuk terus tepuk belakang guru silat.

Rupanya tepukan Datuk itu mematikan hasrat hati guru silat untuk memperkatakan tentang diri bomoh tua. Saya kira guru silat puas hati.

Saya berharap, selepas ini tidak ada pertanyaan yang ada berhubung-kait dengan bomoh tua itu akan dibangkitkan oleh guru silat. Sesungguhnya saya sudah muak dan bosan dengan pertanyaan seperti itu.

Ternyata harapan saya terkabul. Mereka tidak lagi memperkatakan perkara yang tidak saya senangi itu.

“Saya ingatkan tadi tak datang,” riang benar suara isteri si sakit menyambut kami di muka pintu.

Datuk tidak menjawab cuma tersenyum sambil meraba besi kecil yang berada dalam saku bajunya.

“Kalau dah janji tu, hujan ribut pun kami datang,” secara mendadak guru silat bersuara yang diakhiri dengan ketawa kecil.

Saya dan Datuk berpandangan lalu tersenyum. Kami pun naik ke rumah Si sakit.

Semua barang-barang yang dipesan oleh Datuk sudah berada di ruang tengah rumah. Di isi dalam talam tembaga.

Datuk dan guru silat terus duduk bersimpuh depan dulang tembaga. Isteri si sakit terus ke dapur untuk membuat kopi.

Saya sandarkan badan ke dinding sambil merenung ke arah dedaun di depan rumah yang melentuk-liuk disentuh angin petang.

Hembusan angin terasa menyentuh wajah saya. Datuk dengan tenang menggosok pucuk pisang dengan belakang tangan kirinya sebanyak tiga kali.

Selepas itu ia menjentik mempulur batang pisang dengan ibu jari kaki kanan tiga kali berturut-turut. Kelopak bibirnya kelihatan bergerak perlahan-lahan.

“Bawa barang-barang ni ke tempat si sakit,” ujar Datuk.

Saya dan guru silat segera membawa pucuk pisang dan mempulurnya dekat si sakit.

Beberapa saat kemudian, isteri si sakit datang lalu meletakkan air kopi di tempat kami mula-mula duduk tadi.

Datuk menyuruh isteri si sakit membentangkan tikar mengkuang di tengah ruang rumah. Perintah Datuk dipatuhi.

“Bukakan pucuk pisang tu, letakkan atas tikar, kemudian letakkan si sakit atas pucuk pisang itu,” mata Datuk tajam merenung muka guru silat. Saya lihat guru silat mengangguk.

Tidak lama kemudian, isteri si sakit dan guru silat mengangkat si sakit dan terus diletakkan atas pucuk pisang.

Datuk pula meletakkan mempulur batang pisang atas dada si sakit, diatur memanjang hingga ke pergelangan kaki si sakit.

Si sakit tidak membantah, merelakan dirinya diperlakukan apa saja, asalkan sakitnya sembuh. Sepuluh minit sudah berlalu, si sakit kelihatan resah.

Mukanya berkerut, hujung hidungnya kelihatan merah macam udang kena bakar. Dari lubang hidungnya keluar air jernih. Perut buncit nampak berombak. Kulit perutnya juga jadi merah.

“Tunggu di sini, jangan ke mana-mana,” kata Datuk lalu turun ke halaman rumah.

Datuk berlari ke sebelah kanan rumah masuk dalam semak samun. Datuk keluar dari semak samun dengan sedahan daun gelenggang di tangan. Datuk naik ke rumah dan letak daun gelenggang atas perut Si sakit.

“Kenapa tak cakap awal-awal, kalau cakap tadi, saya boleh cari dan sediakan,” isteri si sakit bersuara dalam nada kesal.

Sepasang matanya, merenung sayu ke wajah Datuk yang begitu minta dengan kata-kata yang diluahkannya.

“Kalau cakap tadi tentu tak susah,” isteri si sakit berusaha menarik perhatian Datuk.

Kali ini perlahan-lahan Datuk angkat muka lalu menentang wajah isteri si sakit. Datuk menarik nafas panjang-panjang.

“Bukan niat nak tunjuk pandai atau nak sakitkan hati tuan rumah, memang begitu caranya,” nada suara Datuk lemah, terbayang rasa kesal dalam kerdipan matanya.

Isteri si sakit termenung panjang. Guru silat segera mendekati isteri si sakit dan membisikkan sesuatu ke telinga isteri si sakit segera anggukkan kepala.

Pucuk pisang yang hijau segera kelihatan beransur kecut dan bertukar menjadi hitam, begitu juga dengan mempulur batang pisang.

Apa yang menakjubkan saya, getah yang terdapat pada mempulur tersebut tidak meleleh atau mengenai badan si sakit, malah getah pisang itu terus beku dan menjadi seketul.

Si sakit terus menggeliat ke kiri dan ke kanan. Dia terus berdengkur dan wajahnya berkerut bagaikan menahan rasa sakit yang amat sangat. Saya pandang muka Datuk dan guru silat.

Kulit perut si sakit yang bengkak kelihatan bertambah merah macam buah tomato yang cukup masak. Saya jadi takut melihatnya.

Pucuk pisang kelihatan seperti terbakar. Mempulur batang pisang yang ada atas badan si sakit terus menjadi hitam macam kayu arang dan kelihatan berasap.

Saya tidak sanggup merenung perut si sakit, kulit perutnya bertambah tegang dan merah. Urat-urat perutnya juga kelihatan mengeras dan menegang.

Saya berdoa, semoga perut si sakit tidak akan meletup. Saya memejamkan mata.

Tiba-tiba, saya terdengar si sakit bertempik, serentak dengan itu mempulur pisang yang berada di atas tubuhnya berterbangan lalu mengenai dinding rumah.

Datuk segera menerkam ke arahnya dan mengambil daun gelenggang yang jatuh di sisinya.

Tiga helai daun gelenggang Datuk aturkan sebaris atas dahi si sakit. Perlahan-lahan Datuk tepuk dahi si sakit lima kali berturut-turut. Si sakit terus batuk bertalu-talu.

Saya lihat kulit tubuhnya yang tadi merah menyala mula beransur pulih dan akhirnya kemerahan yang terdapat di tubuhnya terus ghaib.

“Air,” minta si sakit.

“Berikan air, campurkan dengan air limau dan halia, sebelum diberikan padanya, serahkan pada saya dulu,” itu permintaan Datuk.

“Baik," isteri Si Sakit segera bangun.

“Bagaimana, ada harapan panasnya keluar dari badan,” tiba-tiba saja guru silat bertanya pada Datuk.

Datuk gosok batang hidungnya berkali-kali sambil menarik nafas. Saya terus merenung keluar dan sesekali menjeling ke arah si sakit yang terkapar menyerahkan dirinya pada keadaan.

Isteri si sakit datang lalu menyerahkan gelas yang berisi air pada Datuk.

Datuk meletakkan punggung gelas itu atas telapak tangan kirinya kira-kira dua minit. Kemudian saya terdengar Datuk membaca surah Al-Fatihah tiga kali berturut-turut.

“Berikan padanya,” Datuk serahkan gelas itu pada isteri si sakit, kemudian isteri si sakit terus membantu suaminya meneguk air dalam gelas. Saya lihat suaminya terus minum penuh nafsu.

Seluruh badannya kelihatan seperti berasap. Datuk segera mendekati si sakit lantas memicit pergelangan kaki si sakit yang mengeluh menahan kesakitan.

“Bawa dia ke tempat asalnya,” kata Datuk sambil mengangkat tubuh si sakit dengan dibantu oleh guru silat dan isteri si sakit.

Saya segera mengambil pucuk pisang yang hangus itu dan dibuang melalui tingkap, begitu juga dengan mempulur batang pisang. Dalam beberapa saat saja keadaan rumah itu kembali bersih.

“Cuba petua saya ni, mudah-mudahan bengkak perutnya boleh hilang.”

“Cuba ambil daun gelenggang tua dan rebus, airnya diminum tiga kali sehari, kemudian daun yang direbus itu disapukan pada perutnya yang bengkak dan buncit, dengan izin Allah bengkak perutnya akan sembuh, cubalah. Ini ikhtiar kita,” Datuk memberikan panduan.

Secepat kilat guru silat renung ke arah saya. Kami berbalas senyum. Ibu jari tangan segera saya tegakkan. Guru silat anggukkan kepala.

Di wajahnya terbayang kepuasan yang amat sangat kerana Datuk sudi berikhtiar dan berusaha untuk mengubati si sakit.

“Lagi ada apa-apa yang mesti saya buat,” tanya isteri si sakit.

Datuk gelengkan kepala sambil meraba-raba pangkal dagunya berkali-kali. Mata Datuk tertumpu ke arah si sakit yang kelihatan tenang.

“Apa yang awak pesan, saya patuh,” itu janji isteri si sakit.

“Buatlah itu dulu, saya masih berusaha,” janji Datuk yang amat menyenangkan buat si sakit dan isterinya.

CONDONG

Matahari petang kian condong. Kicau burung terdengar riang. Beberapa ekor burung gagak liar berbunyi sambil hinggap di dahan mempelam dan cempaka.

Hembusan angin terasa amat lemah sekali. Saya lihat jam lama yang tersangkut di dinding rumah. Sudah hampir pukul enam setengah petang.

Rasa bosan mula bersarang dalam dada saya. Mahu rasanya mengajak Datuk pulang.

“Minum, air kopi dah sejuk,” guru silat mewakili isteri si sakit menjemput kami.

Datuk cuma menghirup dua kali saja kopi panas yang sudah beransur sejuk itu.

Datuk minta diri dan isteri si sakit mengizinkannya dengan iringan senyum.

“Malam ni datang lagi?” tanya isteri si sakit.

“Saya tak tahu nak kata apa, kena tanya dia,” guru silat menuding jari telunjuknya ke arah Datuk yang berdiri di kaki tangga.

“Kalau tak ada apa-apa, lepas Isyak kami datang,” kata Datuk lalu melangkah.

Baru tiga langkah Datuk melangkah, dia segera kedutkan kening sambil meraba besi kecil dalam sakunya.

Langkahnya terhenti, guru silat dan saya agak terkejut dan ragu dengan tindakan mengejut dari Datuk itu.

Lebih mengejutkan lagi, bila Datuk berpatah balik ke kaki tangga. Berhenti di situ, Datuk keluarkan besi kecil dari sakunya.

Datuk keliling rumah tiga kali berturut-turut, langkah pertama dimulainya dengan kaki kanan, menuju ke arah matahari naik.

Bila semuanya sudah selesai. Datuk terus menuju ke pohon rambai yang jaraknya lebih kurang tiga puluh kaki dari sudut sebelah kiri rumah.

Datuk berdiri dekat perdu rambai. Dengan tenang Datuk duduk membongkok lalu menggali tanah di situ dengan besi kecil yang dibawanya.

Saya dan guru silat segera berlari menghampirinya, tanpa menghiraukan kami, Datuk terus menggali tanah di pangkai perdu rambai. Mukanya kelihatan merah dengan peluh-peluh halus meruap di kiri kanan pipinya.

“Apa yang dicari?” tercungap-cungap guru silat menyoal.

“Hum...,” keluh Datuk dan terus mengorek.

“Boleh saya tolong.”

“Tak payah, tunggu saja di sini, tengok dan perhati apa yang aku buat, bila aku minta tolong kamu tolong.”

“Saya faham,” guru silat mengalah.

“Hum...,” nada suara Datuk terkulum. Ia terus menggali tanah di pangkal perdu rambai sedalam yang boleh.

“Lihat,” suara Datuk separuh meninggi.

Datuk segera menatang satu bungkusan sebesar penumbuk. Saya dan guru silat berpandangan. Tidak berani mahu mengajukan sebarang pertanyaan pada Datuk.

Dengan hati-hati Datuk letakkan bungkusan itu atas tanah. Sukar untuk memastikan warna kain pembalut bungkusan tersebut akibat dilekati tanah yang tebal.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 87/284

BACA: SBDJ Siri 86: Lidahnya Keluar
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Fakta Bahawa LGBT Adalah Penyakit

Fakta Bahawa LGBT Adalah Penyakit

Kalau seseorang itu sudah kurus, tetapi dia masih lagi rasa gemuk, sampaikan tidak mahu makan sehingga menyebabkan fungsi fisiologi dan psikologinya kacau bilau ke tahap kurang zat, kurang vitamin, kurang garam mineral dan protein, keadaan ini kita panggil Anorexia Nervosa, sejenis penyakit.

LGBT Adalah Penyakit

Jika seseorang itu tidak menyukai salah satu anggota atau bahagian badannya, seperti kulit, mata, rambut dan bentuk badannya sehingga ke tahap dia berasa terlalu stres, hilang keyakinan diri dan langsung tidak mahu berjumpa orang lain, itu kita panggil Body Dysmorphic Disorder, juga sejenis penyakit.

Jika seseorang itu tidak mampu mengawal pemakanannya, sehingga ke tahap makan dengan banyak, kemudian mengeluarkan makanan tersebut dengan cara muntah mahupun mengambil ubat laxatives (ubat untuk sembelit) dan kitaran ini berulang-ulang, diagnosis yang diberikan adalah Bulimia Nervosa, juga merupakan satu jenis penyakit (eating disorder).

Namun, apa yang pelik dan menghairankan adalah, mengapa sekiranya seseorang itu dilahirkan sebagai seorang lelaki dan tiba-tiba dia ingin menjadi seorang perempuan, mempunyai nafsu dan keinginan untuk melakukan aktiviti semburit bersama lelaki lain, tidak dikira sebagai sejenis penyakit?

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) di dalam salah satu buletin di laman web mereka, mengeluarkan kenyataan dalam ICD-10 berbunyi, “sexual orientation by itself is not to be considered a disorder”, yang secara mudahnya mengatakan bahawa isu homoseksual, heteroseksual atau biseksual adalah bukan sejenis penyakit.

Isu LGBTQ ini (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender dan Queer/Questioning) adalah satu jenis penyakit dan LGBTQ ini bukanlah sesuatu yang telah ‘imprinted’ dalam minda seseorang sebaik sahaja dia dilahirkan.

Terdapat banyak punca dan faktor yang menjadikan seseorang itu LGBTQ, antaranya adalah sexual abuse semasa kecil, trauma akibat dipisahkan oleh pasangan masing-masing, serta percampuran dengan golongan yang sama sewaktu membesar.

Kita tidak mengecam pelaku LQBTQ untuk mengamalkan budaya ini, sebaliknya, ingin dinyatakan bahawa perkara ini menunjukkan anda mempunyai satu penyakit yang memerlukan rawatan dan bimbingan daripada perawat profesional baik dari segi kaunseling ataupun terapi.

LGBTQ adalah salah satu jenis penyakit. Ia tidak normal. Contoh; seorang lelaki itu tidak suka akan kemaluannya yang begitu dan sebaliknya akan membuat pembedahan mengubah kemaluannya daripada lelaki kepada wanita serta mencucuk hormone estrogen bagi menaikkan payudaranya untuk menampakkan dia sebagai seorang perempuan dengan harapan ada lelaki lain yang ingin bersetubuh dengannya. Adakah itu normal?

Ada satu maklumat menarik daripada Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, seorang pensyarah dan penyelidik di fakulti perubatan dan kesihatan di USIM beserta presiden The International Women’s Alliance for Family and Quality Education (WAFIQ) mengenai statistik di negara Malaysia ini mengenai penularan wabak Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang amat membimbangkan.

Penulisan artikel ini pasti akan mendapat kecaman dan tentangan hebat daripada segelintir masyarakat, yang akan menganggap ini adalah bersifat prejudis, pendapat dan tiada fakta.

Justeru, mari kita lihat angka statistik yang direkodkan pada 2005 sehingga 2016 mengenai faktor yang menyebabkan seseorang itu mendapat HIV dengan menggunakan konsep “numbers don’t lie”.

Sebelum itu, kita lihat terlebih dahulu apakah risiko utama seseorang itu mendapat jangkitan HIV berdasarkan kepada 3,397 kes HIV terbaharu di Malaysia, yang terang-terangan menunjukkan bahawa 46% daripadanya adalah disebabkan oleh homoseksual/ biseksual.

Peningkatan ini sejajar dengan usaha kononnya rakyat Malaysia perlu mengikitiraf golongan ini, serta kemunculan golongan-golongan yang begitu lantang bersuara tanpa dikenakan apa-apa tindakan daripada sebuah negara yang mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi.

Rata-rata golongan ini berada pada usia diantara 20-29 tahun dan diikuti dengan 30-39 tahun.

Umur awal dewasa inilah yang dikatakan amat vulnerable dan mudah terpedaya dengan ajakan songsang sahabat rapat mahupun kenalan.

Jadi, sebelum ini kita tahu, perbuatan Intravenous Drug User (IDU) merupakan penyumbang utama masalah penularan penyakit HIV ini, namun, dunia semakin berubah.

Jika kita lihat pada tahun 2005–2010, IDU merupakan punca utama penularan wabak ini, tetapi, selepas tahun 2010, kita sendiri dapat melihat perbezaan yang semakin ketara dikalangan masyarakat kita yang mana amat memeranjatkan apabila pada tahun 2016, 84% daripada kes baru ini adalah disebabkan oleh homoseksual/biseksual/heterosexual berbanding hanya 11% sahaja disebabkan oleh IDU.

Walau bagaimanapun, pecahan kecil mendapati jumlah Bisekual dan Homoseksual ini lebih tinggi (1553) berbanding heteroseksual yang memang diketahui menyumbang kepada risiko penularan wabak HIV ini.

Jika kita lihat statistik lain mengenai punca HIV di 2 buah negara, iaitu Amerika Syarikat dan Filipina, kewujudan kes-kes HIV terbaru ini lebih teruk, yang mana di Amerika Syarikat, 70% penghidap HIV adalah daripada golongan ini dan di Filipina, 83% penghidap HIV adalah daripada golongan ini.

Kini, anda sendiri boleh lihat kenaikan kes-kes penyakit ini, yang menunjukkan trend semakin meningkat.

Bukankah agama Islam, Kristian dan lain-lain agama juga melarang dan mengharamkan perhubungan jijik sebegini.

Selagi kerajaan dan rakyat mendiamkan diri, semakin teruklah kes ini meningkat tanpa kita ketahui, di mana setiap percubaan untuk menghentikan budaya ini berakhir dengan tiada apa-apa penambahbaikkan mahupun penguatkuasaan yang sepatutnya dilakukan bagi menghukum si pelaku budaya songsang ini.

LGBT Adam dan Hawa

Ingatlah, usaha yang dilakukan untuk menghentikan keadaan ini bukan bertujuan untuk menidakkan hak dan suara golongan LQBTQ, sebaliknya usaha ini adalah salah satu kaedah bagi menghalang jangkitan kuman HIV ini daripada tersebar.

Bagaimana negara kita melarang penggunaan dadah dan mengenakan hukuman berat bagi setiap pesalah yang mana sebelum ini menjadi punca penularan wabak ini daripada berlaku, begitu jugalah usaha yang seharusnya dilakukan untuk membanteras golongan-golongan ini.

Terima kasih kepada Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar atas kesudian beliau untuk berkongsi data ini dan Dr Naim Razak, seorang pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia atas usaha yang dilaksanakan bagi menyebarkan lagi pemahaman dan realiti masyarakat di Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Kenapa Masih Mengantuk Walaupun Sudah Minum Kopi?

Kenapa Masih Mengantuk Walaupun Sudah Minum Kopi?

Ramai yang minum kopi untuk mendapatkan rasa segar kerana merangsang otak, tetapi tidak semua orang mendapat kesan yang sama dan sebagai contoh, ada orang minum secawan kecil kopi pada waktu maghrib, mungkin terus tidak dapat tidur sepanjang malam.

Mengantuk Walaupun Minum Kopi
Gambar hiasan.

Ada pula yang walaupun mengambil minuman itu, namun tiada masalah untuk tidur dengan nyenyak.

Mengapa hal itu terjadi?

Sebenarnya, setiap cawan kopi yang kita minum mempunyai kandungan kafein yang berbeza dan lebih penting lagi, setiap individu mempunyai penerimaan tahap kafein yang berbeza.

Ini disebabkan terdapat satu gen PDSS2 yang mempengaruhi bagaimana kafein diproses dalam tubuh seseorang.

Mereka yang ada gen itu akan memproses kafein dengan lebih perlahan dan lambat dicerna, menyebabkan tahap kafein dalam tubuh kekal dalam kadar yang tinggi.

Itu juga sekali gus menyebabkan kesan kafein berlaku lebih lama dalam tubuh dan memberikan rangsangan seperti berdebar-debar dan tidak mengantuk.

Jadi, individu yang mempunyai gen itu hanya meminum sedikit saja untuk mendapat kesan rangsangan kopi.

Mereka mudah menerima kesan sampingan kopi (berdebar-debar, sukar tidur, dan jari menggeletar), namun ia juga bergantung kepada jenis kopi.

Kita tidak perlu membuat kajian sama ada kita ada gen itu atau tidak, kerana melalui pengalaman sendiri, kita sudah boleh mengagak sama ada kita mempunyai atau tidak gen tersebut.

Jika minum secawan kopi kemudian tak mampu lelap sehingga azan Subuh, bermakna mungkin kita ada gen itu.

Apa yang kita wajib ketahui juga adalah, pengambilan susu atau gula yang sangat tinggi dalam secawan kopi adalah punca anda tidak dapat melelapkan mata walaupun sangat penat.

Oleh itu, minum kopi tanpa gula dan krimer memang bermanfaat, cuma jangan berlebihan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Bottle Cap Challenge, Tendangan Siapa Paling Hebat?!

Bottle Cap Challenge, Tendangan Siapa Paling Hebat?!

'Bottle Cap Challenge' adalah cabaran terbaharu yang sedang viral diseluruh dunia, yang memerlukan anda untuk membuka penutup botol dengan menggunakan tendangan ‘side-kick’ tanpa menjatuhkan botol tersebut.

Jason Bottle Cap Challenge

Untuk membuat aksi ini dengan sempurna, anda perlu meletakkan botol pada permukaan yang rata dan membuka penutupnya dengan tendangan yang dikenali sebagai tendangan ‘round house’ dalam seni bela diri campuran.

Trend ini bermula apabila juara featherweight UFC, Max Holloway dan pereka fesyen, Errolson Hugh mencabar penyanyi John Mayer untuk mengambil bahagian dalam ‘sukan’ yang trending ini.

Holloway memuat naik video pada laman Instagramnya dan menyampaikan cabaran tersebut kepada Mayer.

“Saya ingin sampaikan cabaran ini kepada John Mayer.

“Jika anda tidak dapat menyelesaikan cabaran ini, anda perlu datang ke Hawaii selepas konsert jelajah anda dan “menendangnya” dengan kami sehingga sempurna,” kata Holloway dalam entri di akaun Instagram miliknya.

John Mayer menyahut cabaran tersebut dan memuat naik video menerusi laman Instagram peribadinya serta mencabar pelakon Jason Statham untuk membuka penutup botol dengan cara yang luar biasa.

Rata-rata netizen, atlet dan selebriti tempatan serta antarabangsa tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam cabaran ini.

Antaranya penyampai radio ERA, Radin dan pelakon Paskal, Hairul Azreen. Tidak dilupakan juga selebriti antarabangasa Ellie Goulding, Diplo, Jon Jones, Yura Yunita dan ramai lagi.

Paling menakjubkan adalah aksi pelakon filem Ip Man, Donnie, yang melakukan aksi tersebut dengan mata tertutup!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:


sumber: astroawani

Sunday, July 07, 2019

'Jangan Berhenti Jika Terlihat Warung Di Kuala Pegang, Malam Ada Siangnya Hilang!'

'Jangan Berhenti Jika Terlihat Warung Di Kuala Pegang, Malam Ada Siangnya Hilang!'

Jika anda orang luar dan melalui lebuh raya Kulim-Baling pada lewat malam, berhati-hatilah terutamanya jika ternampak ada gerai makan di tepi jalan dan jika lapar sekalipun, tahanlah dahulu kerana kalau berhenti, mungkin anda sedang mengisi perut di warung yang tidak wujud pada mata kasar manusia.

Misteri warung tepi jalan

Laluan dari arah Baling ke Sungai Petani (atas) berdekatan Kuala Pegang inilah dikatakan terdapat warung misteri pada waktu malam.

Pernah berlaku beberapa tahun dahulu, sekumpulan pengkaji sejarah datang ke Baling, Kedah untuk melakukan kajian.

Setelah seharian menjalankan tugas, mereka pulang ke rumah penginapan yang disediakan, berdekatan dengan lebuh raya ini.

Sebelum itu salah seorang penduduk kampung yang mengiringi mereka pernah berkata, “Kalau hendak keluar makan malam, nanti belok ke kiri bila tiba di jalan raya. Jangan makan di jalan sebelah kanan,” begitulah pesannya.

Pada mulanya, mereka menyangka tujuan penduduk kampung itu memberitahu supaya mereka tidak tersesat jika keluar makan nanti.

Apabila malam, perut sudah berkeroncong, kumpulan pengkaji itu keluar dari rumah penginapan untuk makan malam.

Ketika mereka berada di tepi jalan, mereka menoleh ke kiri dan kanan lalu terpandang sebuah warung makan tidak jauh di sebelah kanan mereka.

Kerana lapar, mereka terus berjalan ke arah warung itu dan terlupa tentang pesan penduduk kampung sebelum.

Warung itu kosong, tiada pelanggan tapi, mereka tidak berasa aneh, maklumlah kedai kampung di tepi lebuh raya pula, bukan setiap masa ada pelanggan.

Lagi bagus tak ada orang, bolehlah pesanan makanan mereka cepat sampai.

Mereka pun duduk dan memesan makanan.

Memang tiada yang aneh pun. Warung makan itu biasa-biasa saja. Tidaklah begitu besar, sekadar cukup memuatkan beberapa buah meja untuk pelanggan duduk.

Pekerja yang mengambil pesanan mereka juga nampak biasa, tiada yang pelik. Cuma tak banyak bercakap saja.

Sudah makan dan perut kenyang, mereka membayar bil dan berjalan pulang semula ke rumah penginapan mereka. Malam itu mereka semua tidur lena.

Keesokan pagi setelah bersiap, mereka keluar untuk menyambung tugas di tapak kajian.

Sampai di hadapan jalan utama, mereka hairan apabila kawasan di sebelah kanan mereka kosong. Mana gerai tempat mereka makan semalam?

Mereka bertanya sesama sendiri dengan rasa hairan. Mereka yakin di situ mereka makan malam tadi. Tapi kini kawasan itu kosong.

Takkanlah pemilik warung semalam sudah membuka papan, tiang dan bumbungnya? Tak masuk akal langsung.

Kalau warung itu dirobohkan sekalipun, pasti ada kesannya. Ini tidak, kawasan itu berpasir lapang, bagai tiada sebarang binaan pernah wujud di situ.

Ketika bertemu semula dengan penduduk kampung yang berpesan kepada mereka sebelum itu, mereka bertanyakan tentang warung tersebut.

“Kan pakcik dah pesan, jangan pergi ke arah kanan. Kenapa kamu tak ikut pesan pakcik,” ujar penduduk tersebut.

Akhirnya baru mereka tahu kenapa. Dikatakan sebelum itu sudah beberapa kali berlaku orang luar yang lalu di situ waktu malam akan nampak sebuah warung dan singgah makan di situ.

Hakikatnya, penduduk setempat tahu tidak pernah wujud warung di tepi lebuh raya itu.

“Semasa jalan Kulim-Baling baru dibuka dulu, memang selalu dengar kisah warung misteri ni.

Hamzah Murad berkata, biasanya orang luar yang tidak biasa melalui kawasan Kuala Pegang akan ternampak warung misteri itu.

“Yang peliknya, selalu yang kena adalah orang luar yang lalu di situ pada waktu malam. Mereka nampak gerai tu, berhenti makan. Esok siang bila lalu semula, tak ada pun warung tu.

“Penduduk setempat jarang kena. Sebab itu kalau ada orang luar datang bermalam ke sini, kadang-kadang kami pesan jangan berhenti kalau nampak warung di tepi jalan tu.

“Kalau nak berhenti makan pun, tunggu betul-betul hingga sampai ke kawasan pekan atau kampung,” ujar Hamzah Murad, salah seorang penduduk Baling yang tahu tentang kisah warung misteri itu.

Menurut Hamzah, jika dari arah Baling menuju ke Sungai Petani, pemandu akan melalui sebuah kawasan bernama Kuala Pegang.

Selain kilang getah, tepi jalan di kawasan itu hanya banyak hutan belukar. Selalunya di kawasan inilah gerai misteri itu muncul di tengah malam.

“Dulu memang dengar kisah gerai misteri itu. Tapi tak ada pula yang muntah atau jatuh sakit lepas makan di situ. Tak pastilah apa yang mereka makan sebenarnya.

“Semasa lebuh raya itu baru dibuka dulu, kisah ini memang selalu kedengaran. Tapi kini sudah jarang berlaku. Mungkin juga kerana sekarang sudah ramai yang melalui jalan tersebut.

“Kawasan sekitarnya juga sudah banyak berubah dengan wujudnya binaan baru seperti kilang. Berbeza dahulu, jalan itu sunyi dan agak menyeramkan juga waktu malam,” ujar Hamzah.

Mungkin kerana persekitarannya sudah sibuk, warung misteri itu tidak muncul lagi. Atau mungkin ia sudah mendapat ‘lokasi’ baru yang lebih sunyi?

Apa-apa pun, sesiapa yang hendak melalui jalan ini, berhati-hatilah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Bagaimana Mustafa Kemal Ataturk Menukar Turki Menjadi Negara Sekular?

Bagaimana Mustafa Kemal Ataturk Menukar Turki Menjadi Negara Sekular?

Turki merupakan sebuah negara yang terletak antara Timur dan Barat yang sebelum ini merupakan sebuah kuasa besar dunia yang lebih dikenali sebagai Empayar Uthmaniyyah, namun sejak kejatuhannya pada tahun 1920-an, wilayah-wilayah Arab di bawah Empayar Uthmaniyyah telah dibahagikan antara pihak Besekutu, sehingga berpecah-belah.

Mustafa Kemal Ataturk menukar turki menjadi sekular

Selepas revolusi Turki yang terjadi pada abad ke-20, kerajaan telah mengharamkan pemakaian tudung di pejabat awam dan juga pusat pengajian tinggi sampailah pada tahun 2013.

Namun, bagaimana negara Turki boleh berubah daripada sebuah negara Islam menjadi negara sekular?

Untuk memahami fenomena ini secara lebih mendalam, kita kenali dulu presiden Turki yang pertama, Mustafa Kemal Ataturk.

Berjaya Menyekat Tentera British Dan Perancis

Pada tahun 1915, reputasi Ataturk melonjak sewaktu kempen Gallipoli, di mana dia telah berjaya menyekat sejumlah besar askar Britain dan Perancis daripada merampas Istanbul dan disebabkan sumbangan itu, Ataturk telah dinaikkan pangkat menjadi Brigadier-Jeneral.

Sewaktu Perang Dunia Pertama (1914-1918), empayar Uthmaniyyah mula menunjukkan unsur-unsur uzur. Banyak infrastruktur musnah dan aktiviti jenayah semakin berleluasa.

Tidak cukup dengan itu, wilayah-wilayah di bawah jajahan empayar Uthmaniyyah mula memberontak dan menuntut kemerdekaan mereka sendiri.

Jadi, apabila Ataturk balik ke Istanbul, dia mendapati bandar tersebut penuh dengan tentera Pihak Bersekutu. Marah dengan tindakan itu, Ataturk telah mengetuai satu pemberontakan dan melawan Pihak Bersekutu.

Ataturk yang mendapat sokongan orang Turki bukan sebab dia hebat berperang, tapi disebabkan kehebatannya menggunakan semangat perkauman.

Berbeza dengan Empayar Uthmaniyyah yang ada rakyat berbilang kaum, Ataturk terang-terangan berkata hanya ingin memperjuangkan nasib bangsa Turki sahaja.

Pada waktu inilah Ataturk menjadi hero bagi bangsa Turki, kerana dengan semangat perkauman yang semakin tegang, baru kalah dalam Perang Dunia Pertama, Sultan hilang entah ke mana, hanya Ataturk yang berani bersuara menentang penjajah.

Selain semangat nasionalisma Turki , Ataturk juga menggunakan agama Islam mengikut pengertiannya sendiri dalam manifesto untuk mendapatkan sokongan daripada orang awam:

“Walaupun sebelum kedatangan agama orang Arab (Islam), Turki merupakan sebuah negara yang hebat. Tapi selepas kedatangan agama orang Arab ini, ia tidakpun menyatukan orang Arab, Parsi, dan Mesir di bawah satu negara sebaliknya, ia melonggarkan semangat kenegaraan Turki.

"Ini hanyalah perkara biasa, sebab tujuan agama yang diasaskan oleh Muhammad, ke atas semua negara, adalah untuk mengheret mereka ke dalam politik Arab.” -Mustafa Kemal Ataturk.

Dari sinilah Mustafa Kemal mendapat nama ‘Ataturk’, yang bererti “Bapa orang Turki”.

Selepas memerintah, Ataturk menghalau sultan dan memansuhkan sistem khalifah.

Waktu mula-mula memerintah, kerajaan Ataturk sama seperti kerajaan Islam. Perlembagaan menyatakan yang Islam adalah negara rasmi dan apa-apa undang-undang baru tidak boleh bercanggah dengan syariah.

Masalahnya, di Turki ada dua kerajaan iaitu Kesultanan Uthmaniyyah dan kerajaan Ataturk. Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, Ataturk telah menuntut kesahihan kerajaannya dan menghalau sultan.

British dan Perancis yang menawan Turki waktu itu juga tidak menyokong sultan yang baru kalah perang dan askar mereka semua sudah balik, manakala tentera yang setia kepada sultan berada terlalu jauh untuk membantu.

Akhirnya, pada tahun 1922 selepas bergaduh dengan pengikut setia sultan, kerajaan Ataturk berjaya menawan Turki.

Sultan Uthmaniyyah yang terakhir dan keluarganya telah di hantar ke Malta oleh tentera British menggunakan kapal perang HMS Malaya yang dimiliki oleh tentera British yang dibiayai oleh sultan-sultan Tanah Melayu.

Tahun berikutnya, Ataturk telah mengalihkan pusat kerajaan dari Instanbul ke Ankara dan kemudian lahirnya sebuah republik yang baru, iaitu kerajaan Turki dengan Ataturk sebagai Presiden yang pertama.

Ketika inilah secara perlahan-perlahan beliau menunjukkan belang, Ataturk mula mempersoalkan agama dan kaitannya dengan sesebuah kerajaan.

Pada masa yang sama, Ataturk juga telah memperkenalkan Kemalism, sejenis pentadbiran yang diasaskan oleh Ataturk sendiri dimana ia menggabungkan enam prinsip pentadbiran yang lain seperti Populism, Refomisma, Republik, Kenegerian, Nasionalisma dan Laisisma.

Menyerang agama dan budaya atas nama kemajuan

Ataturk telah mula membuat undang-undang baru di mana agama dibuang daripada kehidupan seharian orang Turki, bermula daripada peringkat sekolah, Ataturk telah mengarahkan penutupan madrasah dan universiti agama.

Atatürk berpendapat, agama akan menjauhkan orang Turki daripada dunia luar, kemudiannya telah menentang golongan Sufi di mana semua tempat perjumpaan orang-orang Sufi telah ditukar menjadi muzium dan telah menghukum mati pemimpin Sufi ketika itu.

Bagi rakyat Turki ketika itu, mereka menyangka penentangan terhadap golongan Sufi ini seperti melawan golongan ajaran sesat.

Pada tahun 1926, Ataturk menggantikan undang-undang syariah kepada undang-undang sivil Swiss. Ia kemudiannya diteruskan dengan pengharaman serban dan fez (kopiah merah) dan golongan wanita pula tidak dibenarkan untuk memakai tudung di tempat awam.

Untuk menaikkan lagi semangat nasionalisma, Ataturk menukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki dan menukar kalendar Islam kepada Gregorian (kalendar yang kita guna sekarang ini).

Tapi, apa yang benar-benar telah membunuh budaya orang Turki adalah penulisan dalam bahasa Arab bertukar menjadi tulisan rumi (Latin).

Sejak dari itu, Turki telah berubah dari sebuah kerajaan Islam menjadi republik yang memandang ke arah Barat.

Agama telah menjadi suatu kepercayaan individu dan tidak terhad kepada Islam sahaja, malah orang yang beragama Yahudi dan Kristian pun tidak boleh mempraktikkan agama mereka secara terang-terangan.

Maka terlahirlah sebuah negara sekular:

“Ada banyak budaya, tapi hanya satu tamadun sahaja iaitu tamadun Eropah.” – Mustafa Kemal Ataturk

Dan dari situlah bermulanya proses pemodenan Turki sebagai sebuah negara sekular yang meminggirkan Islam.

Ataturk membawa kemajuan dari segi ekonomi dan pembangunan

Untuk mana-mana negara menjadi maju, memerlukan pelan ekonomi yang kukuh dan inilah yang menjadi keutamaan di mana Ataturk telah menubuhkan satu majlis khas untuk memikirkan strategi ekonomi negara.

Majlis ini kemudiannya menjalankan pelan kemajuan industri untuk 5 tahun di mana ia telah mendapat sambutan hangat dan keuntungan yang banyak.

Selain itu, Ataturk telah memberi hak wanita yang lebih meluas. Undang-undang baru yang diambil dari negara Swiss telah membenarkan wanita untuk mengundi dan pada masa yang sama mendapat peluang pendidikan dan pekerjaan yang sama seperti kaum lelaki.

Sekolah telah diwajiibkan dan tidak dikenakan yuran hasilnya, kadar celik huruf di Turki telah meningkat dari 9% kepada 33% dalam masa 10 tahun.

Kejayaan Ataturk tidak terhenti dalam negara sahaja, malah Turki telah dijemput untuk menyertai League of Nations (persatuan negara sebelum PBB).

Dalam masa yang sama, Ataturk bersama negara jiran telah mengasaskan Balkan Entente (persatuan Balkan) yang merupakan satu organisasi yang membincangkan tentang kedamaian sekitar kawasan Balkan.

Jadi, dari segi luaran mungkin kita boleh melihat yang Turki sudah maju dan mempunyai masa depan yang cerah, tetapi adakah ia satu pengorbanan yang berbaloi apabila agama dan budaya terpaksa dibuang demi mengejar kemajuan?

Malah, daripada segi ekonomi, tidak semua hidup selesa di Turki kerana golongan minoriti sering ditindas dan dinafikan kerakyatan mereka.

Orang Kurdish ditindas

Walaupun bangsa utama Turki dapat merasai kemajuan yang dibawa oleh Ataturk, golongan Kurdish telah mendapat layanan yang sangat berbeza.

Orang Kurdish yang menetap di Turki sejak Sebelum Masihi lagi adalah antara bangsa asal, tetapi disebabkan mereka tidak ramai, mereka telah dianggap sebagai warga kelas kedua.

Semasa Ataturk berusaha mencapai kemerdekaan untuk negara Turki, orang Kurdish dijanjikan pelbagai kata-kata manis, taktik sama terhadap umat Islam.

Tetapi, Ataturk kemudiannya mengharamkan penggunaan bahasa Kurdish di tempat awam dan langsung tidak dibenarkan untuk diajar disekolah.

Ataturk kemudian telah memaksa semua orang Kurdish berpindah ke Barat negara itu untuk tinggal di kawasan pedalaman.

Malah, disebabkan tidak diiktiraf sebagai warganegarga yang sah, mereka sering dibuli oleh pihak berkuasa dan dipaksa meninggalkan segala ajaran dan budaya nenek moyang mereka untuk mengikut aliran budaya Turki yang baharu.

Bagi yang menentang, mereka akan dibunuh atau diseksa oleh tentera Ataturk.

Malah, sewaktu kemerdekaan Turki, seramai 40,000 hingga 250,000 orang Kurdish telah dibunuh dengan kejam manakala lebih kurang 210 kampung Kurdish telah dibakar, dengan alasan semua orang Kurdish yang mati telah dilabel sebagai “pengganas”.

Sebenarnya, kaum Kurdish bukanlah minoriti kerana merangkumi lebih kurang 25% dari jumlah penduduk besar Turki.

Pada tahun 2011, Presiden Turki sekarang, Erdogan, telah mewakili pihak kerajaan untuk meminta maaf kepada orang Kurdish terhadap pembunuhan yang terjadi pada tahun 1936-1939.

Semangat perkauman dan agama dimanipulasi

Sebelum kejatuhan Empayar Uthmaniyyah lagi, rakyatnya sudah lama bergaduh sesama kaum, lalu semangat perkauman inilah yang Ataturk telah gunakan untuk mendapatkan sokongan bangsa Turki.

Apabila sudah berkuasa, Ataturk menggunakan agama Islam sebagai alasan supaya rakyat tidak memberontak.

Contohnya, apabila kuasa khalifah dijatuhkan, Ataturk berkata dia sebenarnya mencontohi kerajaan Abbasiyah, tetapi sedikit demi sedikit dia menjadikan Turki sebuah negara sekular yang dipimpin oleh satu parti, malah menindas orang Kurdish dan pihak pembangkang.

Tidak dinafikan Ataturk telah banyak membawa kemodenan terhadap negara Turki, malah ramai yang menganggap Ataturk sebagai hero negara.

Malah, walaupun Ataturk sudah meninggal dunia pada tahun 1938, falsafah yang dibawanya masih terngiang-ngiang di kalangan rakyat Turki.

Ironinya, Ataturk telah menggunakan identiti bangsa Turki sebagai alasan untuk menghapuskan budaya dan agama Islam yang telah lama diamalkan rakyat Turki sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: soscili

'Aku Berhenti Belajar Kerana Seorang Guru Yang Berasa Dirinya Mulia'

'Aku Berhenti Belajar Kerana Seorang Guru Yang Berasa Dirinya Mulia'

Nama aku Nur (nama samaran) dan saya nak luahkan sesuatu yang sudah lama di pendam sejak aku berumur 15 tahun lagi. Ini tentang cikgu ku. Biarlah aku gelarkan dia sebagai cikgu H. Aku tergerak hati untuk mencoret kisah ini kerana aku terkesan dengan kisah seorang guru yang viral kerana merotan seorang pelajar yang biadap. Aku sangat menyokong tindakan cikgu itu.

Aku Berhenti Belajar Kerana Seorang Guru
Gambar hiasan.

Anak murid yang kurang sopan harus dididik jika tidak kelak masa depanya akan hancur. Tapi aku tidak.

Aku anak murid yang sangat takut akan cikgu. Sehinggakan cikgu sendiri telah mematahkan semangat aku untuk belajar.

Sekolah aku terletak di utara tanah air. Ketika aku di tingkatan satu, semuanya berjalan dengan baik. Aku belajar dengan tenang, aku ceburi banyak bidang kokurikulum. Aku aktif dalam sukan. Aku merupakan pelajar dalam kalangan yang menyerlah.

Aku ingat lagi pada waktu itu cikgu wanita itu mengajar kami sekelas mata pelajaran sejarah. Aku pernah membentang kerja kumpulan di hadapan kelas.

Cikgu H pada ketika itu selalu memuji kepetahan aku berkata-kata. Aku sangat seronok belajar dalam kelas cikgu H.

Namun, semuanya berubah apabila aku melangkah kaki ke tingkatan 2, segalanya berubah sekelip mata. Cikgu H selalu cari kesalahan aku. Dia merupakan guru kelas aku.

Aku ingat lagi ketika kami semua berbincang untuk melantik penolong ketua kelas, semua majoriti kelas menyokong aku, tapi cikgu H membangkang sekeras kerasnya. Pelik bukan, kenapa perangai cikgu H berubah sekelip mata.

Ini semua kerana, status aku sebagai anak luar nikah. Bagaimana dia tahu aku anak luar nikah?

Selepas adik aku menjejakkan kaki ke tingkatan satu, bin kami tak sama. Menjadi kemusykilan buat semua guru guru.

Sejak dari itu, cikgu H selalu memandang jelek pada aku. Ilmu yang dia curahkan buat kami sekelas tidak pernah lekat dalam jiwa dan minda aku. Mungkin kerana dia tidak ikhlas mendidik aku.

Dia bukan saja pulaukan aku, sesiapa yang berkawan baik dengan aku juga dipulaukan olehnya.

Sehinggakan ramai yang menjauhkan diri dari aku. Aku malu. Aku segan. Allah saja yang tahu keadaan hati aku ketika itu.

Aku merupakan pengawas pusat sumber. Aku jalankan tugas seperti biasa, seperti yang termaktub di dalam jadual yang disediakan.

Kebetulan, cikgu H merupakan cikgu pusat sumber, jadi aku sekali lagi menerima pelbagai kritikan dari cikgu H. Sehinggakan aku tidak tahan dan ingin menarik diri dari menjadi pengawas.

Aku maklumkan pada cikgu H. Dia hanya tersengih. Aku ingatkan segalanya akan terhenti di situ, rupanya tidak.

Dia memanggil aku berjumpa dia di kantin sekolah, pelbagai kata kata kesat di hamburkan kepada aku dihadapan pelajar dan guru guru lain. Sehinggakan seorang guru disitu juga ikut memerli aku.

Ya allah, apa dosa aku. Aku tak minta dilahirkan menjadi anak haram. Aku tak minta.

Segalanya tidak terhenti di situ, sehinggalah pada suatu hari hati aku betul-betul remuk dan sakit menerima segala perkataan sarkastik yang keluar dari mulutnya.

Aku nekad. Aku pulang ke rumah. Berlakon sakit, tidak mahu ke sekolah.

Badan aku penuh birat dibalun mak tapi aku tetap berdegil. Aku ingin berhenti belajar, akhirnya mak akur.

Dan ya, aku berhenti belajar hanya kerana seorang guru yang berasa diri dia mulia. Tidak hina. Yang berasa keturunannya juga akan mulia.

Cikgu, seandainya cikgu baca confession ini, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih untuk semua ilmu yang cikgu curahkan. Kerana kau yang bergelar cikgu masa depanku hancur, gelap gelita.

Tapi, sang pencipta itu maha kaya. Sungguhpun aku tidak berjaya mengengam segulung sijil spm, tapi aku masih mampu mencari rezeki yang halal.

Masih mampu membeli kereta. Makan pakaiku masih cukup. Tidak seperti yang cikgu hamburkan pada aku pada tarikh 4.5.14 cikgu mengelarkan aku tak guna, tapi aku masih berguna cikgu, aku masih mampu berbakti buat ibu ayah aku walaupun aku tidak bergelar cikgu.

Aku sayang semua cikgu yang pernah menabur ilmu buat aku. Aku menjadi manusia sekarang kerana cikgu-cikgu aku yang lain, yang sentiasa mendoakan dan menyokong aku, yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk aku terus melangkah maju.

Cikgu H, semoga cikgu diampunkan oleh Allah atas semua kata-kata dan perilaku cikgu kepada aku.

Sesungguhnya aku telah memaafkanmu. Kerana aku tahu. Cikgu juga masih bergelar MANUSIA.

Buat guru-guru diluar sana, didiklah pelajar anda dengan ikhlas. Tidak kira apa saja latar belakang mereka, didiklah dengan sebetulnya supaya kami menjadi bangsa yang bermaruah dan berilmu.

–Nur (Bukan nama sebenar)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iiumc

Saturday, July 06, 2019

Misteri Di Ganggu Pontianak Di Banglo Mewah!

Misteri Di Ganggu Pontianak Di Banglo Mewah!

Pengalaman seorang lelaki warga Indonesia ini yang sudah 23 tahun bekerja sebagai buruh binaan di Malaysia membuatkan dirinya sudah lali berdepan situasi menyeramkan. Mana tidaknya, tidur di tapak binaan secara sendirian bukanlah satu perkara asing buat dirinya apatah lagi tempat yang baharu diterokai untuk projek pembangunan itu tidak diketahui asal-usulnya.

Di ganggu pontianak penunggu banglo
Di banglo inilah berlaku beberapa kejadian mistik.

Pengalaman itulah yang terpaksa dilalui Dhiya Ulhaq Abu Bakar yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia bagi mencari rezeki.

Namun, prinsip lelaki berusia 43 tahun ini mudah. Dia tidak perlu berasa gentar jika niatnya baik dan bukan untuk mengganggu sesiapa.

Adat menumpang tidur di tempat asing, sudah pasti ada 'penghuni' yang tidak senang dengan kehadiran Dhiya dan rakan-rakannya.

Sebelum pulang ke tanah airnya, Dhiya tidak dapat melupakan pengalaman ketika terlibat dengan kerja-kerja pembersihan dan ubah suai di tiga banglo lama yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Dari luar, ketiga-tiga banglo yang pernah menjadi pejabat sebuah syarikat pengeluar serbuk minuman teh itu kelihatan sangat usang dan dipenuhi dengan semak samun. Banglo itu merupakan bangunan pusaka turun-temurun milik keluarga hartawan teh yang siap dibina pada 1931.

Ketika Dhiya dan dua lagi pekerja mula membersihkan banglo tersebut, seorang daripada pekerja perempuan, Yuni tiba-tiba dirasuk.

Yuni mengamuk seolah-olah mahu memukul Dhiya dan seorang lagi pekerja sambil berteriak seperti orang hilang arah. Tidak lama selepas itu, Yuni kemudiannya tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Selepas kejadian tersebut, mereka bertiga masih bekerja seperti biasa kerana kerja-kerja pembersihan harus dibereskan segera. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Kastolan jatuh dari ketinggian tiga meter, seperti ada sesuatu yang menolak kawan saya jatuh.

Namun, belum sempat insiden Yuni dirasuk itu mahu dilupakan, berlaku pula kejadian mistik kedua yang lebih menyeramkan. Kali ini, rakannya yang bernama Kastolan pula menjadi mangsa gangguan makhluk halus.

"Ketika itu masih siang dan kami berdua sedang membuka atap zink di salah sebuah banglo tersebut.

"Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Kastolan jatuh dari ketinggian tiga meter, seperti ada sesuatu yang menolak kawan saya jatuh.

"Ketika dia jatuh tu, kepalanya yang terhempas di lantai dahulu. Saya pun bawa dia ke hospital untuk rawatan," cerita Dhiya.

Kejadian mistik di banglo tersebut tidak terhenti setakat itu. Kastolan sekali lagi diusik. Kali ini, pemuda itu diganggu oleh pontianak pula.

Ketika Kastolan ingin mandi di tandas banglo itu sewaktu hari sudah hendak masuk waktu Maghrib, kelihatan kelibat seperti seorang wanita berambut panjang berdiri kaku di depan pintu tandas tersebut.

Pada mulanya dia menyangka wanita itu adalah Yuni. Kastolan cuba menegur dan tiba-tiba teringat bahawa Yuni tiada di kawasan banglo itu, sebaliknya berada di rumahnya.

Wanita yang berdiri di depannya berpaling memandang tepat ke mata pemuda tersebut sambil senyum menyeringai.

Tubuh Kastolan seakan-akan kaku, wajahnya pucat melihat entiti yang berada di depan mata. Mujurlah pontianak itu hanya mengusik seolah-olah memberi amaran untuk tidak mengganggu tempat tinggalnya. Tidak lama selepas itu, pontianak tersebut terbang menghilangkan diri.

Tidak tahan terus diganggu, Dhiya meminta tolong seorang pawang Indonesia untuk datang menghalau semangat jahat yang mengacau mereka.

Menurut Dhiya, pawang tersebut memberitahu bahawa kawasan itu sangat keras kerana sudah lama tidak dihuni manusia.

"Terlalu banyak jin yang ada di banglo tersebut. Hantu-hantu itu mengamuk apabila kawasannya diganggu.

"Pawang yang dipanggil menghalau jin dan makhluk halus di situ bertindak memagar kawasan tersebut dengan ayat suci al-Quran," kongsi Dhiya.

Tambahnya, sejak itu tiada lagi kejadian menyeramkan yang mengganggu ketenteraman mereka. Tiada siapa yang tahu berapa lama keadaan itu akan kekal aman di banglo pusaka tersebut.

Namun, apa yang pasti, jika satu-satu kawasan itu tidak diduduki untuk suatu tempoh yang panjang, pasti ada yang menjadi penghuninya.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Penemuan Harta Karun Di Laut Malaysia

Penemuan Harta Karun Di Laut Malaysia

Tidak ramai mengetahui bahawa, di dalam kegelapan dasar lautan di beberapa lokasi rahsia perairan Malaysia, tersembunyi banyak khazanah misteri yang tidak ternilai harganya yang menjadi buruan ramai pemburu harta karun.

Harta Karun Di Malaysia
Gambar hiasan.

Selama ratusan tahun, khazanah 'harta karun' itu hanya tersadai melewati masa tanpa disedari sesiapa sehinggakan kewujudannya di dasar laut itu sekadar menjadi mainan dan lokasi kediaman buat ribuan ikan serta hidupan laut.

Lama terpendam di dasar lautan, akhirnya sekitar 30 tahun lalu, beberapa penyelam mula meninjau keadaan di dasar laut dan ketika itulah mereka menyedari ada satu bentuk tinggalan aneh yang terdampar di sebalik kawasan air yang terasing itu.

Selepas diamati dan didekati, akhirnya penyelam terbabit menyedari bahawa di dasar Laut China Selatan dan Selat Melaka di negara ini, tersimpan banyak warisan kapal karam purba yang mengandungi khazanah yang tidak ternilai harganya.

Sejarah kewujudan kapal karam di dasar lautan negara dikatakan bermula seiring dengan sejarah Tanah Melayu pada zaman silam yang terletak di lokasi strategik iaitu di tengah jalan laut yang menghubungkan dunia Timur dan Barat.

Kelebihan itu menyebabkan banyak Kerajaan Melayu Lama di Tanah Melayu menjadi lokasi persinggahan pedagang, terutamanya Kerajaan Melaka menjadi terkenal sebagai satu daripada lokasi terkemuka perdagangan abad ke-15.

Kapal dagang asing yang singgah dan melalui perairan negara pada zaman silam ternyata bukan calang-calang, lantaran membawa banyak harta atau khazanah untuk perdagangan.

Karam di perairan negara

Ada antara kapal yang membawa barang dagangan berharga itu yang karam di perairan negara akibat pelbagai sebab, antaranya melanggar batu karang, dibedil dalam peperangan atau dipukul ribut.

Seterusnya, melewati masa sedari zaman penjajahan Portugis, Belanda, British sehinggalah ke Jepun, semakin banyak pula kapal yang membawa pelbagai harta karun, karam di dasar laut perairan negara.

Mengikut buku Mysteries of Malaysian Shipwrecks, dijelaskan sehingga kini, lebih 10 kapal karam sudah ditemui di perairan Malaysia dan selain Jabatan Muzium, usaha mencari kapal itu turut membabitkan pihak swasta mahupun orang perseorangan termasuk pencari harta karun.

Kapal Tentera Jepun

Antara usaha terawal dalam kerja mencari kapal karam di dasar laut dilakukan sekitar penghujung era 1970-an apabila kerajaan Terengganu bersama Jabatan Muzium dan dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia menemui bangkai kapal karam tentera Jepun berhampiran Chendering.

Kapal Tentera Jepun itu karam kerana terkena tembakan peluru berpandu dan tenggelam kira-kira 30 meter di dasar laut.

Risdam

Penemuan terbesar dalam kerja mencari kapal karam di dasar laut negara dikatakan dicatat pada tahun 1980 apabila bangkai kapal dagang Risdam ditemui di perairan Mersing, Johor.

Kapal dagang milik Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) itu berusia 253 tahun dan karam pada tahun 1727.

`Harta karun' yang ditemui dalam kapal itu berupa 90 gading gajah, kira-kira 100 jongkong timah dan dua tembikar Thailand.

Diana

Pada tahun 1993 pula, Kapal Diana milik British yang karam di perairan Selat Melaka pada tahun 1817 ditemui bersama muatan kargo seberat 11 tan.

Antara barang dibawa kapal itu ketika karam ialah pinggan mangkuk, set teh dan kira-kira 24,000 unit tembikar China daripada jenis biru serta putih.

Nassau

Pada tahun yang sama, sebuah lagi kapal karam ditemui iaitu kapal Nassau milik Belanda ditemui pada kedalaman 27 meter dari paras laut berhampiran Port Dickson.

Kapal itu dipercayai karam dalam pertempuran `Tanjung Tuan' antara Belanda dengan Portugis pada tahun 1606.

Antara harta karun ditemui adalah senapang besi, meriam gangsa, kelengkapan pelayaran seperti kompas, 1,000 syiling perak Sepanyol dan bekas minuman.

Nanyang Dan Nanhai

Pada tahun 1995, dua lagi kapal karam ditemui iaitu Nanyang dan Royal Nanhai. Kapal Nanyang yang dipercayai dari China ditemui berhampiran perairan Johor.

Kira-kira 400 seramik sudah dikeluarkan dari kapal yang tenggelam pada tahun 1380 itu.

Kapal Royal Nanhai yang tenggelam pada tahun 1460 pula ditemui kira-kira 40 batu nautika dari Pantai Timur. Sebanyak 21,000 seramik antaranya buatan Thailand, China dan Vietnam ditemui di dalamnya.

Longquan

Kapal Longquan yang karam pada tahun 1400, ditemui semula pada tahun 1996 sekitar 23 batu nautika dari pantai Pantai Timur. Ia membawa seramik dari China dan Thailand.

Xuande

Pada tahun yang sama, Kapal Xuande yang karam pada tahun 1540 ditemui pada jarak 34 batu nautika dari pantai negara ini.

Kapal itu membawa harta karun berupa seramik dari China dan Thailand. Kapal Turiang yang dipercayai dari China, tenggelam pada tahun 1370 dan ditemui pada 1998 di perairan Johor.

Desaru

Kapal Desaru yang turut membawa seramik buatan China, ditemui pada kedalaman 20 meter dari paras laut berdekatan Mersing.

Kapal yang karam pada tahun 1830 dan temui pada tahun 2001 itu berukuran panjang 30 meter dan tujuh meter lebar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Angkara Video Lucah, Murid Tahun 6 Nodai Budak Empat Tahun

Angkara Video Lucah, Murid Tahun 6 Nodai Budak Empat Tahun

Seorang murid lelaki darjah 6 ditahan polis dipercayai menodai kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa, Batu Gajah. Kejadian itu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan kepada ibunya berusia 31 tahun akibat disentuh oleh suspek yang dipanggilnya abang, Khamis minggu lalu.

Kanak-kanak merogol
Gambar hiasan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek ialah anak sulung kepada pengasuh dan mangsa dijaga oleh ibu suspek sejak berusia 2 tahun.

"Mangsa menceritakan suspek ada membuka seluar dan memegang bahagian tersebut tetapi mangsa tidak dapat menceritakan keseluruhan melainkan mengadu berasa sakit.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sebanyak tiga kali bermula awal bulan puasa di mana tarikh sebenar tidak pasti, 31 Mei dan 17 Jun lalu," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan Pakar Obstetrik dan Ginekologi mendapati terdapat kesan koyakan pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah.

"Terdapat kesan kemerahan pada bahagian 'introitus' dan kawasan dubur mangsa disyaki berlaku kemasukan objek tumpul dalam kemaluan mangsa.

"Suspek direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Ahmad Adnan berkata, teransang menonton video dalam telefon bimbit dipercayai menjadi punca perbuatan suspek itu.

"Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak terutama dalam melayari internet yang mana akan memberi kesan negatif kepada mereka kelak," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian