Monday, September 24, 2018

10 Alasan Kenapa Perjuangan Hak LGBT Wajib Disokong


Golongan LGBT merupakan sebahagian kecil kelompok masyarakat yang tinggal di negara kita, negara Malaysia yang tercinta

Sokong Hak LGBT

Meskipun agama, budaya dan moral menolak amalan mereka, namun terdapat hak-hak yang dimiliki oleh kelompok ini yang harus dihormati dan diperjuangkan oleh semua golongan.

Terdapat 10 hak golongan LGBT yang kita semua manusia berakal WAJIB sokong iaitu:

1. Hak sebagai individu

Sebagai seorang individu yang berjiwa bebas dan merdeka, seorang LGBT mempunyai kebebasan hak untuk memasang niat berhijrah kemudian berusaha sedikit demi sedikit memperbaiki diri seterusnya meninggalkan dunia LGBT.

2. Hak sosial

Golongan LGBT harus tahu bahawa mereka mempunyai hak untuk tidak sesekali disisihkan oleh masyarakat selagi mana mereka mempunyai iltizam yang kuat untuk berubah dan kembali kepada fitrah.

3. Hak terhadap agama

Mereka mempunyai hak untuk menikmati perasaan bertuhan dan merasai kasih sayang Tuhan, serta kembali dengan cara hidup yang dianjurkan oleh agama.

4. Hak terhadap undang-undang

Seorang LGBT yang merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk berpegang teguh pada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Antara yang terkandung dalam Rukun Negara adalah Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Memandangkan undang-undang di Malaysia tidak mengiktiraf perkahwinan sama jenis serta tidak mengiktiraf ‘third gender’, maka seorang LGBT yang mulia dan mencintai negara akan berusaha berubah ke arah gaya hidup sihat dan normal.

5. Hak mendapatkan rawatan dan bimbingan

Seorang LGBT juga berhak mendapatkan rawatan dan bimbingan daripada ahli psikologi, pakar psikiatri dan kaunselor untuk kembali kepada kehidupan yang lebih sejahtera. Hak ini sesekalipun tidak boleh dinafikan.

6. Hak asasi manusia

Mereka juga tidak boleh ditindas dan dizalimi hanya kerana mereka LGBT, contohnya diberhentikan kerja atau dicederakan disebabkan naluri songsang mereka.

Sebaliknya, tindakan tatatertib dan hukuman perlu dilakukan mengikut lunas undang-undang disebabkan perlakuan songsang mereka (berdasarkan bukti).

Hukuman tidak boleh dijatuhkan disebabkan naluri mereka atau apatah lagi sangkaan-sangkaan yang tidak dibuktikan menerusi undang-undang.

7. Hak mendapatkan pendidikan agama

Golongan LGBT juga berhak mendapat bimbingan, nasihat dan didikan (tarbiyyah) dari ahli dakwah serta para assatizah.

Kata-kata nista berbentuk celaan, cacian dan cercaan tanpa bimbingan dan didikan hanya akan menyebabkan golongan tersebut menjadi semakin jauh dgn fitrah.

Diri mereka harus dikasihi meskipun perlakuan mereka tidak dipersetujui maka, hak tarbiyyah, bimbingan dan nasihat tersebut amat penting bagi meyelesaikan kemelut mereka.

8. Hak terhadap media

Media harus mengangkat golongan atau tokoh-tokoh LGBT yang telah bertaubat atau berjaya berubah seperti salah seorang bekas mak nyah yang kini menjadi seorang guru dan pendakwah hebat dan berjaya membimbing dan menimbulkan keinginan terhadap insan-insan LGBT untuk kembali berubah.

9. Hak terhadap keluarga

Mereka berhak mendapat kasih sayang dari ibu bapa, adik beradik dan kaum keluarga tanpa disisihkan.

Kekurangan kasih sayang dari bapa menjadi antara faktor penyumbang kepada masalah LGBT, maka selepas benar-benar berhijrah, bekas LGBT mempunyai hak untuk membina kehidupan berkeluarga, dan hidup bahagia dengan menjalani gaya hidup yang sihat.

10. Hak dalam politik

Segala bentuk amalan songsang daripada gejala LGBT, tidak wajar dijadikan alat bagi menjatuhkan mana-mana pesaing politik.

Segala bentuk amalan politik kotor dan fitnah dituntut untuk diubah kepada politik matang dan politik nilai.

Sebagaimana masyarakat mendesak golongan LGBT untuk berubah, masyarakat sendiri perlu berubah ke arah memacu politik yang lebih sejahtera.

Artikel ini dipetik daripada tulisan Ahmad Mustaqim Zolkafali di laman web jalurgemilang.my yang diterbitkan pada 14 Mac 2016

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon