Thursday, June 27, 2019

SBDJ Siri 80: Mayat Berbau Wangi

SBDJ Siri 80: Mayat Berbau Wangi

"Begini," Alang Abdul Rauf menggosok-gosok badan cawan dengan jari kelingkingnya. Lagi sekali ia merenung ke kiri dan ke kanan. Ia menarik nafas panjang. Kesan air kopi yang melekat di bibir bawahnya terus dikesat dengan hujung jari telunjuk.

Toyol jadi-jadian

Saya masih menanti, apakah petua-petua yang akan diucapkannya kepada saya.

"Begini Tamar, orang tua-tua kita dulu, banyak mengamalkan petua terutama bila berdepan dengan minuman dan makanan," Alang Abdul Rauf memulakan.

"Petua tu digunakan untuk menjaga diri, mungkin makanan atau minuman yang diberi atau dihidangkan oleh orang lain pada kita, ada benda-benda berbisa yang termasuk secara tidak sengaja," tambahnya dengan nada suara yang lembut.

Wajahnya nampak tenang sekali. Saya anggukkan kepala beberapa kali sambil merenung tangkai cawan.

"Apa dia petuanya pak cik?"

"Selalunya, orang menaruh guna-guna dalam minuman, juga makanan dengan tujuan untuk menjadikan seseorang tu bodoh, ada juga yang cuba menaruh racun," Alang Abdul Rauf membetulkan duduknya, supaya selesa.

"Cara pertama gunakan lidah untuk menjolok lelangit, kalau terasa geli, bolehlah minum dan makan benda yang dihidangkan, kalau tidak terasa apa-apa semacam kebas jangan makan atau minum, itu berbahaya," Alang Abdul Rauf meluahkan petua pertama. Saya mendengar dengan penuh minat.

"Lagi petua yang kedua macam mana pula?"

"Sebelum makan atau minum, gosok rambut dengan telapak tangan, biasanya, jika rambut digosok terasa kesat dan mengeluarkan bunyi, jika tak dengar bunyi, jangan minum dan makan barang yang dihidangkan di depan kamu," Alang Abdul Rauf meluahkan semua petua yang diketahuinya pada saya.

Saya menggaru-garu batang leher yang gatal. Mata terus merenung ke setiap sudut kedai kopi. Saya kira petua-petua yang dikatakan oleh Alang Abdul Rauf itu memang baik untuk diamalkan.

"Tetapi, orang-orang muda sekarang mana mahu amalkan semua petua, Bismillah pun jarang dibaca bila mahu makan atau minum," kata Alang Abdul Rauf dan saya merasakan kata-kata itu, bagaikan menyindir diri saya sendiri.

Muka Alang Abdul Rauf saya pandang sejenak.

"Tapi, aku yakin kamu selalu baca Bismillah setiap kali minum dan makan, bukan begitu Tamar?"

"Insya-Allah pak cik," balas saya dengan segaris senyum.

"Mari kita pergi Tamar."

Alang Abdul Rauf terus bangun. Ia menuju ke meja tuan punya kedai kopi. Alang Abdul Rauf bayar harga kopi dan kuih.

Kedai kopi kami tinggalkan dan saya terus duduk di pelantar basikal menuju ke rumah adiknya yang terletak kira-kira sebatu dari kedai kopi tersebut.

ADIK

Tujuan utama Alang Abdul Rauf menemui adiknya untuk membincangkan tanah pusaka peninggalan orang tua mereka. Alang Abdul Rauf mahu menjual tanah pusaka itu pada orang lain.

Tetapi adiknya tidak setuju dengan alasan tanah pusaka itu mahu ditanam dengan pokok durian dan langsat, sedangkan Alang Abdul Rauf berpendapat cara yang mahu dilakukan oleh adiknya itu tidak sesuai kerana kedudukan tanah itu jauh dan tidak pernah dijaga.

"Dari tanah tu terbiar ada baiknya kita jual, duitnya kita bagi sama, selama ni duit cukai tanah aku yang membayar hasilnya tak ada apa-apa," ujar Alang Abdul Rauf pada adiknya.

"Saya tak mahu jual, kalau abang jual juga, kita bukan lagi adik beradik," suara adiknya keras.

"Kalau sudah begitu kata kamu, tak jadilah aku nak jual tapi, cukainya kita bayar sama-sama."

"Abang saja yang bayar, saya mana ada duit, anak-anak saya ramai, bila saya ada duit nanti saya bayar."

"Itulah yang selalu kamu cakapkan, bila aku datang minta duit kamu lari," suara Alang Abdul Rauf meninggi. Adiknya terus membisu.

Mungkin kerana sifat penyabarnya, Alang Abdul Rauf tidak mahu menyebut-nyebut soal tanah pusaka dalam perbincangan berikut dengan adiknya.

Anehnya, sebelum Alang Abdul Rauf pulang, adiknya meminta wang darinya. Alang Abdul Rauf hulurkan wang dua puluh ringgit pada adiknya.

"Itulah adik aku Tamar, namanya Mat Judin, susah mahu diajak berunding," bisik Alang Abdul Rauf pada saya, ketika turun dari rumah.

"Adik nombor berapa pak cik."

"Adik bongsu. Yang dia tahu minta duit tak beri tarik muka, kerana tak mahu bergaduh dengan adik-beradik, terpaksa aku ikut cakapnya," terang Alang Abdul Rauf.

"Apa pendapat kamu tentangnya."

"Tak ada apa-apa pak cik," balas saya dengan senyum pendek. Saya tidak mahu melibatkan diri dalam urusan keluarga orang lain.

Kami tinggalkan rumah Mat Judin, ketika matahari sudah condong. Seronok naik basikal di bawah lindungan pokok-pokok getah. Terasa cukup redup dan selesa sekali.

Peluh tidak sehebat tadi mercik di dahi dan tubuh. Alang Abdul Rauf cukup rancak bercerita tentang keluarganya. Saya cuma anggukkan kepala.

Sesekali, saya ketawa, bila terdengar peristiwa lucu terjadi antara Alang Abdul Rauf dengan adik bongsunya.

Tiba-tiba, Alang Abdul Rauf brek basikalnya dengan mengejut. Saya terpelanting ke tanah. Siku kiri saya berdarah kena tunggul getah. Dengan susah payah saya bangun.

Pada mulanya saya mahu marahkan Alang Abdul Rauf tetapi, bila saya lihat dirinya terkial-kial ditindih basikal dan baju Melayu cekak musangnya koyak, saya tidak jadi marah.

"Kenapa pak cik," tanya saya.

"Tengok tu."

"Ha," mulut saya ternganga.

Kepala lutut saya terasa lemah. Seekor ular tedung sela memanggungkan kepalanya separas dada saya. Ular itu kelihatan seperti berdiri atas ekornya.

"Kamu jangan bergerak Tamar," perintah Alang Abdul Rauf.

Saya mematikan diri. Tegak macam patung.

Ular tedung selar itu menggerakkan kepalanya ke kanan mengikut gerakan tubuh Alang Abdul Rauf yang cuba mendirikan basikalnya.

Ular tedung selar itu terus mematuk ke arah tubuh Alang Abdul Rauf. Anehnya patukan ular itu bagaikan tidak sampai ke tubuh Alang Abdul Rauf, macam ada sesuatu yang menghalangnya.

Ular tedung selar berhenti mematuk tubuh Alang Abdul Rauf. Basikal tua berjaya ditegakkan. Ular tedung selar masih berdiri dengan kepala yang terkembang.

Perlahan-lahan Alang Abdul Rauf membongkokkan badannya. Ular tedung selar turut merendahkan badannya dan bersedia untuk melepaskan patukan pada ubun-ubun kepala Alang Abdul Rauf.

Belum pun sempat ular tedung selar membenamkan siungnya yang berbisa ke kulit Alang Abdul Rauf, saya lihat Alang Abdul Rauf terus melompat dengan sekelip mata sahaja, bahagian bawah kepala ular tedung sudah berada dalam genggamannya.

Cepat-cepat Alang Abdul Rauf menekan siung ular tedung selar pada besi galang basikal.

"Kau ambil mangkuk getah dan tadah," perintah Alang Abdul Rauf.

Saya segera mengambil mangkuk yang tersangkut pada pohon getah lalu menadah bisa ular tedung selar yang keluar. Badan ular terus melilit lengan Alang Abdul Rauf.

Pada mulanya lilitan itu cukup kuat dan kejap. Sepuluh minit kemudian, lilitan ular tedung menjadi lemah dan badannya terus lurus ke bawah, tidak bermaya.

"Balik ke tempat kamu," kata Alang Abdul Rauf meletakkan ular tedung sela atas tanah.

Beberapa minit kemudian, ular tedung selar itu menggerakkan ekornya beberapa kali. Panggungkan kepala separas lutut Alang Abdul Rauf untuk beberapa saat.

Badannya direndahkan lalu melata atas bumi masuk ke dalam semak di sebelah kanan jalan.

"Buat apa bisa ular ni pak cik?" tanya saya.

Alang Abdul Rauf terus mengeluarkan botol kecil yang dibawanya. Ditutup dengan sapu tangan berwarna merah.

"Jarang-jarang dapat bertemu dengan ular tedung, entah macam mana petang ni, dia datang serah diri," mukanya kelihatan kemerah-merahan.

"Buat apa bisa ular ni pak cik?" ulang saya lagi.

"Untuk menawarkan bisa ular," balasnya tersenyum.

"Naik, kita balik," gesa Alang Abdul Rauf pada saya. Ia terus menolak basikalnya atas jalan tanah merah.

Tanpa membuang masa saya terus melompat atas lanting basikal. Kali ini Alang Abdul Rauf kayuh basikal dengan laju sekali. Rambut saya terus menggerbang ditolak angin.

"Pak cik saya nak tanya sikit?"

"Apa dia tamar."

"Tadi saya nampak ular tu patuk ke badan pak cik tapi macam tak sampai."

"Betul ke?" Alang Abdul Rauf macam terkejut.

"Ya, pak cik."

Alang Abdul Rauf tidak menjawab, ia terus membongkok kayuh basikal. Langgar akar dan tanah keras. Saya terpaksa angkat punggung.

Kalau tak buat macam itu, daging punggung saya terasa sakit dan mungkin juga lebam.

"Lain kali saja perkara tu aku ceritakan pada kamu Tamar."

"Kenapa?"

"Tak usahlah kamu tanya kenapa."

"Bisa ular tu nak buat apa pula?"

"Kamu terlalu banyak bertanya," suara Alang Abdul Rauf mula meninggi.

Saya tahu ia kurang senang dengan sikap saya. Buat beberapa ketika kami tidak bercakap. Bunyi rantai basikal tua yang tidak pernah ditaruh minyak menyakitkan anak telinga saya.

"Bisa ular itu, aku campurkan dengan minyak kelapa tulen kemudian aku hangatkan ke api hingga mendidih, isi dalam botol," tidak saya duga Alang Abdul Rauf mahu membuka rahsia kegunaan bisa ular yang diambilnya sebentar tadi.

Saya tersenyum dan memasang telinga untuk mendengar keterangan lanjut darinya.

"Lepas tu pak cik buat apa?"

"Aku jadikan minyak untuk menyapu seluruh badan, bila mahu tidur malam, dengan izin Allah jika kita kena patuk ular bisanya terus tawar, kadang-kadang ular tidak mahu mematuk kita, kecuali ular yang betul-betul ganas."

"Macam ular tadi."

Alang Abdul Rauf terus anggukkan kepala. Badannya terus membongkok kayuh basikal.

"Selain dari itu, apa khasiatnya lagi."

"Boleh menghilangkan sakit-sakit lenguh sendi, terkehel dan penawar bisa binatang."

"Macam tu, barulah saya tahu."

"Datuk kau tak cakap dengan kau."

"Tidak."

Alang Abdul Rauf terbatuk. Basikal terus dikayuh dengan tenaga tuanya. Bau peluhnya terasa hangit menyucuk lubang hidung saya. Baju di bahagian ketiaknya basah dengan peluh. Dedaun getah yang tua terus berguguran. Melayang-layang di udara sebelum tersadai di tanah.

"Kalau macam tu, kenapa pak cik tak tangkap ular dan ambil bisa untuk dijadikan ubat, jual pada orang ramai macam tukang-tukang ubat kaki lima buat," soal saya. Alang Abdul Rauf memperlahankan laju basikalnya.

"Tak boleh, kita tak boleh tangkap sebarang ular berbisa, kecuali ular yang betul-betul garang dan menyerang kita, macam ular tadi.

"Kalau sengaja kita tempah cari ular bisa, perkara tu tak mahu menjadi," terang Alang Abdul Rauf dalam keadaan yang mengah.

Ia terus menyapu peluh di dahi dengan telapak tangannya. Saya terus melihat pepohon getah yang kaku. Dua tiga ekor kera berlompatan di dahan getah, memulas dan membuang buah getah muda.

"Lagi satu ubat macam tu, tak boleh dijual, kalau dijual mujarabnya kurang, malah tak datang kesan langsung, kita boleh menyimpannya dan menggunakannya untuk orang yang benar-benar memerlukan pertolongan.

"Kalau dijadikan punca rezeki, ia tak mahu menjadi, silap-silap caranya kita dituduh orang, jadi penipu," lanjut Alang Abdul Rauf penuh semangat. Saya terus diam.

Apa yang saya fikirkan dalam kepala, macam mana Alang Abdul Rauf tahu kegunaan bisa ular itu. Apakah sebelum itu ia pernah kena patuk ular bisa atau memang sejak dulu lagi, ia ada ilmu ular.

"Agaknya pak cik ada ilmu ular?" saya memberanikan diri bertanya.

Soalan saya tidak dijawabnya untuk beberapa minit. Saya tidak berani mengulanginya, saya takut kena marah. Saya biarkan ia mengayuh basikal dengan tenang.

"Tak ada ilmu, memang aku tak tahu ilmu ular, cuma setiap kali berhadapan dengan ular aku baca Bismillah, kemudian amalkan petua orang tua-tua bersama dengan rasa yakin dan berani, tidak melupai kebesaran ALLAH."

"Apa dia petuanya."

"Bila kamu jumpa kulit ular mahu bersalin kulit, ambil kulitnya itu, bawa pulang dan bakar, abunya kamu isi dalam buluh kecil, bila kamu masuk hutan yang kamu fikirkan terdapat ular bisa, bawalah buluh tu, dengan izin Allah, ular datang ke kaki kamu menyerah diri.

"Kamu jangan buat apa-apa, bacalah Bismillah dan tangkap ular itu, letakkan ke tanah sebelah kanan tempat kamu berdiri," Alang Abdul Rauf berhenti bercakap. Ia menelan air liur dua tiga kali. Bau peluhnya bertambah hebat.

"Biarkan ular itu pergi, kalau ular tu tak mampu bergerak kerana terkena sumpah kulitnya, kau mesti meletakkannya di tempat yang kamu fikirkan ia boleh bergerak.

Sebaik-baiknya cari pucuk gelenggang letakkan atas kepalanya, kamu dapat tengok ular itu lari macam pelesit," tokok Alang Abdul Rauf sambil batuk.

"Berani kamu membuatnya Tamar?"

"Tak berapa yakin."

"Kalau tak yakin, jangan cuba-cuba melakukannya nanti kamu terima padah, lagipun petua ni ada ujiannya, bila kamu bawa kulit ular dalam buluh, macam-macam ular yang tak pernah kamu nampak akan kamu lihat."

"Ular macam mana tu pak cik?"

"Ular kepala dua, kadang kepala tiga, ada masanya kamu jumpa ular bertanduk, kalau kamu takut, petua tu tak akan menjadi."

"Kalau saya berjaya macam mana pak cik?"

"Kamu boleh jadi macam aku, bila jumpa ular yang garang macam tadi ambil bisanya dan buat seperti apa yang aku katakan," Alang Abdul Rauf menoleh ke arah saya bersama senyum sinis.

Saya tahu, ia semacam memperkecilkan kemampuan diri saya. Sesungguhnya, saya tidak minat sama sekali untuk jadi macam dirinya.

Tetapi, saya seronok melihat kejadian-kejadian yang aneh dalam hidup saya. Saya bercadang minta kebenaran dari Datuk untuk tinggal lebih lama dengan Alang Abdul Rauf, saya mahu berkongsi pengalaman dengannya.

Saya yakin tidak ramai orang-orang tua yang ada ilmu dan petua dalam dada seperti Alang Abdul Rauf.

Kalau saya tidak mahu mengambil petua darinya, apa salahnya melihat dirinya mengamalkan petua itu, setidak-tidaknya akan jadi bahan cerita cucu saya, betapa orang-orang tua terdahulu mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

RUMAH

Lebih kurang pukul empat petang, saya dan Alang Abdul Rauf sampai ke rumah. Saya lihat Datuk duduk menongkat lutut atas pelantar di bawah pohon mempelam membaca akhbar dengan tenang.

"Macam mana, semuanya berjalan dengan selamat?" tanya Datuk pada Alang Abdul Rauf yang sedang menyandarkan basikal tuanya di tiang rumah.

"Semuanya selamat, kalau tak selamat aku dan cucu kamu tak sampai ke sini," sahut Alang Abdul Rauf dalam nada suara yang meninggi.

Datuk melipatkan akhbar yang dibaca. Saya terus menghampirinya dan duduk di sisinya.

Beberapa minit kemudian Alang Abdul Rauf datang ke pelantar dan duduk di sebelah kanan saya. Datuk terus meraba-raba dagunya.

"Apa yang cucu aku dapat ikut kamu Alang?"

"Banyak yang dia dapat, kamu tak percaya cubalah tanya dirinya sendiri."

"Betul ke ni Alang atau nak bergurau saja," tingkah Datuk dan mereka ketawa berderai di bawah sinar matahari petang yang cerah.

"Eh Tamar, kau cakapkan pada Datuk kamu, apa yang kamu tengok dan masa kamu ikut aku," Alang Abdul Rauf merenung mata saya. Datuk menggaru-garu pangkal telinganya.

"Cakaplah Tamar," Alang Abdul Rauf seperti mendesak.

"Tak payah Tamar cakap pun aku dah tahu. Kamu bawa balik bisa ular tedung Alang."

Saya lihat muka Alang Abdul Rauf berubah. Ia terkejut besar. Memang ia tidak menduga yang Datuk tahu apa yang telah terjadi.

"Mana kamu tahu?" tanyanya cemas.

"Hidung aku dapat menciumnya," balas Datuk.

"Bukan hidung, tetapi pancaindera yang kelima memberitahu aku."

"Kamu memang manusia aneh."

"Tak aneh, tetapi aku mengamalkan pantang larang dan petua orang tua-tua," suara Datuk merendah.

Alang Abdul Rauf termenung panjang, membiarkan angin petang menyentuh wajahnya. Saya menggeliat dua tiga kali.

"Sengaja aku suruh si Tamar ikut kamu, biar dia tahu setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya, aku tak suruh dia ikut saja, semuanya sudah aku kira dan perhitungkan," Datuk membuka rahsia.

"Jadi, semuanya sudah kamu rancang," tanya Alang Abdul Rauf.

"Ya, bila kamu sebut kamu nak pergi jauh, aku segera terfikir untuk menyuruh Tamar menemani kamu, aku tahu kamu bukan sebarang orang, setidak-tidaknya Tamar dah tahu kamu memang handal melemahkan ular berbisa.

"Kamu memang bijak, cara kamu mengajar cucu kamu supaya menghargai kehebatan orang tua-tua memang tidak terasa."

"Entahlah," Datuk terus menepuk pangkal pahanya berkali-kali.

Saya terus bangun dan menggeliat. Tidak lama kemudian terdengar suara azan asar. Kami bertiga segera bangun, menuju ke rumah.

Saya basuh muka dan kepala. Datuk tukar baju dan Alang Abdul Rauf tergesa-gesa mandi.

Kami pun menuju ke masjid untuk berjemaah. Selesai berjemaah Alang Abdul Rauf mengajak saya dan Datuk meninjau ke kawasan tanah perkuburan yang sudah dikosongkan. Tidak lama lagi kawasan itu akan menjadi kolam lombong.

"Kawasan sebelah sana, kubur-kuburnya masih belum diubah."

Alang Abdul Rauf berdiri di bawah pohon gajus. Tangannya mengarah ke kawasan perkuburan yang penuh dengan susunan batu nisan dalam pelbagai aneka bentuk.

Pokok-pokok yang tumbuh di situ, seolah-olah menjadi payung pada perkuburan dan batu nisan. Sinar matahari bagaikan tidak menyentuh tanah kubur.

"Kubur yang kamu korek tu sebelah mana?" tanya Datuk pada Alang Abdul Rauf.

Saya lihat Alang Abdul Rauf membetulkan songkok putihnya yang senget di kepala. Ia menarik nafas panjang.

"Saya korek sebelah kiri kawasan kubur yang kita nampak ni, lepas tu baru sebelah kanan. Semua kawasan kubur orang Islam ini penuh dengan bijih," tangan kanan Alang Abdul Rauf terus cekak pinggang merenung kawasan-kawasan yang disebutnya.

"Sejak kamu korek kubur, kamu tak jumpa dengan perkara-perkara yang ganjil Alang?"

Saya lihat Alang Abdul Rauf tersenyum sumbing mendengar pertanyaan dari Datuk. Saya terus garu kepala dalam keresahan yang tidak menentu.

"Setakat ini, dengan izin Allah tak ada perkara buruk yang aku alami," jawab Alang Abdul Rauf.

"Syukur, tetapi sikit-sikit tu ada," Datuk buat serkap jarang.

Saya terus menggosok-gosok pangkal hidung. Alang Abdul Rauf merenung wajah Datuk.

"Perkara tu ada juga, umpamanya jumpa perempuan cantik berjalan dekat pokok besar, jumpa musang yang bertukar menjadi kucing," satu pengakuan dari Alang Abdul Rauf yang tidak berselindung. Tidak saya duga serkap jarang Datuk menjadi tepat.

"Itu syaitan nak menguji kamu," celah Datuk.

"Aku pun fikir begitu juga, aku dan kawan-kawan buat tak kisah, harimaukah, perempuan burukkah, kami tak peduli akhirnya benda-benda tu semuanya terus hilang," Alang Abdul Rauf terus ketawa.

Dari pinggir kawasan kubur, kami menyusur ke kanan menuju ke kaki bukit, melihat kebun-kebun getah yang bakal jadi lombong.

Bergerak lagi melalui kawasan dusun yang penuh dengan pohon kelapa, durian dan langsat, semuanya tidak boleh bertahan lama di situ.

Dalam sedikit masa lagi kawasan durian itu akan menjadi lombong yang memuntahkan bijih dari perut bumi.

Saya dapat membayangkan dalam tempoh dua tiga tahun lagi, kawasan sekitar akan menjadi lapang. Penuh dengan pasir dan saujana mata memandang dan kawasan tempat yang kami lalui sekarang, tidak mungkin dapat dikesan.

Kami terus berjalan. Terasa segar dan menyenangkan kerana hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

"Ke mana lagi kamu nak bawa aku Alang?" tanya Datuk.

"Tak ke mana-mana, kita pergi ke sungai dari situ kita terus pulang.

"Sungai tu ada ikan tak?"

"Ada, kenapa? Kau nak memancing," Alang Abdul Rauf renung muka Datuk. Mereka berbalas senyum.

"Kalau ada ikan, aku nak menjala," ujar Datuk.

"Itu satu cadangan yang baik, aku juga nak ikut kamu menjala."

"Bila kita nak menjala?" Datuk renung muka Alang Abdul Rauf yang sedang mengerutkan dahinya.

"Nanti dua tiga malam lagi."

"Boleh juga, kalau aku tak ubah rancangan, memanglah aku nak duduk dua tiga hari di sini," Datuk menelan air liur. Kami terus melangkah. Akhirnya sampai ke rumah.

Seronok rasa hati, setelah penat berjalan. Isteri Alang Abdul Rauf menyediakan kopi dan goreng pisang panas. Saya terus makan dengan lahapnya.

Lepas makan dan minum kopi, Datuk terus berborak dengan Alang Abdul Rauf di serambi rumah hingga menjelang waktu Maghrib.

Entah apa yang mereka cakapkan saya tidak berminat mahu mendengarnya. Bukannya menarik sangat cerita orang tua-tua.

KUBUR

Malam itu lepas sembahyang Isyak, Datuk dan Alang Abdul Rauf terus berwirid hingga jam sepuluh malam.

Sebaik sahaja wirid berhenti, kawan-kawan Alang Abdul Rauf yang mengorek kubur terus datang dan duduk di serambi.

Saya kira jumlahnya lebih kurang enam orang. Semuanya berbadan tegap tetapi, wajah mereka nampak tenang dan berani untuk menghadapi dugaan dan rintangan.

Datuk dan Alang Abdul Rauf berbincang, sejenak, tanpa saya duga perbincangan mereka, kerana mahu membawa saya ikut sama rombongan menggali kubur.

Alang Abdul Rauf menggalakkan Datuk supaya membenarkan saya ikut serta dalam rombongan menggali kubur. Datuk patuh dengan cadangan Alang Abdul Rauf.

Pukul sepuluh lebih, kami meninggalkan rumah menuju ke tanah perkuburan yang sunyi dan seram.

Saya terdengar bunyi suara burung hantu sayup-sayup, saya juga terdengar desiran angin malam menyentuh dedaun getah yang memagari kawasan perkuburan.

Bunyi dedaun yang disentuh angin itu melahirkan suara yang menakutkan, ada masa terdengar seperti orang menangis dan ada masa pula terdengar macam bunyi orang ketawa yang tidak putus-putus.

Dari sinaran lampu picit, saya melihat batu-batu nisan tegak kaku. Malah ada yang nampak berkilau-kilau kena cahaya lampu picit. Katak-katak puru melompat di kaki membuat saya terperanjat.

Bagi saya tidak menghadapi masalah yang sukar berjalan di situ kerana saya di barisan tengah.

Kepala jalan Alang Abdul Rauf, dituruti oleh orang kanannya. Kemudian Datuk, diri saya dan kawan-kawan Alang Abdul Rauf.

Menurut Alang Abdul Rauf yang jadi pembantunya cuma tiga orang sahaja yang lain cuma ikut-ikut sahaja, mereka mahu menggeletar kerana kesejukan.

"Kita korek dua kubur malam ni, kau sebelah kanan dan aku korek kubur ini," Alang Abdul Rauf memberitahu kawannya yang sedang berusaha menyalakan api gasolin.

Seluruh kawasan yang mahu dikorek terang-benderang tetapi, cahaya gasolin tidak mampu menghalau nyamuk yang memang dahagakan darah manusia.

Suasana di situ mula dikuasai dengan bunyi cangkul dan menyebak membongkar tanah kubur.

Tanah-tanah yang segar bertimbun sedikit demi sedikit lalu membentuk sebuah bukit kecil.

Suara jampuk dan burung hantu bersahut-sahutan, angin menjatuhkan reranting kering yang bunyinya macam orang berjalan.

Terdengar juga salakan anjing yang bertalu-talu dan berpanjangan. Saya melihat malam yang pekat bersama titik-titik embun dari langit.

Ada seribu macam bunyi yang datang ke telinga saya. Semuanya membuatkan bulu tengkuk saya tegak. Terdengar juga suara seakan-akan orang menangis.

Bila saya renung ke arah yang tidak kena cahaya lampu gasolin. Saya lihat nisan yang tadi kaku, macam bergerak-gerak. Saya lihat Datuk masih duduk dengan tenang.

Bila kubur yang digali oleh Alang Abdul Rauf sampai separuh, saya mula terhidu bau wangi macam kasturi.

Tamat siri 80/284

BACA: SBDJ Siri 79: Wanita Tanpa Wajah Jalan Malam
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Panduan Mendaftar mySalam Dan Cara Tuntutan Insuran Percuma B40

Panduan Mendaftar mySalam Dan Cara Tuntutan Insuran Percuma B40

Bagi merealisasikan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam ini, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM2 bilion yang diharapkan dapat mengurangkan beban golongan B40 yang menghidap penyakit untuk membayar kos rawatan.

Daftar mySalam

Sama juga konsepnya seperti Bantuan Sara Hidup, kerajaan telah menyasarkan skim ini mampu memberi manfaat kepada 4.1 juta golongan B40 yang terdiri daripada individu berusia antara 18-55 tahun.

JENIS BANTUAN SKIM BANTUAN MySalam

1. Perlindungan Nasional B40

Bantuan yang diberikan dalam Skim Perlindungan Nasional B40 ini termasuklah:
  • Bayaran sehingga had maksimum RM8,000 yang diagihkan dalam tempoh masa yang akan diumumkan.
  • Bayaran harian untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun sebagai pendapatan gantian semasa rawatan hospital.
  • Skim ini dianggarkan akan menawarkan perlindungan perubatan selama 5 tahun untuk kumpulan yang disasarkan.
  • Kumpulan sasaran tersebut adalah golongan isi rumah B40 yang merupakan individu berumur di antara 18 hingga 55 tahun melibatkan 3.68 juta individu.

Siapa Yang Layak Memohon Skim MySalam?

Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 yang layak berumur di antara 18 hingga 55 dan pasangan mereka akan dimasukkan ke dalam mySalam.

Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.

Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Manfaat Yang Diterima oleh Penerima MySalam

Sebenarnya, melalui Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam, golongan sasar bukan sahaja memperoleh insurans dan menerima rawatan untuk penyakit kronik secara percuma.

Malah, banyak lagi manfaat atau faedah lain yang bakal diterima oleh golongan sasar.

Berikut kami kongsikan kesemua manfaat yang bakal diterima oleh golongan sasar melalui Skim

Perlindungan Nasional B40 MySalam:
  • Mendapat rawatan untuk 36 jenis penyakit kritikal.
  • Golongan sasar akan menerima bayaran sehingga RM8000. Bayaran tersebut akan diagihkan mengikut kadar yang bakal diumumkan.
  • Menerima bayaran harian sebanyak RM50 sehari dan bersamaan RM700 sebulan.

Bagaimana untuk Membuat dan Menerima Tuntutan MySalam?

Penerima mySalam boleh melakukan tuntutan mereka menerusi portal mySalam dengan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan yang telah diimbas (scan).

Sebagai alternatif, tuntutan juga boleh difailkan secara langsung di lokasi yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Semua tuntutan yang dibuat hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen berkaitan dan disahkan oleh doktor dari hospital kerajaan.

Untuk menerima tuntutan tersebut, pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Skim MySalam Patuh Syariah

Menurut pihak pengendali Skim ini iaitu Great Eastern Takaful Berhad, yang merupakan sebuah pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), skim ini adalah skim patuh Syariah, kerana produk yang diperkenalkan di bawah Skim ini adalah produk takaful dan diuruskan mengikut undang-undang Syariah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: drafiqrahim

Gambar Bapa Dan Anak Mati Lemas Di Sempadan AS-Mexico Yang Sangat Menyayat Hati

Gambar Bapa Dan Anak Mati Lemas Di Sempadan AS-Mexico Yang Sangat Menyayat Hati

Gambar seorang bapa bersama anaknya, warga Salvador yang lemas ketika menyeberangi Rio Grande di sepanjang sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico "amat mengejutkan dan mencetuskan kemarahan", lapor agensi berita Anadolu.

Pelarian Mati Lemas

Ketua Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Henrietta Fore dalam satu kenyataan berkata, "imej itu sangat menyayat hati" dan sebagai "peringatan mengenai bahaya yang perlu diharungi migran untuk sampai ke AS."

Gambar memilukan itu menunjukkan anak perempuan Oscar Alberto Martinez Ramirez, Valeria, memeluk erat bapanya ketika mayat mereka ditemui di sungai berkenaan.

Presiden Donald Trump menyalahkan pihak Demokrat di atas apa yang berlaku, menggesa undang-undang pengampunan AS dipinda bagi mengelakkan bencana di masa depan.

"Andai undang-undang diperbaharui, tragedi itu tidak akan berlaku. Mereka menyeberangi Rio Grande, sungai yang beraliran deras dan berbahaya," kata Donald Trump kepada wartawan di Rumah Putih sebelum berlepas ke Jepun untuk menghadiri sidang kemuncak G-20.

Ramirez memutuskan untuk menyeberangi sungai Rio Grande selepas permohonan suakanya ditolak pegawai sempadan AS, menurut laporan akhbar Mexico, La Jornada yang pertama kali menerbitkan gambar itu.

BACA INI JUGA:

sumber: utusanborneo

Klip Video Lingam Membongkar Skandal Kehakiman Di Malaysia

Klip Video Lingam Membongkar Skandal Kehakiman Di Malaysia

Pada tahun 1995, DAP kalah di parlimen Bukit Bintang buat kali pertama sejak kerusi itu dipertandingkan pada 1986 namun, kekalahan bukan melalui peti undi sebaliknya melalui pengisytiharan oleh seorang hakim, yang sedekad kemudian dikaitkan dengan skandal kehakiman paling serius pernah disaksikan oleh rakyat Malaysia.

Skandal kehakiman di Malaysia

Pada 2 Ogos 1995, Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Fairuz Abdul Halim, dalam menghakimi petisyen pilihan raya Bukit Bintang, mengisytiharkan Wee Choo Keong, wakil rakyat DAP ketika itu, hilang kelayakan sebagai ahli parlimen kerana pensabitan kes di mahkamah.

Ahmad Fairuz kemudian membuat satu lagi keputusan mengejutkan dengan mengisytiharkan calon MCA, Kee Chong Meng yang tewas kepada Wee sebelum ini, sebagai pemenang, tanpa memberikan arahan untuk pilihan raya kecil (PRK) diadakan dan ketua hakim negara ketika itu adalah Eusoff Chin.

Dua belas tahun kemudian, pada 2007, ketika YouTube baru diperkenalkan, sejumlah klip rakaman perbualan antara Fairuz dan seorang peguam dimuat naik, mencetuskan kekecohan di laman maya.

Dalam klip rakaman video itu, peguam berkenaan, antara lain, mendedahkan peranannya dalam memastikan Ahmad Fairuz menjadi hakim besar Malaya, yang merupakan jawatan ketiga paling kanan dalam kehakiman.

Peguam berkenaan, VK Lingam, juga di dengar berjanji untuk menjadikan Ahmad Fairuz sebagai presiden Mahkamah Rayuan.

Meskipun klip video itu hanya didedahkan kepada umum pada 19 Sept 2007, perbualan berkenaan berlaku pada tahun 2002.

Beberapa bulan selepas perbualan itu berlangsung, Ahmad Fairuz menjadi presiden Mahkamah Rayuan pada Disember 2002 dan menjadi ketua hakim negara setahun kemudian.

Lingam mengakui dia sudah berunding dengan Eusoff berhubung pelantikan hakim, juga mendakwa sudah menyuruh ahli perniagaan Vincent Tan dan Tengku Adanan Tengku Mansor yang merupakan timbalan menteri ketika itu "berbisik" kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Correct, Correct, Correct

Butir percakapan Lingam yang mengandungi perkataan "correct, correct, correct" (betul, betul, betul) mungkin parodi internet atau memes pertama rakyat Malaysia.

Namun, bagi pemerhati perundangan, kandungan klip video itu sangat membimbangkan, kerana mereka melihat ada campur tangan dalam memutuskan individu yang menjadi hakim dan berkemungkinan mengawal keputusan penghakiman.

"Tidak, jangan bimbang Datuk, saya tahu berapa banyak anda bersusah payah untuk Eusoff Chin dan Tun kata Datuk Ahmad Fairuz setia 110 peratus. Kita mahu pastikan kawan-kawan kita ada demi perdana menteri dan demi negara ini..

"Anda sudah banyak bersusah payah, banyak yang anda lakukan, untuk petisyen pilihan raya, Wee Choo Keong, semuanya. Betapa banyak, tak ada sesiapa yang akan lakukan semua ini," kata Lingam kepada Ahmad Fairuz dalam rakaman itu.

Perbualan itu yang menyentuh tentang petisyen pilihan raya Bukit Bintang menambahkan lagi keraguan tentang keputusan mahkamah dan menimbulkan persoalan dengan kes-kes sebelum ini.

Enam hari selepas klip video Lingam didedahkan, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal berkenaan.

Kaitan di masa lalu

Nama Lingam, Eusoff dan Vincent yang terlibat dalam rakaman berkenaan bukanlah kali pertama saling dikaitkan.

Pada tahun 1994, ketika Eusoff dilantik menjadi ketua hakim, dia bercuti dengan keluarga Lingam dan Tan Chong Paw, yang merupakan pengawal peribadi Vincent, di New Zealand.

Perkara itu diperincikan dalam laporan pada 2000 oleh firma siasatan Bowman Investigations namun, Lingam dan Eusoff kemudian mendakwa percutian berkenaan hanya kebetulan.

RCI berhubung klip video Lingam, yang turut meneliti percutian itu, kemudian menyatakan, "Dengan mengambil kira dakwaan kebetulan yang banyak, dengan logik akal saja kami boleh kesan kesangsian dalam dakwaan itu. Dalam situasi ini, kami tidak dapat menerima penafian berkenaan."

Pemerhatian itu penting kerana Lingam dan Eusoff pada tahun berikutnya, hadir di mahkamah yang sama dan dalam situasi seperti itu, hakim biasanya akan menarik diri kerana konflik kepentingan.

Pada 1996, Lingam tampil sebagai peguam Vincent dalam saman fitnah terhadap wartawan MGG Pillai dan yang lain, menyaksikan ahli perniagaan mencipta rekod sendiri apabila diberikan pampasan RM10 juta.

Pillai membuat rayuan kes itu sehingga ke Mahkamah Persekutuan, dihadapan panel tiga ahli yang diterajui oleh Eusoff yang mengekalkan keputusan kes.

Dua belas tahun kemudian pada 2008, bekas setiausaha Lingam, G Jayanti memberi keterangan kepada RCI bahawa Lingam menulis penghakiman untuk saman RM10 juta itu.

Jayanti juga memaklumkan bahawa dia dan dua setiausaha lain terlibat dalam kerja "menaip dokumen rahsia".

Pillai meninggal dunia pada tahun 2006.

Mengatur panel Mahkamah Persekutuan

Dalam kes lebih awal melibatkan pertikaian komersial antara Ayer Molek Rubber Company dan Insas Bhd pada April 1995, Mahkamah Tinggi mengarahkan Ayer Molek untuk memindahkan saham kepada Insas dalam tempoh 48 jam.

Ayer Molek kemudian memohon untuk mengenepikan arahan itu namun hakim Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh pendengaran kes melebihi tempoh 48 jam dan enggan meluluskan untuk penangguhan sementara.

Ia menyebabkan Ayer Molek tidak mempunyai pilihan selain memindahkan saham kepada Insas, yang ketika itu diwakili Lingam.

Selepas saham itu dipindahkan, Ayer Molek masih membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan, menyaksikan panel mahkamah yang diketuai hakim Mahkamah Rayuan NH Chan memutuskan bahawa ketidakadilan "dilakukan oleh mahkamah".

Panel mahkamah itu berkata, meskipun tidak lagi dapat memberi kebenaran kepada Ayer Molek untuk mengenepikan arahan kerana saham berkenaan sudah dipindahkan, Insas tidak boleh melakukan apa-apa dengan saham yang baru diperoleh, dengan menegaskan bahawa ketidakadilan perlu "dibetulkan".

Dalam keputusan penghakiman 31 Julai 1995, Chan memetik Shakespeare dalam karya Hamlet, "Ada sesuatu yang busuk di Denmark", sebagai merujuk Denmark House di Kuala Lumpur, yang menempatkan Mahkamah Tinggi ketika itu.

Panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai Eusoff menolak keputusan Mahkamah rayuan 12 hari kemudian dan membuang beberapa bahagian dalam keputusan Mahkamah Rayuan, termasuk keputusan bahawa pasukan hakim Insas termasuk Lingam menyalahgunakan proses mahkamah.

Bagaimanapun, panel mahkamah yang terdiri daripada tiga ahli yang dibarisi oleh Eusoff itu menimbulkan persoalan kerana turut terdiri daripada hakim Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Rayuan boleh dimasukkan dalam panel Mahkamah Persekutuan, namun seorang hakim Mahkamah Tinggi tidak boleh duduk dalam mahkamah persekutuan, yang merupakan mahkamah paling tinggi di Malaysia.

Adik Lingam, K Thirunama kemudian memberi keterangan kepada RCI bahawa selepas dua bulan keputusan itu, Lingam membawa Eusoff dan isteri melawat sebuah rumah di Petaling Jaya yang ditawarkan kepada pasangan itu.

Menurut Thirunama, yang menemani Lingam ketika mengunjungi rumah itu, pasangan berkenaan tidak begitu senang dengan rumah itu dan mahukan tanah yang lebih luas untuk membina rumah pilihan sendiri, yang seterusnya dipersetujui Lingam dan mengarahkan Thirunama untuk mencari tanah yang sesuai.

Thirunama juga memaklumkan bahawa dia menghantar hadiah bagi pihak Lingam kepada keluarga Eusoff pada 1996, termasuk beg tangan, dompet dan telefon bimbit.

Dua puluh tahun selepas kes Ayer Molek, hakim bersara Mahkamah Rayuan KC Vohrah, yang turut bersama dalam panel dengan Chan, mendedahkan bahawa Eusoff cuba campur tangan dalam keputusan mereka. Ahli panel lain adalah hakim Mahkamah Rayuan Siti Norma Yaakob.

Hakim yang berani katakan tidak pada Lingam

Kes Pillai dan Ayer Molek mendapat perhatian dalam dan luar negara. Majalah International Commercial Litigation, dalam edisi Nov 1995, menyiarkan artikel bertajuk "Malaysian Justice on Trial" (Kehakiman Malaysia Diadili), menyatakan bahawa Lingam dan Vincent mempunyai hubungan dengan hakim.

Lingam memfailkan saman RM100 juta terhadap beberapa peguam, wartawan dan beberapa pihak lain susulan artikel itu.

Lingam berhujah bahawa penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Ayer Molek sudah diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Eusoff.

Bagaimanapun, saman fitnah Lingam ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Hishamudin Mohd Yunus pada tahun 2006.

Dalam keputusan yang tegas, Hishamudin memutuskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Ayer Molek masih boleh diguna pakai dan perlu dipatuhi kerana panel Mahkamah Persekutuan hanya terdiri daripada dua hakim yang layak, sementara ahli panel ketiga tidak layak kerana merupakan hakim Mahkamah Tinggi.

Hishamudin, yang bersara sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada 2015, dinafikan untuk naik pangkat sebagai hakim Mahkamah Persekutuan sebanyak tiga kali.

Dari kes petisyen pilihan raya Bukit Bintang sehingga kes saman fitnah Pillai dan Ayer Molek, klip video Lingam dan RCI susulan pada 2007 membantu untuk mendapatkan konteks beberapa kes meragukan yang terjadi dalam tempoh lebih sedekad lepas.

Meskipun RCI mencadangkan tindakan ke atas individu yang terlibat dalam rakaman video itu, tiada tindakan pernah diambil.

RCI dalam laporannya memutuskan bahawa bukan saja 'pesakit' perlu dirawat, 'penyakit' itu juga perlu dihapuskan.

"Dalam kata lain, usaha bersungguh-sungguh perlu dibuat untuk menangani akar permasalahan yang sudah didedahkan," katanya.

Dua tahun kemudian pada 2009, Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC) berkuatkuasa dua bulan sebelum Abdullah Ahmad Badawi mengundur diri sebagai perdana menteri.

JAC berperanan untuk menyaring dan memastikan integriti serta kebebasan hakim, namun keputusan akhir masih di tangan perdana menteri dan persoalan tentang integriti kehakiman masih kekal.

Hari ini, ketika perdebatan tentang integriti dan kebebasan kehakiman, adakah akar kepada penyakit dalam sistem kehakiman negara sudah ditangani?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Asal-usul Annabelle, Patung Paling Menakutkan Yang Benar-benar Berhantu

Asal-usul Annabelle, Patung Paling Menakutkan Yang Benar-benar Berhantu

Annabelle dikatakan adalah anak patung paling berhantu dan menyeramkan yang pernah dicipta malah benar-benar mengganggu dan menakutkan pemiliknya, juga lebih popular di dunia, mengalahkan Barbie.

Annabelle Ghost

Di Korea Selatan dilaporkan, beberapa individu dewasa terkencing ketika menonton filem Annabelle 2, juga pernah digunakan dalam filem seram The Conjuring.

Seram sangatkah kisah Annabelle ini?

Sebenarnya, anak patung Annabelle bukanlah seperti yang dilihat dalam filem yang mana rupanya sangat menakutkan.

Ia telah ditokok tambah supaya memberikan "feel" yang lebih, namun rupa sebenar anak patung ini agak comel yang sesuai menjadi teman baik anak perempuan anda.

Annabelle merupakan anak patung Raggedy Ann yang mempunyai rakan baik bernama Andy, merupakan hasil tangan penulis Amerika Johnny Gruelle.

Raggedy Ann dan Andy

Kedua-dua anak patung ini dikeluarkan pada tahun 1915 dan pada tahun 1918, dalam buku bersiri yang mereka diterbitkan namun, nama Annabelle yang diberikan kepada anak patung berhantu adalah nama jolokan sahaja.

Pemilik anak patung ini meminta bantuan ahli psikik apabila anak patung ini menunjukkan perlakuan yang aneh dan menurut ahli psikik tersebut, dalam badan anak patung ini terkandung roh seorang kanak-kanak yang bernama Annabelle Higgins.

Kanak-kanak bernama Annabelle itu mati ketika berusia 7 tahun, di tempat yang sama di mana pemilik anak patung ini tinggal dan dikatakan, anak patung itu menjadi "perumah" kepada roh Annabelle.

Annabelle berpindah tuan

Pada tahun 1970, anak patung yang sudah berhantu itu dijual oleh sebuah kedai hobi terpakai, oleh seorang wanita sebagai hadiah kepada anak perempuannya, Donna.

Donna yang merupakan seorang pelajar kejururawatan tinggal bersama-sama teman serumahnya Angie.

Apabila Donna membawa pulang Annabelle ke rumahnya, rumah tersebut menjadi "pangkalan" bagi Annabelle dan rohnya.

Tidak lama selepas memiliki Annabelle, Donna dan Angie mula menyedari sesuatu yang aneh pada anak patung itu namun mereka berdua menyangkakan mereka boleh bertahan dengan apa yang berlaku.

Pada mulanya, tindakan Annabelle tidaklah membahayakan kerana ia hanya mengubah posisi dan kedudukannya ke tempat lain daripada yang diletakkan dan perkara ini disedari oleh Donna dan Angie.

Tapi, semakin lama perlakuan Annabelle semakin pelik dan jahat yang membuatkan mereka berdua terpaksa meminta bantuan pasangan penyiasat paranormal, Ed dan Lorraine Warren.

Apa yang berlaku kemudiannya, mereka menjumpai beberapa keping kertas yang mengandungi mesej-mesej yang ditulis dengan tangan dan dipercayai ditulis oleh Annabelle.

Mesej-mesej tersebut berbunyi "Tolong kami" dan "Tolong Lou".

Takut dan trauma dengan kejadian itu, mereka membuat keputusan untuk membuang Annabelle.

Dikatakan bahawa, Donna memberitahu terlihat tompok-tompok darah pada dada dan belakang kepala Annabelle.

Pasangan penyiasat Warren tidak dapat menjelaskan bagaimana darah tersebut boleh berada pada badan Annabelle.

Kisah Annabelle hampir membunuh manusia

Patung Annabelle
Patung sebenar Annabelle.

Sejak Annabelle berada di rumah mereka, pelbagai perkara aneh berlaku, antara yang berlaku adalah kepada tunang Angie, iaitu Lou.

Lou tidak disukai oleh Annabelle sejak mula lagi kerana Lou beberapa kali menyuruh Angie membuang Annabelle kerana dirasakan berhantu, membuatkan Annabelle berang dan mula bertindak.

Pada satu malam, Lou terjaga dari tidur dan berasakan badannya tidak dapat bergerak dan ketika bergelut untuk bergerak, Lou melihat ke hadapan dan tiba-tiba ternampak kelibat Annabell, yang sedang merenungnya.

Annabelle kemudiannya merangkak ke atas badan Lou dan mencekik lehernya sehingga pengsan.

Lou yang sedar keesokan harinya tahu bahawa apa yang dialaminya adalah benar dan bukan mimpi.

Tidak puas dengan kejadian itu, Annabelle sekali lagi bertindak. Anak patung berhantu ini menunggu di saat Lou berada sebilik dengannya dalam keadaan gelap.

Ketika Lou ingin menyalakan lampu, tiba-tiba dia berasakan ada sesuatu di belakangnya dan lantas memusingkan badanya.

Di saat itu Lou berasa sangat sakit dibahagian perutnya, dan selepas lampu dinyalakan, Lou melihat perutnya yang berdarah dan penuh dengan kesan cakar.

Ketika itu juga, Lou terlihat Annabelle sedang duduk di atas lantai sambil bersiul-siul.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Kesilapan Morsi Dalam Dunia Politik Mesir

Kesilapan Morsi Dalam Dunia Politik Mesir

Mantan presiden Mesir, Mohamed Morsi telah meninggal dunia 17 Jun 2019 semasa prosiding mahkamah (emoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya) dan yang ironiknya, 17 Jun juga merupakan tarikh beliau memenangi pilihanraya presiden Mesir pada tahun 2012.

Kesilapan Morsi dalam politik

Morsi ialah presiden Mesir selama 369 hari dari 30 Jun 2012 hingga 3 Julai 2013, sebelum digulingkan oleh tentera pimpinan Abdul Fatah al-Sisi yang menjadi presiden Mesir sekarang.

Kejatuhan Morsi ialah tragedi yang boleh dielakkan, tokoh mujahid yang baik, tetapi bukan seorang ahli politik yang baik dan tidak sampai hasrat untuk menjadi negarawan yang ulung.

Kesilapan terbesar Morsi ialah beliau melakukan pembaharuan dan rombakan drastik sebaik sahaja memegang kuasa, ketika 'kuasa politik' beliau tidak kuat: hanya menewaskan lawannya Ahmed Shafik dengan undian 51.7%.

Meskipun Ahmed Shafik ialah orang rejim Mubarak yang tidak popular, Morsi juga gagal untuk meraih sokongan majoriti melebihi 60-70 peratus.

Itu menunjukkan Morsi sepatutnya berhati-hati dan wajib bekerjasama dengan segmen lain dalam politik Mesir.

Segmen-segmen utama yang ada ialah tentera, golongan liberal-sekular-nasionalis dan golongan Islamis.

Islamis di sini bermaksud mereka yang pro Ikhwanul Muslimin atau “Muslim Brotherhood” (parti Morsi), kerana bukan semua Muslim konservatif menyokong Ikhwanul Muslimin.

Sejak kudeta tahun 1952, tahun monarki Mesir digulingkan dan republik ditubuhkan, kestabilan sesebuah rejim amat bergantung kepada sokongan tentera dan sekular-nasionalis.

Kesemua presiden dan pemimpin tertinggi Mesir adalah dari tentera: Mohamed Naguib (1952-1954), Gamal Abdel Nasser (1954-1970), Anwar Sadat (1970-1981) dan Hosni Mubarak (1981-2011).

Suka atau tidak, tentera Mesir adalah institusi autonomi (“deep state”) yang memonopoli kekerasan dan mereka mempunyai “code of conduct” tersendiri, bebas daripada kawalan ahli politik seperti Morsi.

Tapi, apa yang Morsi lakukan sebaik sahaja menjadi presiden ialah 'melawan' tentera kerana tidak sampai 2 bulan menjadi presiden, Morsi telah memecat Panglima Hussein Tantawi yang memainkan peranan utama dalam kejatuhan Mubarak, sekali gus dengan timbalannya Sami Anan.

Jika dibandingkan dengan seorang lagi pemimpin demokratik-Islamis yang berdepan dengan ancaman “deep state” tentera iaitu Erdogan, beliau lebih bijak dan penyabar.

Erdogan menunggu selama 5 tahun sebelum mencabar tentera Kemalis dengan kes Ergenekon (2008) dan Sledgehmmer (2010) dan 5 tahun lagi untuk menyingkirkan “parallel state” Gulenis.

Lama, tapi berbaloi, lebih-lebih lagi kalau kita tidak mempunyai sokongan kukuh, kerana dalam politik, patience is a virtue.

Kesilapan kedua Morsi selepas mencabar tentera ialah melantik al-Sisi sebagai pengganti Tantawi, orang dalam faction Tantawi.

Alasan Morsi memilih al-Sisi adalah disebabkan imej warak al-Sisi, isteri dan anak memakai tudung dan hafal al-Quran.

Walaupun al-Sisi sudah banyak kali menunjukkan tanda-tanda akan melakukan rampasan kuasa, Morsi gagal membaca semua petanda itu.

Punca utama rakyat menolak Mubarak ialah masalah ekonomi dan korupsi, tetapi Morsi memilih untuk mengutamakan agenda pembaharuan undang-undang.

Dan itu menyebabkan liberal-sekular-nasionalis dan minoriti kristian (Koptik) yang bimbang dengan pengaruh Islamis lebih nekad untuk menolak Morsi.

Pada pertengahan Jun 2013, apabila Morsi memenuhi 11 daripada 27 jawatan gabenor di Mesir dengan ahli Ikhwan, golongan liberal-sekular-nasionalis ini akhirnya turun ke jalanan, menuntut Morsi meletak jawatan.

Jumlah peunjuk perasaan di Dataran Tahrir tidak kurang berbanding jumlah peunjuk perasaan semasa Januari-Februari 2011 yang menjatuhkan Mubarak.

Dengan itu, al-Sisi telah mengeluarkan ultimatum 48-jam pada 1 Julai dan Morsi ditahan pada 3 Julai. Tidak keterlaluan untuk disebut bahawa, Morsi sendiri menjadi punca kepada kejatuhan beliau.

Kita tidak berminat soal sama ada Morsi adalah salafi, haraki atau tidak, kerana ada pengajaran yang kita boleh belajar daripada kejatuhan Morsi dalam soal politik dan kenegaraan.

Sebagai ketua negara Arab pertama yang dipilih secara demokratik, kejatuhan Morsi ialah satu tragedi yang mensia-siakan potensi untuk beliau mengubah wajah dunia Arab-Islam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Wednesday, June 26, 2019

3 Bisnes Paling Mudah Dan Menguntungkan Di Tahun 2023

3 Bisnes Paling Mudah Dan Menguntungkan Di Tahun 2023

Ramai yang cuba untuk berniaga ataupun menjalankan bisnes tetapi buntu dari segi idea. Bagi wanita misalnya, mereka selalunya memilih menjadi agen atau stokis produk kosmetik dan untuk lelaki, ramai buat perkhidmatan freelance, cuba-cuba masuk MLM dan sebagainya.

Panduan Bisnes

Apa-apapun ikhtiar yang digunakan, kita perlu sedar bahawa sebaik-baik cara untuk meningkatkan pendapatan adalah melalui berniaga.

Kali ini kami ingin kongsikan 3 idea bisnes kecil-kecilan yang boleh anda lakukan. Kesemua bisnes ini hanya memerlukan modal yang sedikit namun memberikan pulangan yang berlipat kali ganda. Tak percaya? Jom baca lebih lanjut.

1. Jual Air Minuman (Bisnes air balang)



Tahukah anda, berniaga air minuman adalah salah satu cara paling senang untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda.

Mana tidaknya, rata-rata peniaga air lazimnya akan dapat margin untung bersih sekitar 80%. Memang lumayan.

Selalunya orang jual satu air dengan harga RM1.00-1.50 secawan. Kalau bungkus pula, harganya RM 2.00-RM 2.50.

Selain di pasar malam, digalakkan dijual di sekitar kawasan sekolah. Senang kata, jual pada waktu 1-2 petang (waktu pelajar balik sekolah) dan pada waktu 5-6 petang (balik sekolah agama atau kelas tambahan). Pada waktu itu, nescaya ramai yang akan beli.

Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat RM600 kasar.

Purata sehari anda akan dapat RM480, darab dengan 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080

2. Berniaga Buah Potong

Buah-buahan potong ini memang digilai orang ramai terutamanya ketika cuaca panas, ditambah pula dengan serbuk asam masam-masam manis, pastinya orang berebut nak membelinya.

Yang bagusnya, kos memulakan perniagaan ini murah dan penyediannya sangatlah mudah. Cuma cari satu kotak polisterin besar dan isikan ais serta buah-buahan potong anda itu.

Kalau rasa susah nak dapatkan payung dan meja, beli sahajalah box makanan dan buat ala-ala jualan carboot.

Dicadangkan anda cari lokasi-lokasi atapun port yang sesuai untuk tarik lebih ramai pembeli, contohnya di depan kawasan sekolah, foodcourt, kawasan office dan sebagainya.

Disebabkan harga modal bergantung kepada harga buah di pasaran, untung biasanya adalah 50%-60% daripada modal.

Katakan RM1/plastik, kena target jual 600 plastik sehari. Puratanya anda akan dapat RM350 sehari x 30 hari = RM 10,500.

3. Jual Nasi Lemak Dengan Servis Delivery

Zaman sekarang, boleh dikatakan kedai-kedai yang menjual nasi lemak pada waktu pagi umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Memang sangat banyak. Beraneka nasi lemak dijual seperti nasi lemak ayam, paru, sotong dan sebagainya.

Kedai-kedai ini memang sangat laku pada waktu pagi kerana orang ramai tidak sempat menyediakan sarapan untuk pergi kerja.

Jadi, solusinya adalah mereka beli sahaja nasi bungkus daripada kedai dan makan di pejabat. Tidak kurang juga ada yang turut membeli untuk hidangan sekeluarga.

Kedai-kedai nasi lemak sebegini sangat untung kerana orang ramai bukan sahaja membeli pada waktu pagi tetapi pada waktu petang pun turut menjadi tumpuan.

Sehari anda dapat buat jualan 150 bungkus dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, jadi sehari bersih dalam tangan ialah RM360 × 30 hari = RM10,800.

Untuk mendapatkan pelanggan tetap, anda juga boleh menjalankan perkhidmatan menghantar nasi lemak rumah ke rumah.

Buat group WhatsApp dengan penduduk kawasan sekitar dan tetapkan waktu penghantaran sebelum pagi dan petang.

Kesimpulannya, berniaga memang mendatangkan keuntungan yang tidak disangka-sangka.

Tinggal lagi usaha dan komitmen daripada anda yang akan menentukan hala tuju bisnes. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 79: Wanita Tanpa Wajah Jalan Malam

SBDJ Siri 79: Wanita Tanpa Wajah Jalan Malam

Pemilik lombong itu membeli tanah milik orang Melayu dengan harga yang mahal dan orang Melayu yang menjual tanah itu diberi tapak rumah yang terletak di satu kawasan lain dan tidak lama lagi tulang mayat yang ada di tanah perkuburan tersebut akan dipindahkan ke tempat lain. Segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak tuan punya lombong.

Toyol jadi-jadian

“Tidak lama lagi kampung kami tinggal nama saja, semua rumah yang ada ini, paling lama boleh bertahan lima enam bulan saja lagi, lepas tu terpaksa pindah. Di bawah tempat kita berdiri ini penuh dengan bijih,” kata Ramli.

“Macam mana kalau mereka tak mahu pindah?”

“Mana boleh, semuanya sudah dijual, duit pun dah ambil dari tauke lombong,” jawab Ramli.

“Rugi mereka jual tanah,” kata saya.

“Awak tak boleh cakap macam ini. Kalau mereka tak jual tanah, mereka juga tak boleh kaya, takkan nak cangkul tanah cari bijih, lagipun tawaran yang datang ni memang tinggi,” kata Ramli.

Bila saya fikirkan dengan halus cakapnya itu memang ada benarnya. Rupanya Ramli yang hampir sebaya dengan saya itu, terlalu pintar bercakap.

Ia boleh bercerita tentang apa sahaja yang ada hubung kait dengan Kampung Bakap. Kami terus bercerita panjang. Kami berpisah ketika azan Maghrib dilaungkan.

Ramli kini menjadi pelombong Melayu yang berjaya, setelah ia meletakkan jawatan sebagai Pengarah Galian Negeri Perak. Anak sulungnya menuntut ilmu kedoktoran di England.

Kawan Datuk itu namanya, Alang Abdul Rauf. Datuk memanggilnya Rauf sahaja dan sebagai orang kampung yang sederhana, ia mempunyai dua ekar tanah dusun dan tiga ekar ladang getah. Hasil dari tanah miliknya itu menjadi sumber pendapatannya.

Sejak enam bulan kebelakangan ini, ia membuat kerja tambahan menggali kubur lama waktu malam. Tulang-temulang dari kubur lama itu dikumpulkan lalu ditanam di kawasan perkuburan yang baru.

Semua pembiayaan kerja itu diuruskan oleh pihak tuan punya lombong yang mahu mencari bijih di kawasan tersebut.

Alang Rauf dibantu oleh empat orang lain. Mereka menjalankan kerja selepas waktu Isyak hingga ke Subuh.

Sepanjang tugas itu dilaksanakan mereka tidak menghadapi sebarang kejadian aneh. Semua kerja berjalan dengan lancar.

“Bagaimana, kalau kamu dengan cucu kamu ikut kami malam ini,” Alang Abdul Rauf membuat tawaran pada Datuk setelah selesai sembahyang Isyak.

Bulu tengkuk saya jadi meremang mendengar pelawaan itu. Ah, itu kerja gila, pergi kubur waktu malam dan menggalinya pula, rungut saya dalam hati.

“Minta maaf, malam ni saya ada berjanji dengan orang yang berniaga di pasar Batu Gajah,” ajar Datuk tenang.

“Nak ke mana pula?”

“Orang tu beritahu saya, di kampung tempat dia menyewa rumah dikawal oleh satu lembaga putih, sesiapa yang datang ke kampungnya dengan niat nak mencuri atau mengambil sesuatu lembaga putih akan mengganggunya.”

“Aku tahu cerita tu, kalau tak silap di Kampung Dhobi di Pekan Lama.”

“Agaknya, begitulah,” Datuk menelan air liur.

Alang Abdul Rauf menggaru pipi kiri, kemudian menyedut rokok daun dengan penuh nafsu. Suara cengkerik jelas kedengaran menendang gegendang telinga.

Alang Abdul Rauf pun terus bercerita pada Datuk. Kira-kira tiga bulan yang lalu, waktu musim buah durian gugur, tiga orang pemuda India yang nakal telah datang ke kampung tersebut untuk mencuri buah durian waktu malam.

Sedang mereka mengutip buah durian, tiba-tiba mereka terpandang lembaga putih memakai kain telekung.

Pada sangkaan pemuda-pemuda India itu, orang-orang kampung cuba menakutkan mereka.

Mereka terus membalingkan kulit durian dan dahan kayu ke arah lembaga tersebut. Lembaga itu tidak bersuara malah terus duduk di tunggul buruk.

Kerana memikirkan yang bertelekung itu orang perempuan, ketiga-tiga pemuda India ini terus rapat ke arah lembaga tersebut.

Bila sahaja lembaga itu merenung ke arah mereka, ketiga-tiga pemuda India itu terus menjerit dan lari lintang-pukang.

Dua hari kemudian, seorang daripada pemuda India itu mati gantung diri, manakala yang dua orang terus gila dan dihantar ke hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

“Apa yang mereka lihat?” tanya Datuk.

“Entahlah, aku pun tak tahu.”

“Pelik juga ceritanya.”

“Kalau kamu nak tahu, kamu pergi sendiri. Aku nak mulakan kerja, kawan-kawan aku dah menunggu,” Alang Abdul Rauf segera bangun menuju ke pintu.

“Tak apalah Rauf, aku juga nak pergi ke tempat yang aku janjikan dengan peniaga tu,” Datuk terus bangun.

“Kamu balik atau tidak malam ni?”

“Belum tahu lagi.”

“Tak apalah, kalau kamu balik dan aku tak ada di rumah kamu ketuk saja, nanti orang rumah aku bukakan pintu.”

Alang Abdul Rauf terus melangkah menuju ke tempat kerjanya. Saya dan Datuk juga mengatur langkah.

Sampai sahaja di depan Masjid Batu Gajah, kenalan Datuk sudah pun menunggu. Di situ kami menuju ke rumahnya. Isterinya menghidangkan kopi dan biskut kering.

“Awak ni berminat sangat nampaknya, apa awak seorang pawang dan nak menghalaunya,” tanya peniaga tersebut pada Datuk. Ketika itu jam sudah pun hampir pukul dua belas malam.

“Bukan apa-apa, saya cuma nak tengok, apakah cerita betul atau sengaja diada-adakan.”

“Kalau awak tak mahu, biar kami pergi berdua.”

“Tak apalah. Saya hantarkan awak ke hujung kampung.”

“Boleh juga,” jawab Datuk.

Tepat pukul dua belas malam, kami meninggalkan rumah. Peniaga tersebut cuma menghantar kami hingga sampai ke pohon jejawi yang besar. Dia membekalkan lampu suluh pada Datuk.

Saya mula resah. Angin malam yang bertiup lembut terus menjamah wajah saya.

“Saya setakat sini saja, awak tahu menuju rumah saya,” lembut benar suara peniaga. Membayangkan rasa cemas.

“Saya tahu menuju rumah awak, terima kasih.”

“Sebenarnya, saya tak pula suruh awak buat macam ni, saya sekadar bercerita saja di masjid tadi, saya fikirkan awak olok-olok aje nak datang rupa-rupanya awak sungguh-sungguh.”

“Saya memang suka buat kerja macam ni,” jawab Datuk.

Dan peniaga itu meninggalkan kami di bawah pepohon jejawi yang besar itu.

Dua tiga kali saya meraba pangkal dagu bila terdengar lolongan anjing bersahut-sahutan dari bahagian tengah dan hujung kampung.

Lolongan anjing itu disertai dengan salakan yang tidak putus-putus macam menyalak sesuatu. Saya lihat ke langit, saya nampak awan putih bersih bergerak lemah ke selatan.

Suara katak dan cengkerik menambahkan rasa seram. Beberapa helai daun jejawi yang tua gugur, lalu menyentuh kepala saya.

Datuk tetap tenang menyuluh ke kiri dan ke kanan dengan lampu picitnya. Melihat dari langkah dan gerak tangan Datuk, menggambarkan yang dirinya tidak perlu membuat apa-apa persiapan.

Datuk tidak membaca ayat-ayat suci. Ia kelihatan tenang dan ada kalanya tersenyum panjang. Datuk duduk bersila di pangkal jejawi.

Akar-akar yang bergayutan di pohon jejawi bergerak sendiri macam ada orang yang menolaknya. Akar-akar itu memukul belakang Datuk dan ada kalanya memukul bahagian punggung saya. Terasa juga sakitnya tetapi, saya diamkan sahaja.

“Suluh baik-baik,” Datuk mengingatkan saya. Arahan Datuk saya patuhi.

Saya terdengar kicau burung murai. Pelik juga macam mana murai boleh berkicau malam.

Bila kicau mural itu berhenti, ada titik air jatuh dari dahan jejawi, macam air dari perahan kain yang dibasuh. Air itu turun berjuntai. Salakan anjing beransur perlahan begitu juga dengan lolongannya.

Terdengar bunyi kaki orang memijak reranting dan dedaun kering dalam gelap malam. Bila disuluh dengan lampu picit, tidak ada sesuatu yang dapat dilihat. Bulu tengkuk saya meremang. Badan saya terasa seram sejuk.

Beberapa ekor tikus liar. Entah dari mana datangnya melintas di depan saya dan Datuk.

Seekor anjing yang bertompok hitam putih melompat di depan Datuk dan terus hilang. Beberapa saat kemudian terdengar suara anjing menderam macam menegur sesuatu.

“Dia tidak datang kerana kita tidak mengambil sesuatu di sini,” kata Datuk pada saya sambil bangun. Ia menggeliat.

“Apa yang kita nak ambil tuk?”

“Ikut aku Tamar.”

Saya lihat Datuk menyuluh ke kanan. Dari suluhan lampu picit ternampak beberapa batang pokok delima yang berdaun lebat. Datuk mengajak saya menuju ke pohon delima itu. Datuk serahkan lampu picit pada saya.

“Suluh, biar aku petik sebiji dua,” beritahu Datuk pada saya.

“Baik tuk.”

Datuk memetik dua biji delima yang masak ranum. Dia masukkan ke dalam sakunya dan Datuk melangkah ke arah pohon kelapa yang berada di depannya.

Tiba-tiba dari balik pohon kelapa itu muncul lembaga manusia, memakai kain putih menutup seluruh tubuh hingga ke kaki.

Hujung kain putihnya mengheret dedaun dan ranting yang melekat dan mengeluarkan bunyi macam bunyi pinggan yang ditarik atas meja tanpa alas.

Ia berjalan di depan kami dalam jarak lima belas kaki. Bila Datuk dan saya berhenti berjalan. Ia juga turut berhenti.

Bila Datuk mengalihkan perjalanan ke arah lain, ia hilang untuk beberapa minit dan akhirnya muncul di depan kami.

Perbuatannya itu seolah-olah menyekat perjalanan saya dan Datuk. Lebih dari satu jam kami berlegar-legar di situ.

Ke mana sahaja kami pergi lembaga putih tetap berada di depan. Ia tidak menoleh ke arah saya dan Datuk, bagaikan mahu menyembunyikan wajahnya dari kami.

Ia juga tidak mengganggu atau cuba menakutkan saya dan Datuk. Saya mengajak Datuk pulang. Malangnya Datuk tidak mahu mendengar cakap saya.

“Dia tidak berkasar, susah aku nak menduganya,” beritahu Datuk pada saya dengan wajah sedikit kecewa dan Datuk cuba mendekatinya.

Lembaga putih itu bagaikan tahu apa yang tersirat di hati Datuk. Ia tidak bergerak, tertegun dengan membelakangi kami.

Datuk terus menepuk bahu lembaga putih. Dengan pantas lembaga itu memusingkan badannya. Menentang wajah saya dan Datuk.

Badan saya menggeletar dan lembik. Saya jatuh tanpa berkata apa-apa. Datuk tidak berganjak, ia tetap menentang wajah lembaga putih itu.

Macam mana badan saya tidak lembik dan jatuh, lembaga putih itu tidak berwajah.

Bahagian muka yang tidak ditutup dengan kain putih itu sebenarnya kosong, nampak berlubang dan hitam pekat tetapi ada kilau cahaya yang amat kecil yang menyebabkan mata jadi silau bila ditentang. Kepala terasa pening.

“Aku cuma nak tengok kamu saja, apa yang aku ambil aku pulangkan ke tempatnya,” kata Datuk pada lembaga itu.

Perlahan-lahan lembaga itu memusingkan badannya ke arah depan. Datuk membangunkan saya. Lembaga putih masih berdiri di tempatnya.

“Kita mengambil hak orang,” beritahu Datuk pada saya.

Tangan saya ditariknya menuju ke pohon delima. Datuk mengeluarkan buah delima dari koceknya dan diletakkan di pangkal pokok delima. Bila kami toleh ke arah lembaga putih, lembaga itu sudah pun hilang.

Salakan dan lolongan anjing kedengaran bertalu-talu dari arah selatan. Datuk menarik tangan saya menuju ke rumah peniaga.

Saya terkejut, peniaga itu menunggu kami di kaki tangga. Jam tua di tengah rumahnya berdenting dua kali.

“Jumpa?” tanyanya.

“Jumpa, saya dah jumpa,” balas Datuk.

“Apa katanya?”

“Dia mengawal kampung awak,” jawab Datuk.

Peniaga itu agak terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Datuk. Ia termenung.

Dengan nada suara yang lembut ia berkata, “Ramai orang yang berkata, seperti yang awak katakan itu.”

Datuk tersenyum panjang. Datuk terus duduk di sisinya. Saya masih berdiri.

Peniaga itu mengajak Datuk tidur di rumahnya dengan alasan ia mahu Datuk bercerita, bagaimana lembaga putih itu boleh berkeliaran di kampungnya. Ia juga ingin tahu betulkah lembaga itu menjelma untuk mengawal kampung tersebut.

Datuk menolak permintaannya. Datuk juga berjanji padanya, satu hari nanti, Datuk akan menceritakan padanya bagaimana lembaga putih tu boleh muncul.

Peniaga itu puas hati dengan penjelasan Datuk dan merestui perjalanan kampung ke rumah Alang Abdul Rauf.

Along Abdul Rauf sudah pun pulang kerja ketika kami tiba di rumahnya. Ia sudah menyediakan tilam dan bantal untuk kami. Macam selalu, sebelum tidur Datuk akan melakukan sembahyang sunat.

Mungkin kerana terlalu letih, Along Abdul Rauf tidak mahu bercerita panjang.

“Esok kamu ceritakan pada aku apa yang kamu alami,” kata Along Abdul Rauf.

Saya merasa senang hati. Saya dapat tidur cepat. Sudah tidak tahan rasa menahan kelopak mata.

“Tak apalah Rauf, esok saja.”

“Tidurlah.”

Alang Abdul Rauf meninggalkan kami.

GORENG

Pagi itu, kami sarapan pagi di anjung rumah Along Abdul Rauf. Goreng pisang yang disediakan oleh isterinya membuat saya makan dengan penuh selera sekali.

“Kamu jumpa?” Along Rauf memulakan ceritanya.

“Jumpa dan bercakap dengannya.”

“Apa katanya?”

“Aku saja yang bercakap tetapi dia diam juga.”

“Ah, kamu mempermainkan aku.” balas Along Abdul Rauf sambil ketawa panjang.

Saya cuma tersenyum lebar. Seronok juga melihat orang tua berjenaka.

Tanpa diminta oleh Datuk, Along Abdul Rauf terus bercerita berhubung dengan lembaga putih.

Menurutnya, lembaga itu sudah lama muncul di tempat tersebut dan beberapa orang pawang telah dipanggil untuk menghalaunya tetapi tidak berjaya.

Penduduk di tempat tersebut terpaksa bertindak demikian kerana ramai penduduk yang terserempak dengan lembaga putih bila pulang malam malah, ada yang jatuh sakit.

“Saya rasa susah nak mencari orang yang boleh menghalaunya,” tercetus suara Datuk.

“Kalau macam tu susahlah.”

“Tak susah. Satu masa nanti lembaga ini akan hilang dengan sendirinya, asalkan penduduk di situ selalu mengadakan bacaan Yasin secara beramai-ramai di masjid atau surau pada setiap malam Jumaat,” jelas Datuk dengan tenang.

Datuk terus memberitahu Alang Abdul Rauf, lembaga putih itu ada hubungannya dengan orang kaya atau orang yang mula meneroka kampung tersebut.

Orang kaya atau peneroka kampung tersebut memelihara sejenis makhluk untuk jadi pengapit dirinya atau untuk menjaga hartanya.

“Ilmu itu apa namanya?” mendadak sahaja Alang Abdul Rauf bertanya.

“Setengah orang menyebutnya Pengapit dan setengah orang pula menyebutnya sebagai kembar,” jelas Datuk.

“Tujuannya baik, tentu tak salah?”

“Sebagai orang Islam kenapa kita mesti minta pertolongan dari makhluk lain seperti syaitan atau jin, kenapa kita tidak memohon pertolongan dari Allah? Perbuatan begini sudah salah dan boleh memesongkan iktikad kita.”

“Tapi, kita mohon sesuatu yang baik untuk keselamatan diri dan Allah perkenankan,” Alang Abdul Rauf tidak puas hati.

“Bukankah Allah itu pemurah, apa yang diminta akan diberi tetapi, Allah memberikan fikiran pada kita untuk berfikir bagi memilih mana yang baik, Allah suka pada orang berfikir,” sanggah Datuk dan Datuk bersedia melanjutkannya kalau Alang Abdul Rauf mahu berhujah tentang perkara itu.

“Kamu tahu tak, apakah makhluk pengapit dari jin dan syaitan atau sebagainya,” tanya Alang Abdul Rauf lagi.

“Boleh jadi kedua-duanya sekali,” pendek Datuk menjawab.

“Hum,” keluh Alang Abdul Rauf.

Datuk terus menerangkan pada Alang Abdul Rauf, bila orang yang mengamalkan ilmu pengapit itu meninggal dunia, pengapitnya akan berkeliaran mencari kerabat si mati yang mahu membelanya.

Andainya keluarga si mati itu tidak tahu atau tidak mahu menyambung usaha si mati, pengapitnya berkeliaran ke mana sahaja di kawasan kampung yang pernah jadi tempat tinggal si mati.

Pengapit itu akan menjadi penunggu kampung secara sukarela dengan harapan ada orang yang bersimpati untuk mengambilnya menjadi pengapit.

“Kamu tahu macam mana cara orang itu membela pengapitnya?” cungkil Alang Abdul Rauf.

“Dia mengadakan kenduri, membaca doa tetapi, lebihan dari jamuan kenduri itu diambil diletakkan dalam nyiru lalu dicampakkan ke dalam hutan atau di bawah pokok besar.”

“Mana kamu tahu semuanya ni?”

“Aku pernah berdamping dengan orang yang membela pengapit tetapi, aku tak mengamalkannya kerana perbuatan ini bertentang dengan ajaran Agama Islam.”

“Hebat juga kamu ni?”

“Bagi aku, kita harus menyerahkan diri pada Allah minta perlindungan pada-Nya, buat apa yang disuruh, jauh dari kerja yang ditegahnya. Ajaran Islam kalau diikut dengan betul, kita selamat dunia akhirat.”

“Tetapi, ada orang campur-adukkan ajaran agama dengan ilmu dunia, campur dengan perkara tahyul, bagaimana pendapat kamu.”

“Itu cara yang salah dan tanggungjawab orang itu untuk berhadapan dengan Allah,” Datuk tersenyum.

Biji mata Alang Abdul Rauf terbeliak bila Datuk memberitahunya, jika Datuk memasukkan segenggam tanah ke arah muka lembaga putih yang kosong itu, pasti lembaga itu akan mengikutnya dan akan menjadi hamba Datuk sampai Datuk mati.

“Bukan itu tujuan aku mencarinya, aku sekadar nak tahu saja. Kalau aku tanya orang-orang kampung tersebut, aku mesti dapat tahu pengapit siapa lembaga putih itu, tapi kena makan masa yang panjang.”

“Tak usah buat kerja salah tu,” tahan Alang Abdul Rauf.

“Kalau kamu tak cakap pun, aku tak akan membuatnya.”

“Bagus, malam esok ikut aku ke kubur korek mayat,” pelawa Alang Abdul Rauf.

“Boleh juga,” jawab Datuk pantas. Saya menarik nafas panjang.

Saya tinggalkan Datuk dan Alang Abdul Rauf yang rancak berbual. Saya duduk berjuntai kaki di tangga, melihat pepohon yang berdaun lebat di halaman rumah Alang Abdul Rauf.

Dari radio jiran tetangga Alang Abdul Rauf, saya menikmati lagu ‘Tak Mengapa’ dendangan A. Rahman Hassan yang popular ketika itu.

Hati saya jadi terhibur lalu menepuk tangan perlahan-lahan mengikut rentak irama lagu tersebut. Sesekali saya menyebutkan senikatanya.

Memang, semua senikata lagu itu tidak dapat saya ingati tetapi, iramanya memang menarik.

Sambil mendengar lagu tersebut, saya cuba mengkhayalkan dalam kepala yang saya sedang mendendangkan lagu itu di atas pentas di hadapan ribuan para peminat.

Saya tersenyum bila menerima tepukan yang bergemuruh. Saya lalu menundukkan badan dan kepala membalas penghormatan itu.

Saya bayangkan, ketika turun dari pentas saya terus dikerumuni oleh para peminat, mereka hulurkan tangan untuk bersalaman, mereka lari beri autograf untuk ditandatangani.

Ada yang beri baju dan sapu tangan untuk ditandatangani. Saya jadi lemas di tengah para peminat yang terdiri dari para belia.

Saya juga membayangkan gambar saya jadi bahan siaran majalah hiburan. Di mana-mana saya pergi, saya tetap disanjung dan dihormati. Setiap hari saya membalas beratus-ratus surat peminat. Oh, seronoknya.

“Eh, kamu ini tak habis-habis dengan menung, berangan-angan,” Datuk terus menepuk bahu kanan saya.

Semua khayalan indah yang berbunga dalam kepala hancur punah. Saya renung mukanya dengan rasa kesal. Bukannya senang mahu membina satu khayalan yang menyeronokkan.

“Kamu ikut Alang Abdul Rauf pergi ke Kota Baru,” kata Datuk.

“Tuk nak ke mana?”

“Aku nak jumpa dengan peniaga di pasar Batu Gajah.”

“Kalau macam tu, saya ikut tuk saja, tak seronok dengan Alang Rauf, saya tak begitu kenal dengannya tuk.”

“Jangan bantah cakap aku.” suara Datuk mula keras.

Dan Alang Abdul Rauf segera mendekati saya. Perlahan-lahan saya lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali.

“Mari,” kata Alang Abdul Rauf.

Saya tak ada pilihan. Terpaksa ikut cakap dan mematuhi ajakan Datuk.

Datuk, saya dan Alang Abdul Rauf meninggalkan rumah. Jalan bersaingan hingga sampai kepala simpang.

Dari situ kami berpecah. Datuk menuju ke pasar Batu Gajah. Alang Abdul Rauf dan saya menuju ke tempat yang dirancang.

Seronok juga ikut Alang Abdul Rauf. Saya dapat pengalaman baru yang amat menyeronokkan. Melintasi ladang getah dan kawasan perlombongan yang amat luas.

Tidak saya sangka Alang Abdul Rauf yang sudah tua, (saya kira usianya sekitar lima puluh tujuh) masih bertenaga mengayuh basikal berbatu-batu.

Saya yang membonceng di belakangnya perlu mengimbangkan badan supaya tidak berat sebelah.

Sesekali terpaksa angkat punggung, bila tayar basikalnya melanggar akar-akar getah yang berselirat di jalan kampung.

Alang Abdul Rauf memberitahu, dia sengaja membawa saya melalui jalan tersebut, kerana jalan kampung itu merupakan jalan pintas yang terdekat untuk sampai ke Kota Baru, sebuah pekan kecil dalam daerah Kinta.

Sejam kemudian, kami sampai ke pekan kecil itu. Alang Abdul Rauf sandarkan basikal di pangkal pokok jati depan kedai kopi.

Bahagian belakang baju Melayunya, saya lihat dibasahi peluh. Daging punggung saya terasa kebas dan sengal-sengal.

“Kita minum, rumah adik aku tak jauh lagi,” kata Alang Abdul Rauf.

“Saya tak dahaga pakcik.”

“Tak dahaga pun, apa salahnya minum.”

“Tak payahlah pakcik.”

“Jangan begitu, Datuk kamu tak marah, dia suruh aku bawa kamu, biar kamu tahu tentang keadaan orang di sini.”

“Hummmm,” keluh saya lalu mengikutnya masuk ke kedai kopi.

Alang Abdul Rauf minta dua cawan kopi. Sementara menanti kopi yang dipesan, Alang Abdul Rauf menatap akhbar Utusan Melayu yang memang disediakan oleh pihak pekedai untuk para pelanggan yang datang minum. Saya lihat tidak berapa ramai orang yang minum dalam kedai tersebut.

Kebanyakannya sudah tua-tua belaka tetapi, mereka tetap bersikap ramah pada saya dan Alang Abdul Rauf.

Mereka tidak kedekut untuk memberikan senyuman pada kami. Sikap mereka itu membuat saya gembira dan senang hati. Kopi yang dipesan pun sampai.

“Minumlah” kata Alang Abdul Rauf pada saya.

Cepat-cepat saya anggukkan kepala lalu mendekatkan piring dan cawan ke tepi meja.

Saya kacau air dalam cawan dengan sudu. Biar gula, kopi dan susu jadi sebati.

Alang Abdul Rauf masih lagi menatap akhbar. Seolah-olah buat tidak kisah dengan air kopi yang dipesannya.

“Pak cik kenapa tak minum?” tanya saya.

Alang Abdul Rauf jatuhkan surat khabar atas meja. Muka saya ditentangnya sambil menolak surat khabar Utusan Melayu ke tepi.

Saya terus mendermakan senyum padanya sambil mengangkat cawan untuk menghirup air kopi.

“Tamar.”

Cawan kopi saya letakkan atas meja kembali. Saya lihat Alang Abdul Rauf menekup kedua belah telinganya dengan telapak tangan. Matanya tertatap pada dada meja.

Memang saya tidak mengerti kenapa Alang Abdul Rauf berbuat demikian. Mungkin itu kebiasaan yang sering dilakukannya atau dia mengalami sakit telinga, saya membuat andaian yang tersendiri.

Alang Abdul Rauf terus menghirup kopi. Bahu kanan saya dicuitnya, menyuruh saya minum. Tanpa membuang masa, air kopi terus saya hirup. Rasa kering di anak tekak terus berakhir.

“Makan kuih,” kata Alang Abdul Rauf.

Ia terus mengambil pulut udang dalam piring. Pembalut pulut udang dikoyakkannya dengan berhati-hati.

Sebelum pulut udang disumbat ke dalam mulut, pembalut bahagian atas dan bawah terus dibuang. Alang Abdul Rauf terus mengunyah pulut udang dan kemudian ditelan.

Saya terus mengambil kuih Seri Muka, bila kuih itu saya dekatkan ke mulut, Alang Abdul Rauf terus berdehem.

Saya segera memandang padanya dengan ragu-ragu. Kenapa setiap kali saya mahu minum dan makan, Alang Abdul Rauf melakukan sesuatu.

“Kau tak baca bismillah,” Alang Abdul Rauf mengingatkan.

“Oh. terima kasih.”

Saya terus membaca bismillah. Kuih Seri Muka saya kunyah dengan rakus sekali. Alang Abdul Rauf tersenyum memandang pada saya.

Beberapa orang pelanggan, masuk dan keluar dari kedai kopi. Matahari yang memancar garang di luar menghantar bahang panas ke dalam kedai.

Badan saya jadi berpeluh. Alang Abdul Rauf menghabiskan sisa-sisa kopi di cawan. Ia minta lagi secawan kopi.

Jumlah pulut udang dalam piring terus berkurangan. Saya kira kopi dan pulut udang merupakan makanan dan minuman yang amat digemari oleh Alang Abdul Rauf.

“Tamar, kau mahu mengamalkan petua orang tua-tua.”

‘Mahu pakcik.”

Alang Abdul Rauf kacau kopi dengan sudu berkali-kali. Sudu yang berlaga dengan bibir cawan melahirkan bunyi yang amat menyeronokkan bagi diri saya.

Sebelum minum kopi, Alang Abdul Rauf menggosok-gosok rambutnya dengan telapak tangan, kemudian baru ia minum dengan tenang.

“Apa petua yang pakcik nak cakapkan dengan saya?”

Tamat siri 79/284

BACA: SBDJ Siri 78: Kakinya Dipaut Bumi
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Remaja Perempuan Dirogol 7 Lelaki Selama Lima Hari Di India

Remaja Perempuan Dirogol 7 Lelaki Selama Lima Hari Di India

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tujuh orang lelaki di sebuah rumah di Ongole, India, yang menurut laporan portal berita, mangsa yang berasal dari Nalapadu, Guntur, dikurung selama lima hari dan dirogol secara bergilir-gilir oleh mereka.

Dirogol 7 Lelaki

Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudiannya dibiarkan berseorangan di stesen bas Ongole selepas lima hari diculik.

Polis tempatan berjaya memberkas empat orang lelaki dewasa dan tiga remaja lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan kejam itu.

Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku apabila remaja perempuan itu ditipu oleh seorang kenalan yang baru dikenalinya untuk bertemu di Ongole.

Namun, setibanya di sana, lelaki tersebut tidak muncul dan dia ditawarkan oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya untuk tumpang bermalam di rumahnya.

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak atas Kesalahan Seksual (POCSO), untuk kesemua suspek diheret ke muka pengadilan.

Berikutan kejadian itu, Menteri Dalam Negeri, Andhra Pradesh, Mekathoti Sucharitha berkata, langkah pencegahan akan diambil bagi memastikan kejadian seperti itu tidak lagi berulang pada masa depan.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Ronaldo Bayar Tips £18,000 Kepada Pekerja Hotel Elak Gangguan Paparrazzi

Ronaldo Bayar Tips £18,000 Kepada Pekerja Hotel Elak Gangguan Paparrazzi

Cristiano Ronaldo dilaporkan membayar tips sebanyak £18,000 (RM95,000) kepada kakitangan hotel untuk menjauhkan keluarganya daripada lensa jurugambar persendirian atau ‘paparrazzi’ ketika mereka bercuti di Greece baru-baru ini.

Ronaldo 18,000 tips

Superstar Juventus dan kapten Portugal itu menginap di bilik hotel yang berharga £7,000 (RM37,000) satu malam.

Ronaldo yang menikmati percutian musim panas bersama teman wanita, Georgina Rodriguez dan empat anaknya menetap di hotel resort lima bintang terbabit di Costa Navarino untuk kali kedua selepas menetap di tempat sama tahun 2018 lalu.

Tiada sebarang foto berjaya dirakam sepanjang keluarga itu menetap di tempat peranginan terbabit yang terletak kira-kira 271 kilometer dari Athens.

Akhbar Sepanyol melaporkan, Ronaldo yang gembira dengan keadaan itu memberi tips kepada 10 orang pekerja hotel terbabit sebanyak £18,000 (RM95,000).

Ia juga disebabkan tahap kualiti perkhidmatan diberikan mereka terutamanya keberkesanan menjauhkan paparazzi daripada merakam percutian keluarganya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro