Sunday, August 16, 2015

5 Filem Seram Terbaik Asia


Sebagai mana kita suka menonton filem individu dirasuk dalam filem seram Barat, kita tidak pernah menghadapi sebarang masalah mengenai filem-filem seram di Barat.

Namun apabila bercakap mengenai filem-filem seram di Asia, ia nyata kadang-kala membuatkan kita terkesan dengan filem-filem tersebut kerana ia dekat dengan kita.

Bukan masyarakat di Asia sahaja yang terkesan dengan filem seram 'tempatan', malah ia turut mendapat perhatian daripada Hollywood sekitar tahun 2000 yang mana mereka telah membuat 'remake' filem-filem seram Asia untuk pasaran Barat.

Mari kita imbau kembali lima buah filem seram daripada lima negara Asia yang pernah membuat kita ketakutan selepas menonton filem itu.

"Ringu"
(Jepun)

Ringu

Jepun boleh dikatakan mempunyai tradisi dalam menghasilkan filem-filem seram sejak bermulanya pembikinan filem, dengan memperlihatkan mitos-mitos alam ghaib serta makhluk-makhluk. Namun, akibat ketandusan idea, genre seperti itu sudah terkubur dan pembaharuan telah dibuat.

Diadaptasikan daripada novel Koji Suzuki, yang diinspirasikan oleh "Poltergeist" (1982), Hideo Nakata kembali mengangkat genre tersebut menerusi filem "Ringu" pada tahun 1998.

Ia dibintangi aktres Nanako Matsushima sebagai wartawan yang menyiasat sebuah video sumpahan yang telah menyebabkan kematian tragik kepada sesiapa yang menontonnya, termasuk anak saudaranya.

Bukan sahaja filem "Ringu" berjaya mendapat kutipan paling tinggi di Jepun pada tahun ia diriliskan, (1998 di Jepun) malah turut mendapat kutipan tertinggi di Hong Kong.

Ini merupakan antara salah satu batu loncatan kepada filem seram Jepun berjaya memasuki pasaran Amerika Syarikat, termasuk siri "Ju-On" dan "Dark Water".

Malah, filem 'remake' "The Ring" yang diarahkan oleh Gore Verbinski telah berjaya mendapat kutipan pecah panggung, malah filem tersebut juga berjaya mengatasi kutipan filem asal arahan Nakata.

"A Tale of Two Sisters"
(Korea Selatan)

A Tale of Two Sisters

Kim Jee Woon merupakan salah seorang pembikin filem yang telah mengubah industri perfileman Korea. Kim tampil dengan filem pertamanya, "The Quiet Family", namun filem arahannya pada tahun 2003 "A Tale of Two Sisters" telah berjaya mengangkatnya menjadi salah seorang pengarah seram terhebat di Korea.

Filem yang berdasarkan cerita orang tua-tua Korea "Rose Flower, Red Lotus" merupakan cerita Cinderella yang lain dengan versi yang menyeramkan yang menampilkan watak adik-beradik So Mid an Su Yeon yang tinggal bersama ibu tiri baru mereka di sebuah rumah yang mempunyai kuasa jahat.

Dengan jalan penceritaan yang mempunyai banyak 'twist', "A Tale of Two Sisters" boleh dikatakan antara filem 'masterpiece' Korea.

Sehingga kini, filem tersebut masih mengekalkan rekod kutipan paling tinggi untuk filem seram, dan filem itu juga merupakan filem pertama Korea yang berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Malah filem tersebut turut di 'remake' oleh pengarah Guard Brothers pada tahun 2009 "The Uninvited".

"Shutter"
(Thailand)

Shutter

Apabila bercakap mengenai filem seram, Thailand merupakan salah sebuah negara yang boleh dikatakan tidak pernah ketandusan idea dalam menghasilkan filem-filem seram yang tidak pernah menghampakan.

Antaranya filem "Shutter" yang mengetengahkan tentang kewujudan roh gambar, atau penampakan roh yang berjaya dirakam oleh kamera.

Apabila jurugambar Tun mula menyedari objek aneh dalam gambar-gambar. Dia dan teman wanitanya, Jane telah menyiasat untuk mengetahui dengan lebih mengenai roh dalam gambar yang mana telah membawa mereka ke jalan gelap dan masa lampau.

Diarahakan bersama Banjong Pisanthanakun, yang mana kemudian telah mengarahkan filem "Pee Mak" pada tahun 2013 dan "Parkpoom Wongpoom".

Walaupun filem ini tidaklah memberi impak yang besar seperti filem dari Jepun dan Korea Selatan, namun filem tersebut telah di 'remake' di Amerika, Tamil dan Hindi.

"The Maid"
(Singapore)

The Maid

Jika anda seorang peminat filem seram, pastinya anda mengetahui mengenai filem "The Maid" yang juga merupakan filem seram pertama yang dihasilkan di Singapura arahan Kelvin Tong.

Ia memaparkan tentang seorang gadis naif dari Filipina, Rosa yang telah bekerja sebagai pembantu rumah untuk keluarga Teochew yang merupakan penghibur Opera China.

Dalam filem ini dipaparkan perkara-perkara yang perlu dielak ketika perayaan 'Hungry Ghost Festival'. "The Maid" membuatkan kita berfikir sejenak yang hantu sebenarnya kadang-kala bukan daripada yang menghadapi masalah untuk pergi ke dunia lain selepas mati.

"The Eye"
(Hong Kong)

The Eye

Hong Kong juga merupakan adalah satu sebuah negara yang terbaik dalam menghasilkan filem seram. Antaranyanya filem "The Eye" pada tahun 2002, ia mengisahkan tentang seorang pemain violin buta yang kembali boleh melihat selepas menjalani pembedahan kornea.

Selain dapat melihat, dia turut dapat melihat benda lain. Filem ini diinspirasikan oleh kisah sebenar yang mana seorang gadis telah membunuh diri setelah dia menjalani pembedahan kornea.

"The Eye" telah membuatkan kita menyedari bahawa roh-roh dapat ditemui di mana-mana sahaja.

Mengapa kami memilih filem "The Eye" dalam senarai kali ini kerana filem ini adalah produksi pan-Asian yang mana pengarah dari Hong Kong, pelakon Angelica Lee dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Kanada.

BACA INI JUGA: 8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia

Sumber: Cinema.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon