Friday, March 27, 2015

8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia


Walaupun filem pada sebenarnya bertujuan untuk memberi hiburan, namun terdapat juga sesetengah filem yang memaparkan adegan-adegan yang kurang menyenangkan atau menyinggung perasaan penonton sehingga menyebabkan filem tersebut terpaksa diharamkan dari ditayangkan.

Malaysia juga tidak terkecuali dari situasi tersebut, malah pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga sentiasa memantau dan menapis filem-filem yang berunsurkan seksual, keganasan, politik atau budaya sosial sebelum ia ditayangkan.

Berikut merupakan senarai lapan buah filem antarabangsa dan juga tempatan yang diharamkan ditayang di Malaysia.

Fifty Shades of Grey

Fifty Shades of Grey

Filem yang diangkat dari sebuah novel popular 'Fifty Shades of Grey' ini sememangnya dijangka tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut.

Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu pornografi.

Sex Tape

Sex Tape Film

Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan.

Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh menonton filem di Internet.

The Wolf of Wall Street

The Wolf of Wall Street

Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat kelucahan, babak bogel serta seks.

Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah 'F**K' paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminat.

Jadi tidak hairanlah ia diharamkan di sini.

The Raid 2: Berandal

The Raid 2 - Berandal

Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans "The Raid: Redemption" pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu "The Raid 2: Berandal" ini diharamkan dari ditayangkan di Malaysia.

Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas keterlaluan di dalam filem ini.

Noah

Noah

Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson.

Malah institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem ini.

I Spit On Your Grave

I Spit On Your Grave

Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya ini bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China, New Zealand dan banyak lagi. Ini kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.

Dukun

Dukun

Filem seram tempatan "Dukun" arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007.

"Dukun" merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam.

Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

Banglasia

Banglasia

Filem yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem "Banglasia" telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.

Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatan rasmi iaitu 90 peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat penggambaran semula.

Malah "Banglasia" turut tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial YouTube atau dijual di pasaran secara sah atau haram dan pihak yang menayangkan filem ini di rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.

BACA INI JUGA: 20 Filem Adaptasi Hollywood Dengan Kutipan Tertinggi

Sumber: Tupai.com.my

9 comments

  1. Filem filem lucah, menghina dan terlalu ganas memang tak sesuai ditayangkan sebab merosakkan akhlak.

    ReplyDelete
  2. memang patut diHARAMkan film2 tu.. banyak lagi film yg kerajaan patut HARAMkan.. tak bermoral & tak berfaedah untuk ditonton

    ReplyDelete
  3. Filem melayu tu banyak yang patut diharamkan.filem gangster berlambak.lu gua lu gua.

    ReplyDelete
  4. Nice entri....memang smua filem tu diharamkan di mlaysia..tpi filem fifty shades of grey cter dy boleh la tahan...

    ReplyDelete
  5. Filem the raid 2 berandal tu boleh tahan jugak citer aksi die berbanding Filem aksi tempatan kita

    ReplyDelete
  6. Artikel anda sama dengan yang dipaparkan di http://kisahviral16.blogspot.my/2016/05/8-filem-yang-diharamkan-di-malaysia.html

    Adakah artikel anda sudah kena curi? Dia buat duit dengan iklan hasil penat anda.

    ReplyDelete
  7. kenapa pula filem Noah ini diharamkan.bukan kah itu mengisahkan Nabi Noah. macam2 lah Org Islam Racist betulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam mengharamkan wajah2 nabi digambarkan kerana boleh menyebabkan syirik. Itu bukan racist.. ;)

      Delete
  8. baguslah kalau ia diharamkan...

    tidak merosak pemikiran rakyat Malaysia lebih teruk lagi..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon