Nov 20, 2014

20 Filem Adaptasi Hollywood Dengan Kutipan Tertinggi

Filem-filem yang kita tonton di pawagam biasanya sama ada adalah daripada idea asli ataupun idea-idea adaptasi. Filem-filem adaptasi mungkin diambil daripada pelbagai sumber seperti novel atau karya tertentu.

Mengikut sejarah perfileman juga, filem-filem adaptasi biasanya boleh membawa keuntungan berganda kepada pihak produksi kerana biasanya karya-karya itu telah mempunyai pengikutnya yang tersendiri membolehkan para pengikut tegar untuk turut sama meraikan karya itu apabila ia diangkat ke layar perak.

Berikut ialah antara filem-filem adaptasi yang paling berjaya daripada segi kutipan jualan tiket.

20. I Am Legend (2007)
Kutipan kasar: USD$585,349,010

I Am Legend (2007)

Filem adaptasi ini diangkat daripada karya novel Richard Matheson pada tahun 1954 dengan tajuk yang sama. Filem ini sebenarnya ialah filem cereka ketiga yang menggunakan karya yang sama dan kali ini diterajui oleh aktor Will Smith.

19. Wars of The Worlds
Kutipan kasar: USD$591,745,550

Wars of The Worlds

Filem adaptasi ini pula ialah yang kedua daripada adaptasi novel karya H.G Wells dengan judul yang sama dan dilakonkan oleh Tom Cruise dan juga Dakota Fanning.

18. The Lost World: Jurassic Park (1997)
Kutipan kasar: USD$618,638,999

The Lost World - Jurassic Park (1997)

Novel karya Michael Crichton yang bertajuk 'The Lost World' pada tahun 1995 ini akhirnya diangkat ke layar perak hasil arahan Steven Spielberg.

17. Forrest Gump (1994)
Kutipan kasar: USD$677,387,716

Forrest Gump (1994)

Filem Forrest Gump hasil lakonan cemerlang Tom Hanks yang berjaya menawan hati ramai penonton di seluruh dunia ini pula adalah adaptasi daripada buku yang berjudul sama hasil tulisan Winston Groom.

16. The Twilight Saga: Eclipse (2010)
Kutipan kasar: USD$698,491,347

The Twilight Saga - Eclipse (2010)

Siri-siri novel Twilight telah membawa pulangan yang lumayan kepada penulis bukunya iaitu Stephanie Meyer. Eclipse ialah filem ketiga dalam siri buku tersebut.

15. The Twilight Saga: New Moon (2009)
Kutipan kasar: USD$709,711,008

The Twilight Saga - New Moon (2009)

Siri kedua dari novel Twilight ini telah berjaya meledakkan lagi nama Stephanie Meyer sebagai penulis novel tersebut selain nama pelakon utama untuk filem iaitu Kristen Stewart dan juga Robert Pattinson.

14. The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and The Wardrobe (2005)
Kutipan kasar: USD$745,011,272

The Chronicles of Narnia - The Lion, The Witch and The Wardrobe (2005)

Filem ini pula adalah adaptasi daripada siri-siri epik hasil tulisan C.S. Lewis iaitu 'The Chronicles of Narnia'. Mengikut kronologi, cerita ini ialah yang kedua mengikut turutan tapi yang pertama diterbitkan.

13. The Da Vinci Code (2006)
Kutipan kasar: USD$758,239,851

The Da Vinci Code (2006)

Filem dengan pelakon utama, Tom Hanks ialah sebuah filem arahan Ron Howard dan lakon layarnya telah ditulis berdasarkan novel thriller terkenal dunia hasil tulisan Dan Brown pada tahun 2003 dengan tajuk yang sama.

12. Harry Potter and The Prisoner of Azkaban (2004)
Kutipan kasar: USD$795,634,070

Harry Potter and The Prisoner of Azkaban (2004)

Filem ini ialah salah satu dari adaptasi daripada siri-siri novel Harry Potter karya J.K Rowling yang mendapat tempat di hati pembaca dan penonton dari seluruh dunia.

11. The Lord of The Rings: The Fellowship of The Ring (2001)
Kutipan kasar: USD$870,761,744

The Lord of The Rings - The Fellowship of The Ring (2001)

Karya hebat arahan Peter Jackson ini diangkat daripada karya J.R.R. Tolkien iaitu karya trilogi 'The Lord of The Rings'.

10. Harry Potter and The Chamber of Secrets (2002)
Kutipan kasar: USD$878,643,482

Harry Potter and The Chamber of Secrets (2002)

Satu lagi karya J.K. Rowling berada dalam senarai top 20 untuk filem adaptasi dengan kutipan tertinggi.

9. Harry Potter and The Goblet of Fire (2005)
Kutipan kasar: USD$895,921,036

Harry Potter and The Goblet of Fire (2005)

Turut tersenarai sekali lagi ialah siri-siri adaptasi Harry Potter karya J.K. Rowling.

8. Jurassic Park (1993)
Kutipan kasar: USD$914,691,118

Jurassic Park (1993)

Filem yang membuka lembaran baru tentang cerita-cerita dinasour dan taman tema hasil arahan Steven Spielberg ini diadaptasi dari buku Michael Crichton.

7. The Lord of The Rings: The Two Towers (2002)
Kutipan kasar: USD$925,282,504

The Lord of The Rings - The Two Towers (2002)

Kisah sambungan tentang Frodo dan Sam ini untuk memusnahkan cincin yang dicari adalah sebahagian daripada karya trilogi J.R.R. Tolkiens.

6. Harry Potter and The Half-Blood Prince (2009)
Kutipan kasar: USD$933,959,197

Harry Potter and The Half-Blood Prince (2009)

Kali ini filem Harry Potter ini menumpukan kisah kehidupan Harry pada tahun keenam dia berada di Hogwarts.

5. Harry Potter and The Order of The Phoenix (2007)
Kutipan kasar: USD$938,212,738

Harry Potter and The Order of The Phoenix (2007)

Filem keluaran 2007 ini diadaptasi berdasarkan novel kelima hasil tulisan J.K. Rowling dalam siri-siri Harry Potter dan telah diarahkan oleh David Yates.

4. Harry Potter and The Deathly Hollows (2010)
Kutipan kasar: USD$952,241,070

Harry Potter and The Deathly Hollows (2010)

Filem 'Harry Potter and The Deathly Hallows: Part I' ialah bahagian pertama daripada dua bahagian filem dengan tajuk yang sama. Kali ini diadaptasikan daripada novel terakhir dalam siri-siri Harry Potter namun memberi tumpuan kepada kisah-kisah dibahagian awal buku tersebut.

3. Harry Potter and The Sorcerer's Stone (2001)
Kutipan kasar: USD$974,733,550

Harry Potter and The Sorcerer's Stone (2001)

Filem Harry Potter ini pula adalah arahan Chris Colombus dan diadaptasi daripada buku tulisan J.K. Rowling yang pertama dalam siri-siri Harry Potter.

2. Alice in Wonderland (2010)
Kutipan kasar: USD$1,024,299,801

Alice in Wonderland (2010)

Filem ini pula berjaya mencapai kutipan tiket yang keenam paling tinggi dalam sejarah untuk semua kategori filem. Ia diarahkan oleh Tim Burton dan mengisahkan dunia fantasi yang diinspirasikan daripada tulisan Lewis Carroll dalam novelnya 'Alice's Adventures in Wonderland' pada tahun 1865 dan sekuelnya iaitu 'Through The Looking-Glass and What Alice Found There' pada tahun 1871.

1. The Lord of The Rings: The Return of The King (2003)
Kutipan kasar: USD$1,119,110,941

The Lord of The Rings - The Return of The King (2003)

Filem ketiga dan terakhir daripada siri-siri 'The Lord of The Rings' ini berjaya berada di kedudukan pertama bagi filem-filem adaptasi dengan kutipan tayangan tertinggi.

Filem ini berjaya mendapat pujian dunia dan telah memperoleh 11 pencalonan untuk Anugerah Akademi selain berada pada tangga ketiga dalam jumlah kutipan tiket tertinggi untuk semua kategori filem dan berada dibelakang filem Titanic dan Avatar.

BACA INI JUGA: Filem Remake Yang Lebih Hebat Daripada Filem Asal

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

9 comments

harry potter filem yang sangat best

Hebat, memang peminat tegar Harry Potter ni..hehe

oh hooooo mmg kaya la JK Rowling...

Senang-senang je jadi kaya dengan menulis blog, eh buku..hehe

Pehh... main ratus juta smpai billion...

Untuk satu filem saja pun, semua kutipan filem di Malaysia tak mampu tandingi huhu

Assalammualaikum... SP,

Harry porter... filem terbaik... tapi ombak rindu lagi terbaik. hhehhehe

mselim3

harry potter !! i love that kind of movie ..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon