Wednesday, April 16, 2014

Filem Remake Yang Lebih Hebat Daripada Filem Asal


Berikut adalah senarai filem remake yang dikatakan lebih baik pembikinannya daripada filem asal. Jom baca..

The Maltese Falcon (1941)
Remake dari filem "The Maltese Falcon" (1931)

The Maltese Falcon (1941)

Adaptasi daripada penulisan John Huston ini dibintangi oleh Huphrey Bogart sebagai detektif bernama Sam Spade yang sebelumnya dipegang oleh aktor Ricardo Cortez telah digelar sebagai salah satu filem terbaik oleh American Film Institute dan telah dicalonkan untuk 3 Anugerah Oscar. Oleh kerana filem tersebut begitu berjaya, Warner Bros. yang pada asalnya mahukan John Huston membuat sekuel untuk filem tersebut pada tahun 1942, namun tidak kesampaian apabila John Huston serta para pelakon filem tersebut terlibat dalam projek lain.

The Ten Commandments (1956)
Remake dari filem "The Ten Commandments" (1923)

The Ten Commandments (1956)

Selepas lebih 30 tahun pembikinan filem dari versi bisu, Cecil B. DeMille kembali untuk mengarahkan filem klasik yang sama pada tahun 1956. Filem remake ini berjaya memenangi anugerah Oscar untuk kesan khas terbaik selain turut disiarkan setiap tahun pada sambutan hari Easter. Jika dibandingkan dengan kadar inflasi, filem ini dianggap sebagai filem yang paling banyak kutipan tiketnya sepanjang zaman.

Airplane (1980)
Remake dari filem "Zero Hour!" (1957)

Airplane (1980)

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang filem 50an, Zero Hour, namun tanpa kewujudan filem tersebut, maka tidak mungkin filem Airplane oleh Leslie Nielsen akan berjaya dipasaran. Parodi filem klasik tersebut nyata berjaya menempa kejayaan apabila dibikin semula.

The Thing (1982)
Remake dari filem "The Thing From Another World" (1951)

The Thing (1982)

Filem ini dianggap antara filem John Carpenter yang terhebat pernah dihasilkan. Walaupun filem The Thing From Another World keluaran tahun 1951 telahpun dilabel sebagai 'filem sains fiksyen terbaik era 50an", namun apabila remake semula, kejayaannya lebih menyerlah. Tambahan pula dengan lakonan mantap Kurt Russell dalam filem tersebut, menambahkan lagi nilai kepuasan apabila menontonnya. Filem ini dipenuhi elemen suspen, paranoid dan klaustrofobia, menjadikannya sebuah filem berbeza yang lain daripada yang lain.

Little Shop of Horrors (1986)
Remake dari filem "The Little Shop of Horrors" (1960)

Little Shop of Horrors (1986)

Filem asalnya mempunyai aktor hebat, Jack Nicholson sebagai salah seorang pelakon tetapi wataknya ketika itu sangat kecil. Namun, apa yang membezakan filem terdahulu dengan pembikinan semula ialah interpretasi filem itu secara muzikal dengan tambahan lakonan mantap Steve Martin dan James Belushi membantu menjadikannya salah satu filem klasik yang dikenang ramai.

Fatal Attraction (1987)
Remake dari filem "Diverson"

Fatal Attraction (1987)

Ramai yang tidak mengetahui bahawa filem ini sebenarnya adalah salah satu adaptasi daripada filem untuk tayangan televisyen yang turut mendapat sambutan. Penulis bagi karya asalnya ialah James Dearden yang menulis dan juga mengarah filem Diverson telah diberi tugasan menulis lakon layar untuk filem adaptasi keluaran Hollywood tersebut. Filem ini berjaya menjadi salah satu filem dengan kutipan paling tinggi di seluruh dunia pada tahun tersebut dan menerima 6 pencalonan untuk anugerah Oscar, termasuklah untuk Filem Terbaik, Aktres Terbaik dan juga Pengarah Terbaik.

True Lies (1994)
Remake dari filem "La Totale!" (1991)

True Lies (1994)

Filem asalnya ialah sebuah filem Perancis karya Claude Zidi, namun filem remakenya sangat mengesankan ditambah pula ianya adalah hasil sentuhan James Cameron yang diketahui filem-filemnya seringkali menemui kejayaan besar. Filem remake itu dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger yang memainkan watak agen kerajaan yang berkhidmat secara sulit sedangkan isterinya mempercayai dia hanyalah seorang penjual komputer. Filem ini berjaya mendapat anugerah Oscar untuk Kesan Khas Terbaik. Pada ketika ia dibuat, filem True Lies menjadi antara filem paling mahal pembikinannya dengan kos sebanyak USD$115 juta.

Ocean's Eleven (2001)
Remake dari filem "Ocean's Eleven" (1960)

Ocean's Eleven (2001)

Hasil gabungan lakonan mantap dan berkesan daripada George Clooney, Matt Damon dan Brad Pitt, kes rompakan sebuah kasino di Las Vegas yang dipaparkan dalam filem ini memberikan impak yang hebat kepada filem tersebut. Filem ini dianggap antara filem terbaik pernah dihasilkan.

The Departed (2006)
Remake dari filem "Infernal Affairs" (2002)

The Departed (2006)

Filem yang dikeluarkan pada tahun 2006 ini dianggap mempunyai senarai nama pendukung watak yang sangat hebat seperti Jack Nicholson, Matt Damon, Leonardo DiCaprio, Mark Wahlberg, Martin sheen, Vera Farmiga dan Alec Baldwin. Ia mengisahkan bagaimana seorang polis yang menyamar untuk mengesan siapakah penjenayah yang berada dalam kalangan rakan polis di Massachusetts State Police. Filem ini berjaya memenangi 4 anugerah Oscar termasuklah untuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Filem yang diinspirasikan dari karya Alam Mak dan Andrew Lau mungkin juga mendapat tempias populariti filem asalnya yang turut menjadi antara filem paling berjaya di Hong Kong.

True Grit (2010)
Remake dari filem "True Grit" (1969)

True Grit (2010)

Filem asalnya pada tahun 1969 telah berjaya menganugerahkan John Wayne anugerah Oscar tetapi filem remakenya hasil sentuhan Coen bersaudara selain lakonan mantap dan cemerlang Jeff Bridge, Matt Damon dan Josh Brolin dianggap oleh para pengkritik sebagai lebih tepat kepada sumbernya selain mengiktiraf lakonan mantap para pelakon yang terlibat. Walaupun telah dicalonkan untuk 10 kategori pada anugerah Oscar, namun malangnya tiada satu pun anugerah berjaya dibawa pulang oleh filem hebat ini.

BACA INI JUGA: 6 Filem Balas Dendam Terbaik

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon