Saturday, March 29, 2014

6 Filem Balas Dendam Terbaik


Filem genre apakah yang mampu membuatkan anda menjerit marah, pasrah, puas hati dan insomnia dalam masa yang sama?

Disini kami senaraikan '6 Filem Balas Dendam Terbaik' yang bakal memandu anda kepada pengalaman diatas dengan pesanan, "Tak elok berdendam!"

Quantum of Solace (2008)

Quantum of Solace (2008)

James Bond yang kita kenal adalah salah seorang hero dengan kualiti yang serba-serbi sempurna; kacak, kool, hebat bergasak, hatta lengkap dengan kereta dan gajet-gajet canggih.

Dan segalanya berubah dengan keluarnya reboot berjudul Casino Royale (2006) -- Daniel Craig sebagai Bond, seorang agen muda yang kemudiannya jatuh cinta pada seorang lagi agen wanita bernama Vesper Lynd (Eva Green).

Sekuelnya, Quantum of Solace menyaksikan Bond seolah-olah baru tiba dari neraka dengan satu misi demi menuntut bela diatas kematian kekasihnya itu.

Dengan mengenepikan segala risiko, Bond mengamuk sehingga dia ditendang keluar dari organisasi.

Kill Bill (2003-2004)

Kill Bill (2003-2004)

Mengambil karya klasik The Bride Wore Black dan Lady Snowblood sebagai rujukan, filem hasil tangan Quentin Tarantino, Kill Bill yang terbahagi kepada dua bahagian (volume 1&2) ini adalah antara cereka pembalasan dendam paling gila.

Filem ini dimulakan dengan petikan "Revenge is a dish best served cold' semacam memberi kita hint kepada apa yang bakal disaksikan nanti.

Disusuri imej seorang pengantin wanita yang sedang mengandung (Uma Thurman) terbaring parah di majlis perkahwinannya. Sebelum satu das tembakan dilepaskan ke kepala wanita itu dari tangan bapa kepada bayi yang dikandungnya, Bill.

Terselamat dari ajal, dia kembali dalam misinya untuk menghukum kebinatangan Bill, bekas kekasih, ketua dan mentornya sendiri sambil menghukum setiap ahli Viper Assasination Squad yang pernah dianggotainya.

Old Boy (2003)

Old Boy (2003)

Oh Dae-Su (Choi Min-sik) diculik dan dikurung selama 15 tahun disebuah motel tak bertingkap tanpa sebab yang dia patut tahu. Suatu hari dia dibebaskan juga tanpa mengetahui dalang disebalik semua itu. Maka dari situlah bermula misinya untuk menjejak dan membalas dendam kepada pelaku berkenaan.

Old Boy adalah sebuah cereka 'Dendam atas dendam' yang membawa kita mengikuti siri-siri amukan Dae-su, sambil membutakan kita pada hakikat betapa sedari awal cerita Dae-su hanyalah sasaran kepada sebuah pembalasan dendam yang lebih besar.

Filem kedua daripada Trilogi Balas Dendam arahan Park Chan Wook ini dikenali sebagai sebuah Thriller bergaya dengan kekejaman visual dan babak (single-take) pertarungan epik menggunakan tukul.

Kejayaan Old Boy adalah langkah kanan dalam mendedahkan kepada dunia akan keadaan sebenar industri perfileman kontemporari Korea Selatan yang sebelum ini hanya dikenali dengan karya-karya cinta sahaja.

Ocean Eleven (2001)

Ocean Eleven (2001)

Keinginan untuk membalas dendam itu sendiri adalah satu bentuk motivasi yang sangat kuat, tambahkan cinta dan wang kedalamnya, maka lengkaplah segala perencah yang bakal mengheret seorang lelaki untuk melakukan segala benda-benda gila.

Itulah yang menjadi titik tengah kepada ketidakwarasan Danny Ocean (George Clooney) dalam filem komedi jenayah, Ocean's Eleven.

Selepas dibebaskan dari penjara, Danny mula merekrut sepuluh penjenayah dengan kepakaran berbeza dalam rancangannya untuk merompak tiga buah kasino bernilai $150 juta dolar, demi membalas dendam ke atas musuhnya, Terry Benedict (Andy Garcia) dan menjahanamkan hubungan Terry dengan bekas isteri Danny, Tess (Julia Roberts).

Walaupun pada akhirnya mungkin sukar untuk memutuskan mana yang lebih manis, Bahagian Terry dalam rompakan atau hakikat yang dia berjaya merampas semula Tess, pasti tidak ada yang lebih hebat dari kejayaan melunaskan dendam itu sendiri.

The Mask Of Zorro (1998)

The Mask Of Zorro (1998)

Dalam siri asal novel Pulp karya Johnston McCulley, seperti Robin Hood, Zorro adalah wira seumpamanya di era penjajahan Sepanyol ke atas California, melindungi golongan kelas bawahan daripada ditindas politikus rakus dan para bangsawan.

Namun, untuk filem The Mask Of Zorro, usahanya adalah bersifat individu, atau lebih tepat bersentimen dendam selepas isterinya dibunuh dan anak perempuannya diculik dan Zorro sendiri telah dipenjarakan selama 20 tahun oleh seorang gabenor korup.

Satu twist yang cemerlang bagi sisi gelap watak legenda ini (lakonan oleh Anthony Hopkins), dengan menambahkan kematian dan pembalasan dendam demi mewujudkan aksi jagoan, dan ia terus ditambah baik dengan tindakan Hopkins merekrut Antonio Banderas sebagai 'Zorro muda' dalam misi untuk melunaskan dendamnya itu.

Namun, sayang sekali sekuel 'The Legend of Zorro (2005) gagal menggunakan sebaiknya persediaan ini. Tapi itulah risiko yang sering dihadapi bagi sesebuah filem sekuel kan?

The Crow (1994)

The Crow (1994)

Satu tips yang mungkin berguna disini, kalau seseorang yang telah anda bunuh setahun yang lepas, tiba-tiba muncul ditingkap bilik anda dengan berpakaian serba hitam kecuali catan pelik pada muka dan dia cuba mengancam anda.

Perkara terbaik yang wajar dilakukan adalah untuk tidak menguji sama ada boleh atau tidak anda bunuh dia sekali lagi. Kerana orang itu berkemungkinan mempunyai nasib yang sama seperti Eric Draven (Brandon Lee), yang mana bersama tunangnya menjadi mangsa keganasan jenayah yang dilakukan sekumpulan samseng keji. Draven dibangkitkan semula semata-mata untuk melempiaskan dendam serakahnya itu.

Meskipun filem ini lebih dikenali melalui kisah kematian bintangnya, Brandon Lee dilokasi penggambaran, The Crow masih antara karya dendam bermutu, padat dengan visual ganas yang merasuk semangat manusia yang sering teraniaya macam kita?! Heh..

BACA INI JUGA: Siapa "Raja Kematian" Terulung Hollywood?

-Sentiasapanas.com

1 comment

  1. Saya pilihan Oceans 12 sebagai plihan pertama, Quantumof Solace pilihan ke 2
    dan The Mask of Zorro sbg plihan ke 3. Wow....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon