Jumaat, Januari 24, 2014

Gadis Dirogol 12 Lelaki Sebagai Hukuman Kerana Curang!


Loading...

Seorang wanita dirogol beramai-ramai oleh 12 lelaki atas arahan majlis kampung di timur India sebagai hukuman kerana menjalinkan hubungan, kata polis semalam.

raping girl
Gambar hiasan.

Majlis berkenaan mengarahkan hukuman dahsyat itu dilakukan di kampung di Benggala Barat malam Selasa lalu selepas gadis berusia 20 tahun itu ditemui bersama-sama lelaki daripada komuniti lain.

Polis menahan 12 orang berhubung serangan itu yang dilakukan selepas ibu bapa wanita berkenaan berkata mereka tidak mampu membayar denda berjumlah 25,000 rupee (RM1,332) yang dikenakan majlis kerana hubungan itu.

“Gadis berkenaan dirogol beramai-ramai kerana menjalin hubungan dengan lelaki komuniti lain dan gagal membayar denda yang dikenakan majlis kampung.

"Setakat ini kami menahan 12 orang berkaitan kejadian itu,” kata Superintendan Polis Daerah, C Sudhakar.

Serangan itu sekali lagi meletakkan rekod India dalam keganasan seksual dalam tumpuan sekali lagi selepas kemarahan awam berhubung kes rogol beramai-ramai yang membawa kematian seorang penuntut di New Delhi pada Disember 2012. -AFP

Gara-Gara Ponteng Tuisyen, Pelajar Tingkatan 3 Dirogol Dalam Kereta

Pelajar dirogol

Seorang lelaki berumur 27 tahun ditangkap polis selepas disyaki merogol seorang gadis bawah umur di dalam sebuah kereta, baru-baru ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku antara jam 7 malam hingga 8 malam ketika mangsa berumur 15 tahun dikatakan ponteng kelas tuisyen untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya di sebuah pusat siber lewat tahun lepas.

Terdahulu, bapa mangsa menghantar anak gadisnya ke pusat tuisyen itu, namun sebaik sahaja bapanya beredar dari situ, mangsa dipercayai berjumpa dengan suspek yang sedang menantinya di bahagian belakang pusat tuisyen tersebut.

Difahamkan, mangsa bersembang dengan suspek yang kemudian mengajaknya masuk ke dalam kereta jenis Toyota Avanza.

Suspek kemudian membawa mangsa ke tempat lain yang tidak dapat dipastikan sebelum berjaya memujuk mangsa untuk melakukan seks di dalam kereta itu.

Selepas memuaskan nafsunya, suspek telah menghantar mangsa kembali ke pusat tuisyen, tetapi mangsa bertukar fikiran dan berjalan kaki pulang ke rumahnya tidak jauh dari situ.

Difahamkan, mangsa yang serba-salah telah memberitahu teman lelakinya yang datang ke rumahnya pada malam tersebut.

Tindakan tersebut telah membuat teman lelakinya marah dan memaklumkan perkara itu kepada bapa mangsa.

Kesal dengan apa yang berlaku terhadap anaknya, bapa mangsa telah bertindak membuat laporan polis.

Polis yang dimaklumkan mengenai kes tersebut, bertindak mencari suspek dan berjaya menahan seorang lelaki yang tinggal di Jalan Lada, petang kelmarin.

Turut dirampas ialah sebuah kereta Toyota Avanza.

Pihak polis forensik yang kebetulan berada di sini turut menjalankan pemeriksaan terhadap kereta Avanza tersebut di Balai Polis Sentral petang kelmarin.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut. -BorneoPost

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon