Saturday, July 21, 2018

Siapa Lebih Hebat, Cristiano Ronaldo Atau Lionel Messi?


Tiada pemain yang dapat terlepas daripada soalan cepu emas tentang siapakah bintang yang lebih hebat antara Cristiano Ronaldo and Lionel Messi, biarpun berada jauh merentasi Lautan Atlantik.

Siapa Lebih Hebat, Cristiano Ronaldo Atau Lionel Messi?

Wayne Rooney diajukan mengenai soalan debat 'lapuk' itu dalam satu temubual radio di Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Legenda bola sepak Manchester United itu tampil dalam kemunculan pertama bersama DC United pada hujung minggu lalu selepas menyempurnakan perpindahannya daripada Everton.

Muncul dalam program 'podcast' Pardon My Take pada Isnin, Rooney tanpa teragak-agak menjawab bahawa Messi adalah lebih baik berbanding Ronaldo.

Jawapan itu ternyata mengejutkan hos radio tersebut kerana Rooney membalas dengan pantas.

"Yeah, saya rasa saya sudah katakan tentang hal ini.

"Tetapi, mereka mungkin dua pemain terbaik dalam sejarah untuk bermain bola sepak.

"Saya cuma fikir Messi, di mata saya, dialah yang terbaik," ujar Rooney.

Jawapan itu mungkin akan mengejutkan penyokong bola sepak memandangkan Rooney dan Ronaldo pernah main bersama untuk United selama lima musim.

Mereka berdua juga berjaya merangkul tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dan satu Liga Juara-Juara.

Ini kata ibu Ronaldo selepas perpindahan ke Juventus

Siapa Lebih Hebat, Cristiano Ronaldo Atau Lionel Messi?

Ibu Cristiano Ronaldo akhirnya bersuara selepas perpindahan anaknya yang bernilai £99.3 juta (RM526.5 juta) ke Juventus setelah ada khabar angin yang mendakwa dia lebih senang sekiranya Ronaldo ke Manchester United.

Ronaldo pula mengakui bahawa masa depannya menjadi tanda tanya selepas memenangi Liga Juara-Juara pada perlawanan menentang Liverpool di Kiev.

Maria Dolores Aveiro cuba meyakinkan pemain berusia 33 tahun itu untuk kembali ke Old Trafford, kelab yang menjadikannya bintang antarabangsa selepas berhijrah dari Sporting CP pada 2003.

Bagaimanapun, kini dia menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa Juventus adalah destinasi terbaik untuk babak seterusnya buat penyandang anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali itu.

"Ia satu penipuan, tentang saya mahu dia kembali ke Manchester United.

"Ia tidak benar. Saya gembira dengan pilihannya. Ia hari yang menggembirakan buat kami semua.

"Anak saya akan menjadikan Juve lebih hebat.

"Ini adalah cabaran baharu dalam hidupnya.

"Dia gembira di Real Madrid, tapi dia perlukan cabaran lain," kata Maria, memetik laporan Sport Bible.

Selepas tiada kelab lain yang mampu menandingi tawaran yang diberikan oleh Juventus, kelab itu berjaya mendapatkan Ronaldo dengan lancar.

Ronaldo menandatangani konrak selama empat tahun dan dilaporkan akan menerima bayaran €30 juta (RM142 juta) setahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar | mstar2


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon