Jan 5, 2016

Sikap Cristiano Ronaldo Yang Menjadikannya Hebat!

Cristiano Ronaldo mungkin Pemain Terbaik Dunia dan calon buat kali ketiga berturut-turut untuk anugerah Ballon d’Or namun bukan semua perkara berlaku mengikut kehendaknya.

Cristiano Ronaldo Ballon d’Or

Bintang Real Madrid itu adalah ‘permata’ akademi Sporting Lisbon ketika remaja namun sering dibuli pemain lain kerana loghat Madeira yang pekat.

Keadaan menjadi terlalu terlalu buruk hinggakan dia pernah melempar kerusi kepada guru yang gagal menghentikan ejekan itu, menurut pemain tengah Sheffield Wednesday Jose Semedo, yang membesar bersama Ronaldo di kelab Portugis itu.

“Dia adalah yang terbaik,” kata Semedo.

“Dia mengawal bola, mengatasi semua orang, tidak menghantar bola dan menjaringkan gol. Oh Tuhan!”

“Kemudiannya memberitahu dia datang dari Madiera dan loghatnya begitu berbeza. Semua orang mula ketawa. Sukar untuknya meninggalkan loghat itu. Bunyinya seperti bukan bahasa Portugis.

“Kami tidak memahaminya. Dia pernah membaling kerusi kepada seorang guru kerana orang mentertawakannya dan tidak mahu berhenti.”

Semedo, begitu jauh daripada Ronaldo yang kini menjaringkan gol pada final Liga Juara-Juara, memecahkan rekod jaringan terbanyak Real Madrid sepanjang zaman dan menang pelbagai anugerah individu.

Namun kedua-duanya, masih bersahabat baik dan saling berhubung, serta pernah menjadi rakan sebilik.

Ronaldo turut menyelamatkan karier Semedo apabila Sporting mengugut mahu menendang pemain remaja itu keluar daripada akademi.

Ronaldo yang juga anak emas pasukan remaja itu memberitahu kelab itu, pada usia 14 tahun, jika Semedo tidak tinggal di kelab itu, dia juga akan pergi dan membenarkan rakannya tinggal di biliknya.

“Saya terhutang budi dengannya,” kata Semedo.

“Tempat asal saya, Setubal bukan tempat yang elok buat lelaki muda. Ramai rakan dari sana terbabit dalam jenayah.

"Ada di antara mereka sudah mati dan ada yang dipenjarakan. Jika saya kembali, mungkin saya mencuri kereta bersama mereka.

“Dia mengubah kehidupan saya. Keluarga saya, anak saya, karier saya, semuanya kerana Ronaldo.”

Bintang Wednesday berusia 30 tahun itu turut mendedahkan, mereka juga berselisih faham terutama apabila menentang satu sama lain.

Semedo mengakui Ronaldo tidak akan bercakap dengannya beberapa hari jika tewas perlumbaan dengan rakan sepasukan dan pergi ke gimnasium seorang diri apabila rakan memberitahu teman sebiliknya akan menjadi lebih hebat daripadanya.

“Sikap enggan menyerah kalah itulah yang menjadikan Ronaldo pemain sehebat seperti sekarang,” kata Semedo.

BACA INI JUGA: Ronaldo Peneraju Boikot Israel

Sumber: Hmetro

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon