Tuesday, March 12, 2019

MA63: Pelanggaran Terhadap Hak Sabah Dan Sarawak?

MA63: Pelanggaran Terhadap Hak Sabah Dan Sarawak?

Apa itu MA63? Mengimbas sejarah lalu, perisytiharan penubuhan Malaysia sebenarnya adalah hasil daripada satu perjanjian iaitu MA63 antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Sabah, Sarawak dan Singapura yang telah bersetuju untuk membentuk negara baharu yang bersatu dinamakan Persekutuan Malaysia. Peristiwa penting itu berlaku pada tanggal 9 Julai 1963.

Fakta MA63 Sabah Sarawak

Persetujuan untuk bergabung telah direncana secara tertib dengan mengambil kira laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah ditugaskan membuat tinjauan pendapat dalam kalangan penduduk Sabah dan Sarawak.

Jawatankuasa Antara Kerajaan Mengenai Malaysia juga telah ditubuhkan pada tahun 1962 dengan penyertaan wakil-wakil dari Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Britain untuk berunding perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia.

Secara keseluruhannya, kira-kira 80 peratus penduduk Sabah dan Sarawak telah bersetuju terhadap gagasan Malaysia dan perkara itu disahkan oleh wakil Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Lawrence Michaelmore.

Penyertaan kedua-dua negeri terbabit bagi pembentukan Malaysia telah menyaksikan kandungan-kandungan dalam MA63 diterima dalam Perlembagaan Persekutuan. Secara tidak langsung, ia memberi ciri-ciri unik terhadap Sabah dan Sarawak yang membezakannya dengan negeri-negeri lain.

Sandaran

Selain itu, dua dokumen yang sentiasa dijadikan sandaran untuk rujukan hak Sabah dan Sarawak ialah Perkara 20 Sabah dan Perkara 18 Sarawak yang merupakan tuntutan-tuntutan untuk menjaga kepentingan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan. Antaranya ialah hal berkaitan kuasa imigresen dan perkhidmatan awam, kewarganegaraan, bahasa dan perwakilan di Persekutuan.

Bagaimanapun, beberapa perkara masih lagi berbangkit sehingga kini berikutan terdapat kandungan perjanjian bersejarah itu dikatakan tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Paling kontroversi ialah mengenai hasil bumi terutamanya hak Sabah dan Sarawak terhadap hasil semula jadi negeri serta hasil minyak dan gas yang didakwa tidak selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Selain itu, kedua-dua negeri itu juga menuntut lebih banyak kuasa autonomi dengan penurunan kuasa daripada kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri dalam perkara membabitkan hak tadbir urus negeri, pembangunan prasarana dan industri serta pembangunan pendidikan dan sumber manusia.

Perkembangan terkini menyaksikan banyak isu pertembungan mengenai hak-hak berkenaan antaranya penubuhan syarikat minyak dan gas iaitu Petroleum Sarawak Berhad (Petros) yang berhasrat mengambil alih kuasa kawalan ke atas sumber petroleum di negeri itu.

Dalam hal ini, banyak suara yang menuntut Sarawak dan Sabah sepatutnya mendapat royalti minyak yang lebih tinggi sehingga 20 peratus berbanding 5 peratus yang diterima ketika ini.

PELANGGARAN MA63

Seorang aktivis Perjanjian Malaysia mendakwa sekurang-kurangnya 50 pelanggaran Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah dilakukan sejak Malaysia ditubuhkan. Beliau berpendapat kerajaan Sabah dan Persekutuan tidak berminat untuk menyelesaikan pelanggaran yang dilakukan.

Jawatankuasa demi jawatankuasa telah ditubuhkan dan perbincangan demi perbincangan telah dibuat namun, perkara 8 Perjanjian Malaysia 1963 memerlukan jawatankuasa atau perbincangan dilakukan dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Pelanggaran pertama Perjanjian Malaysia 1963 yang dimaksudkan adalah bersabit dengan Minyak dan Gas Sabah dan Sarawak.

Dalam topik ini beberapa pelanggaran telah dilakukan ke atas Perjanjian Malaysia 1963 melalui Akta yang tidak sah atau Akta diluluskan oleh parlimen yang melanggar perlembagaan itu sendiri.

Tambahan pula kuasa-kuasa Sabah dan Sarawak diambil walaupun dilindungi oleh Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.

RAKYAT MENGHAKIMI KERAJAAN

Dalam topik minyak dan gas, Perjanjian Malaysia 1963 telah dilanggar beberapa kali melalui beberapa Akta yang tidak sah namun diluluskan oleh parlimen. Terdapat juga Akta yang melanggar perlembagaan.

Mari kita sama-sama lihat sama ada Hak Sabah dan Sarawak diambil dengan tidak sengaja dan berani kerajaan Persekutuan memulangkan apa juga yang TERAMBIL sebelum ini.

PELANGGARAN PERTAMA MA63: AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966

Deklarasi Darurat di Sarawak pada tahun 1966 memberikan alasan untuk parlimen meluluskan Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966.

Namun, pemimpin Kuala Lumpur baru sedar bahawa mereka dan parlimen tidak berkuasa ke atas Sabah dan Sarawak seperti mereka berkuasa ke atas 11 negeri di Tanah Melayu.

Kuala Lumpur tidak boleh menguatkuasa Akta Pelantar Benua 1966 atau Akta Perlombongan Petroleum 1966 di perairan Sabah dan Sarawak.

Ini kerana perairan wilayah Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Mahkota British melalui Perintah dalam Majlis (Order in Council) pada tahun 1954 lagi.

Peluang mereka diperolehi pada tahun 1969 dengan tercetus rusuhan kaum di Kuala Lumpur dan perisytiharan Darurat di seluruh negara.

Pada waktu ini, PM Tun Razak telah mewartakan Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 untuk dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak.

Di samping itu, Tun Razak telah membuat Ordinan Darurat (Perintah Penting) No. 7 1969 di mana semua perairan wilayah di Malaysia dikurangkan kepada 3 batu nautika.

Sebelum ini, perairan wilayah Sabah dan Sarawak yang berdasarkan definasi pelantar benua di mana UNCLOS menentukannya tidak lebih daripada 350 batu dari persisir pantai.

Akta Pembangunan Petroleum 1974

Selepas mengurangkan perairan wilayah kepada 3 batu nautika, Tun Razak turut menggunakan Akta Pelantar Benua 1966 untuk mengambil alih apa sahaja yang berada di luar 3 batu nautika menjadi milik Kerajaan Persekutuan.

Beliau kemudiannya mewujudkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 untuk memindahkan apa sahaja di luar 3 batu nautika kepada Petronas. Beginilah bagaimana usaha licik rompakan hak dan harta Sabah dan Sarawak pada tahun 1969.

Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 tidak lagi dikuatkuasakan di perairan Sabah selepas November 2011.

Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Menteri Sabah sendiri ketika menjawab soalan ADUN Kapayan (Edwin Bosi) pada tahun 2014.

Lulus Akta Bercanggah Dengan Perlembagaan

Akta Pembangunan Petroleum 1974 juga didapati tidak sah kerana Seksyen 4 melanggar Perkara 112C(4)(b) Perlembagaan Persekutuan. Ini disebabkan Seksyen 4 memperuntukkan hanya bayaran tunai dan bukannya royalti.

Sementara Perkara 112C(4)(b) mengatakan parlimen tidak boleh membuat undang-undang menafikan Sabah dan Sarawak daripada mengenakan royalti.

Perkara 112C(4)(b) adalah sebahagian daripada Annex A Perjanjian Malaysia 1963 yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini jelas parlimen telah meluluskan Akta yang bercanggah dengan perlembagaan.

Namun pemimpin Putrajaya akan mengatakan mereka tidak menafikan bayaran royalti hanya perkataan royalti tidak disebut dalam Sekysen 4.

Ini bererti Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Sabah dengan Petronas pada 14 Jun 1976 adalah juga tidak sah.

Ini kerana Akta yang memerlukan perjanjian ini sudah tidak sah. Apabila Akta Pelantar Benua, Akta Perlombongan Petroleum 1966 dan Ordinan No.7 1969 tidak lagi berkuatkuasa di perairan Sabah dan Sarawak, parlimen bergegas meluluskan Akta Wilayah Laut 2012 atau Akta 750.

Akta 750 ini pula tidak boleh dikuatkuasakan di perairan Sabah dan Sarawak kerana Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 sudah tidak lagi berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak selepas 2011.

Akta 750 Tidak Sah

Ini telah disahkan oleh Ketua Menteri ketika itu di Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 2014.

Di samping itu, Akta 750 melibatkan perubahan sempadan dan ini memerlukan persetujuan Sabah, Sarawak dan juga Majlis Raja-Raja.

Ini semua tidak diperolehi sebelum rang undang-undang ini dibentangkan di parlimen.

Seksyen 3(3) Akta 750 pula mengambil kuasa Negeri iaitu kuasa ke atas tanah dan haknya yang diberikan oleh Mahkota Ratu British melalui Perintah dalam Majlis 1954, Kuasa Negeri seperti yang di peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual 9 Senarai Undangan – senarai kuasa Negeri.

Ini menjadikan Akta 750 tidak sah. Maka bagaimana Akta 750 berkuatkuasa di perairan Sabah dan Sarawak? Adakah ini yang dimaksudkan oleh Putrajaya sebagai “sengaja dan tidak diketahui?”

Ternyata ini bukan satu kesilapan tetapi ini disengajakan yang dimulakan oleh Tun Razak sendiri.

Hanya mereka yang jahil, buta mata dan hati tidak dapat melihat bagaimana Kuala Lumpur dan seterusnya Putrajaya mengambil kekayaan dari Sabah dan Sarawak dengan melanggar apa juga yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan apa juga yang tertulis didalam perlembagaan.

PELANGGARAN KE-2 MA63: DUTI IMPORT DAN CUKAI EKSAIS BARANGAN PETROLEUM

Sebelum Januari 2000, setiap produk petroleum yang diimport ke Sabah dan Sarawak mempunyai duti import dan cukai eksais. Pendapatan ini diperuntukkan dalam Jadual 10 Bahagian V item 1 sebagai Sumber Tambahan Hasil yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan mengikut ketetapan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perkara ini masih wujud didalam perlembagaan tetapi apabila kita melihat anggaran belanjawan Sabah di bawah kepala 62202 Duti Import untuk Produk Petroleum dan Sub-head 62203 Eksais Duti pada Produk Petroleum, kita dapati ia hanya anggaran token berjumlah RM10.00, kata Zainnal Ajamain Pengerusi Pertubuhan Generasi Anak Sulung Sabah atau pendeknya FIRSTBORN.

Disamping itu, di bawah kepala 82104 Anggaran Belanjawan Sabah, terdapat tajuk Pemberian Gantian Duti Import/Cukai Eksias untuk petroleum dan ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah pada kadar tetap RM120 juta setahun.

Jumlah ini tidak berbaloi jika dibandingkan dengan jumlah kutipan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat keatas pengguna produk petroleum di Sabah.

Angka ini mungkin hanya diberikan untuk menepis soalan mereka yang mula melihat Jadual 10 Bahagian V item 1 perlembagaan Persekutuan.

Dalam pembentangan pindaan Akta Jualan 1972 pada tahun 1999, YB Gaya meminta Parlimen supaya status quo dari segi pendapatan ke Sabah dan Sarawak dikekalkan.

Beliau menyatakan pada masa itu Sabah mengutip RM200 – 300 juta setiap tahun dari sumber ini.

Parlimen Tidak Boleh Membuat Pindaan

Beliau juga dipetik menyebut bahawa Sabah mempunyai Cukai Jualan Negeri di Sabah dan ini tidak sama dengan Cukai Jualan Persekutuan namun, di hujung pembentangannya beliau menyokong pindaan yang akan dibuat kepada Akta Cukai Jualan Persekutuan 1972.

Daripada kenyataan ini, kita dapat melihat bahawa terdapat dua jenis Cukai Jualan, satu Cukai Jualan Persekutuan dan satu lagi Cukai Jualan Negeri (ini hanya terhad kepada Sabah dan Sarawak).

Pindaan Akta Cukai Jualan 1972 Persekutuan (pindaan) 1999 tidak pernah mendapat persetujuan daripada Sabah dan Sarawak.

Sepatutnya Sabah dan Sarawak dibawa berbincang oleh Kerajaan Persekutuan kerana perkara ini adalah sebahagian daripada Perjanjian Malaysia yang telah di persetujui oleh parlimen Malaya dan dimasukkan ke dalam perlembagaan Persekutuan pada 20 Ogos 1963.

Tanpa persetujuan Sabah dan Sarawak ternyata ini satu lagi pelanggaran Perjanjian Malaysia 1963 sekali gus ia pelanggaran terhadap Jadual 10 Part V item 1.

Pelanggaran seperti ini pula tidak bererti parlimen boleh membuat pindaan tersebut sesuka hati mereka dan secara automatik mengambil alih Duti Import dan Duti Eksais ke atas produk petroleum daripada Sabah dan Sarawak.

Siasatan lanjut ke atas perkara ini mendapati bahawa perubahan ini telah dilakukan pada tahun 1999 apabila kerajaan pusat meminda Akta Cukai Jualan 1972.

Sebab utama yang diberikan adalah untuk memenuhi keperluan AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas Asean.

Sebenarnya AFTA tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penipuan oleh Kerajaan Pusat.

Skim Common Effective Preferential Tariff

Kita dapati tujuan pembentangan rang undang-undang Akta Cukai Jualan (Pindaan) 1999 adalah seperti berikut:

“Rang Undang-undang Akta Cukai Jualan (Pindaan) 1999 ini adalah bertujuan untuk meminda Akta Cukai Jualan 1972 selepas ini disebut Akta 64, bagi maksud untuk membolehkan pengenaan cukai jualan kepada kadar spesifik ke atas barangan petroleum.

“Untuk memenuhi komitmen Malaysia mengenai perjanjian kawasan perdagangan bebas Asean di bawah Skim Common Effective Preferential Tariff (CEPT), cadangan berkaitan produk petroleum ialah supaya duti import dan duti eksais atasnya dimansuhkan terus dan sebagai ganti barangan ini dikenakan cukai jualan spesifik pada kadar yang sama dengan kadar duti import dan duti eksais yang dimansuhkan itu supaya kehilangan hasil dapat dielakkan.”

Timbalan Menteri Kewangan [Dr Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh] extract from page 58 of the Malaysia parliamentary Hansard dated 23 December 1999.

Apa yang dimaksudkan di sini ialah untuk memenuhi keperluan AFTA di bawah bawah Skim Common Effective Preferential Tariff (CEPT), Malaysia mesti menghapuskan skim Duti Import dan Cukai Duti.

Sebagai penggantinya, Malaysia akan memperkenalkan rejim Cukai Khusus supaya tidak akan kehilangan hasil daripada Duti Import dan Duti Eksais ke atas produk petroleum kepada kerajaan.

Ini tidak bererti apabila skim Duti Import dan Duti Eksais dihapuskan dan diganti dengan rejim Cukai Khusus maka pendapatan Sabah dan Sarawak juga dihapuskan.

Perjanjian yang telah dimasukkan di dalam perlembagaan, walau apa pun tajuk yang digunakan maksudnya adalah sama dan sepatutnya dipertahankan – ini disebabkan Sabah dan Sarawak bukan saja pengeluar minyak mentah terbesar di negara ini malah mereka juga menggunakan bahan api daripada petroleum ini.

Pembayaran Grant Tetap

Ini terang dan jelas satu diskriminasi terhadap Sabah dan Sarawak didalam pemerintahan negara.

Dalam konteks ini, Sabah dan Sarawak juga tidak sepatutnya kehilangan pendapatan daripada sumber Duti Import dan Duti Eksais.

Ini kerana Kerajaan Pusat sengaja mengabaikan fakta bahawa Sabah dan Sarawak juga mempunyai kuasa keatas Cukai Perkhidmatan dan Jualan.

Jika Kerajaan Pusat jujur dan ikhlas serta prihatin terhadap perkara ini, maka sudah tentu tidak ada alasan bagi Sabah atau Sarawak menuntut bayaran balik disebabkan kehilangan pendapatan.

Kerajaan Pusat pula akan menggunakan alasan bahawa mereka tidak mengambil sumber pendapatan ini dari Sabah kerana Kerajaan Pusat hanya memenuhi keperluan AFTA dan Sabah diberikan pembayaran grant tetap untuk mengganti kehilangan daripada sumber ini namun apa yang diganti tidak berbaloi.

Kesimpulannya, kita dapat melihat bagaimana Sabah dan Sarawak telah ditipu dengan menggunakan alasan memenuhi keperluan AFTA, pemberian tetap bukan sebagai ganti namun digunakan sebagai alasan untuk merampas hak Sabah dan Sarawak walaupun telah diperuntukan didalam perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963.

Kerajaan Pusat menggantikan Duti Import dan Duti Eksais dengan mengenakan Cukai Khusus ke atas produk petroleum.

Kerajaan Pusat membuat jaminan bahawa Sabah dan Sarawak tidak akan kehilangan hasil daripada sumber ini, sebagai ganti Kerajaan Pusat memberikan grant tetap berasaskan pendapatan dan duti eksais yang mereka terima pada masa itu.

Ini mengelirukan kerana bilangan kenderaan di jalan raya Sabah dan Sarawak semakin tahun semakin meningkat dan penggunaan bahan api juga bertambah setiap tahun.

Oleh itu, dari tahun 2000 hingga tahun 2014 Kerajaan Pusat hanya membayar jumlah tetap kepada Sabah dan Sarawak sebanyak RM120 juta setahun, manakala penggunaan bahan api di seluruh Sabah dan Sarawak meningkat nilainya sehingga berbilion-bilion.

Tidak Lojik

Ini bermakna pemberian grant tetap setiap tahun seperti ini hanya menganggarkan Sabah dan Sarawak akan menggunakan bahan api bernilai RM120 juta setahun tanpa berubah. Ini tidak logik!

Jika penilitian dibuat keatas kos harga di stesen minyak di Sabah kita dapati bahawa Cukai Khusus yang dikenakan kepada Sabah bernilai 40% dari setiap ringgit yang digunakan membeli bahan api tersebut.

Kadar 40% ini diperolehi daripada perbandingan harga pam antara Sabah dan Brunei.

Brunei tidak mempunyai duti import dan duti eksais dan tidak pula mengenakan apa juga jenis cukai ke atas produk petroleum yang diimport.

Bererti, perbezaan harga antara Sabah dan Brunei adalah nilai duti import dan duti eksais atau cukai khusus yang dikenakan oleh kerajaan untuk produk petroleum.

Dari angka-angka ini, kita dapat mengetahui berapa banyak nilai pendapatan Sabah dan Sarawak yang hilang setiap tahun.

Sebagai contoh:

Sabah mempunyai kira-kira 4 juta kenderaan yang berdaftar tetapi untuk maksud anggaran ini kita hanya menggunakan angka 2 juta.

Setiap kenderaan kita anggarkan menggunakan 70 liter bahan api setiap minggu dan kos bahan api purata RM2.00 seliter ini menjadikan setiap pengguna membelanjakan RM140 seminggu untuk bahan api bagi setiap kenderaan.

Jika 2 juta kenderaan menggunakan bahan api bernilai begini, ini bererti Sabah menggunakan kira-kira RM280 juta bahan api seminggu dan RM14.56 bilion setahun.

Tiada Bayaran Selepas 1999

Bandingkan dengan harga pam Brunei, ini bermakna nilai duti import dan duti eksais atau Cukai Khusus yang perlu dibayar kepada Sabah ialah RM5.82 bilion setahun.

Namun Kerajaan Pusat hanya membayar kepada Sabah dan Sarawak masing-masing berjumlah RM120 juta setahun.

Ini bererti selebihnya kira-kira RM5.7 bilion adalah Hak Sabah yang diambil oleh Kerajaan Pusat sebagai sebahagian daripada pendapatannya.

Ini dicerminkan dalam Bajet 2018 di mana anggaran disemak untuk 2017 Pendapatan cukai dari Petroleum adalah kira-kira RM10.94 bilion.

Terdapat tiga perkara yang dapat kita simpulkan di sini.

Pertama, Jadual 10 Bahagian V item 1 masih dalam perlembagaan dan masih sah dan kuasanya masih milik Sabah dan Sarawak, hanya kepimpinan di Sabah dan Sarawak saja yang tidak cukup tegas untuk mendapatkan kembali hak mereka.

Oleh itu, ini bererti Jadual 10 Bahagian V perkara 1 masih hak Sabah dan Sarawak, namun selepas tahun 1999, duti import dan duti eksais produk petroleum tidak pernah dibayar kepada Sabah dan Sarawak mengikut apa yang dipersetujui atau diganti dengan jumlah berpatutan berdasarkan semakan perjanjian. Ini melanggar Perjanjian Malaysia 1963 dan pelanggaran ini sengaja dibuat.

Kedua, berdasarkan Anggaran Bajet Tahunan Sabah kepala Anggaran 82104 dan sebagai Geran Penggantian Duti Import/Duti Eksais untuk petroleum diberikan peruntukan tetap sebanyak RM120 juta setahun tanpa sebarang kenaikan.

Sejak tahun 2000 terdapat kenaikan bilangan kenderaan yang tinggi di Sabah, oleh itu terdapat peningkatan yang ketara dalam penggunaan bahan api.

Ini bermakna peningkatan kenaikan pendapatan dari penggunaan bahan bakar di Sabah haruslah ditingkatkan.

Tindakan Kerajaan Pusat didalam perkara ini adalah jelas satu kes penipuan oleh Kerajaan Pusat mengenai hasil kerajaan Sabah dan Sarawak.

Ketiga, nilai jumlah tetap yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat kepada Sabah dan Sarawak semakin berkurangan setiap tahun.

Ini disebabkan pada tahun 1990 nilai ringgit telah ditetapkan pada RM3.80 berbanding satu Dolar Amerika Syarikat. Hari ini nilai ringgit telah menurun kepada RM4.00+- berbanding satu Dolar Amerika Syarikat ini bermakna kejatuhan kira-kira RM0.20 sen atau nilai ringgit telah jatuh kira-kira 10-30%.

Ini bermakna kuasa beli RM120 juta jumlah tetap yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kini hanya bernilai lebih kurang dibawah RM100+- juta.

TANGGUNGJAWAB MENTERI KEWANGAN

Dalam konteks ini, Kerajaan Sabah dan Sarawak ditipu dua kali oleh Kerajaan Pusat.

Pertama, apabila terdapat peningkatan kenderaan dan penggunaan bahan bakar, oleh itu, kenaikan pendapatan dari import bahan api. Kali kedua, kesusutan nilai ringgit mengurangkan daya beli ringgit yang diterima.

Ini juga boleh ditafsirkan sebagai kegagalan tugas oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan.

Pertama, sudah terdapat pelanggaran Perjanjian Malaysia 1963 melalui pelaksanaan Jadual 10 Bahagian V perkara 1.

Penyelesaian yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat adalah satu penipuan ke atas Sabah dan Sarawak daripada mendapatkan nilai sepatutnya ganti hasil duti import dan duti eksais;

Kedua, terdapat pelanggaran Perjanjian Malaysia 1963 dan Jadual 10 Bahagian V perkara 1 apabila Kerajaan Pusat sengaja memansuhkan Duti import dan Duti Excise pada 23 Disember 1999 dengan meminda Akta Cukai Jualan Persekutuan 1972.

Walaupun Kerajaan Pusat tahu Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa memungut Cukai Perkhidmatan dan Jualan – Justeru itu, Sabah dan Sarawak juga berhak mengenakan cukai khusus sebagai ganti kepada duti import dan duti eksais yang hilang;

Ketiga, Kerajaan Pusat sengaja memberi peruntukan tetap untuk Sabah dan Sarawak sebagai menggantikan kehilangan pendapatan dari pemansuhan duti import dan duti eksais.

Geran ini tidak mengambil kira peningkatan bilangan kenderaan, oleh itu, kenaikan penggunaan bahan api dan kenaikan cukai khusus ke atas import produk petroleum.

Kerajaan Pusat juga tidak mengambil kira kuasa beli ringgit yang susut berbanding paras nilainya pada tahun 2000 telah jatuh sekurang-kurangnya RM0.60 sen.

Keempat, ini adalah jelas kegagalan tugas dari pihak Menteri Kewangan di Putrajaya, Kuching dan Kota Kinabalu.

Sebagai Menteri Kewangan di Sabah, Menteri mesti bertanggungjawab keatas kehilangan pendapatan ke Sabah atau Sarawak selama ini – Bagi Sabah, kerugian itu dianggarkan bernilai RM5.7 bilion setahun.

Jumlah ini boleh ditukar kepada penjimatan kepada pengguna sebanyak RM0.40 sen bagi setiap ringgit yang digunakan membeli bahan api.

Setiap rakyat yang boleh menjimatkan belanja sebanyak RM56.00 seminggu atau RM2,912.00 setahun.

Penjimatan ini adalah satu jumlah besar sekiranya rakyat dan rantaian perniagaan yang terjejas oleh perubahan harga minyak akan memberi kesan kepada ekonomi dengan ketara.

KEPUTUSAN DI TANGAN PM

Sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai, beliau mesti bersedia untuk memulangkan apa yang jelas diambil oleh Kerajaan Pusat melalui parlimen.

Sekiranya PM tidak setuju dengan saranan ini, penyelesaian pertikaian hanya boleh dilakukan di London kerana Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani di London dan ia merupakan perjanjian antarabangsa.

GS Sudang, merupakan salah seorang yang terlibat dengan pembentukan Malaysia dan orang yang bertanggungjawab mendirikan Batu Sumpah di Keningau, dipetik berkata:

“For the people of North Borneo, the party points out to the Malayan Government that the capacity for aspiration and for loyalty to one’s country is no monopoly of the Malayan. The people of North Borneo are equally capable of loyalty to their own country and our burning aspiration to remain as North Bornean and to control the destiny of this country cannot be and will not be terminated by political ambition of Kuala Lumpur.

“If the Malayan Government so persistently refuse to take warning, in later days, she will pay the heavy price for her disregard of Democratic principle. We will continue to recall with growing bitterness of the manner and circumstances through which our Rights to the Sovereignty of this country and our Rights of Self-Determination have been deprived from us when they were almost within our reach. Such sentiment will certainly prevent the people of North Borneo from being reconcile to the idea of being Malaysian Citizen.”

GS Sundang sudah memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, sekiranya mereka terus tidak menghiraukan tuntutan ini, perhubungan diantara Sabah dengan Putrajaya akan menjadi parah. Besar kemungkinan Malaysia akan terburai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Apa itu Statut Rom?

Apa itu Statut Rom?

Statut Rom (Rome Statute) adalah mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan triti dengan matlamat melaksanakan siasatan dan dakwaan ke atas mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah antarabangsa yang sangat serius seperti genosid, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah pencerobohan.

Apa itu Statut Rom

Malaysia, melalui Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, telah menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada 4 Mac 2019 dan surat berkenaan telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari yang sama.

ICC ditubuhkan pada 2002 dan ditadbir mengikut Statut Rom, adalah mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa melibatkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.

Penerimaan Malaysia kepada Statut Rom itu mencerminkan komitmennya dalam memerangi jenayah antarabangsa untuk keamanan dan keselamatan global.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini telah menulis surat kepada pemangku Yang di-Pertuan Agong pada 26 Dis (2018), memaklumkan keputusan Kabinet mengenai perkara tersebut.

KRONOLOGI PENYERTAAN MALAYSIA

17 Julai 1998

Malaysia menandatangani Final Act of the United Nations Diplomatic Conference of Plenipotentiaries on the Establishment of an International Criminal Court.

27 May 2010

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) pada ketika itu, memaklumkan kesediaan Malaysia untuk menjadi sebahagian dari Negara Pihak ICC.

Keputusan tersebut dibuat ketika menghadiri 6th Consultative Assembly of Parliamentarians for the ICC and the Rule of Law di Kempala, Uganda.

11 Jun 2010

Perdana Menteri ketika itu memberi halatuju dasar untuk Malaysia accede kepada Rome Statute, lanjutan kepada serangan Israel ke atas kapal kemanusiaan Gaza Freedom Flotilla pada 31 May 2011.

18 Mac 2011

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) membentang Memorandum Jemaah Menteri untuk Malaysia tandatangan dan ratifikasi Rome Statute.

Namun ia tidak diteruskan atas reservation oleh Peguam Negara terhadap keputusan Jemaah Menteri tersebut.

5 Ogos 2015

Jemaah Menteri sekali lagi bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara membentangkan Memorandum Jemaah Menteri untuk meratifikasi Rome Statute bagi membolehkan Malaysia membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap kes penembakan jatuh Malaysia Airlines MH17 ke ICC. Namun, tiada sebarang tindakan diambil pada ketika ini.

12 Disember 2018

Jemaah Menteri Pentadbiran Pakatan Harapan bersetuju untuk Malaysia meratifikasi Rome Statute.

26 Disember 2018

YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menulis warkah kepada Pemangku Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah untuk sembahmaklum keputusan yang dibuat Jemaah Menteri.

15 Februari 2019

Menteri Luar datang mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara bagi menyembahmaklum keputusan Jemaah Menteri.

4 Mac 2019

Malaysia telah menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court.

MANFAAT MALAYSIA MENJADI NEGARA PIHAK ICC

i. Penyertaan Malaysia akan meningkatkan lagi martabat negara di kalangan masyarakat dunia sebagai sebuah negara yang komited dalam menegakkan keadilan dan mempertahankan undang-undang antarabangsa.

ii. Penyertaan Malaysia akan melambangkan kesungguhan negara dalam meningkatkan perpaduan bersama-sama masyarakat antarabangsa dengan membawa pelakupelaku jenayah antarabangsa ke muka pengadilan.

iii. Malaysia kini boleh merujuk kepada Pendakwa ICC di bawah Artikel 13(A) Statut Rome mengenai jenayah-jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekiranya perlu.

iv. Malaysia kini boleh bersuara lebih lantang menentang negara-negara yang melakukan penghapusan etnik dan jenayah perang di Persidangan Tahunan Negara-Negara Pihak.

v. Malaysia kini layak mencalonkan rakyatnya sebagai Hakim, Pendakwa dan Pendaftar serta jawatan-jawatan lain di Pejabat Pendakwa dan Pejabat Pendaftar ICC.

SENARAI NEGARA YANG MENANDATANGANI STATUT ROM

Setakat 4 Mac 2019, sejumlah 124 negara telah menyertainya.

Antara negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang turut serta: Belgium, Kemboja, Denmark, Jepun, Jordan, Lesotho, Liechtenstein, Luxembourg, Belanda, Norway, Samoa, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom.

APA BIDANG KUASA ICC?

Artikel 5; ICC mempunyai bidang kuasa untuk mendengar ‘most serious crimes of concern’ seperti:-
  • Genocide (penghapusan etnik).
  • Crimes against humanity (jenayah terhadap kemanusiaan).
  • War crime (jenayah perang).
  • Crime of aggression (jenayah pencerobohan).

Artikel 6, 7, 8; Setiap empat katagori jenayah antarabangsa diterangkan dengan jelas.

Artikel 17; ICC hanya akan terpakai apabila Negara Pihak tidak berkemahuan atau berkemampuan (unwilling or unable) untuk menyiasat dan mendakwa kes jenayah terkutuk tersebut.

KONTROVERSI DI MALAYSIA

Implikasi perundangan (menurut peguam negara)
  • Tiada sebarang halangan perundangan ke atas Malaysia untuk menjadi ahli ICC.
  • Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda.
  • Undang-undang yang perlu dipinda melibatkan pindaan substantif dan prosedur. Kementerian Luar Negeri kini dalam proses meminta peguam negara untuk mengambil tindakan yang selanjutnya.
  • Yang di-Pertuan Agong tidak akan menerima kesan secara peribadi.

Adakah kekebalan Yang di-Pertuan Agong terhakis?

Sungguhpun Malaysia melakukan jenayah terkutuk seperti tertulis di Artikel 5, Yang di-Pertuan Agong tidak akan disentuh oleh ICC kerana:-

i) Artikel 40, Perlembagaan Persekutuan Malaysia; Yang di-Pertuan Agong adalah seorang Raja Berpelembagaan. Semua tugas-tugasnya di laksanakan atas nasihat perdana menteri/kabinet.

ii) Artikel 41, Perlembagaan Persekutuan Malaysia; Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi bagi angkatan tentera persekutuan. Yang di-Pertuan Agong tidak diberi kuasa untuk mengisytihar perang.

iii) Negara-negara pihak lain yang mempunyai Raja Berperlembagaan; Belgium, Kemboja, Denmark, Jepun, Jordan, Lesotho, Liechtenstein, Luxembourg, The Netherlands, Norway, Samoa, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Sunday, March 10, 2019

Misteri Keris Berdiri Angkara Jin?

Misteri Keris Berdiri Angkara Jin?

Pasti ramai yang terpegun apabila melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana sebilah keris boleh ‘berdiri’ dengan sendiri dan ada yang menganggap ia disebabkan terdapatbya khadam atau jin di dalam keris itu.

Keris Berdiri

Sebenarnya, mendirikan keris tidak memerlukan seseorang menuntut ilmu khurafat, melainkan fokus dan jiwa yang tenang.

Menurut pengamal seni silat, keris yang berdiri menunjukkan senjata itu mempunyai keseimbangan yang unik antara hulu dan matanya.

Keris tidak berdiri sendiri disebabkan ada khadam atau jin yang menjaganya, tetapi keris dapat ditegakkan kerana hasil pembuatan yang betul dan halus sehingga dapat diseimbangkan dengan cara berdiri.

Bukan sahaja keris, malah parang dan senjata besi yang lain juga dapat ditegakkan sekiranya pembuatannya betul dan tidak mengalami sebarang kecacatan semasa proses tempaan.

Namun, proses untuk menegakkan keris atau senjata besi itu kadang-kadang ada yang menjadi, kadang-kala tidak menjadi. Ia juga memerlukan kemahiran.

KHADAM

Mengenai khadam, keris tidak memiliki kuasa kekebalan hanya disebabkan besi yang ditempa, sebaliknya kelebihan itu disebabkan oleh jin yang dimasukkan ke dalam keris itu.

Antara barangan yang perlu ada ialah kemenyan, bertih padi, limau nipis dan tujuh jenis bunga. Ada waktu tertentu untuk memasukkan khadam dan perlu mengikut kalendar Islam.

Selepas diasapkan dengan kemenyan yang menjadi penghubung untuk memanggil jin, keris tersebut disapu dengan limau nipis dan bunga-bungaan.

Kemudian, baharulah khadam dipanggil untuk masuk ke dalam keris tersebut.

Pada zaman dahulu, perbuatan itu adalah satu keperluan kepada pemilik keris bertujuan menjaga keselamatan termasuk ketika berlawan dengan musuh.

Namun pada hari ini, penggunaan keris dan jampi serapah memasukkan jin telah menjadi sesuatu yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar dan menjurus kepada perbuatan khurafat.

Apabila keris tersebut ‘berisi’, ia perlu disimpan di tempat yang berudara seperti menggantung di dinding dan bukan disimpan berbungkus di dalam almari atau tempat yang gelap.

Jika keris berkhadam ini ‘dikurung’, ia akan lemas dan sebab itulah, kadangkala akan berbunyi atau jatuh dengan sendirinya.

Jika tidak dijaga juga, pemilik atau warisnya akan menjadi ‘panas’ serta hidup menjadi tidak aman.

Malah, keris berkhadam juga berupaya merasuk ke dalam tubuh manusia jika tidak dijaga oleh pemilik atau waris.

Namun, khadam di dalam keris boleh dibuang dengan izin Allah, namun perlu melihat kembali perjanjian antara pemilik terdahulu dengan jin tersebut sewaktu proses memasukkannya ke dalam keris itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Pramugara Kongsi 7 Tips Pilih Tempat Duduk Paling Best Dalam Flight

Pramugara Kongsi 7 Tips Pilih Tempat Duduk Paling Best Dalam Flight

Persekitaran dalam flight kadang kala boleh membantutkan mood excited nak pergi travel disebabkan oleh beberapa perkara. Laluan tempat duduk yang sempit atau keadaan yang terlalu sejuk menjadi salah satu faktor, lebih-lebih lagi untuk penerbangan yang jauh, keselesaan dalam flight tu memang sangat penting.

Flight-Attendant

Jadi kalau korang boleh spend duit lebih sikit, (tapi tak ada la sampai nak beli yang business class punya) korang boleh pilih seat sendiri dan ikut 7 tips yang telah dikongsi oleh pramugara dari Hawaiian Airlines, seperti yang dilaporkan oleh Insider.

1. Kalau suka tidur dalam flight, pilih seat tepi tingkap

Bagi mereka yang letak saja kepala boleh terus tidur, rasanya seat bersebelahan dengan tingkap adalah yang terbaik untuk korang, lebih-lebih lagi untuk perjalanan jarak jauh.

Kedudukan ini paling selesa kerana kalau tak mahu terlentok pada bahu orang lain, korang boleh menyandarkan kepala di bahagian tingkap tersebut.

2. Pilih aisle seat kalau kerap ke tandas

Jika korang memang sejenis yang gemar ke tandas, pilih aisle seat kerana ia adalah tempat duduk paling hujung dari tingkap so tak ada la korang menganggu penumpang lain yang terpaksa bangun untuk beri laluan.

3. Jauhi seat yang berdekatan dengan pintu kecemasan

Untuk yang tak tahan sejuk tu, lebih baik kalau korang elakkan ambil seat yang berhampiran dengan pintu atau tingkap kecemasan sebab udara dari luar boleh masuk daripada celah-celah pintu dan membuatkan korang akan rasa lebih sejuk.

4. Nak ruang kaki yang luas tapi tak nak bayar, pilih berdekatan pintu kecemasan

Kalau ada duit lebih korang boleh je beli seat yang ada ruang kaki lebih luas, tapi kalau tak nak bayar lebih, cari seat yang berhampiran pintu kecemasan.

5. Elakkan pilih bulkhead seat kalau nak letak kaki pada tempat yang lebih selesa

Bulkhead seat ialah tempat duduk di depan sekali atau seat di bahagian depan yang memisahkan seksyen-seksyen di dalam flight.

Ruang kaki memang agak luas tapi korang tak boleh lunjurkan kaki sedikit untuk lebih selesa.

6. Tak tahan turbulence, pilih seat di bahagian depan

Turbulence adalah situasi yang mungkin mencemaskan dan tidak digemari oleh sesetengah individu.

Namun begitu, ia bukanlah dalam keadaan bahaya cuma berlaku sedikit gegaran akibat aliran udara bergerak dengan cepat.

So, kalau korang rasa tak selesa dengan keadaan seperti ini, pilihlah seat dibahagian depan flight.

7. Pilih seat bahagian depan kalau nak makanan yang best

Biasanya, flight attendant akan mula daripada bahagian depan untuk menghidangkan makanan dan minuman.

Untuk penerbangan yang menyediakan makanan percuma, orang di hadapan terlebih dahulu boleh memilih makanan dan bila tiba je di barisan belakang, korang terpaksa la ambil apa yang tinggal kan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Bunga Kantan, Khasiat Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan

Bunga Kantan, Khasiat Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan

Pokok Kantan biasanya tumbuh dalam satu rumpun dan bunga Kantan pula terdapat pada batang-batang pokok yang tumbuh dan muncul dari tanah, manakala bunga-bunganya berwarna merah muda (merah jambu) dan berbau wangi.

Bunga Kantan

Bunga kantan masih tergolong sebagai tanaman herba liar, juga termasuk dalam kategori ‘zingiberaceae’, satu keluarga dengan tanaman lengkuas dan dikategorikan sebagai tanaman pokok herba.

Dalam masakan, bunga Kantan biasanya digunakan sebagai salah satu ramuan dalam pelbagai jenis masakan, misalnya resepi asam pedas, campuran untuk laksa dan kerabu. Ada juga menjadikannya sebagai ulam pembuka selera makan.

Petua

Menurut orang tua-tua, jika anda mengamalkan memakan bunga Kantan secara mentah-mentah, ia boleh menjadi rawatan awet muda kepada kaum wanita, maka digalakkan memakan bunga Kantan secara mentah-mentah.

Manakala menurut pengamal perubatan tradisional dari sejak zaman berzaman, dikatakan bahawa bunga Kantan ini baik digunakan untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga kencing manis.

Selain itu, khasiat bunga Kantan dikatakan dapat menghilangkan rasa tidak bermaya jika selalu diamalkan memakannya.

Juga, jika anda kurang selera makan, amalkanlah dengan kerap memakan bunga Kantan secara mentah-mentah ataupun dicampurkan dengan laksa ataupun nasi kerabu.

Bunga Kantan juga berkesan untuk menghilangkan masalah badan yang berbau dengan cara merebus batang pokok Kantan dan air rebusan itu dibuat air mandian.

Amalkan selalu, Insyaa Allah masalah bau badan yang tidak enak itu boleh berkurangan.

Kandungan Khasiat

Selain menambah kenikmatan dalam masakan, bunga kantan juga memiliki banyak khasiat untuk kesihatan.

Bunga kantan mempunyai kandungan zat aktif ‘flavonida’, ‘saponin’, ‘fenolik’, ‘alkaloid’, ‘tannin’, ‘triterpenoid’ ‘glikosa’, ‘steroid’ dan ‘polifenol’ yang baik untuk menghilangkan bau badan, membersihkan darah dan memperbanyakkan air susu ibu ketika menyusui.

Selain itu, bunga kantan juga mengandungi antioksidan yang tinggi, antimikroba , vitamin dan juga mineral yang sangat bermanfaat bagi tubuh kita.

Vitamin C yang terkandung di dalamnya bermanfaat sebagai antioksidan untuk mengurangi akumulasi produk radikal bebas,meneutralkan racun dan melindungi penyakit genetik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan

Sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan

Sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan Malaysia yang disambut pada 10 Mac setiap tahun sejak 2011 lalu dan sebelumnya adalah sambutan Hari Pembantu Perubatan telah termaktub didalam kalendar tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hari Penolong Pegawai Perubatan

Penolong Pegawai Perubatan adalah antara profesion terawal wujud di Malaysia dan ia kini menjangkau lebih daripada 230 tahun.

Terdapat profesion yang hampir sama dengan Penolong Pegawai Perubatan di luar negara seperti Physician Assistant di Amerika Syarikat, Barefoot Doctor di Australia, Kanada, Rusia, China serta di beberapa negara membangun seperti Filipina dan sebagainya.

Kini seramai hampir 17,000 Penolong Pegawai Perubatan sedang menaburkan jasa dalam pelbagai bidang dan kepakaran kepada rakyat di seluruh negara.

Sambutan ini diadakan bagi menghargai kesungguhan Penolong Pegawai Perubatan untuk meningkatkan profesionalisma dan berkhidmat dengan penuh dedikasi bagi memastikan kesejahteraan masyarakat.

Sebagai salah satu profesion di barisan hadapan dalam perkhidmatan kesihatan negara ini, peranan Penolong Pegawai Perubatan adalah sangat penting bagi memastikan kesihatan rakyat terjaga dan mereka mendapat perkhidmatan terbaik.

Peranan dan tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan dalam penjagaan kesihatan sebelum ini hanya sebagai pembantu sahaja.

Kini, peranan Penolong Pegawai Perubatan menjadi lebih penting dan meluas, di mana ianya dikembangkan sebagai rakan kongsi kepada Pegawai Perubatan, bekerjasama sebagai sebuah pasukan bersama dengan profesion perubatan yang lain dalam menjalankan prosedur dan rawatan kepada pesakit.

Lembaga Pembantu Perubatan telah membangunkan Pelan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan 2016-2030 atau dikenali sebagai 6P yang mana ianya telah dijadikan blue print.

Pelan 6P yang komprehensif ini meliputi segala aspek dalam membangunkan profesion Penolong Pegawai Perubatan untuk memantapkan peranan Penolong Pegawai Perubatan sebagai anggota kesihatan yang dinamik, pembangunan pendidikan, kemajuan kerjaya, sumber manusia dan kolaborasi antarabangsa.

Bagi mencapai matlamat dan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia, Penolong Pegawai Perubatan perlu menerapkan ciri-ciri kepimpinan cemerlang untuk menjayakan dan meningkatkan lagi motivasi sesebuah pasukan.

Pelan 6P dijangka akan dapat menyuntik anjakan paradigma bagi profesion yang penting ini dan mencerminkan peranan sebenar Penolong Pegawai Perubatan sejajar dengan pelan transformasi kesihatan nasional ke arah negara yang sihat sejahtera.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kpkesihatan

Friday, March 08, 2019

Kenapa Sukan Skuasy Tidak Tersenarai Di Olimpik?

Kenapa Sukan Skuasy Tidak Tersenarai Di Olimpik?

Ramai yang terkilan kenapa acara squasy tidak dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik sebelum ini kerana ia pasti akan memberikan peluang kepada sukan Malaysia untuk mendapat pingat emas pertama adalah lebih cerah.

Nicol ann david Skuasy

Legenda dan pastinya ratu skuasy Malaysia, Nicol David yang telah berkempen tanpa mengenal penat lelah selama beberapa tahun lepas, sehinggalah akhirnya bersara dalam penuh kedukaan, agar sukan berkenaan dimasukkan dalam program Sukan Olimpik nampaknya terus suram.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa sukan squasy tidak dipertandingkan dalam olimpik.

Sukan Olimpik biasanya mempertandingkan banyak jenis sukan dengan lebih kurang 300 acara yang disertai oleh lebih 200 buah negara.

International Olympic Committee (IOC) bertanggungjawab menetapkan acara sukan yang patut dipertandingkan dalam Sukan Olimpik secara undian.

Setiap sukan berkenaan diwakili oleh satu badan khas dan mungkin mempunyai beberapa disiplin.

Contohnya, renang, renang berirama, polo air dan terjun tergolong dalam satu kategori sukan iaitu akuatik dan diwakili oleh International Swimming Federation (ISF).

Manakala acara pula adalah pertandingan yang memberi pingat contohnya terjun 10 meter Platform adalah sejenis acara dalam sukan akuatik.

Bagaimana sesebuah sukan boleh dipertandingkan dalam Olimpik?

Bilangan sukan berubah-ubah dan semakin meningkat dari masa ke semasa sehingga pada tahun 2000 telah ditetapkan hanya 28 jenis sukan maksimum boleh dipertandingkan dalam satu temasya Sukan Olimpik.

IOC adalah badan sukan yang bertanggungjwab menentukan sukan itu layak atau tidak untuk dipertandingkan. Sukan tersebut mestilah popular dan diamalkan secara meluas di banyak negara.

Sukan yang bergantung pada sistem mekanikal seperti sukan bermotor tidak akan dipertimbangkan sebagai sukan Olimpik.

Selain itu sukan-sukan berkenaan perlulah diktiraf oleh IOC dan mempunyai satu badan antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap sukan berkenaan.

Untuk pengetahuan, squasy di bawah badan World Squash Federation (WSF) adalah sukan yang diiktiraf oleh IOC tetapi tidak dipertandingkan.

Kenapa Skuasy tidak dipertandingkan dalam sukan olimpik?

Sebenarnya sukan Skuasy bukan tidak dipertandingkan tapi lebih kepada belum dipertandingkan.

Sukan Skuasy diiktiraf oleh IOC dan ada kemungkinan untuk dipertandingkan.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa sukan skuasy gagal tersenarai.

1. Bukan sebab ia tidak popular

Seperti yang dinyatakan, sesebuah sukan perlu popular dan diamalkan secara meluas di seluruh dunia. Malangnya, sukan Skuasy tidak dipertandingkan bukan kerana ia tidak popular.

Menurut angka dari Sport England, sukan ini dimainkan oleh lebih 500,000 orang setiap bulan dan mereka menggemarinya.

2. Skuasy tidak berjaya mendapat 2/3 majoriti undi

Untuk menambah atau membuang sukan dalam dalam Sukan Olimpik, ia perlu dipertimbangkan di Persidangan IOC.

Pada Persidangan IOC tahun 2009 di Copenhagen, sekali lagi pihak WSF telah sedaya upaya untuk melobi agar Skuasy dapat dipertandingkan dalam Olimpik 2016 tetapi tidak berjaya. Sebaliknya sukan golf dan ragbi yang mendapat undian tertinggi.

WSF telah mencuba sekali lagi di Persidangan IOC ke 125 yang berlansung di Buenos Aires bertarikh 7 September 2013, tetapi malangnya tidak berjaya lagi.

Sebaliknya 5 sukan baru yang akan dipertandingkan dalam Olimpik Tokyo 2020 nanti ialah; papan luncur, baseball, luncur air dan memanjat dinding (wall climbing).

3. Skuasy sukar ditonton dan dirakamkan di televisyen

Ini merupakan satu kritikan yang selalu timbul dan menjadi salah satu sebab kenapa ia tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Kononnya bola Skuasy terlalu laju dan kamera tidak mampu menangkap gerakkan bola berkenaan.

Selain itu, ruangan yang sempit dan tertutup juga dijadikan sebab sukan itu sukar untuk ditonton dan dinilai.

Untuk mengatasi masalah berkenaan dan memastikan ia berjaya layak ke Sukan Olimpik 2020, pihak WSF bakal melakukan banyak perubahan dan peningkatan pada sukan squash.

Contohnya, dengan memperbaiki sistem kiraan mata, meletakkan pengadil tambahan, menggunakan lantai kaca dan meletakkan rakaman video di tempat perlawanan.

Sukan Skuasy ini telah dipertandingkan di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tanpa sebarang masalah.

Selain itu kejohanan Skuasy juga telah banyak dianjurkan dengan jayanya, hanya pihak IOC sahaja masih belum begitu yakin dengan sukan ini.

Trivia: Skuasy mula diperkenalkan dalam Sukan Komanwel pada tahun 1998 sewaktu Malaysia menjadi tuan rumah.

Sukan Olimpik 2024

Sementara itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kecewa dengan keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggugurkan acara Skuasy dan karate dalam senarai akhir program Sukan Olimpik Paris 2024.

Lebih mengejutkan, tuan rumah Olimpik 2024, Perancis menyenaraikan acara ‘breakdancing’ dalam senarai akhir.

Sebagai tuan rumah, Perancis berhak mencadangkan ‘breakdancing’ sebagai salah satu sukan tambahan tetapi keputusan (akhir) di peringkat IOC.

Media melaporkan ‘breakdancing’ dijemput sebagai sukan baharu oleh penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 bertujuan menjadikan temasya sukan terbesar di dunia itu lebih urban dan artistik.

SEJARAH RINGKAS SUKAN SKUASY

Sukan Skuasy umumnya kekal sebagai pertandingan diperingkat sekolah-sekolah dan universiti-universiti sehinggalah awal abad ke-20 , yang mana masa itu sukan ini menjadi popular dalam kelab-kelab persendirian (seperti RAC di London) dan dengan pegawai-pegawai dalam angkatan tentera British.

Latar belakang

Sejarahwan skuasy menyatakan bahawa permainan ini berasal dari Harrow School pada kurun ke-19, di luar London, England. Pembinaan gelanggang yang pertama direkodkan seperti di Harrow dalam tahun 1860-an.

Kemungkinan bahawa gelanggang skuasy awal telah dibina di Harrow dengan membahagikan dewan gelanggang, yang mana merupakan lebih tepat lagi sama seperti tiga saiz gelanggang skuasy Sepanyol (untuk membenarkan lebih banyak pemain bermain di dalam gelanggang pada masa yang sama).

Amerika Syarikat menjadi negara pertama membentuk sebuah persatuan yang berdedikasi dan mengkodifikasikan permainannya pada tahun 1907.

Pada tahun yang sama, Persatuan Tenis dan Raket (British) menubuhkan satu jawatankuasa kecil skuasy untuk mentadbir permainan, yang menjadi secara progresif dikanunkan pada tahun 1920-an.

Kemudiannya, Persatuan Raket Skuasy (British) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran permainan dalam tahun 1928. Sukan ini sekarang ditadbir oleh WSF (Persekutuan Skuasy Dunia).

Permainan profesional lelaki diuruskan oleh PSA (Persatuan Skuasy Profesional) dan wanita oleh WISPA (Persatuan Pemain Skuasy Antarabangsa Wanita).

Skuasy berterusan hampir secara eksklusif bagi kelas pertengahan atas dan atau kelas atasan sehingga sekitar tahun 1950-an, apabila pengendali-pengendali komersial mula membina gelanggang untuk orang awam.

Permainan ini menjadi terkenal, dengan penyertaan memuncak sekitar awal tahun 80-an.

Skuasy turut popular di kebanyakan tempat, terutama Australia, barat laut Eropah, Amerika Utara dan Asia (terutamanya selatan dan tenggara).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

SBDJ Siri 26: Isterinya Jadi Kelip-kelip

SBDJ Siri 26: Isterinya Jadi Kelip-kelip

Dengan nada suara yang keras datuk menyuruh saya membakar sumbu pelita yang padam. Seluruh ruang rumah terang. Uda Lodin masih terpaku dekat dinding rumah. Saya lihat Uda Lodin membongkokkan badannya sambiI menekan perut.

Siri SBDJ 15

"Kau sedar apa yang berlaku?", tanya datuk pada lelaki yang baru sedar dari tidur.

Lelaki itu gelengkan kepalanya beberapa kali. Datuk pun menceritakan semua yang terjadi pada lelaki (suami perempuan yang jadi hantu) tersebut. Lelaki itu mengeluh panjang.

"Masa isteri kamu mahu mati apakah perkara ganjil yang kau nampak yang terjadi padanya?", datuk mengajukan pertanyaan.

Lelaki itu terdiam memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia tersenyum sambil merenung tajam ke arah datuk.

”Tak ada yang ganjil cuma..” lelaki itu berhenti bercakap.

Dia menelan air liur. Saya dan datuk berpandangan dan lelaki itu menyambung kata-katanya.

"Masa mengusung jenazahnya dulu, ramai orang bersungut terlalu berat.”

"Siapa yang cakap?", tanya datuk.

"Anak-anak saya."

Datuk tidak dapat bertanya lebih lanjut lagi kerana diganggu oleh suara Uda Lodin. Datuk pun segera menghampiri Uda Lodin yang berada dalam keadaan cemas.

Perkara pertama yang datuk lakukan pada Uda Lodin ialah memegang buah betis kakinya dan mengurut-urut dengan perlahan-lahan. Usaha datuk tidak mendatangkan sebarang kesan.

"Ambilkan aku sehelai sirih”, datuk mengeluarkan perintah.

Barang yang datuk mahu saya adakan. Datuk melipatkan daun sirih menjadi tujuh bucu dan diletakkan atas tapak tangan kiri.

Saya lihat daun sirih itu terus layu bagaikan kena bahang panas. Dari celah-celah jari datuk keluar asap menipis naik bersama bau kemenyan. Datuk melekapkan ke leher Uda Lodin.

Uda Lodin melompat dan menjerit. Sakit perutnya serta merta hilang. Daun sirih yang dilengkapkan ke pangkal leher Uda Lodin datuk ambil dan terus meramas-ramasnya hingga hancur. Dari tapak tangan kiri daun sirih masih lagi elok dan segar.

"Kau kena badi hantu perempuan”, datuk memberitahu Uda Lodin yang pucat lesi itu.

Datuk mengurut-urut bahagian belakang Uda Lodin hingga mukanya kembali merah. Datuk menyuruh Uda Lodin melakukan senaman kucing mencangkung.

"Bagaimana rasanya?", tanya saya pada Uda Lodin.

"Baru terasa segar sedikit."

"Kau baca ayat ini”, datuk menghulurkan secebis kertas yang bertulis huruf jawi pada Uda Lodin.

Datuk kembali mendapatkan lelaki tuan rumah. Lelaki itu masih terpaku duduk di sudut dinding. Barangkali dia memikirkan sesuatu.

"Ada berapa anak kau?", dengan tenang datuk mengajukan pertanyaan.

Saya segera duduk di sebelah datuk. Uda Lodin juga begitu.

"Empat orang, semuanya lelaki."

"Ada di mana?", saya gatal mulut bertanya.

"Semua dah bekerja. Dua di Singapura dan dua lagi ke Kuala Lumpur. Duduk menyewa di Kampung Pandan”, terang lelaki itu dengan jujur.

Datuk segera menyiku bahu kanan saya yang membawa maksud supaya saya berhenti dari mengajukan sebarang pertanyaan pada lelaki itu.

Uda Lodin terus mengeliat. Suasana terasa cukup dingin sekali. Angin malam yang bertiup di luar melanggar dedahan pokok getah yang melahirkan bermacam-macam bunyi. Saya menguap dan mata terasa cukup mengantuk.

"Masih dinihari lagi. Baiklah kita tidur”, kata datuk.

Dan saya secara tiba-tiba terasa mahu buang air kecil. Saya terus merebahkan badan dengan harapan saya akan terlena dan tidak akan membuang air kecil pada waktu subuh.

Ternyata rancangan saya tidak berjaya. Saya sudah tidak boleh tahan lagi. Seluruh pangkal pinggang saya terasa sakit.

Saya mencapai pelita dan terus ke bahagian dapur untuk buang air kecil. Selesai buang air kecil saya pun melangkah untuk masuk ke ruang tengah.

Kaki kanan saya tersepak sesuatu. Pelita pun saya rendahkan. Dengan pertolongan cahaya lampu saya dapat melihat seketul tanah merah bersama secarik kain putih yang ada kesan darah kering.

Bila kain dan tanah itu saya dekatkan ke lubang hidung, baunya amat tidak menyenangkan.

Cukup busuk, macam bau bangkai. Bulu tengkok saya mula meremang. Saya meletakkan pelita ke tempat asalnya dan terus merebahkan diri di sisi datuk.

Tetapi,saya tidak dapat tidur. Macam-macam bunyi saya dengar di Iuar. Macam ada bunyi tapak di kaki orang melangkah dan memijak sesuatu di bawah rumah.

Saya juga terdengar bunyi suara ayam berkokok dalam reban dengan kuatnya. Saya cuba bangun untuk melihat dari tingkap. Datuk segera memegang dan menekan bahu kanan saya. Dia memaksa saya tidur.

"Orang curi ayam tok.”

"Bukan."

"Kalau bukan kenapa ayam direban berbunyi?"

“Kau tidurlah, jangan banyak cakap."

Saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya baring kembali dan akhirnya terlena. Sedang asyik dibuai mimpi, datuk membangunkan saya untuk sembahyang subuh.

Uda Lodin terus jadi imam sembahyang subuh. Bila matahari terbit di kaki langit, saya dan datuk pun mandi embun. Kemudian datuk mengajak saya pergi ke reban ayam kepunyaan lelaki tuan rumah itu.

Saya terkejut besar bila terpandang beberapa ekor ayam mati dengan tali perutnya berjela-jela keluar. Saya Iihat bahagian perut ditebuk dengan kuku.

Bila datuk memeriksa seluruh kawasan reban ayam, datuk menemui beberapa cebisan kain putih yang ada kesan darah kering dan tanah merah.

Sedang datuk asyik membelek-belek ketul tanah dan kain putih itu, lelaki tuan rumah menghampiri datuk.

"Setiap kali benda tu datang, habis perut ayam di makannya”, ujar lelaki itu dan datuk angguk kepala.

Datuk meletakkan tanah merah dan kain ke tempat asalnya. Saya termenung panjang. Datuk mengajak lelaki itu masuk ke ruang dapur rumah. Semua kuali dan periuk dan nasi berselerak.

Lebih kurang pukul sepuluh pagi beberapa orang penduduk setempat datang menemui datuk.

Mereka bercerita pada datuk, sejak berlakunya peristiwa aneh di kampung tersebut, banyak ayam peliharaan mereka mati akibat ditebuk perutnya oleh makhluk aneh itu.

Manakala bahagian dapur rumah mereka hampir setiap malam kena geledah. Nasi yang tinggal di periuk habis di makan oleh makhluk ganjil itu.

Biasanya periuk yang sudah disentuh oleh makhluk ganjil itu tidak boleh digunakan lagi. Meninggalkan bau yang cukup busuk.

Macam selalu datuk memberikan janji untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut.

Datuk juga meminta mereka supaya jangan melakukan sesuatu terhadap lelaki yang isterinya menjadi makhluk ganjil.

"Semuanya terjadi bukan atas kemahuannya. Tentu tidak baik orang lain yang membuat salah dan orang lain pula yang menerima hukuman”, kata datuk memberitahu mereka.

Ternyata keterangan yang datuk berikan amat memuaskan hati mereka. Dan mereka pun pulang.

Selepas sembahyang Zohor, datuk dan saya dengan ditemani oleh Uda Lodin terus menemui Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung. Mengadakan mesyuarat kecil di dewan orang ramai.

Semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung bersetuju menyerahkan pada datuk untuk mengatasi masalah yang menimpa kampung.

Mereka berjanji akan memberi sebarang pertolangan sekiranya datuk memerlukan pertolongan.

Bila mesyuarat itu berakhir, datuk mengajak semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan kampung sembahyang Asar di surau. Datuk jadi imarnnya.

Dari surau kecil, kami pun menuju ke tanah perkuburan. Lelaki malang itu terus menunjukkan kepada datuk, kubur isterinya.

Seluruh kawasan kubur isteri lelaki itu di

periksa. Tidak terdapat sebarang keganjilan. Nisan yang dibuat dari kayu teras berbentuk bunga rebung tetap utuh dibahagian kepala dan kaki. Pokok puding tetap hidup subur.

Uda Lodin terus menguis-nguiskan dedaun getah kering yang menepuk tanah perkuburan itu dengan ranting getah.

Beberapa orang Ahli Jawatan kuasa Kemajuan kampung meminta diri untuk pulang kerana urusan masing-masing.

Matahari petang kian menurun. Suasana di tanah perkuburan terasa sunyi. Dua kali saya mengajak datuk pulang tapi datuk tak mahu pulang. Dia masih mahu mencari sesuatu di situ.

Uda Lodin terus membersihkan kubur dan lelaki yang kematian isteri termenung di pangkal getah.

"Pukul berapa sekarang?", tanya Uda Lodin pada datuk.

Cepat-cepat datuk renung ke langit. Datuk kerutkan dahi sambil merenung muka Uda Lodin.

"Lebih kurang pukul empat setengah”, kata datuk pendek.

Lelaki yang duduk di pangkal pokok getah segera bangun. Menuju kebahagian batu nisan dibahagian kaki. Dia terus menolak segala dedaun kering yang terdapat di situ.

"Lubang”, katanya.

Saya segera meluru ke situ. Memang terdapat satu lubang dalam ukuran satu kaki bulat. Bila saya mahu menjenguk ke dalam lubang, datuk datang dan menolak saya ke tepi.

Kerana hari sudah beransur gelap saya tidak dapat mengagak berapa dalam lubang itu.

Datuk mahu menimbus lubang, namun hasrat datuk tidak terlaksana kerana kami tidak membawa cangkul. Uda Iodin menutup lobang itu dengan daun-daun kayu kering.

"Dah berapa lama isteri kamu meninggal?", mendadak saja datuk menyoal lelaki itu.

Uda Lodin merenung ke arah tepi kawasan perkuburan yang penuh dengan pepohon keduduk dan anak-anak getah yang terpegun dalam kesamaran senja yang kian gelap.

Suasana cukup sepi. Saya mula terasa takut . Saya takut melihat batu-batu nisan yang terpacak.

"Hari ini genaplah 44 hari”, jawab lelaki itu, serentak dengan itu saya terdengar pokok-pokok kecil di pinggir kawasan perkuburan digoncang orang. Saya menoleh ke arah bunyi itu.

Disebabkan suasana bertambah gelap saya tidak nampak samada pokok-pokok di situ bergoyang atau tidak. Saya juga mula terdengar bunyi orang mencarik-carik kain dan bunyi papan kena ketuk.

Semuanya datang dari arah hutan kecil di pinggir kawasan perkuburan. Bila bunyi itu hilang, saya terdengar bunyi suara orang perempuan menangis.

Pada mulanya saya mengira semuanya berpunca dari perasaan saya yang takut. Bila Uda Iodin sendiri memberitahu saya bahawa dia juga mendengar seperti apa yang saya dengar, ternyata saya tidak berkhayal. Satu kenyataan yang berlaku di depan mata yang tidak boleh dilihat.

"Ada macam-macam bunyi saya dengar, macam suara isteri saya”, lelaki kematian isteri menyatakan pada datuk dan saya.

Datuk diam. Perasaan saya sudah tidak damai. Saya sentiasa berdiri dekat datuk. Kemudian datuk pun mengajak kami pulang.

Sepanjang jalan pulang kami terdengar bunyi tapak kaki manusia mengikuti langkah kami. Bila direnung kebelakang, tidak ada apa-apa yang kelihatan.

Kami berpisah dengan Uda Lodin di kepala simpang. Dia terus menuju ke rumah tempat dia menginap. Kami meneruskan perjalanan.

Datuk bagaikan tahu yang langkah kami diekori oleh manusia atau makhluk yang tidak dapat dilihat.

Datuk menyuruh kami berjalan secepat yang boleh. Bila sampai dekat pokok besar, datuk suruh kami bersembunyi di balik pokok itu.

"Dah dekat waktu Maghrib ni”, kata datuk yang juga bersembunyi di balik pokok besar.

Datuk mengambil tiga helai daun serunai laut yang mati pangkal. Daun itu datuk genggam sambil membaca sesuatu. Datuk pun memberikan daun itu kepada kami.

"Kalau kamu nak tengok syaitan, lekapkan daun ini ke kelopak mata kamu. Kemudian kamu gigit pangkalnya dan renung ke depan.”

Arahan yang datuk keluarkan itu kami patuhi. Dada saya berdebar. Apa yang saya lihat amat menakutkan.

Saya nampak satu lembaga berjalan terloncat-loncat. Bahagian bawah lembaga itu tidak sampai ke bumi. Dia bagaikan meloncat di atas awang-awangan. Bahagian atas atau kepala lembaga itu menajam ke atas.

Kain putih yang membalut tubuh lembaga itu sudah koyak penuh dengan darah kering dan selut tanah merah. Lembaga itu menoleh ke arah kami. Bahagian mukanya sudah hancur.

Lubang matanya terpelohong ke dalam. Bahagian daging yang tinggal kelihatan menggerutu macam kulit katak puru. Tulang pipinya menonjol ke depan. Hidungnya sudah tiada tetapi, giginya masih kukuh dengan rambut hitam terurai atas bahu.

Lembaga itu mengeluarkan suara. Sekejap macam suara orang menangis dan sekejap macam suara orang mengeluh.

Serentak dengan itu, terdengar bunyi suara gagak dan suara burung tukang sayup-sayup bertingkah dengan bunyi suara burung puyuh jantan. Suasana terasa amat menyeramkan.

Lembaga itu terus meloncat ke depan tanpa menoleh ke arah kami lagi. Datuk pun meminta daun serunai laut dari kami. Daun itu datuk genggam dan terus ditanam ke dalam tanah.

Dua kali datuk melangkah kawasan yang sudah ditanam dengan daun serunai laut tersebut.

"Itulah isteri kamu. Selagi kamu tidak mengampunkan perbuatannya, dia tidak akan aman. Tetap berkeliaran di atas dunia hingga hari kiamat”, beritahu datuk pada lelaki itu.

Saya menggigit jari sambil menjeling ke wajah lelaki itu. Air mukanya nampak berubah mengundang rasa kesal yang amat sangat.

Belum pun sempat lelaki itu memberikan sebarang jawapan datuk terus mengajak kami pulang. Datuk mengajak lelaki bersembahyang Maghrib di surau. Lelaki itu menolak dengan alasan kepalanya terasa pening.

Jadi, saya dengan datuk terus ke surau, sesudah mengambil air sembahyang di kolah, saya terserempak dengan Uda Lodin di kaki tangga surau.

Atas permintaan orang-orang kampung, datuk terus jadi imam untuk sembahyang Maghrib, jadi tugas datuk bersambung lagi.

Waktu sembahyang Isyak mereka juga minta datuk jadi imam. Permintaan itu tidak datuk hampakan.

Selepas menunaikan sembahyang Isyak datuk bercakap sesuatu dengan ketua kampung. Entah apa yang mereka cakapkan saya tidak tahu.

Tetapi, selesai bercakap ketua kampung terus bangun dan bercakap dengan lantang.

"Saya minta orang yang ada disini mengikut saya ke rumah orang yang mati isteri bersama orang tua ini”, ujar ketua kampung sambil menuding jari kelingkingnya ke arah datuk.

Ketua kampung memerintah tiga orang kampung mengambil cangkul dan daun pisang abu. Orang yang diperintah itu segera keluar dari perut surau.

Beberapa saat kemudian orang yang diperintah mencari cangkul dan daun pisang pun tiba. Datuk melarang mereka masuk ke dalam surau. Datuk suruh mereka duduk di kaki tangga surau.

Angin malam terus bertiup kencang. Datuk mengambil lampu gasolin di tengah surau lalu dibawa turun. Orang dalam surau mengikut datuk turun.

"Kita ke sana semuanya. Tetapi, sepanjang jalan menuju ke rumah itu saya minta orang yang ada ini membaca surah Alfatihah dan Qulya di dalam hati, jika ada sesuatu yang ganjil jangan tegur atau direnung.”

Tiba-tiba semua orang yang berada di halaman surau terkejut. Lampu gasolin padam dengan sendirinya, beberapa ketul tanah merah melayang dalam gelap malam mengenai tubuh badan orang yang berkumpul. Suasana menjadi gawat.

Datuk pun menekup kedua belah telinganya dengan tapak tangan. Bila datuk menjatuhkan kedua belah tangannya seperti sedia kala, bau busuk mula menerpa ke dalam lubang hidung orang ramai bersama dengan bunyi suara orang ketawa yang amat memanjang.

Bunyi bergegar, bagaikan digoyang oleh satu tenaga yang amat kuat.

Lampu gasolin kembali menyala. Saya melihat beberapa kumpulan kelip-kelip datang menuju ke arah kami.

Cahaya yang keluar dari punggung kelip-kelip itu menerangkan sebahagian daripada halaman surau.

Datuk membuka kain ikat kepalanya lalu mengibas ke arah kelip-kelip itu hingga kumpulan kelip-kelip itu berpecah dan hilang.

Beberapa orang yang berkumpul di halaman surau terus menghilangkan diri. Kumpulan yang berjumlah lebih dari dua puluh orang itu menjadi kecil jumlahnya. Tinggal kira-kira lima orang.

Datuk tersenyum, dia tahu kumpulan yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing. Tidak sanggup berhadapan dengan percubaan dari syaitan.

"Kita bergerak sekarang”, kata datuk.

Kumpulan yang tinggal pun bergerak menuju ke rumah lelaki itu. Semuanya berjalan dengan tenang dan jaraknya tidak jauh antara satu sama lain.

Lebih kurang setengah rantai mahu sampai ke kawasan rumah lelaki itu. Dua orang dari kumpulan itu melarikan diri setelah mereka melihat satu lembaga besar setinggi pokok kelapa berdiri di halaman rumah lelaki itu.

"Begini, saya tidak mahu rancangan ini gagal. Saya minta sesiapa yang tidak sanggup bersama saya, sila beritahu saya”, kata datuk.

Uda Lodin muncul di depan datuk bersama ketua kampung. Mereka menyatakan tidak sanggup untuk menyertai datuk. Dengan rela hati datuk membenarkan mereka pergi.

Tinggallah saya bersama datuk dan seorang penduduk kampung yang bernama Kamal. Kami meneruskan perjalanan dan masuk ke dalam kawasan rumah lelaki itu.

Sebaik saja berada di depan tangga rumah lelaki itu, Kamal terus jatuh pengsan sesudah dia melihat wajah seorang perempuan yang amat hodoh memangku kepala lelaki di muka pintu.

Datuk terpaksa mengeluarkan sehelai daun sireh dari saku baju sebelah kiri. Daun sireh itu di kunyah-kunyahnya hingga hancur. Datuk menyemburkan daun sirih itu ke muka Kamal sehingga Kamal sedar dari pengsannya.

"Kau makan daun sirih ini”, datuk menghulurkan secebis daun sirih lain kepada Kamal.

Kamal terus mengunyahnya hingga mukanya jadi merah.

"Apa rasa kau, ada rasa takut?”, soal datuk lagi.

"Tak ada”, jawab Kamal serentak dengan itu wajah perempuan hodoh di muka pintu terus ghaib.

Hanya yang tinggal batang tubuh lelaki dengan bekas kena gigit di bahagian pipi dan pangkal leher. Bila saya mahu menyentuh tubuh lelaki itu datuk segera melarangnya.

"Jangan di sentuh nanti kau kena badinya”, kata datuk.

Saya terdiam. Datuk pun memulihkan lelaki yang tidak sedarkan diri itu. Lelaki yang kelihatan lesu itu tidak boleh bangun dan terpaksa diusung ke tanah. Datuk membiarkan lelaki itu terkapar dihalaman.

Dengan pertolongan sinar gasolin, saya melihat lelaki itu cuba bangun tetapi dia tidak berdaya. Datuk dan saya serta Kamal terus masuk ke bawah rumah.

Dalam beberapa saat lembaga perempuan itu muncul dan cuba menghampiri lelaki yang terkapar di halaman.

Lelaki itu cuba menjerit. Suaranya tidak keluar. Lelaki itu cuba bangun tapi ternyata dia tidak berdaya.

Datuk menepuk bumi dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali. Lembaga dengan wajah yang amat menakutkan itu merenung ke arah kami. Saya dan Kamal tidak sanggup memandangnya, segera merenung ke arah lain.

Datuk bangun dan menghampiri lembaga itu. Datuk dan lembaga itu berhadapan antara satu sama lain. Lagi sekali saya lihat mulut datuk berkumat-kamit membaca sesuatu.

Lembaga itu bagaikan ditekan oleh sesuatu kuasa segera sujud di kaki datuk. Datuk tidak ambil kisah lalu mengambil tanah dan dikepal-kepalnya tanah itu dengan tangan.

"Dari tanah asalmu, ke tanahlah kembalimu”, suara datuk cukup lantang.

Tanah yang dikepalnya dikenakan pada bahagian tubuh lembaga itu. Satu jeritan yang amat menakutkan berlaku di malam yang sepi.

Lembaga itu hilang dan tempatnya segera digantikan dengan beribu-ribu kelip-kelip sambil mengeluarkan cahaya yang amat terang.

Kelip-kelip itu berkumpul dan memanjang naik ke udara. Datuk segera menyuruh Kamal mengambil cangkul dan kami bertiga meredah malam menuju ke tanah perkuburan.

Saya membawa lampu gasolin. Kami segera menuju ke kubur perempuan yang kami temui siang tadi.

Datuk tanpa membuang masa terus merebut cangkul dari tangan Kamal. Lubang yang terpelohong segera datuk timbus.

Sebaik saja lubang di timbus, terdengar suara ribut yang amat kuat, dahan-dahan kering berjatuhan.

Batu nisan di perkuburan saya lihat bagaikan bergerak-gerak. Bila suara ribut hilang tanah perkuburan kelihatan terang dari cahaya kelip yang datang beribu-ribu banyaknya. Saya terdengar suara orang menangis.

"Kita pulang. Dia akan berkeliaran di muka bumi ini sehingga hari kiamat”, kata datuk dan kami pun terus pulang.

Waktu kami sampai di rumah lelaki itu hari sudah subuh. Lelaki malang itu masih terkapar atas tanah. Datuk terus merawatnya hingga pulih.

"Kau ampunkanlah dosa isterimu”, bisik datuk pada lelaki itu.

"Saya bersedia mengampunkannya. Tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya”, terang lelaki itu dengan jujur.

Hari beransur cerah. Fajar mula terbit di kaki langit. Datuk membawa lelaki itu ke perigi lalu memandikannya.

Tamat siri 26/284

BACA: SBDJ Siri 25: Sumpah Nasi Tangas
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Filipina: Kerajaan Islam Yang Di Murtadkan Sepanyol

Filipina: Kerajaan Islam Yang Di Murtadkan Sepanyol

Ada satu kisah mengenai sebuah Kerajaan Islam yang dimurtadkan secara besar-besaran. Dulu, Filipina bukanlah sebuah negara seperti hari ini sebaliknya hanya gugusan tujuh ribu buah pulau. Orang-orang Nusantara datang membina tamadun dan kerajaan Hindu-Buddha yang diketuai oleh Lakan, Datu atau Rajah di sana. Antara kerajaan yang terawal adalah kerajaan Tondo.

Filipina-Sepanyol

Pada tahun 1380, Islam mula tersebar di kepulauan Sulu, Filipina oleh pendakwah Arab dari Melaka bernama Syeih Karim al-Makhdum dan Syarif al-Hashim Sayyid Abu Bakar.

Mereka mengislamkan raja Sulu lalu tertubuhlah Kesultanan Sulu. Kemasukan Islam ini tanpa pertumpahan darah sebaliknya adalah kerana rakyat di sana terpesona dengan adab dan akhlak orang Islam.

Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah pada tahun 1485, Kesultanan Brunei mengembangkan pengaruh mereka bagi membentuk empayar yang berpengaruh sehingga ke utara kepulauan Filipina dengan mengalahkan kerajaan Tondo.

Oleh itu, Empayar Brunei mengasaskan Kesultanan Amanillah di utara Filipina itu dengan melantik seorang Raja di sana bagi menjadi kerajaan naungan Empayar Brunei. Kesultanan “Amanillah” bermaksud “Lindungan Allah” dalam bahasa Arab.

Pada akhir abad ke-15 pula, Syarif Muhammad memperkenalkan Islam di pulau Mindanao lalu menubuhkan Kesultanan Maguindanao. 98% warga Filipina ketika itu adalah orang Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan selebihnya beragama Hindu-Buddha serta Animisma. Filipina menjadi tempat perdagangan dan persinggahan ulama Islam.

Ketika perluasan kuasa oleh kerajaan-kerajaan Islam ini, berlaku perang antara pulau yang telah Islam dengan pulau yang belum Islam (Hindu-Buddha atau Animisme).

Contohnya, perang antara Datu Lapu-Lapu iaitu seorang pahlawan Islam dari Maktan melawan Raja Humabon di Cebu serta perang antara Kerajaan Tondo dengan Kesultanan Amanillah yang dibantu Empayar Brunei. Peperangan seumpama ini memudahkan kemasukan kuasa penjajahan.

Pada tahun 1521, Ferdinand Magellan seorang penjelajah Portugis yang bekerja untuk Raja Sepanyol tiba di Filipina. Dengan pengaruh Magellan yang kuat beragama Kristian Katolik, Raja Humabon bersama pengikutnya bersetuju untuk dibaptis.

Mereka menjadi kumpulan pertama dikristiankan di Filipina lalu digelar oleh Magellan sebagai ‘Warga Tuhan Sepanyol’. Persetujuan Raja Humabon adalah disebabkan janji Magellan untuk membantunya memerangi Datu Lapu Lapu.

Ketika perang, Ferdinand Magellan dibunuh oleh Datu Lapu-Lapu, lalu saki baki tentera itu lari ke Sepanyol bagi menyiapkan angkatan perang baru. Orang Sepanyol mula memanggil semua gugusan pulau itu sebagai Filipina bersempena nama Raja Sepanyol Phillip II.

Usaha Sepanyol dalam misi Gold, Glory and Gospel diteruskan dengan beberapa lagi misi dihantar ke Filipina. Pada tahun 1565, Miguel Lopez de Legazpi tiba di Cebu yang telah dikristiankan, menyambut baik kehadiran Legazpi lalu dijadikan pusat pemerintahan penjajah Sepanyol.

Empayar Brunei

Pemerintah Kesultanan Amanillah iaitu Raja Sulaiman tewas pada tahun 1574 dan kekalahan ini menyebabkan pengaruh Empayar Brunei menguncup. Kesultanan Sulu pula mula mengembang hingga ke Sabah dan sebahagian Indonesia sebagai respon kejatuhan Empayar Brunei.

Pada tahun 1658, Sultan Brunei menyerahkan Sabah kepada Sultan Sulu atas jasa kerajaan tersebut membendung perang saudara yang meletus di Brunei pada ketika itu.

Ketika lemahnya Kesultanan Islam, Sepanyol memurtadkan hampir seluruh warga Filipina secara paksa. Kesultanan Amanillah yang strategik itu ditukar nama menjadi Manla dan dijadikan pusat pemerintahan “Spanish East Indies”.

Segelintir warga tempatan melarikan diri ke selatan Filipina iaitu wilayah Mindanao untuk menyelamatkan akidah mereka. Ini benteng terakhir orang Muslim dalam memerangi Sepanyol.

Moors

Orang Sepanyol menggelar mereka sebagai bangsa Moro bersempena nama Moors iaitu kaum Islam di Andalusia dulu. Kini Bangsa Moro berada di sekitar Mindanao, Sulu dan Palawan. Bangsa Moro berusaha untuk memisahkan wilayah mereka dari pemerintahan kristian Filipina.

Ketika Sepanyol sedang ghairah melebarkan kuasa mereka di Filipina, British melalui Syarikat Borneo Utara British (SBUB), ingin menguasai Sabah dari Sulu. Pada 1878, suatu perjanjian telah ditandatangani antara Sultan Sulu dan dua agen British, Alfred Dent dan Baron von Overback bagi menyerahkan kedaulatan Sabah kepada British.

Sepanyol pula ingin melebarkan penguasaan mereka hingga ke wilayah Mindanao di selatan Filipina, namun tidak pernah berjaya menjajah wilayah Mindanao.

Oleh itu, Sepanyol menggunakan jalan selamat untuk tidak menggunakan tentera sendiri di barisan hadapan sebaliknya menghantar warga Filipina yang telah dikristiankan untuk memerangi saudara mereka di Mindanao yang belum dikristiankan.

Saudara sebangsa warga Mindanao yang dimurtadkan di sebelah utara itu ramai berkahwin campur dengan orang Sepanyol dan hidup ala barat kristian.

Rakyat Filipina sama ada yang Kristian mahupun Islam mahukan kemerdekaan dari Sepanyol. Lalu berlakulah Revolusi Filipina yang dilancarkan pada tahun 1896 untuk melawan Sepanyol lalu mencapai kemerdekaan pertama.

Penjajahan Amerika

Namun, kemerdekaan ini tidak lama apabila Sepanyol terpaksa menyerahkan tanah jajahannya kepada Amerika Syarikat pada tahun 1898. Maka, Filipina dijajah oleh Amerika pula.

Pada 1907, ditubuhkan Dewan Undangan Filipina menerusi pilihanraya. Amerika menjanjikan kemerdekaan bagi Filipina. Namun, rakyat Mindanao cuba untuk mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah mereka sendiri kerana mereka tidak pernah dijajah oleh Sepanyol.

Hal ini tidak diendahkan oleh Amerika kerana ketika Amerika mengambil alih Filipina dari Sepanyol, Sepanyol mendakwa keseluruhan kepulauan Filipina termasuk wilayah Mindanao di selatan Filipina adalah milik Sepanyol yang diserahkan kepada Amerika.

Ternyata Amerika mendapat kekuasaan ke atas wilayah Mindanao dengan muslihat. Hakikatnya, Mindanao tidak pernah dijajah oleh Sepanyol. Amerika sebenarnya hanya menguasai selatan Filipina itu atas kerta sahaja. Sebab itulah sampai ke hari ini Bangsa Moro di Mindanao menuntut autonomi.

Walaubagaimanapun, Amerika telah menghapuskan kedaulatan politik kesultanan Sulu melalui Perjanjian Carpenter yang ditandatangani pada tahun 1915.

Komanwel Filipina ditubuhkan pada 1935 sebagai langkah menuju kemerdekaan penuh. Namun pada 1942, Jepun menduduki Filipina sewaktu Perang Dunia Kedua. Sabah juga dijadikan sebahagian dari Empayar Jepun sehinggalah Jepun diusir oleh Amerika pada 1945 setelah Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Ke-2. Filipina dikembalikan kepada Amerika dan Sabah dijadikan koloni mahkota British. Hanya pada tahun 1946, Filipina mendapat kemerdekaan penuh dari Amerika.

Namun, Bangsa Moro tidak mahu merdeka dibawah pemerintahan kerajaan Filipina. Mereka mahu berkerajaan sendiri. Kerajaan Filipina menyerang bangsa Moro.

MNLF

Pada tahun 1969, seorang pensyarah bernama Nur Misuari yang dibiayai oleh Muammar Ghadaffi pemerintah kerajaan Libya, menubuhkan Moro National Liberation Front (MNLF) bagi membalas reaksi kerajaan Filipina. MNLF ini diiktiraf oleh OIC.

Dua tahun kemudian, kerajaan Filipina bersetuju untuk genjatan senjata dengan Bangsa Moro. Namun kemudiannya kerajaan Filipina memungkiri janji dan membunuh ribuan Bangsa Moro.

Pada tahun 1976, kerajaan Filipina bersetuju untuk memberi kuasa autonomi secara sah kepada bangsa Moro dengan nama Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM). Hal ini menyebabkan bangsa Moro tidak berpuas hati dengan kepimpinan MNLF yang dilihat seolah-olah tunduk dengan kerajaan Filipina.

Atas sebab tak berpuas hati, pada tahun 1978, keluar serpihan MNLF membentuk MILF iaitu Moro Islamic Liberation Front bagi mendirikan Kerajaan Islam Bangsa Moro.

Pada tahun 1991, Ustaz Abdurajak Janjalani yang berjumpa dengan Osama bin Laden ketika belajar di Timur Tengah bertindak membentuk kumpulan militan Abu Sayyaf lalu merekrut ahli-ahli MNLF.

Abu Sayyaf adalah sayap Al-Qaeda di Selatan Filipina yang radikal dan keras. Mereka sering membuat pembunuhan masal dan menyerang orang awam. Oleh itu, Abu Sayyaf diumum sebagai kelompok pengganas.

Apabila masa berlalu, kerajaan Filipina menawarkan perjanjian damai. MILF yang lebih popular dari MNLF ketika itu turut bersetuju dengan perjanjian damai. Namun, Nur Misuari selaku pemimpin MNLF pula mengambil kesempatan ingin menonjol diri sebagai hero bagi mengembalikan popularitinya. Dia membuat satu pemberontakan besar-besaran namun gagal lalu melarikan diri ke Malaysia. Pihak berkuasa Malaysia menangkap dan mengembalikannya ke Filipina semula.

Tuntut Sabah

Oleh itu, Nur Misuari berdendam dengan Malaysia lalu mengetuai angkatan tentera MNLF menyerang Malaysia. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Sultan Jamalul Kiram III dan mengaku sebagai pewaris Kesultanan Sulu ingin menuntut wilayah Sabah lalu berlakulah pencerobohan Lahad Datu antara kerajaan Malaysia dengan Sultan Jamalul Kiram III yang dibantu MNLF.

Sama ada memang Jamalul Kiram III ini betul pewaris kesultanan Sulu atau tidak, dia tetap tidak memiliki hak terhadap kedaulatan Sabah kerana Kesultanan Sulu sudah tiada kuasa dan tidak berdaulat lagi. Bahkan, jika Jamalul Kiram III memang raja, maka dia adalah raja paling miskin di dunia.

Pergolakan di Selatan Filipina masih berlaku hingga kini. MILF bersetuju dengan perjanjian damai, MNLF masih sangsi, Abu Sayyaf memang tak nak berdamai sebaliknya terus melakukan keganasan.

Kerajaan Filipina juga sedang berusaha menuntut Sabah. Sultan Sulu juga hendakkan Sabah. Begitulah kompleksnya isu Bangsa Moro ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Maksud Kafir Dalam Al-Quran Dan Hadis

Maksud Kafir Dalam Al-Quran Dan Hadis

Soalan: Ustaz, penyokong pemimpin kafir berpendapat bahawa perkataan ‘kafir’ tidak sama maknanya dengan ‘non-Muslim’. Istilah ‘kafir’ katanya adalah lawan daripada ‘iman’ bukan lawan daripada ‘Islam’. Jadi orang Yahudi atau Nasrani pada hari ini berkemungkinan tergolong orang yang ‘beriman’ kerana katanya terdapat dalil dalam al-Quran [TMQ al- Baqarah (2):62; al- Ma’idah (5):69]. Apakah makna kafir sebenarnya?

Maksud Kafir

Jawapan: Sesungguhnya makna bagi istilah kafir adalah sangat jelas, iaitu orang yang tidak beragama Islam atau dalam erti kata lain orang yang tidak beriman dengan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sama ada dia kafir asli, seperti orang Yahudi atau Nasrani atau kafir murtad iaitu asalnya Muslim tetapi mengingkari salah satu ajaran asas yang dipastikan sebagai ajaran Islam seperti kewajipan solat. (Sa’di Abu Jaib, Mausu’ah Al Ijma’, hlm. 963)

Sesiapa yang mengkaji terminologi kafir dalam pelbagai kitab yang dipercayai (muktabar) akan mendapat kesimpulan yang sama iaitu secara dasarnya pengertian kafir adalah sesiapa yang tidak memeluk agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Dalam kitab Mu’jam Lughah al-Fuqaha` oleh Prof. Rawwas Qal’ah Jie menyatakan bahawa;

“Kafir adalah sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan kepada Nabi Muhammad SAW atau sesiapa yang mengingkari apa jua ajaran yang diketahui secara pasti berasal daripada Islam (seperti kewajipan solat, keharaman zina, dan lain-lain), atau yang merendahkan kedudukan Allah dan risalah Islam.” (Man laa yu`minu billahi wa laa bi muhammadin rasulillah aw man yunkira ma huwa ma’lumun minal islam bidh dharuurah aw yantaqisu min maqaamillah ta’ala aw ar risalah)." (Rawwas Qal’ah Jie, Mu’jam Lughah al-Fuqaha,`hlm. 268)

Dalam kitab al-Mu’jam al-Wasit disebutkan;

“Kafir adalah sesiapa yang tidak beriman kepada keEsaan Allah atau tidak beriman kepada kenabian Muhammad SAW atau tidak beriman kepada risalah Islam atau tidak beriman kepada ketiga-tiganya.” (la yu`min bil-wihdaniyyah aw an nubuwwah aw ar risalah aw bi-thalathatiha)." (Kamus al-Mu’jam al-Wasit, Juz II hlm. 891).

Dalam kitab at-Ta’rifat al-Fiqhiyyah disebutkan;

“(Kafir adalah orang yang) mendustakan (tidak beriman) kepada Nabi Muhammad SAW mengenai perkara yang secara pasti termasuk agama Islam.” (takziib an nabi SAW –na’uudzu billah– mimma ja`a min ad diin bidh dharuurah). (Musti Sayyid ‘Amim Al Ihsan Al Barkati, At-Ta’rifat al- Fiqhiyyah, hlm. 183)

Daripada definisi-definisi istilah kafir di atas, jelas bahawa yang dimaksudkan dengan istilah kafir pada dasarnya adalah non-Muslim (ghairu Muslimin), sama ada kafir asal mahupun kafir murtad.

Dalam kitab Ahkam at- Ta’amul Ma’a Ghayr al-Muslimin, Syekh Khalid Muhammad al-Majid membuat kesimpulan;

“Orang-orang non-Muslim (ghayru al- muslimin) adalah sesiapa yang tidak beriman kepada agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atau sesiapa yang tidak beriman kepada salah satu ajaran asas yang diketahui secara pasti sebagai sebahagian daripada agama Islam. Mereka ini dalam istilah syarie disebut kafir.” (Syekh Khalid Muhammad al-Majid, Ahkam At-Ta’amul Ma’a Ghair Al Muslimin, hlm. 3)

Sementara pendapat bahawa kafir itu adalah lawan daripada iman (Mukmin) dan bukan lawan daripada Islam (Muslim) adalah tidak benar. Kerana walaupun terdapat nas al-Quran dan as-Sunnah yang menunjukkan kafir adalah lawan daripada iman, tetapi ada juga nas-nas syariah yang menunjukkan kafir adalah lawan daripada Islam (Muslim).

Hal ini semakin menegaskan bahawa istilah kafir bermakna non-Muslim. Sebagai contoh, sabda Nabi SAW;

”Orang Muslim tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi Muslim.” (laa yarithu al muslimu al kafira wa la al kafiru al muslima)." [HR Bukhari No. 6383; Muslim No. 1614; Abu Dawud No. 2911]

Mengenai pendapat bahawa orang-orang Yahudi atau Nasrani pada hari ini berkemungkinan tergolong orang yang beriman (Mukmin), merupakan tafsiran yang batil. Mereka yang mengkaji kitab-kitab tafsir muktabar seperti Tafsir al-Jalalayn, Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Ibnu Jarir at-Tabari, dan lain-lain akan mendapatkan penafsiran yang benar mengenai ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 62 dan al-Ma`idah ayat 69.

Secara ringkasnya, orang Yahudi dan Nasrani yang tergolong beriman hanya ada dua;

Pertama, orang Yahudi dan Nasrani yang masih memegang agamanya yang murni yang hidup sebelum diutuskan Nabi SAW.

Kedua, orang Yahudi dan Nasrani yang hidup pada masa atau setelah diutuskan Nabi SAW yang masuk Islam.

Selain itu terdapat nas al-Quran yang tegas (qathie) bahawa Ahli Kitab (orang Yahudi dan Nasrani) adalah orang yang tidak beriman [at-Taubah: 29] dan orang kafir [al-Bayyinah: 6], demikian juga bahawa orang Nasrani adalah orang kafir [al-Ma`idah (5): 72-73].

Jadi, orang Yahudi atau Nasrani adalah kafir dan tidak dapat dikategorikan sebagai Mukmin (orang beriman) atau Muslim (orang Islam).

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA:

sumber: facebook