Thursday, August 24, 2017

Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia, Wang Tunai Dan Pencen Seumur Hidup


Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara (MSN) telah diwujudkan bagi memberi dorongan kepada para atlet, jurulatih dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk meningkatkan prestasi masing-masing di peringkat antarabangsa, khususnya di temasya sukan Olimpik, Komanwel Asia dan SEA serta kejohanan-kejohanan individu peringkat Dunia dan Komanwel, Asia.

Hadiah

Skim-skim yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut;

Nama Skim dan Tahun Mula Dilaksanakan
  1. Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) - 1986
  2. Skim Hadiah Kemenangan Atlet Remaja (SHAKAR) - 1988
  3. Skim Galakan Jurulatih (SGAR) - 1990
  4. Skim Kecemerlangan Pengurusan Sukan (SIKAP) - 1991
  5. Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) - 2004
  6. Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) - 2006

Objektif

Memberi motivasi luaran (‘Extrinsic Motivation’) yang berkesan bagi atlet mencapai kemenangan dan menjadi juara dalam sukan antarabangsa yang membawa prestij kepada negara.

Menghargai pencapaian atlet dan pengorbanan yang dilakukan dalam usaha mencapai kejayaan bagi mengharumkan nama negara.

1. Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM)

Terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu:
  1. Kejohanan sukan temasya (Kumpulan A).
  2. Kejohanan sukan individu (Kumpulan B).

Kategori kejohanan sukan temasya (Kumpulan A) adalah:
  • Kumpulan A1: Sukan Olimpik (atlet normal) dan Sukan Paralimpik (atlet Paralimpik).
  • Kumpulan A2: Sukan Komanwel & Asia (atlet normal) dan SukanEAD & Para Asia (atlet Paralimpik).
  • Kumpulan A3: Sukan SEA (atlet normal) dan Sukan Para Asean(atletParalimpik).
  • Nilai insentif SHAKAM bagi kejohanan sukan Kumpulan A:

Hadiah [1]

Nilai insentif bagi pemenang yang mencipta rekod baru di kejohanan sukan Kumpulan A:

Hadiah [2]

Kategori Kejohanan Individu (Kumpulan B):
  • Kumpulan B1: Kejohanan peringkat Dunia (satu kejohanan sahaja)
  • Kumpulan B2: Kejohanan peringkat Komanwel/Asia (satu kejohanan sahaja)

Klasifikasi Kejohanan Kumpulan B Kelas 1:
  • Kejohanan rasmi anjuran Persekutuan Sukan Antarabangsa yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 ahli/negara (Dunia) dan 15 ahli/negara (Komanwel/Asia) yang berdaftar.
  • Negara-negara peserta mestilah diiktiraf sebagai Pertubuhan/Persatuan Sukan Kebangsaan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan (NOC) masing-masing.
  • Kejohanan tersebut disertai oleh sekurang-kurangnya 15 buah negara (Dunia) dan 8 buah negara (Komanwel/Asia).
  • Kelayakan atlet/pasukan menyertai kejohanan adalah mewakili negara masing-masing (bukannya jemputan terbuka) dan melalui proses kelayakan (jika ada).
  • Kekerapan kejohanan tersebut sekurang-kurangnya 2 tahun sekali

Nilai hadiah kemenangan akan diberikan sepenuhnya apabila penyertaan ke kejohanan tersebut memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Nilai insentif penuh akan diterima oleh atlet sekiranya acara tersebut disertai oleh sekurang-kurangnya 8 negara (atlet normal) dan 8 peserta (atlet paralimpik).
  • Nilai insentif SHAKAM bagi kejohanan sukan Kumpulan B1:
Hadiah [3]

  • Nilai insentif bagi pemenang yang mencipta rekod baru di kejohanan sukan Kumpulan B1:
Hadiah [4]

  • Nilai insentif SHAKAM bagi kejohanan sukan Kumpulan B2:
Hadiah [5]

  • Nilai insentif bagi pemenang yang mencipta rekod baru di kejohanan sukan Kumpulan B2:
Hadiah [6]

2. Skim Hadiah Kemenangan Atlet Remaja (SHAKAR)

Diberikan kepada atlet remaja yang memenangi kejohanan remaja peringkat Dunia atau Komanwel/Asia.

Kategori Kejohanan Remaja:
  • Kejohanan peringkat Dunia (satu kejohanan sahaja).
  • Kejohanan peringkat Komanwel/Asia (satu kejohanan sahaja)

Kejohanan peringkat Dunia dan Komanwel/Asia diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu:
  • Kategori 1: Kejohanan yang dianjurkan sekurang-kurangnya setiap 2 tahun sekali.
  • Kategori 2: Kejohanan yang dianjurkan sekurang-kurangnya setiap tahun.

Nilai insentif penuh akan diterima oleh atlet sekiranya acara tersebut disertai oleh sekurang-kurangnya 8 buah negara.
  • Nilai insentif SHAKAR bagi kejohanan remaja peringkat Dunia:
Hadiah [7]

  • Nilai insentif SHAKAR bagi kejohanan remaja peringkat Asia:
Hadiah [8]

3. Skim Galakan Jurulatih (SGAR)
  • Diberikan kepada jurulatih sukan berkenaan.
  • Jumlah SGAR adalah 20% daripada nilai insentif SHAKAM/SHAKAR.

4. Skim Kecemerlangan Pengurusan Sukan (SIKAP)
  • Diberikan kepada persatuan sukan berkenaan.
  • Jumlah SIKAP adalah 10% daripada nilai insentif SHAKAM/SHAKAR.

5. Skim Insentif Sukan Olimpik dan Paralimpik (SISO)
  • Diberikan atlet-atlet yang berjaya melayakkan diri secara merit kategori A sahaja.
  • Atlet-atlet yang berjaya menyertai Sukan Olimpik melalui kategori B atau di atas tiket ‘wild card’ dan atlet-atlet yang layak Sukan Paralimpik secara Bipartite tidak akan diberi insentif ini.
  • Elaun bulanan berjumlah RM2,000.00 akan dibayar kepada setiap atlet yang layak ke Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik.
  • Pembayaran elaun adalah berdasarkan tarikh kelayakan dalam tempoh setahun sebelum Sukan Olimpik/Paralimpik berlangsung.

6. Skim Imbuhan Tetap Olimpik dan Paralimpik (SITO)
  • Diberikan kepada pemenang-pemenang pingat di Sukan Olimpik dan Paralimpik secara bulanan untuk sepanjang hayat seperti berikut:
Hadiah [9]

7. Syarat dan Peraturan Tetap Skim Hadiah Kemenangan Sukan

Semua permohonan hendaklah dibuat oleh:
  • Persatuan Sukan Kebangsaan.
  • Peserta/Pasukan yang berkenaan melalui Persatuan Sukan Kebangsaan.

Permohonan hendaklah disertakan dengan maklumat berikut:
  • Nama kejohanan.
  • Tarikh dan tempat kejohanan.
  • Bilangan negara yang menyertai.
  • Nama lengkap pegawai atlet negara.
  • Acara yang dimenangi dan pemenangnya.

Semua permohonan hendaklah disertakan bersama keputusan rasmi kejohanan, pertandingan berkenaan dan disahkan.

Permohonan juga perlu dibuat dalam tempoh setahun daripada tarikh kejohanan, pertandingan tersebut.

Semua permohonan hendaklah dibuat kepada:
Ketua Pengarah
Majlis Sukan Negara Malaysia,
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Berapa Ganjaran Diterima Pemenang Pingat Olimpik Disetiap Negara?

sumber: nsc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon