Tuesday, March 12, 2019

Apa itu Statut Rom?


Statut Rom (Rome Statute) adalah mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan triti dengan matlamat melaksanakan siasatan dan dakwaan ke atas mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah antarabangsa yang sangat serius seperti genosid, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah pencerobohan.

Apa itu Statut Rom

Malaysia, melalui Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, telah menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada 4 Mac 2019 dan surat berkenaan telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari yang sama.

ICC ditubuhkan pada 2002 dan ditadbir mengikut Statut Rom, adalah mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa melibatkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.

Penerimaan Malaysia kepada Statut Rom itu mencerminkan komitmennya dalam memerangi jenayah antarabangsa untuk keamanan dan keselamatan global.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini telah menulis surat kepada pemangku Yang di-Pertuan Agong pada 26 Dis (2018), memaklumkan keputusan Kabinet mengenai perkara tersebut.

KRONOLOGI PENYERTAAN MALAYSIA

17 Julai 1998

Malaysia menandatangani Final Act of the United Nations Diplomatic Conference of Plenipotentiaries on the Establishment of an International Criminal Court.

27 May 2010

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) pada ketika itu, memaklumkan kesediaan Malaysia untuk menjadi sebahagian dari Negara Pihak ICC.

Keputusan tersebut dibuat ketika menghadiri 6th Consultative Assembly of Parliamentarians for the ICC and the Rule of Law di Kempala, Uganda.

11 Jun 2010

Perdana Menteri ketika itu memberi halatuju dasar untuk Malaysia accede kepada Rome Statute, lanjutan kepada serangan Israel ke atas kapal kemanusiaan Gaza Freedom Flotilla pada 31 May 2011.

18 Mac 2011

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) membentang Memorandum Jemaah Menteri untuk Malaysia tandatangan dan ratifikasi Rome Statute.

Namun ia tidak diteruskan atas reservation oleh Peguam Negara terhadap keputusan Jemaah Menteri tersebut.

5 Ogos 2015

Jemaah Menteri sekali lagi bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara membentangkan Memorandum Jemaah Menteri untuk meratifikasi Rome Statute bagi membolehkan Malaysia membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap kes penembakan jatuh Malaysia Airlines MH17 ke ICC. Namun, tiada sebarang tindakan diambil pada ketika ini.

12 Disember 2018

Jemaah Menteri Pentadbiran Pakatan Harapan bersetuju untuk Malaysia meratifikasi Rome Statute.

26 Disember 2018

YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menulis warkah kepada Pemangku Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah untuk sembahmaklum keputusan yang dibuat Jemaah Menteri.

15 Februari 2019

Menteri Luar datang mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara bagi menyembahmaklum keputusan Jemaah Menteri.

4 Mac 2019

Malaysia telah menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court.

MANFAAT MALAYSIA MENJADI NEGARA PIHAK ICC

i. Penyertaan Malaysia akan meningkatkan lagi martabat negara di kalangan masyarakat dunia sebagai sebuah negara yang komited dalam menegakkan keadilan dan mempertahankan undang-undang antarabangsa.

ii. Penyertaan Malaysia akan melambangkan kesungguhan negara dalam meningkatkan perpaduan bersama-sama masyarakat antarabangsa dengan membawa pelakupelaku jenayah antarabangsa ke muka pengadilan.

iii. Malaysia kini boleh merujuk kepada Pendakwa ICC di bawah Artikel 13(A) Statut Rome mengenai jenayah-jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekiranya perlu.

iv. Malaysia kini boleh bersuara lebih lantang menentang negara-negara yang melakukan penghapusan etnik dan jenayah perang di Persidangan Tahunan Negara-Negara Pihak.

v. Malaysia kini layak mencalonkan rakyatnya sebagai Hakim, Pendakwa dan Pendaftar serta jawatan-jawatan lain di Pejabat Pendakwa dan Pejabat Pendaftar ICC.

SENARAI NEGARA YANG MENANDATANGANI STATUT ROM

Setakat 4 Mac 2019, sejumlah 124 negara telah menyertainya.

Antara negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang turut serta: Belgium, Kemboja, Denmark, Jepun, Jordan, Lesotho, Liechtenstein, Luxembourg, Belanda, Norway, Samoa, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom.

APA BIDANG KUASA ICC?

Artikel 5; ICC mempunyai bidang kuasa untuk mendengar ‘most serious crimes of concern’ seperti:-
  • Genocide (penghapusan etnik).
  • Crimes against humanity (jenayah terhadap kemanusiaan).
  • War crime (jenayah perang).
  • Crime of aggression (jenayah pencerobohan).

Artikel 6, 7, 8; Setiap empat katagori jenayah antarabangsa diterangkan dengan jelas.

Artikel 17; ICC hanya akan terpakai apabila Negara Pihak tidak berkemahuan atau berkemampuan (unwilling or unable) untuk menyiasat dan mendakwa kes jenayah terkutuk tersebut.

KONTROVERSI DI MALAYSIA

Implikasi perundangan (menurut peguam negara)
  • Tiada sebarang halangan perundangan ke atas Malaysia untuk menjadi ahli ICC.
  • Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda.
  • Undang-undang yang perlu dipinda melibatkan pindaan substantif dan prosedur. Kementerian Luar Negeri kini dalam proses meminta peguam negara untuk mengambil tindakan yang selanjutnya.
  • Yang di-Pertuan Agong tidak akan menerima kesan secara peribadi.

Adakah kekebalan Yang di-Pertuan Agong terhakis?

Sungguhpun Malaysia melakukan jenayah terkutuk seperti tertulis di Artikel 5, Yang di-Pertuan Agong tidak akan disentuh oleh ICC kerana:-

i) Artikel 40, Perlembagaan Persekutuan Malaysia; Yang di-Pertuan Agong adalah seorang Raja Berpelembagaan. Semua tugas-tugasnya di laksanakan atas nasihat perdana menteri/kabinet.

ii) Artikel 41, Perlembagaan Persekutuan Malaysia; Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi bagi angkatan tentera persekutuan. Yang di-Pertuan Agong tidak diberi kuasa untuk mengisytihar perang.

iii) Negara-negara pihak lain yang mempunyai Raja Berperlembagaan; Belgium, Kemboja, Denmark, Jepun, Jordan, Lesotho, Liechtenstein, Luxembourg, The Netherlands, Norway, Samoa, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

3 comments

  1. CELAKA punya sekoq lagi BLOG KULIT BABI ni!!!

    Kedua2 PARIA madey dan anwaq HOMO-PENJILAT2 DUB*Q DAP KULIT BABI tu, mmg. TAK boleh dipercayai!

    Itulah, MALANGnya nasib bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kat TANAH MELAYU, pusaka nenek moyang BUMIPUTERA kita diPERMAINkan dan diPERJUDIkan mcm. HARAM JADAH - spt. PENGEMIS2 merempat di bumi pusaka nenek moyang kita sendiri!! Dan yg. akan KETAWA habis2an adalah PENJAJAH/PENGGANAS/PEROMPAK/PERASUAH DAP KULIT BABI homo jijik ZIONIS ISrael!!

    Skrg. kedua PARIA madey-anwaq HOMO/DAPeliwat HOMO JIJIK Zionis ni dah berjaya gunakan MO "PECAH dan PERINTAH" ("DIVIDE and RULE") akan KESULTANAN Islam/Melayu kita pula!! Dgn. mempergunakan Sultan Perak yg. LIBERAL dan PE-NYOKONG kuat HAK ASASI KESAMAAN Barat, sewaktu memegang jawatan DYMM YDPA sementara, dan sblm. DYMM YDPA yg. baru diTABALKan pd. Januari - REJIM PH dgn. SENYAP2 dan amat JAHAT, pd. akhir Dis., telah menyertai secara HARAM akan UNDG2 Barat-Zionis “Treaty of Rome“-MAHKAMAH JENAYAH ANTARABANGSA ZIONIS, ICC, berMOTIF utk. MENIPU, MENCABUL dan MENSABOTAJ akan UNDG2 PERLEMBAGAAN kita, dan HAK dan KUASA EKSEKUTIF Majlis RAJA2, KESUL-TANANAN Islam/Melayu kita, dan DYMM YDPA sbg. KETUA AGAMA ISLAM, KETUA UTAMA NEGARA, KETUA PARLIMEN, PEMERINTAH TERTINGGI ATM dan PELINDUNG hak/identiti/warisan/sejarah bangsa BANGSA Bumiputera kita!! Lihat KE-ANGKUHAN mahathir pd YTM TMJ psl. isu ICC ni di blog KULIT BABI ni, di –

    1. http://www.addindeen.com/2019/03/mahathir-bidas-tmj.html

    Sdgkan REJIM2 PENGGANAS-no 1 & 2 DUNIA, ISrael dan US pun – TAK menyertai ICC ni!!! Tapi US/ISrael ni adalah antara anggota2 PENGGANAS NATO (Tentera Kesatuan Negara2 Eropah, yg. sebenaqnya juga dianggotai US/Canada/ISrael/Australia/N. Zealand) yg. telah melakukan banyak JENAYAH PERANG dan GENOSID, termsk. di LIBYA (termsk. membunuh pemimpin KEMERDEKAAN Islam/Nasionalis Dunia Islam-Arab-Afrika amat GEMILANG, yg. amat ANTI-ISrael, Allahyarham Pres. Col Al- Gaddafi dgn. amat KEJAM) dan Afghanistan – dan hampir semua negara2 EU ini adalah ahli2 ICC ni, tapi pemimpin2 Barat-Zionis dr. NATO dan EU ni TAK juga diTANGKAP dan diHUKUM di ICC Zionis PENIPU ni!!!

    Maka, ICC PENIPU ni SEBENAQnya adalah SENJATA PEMUSNAH GERGASI (WMD) puaka2 HOMO Zionis BARAT-ISrael yg. hanya menSASARkan pemimpin2 NASIONALIS/ISLAM dr. DUNIA 'KETIGA' , terutamnya yg. ANTI-Barat-NATO/ISrael, dan kalau yg. BARAT spt. SERBIA, sbb. PRO-RUSSIA dulu!!
    Maka, REPOT POLIS mesti dibuat segera atas JENAYAH PENIPUAN dan TERORISMA amat JAHAT terhadap UNDG2 PERLEM-BAGAAN, dan KUASA dan HAK DYMM YDPA dan MAJLIS RAJA2 serta seluruh KESULTANAN Islam/Melayu kita, dan DYMM YDPA yg. baru, mesti amat BERANI mengISYTIHARkan DARURAT, mengikut UNDG2 PERLEMBAGAAN 150 (telah diLESAPkan dr. laman web JPA), SEGERA! Sblm. TANAH MELAYU/NEGARA ISLAM kita ni terus diKUASAI oleh puaka2 PENGGANAS HO-MO anwaq PARIA-PKR/DAP KULIT BABI dan TUAN2 Zionis EU/NATO/ISrael depa!!!! Lihat betapa BAHAYAnya ICC/“Treaty of Rome“ Zionis PENIPU ni, di –

    2. https://mykmu.net/2019/03/11/penyertaan-malaysia-dalam-statut-rom-dibuat-secara-terburu-buru-tmj/ ; dan di

    3. https://cungkil.wordpress.com/2019/03/11/statut-rome-mencabul-kuasa-ydp-agong/

    Tapi, dgn. pengISYTIHARAN DARURAT ini oleh DYMM YDPA, penyertaan dlm. ICC ini masih boleh diBATALkan SEGERA, kerana penyertaan ni boleh ditarik bila2!!!

    (Tok Terkedu)

    ReplyDelete
  2. Dan si madey PARIA kerala KULIT BABI, terus nak MENIPU lagi dgn. ANGKUH, psl. UNDG2 PERLEMBAGAAN, dan MENGHINA akan DYMM YDPA, seolah 'PATUNG TAK BERNYAWA', yg. diPAKSA menerima segala nasihat PM/Kabinet, kononnya mengikut UNDG2 PERLEMBAGAAN Per. 40 (yg. telah diLESAPkan dlm. laman web JPA)!!! Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2019/03/11/rome-statute-acceded-without-rulers-consultation-dr-m-says-tmj-only-speaking-for-himself/

    Perkataan "HENDAKlah", kalau sama MAKNA dgn. "MESTIlah" - cthnya dlm isu samada DYMM YDPA "HENDAKlah" mendengar nasihat seorang atau Jemaah menteri, mengikut UNDG2 PERLEMBAGAAN 40 (yg. telah diLESAPkan di laman web JPA) –SEBENAQnya telah diSABOTAJ dan diPALSUKan oleh DBP/PN PARIA DAPengganas HOMO JIJIK Zionis amat BANGSAT tu!! Dan makna "HENDAKlah" ini BUKAN berdasarkan makna dlm. KAMUS B. INGGERIS, iaitu "in accordance with"!!! Sbb. TERJERMAHAN Undg2 Perlembagaan dlm. B. MELAYU, yg. mesti diUTAMAkan, mengikut UNDG2 PERLEMBAGAAN Perkara 160B. Teks sahih:

    Jika Perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan teks bahasa kebangsaan itu sebagai teks sahih, dan selepas itu, jika ada percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa kebangsaan itu dengan teks bahasa Inggeris Perlembagaan ini, teks bahasa kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris itu.

    Kerana SEBENAQnya, makna "HENDAKlah" adalah hanya "diHARAPkan atau SEHARUSnya", berDASARkan MAKNA dlm. Bahasa Melayu Klasik (yg. menggunakan partikel2 "pun" dan "lah"), pd. TAHUN 1956, sewaktu UNDG2 PERLEMBAGAAN kita diGUBAL!

    Lagipun, amat MUSTAHIL yg. Almarhum2 BAPA2 KEMERDEKAN, PM DYTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Orang Kaya Indera Syahbandar ke -10 Pahang, YAB PM Tun Abd. Razak Dato Hussein Al-Haj, dr. KETURUNAN DYMM Almarhum Sultan Hasanuddin dr. EMPAYAR BUGIS GOWA, Sulawesi (yg. MENENTANG Penjajah LAKNAT Belanda Zionis Freemason di KEPULAUAN MELAYU kita) terCINTA kita - mahu MERENDAHkan apa2 KUASA dan HAK DYMM YDPA dan MAJLIS RAJA-RAJA hanya sbg. SIMBOLIK semata2, sewaktu mengGUBAL UNDG2 PERLEMBAGAAN pd. 1956 itu!! MUSTAHIL DYMM YDPA hanya sbg. ‘PATUNG TAK BERNYAWA‘ dlm. UNDG2 PERLEMBAGAAN kita, PEGUAM2 Islam/Melayu kita oi!!!!

    Sbb. itu juga, si HAKIM2/PEGUAM2 PENJAJAH2 DAPanjing KURAP suka menggunakan BAHASA INGGERIS dlm. MAHKAMAH, supaya disyaki dpt. MENIPU psl. MAKNA2 perkataan2 dlm. UNDG2 PERLEMBAGAAN, yg. berdasarkan Bahasa Melayu KLASIK kita, waktu 1956 itu, termsk. perkataan "HENDAK" ni, yg. bila dlm. B. INGGERIS, lain MAKNAnya dr. Bahasa Melayu Klasik kita [Bahkan sebenaqnya makna "HENDAKlah" ("Hendak" dgn. partikel "lah" ini), tak dak pun dlm. KAMUS B. Inggeris]!!

    (Tok Terkedu)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih diatas ulasan panjang lebar anda =D

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon