Wednesday, May 24, 2017

4 Misi Rahsia Di Sebalik Senyuman Manis Pramugari Kepada Anda

Loading...

Tahukah anda di sebalik senyuman manis seorang pramugari, sebenarnya mereka sedang menjalankan satu misi rahsia. Ya! Misi rahsia. Mereka senyum tu bukan saja-saja, tapi ada makna.

Senyuman+Pramugari

Setiap kali masuk kapal terbang, anda pasti perasan barisan peramugari cantik-cantik menyapa anda dengan wajah yang paling manis sekali. Memang patut pun mereka seyum, kita kan pelanggan mereka. Mestilah kena pandai ambil hati.

Menurut petikan dari bravotv.com, pramugari hanya mempunyai masa dalam 3 saat sahaja untuk menjalankan misi ini.

Misi ini adalah proses di mana mereka akan mengenal pasti penumpang serta menganalisisnya. Demi menjamin keselamatan, anda sebenarnya secara langsung bakal terlibat dalam tugasan tertentu.

Setiap kali seseorang pramugari senyum melihat anda, ini yang mereka lihat sebenarnya.

1. Adakah anda mabuk?

Analisa pertama yang dilakukan pramugari adalah mencari penumpang mabuk atau yang berada dalam pengaruh separa sedar.

Namun ia bukanlah bermakna untuk menghalau mereka keluar, nama pun dah beli tiket. Takkan mereka nak halau begitu sahaja.

Jika seseorang itu dicuriga berada dalam keadaan mabuk, apabila berlakunya kecemasan mereka akan menjadi orang paling terakhir di selamatkan.

2. Adakah anda mencurigakan?

Seterusnya pramugari akan melihat anda dengan pandangan pengawasan. Apabila ada di antara penumpang didapati mencurigakan, penerbangan boleh ditangguh dengan serta-merta. Ini adalah demi menjamin keselamatan penumpang yang lain.

3. Adakah anda kuat?

Apabila melihat seseorang yang secara fizikalnya dirasakan kuat, contohnya anda mempunyai badan yang tegap atau berotot.

Secara automatik wajah anda akan melekat di kepala pramugari tersebut termasuk di mana tempat duduk anda.

Hal ini adalah kerana apabila berlakunya seseuatu kecemasan, anda akan menjadi antara orang terawal untuk diminta bantuan.

4. Adakah anda sakit?

Sakit merupakan perkara yang paling ditakuti oleh pramugari. Mana tidaknya, berkemungkinan penyakit tersebut boleh berjangkit kepada mereka atau penumpang yang lain.

Boleh jadi penyakit tersebut akan merebak atau boleh dikawal. Ini akan menjadikan pramugari bersiap sedia untuk jangkaan tersebut.

Itulah antara 4 misi rahsia seorang pramugari kepada anda. Nanti bila naik kapal terbang, kalau pramugari cantik senyum kepada anda tu boleh jadi antara 2 perkara. Pertama mungkin sebab mereka jatuh hati atau kerana 4 sebab di atas.

Jadi, elakan mempunyai ‘perasan’ terlalu awal. Hah!

BACA INI JUGA: Insiden-insiden Luarbiasa Yang Berlaku Di Atas Kapal Terbang

sumber: thevocket

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon