Thursday, August 30, 2018

Misteri 'Batu Hidup' Di Kampung Pulau Sebang

Misteri 'Batu Hidup' Di Kampung Pulau Sebang

Lebih 10 batu besar di Kampung Pulau Sebang Selatan, Alor Gajah, Melaka, yang berbentuk seperti binaan batu Stonehenge di Wiltshire, England, didakwa memiliki misteri tersendiri kerana batu itu didakwa "hidup" oleh sesetengah penduduk kerana saiznya dikatakan semakin membesar sejak ia berada di situ berpuluh tahun lalu.

Batu hidup Pulau Sebang

Penduduk kampung sekitar yang ditemui percaya batu yang berbentuk seperti pedang di situ hidup, selain mendakwa ia sebagai kawasan perkuburan lama.

Mereka mendakwa batu itu pada asalnya adalah kecil, tetapi dari tahun ke tahun membesar hingga tinggi seperti sekarang.

Penduduk Kampung Pulau Sebang Selatan yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung itu, Yahya Mulop, 75, berkata cerita mengenai batu hidup itu juga disebarkan di kawasan kampungnya.

Malah, katanya, batu itu dan cerita yang disebarkan itu pernah dikaji ahli sejarah sebelum ini.

"Sekitar tahun 1988 ada kumpulan pengkaji sejarah datang ke sini untuk lakukan kajian terhadap dakwaan batu hidup ini yang dikatakan membesar sebelum kawasan batu hidup berkenaan dipagar dan kerja-kerja menggali dilaksanakan," katanya.

Katanya lagi, mendengar dakwaan bahawa kawasan itu adalah kubur lama, beliau meminta supaya kerja-kerja menggali dilakukan secara teratur termasuk mengikut Islam selain mengadakan majlis tahlil.

"Ketika mendengar ura-ura ia adalah pusara nenek moyang zaman dahulu, saya dan penduduk bimbang juga untuk menggalinya sebelum kerja menggali dilakukan secara kemas dan teliti dengan menyapu bersih permukaan batu hidup berkenaan.

"Selepas kerja menggali dijalankan, ahli pengkaji sejarah langsung tidak menemui sebarang tanda bahawa ia tanah perkuburan kerana tidak menemui apa-apa bukti seperti rambut atau tengkorak mahupun tulang manusia," katanya lagi.

Bagaimanapun, hasil galian itu kumpulan pengkaji sejarah terbabit menemui satu loceng dan menyifatkan kemungkinan batuan hidup itu adalah batu tanda peringatan orang zaman dahulu sebelum beberapa kawasan lain yang berdekatan dengannya juga turut dibersihkan.

"Batu hidup ini juga turut dipamerkan dalam Muzium Negara, namun pada tahun 1990 tiada lagi mana-mana pihak melakukan kajian lanjutan yang mana di Kampung Pulau Sebang Selatan kini mempunyai satu batu hidup paling tinggi adalah 11 kaki (3.3 meter)," katanya.

Yahya berkata saiz batu berkenaan mungkin dilihat seperti membesar berpunca daripada hakisan tanah yang kemudiannya menampakkan pangkal batu itu semakin tinggi.

Bagaimanapun, Kurator Perbadanan Muzium Melaka, Mohd Shukry Abdullah, ketika ditemui baru-baru ini mempunyai pandangan berbeza.

Katanya, kajian mengenai batu hidup atau dikenali sebagai megalith yang mempengaruhi serta merujuk kepada perkembangan tradisi dan budaya masyarakat pada zaman dulu sudah dilakukan bermula tahun 1928, sebelum disusuli kajian semula pada tahun 2011.

"Kewujudan dan kepercayaan terhadap batu megalith ini dipercayai sejak sebelum kedatangan Islam dengan masyarakat pada waktu itu percaya batu ini hidup, meninggi dan berkelip apabila disuluh cahaya pada waktu malam.

"Itu hanya dakwaan masyarakat zaman dulu, namun selepas kajian dilakukan mendapati cahaya berkenaan adalah disebabkan oleh ciri batu jenis granit yang mengandungi silika," katanya.

"Apabila bulan mengambang ia akan kelihatan bercahaya," katanya.

Megalith yang berasal dari perkataan Greek 'mega' membawa maksud besar dan 'lithos' iaitu batu, boleh didefinisikan sebagai batu besar yang didirikan di atas tanah secara bersendiri dan berpasangan.

Mohd Shukry berkata, megalith menggambarkan budaya yang dibawa oleh masyarakat Minangkabau dengan kebanyakan penemuan batu itu boleh didapati di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, antara lokasi tumpuan batuan megalith di Melaka adalah di Cherana Putih, Taboh Naning, selain terdapat juga di Melekek, Pulau Sebang dan Melaka Pindah, Alor Gajah.

"Dari segi pertanian, masyarakat dahulu percaya batu ini mampu memulihkan semangat tanaman mereka.

"Selain menjadi pemulih semangat padi, megalith juga dijadikan penutup keranda zaman dulu, selain tanda tanah perkuburan dan batu penanda sempadan bagi sesuatu kawasan," katanya.

Batu hidup Pulau Sebang

Pengurus Besar Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), Drs Mohd Nasruddin Rahman, tidak menafikan kehidupan masyarakat dahulu kala menjurus kepada sesuatu kepercayaan hingga ia dijadikan tempat pemujaan oleh masyarakat animisme kerana ia kelihatan pelik.

"Sebenarnya, batu-batu ini tidak membesar tetapi ketinggiannya dilihat semakin bertambah mengikut masa disebabkan oleh hakisan tanah dan mendapan yang berlaku, megalith ini sememangnya wujud namun ia direpeh dan ditanam pada kedalaman yang kukuh.

"Kedudukan megalith rata-rata dijumpai yang besar diletakkan paling hadapan diikuti saiz yang lebih kecil di belakangnya menunjukkan ia sebagai ibu pemujaan atau sebagai pembuka kawasan terbabit selain sebagai tanda bilangan penduduk kawasan itu," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Wednesday, August 29, 2018

Misteri Binaan Batu Stonehenge Belum Terungkai

Misteri Binaan Batu Stonehenge Belum Terungkai

Pelbagai misteri menyelubungi binaan batu Stonehenge di Wiltshire, England menyebabkan ahli arkeologi dan penyelidik terus menjalankan kajian bagi memecahkan bermacam teka-teki yang terselindung di sebalik pembinaan monumen aneh berkenaan.

Misteri Batu Stonehenge Belum Terungkai

Stonehenge terdiri daripada batuan raksasa yang disusun berdiri dan bertindih membentuk seakan huruf `'l', `n' dan `m' sehingga menjadi formasi satu bulatan.

Di bahagian monumen Stongehenge terdapat lingkaran parit yang memiliki diameter sekitar 115 meter dengan sebuah pintu gerbang di bahagian timur laut. Di bahagian luarnya pula terdapat kira-kira 59 lubang yang dikenal sebagai lubang Aubrey.

Sejak ribuan tahun, proses pembinaan Stonehenge membingungkan ramai penyelidik dan ahli kaji purba.

Tatkala melihat betapa anehnya binaan monumen purba itu, pelbagai persoalan menjengah ke kotak pemikiran - apakah tujuan ia dibina, apakah erti susunan dan reka bentuk batu itu, siapa yang membinanya serta bila ia dibangunkan?

Antara misteri yang terus menyelubungi Stonehenge selama ribuan tahun adalah proses pembinaannya yang nyata membingungkan ramai penyelidik dan ahli kaji purba.

Asal batu

Ini disebabkan batu biru raksasa yang digunakan untuk membangunkan Stonehenge dikatakan berasal dari pergunungan Prescelly, Wales yang terletak lebih 300 kilometer dari lokasi ia dibina.

Memikirkan ada kira-kira 80 batu digunakan untuk membina Stonehenge, malah beratnya melebihi puluhan tan setiap satu, pasti sukar mencari kaedah bagi memindahkan batu itu menyusuri lembah berbukit dan lautan sejauh Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Tambahan pula binaan itu dibangunkan lebih 4,000 tahun lalu tatkala zaman ketika itu digambarkan kuno dari segi sains dan teknologi justeru, bagaimana pembuatnya mengangkut batu yang amat berat itu sejauh ratusan kilometer?

Binaan Stonehenge di Wiltshire, England dibangunkan lebih 4,000 tahun lalu tatkala zaman ketika itu digambarkan kuno dari segi sains dan teknologi.

Persoalan itu terus diperdebatkan sehingga kini, namun jawapan yang benar-benar pasti bagi merungkai teka-teki itu masih menjadi misteri. Jawapan yang ada pula hanyalah teori yang terlintas di minda pengkaji dan penyelidik.

Ada ahli geologi mengemukakan pendapat batu itu sampai ke Wiltshire akibat dihanyutkan glasier pada zaman ais, sekali gus menyangkal teori yang dikemukakan lebih awal bahawa ia dibawa dari kawasan pergunungan dengan usaha dan tenaga manusia menyebabkan Stonehenge mengambil masa lama untuk disiapkan.

Malah, teori batu berat itu dibawa manusia merentasi bukit dan lautan untuk sampai ke lokasi pembinaan terbukti sukar dilaksanakan berdasarkan eksperimen yang dijalankan pada tahun 2001.

Dalam uji kaji menggunakan kayu balak dan tali itu, sukarelawan berjaya menarik batu berkenaan di atas kayu luncur di daratan tetapi apabila diangkut ke replika bot prasejarah bagi dipindah mengikut jalan laut merentasi Selat Bristol, batu itu tenggelam.

Misteri menyelubungi binaan batu Stonehenge di Wiltshire, England menyebabkan ahli arkeologi dan penyelidik terus menjalankan kajian.

Tenaga ratusan orang

Tanpa kayu peluncur itu, usaha mengangkat dan membawa batu raksasa yang beratnya mencapai puluhan tan itu memerlukan tenaga ratusan orang.

Kesukaran memecahkan misteri batu biru raksasa itu menyebabkan ada pihak mengemukakan teori mudah iaitu batu itu dipindahkan gergasi, makhluk asing selain menggunakan jin dan ilmu sihir.

Selain itu, tarikh sebenar monumen itu mula dibangunkan juga mencetuskan kontroversi. Sebahagian besar ahli arkeologi berpendapat tempat itu dibangunkan sekitar 2,500 Sebelum Masihi (SM) dan 2,000 SM. Sesetengah yang lain berpendapat ia dibina sekitar abad 3,100 SM.

Teori lebih menarik adalah proses pembinaan itu dilakukan selama kira-kira 2,000 tahun sebelum siap dan tugas membangunkannya diwarisi dari generasi ke generasi. Prosesnya dimulakan sekitar 3,100 SM dan siap pada 1,100 SM.

Tanah perkuburan

Pastinya pembinaan Stonehenge adalah suatu yang amat penting jika memikirkan penduduk sanggup menghabiskan seumur hidup mereka, malah selama puluhan generasi semata-mata untuk menyiapkannya. Tetapi persoalannya, apakah tujuan ia dibina?

Ada beberapa teori dikemukakan berhubung fungsi atau tujuan Stonehenge. Antaranya, lokasi itu dikatakan sebagai tanah perkuburan.

Stonehenge juga dikatakan pernah menjadi tugu peringatan kepada 400 bangsawan yang dibunuh pemerintah, Hengist pada tahun 472 kerana dianggap pengkhianat.

Teori lain mengatakan Stonehenge dibangunkan sebagai kuil pemujaan dukun, bahkan ramai yang percaya bahawa monumen itu berkait rapat dengan legenda Merlin, ahli sihir tersohor di kawasan itu.

Bagaimanapun pendapat itu disangkal beberapa penyelidik kerana praktik dan amalan dukun dikatakan masih belum wujud di England sehingga tahun 250 SM.

Tempat itu juga dikatakan candi pemujaan milik bangsa Romawi yang dipersembahkan untuk Dewa Caelus, selain dibangunkan untuk memuja langit.

Baru-baru ini, beberapa penyelidik dari Kanada tampil mengemukakan teori bahawa Stonehenge adalah simbol kepada kemaluan wanita berdasarkan struktur kedudukan batu itu yang dikatakan menyerupai struktur anatomi seksual wanita.

Teori lebih ilmiah pula mengatakan fungsi Stonehenge adalah sebagai lokasi mengkaji astronomi dan digunakan untuk mengira kedudukan bintang dan perhitungan kalendar.

Diceritakan, menerusi reka bentuk dan kedudukan batu itu, ahli astronomi purba mampu meramal dan menanda berbagai peristiwa penting dalam kalendar prasejarah seperti mengukur pergerakan matahari, bulan, bintang dan mampu menganggarkan waktu pertukaran musim.

Malah teori ala fiksyen mengaitkan lokasi monumen itu sebagai tapak pendaratan kapal angkasa makhluk asing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Tuesday, August 28, 2018

Misteri Peta Piri Cetus Keanehan Antartika

Misteri Peta Piri Cetus Keanehan Antartika

Peta Piri tidak sepatutnya wujud di dunia ini. Begitulah tanggapan logik ramai pihak berikutan ketika peta purba misteri ini dihasilkan, iaitu sekitar abad ke-16, ketika manusia masih belum lagi menemui Antartika.

Misteri Peta Piri Cetus Keanehan Antartika

Bagaimanapun, sesuatu yang aneh dan membingungkan adalah peta itu memaparkan bentuk muka bumi Kutub Selatan beratus tahun lebih awal sebelum dijumpai manusia.

Bagaimana Antartika boleh tertera pada peta itu, sedangkan benua ini masih belum ditemui ketika peta itu dihasilkan?.

Adakah manusia pada zaman purba sudah berjaya sampai ke kawasan itu atau berjaya mencipta pesawat yang mampu terbang tinggi ke angkasa untuk melukis peta itu?

Itulah antara persoalan membingungkan apabila memikirkan teka-teki di sebalik kewujudan Peta Piri.

Misteri membabitkan Peta Piri yang memaparkan kawasan Amerika Selatan, pantai barat Eropah, Afrika Utara dan Antartika, terbongkar selepas dijumpai dalam Istana Topkapi, Istanbul, Turki, ketika bangunan itu ditukarkan menjadi muzium pada 1929.

Sejak dijumpai, misteri peta itu terus menjadi perhatian penyelidik yang bingung memikirkan bagaimana peta kuno itu menunjukkan Antartika yang sebelum ini direkodkan ditemui buat pertama kali pada 1820.

Peta itu dilukis Laksamana Turki, Hadji Muhiddin Piri Ibn Hadji Mehmed atau digelar Piri Reis pada 1513 dan tokoh itu menyatakan bahawa dia melukis peta itu berdasarkan beberapa peta purba yang ditemuinya.

Lebih membingungkan ialah terdapat bahagian peta Antartika yang kelihatan seakan bentuk pesisir Queen Maud Land sebelum diliputi ais selama ratusan tahun hingga kini.

Bentuk asal Queen Maud Land sebelum diliputi ais tebal hanya diketahui pada zaman moden, iaitu selepas peralatan seismografik moden dicipta. Bagaimanapun, Peta Piri lebih awal menunjukkan bentuk asal itu ratusan tahun lalu!?

Penemuan itu menyebabkan ramai pihak mengandaikan bahawa terdapat tamadun pada zaman kuno yang mengetahui kewujudan Antartika, lebih awal daripada rekod penemuan manusia moden pada abad ke-19, malah lebih awal sebelum kawasan Queen Maud Land diliputi ais.

Pelbagai persoalan mengenai peta itu menarik minat ramai penyelidik untuk mengkaji misteri yang terselindung di sebalik penghasilannya.

Bingung dengan misteri berkenaan menyebabkan Profesor Charles H Hapgood dan beberapa pelajarnya di Universiti New Hampshire, mula mengkaji dengan teliti Peta Piri dan beberapa peta purba lain.

Sebaik selesai, beliau menuliskan hasil kajian dalam bukunya, `Maps of the Ancient Sea Kings' yang antara lain mencadangkan pada zaman purba, sudah wujud satu tamadun hebat dari segi sains dan teknologi yang menjelajah seluruh dunia purba dan menghasilkan peta muka bumi pada zaman itu.

Teori Hapgood secara tidak langsung menyokong kewujudan Atlantis yang sering diceritakan sebagai tamadun futuristik yang memiliki pesawat terbang pada zaman purba.

Seorang lagi pengkaji, Gavin Menzies, turut bersetuju dengan teori Hapgood, tetapi berpendapat bahawa tamadun hebat itu adalah China.

Dalam bukunya `1421: The Year China Discovered America', Menzies menyatakan pada zaman dulu, China sudah menjelajah ke seluruh pelosok dunia dan menjumpai Antartika lebih awal daripada rekod penemuan moden pada 1820.

Misteri Peta Piri Cetus Keanehan Antartika
Buku `Maps of the Ancient Sea Kings' (kiri) dan wajah Laksamana Turki, Hadji Muhiddin Piri Ibn Hadji Mehmed atau digelar Piri Reis.

Menurutnya, manusia pertama menjumpai Antartika adalah bangsa China, iaitu Laksamana Hong Bo yang melakukan pelayaran ke Kutub Selatan antara 1421 hingga 1423.

Bagaimanapun, pihak yang mencurigai pandangan ini menafikan bahawa Antartika sudah ditemui dan dilakar dalam peta lebih awal dari 1820.

Sebaliknya, mereka berpandangan bahawa pada zaman purba, pembuat peta akan melukis satu kawasan daratan di bawah peta sebagai `tekaan' bahawa wujud satu dunia lain yang masih belum ditemui.

`Tekaan' itu kemudian secara kebetulan didapati benar-benar wujud di kawasan Antartika. Bagaimanapun jika secara kebetulan, bagaimana pula bentuk Queen Maud Land sebelum diliputi ais pada peta itu menyamai penemuan sains moden?

Teori lebih radikal mengenai Peta Piri dikemukakan penulis, Eric Von Daniken yang mendapati bahawa bentuk muka bumi peta itu sebenarnya dirakamkan dari angkasa dan menyamai bentuk peta yang dirakamkan dari udara Kaherah, Mesir.

Beliau mencadangkan bahawa peta itu dirakamkan dari UFO ketika makhluk asing datang melawat bumi pada zaman purba!

Info Peta Piri
  • Kini ditempatkan di Perpustakaan Istana Topkapi di Istanbul, Turki tetapi jarang dipamerkan kepada umum.
  • Dijumpai dalam Istana Topkapi ketika bangunan itu ditukarkan menjadi muzium pada 1929.
  • Dihasilkan pada 1513 oleh Laksamana Turki, Hadji Muhiddin Piri Ibn Hadji Mehmed atau digelar Piri Reis.
  • Menimbulkan misteri apabila terdapat lakaran muka bumi Antartika sedangkan kutub selatan itu hanya dijumpai pada 1820.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Monday, August 27, 2018

Menyingkap Misteri Dan Rahsia Bigfoot

Menyingkap Misteri Dan Rahsia Bigfoot

Penduduk Orang Asli di Johor kononnya mengetahui satu rahsia besar yang tersembunyi di sebalik rimbunan hutan Khatulistiwa di negara ini sejak berpuluh tahun lalu.

Menyingkap Misteri Dan Rahsia Bigfoot

Selama tempoh berkenaan, rahsia itu sekadar disimpan dan dijadikan cerita bualan dalam puak mereka tanpa diketahui ramai masyarakat moden di bandar.

Sehinggalah sekitar awal tahun 2006, kisah rahsia itu mula dilaporkan akhbar tempatan dan dengan pantas mencetuskan fenomena menggemparkan, bukan sahaja di Malaysia, malah hingga ke peringkat antarabangsa.

Mengikut cerita penduduk Orang Asli terbabit, dalam belantara luas di negara ini terutama sekitar Johor, wujud sejenis hidupan misteri yang mereka gelar sebagai `Orang Mawas' atau `Hantu Jarang Gigi'.

Spesies hidupan misteri itu hidup secara tersembunyi dalam hutan yang jauh dari penempatan manusia tetapi segelintir penduduk Orang Asli mendakwa pernah terserempak dengan makhluk terbabit.

Antaranya pada November 2005, pemuda Orang Asli dari Kampung Punjut mendakwa melihat makhluk seakan-akan manusia tetapi setinggi hampir empat meter dan badan dipenuhi bulu perang ketika mencari katak di Sungai Cemerlang di hutan Johor.

Selain itu, seorang kanak-kanak Orang Asli yang hilang selama enam hari di Hutan Simpan Lenggor pada Disember 2005 juga mendakwa terserempak makhluk berbulu hitam yang tinggi ketika berada dalam belantara berkenaan.

Lalu rahsia kewujudan Orang Mawas atau Hantu Jarang Gigi dilaporkan akhbar sehingga menggemparkan ramai penduduk tempatan dan luar negara.

Berdasarkan gambaran penduduk Orang Asli terbabit, penyelidik tempatan dan luar negara yakin Orang Mawas atau Hantu Jarang Gigi sebenarnya sejenis spesies hidupan misteri yang masyhur di seluruh dunia iaitu Bigfoot.

Misteri Bigfoot sebenarnya sudah menjangkau lebih 200 tahun dan menjadi antara teka-teki terbesar dalam sejarah dunia lantaran masih belum dapat diselesaikan sehingga kini.

Kewujudan makhluk misteri itu mula dilaporkan pada tahun 1811 apabila seorang juruukur menemui jejak kaki besar di Jasper, Kanada.

Gelaran Bigfoot (kaki besar) kemudian digunakan meluas oleh media selepas satu lagi penemuan dilaporkan di Bluff Creek, California, Amerika Syarikat pada tahun 1959.

Kesan tapak kaki besar itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ramai pihak yang bingung memikirkan spesies hidupan apakah yang memiliki telapak kaki aneh seperti itu.

Misteri berkenaan kemudian semakin menggemparkan apabila beberapa pihak tampil mendakwa terserempak dengan spesies hidupan yang meninggalkan tapak kaki besar itu.

Lebih menghairankan ialah mereka mendakwa makhluk misteri berkenaan adalah sejenis spesies hidupan yang tidak pernah dijumpai di mana-mana pelosok dunia sebelum ini.

Makhluk itu kemudian digelar Bigfoot dan digambarkan memiliki fizikal seperti manusia tetapi setinggi antara dua meter hingga empat meter, bertubuh tegap dengan bulu perang atau hitam panjang meliputi seluruh tubuh.

Hidup berkumpulan Bigfoot juga digambarkan bermata merah, memiliki gigi besar dan makan pucuk kayu muda, anai-anai, ikan serta labi-labi.

Makhluk misteri itu juga didakwa hidup dalam kumpulan dan sering berpindah kawasan untuk bersembunyi daripada dilihat manusia.

Sejak tahun 1959, semakin ramai individu tampil mendakwa terserempak dengan Bigfoot, malah ada yang mendakwa berjaya merakamkan gambar makhluk terbabit.

Foto Bigfoot paling terkenal dirakam pada tahun 1967 di California Utara, Amerika Syarikat tetapi kesahihan gambar berkenaan masih diperdebatkan.

Lebih menarik, kelibat makhluk misteri itu tidak saja didakwa dilihat di Kanada atau Amerika Syarikat tetapi di pelbagai negara yang berlainan benua.

Selain dikenali sebagai Bigfoot, ia juga dikenali sebagai Sasquatch di Amerika Utara manakala di Amazon, Amerika Selatan, gelarannya adalah Mapinguari. Di Asia, terutama kawasan Himalaya, makhluk itu digelar Yeti dan di Australia ia dipanggil Yowie.

Pelbagai pendapat dikemukakan berhubung kewujudan makhluk misteri terbabit, antaranya teori Bigfoot-Giganto, menyatakan makhluk itu mungkin sejenis monyet gergasi prasejarah yang hidup pada Zaman Pertengahan Pleistocene.

Monyet gergasi itu dipercayai hidup di Asia, termasuk China dan Asia Tenggara selain Amerika Utara sejak zaman purba. Bagaimanapun, akibat faktor tertentu, spesies purba itu pupus daripada muka bumi sekitar 200,000 hingga 500,000 tahun dulu.

Akan tetapi, ada segelintir kumpulan monyet gergasi itu terselamat daripada pupus dan menyembunyikan diri daripada pengetahuan dunia sehingga kini. Kumpulan monyet itu kini dikenali sebagai Bigfoot.

Bagaimanapun, selama ratusan tahun, masih tiada jasad sebenar Bigfoot yang berjaya ditangkap untuk dipertontonkan kepada umum sekali gus menimbulkan persoalan sama ada makhluk itu memang benar wujud atau sekadar momokan.

Justeru, apabila tersebarnya berita Bigfoot turut dilihat di hutan Semenanjung, ramai pihak, termasuk pengkaji antarabangsa menjejakkan kaki di belantara negara ini untuk memburu makhluk berkenaan.

Malah, sepasukan saintis dan pakar tempatan juga ditubuhkan Kerajaan Johor pada Januari 2006 bagi menjalankan ekspedisi mengesan makhluk itu. Sepasukan penyelidik di peringkat antarabangsa turut `turun padang' bagi memburu Bigfoot di Malaysia.

Bagaimanapun, seperti juga buruan di kebanyakan kawasan lain di seluruh dunia, misteri kewujudan Bigfoot di hutan Semenanjung masih kekal misteri sehingga kini lantaran masih tiada jasad makhluk aneh itu ditemui.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Sunday, August 26, 2018

Misteri Crop Circle Ciptaan Makhluk Asing?

Misteri Crop Circle Ciptaan Makhluk Asing?

Sekitar tahun 1960-an, penduduk sekitar Tully di Queensland, Australia, gempar dan kebingungan mendapati terdapat banyak bentuk bulatan atau lingkaran misteri di kawasan paya rumpai di kawasan itu.

Crop Circle Tully
Crop Circle di Tully.

Lebih menimbulkan enigma dan teka-teki ialah kemunculan lingkaran aneh itu serentak dengan laporan penduduk yang mendakwa melihat objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar sekitar kawasan itu.

Antaranya, seorang peladang yang mendakwa melihat kapal angkasa berbentuk piring terapung setinggi 12 meter dari kawasan paya sebelum terbang hilang di udara. Peladang terbabit segera meninjau paya dipercayai menjadi lokasi pendaratan piring terbang.

Sebaik tiba, dia menjumpai bentuk seakan lingkaran sepanjang 32 kaki panjang dan 25 kaki lebar terbentuk di tengah paya berumpai itu. Lingkaran itu jelas kelihatan apabila rumput rebah mengikut arah pusingan jam selain rumpai tercabut daripada lumpur paya.

Polis, Tentera Udara Australia dan penyelidik Universiti Queensland segera meneliti kes berkenaan. Dengan pandangan skeptikal kejadian misteri itu didalangi makhluk asing, mereka merumuskan lingkaran aneh itu mungkin berpunca daripada kejadian alam seperti pusaran angin.

Tidak lama selepas kejadian itu, tiga lagi bentuk lingkaran aneh muncul tetapi ribuan batu jauhnya dari Australia.

Tiga lingkaran aneh itu ditemui di padang di Duhamel, Alberta di Kanada menyebabkan Jabatan Pertahanan Kanada menghantar dua penyelidik untuk menyiasat misteri membingungkan itu.

Fenomena aneh

Crop Circle Ansty
Crop Circle di Ansty.

Selepas melakukan penyiasatan, pasukan penyelidik merumuskan bulatan itu bukan terjadi secara semula jadi sebaliknya dihasilkan 'pihak tertentu'.

Mereka bagaimanapun, gagal mengenal pasti pihak bertanggungjawab menghasilkan tiga lingkaran itu atau bagaimana proses penghasilannya.

Sejak itu, semakin banyak lingkaran aneh ditemui di seluruh dunia, malah melangkau benua berbeza termasuk di Russia, Amerika Syarikat, Australia, Eropah dan Asia.

Dengan pantas juga lingkaran aneh 'crop circle' menjadi antara fenomena misteri yang popular pada zaman moden menyebabkan ramai penyelidik tampil melakukan kajian bagi merungkai teka-teki di sebalik kewujudannya.

Ketika itulah mereka menyedari misteri kewujudan lingkaran aneh itu sebenarnya sudah bermula lebih awal dari 1960-an.

Beberapa pengkaji berjaya menemui lembaran risalah berita lama bertajuk The Mowing Devil yang diterbitkan di Hertfordshire, England pada 22 Ogos 1678.

Apa yang mengejutkan ialah laporan berita berilustrasi itu menerangkan syaitan menebas tanaman oat sehingga kawasan ladang itu membentuk lingkaran aneh.

Laporan berita lama berkenaan secara tidak langsung memberi gambaran fenomena lingkaran aneh terjadi akibat pengaruh kuasa alam ghaib sehingga ramai penyelidik dihantui kebingungan dalam cuba memahami dan merungkai misteri itu.

Hari demi hari, pelbagai pihak di seluruh dunia melaporkan penemuan corak bulatan pelik dengan diameter seluas lebih 10 meter.

Bentuk terhasil pula amat menarik, kompleks dan berseni sehingga tidak memungkinkan dihasil dalam tempoh singkat. Corak berkenaan bagaimanapun paling jelas jika dilihat dari udara.

Antara penemuan terbaharu dilaporkan agensi berita BBC News apabila lingkaran aneh bersaiz besar dengan corak amat berseni dipercayai muncul di ladang di Bavaria, selatan Jerman.

Lingkaran gergasi itu dikatakan ditemui pihak tertentu ketika menaiki belon udara panas dan sejak kewujudannya didedahkan, ramai pelawat mengunjungi ladang itu untuk melihat sendiri fenomena aneh berkenaan.

Fenomena lingkaran aneh juga pernah ditemui di sawah di Sleman, Yogyakarta, Indonesia pada Januari 2011 sehingga menggemparkan penduduk dan kerajaan negara itu.

Ketika segelintir pemerhati menganggap ia misteri alam akibat aktiviti paranormal, ada pula pihak tampil menyatakan mereka bertanggungjawab menghasilkan lingkaran berkenaan.

Jika difikirkan secara logik, sememangnya tidak mustahil corak berkenaan dicipta manusia tetapi adakah semua lingkaran aneh sejak lebih 300 tahun lalu itu dihasilkan manusia?

Pengkaji rungkai misteri

Crop Circle at Sutton Hall
Crop Circle di Sutton Hall.

Pengkaji lingkaran aneh yang meneliti fenomena itu selama 17 tahun, Dr Colin Andrews menyatakan 80 peratus lingkaran dihasilkan manusia.

Pandangannya itu secara tidak langsung menjelaskan 20 peratus lagi lingkaran aneh terhasil atas suatu sebab yang gagal dikenal pasti.

Selain dihasilkan manusia serta teori fiksyen fenomena misteri itu terjadi akibat pendaratan UFO, teknologi makhluk asing atau tindak balas entiti alam ghaib, terdapat pendapat lain mengenai proses lingkaran aneh itu berlaku.

Antaranya, penyelidik Russia, Stanislav Smirnov, menerangkan jika batang gandum dimasukkan ke dalam ketuhar pembakar bersama segelas air, maka akan muncul pemandangan berupa lingkaran aneh yang biasa dilihat di ladang gandum iaitu batang gandum rebah dan melengkung.

Beliau bagaimanapun belum menemui punca pancaran gelombang mikro besar sehingga mampu menghasilkan lingkaran aneh di ladang luas.

Penyelidik lain, Anatoly Arzyayev dari Institut Perkakasan Elektrik Seluruh Russia menjelaskan gelombang mikro besar itu mungkin berpunca daripada sambaran petir.

Kesan medan magnetik bumi

Misteri Crop Circle Ciptaan Makhluk Asing?

Teori lain ialah fenomena paranormal itu berpunca daripada kesan medan magnetik bumi yang memiliki daya gerak luar biasa serta menghasilkan arus elektrik sehingga mampu merebahkan tanaman.

Pengkaji Amerika Syarikat, Jeffery Walson, yang meneliti lebih 130 lingkaran di ladang gandum mendapati 90 peratus kawasan kejadian berada hampir dengan alat transformer yang berhubung dengan kabel elektrik serta kawasan pengairan.

Tindak balas ion elektrik alatan berkenaan dan kawasan sekitar menghasilkan tenaga magnetik yang merebahkan gandum lalu membentuk lingkaran aneh.

Penyelidik Universiti Michigan, Amerika Syarikat iaitu Deloris Smith mendapati kebanyakan lingkaran aneh berlaku berhampiran kaki gunung dan lokasi seperti itu didapati mudah sekali berlaku puting beliung.

Semua teori itu bagaimanapun gagal menerangkan bagaimana lingkaran aneh mampu menghasilkan corak menarik dan berseni.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Saturday, August 25, 2018

Fenomena Misteri Langit Berlubang

Fenomena Misteri Langit Berlubang

Sekitar Julai 2012, penduduk Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur gempar melihat kewujudan pelbagai cahaya misteri di langit yang muncul lebih dua jam bermula kira-kira jam 11 malam dan saiznya yang besar menyebabkan fenomena misteri itu dapat dilihat sehingga ke Bandar Sunway yang terletak beberapa kilometer dari lokasi itu.

Fenomena Misteri Langit Berlubang

Kejadian luar biasa itu menyebabkan penduduk meluru keluar untuk menyaksikan sendiri fenomena membingungkan itu.

Tatkala melihat keanehan itu, minda penduduk diresapi kegusaran lantaran gagal memikirkan apakah cahaya itu sebenarnya dan petanda yang bakal berlaku menerusi kesan fenomena berkenaan.

Cahaya itu diyakini bukannya objek terbang tidak dikenali (UFO) atau pesawat terbang lantaran tidak bergerak, sebaliknya terpampang statik di langit selain berkelip-kelip seperti cahaya bintang.

Segelintir penduduk merakamkan foto cahaya misteri sebagai bukti kewujudannya dan tidak lama selepas itu, imej garisan cahaya merah, ungu, biru dan putih mula disiarkan akhbar.

Fenomena seluruh dunia

Siasatan dilakukan pihak berkuasa dan ketika itulah disedari fenomena misteri di langit tidak saja berlaku di Malaysia, tetapi dilaporkan di merata tempat seluruh dunia.

Antaranya pada Oktober 2009, penduduk Moscow, Russia, gempar melihat langit bandar mereka 'berlubang'. Fenomena langit berlubang itu pernah dikesan di Alabama pada tahun 2003 dan Colorado pada tahun 2007.

Gambar langit berlubang disebarkan media sosial sehingga ramai pihak gempar lantaran gagal memahami keanehan fenomena alam itu.

Maka pelbagai spekulasi dan teori konspirasi dikemukakan antaranya ia petanda awal serangan makhluk asing ke bumi, selain tanggapan dunia akan kiamat.

Ribuan tahun dulu, masyarakat silam turut gempar melihat kewujudan api misteri di langit. Mereka menganggap api langit adalah petanda buruk dan serangan makhluk kayangan terhadap hidupan bumi.

Meniti batasan masa yang lama, kewujudan fenomena aneh di langit akhirnya dikaji penyelidik. Lama mengkaji, akhirnya penyelidik menyimpulkan kejadian pelik di langit sebenarnya berpunca daripada tindak balas alam yang luar biasa dan jarang berlaku.

Awan bersuhu

Antaranya, kejadian 'langit berlubang' ditakrifkan sebagai 'Lubang Fallstreak'. Lubang itu terbentuk apabila suhu dalam suatu kawasan awan berada di bawah titik beku manakala kawasan lain memiliki suhu biasa.

Kawasan awan bersuhu di bawah titik beku menyebabkan wap air membentuk kristal ais dan jatuh ke bawah. Hasilnya akan membentuk keadaan seakan langit berawan yang berlubang.

Bagi kes api di langit yang dilihat masyarakat zaman silam, saintis akhirnya mengenal pasti ia sebagai komet dari luar bumi. Lantaran penduduk purba masih tidak mengkaji perihal astronomi, maka pelbagai tanggapan tahyul membabitkan alam mistik dikemukakan dan dipercayai selama ratusan tahun.

Begitu juga keanehan yang membingungkan penduduk tatkala berhadapan dengan situasi 'hujan batu'. Pasti timbul persoalan bagaimana 'ketulan batu' boleh berada di langit?.

Hujan batu

Fenomena Misteri Langit Berlubang

Hujan batu pernah berlaku di Malaysia pada 24 Februari 2007 di Selangor iaitu di Sungai Buloh dan Damansara tetapi kes paling teruk dilaporkan di Jerantut, Pahang pada 28 September 2009.

Dalam kejadian di Jerantut, ketulan ais batu yang jatuh sebesar cawan sehingga menyebabkan bumbung zink banyak rumah berlubang.

Jabatan Meteorologi kemudian menjelaskan hujan batu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan sehingga membentuk ais tetapi ais itu gagal cair sebelum mencecah bumi.

Siasatan ANGKASA

Berbalik kepada cahaya aneh di Jalan Klang Lama pada 2012, selepas fenomena itu disiarkan akhbar, maka penelitian segera dijalankan pihak berkuasa.

Antaranya Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) mendapati cahaya misteri itu berkemungkinan berpunca daripada 'awan sirus' iaitu lapisan awan nipis yang berperanan memantulkan sebarang cahaya yang menyuluh ke atas dari permukaan bumi.

Awan sirus tidak boleh dilihat mata kasar kerana terlalu nipis dan berpotensi memantulkan kembali cahaya dari permukaan bumi seperti bangunan, lampu jalan dan lampu limpah.

Selain itu, kewujudan cahaya misteri dengan pelbagai warna di langit juga boleh berlaku akibat fenomena aurora yang berpunca daripada perlanggaran medan magnetik bumi dengan partikel dipancarkan matahari. Aurora banyak berlaku di negara berdekatan Artik dan Antartik.

Bagaimanapun, terdapat juga fenomena misteri di langit yang tidak dapat dijelaskan sehingga kini.

Antaranya, April 2009, akhbar melaporkan kewujudan beberapa objek bercahaya hijau dan putih berlegar di ruang udara Larkin, Johor sehingga menggemparkan penduduk.

Perlu kajian

Fenomena Misteri Langit Berlubang

Pihak berkuasa gagal mengenal pasti objek bercahaya itu, malah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) turut menafikan objek itu adalah pesawat peninjau tanpa pemandu (UAV) negara jiran yang menceroboh ruang udara negara ini.

Malah, ANGKASA dilapor turut menafikan objek bercahaya itu ialah cahaya lampu limpah berkuasa tinggi yang dipancarkan ke langit dan tidak menolak kemungkinan objek itu tidak dapat dijelaskan.

Kesimpulan daripada semua kejadian berkenaan menyedarkan kita supaya jangan cepat melatah dan terus memutuskan sesuatu pandangan tanpa mengkaji terlebih dulu.

Masih terdapat banyak kejadian aneh alam yang tidak dijangka manusia tetapi selepas dikaji, maka kita akan mengakui bahawa benarlah firman Allah SWT dalam ayat ke190, surah Ali Imran yang bermaksud, "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Thursday, August 23, 2018

Misteri 26 Objek Pelik Di Langit Malaysia

Misteri 26 Objek Pelik Di Langit Malaysia

Laporan akhbar 11 Oktober 1992 mencetuskan kegemparan yang amat luar biasa kepada ramai penduduk di Malaysia malah, sebaik membaca laporan berita berkenaan, ramai penduduk terutama yang beragama Islam diselubungi rasa gerun dan takut seolah-olah kiamat semakin hampir untuk memusnahkan dunia ini.

Misteri 26 Objek Pelik Di Langit Malaysia

Peristiwa dilaporkan itu ternyata pelik dan penuh misteri. Rentetan kisah dilaporkan akhbar itu berlaku lewat malam 26 Julai tahun itu apabila kira-kira 200 pelajar sekolah agama di Klang, Selangor, mendakwa melihat 26 bentuk objek aneh di langit!

Objek aneh itu dikatakan muncul secara tiba-tiba di langit malam apabila kumpulan pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke asrama selepas menghadiri kelas mengulang kaji pelajaran.

Bentuk misteri itu dikatakan muncul berturutan hampir empat jam bermula 11.30 malam sehingga membuatkan kumpulan pelajar itu kebingungan dan ketakutan untuk berhari lamanya.

Antara objek yang muncul adalah kalimah Allah, manusia berkepala anjing, batu nisan, janin, manusia, mayat dibungkus, sebiji mata merah (seperti orang marah), lidah panjang serta lidah dipotong dan disambung semula.

Bentuk lain ialah rambut perempuan berlari yang ditarik, sayap burung berkibar, perempuan berwajah babi, kala jengking, dua orang bergaduh kemudian bersalaman serta lelaki berserban sujud ke arah Kaabah manakala yang lain membelakangi Kaabah dan sujud ke arah belakang Kaabah.

Turut ditayang peta Malaysia terbalik dengan Singapura terletak sebelah atas, botol arak, salib bertukar menjadi kubah, ayam, seekor ikan, peta negara Arab, mayat berkafan, burung, orang berdoa dan tangan ingin mencapai sesuatu tetapi gagal dan di tapak tangannya ada tanda bulat.

Fenomena luar biasa itu kemudian dilaporkan akhbar tempatan sehingga menyebabkan ramai masyarakat Islam di negara ini gempar dan kegerunan.

Ramai menyangka bahawa kemunculan lakaran aneh itu adalah petanda kiamat sudah teramat hampir dan akan berlaku tidak lama lagi.

Maka ramai penduduk mula insaf dan bertaubat sehinggakan surau yang dahulunya kosong mula dipenuhi jemaah dan wanita yang membuka aurat mula memakai tudung.

Kalangan ahli agama berpendapat kejadian objek di langit itu tidak mustahil berlaku dengan kekuasaan Allah SWT.

Malah Allah SWT sudah menurunkan peringatan kepada umat Islam sejak dulu lagi seperti bala pada zaman Nabi, malah banyak perkara ghaib yang tidak dapat dijelaskan logik akal, boleh berlaku.

Objek di langit itu juga dikatakan amaran Tuhan supaya umat Islam kembali mengamalkan ajaran agama yang sebelum ini semakin diabaikan kebanyakan penduduk negara ini.

Selain itu, terdapat juga pihak yang skeptikal dengan kejadian itu dan mengandaikan bahawa ia mungkin propaganda ciptaan manusia.

Mereka berpandangan bahawa semua objek di langit itu tidak mustahil dihasil menggunakan kemajuan sains dan teknologi sedia ada.

Berikutan peristiwa aneh itu menggemparkan ramai penduduk Islam di negara ini, maka pihak berkuasa mula tampil melakukan siasatan menyeluruh bagi mencari satu kesimpulan terhadap kejadian berkenaan.

Maka Bahagian Penyelidikan Pusat Islam dan polis mula memanggil dan menyoal siasat guru sekolah agama yang mendakwa melihat 26 objek di langit berkenaan.

Ketika siasatan terhadap kesahihan isu objek di langit itu masih dijalankan, pihak berkuasa turut mengenal pasti kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan daripada peristiwa itu untuk kepentingan mereka sendiri.

Antaranya sebuah kumpulan tarekat mendakwa satu daripada 26 objek yang muncul di langit itu ialah gambaran wajah pemimpin mereka yang akan muncul tidak lama lagi tetapi wajah itu tidak dilukis dengan betul dalam akhbar yang menyiarkan gambaran objek itu.

Anggota kumpulan itu juga dikatakan membuat salinan lukisan objek itu dan menyebarkan kepada umat Islam di beberapa kawasan di Selangor.

Selain itu, ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang mereka cerita kononnya bandar Klang akan dilanda banjir besar.

Justeru, mereka menjalankan kegiatan memungut derma secara tidak sah kononnya untuk membina kapal besar bagi membolehkan penduduk menyelamatkan diri ketika bencana itu muncul.

Selama beberapa minggu, penduduk Islam di Malaysia terus diasak kebingungan dan ketakutan dengan peristiwa aneh membabitkan kemunculan objek di langit itu.

Misteri 26 Objek Pelik Di Langit Malaysia

Bagaimanapun, teka-teki dan misteri itu akhirnya terjawab pada 1 November tahun itu apabila akhbar Berita Minggu menyiarkan satu laporan berita bertajuk `Objek di langit hanya khayalan.'

Laporan berita itu antara lain menyebut Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan objek di langit itu hanyalah khayalan kumpulan pelajar sekolah agama terbabit hasil pendewaan mereka terhadap guru yang dipercayai menyebar ajaran sesat.

Siasatan JPM menunjukkan bahawa pemikiran pelajar itu dipengaruhi menerusi pendekatan pendewaan supaya apa saja yang diperkatakan guru itu dianggap benar.

Pihak berkuasa itu juga mengesahkan guru itu terbabit dengan sebuah kumpulan agama yang mengutip derma untuk membina kapal sebagai persediaan menghadapi kiamat.

Walaupun kisah objek di langit itu sudah lama berlalu dalam lipatan sejarah negara, tinjauan di laman sesawang mendapati masih ada pihak tertentu yang yakin bahawa peristiwa itu benar-benar berlaku atas kekuasaan Allah SWT dan bukannya satu pembohongan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Thursday, August 16, 2018

Misteri Kematian Pemburu UFO Selepas Muntah Darah Hitam!

Misteri Kematian Pemburu UFO Selepas Muntah Darah Hitam!

Komputer riba milik pemburu UFO British dilaporkan 'dibersihkan' sebelum diserahkan semula kepada keluarganya selepas lelaki itu mati secara misteri.

Misteri Kematian Pemburu UFO Selepas Muntah Darah Hitam!
Max Spiers.

Kematian mendadak Max Spiers, 39, diselubungi misteri selepas rakannya menemui mayatnya ketika dia sedang dalam perjalanan ke Poland untuk menghadiri satu persidangan.

Pada Disember 2016, mahkamah mendengar bahawa ahli teori konspirasi itu telah muntah sebanyak dua liter darah hitam sebelum meninggal dunia, namun inkues itu ditangguhkan.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mempunyai banyak 'musuh' dalam kerja penyiasatannya. Inkuesnya akan diadakan selama empat hari dari 7 Januari tahun 2019.

Pihak berkuasa di Poland, di mana Spiers menghadiri sebuah persidangan, pada mulanya menyimpulkan kematian mendadak itu berlaku secara semula jadi.

Satu mesej di telefonnya yang dihantar kepada ibunya, Vanessa Bates sebelum dia meninggal dunia memberi amaran 'anak kamu dalam masalah, jika ada yang berlaku kepada saya, sila siasat'.

Pada ulasan pra-inkuesnya di Guildhall, Sandwich, Kent, mahkamah mendengar bahawa peguam mewakili ibu Spiers, Adam Taylor, memanggil ahli-ahli perkhidmatan kecemasan Poland untuk muncul sebagai saksi.

Seksyen-seksyen dari 700 helaian kenyataan dan bukti yang dikumpulkan akan diterjemahkan dari bahasa Poland untuk inkues tahun depan.

Bukti yang mungkin mengenai sama ada prosiding tatatertib telah dibawa ke atas pegawai polis di Poland berhubung kematian Spiers juga didengar.

Analisis mengenai sebuah komputer riba dan telefon bimbit yang dimiliki oleh Spiers juga perlu dibentangkan di dalam inkues, mahkamah mendengar.

Taylor berkata, "Cara ia dikembalikan dan apa yang dilakukan kepada mereka adalah jelas salah satu misteri besar. Keluarga itu tidak mempunyai pengetahuan atau apa-apa tentang hasil analisis itu."

Komputer ribanya telah dihapuskan dan tentu saja ia tidak kosong semasa kematian Spiers.

Isunya di sini adalah kad Sim dan apa yang ada padanya. Tanpa melihat laporan, keluarga tidak akan dapat menjawab persoalan-persoalan ini.

"Terdapat juga 'beberapa percanggahan' dalam akaun perkhidmatan kecemasan mengenai kematian Max, mahkamah mendengar.

Monika Duvall, seorang rakan yang tinggal bersama dengan Bates, juga diminta menghadiri inkues itu.

Bercakap selepas itu, Bates berkata, "Hari ini berasa sangat positif. Ia sudah dua tahun. Saya tidak sangka dia pergi ke Poland dan tidak kembali.

"Kami ada beratus-ratus muka surat yang perlu diteliti semuanya dalam bahasa Poland."

Selepas mayat Spiers dihantar pulang ke UK, doktor di hospital Margate tidak dapat menentukan punca kematiannya.

Polis Kent kemudian melancarkan siasatan bersama dengan polis Poland terhadap kematian teori konspirasi itu.

Pada pembukaan inkues di Canterbury pada Disember 2016, mahkamah mendengar bagaimana lelaki 39 tahun itu melawat Poland untuk bercakap di sebuah persidangan selepas bercuti dengan seorang kawan di Cyprus.

Tidak lama sebelum kematiannya, Spiers dikatakan telah meneliti kehidupan tokoh-tokoh terkenal dalam politik, perniagaan dan hiburan.

Pada masa itu ibunya Bates berkata dia mengalami ketakutan yang paling teruk.

"Saya fikir Max telah menggali lubang gelap dan seseorang mahu dia mati."

Dia berharap siasatan itu akan menerangkan tentang kematian misteri itu.

"Ia sudah lama, tetapi saya hanya baru rasa lega sesuatu yang sedang dilakukan dan ada penyiasatan dan inkues yang betul."

Ramai berkongsi tentang teorinya dalam talian, dengan ahli teori konspirasi lain, penyiasat UFO dan blogger memanggil keadaan kematian Spiers sebagai mencurigakan.

Pada masa itu, Coroner Alan Blunsdon memberitahu mahkamah bahawa dia masih menunggu laporan daripada pihak berkuasa Poland, sambil menambah bahawa beban kerja Polis Kent mungkin menyebabkan kelewatan analisis forensik telefon dan komputer Spiers.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Wednesday, August 15, 2018

Misteri 'Calvin Parker' Nelayan Yang Diculik ‘Alien Kulit Kedut'

Misteri 'Calvin Parker' Nelayan Yang Diculik ‘Alien Kulit Kedut'

Seorang nelayan berkata dia telah diculik oleh dua alien yang menaiki UFO, sebelum diberikan dadah dan pemeriksaan fizikal dilakukan terhadapnya.

Misteri 'Calvin Parker' Nelayan Yang Diculik ‘Alien Kulit Kedut'
Calvin Parker.

Calvin Parker, 64, berkata dia dan rakannya Charles Hickson ditangkap oleh sebuah kapal berbentuk bola ragbi dengan ketinggian 80 kaki semasa memancing di Sungai Pascagoula di Mississippi, Amerika Syarikat.

Parker kini menulis sebuah buku tentang kisah penculikan itu yang berlaku pada Oktober 1973, yang mana ia melibatkan seekor alien kelabu tanpa leher dan kulit berkedut, dan satu lagi kelihatan lebih feminin.

Dia mendakwa makhluk luar angkasa itu mampu menentang graviti dan mengapung diri ketika menanggung dia dan Hickson, yang ketika itu sudah ‘dimatikan’ untuk pemeriksaan fizikal.

Mengimbas kembali kejadian tersebut, Parker berkata, “Satu cahaya besar keluar dari awan. Ia adalah cahaya yang sangat terang. Sukar untuk diungkapkan, tetapi ia kelihatan seperti bola ragbi.

“Saya hanya dapat katakan, hanya menganggarkan, ia adalah kira-kira 80 kaki tinggi. Tak banyak bunyi dapat didengar. Ia hanya bunyi bising.”

Misteri 'Calvin Parker' Nelayan Yang Diculik ‘Alien Kulit Kedut'

Parker berkata pertemuan dengan dua maklhluk asing itu menyebabkan dia ketakutan, sehinggalah satu masa dia mula relaks.

“Saya rasa mereka menyuntik kami dengan sesuatu untuk menenangkan kami.”

Selepas pemeriksaan, mereka berdua dikembalikan ke tebing sungai. Mereka terus menghubungi pejabat sheriff tempatan dan ujian pengesan pembohongan dijalankan ke atas mereka.

Hickson gembira dengan perhatian media yang meluas susulan dakwaan itu, tetapi Parker lebih malu dan cuba menjauhkan diri dari perhatian.

Menjelaskan mengapa dia memilih untuk bercakap selepas sekian lama, dia berkata, "Saya telah melalui hari-hari selama 45 tahun genap Oktober ini. Saya tidak pernah bercakap mengenainya atau mahu bercakap mengenainya.

Calvin Parker UFO

“Saya tak ramai kawan, tetapi mereka kawan sejati. Mereka tidak pernah bertanya tentang hal itu dan saya tidak pernah bercakap mengenainya. Keluarga saya tidak pernah bercakap mengenainya.

“Saya rasa semua orang patut mendapat penjelasan. Setiap orang mempunyai tarikh tamat tempoh dan saya ingin menceritakan kisah ini sebelum saya mati.

“Saya mempunyai pengalaman nyaris mati dan kesihatan yang tidak baik sekarang. Saya hanya mahu melakukannya.

“Saya pergi memancing pada waktu malam dan melihat ke atas, tertanya-tanya dari mana mereka datang dan sejauh mana perjalanan mereka dan mengapa mereka perlu mendapatkan saya.”

Misteri kan?

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Tuesday, July 31, 2018

Misteri Roh Hamba Abdi Rumah Agam La Laurie

Misteri Roh Hamba Abdi Rumah Agam La Laurie

Dibina pada tahun 1832, sebuah rumah agam tiga tingkat yang tersergam indah di New Orleans, Amerika Syarikat, menyimpan seribu rahsia. Dinamakan sebagai La Laurie Mansion, rumah ini dimiliki sepasang suami isteri, Dr. Louis La Laurie dan isterinya, Delphine La Laurie.

La Laurie Mansion Century

Masyarakat tempatan sangat mengagumi pasangan ini, tambahan pula Delphine bukan sahaja cantik malah sangat ramah orangnya.

Sesiapa yang pernah menghadiri jamuan di rumah agam La Laurie ini pasti akan terpegun dengan budi bahasa Delphine dan layanan baik yang diterima.

Namun, tiada siapa yang tahu sisi gelap Delphine sehinggalah pada suatu hari dalam tahun 1834.

Api yang menyambar rumah agam itu menyebabkan ramai penduduk datang untuk membantu memadamkan api yang marak.

Ketika cuba memadamkan api dibahagian dapur, mereka terkejut apabila melihat ramai hamba abdi Delphine yang diseksa.

Salah seorang dari mereka adalah tukang masak yang telah dirantai kakinya pada tiang di dapur.

Semua hamba abdi itu ditemui dalam keadaan yang amat menyedihkan. Mereka dilayan lebih teruk daripada binatang.

Delphine yang selama ini dianggap bagai bidadari rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia.

Sebenarnya, jiran tetangga terdekat sudah lama sangsi terhadap pasangan ini apabila melihat orang gaji keluarga Delphine kerap kali bertukar.

Selalunya, mereka akan hilang secara misteri.

Pernah suatu hari sewaktu jirannya pernah melihat Delphine sedang mengejar seorang kanak-kanak perempuan dipercayai salah seorang pembantu rumah Delphine.

Seperti dirasuk, Delphine mengejar dan menghayunkan rotan besar ke arah kanak-kanak yang sedang ketakutan itu.

Kanak-kanak perempuan tersebut berlari ke atas bumbung sebelum terjun dari rumah tiga tingkat itu.

Pintu Rahsia

Tidak betah memikirkan nasib hamba-hamba milik Delphine, jirannya bertindak membuat laporan kepada pihak berkuasa yang akhirnya merampas kesemua hamba milik Delphine.

Sangkaan mereka, tiada lagi manusia yang menjadi mangsa kekejaman wanita itu setelah semua hambanya berjaya dibebaskan namun, kebakaran yang berlaku telah membongkar rahsia tersembunyi.

Dipercayai tukang masak yang tidak tahan dengan seksaan di rumah Delphine telah bertindak memulakan kebakaran.

Disebabkan kebakaran itu juga, pasukan penyelamat telah menemui satu pintu rahsia di bahagian loteng rumah.

Disitu, mereka menemui puluhan orang hamba abdi yang dirantai pada dinding dalam keadaan telanjang bulat.

Ada diantaranya dikurung dalam sangkar anjing manakala seorang hamba wanita ditemui dalam keadaan mulutnya disumbat dengan najis haiwan sebelum bibirnya dijahit.

Hamba abdi lelaki turut diseksa. Kuku mereka di cabut, mata dicungkil keluar dan alat sulit dipotong.

Pasukan penyelamat sendiri tidak sanggup melihat keadaan ngeri di dalam 'kamar seksaan'.

Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar mangsa yang berjaya diselamatkan dari neraka ciptaan Delphine itu, namun kebanyakannya sudah pun menemui ajal sewaktu ditemui.

Penduduk yang ditemui sangat berang selepas mengetahui kekejaman yang berlaku di kawasan mereka.

Mereka menyerang kediaman keluarga Delphine namun terlambat apabila pasangan itu sudah melarikan diri.

Keluarga La Laurie yang menghilangkan diri kemudiannya gagal dikesan sehingga ke hari ini.

Malangnya, tidak kepada roh-roh hamba abdi yang pernah menjadi mangsa kekejaman Delphine.

Gangguan Roh La Laurie Bermula

Kisah-kisah seram di rumah agam La Laurie bermula selepas ia dibiarkan tanpa penghuni lebih kurang tiga tahun selepas kes kebakaran yang berlaku.

Penduduk mendakwa sering mendengar suara jeritan meminta tolong dari balkoni dan juga kawasan belakang rumah tersebut.

Pada tahun 1837, rumah agam itu dibeli oleh seorang lelaki namun hanya bertahan selama tiga bulan.

Lelaki itu mengadu sering terdengar bunyi-bunyi pelik ketika malam menjelma. Bukan itu saja, dia juga selalu mendengar suara jeritan mendayu-dayu meminta tolong.

Lelaki itu pernah menyewakan bilik-bilik di dalam rumah itu tetapi tiada siapa yang sanggup mendengar jeritan menyeramkan saban malam.

Akhirnya, dia keluar dari rumah agam La Laurie dan ia kembali tidak berpenghuni.

Kemudian, ia dibeli oleh pemilik baru, namun keadaan masih berterusan.

Rumah agam La Laurie terus bertukar pemilik kerana tiada siapa yang tahan berdepan dengan gangguan ketika ditinggal di situ.

Lewat tahun 1890an, ketika itu ramai rakyat negara luar berhijrah ke Amerika Syarikat. Rumah agam La Laurie kemudiannya diubah menjadi bilik-bilik kecil dan disewakan dengan kadar yang rendah.

Walaupun begitu, sewa yang murah masih tidak mampu menahan penyewanya dari terus menetap di situ. Penyewa kerap keluar masuk. Tiada yang tahan dengan gangguan yang dialami.

Ada juga penyewa yang mendakwa telah diserang oleh seorang lelaki kulit hitam yang dirantai kakinya. Kelibat lelaki itu tiba-tiba hilang selepas mengejar penyewa tersebut.

Penyewa lain pula mendakwa melihat bayangan seorang wanita datang mendekati bayinya yang sedang tidur.

Jeritan dan lolongan kedengaran setiap malam, bagaikan santapan wajib untuk halwa telinga semua penyewa di situ.

Gagal dijadikan sebagai tempat kediaman, rumah agam ini diubah menjadi kedai perabot, namun gangguan masih lagi berlaku. Pemilik kedai mengeluh apabila mendapati perabot yang dijual sering rosak.

Pernah pada suatu malam dia menunggu sehingga ke subuh untuk mengetahui siapa yang merosakkan perabotnya, namun langsung tiadak kelihatan kelibat manusia.

Peliknya, perabot masih lagi dirosakkan seakan ada entiti lain yang sengaja merosakkan perabot itu.

Akhirnya, dia terpaksa menutup kedai apabila mengalami banyak kerugian.

Roh Berkeliaran

La Laurie Mansion

Hari ini, rumah agam La Laurie dibina semula dan berfungsi sebagai sebuah apartmen mewah. Adakah ia masih berhantu? Tiada jawapan bagi persoalan ini.

Sewaktu proses pengubahsuaian rumah dijalankan, pemaju telah menemui satu kubur lama dipercayai tempat Delphine menanam semua mayat mangsanya.

Berapa ramai mangsa yang pernah diseksa Delphine? Tiada siapa yang tahu.

Yang pasti, dikatakan roh-roh mereka masih lagi berkeliaran, kononnya meminta bantuan kepada penghuni yang berani tinggal di rumah agam La Laurie!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, July 02, 2018

Misteri Hantu 'Tumpang' Tangan Atas Lutut Anak Dalam Gambar

Misteri Hantu 'Tumpang' Tangan Atas Lutut Anak Dalam Gambar

Seorang lelaki, Chris Downing, dari Wisconsin, mendakwa 'hantu' berjaya dirakamkan dalam gambar yang diambil bersama anaknya ketika dia sedang sakit dan nyaris mati selepas kurang seminggu diselamatkan akibat pengambilan dadah berlebihan.

Misteri Hantu 'Tumpang' Tangan Atas Lutut Anak Dalam Gambar

Chris yang bergambar dengan dua orang anak yang melawatnya dan seminggu kemudian, anak perempuannya memberitahu terdapat 'tangan hantu' di atas kaki adik lelakinya dalam gambar yang diambil.

"Saya cuba zoom dan seakan tidak percaya," Downing memberitahu Caters.

"Saya tak tahu apa benda tu, saya terkejut."

Dalam foto itu yang diambil beberapa tahun lalu, dapat dilihat satu tangan berada di atas lutut Kyle, yang ketika itu berusia 10 tahun.

"Saya tunjuk kepada anak lelaki saya dan dia terus menangis dan berlari masuk ke biliknya," kata Downing.

"Dia beritahu tidak berasa sesuatu yang pelik ketika gambar itu diambil, tapi sampai sekarang dia masih tak mahu melihat gambar itu."

Chris Downing, yang bebas dadah selama empat tahun, memberitahu Caters dia mungkin telah membawa balik sesuatu selepas pengalamannya berdepan saat-saat kematian.

"Secara jujur ​​saya fikir ia adalah hantu, saya tak tahu apa lagi selain hantu," katanya.

"Saya fikir mungkin pada masa itu saya berada dalam kegelapan, roh jahat mendekati saya. Atau saya mungkin membawa balik sesuatu 'benda' ketika saya hampir mati atau ada 'benda' menumpang di badan saya.

"Ia perkara paling menyeramkan yang pernah saya lihat," katanya lagi.

Seram kan!

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Monday, June 25, 2018

Misteri Pembunuh Berantai Hwaseong

Misteri Pembunuh Berantai Hwaseong

Hwaseong merupakan sebuah bandar yang terletak dalam daerah Gyeonggi, Korea Selatan dan merupakan bandar yang berteraskan perladangan namun, bandar ini juga menyimpan satu kisah hitam.

Misteri Pembunuh Berantai Hwaseong

Antara tahun 1986 sehingga 1991, penduduk negara ini dikejutkan dengan kejadian pembunuhan bersiri yang berlaku di Hwaseong. Ia dikatakan antara pembunuhan berantai terbesar dalam sejarah kes jenayah negara republik itu.

Dalam tempoh tersebut, 10 mayat wanita berusia antara 14 tahun sehingga 71 tahun ditemui dengan corak pembunuhan yang sama.

Mayat-mayat itu ditemui dalam keadaan diikat dengan pakaian mereka sendiri dan didapati telah diperkosa dan dijerut sehingga mati.

Bermula pada 15 September 1986, Hwaseong mula dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita disebuah kawasan sawah padi.

Mayat itu diikat dengan pakaiannya sendiri. Hasil siasatan mendapati mayat itu telah dirogol dan dicekik sehingga mati. Mangsa dikenali sebagai Lee Wan Im, berusia 71 tahun.

Ketika polis sedang menyiasat kes tersebut, pada 20 Oktober, satu mayat wanita berusia 25 tahun pula ditemui.

Mangsa kedua bernama Park Hyun Sook ditemui dalam keadaan serupa seperti mayat pertama.

Ketika itu, pihak polis mula sedar, satu kes pembunuhan bersiri sedang muncul dan mungkin akan ada wanita lain bakal menjadi mangsa. Jangkaan mereka tepat.

Pada 12 Disember, mayat ketiga ditemui dikenali sebagai Kwon Jung Bon berusia 25 tahun.

Hanya selang dua hari kemudian, pada 12 Disember, mayat keempat pula muncul. Seorang gadis berusia 23 tahun bernama Lee Kye Sook.

Mayat-mayat ditemui dalam keadaan yang sama. Mereka diperkosa, diikat dan dicekik sehingga mati dengan pakaian sendiri.

Kes ini mula mendapat liputan meluas. Rakyat mula ketakutan terutamanya penduduk di bandar Hwaseong.

Siasatan besar-besaran segera dilakukan yang melibatkan lebih kurang dua juta anggota polis bagi menangkap pembunuh bersiri tersebut.

Pun begitu, agak sukar untuk pihak polis mengesan pelakunya memandangkan ketika itu kemampuan penyiasatan mereka masih terhad, apatah lagi ia merupakan kes paling besar dan rumit yang harus ditangani.

Ketika pihak polis masih buntu mengesan penjenayah itu, mayat kelima ditemui pada 10 Januari 1987. Mangsanya ialah gadis berusia 19 tahun, Jong Jin Young.

Selang beberapa bulan kemudian, mayat keenam pula muncul pada 2 Mei yang menyaksikan Park Eun Joo, berusia 29 tahun menjadi mangsa.

Pada 7 September, mayat Ahn Gi Soon, wanita berusia 54 tahun ditemui sebagai mangsa ketujuh.

Tidak sampai 10 hari kemudian, mayat remaja berusia 14 tahun pula ditemui.

Penemuan mayat Park Sang Hee pada 16 September membawa kepada penangkapan seorang pemuda berusia 22 tahun apabila polis menemui rambutnya ditempat kejadian.

Tetapi, dia dibebaskan selepas siasatan yang dijalankan mendapati dia tiada kaitan dengan pembunuhan bersiri tersebut.

Selepas remaja 14 tahun menjadi mangsa, tiada lagi mayat baru ditemui dalam waktu terdekat namun, siasatan besar-besaran masih dijalankan.

Kes pembunuhan bersiri ini bukan sahaja membabitkan anggota polis paling ramai yang terlibat, bahkan telah menahan lebih kurang 20 ribu orang suspek.

Lebih 40 ribu individu telah diambil cap jari mereka, 570 sampel darah dan 180 sampel rambut untuk dianalisis, malangnya ia masih gagal memberi sebarang petunjuk.

Dua tahun kemudian, pada 15 November 1990, mayat remaja perempuan berusia 14 tahun ditemui sebagai mangsa kesembilan.

Corak jenayah yang ada pada mayat Kim Mi Jung sama dengan lapan mayat sebelumnya.

Mayat kesepuluh pula ditemui pada malam 3 April 1991 di kawasan pergunungan Hwaseong.

Mangsanya ialah Kwon Soon Sang, wanita berusia 69 tahun. Mayatnya ditemui dengan lehernya dibelit dengan stokin panjang kepunyaannya.

Walaupun pelbagai cara dilakukan, ia masih gagal memberi sebarang petunjuk siapa pembunuh sebenar.

Pada penghujung tahun 80an, Korea masih diambang teknologi yang lemah terutamanya berkaitan dengan kajian DNA.

Forensik ketika itu hanya mampu mengesahkan jenis darah pembunuh tersebut sebagai kategori 'B'.

Semasa mayat kesembilan dan kesepuluh ditemui, sampel darah dan air mani dari tempat kejadian telah dihantar ke Jepun untuk dianalisis, tetapi tiada satu pun yang sepadan dengan semua suspek yang pernah ditahan polis.

Misteri Pembunuh Berantai Hwaseong
Filem Memories of Murder.

Hasil siasatan hanya sekadar mampu memberi gambaran asas pembunuh tersebut dikatakan seorang lelaki kurus berusia 20an dengan ketinggian lebih kurang 170 sentimeter.

Gambaran itu diperolehi daripada salah seorang mangsa yang berjaya menyelamatkan diri.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah lelaki itu yang melakukan semua jenayah tersebut.

Apa yang menyedihkan, di Korea Selatan, status pendakwaan sesuatu kes akan tamat selepas 15 tahun.

Ini bermakna tiada lagi pendakwaan atau perbicaraan untuk kes ini kerana sudah tamat tempoh, melainkan jika undang-undang baru digubal.

Nasib semua wanita ini tidak dapat dibela sedangkan penjenayahnya mungkin sedang hidup bergembira diluar sana.

Kisah pembunuh bersiri Hwaseong turut menjadi ilham penerbit untuk menghasilkan filem berjudul 'Memories of Murder' pada tahun 2003 yang diinspirasikan daripada kejadian tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, June 12, 2018

Merungkai Misteri Kota Berhantu Kayakoy Di Turki

Merungkai Misteri Kota Berhantu Kayakoy Di Turki

Sudah menjadi gelaran bagi sesuatu tempat yang ditinggalkan dilabel sebagai ‘berhantu’ lebih-lebih lagi jika telah ditinggalkan dalam tempoh masa yang lama. Mungkin kerana kita seringkali membayangkan hantu berada di tempat-tempat yang sepi, gelap dan tidak berpenghuni. Begitu juga alasan mengapa tempat ini digelar sebagai kota berhantu.

Merungkai Misteri Kota Berhantu Kayakoy Di Turki

Terletak kira-kira 8 kilometer ke selatan dari Bandar Fethiye di barat daya Turki, Kayakoy atau Rock Village ini dahulunya menjadi kediaman masyarakat Livissi yang mana mereka merupakan penganut Kristian Ortodoks yang berasal dari Yunani (Greece).

Kota ini dibangunkan pada abad ke-18 dengan jumlah populasi penduduk seramai 10,000 hingga 20,000 orang.

Pada asalnya, kota ini adalah tempat bagi penduduk di Pulau Bizantium Gemiler untuk melarikan diri daripada lanun yang merompak mereka ketika itu.

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama, ramai penduduk Yunani di seluruh Turki Barat hidup dengan aman tetapi selepas berlakunya perang, orang Yunani tiba-tiba menjadi musuh terutama kepada kejayaan Uthmaniyah.

Ketika itu, ratusan ribu orang-orang Yunani dibantai semasa perang sebagai sebahagian daripada pembersihan etnik yang dilakukan oleh Turki. Ada yang melarikan diri semula ke Greece dan ada yang dihantar pulang secara paksa.

Merungkai Misteri Kota Berhantu Kayakoy Di Turki

Sementara itu, penduduk Livissi dihalau dari rumah mereka dan terpaksa berjalan kaki ke lokasi lain sejauh 220 kilometer.

Sepanjang proses penghijrahan, ramai yang mati akibat kelaparan dan keletihan yang teruk dan perjalanan ini dicatat sebagai perarakan maut dalam sejarah.

Namun, selepas runtuhnya empayar kerajaan Uthmaniyah, orang-orang Yunani nekad untuk kembali ke tanah mereka dan menyerang Turki.

Perang yang terjadi selama 3 tahun ini tidak lain tidak bukan hanyalah menjadi medan kekejaman, penyembelihan, pembakaran kota dan lain-lain.

Hingga akhirnya, pada tahun 1923 satu perjanjian damai ditandatangani dan kedua-dua negara sepakat untuk melakukan pertukaran populasi.

Lebih dari satu juta penganut Kristian Ortodoks yang tinggal di Turki harus pulang semula ke Greece dan sekitar 500,000 muslim yang tinggal di wilayah Yunani harus kembali ke Turki.

Sebaik peperangan berakhir, Livissi atau Kayakoy ini mula ditinggalkan. Kota bukit berbatu ini tidak lagi menjadi tempat tinggal.

Merungkai Misteri Kota Berhantu Kayakoy Di Turki

Ditambah pula pada tahun 1957 gempa bumi yang melanda kota ini membuatkan ia semakin ditinggalkan.

Kini, Livissi dikenali dengan nama baru digelar sebagai Kayako atau Rock Village, banyak bangunan yang masih dikekalkan untuk dijadikan sebagai monumen bersejarah.

Pada tahun 2014, The Thrillist melaporkan bahawa runtuhan Kota Kuno ini ditawarkan untuk disewa dalam jangka masa selama 49 tahun.

Bermaksud, sesiapa yang mampu menyewa Kayako bakal memilikinya selama setengah abad!

Soalannya, anda rasa dekat sini ada hantu betul-betul tak?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Thursday, June 07, 2018

Rumah Putera Harry dan Meghan Markle Berhantu?

Rumah Putera Harry dan Meghan Markle Berhantu?

Dalam banyak-banyak spekulasi mengenai kediaman pasangan Putera Harry dan Meghan Markle, spekulasi ini mungkin menjadi yang paling liar apabila timbul persoalan adakah rumah sebagai hadiah perkahwinan Ratu kepada pasangan itu berhantu?

Rumah Putera Harry dan Meghan Markle Berhantu?

Ratu Elizabeth dilaporkan memberikan York Cottage di Sandringham Estate sebagai rumah negara kepada Harry dan isterinya, menurut Metro.

Laporan Daily Mail bertajuk, 'York Cottage is ugly, haunted and has been despised by a raft of royals... so has the Queen gifted Harry and Meghan the second home from hell?' pula telah mencetuskan kekeliruan dengan timbul persoalan sama ada pengantin baharu perlu memanggil bomoh sebelum berpindah ke situ.

Tetapi jika dibaca laporan tersebut, ia tidak mendedahkan tentang rumah itu yang 'keras' sebaliknya lebih menunjukkan ia sebuah rumah peringatan.

Tenang, tiada hantu pernah dilihat

Rumah Putera Harry dan Meghan Markle Berhantu?

Rumah di Norfolk yang terletak berhampiran dengan Anmer Hall juga adalah percutian desa Putera William dan Kate Middleton.

Ia dikenali sebagai rumah orang bujang, kerana pada asalnya ia dibina untuk tetamu yang belum berkahwin menginap ketika melawat Sandringham.

Putera Albert Victor, yang dikenali sebagai Putera Eddy, tinggal di situ pada awal tahun 1890-an. Dia terkena selesema semasa perayaan hari jadinya di rumahnya dan meninggal dunia pada usia 28 tahun, sebelum perkahwinannya dengan sepupu jauhnya, Puteri May dari Teck.

Selama bertahun-tahun, bilik tidur Eddy telah dibiarkan dalam keadaan asal.

Air di dalam jag di tepi katilnya sentiasa ditukar dan sabunnya diganti apabila ia mula kelihatan kurang cantik, menurut 'Sandringham Days: The Domestic Life Of The Royal Family In Norfolk, 1862-1952'.

Buku itu menjelaskan bagaimana perkara-perkara asal disimpan atau dipelihara selepas kematian untuk membantu menghormati kenangan ahli keluarga yang tersayang.

Malah kemudian, apabila Puteri May berkahwin dengan adik lelaki Putera Eddy, George, barang-barang Eddy masih disimpan.

Rumah Putera Harry dan Meghan Markle Berhantu?

Bagaimanapun, sepanjang tinggal di sini, tiada penampakan makhluk halus berlaku, ada perasaan bahawa York Cottage adalah sebuah rumah yang dilupakan kerana tidak ada lagi kerabat diraja yang tinggal di situ setelah George sekeluarga meninggalkan rumah ini, menurut artikel.

Kerana York Cottage terbahagi kepada sebuah rumah percutian dan tempat penginapan pekerja, lebih baik pengubahsuaian dilakukan sebelum Harry dan Meghan berpindah masuk ke sini, jika benar Ratu menghadiahkannya kepada mereka.

Pasangan itu kini tinggal di sebuah rumah dengan dua bilik tidur, Nottingham Cottage, di Kensington Palace.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Tuesday, June 05, 2018

Ari Kala, Wanita Yang Mampu Menghidu 'Bau' Kematian!

Ari Kala, Wanita Yang Mampu Menghidu 'Bau' Kematian!

Seorang wanita mendakwa bahawa dia mempunyai kelebihan untuk menghidu sejenis bau pada badan manusia yang menandakan individu itu akan mati dalam masa terdekat.

Ari Kala, Wanita Yang Mampu Menghidu 'Bau' Kematian!

Ari Kala, 24, dari Hunter Valley, Australia, mendakwa memiliki kelebihan itu ketika dia berusia 12 tahun dan mula menghidu bau berkenaan daripada badan bapa saudaranya yang menunggu detik-detik kematian.

“Malam sebelum kematiannya, saya terhidu sejenis bau janggal seolah-olah daging reput ‘manis’ di dalam rumahnya.

"Tetapi orang lain gagal menghidunya,” kata Ari.

Bagaimanapun, Ari Kala tidak pernah memberitahu kepada mana-mana individu bahawa mereka akan mati dalam masa terdekat kerana percaya itu bukan tanggungjawabnya.

Dia kini menjadi seorang jurulatih psikik yang membantu individu lain untuk mencungkil kuasa dalaman masing-masing.

Sebelum ini, Ari Kala bekerja di sebuah firma sebagai setiausaha perundangan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo