Wednesday, October 30, 2013

Mati Akibat Kemalangan Dengan Cara Yang Sangat Pelik


Info Pelik. Statistik kematian akibat kemalangan-kemalangan yang pelik jarang kita perolehi, tapi sebenarnya wujud. Kali ini kta akan mengikuti beberapa jenis punca kematian yang agak luarbiasa.

6,000 kematian Ketika menghantar SMS Semasa Memandu

Texting during driving

Satu kajian yang dijalankan oleh Virginia Tech Transportation Institute (VTTI) telah mendapati bahawa risiko kemalangan berlaku akibat pemandunya memandu sambil menghantar sms ringkas ialah 23 kali lebih berbanding mereka yang tidak melakukannya. Di Amerika Syarikat sahaja, 6,000 kematian berlaku setiap tahun akibat pemandu menghantar sms semasa memandu!

Isikel membunuh 100 orang setiap tahun di Rusia

Isikel

Setiap tahun, ramai sekali yang akan terbunuh akibat isikel-isikel tajam yang terjatuh dari bahagian bumbung bangunan yang bersalji dan menimpa para mangsa yang sedang berada di kawasan pejalan kaki di bahagian bawah.

450 orang terbunuh jatuh katil setiap tahun

Jatuh katil

Menurut Pusat untuk Kawalan Penyakit, jatuh daripada katil telah menyumbang kepada 1.8 juta kunjungan kecemasan di hospital dan lebih 400,000 kemasukan ke hospital-hospital setiap tahun. Antara yang paling berisiko berhadapan masalah iai ialah yang berusia sangat muda dan juga yang sangat tua yang mana dengan pengurangan kestabilan akan mengakibatkan golongan berusia lebih 65 tahun paling berisiko sakit teruk bila jatuh. Dan di Amerika Syarikat sahaja, 450 orang dilaporkan terbunuh akibat terjatuh daripada katil!

Badak air membunuh 2,900 orang setiap tahun di Afrika

Badak air

Ramai pakar berpendapat bahawa badak air boleh dikategorikan sebagai haiwan yang paling berbahaya yang terdapat di Afrika. Ini kerana, dengan berat badannya yang boleh mencecah sehingga 8,000 paun selain mampu bergerak pada kelajuan 18 batu sejam, ia telah diketahui boleh mengancam bot-bot pelancong tanpa sebab tertentu dan menggigit para penumpang dalam bot menggunakan gigi mereka yang besar dan tajam. Malahan, badak air juga adalah haiwan yang agresif, tidak boleh dijangka dan tidak mempunyai rasa takut kepada manusia.

Obor-obor membunuh 20-40 orang di Filipina setiap tahun

Obor-obor

Walaupun diketahui kebanyakan obor-obor bukanlah dari jenis yang berbahaya namun terdapat jenis obor-obor yang boleh mendatangkan kemudaratan dan seterusnya membawa kepada kematian.

Semut membunuh kira-kira 300 orang setiap tahun

Siafu ant

Sebenarnya terdapat lebih 280 spesis semut yang mampu membunuh dan antara yang paling bahaya ialah jenis semut api dan juga semut Siafu dari Afrika. Oleh kerana spesis ini biasanya hidup dalam koloni yang boleh terdiri sehingga 20 juta, jadi setiap kali serangan berlaku, semut-semut ini akan dengan mudahnya menguasai mangsanya. Kebanyakan laporan kematian akibat semut ialah apabila manusia tertidur berhampiran dengan bukit semut dan akhirnya tewas akibat gigitan dan bisa yang berterusan dari semut-semut ini.

Anjing membunuh 34 orang setiap tahun di Amerika Syarikat

Anjing garang

Secara puratanya terdapat kira-kira 4.7 juta mangsa gigitan anjing setiap tahun di Amerika Syarikat dan lebih 1,000 daripadanya terpaksa mendapatkan rawatan di bahagian kecederaan kerana gigitan tersebut setiap hari. Kebanyakan mangsa ialah kanak-kanak yang digigit di muka.

Roller Coaster membunuh 4 orang setiap tahun

Roller coaster

Kalau dikira, purata risiko kecederaan menaiki roller coaster adalah sangat rendah. Di Amerika Syarikat sahaja, orang ramai akan menaiki roller coaster sebanyak 900 juta kali dan dari jumlah itu, setiap 1 daripada 124,000 akan mengakibatkan kecederaan. Namun kajian antara tahun 1994-2004 menunjukkan yang terdapat kira-kira 40 kematian berlaku akibat menaiki roller coaster dan pada masa kini jumlah itu dipuratakan pada lebih kurang 4 orang setiap tahun di Amerika Syarikat.

Mesin vending membunuh kira-kira 13 orang setiap tahun

Vending machine

Dianggarkan setiap tahun hampir 10 orang hingga 13 orang akan menemui kematian akibat dihempap mesin vending yang terjatuh ke atas mereka.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon