Friday, May 18, 2018

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Isu jenayah seringkali menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat namun, tahukah anda bahawa ada beberapa kes pembunuhan dan isu yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

1. Tragedi Kemalangan Pesawat Negara

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Pada hari Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan rakyat Malaysia dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah sebuah pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan.

Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.

Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.

Peristiwa yang berlaku puluhan tahun lalu itu juga meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila ia turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang.

Berdasarkan kisah yang dinyatakan kepada umum, pada pukul 7.21 malam hari kejadian, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Sebelum sempat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Subang, Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan mengenai kehadiran pengganas di dalam pesawat yang sedang dikendalikannya.

Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat Boeing 737 kendalian Ganjoor dan Kamarulzaman mendarat dengan selamat.

Bagaimanapun, pesawat tersebut tidak sempat melakukan pendaratan di lapangan terbang itu, sebaliknya Ganjoor bertindak terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura.

Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.

Selain mengorbankan Mario Garcia dan usahawan Jepun, Tomio Gotto, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.

Beberapa spekulasi bahawa ‘Japanese Red Army’ adalah pihak yang bertanggungjawab tetapi tiada bukti ditemui untuk menyokong teori tersebut.

Ia kekal sebagai memori tragis dalam sejarah penerbangan komersial di Malaysia dan kematian kesemua anak kapal pesawat berkenaan menjadikan tragedi berada di tempat teratas senarai kami.

BACA JUGA: MH370: Pesawat SAH Terhempas Secara Misteri

2. Tragedi Pembunuhan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Tan Sri Abdul Rahman Hashim telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-3.

Pada 7 Jun 1974, ketika Abdul Rahman berada di dalam kereta menuju ke Bukit Aman, kereta yang dipandu Sarjan Omar Yunus yang melalui Jalan Tun Perak telah dihujani beberapa das tembakan.

Dua penyerang yang tidak dikenali telah melepaskan 11 das tembakan pada kereta tersebut di mana tujuh das terkena KPN.

Pada masa itu, Malaysia sedang berusaha menentang kebangkitan kuasa subversif yang datang dari kalangan ahli komunis.

Dipercayai bahawa pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang mengeluarkan arahan bunuh.

Bagaimanapun, ia tidak berjaya dibuktikan di mahkamah.

Pada 1975, dua orang lelaki, Lim Woon Choong dan Ng Foo Nam didapati bersalah membunuh Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Choong Khong di Jalan Ashby di Ipoh.

Kemudian timbul teori bahawa berkemungkinan penyerang tersebut adalah orang yang sama menyerang Abdul Rahman walaupun tiada bukti kukuh.

Lim dan Ng telah dihukum mati pada tahun 1978 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sehingga hari ini, masih tidak diketahui adakah benar mereka berdua pembunuh upahan yang membunuh Abdul Rahman.

3. Mona Fandey, Wanita Ilmu Hitam

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Kes tersebut telah selesai. Pembunuh telah dihukum mati. Kes ditutup.

Bagaimanapun, apa yang terjadi di sekeliling dan keanehan pembunuh kes ini menyebabkan ia masih tersenarai dalam carta ini.

Pada 22 Julai 1993, polis menemui mayat ADUN Batu Talam, Mazlan Idris yang dicincang.

Bekas penyanyi yang kemudian bertukar menjadi bomoh, Mona Fandey ditahan bersama suami dan pembantu beliau.

Ketiga-tiga mereka didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati.

Hukuman mati tetap dilaksanakan walaupun terdapat rayuan.

Tiada siapa yang hidup pada era 90-an boleh melupakan perbicaraan Mona Fandey – Mazlan Idris.

Mayatnya telah dicincang kepada beberapa bahagian selepas berlangsungnya satu upacara ghaib dipercayai bertujuan untuk membawa lebih banyak wang untuknya.

Mayat Mazlan kemudian ditanam di stor berhampiran rumahnya di Pahang.

Apa yang dianggap sebagai ‘belum selesai’ ialah ketika kekejaman mereka itu dibawa ke muka pengadilan.

Sepanjang perbicaraan, Mona sentiasa berkata, “Aku takkan mati” dan kekal tenang dengan senyuman di bibirnya.

4. Xo Jian Huang, Berakhirnya Kesengsaraan Kehidupan

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Xo Jian Huang, 14, warganegara China telah dihantar untuk menetap di Malaysia bersama sepupu bapanya.

Bagaimanapun, pada 27 September 2005, dia dijumpai mati lemas dalam sebuah kolam renang dengan 23 kesan dera di badan mangsa.

Siasatan membawa kepada penangkapan dan perbicaraan yang melibatkan tiga lelaki yang dituduh membunuh Xu; bapa saudaranya seorang ahli perniagaan, Koh Kim Teck dan dua orang pengawal peribadinya, Resty Agpalo dan Mohd Najib Zulkifli.

36 hari perbicaraan telah menyebabkan gelaran ‘Datuk Seri’ ahli perniagaan itu dibatalkan.

Bagaimanapun, disebabkan timbulnya keraguan yang tidak dapat diselesaikan dan tidak terjawab, ketiga-tiga suspek itu bebas daripada membunuh mangsa.

Bukan itu sahaja, saksi yang sepatutnya hadir semasa perbicaraan dikatakan telah hilang menyebabkan ketiga-tiga suspek itu dilepaskan.

Memetik laporan media pada 2010, pihak pendakwaraya membuat rayuan untuk menentang tertuduh dan Koh yang terkenal dengan personaliti korporatnya berjaya menghilangkan diri.

Pada sidang rayuan, seperti dijangka, Koh tidak menghadirkan diri pada semua sesi rayuan.

Pada 2010, dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan tetapi Koh masih menghilangkan diri.

Adakah dia yang menyeksa anak saudaranya? Adakah pengawal peribadinya turut terlibat? Kenapa ada saksi yang hilang?

5. Tun Fuad Stephens, Tragedi ‘Double Six’

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Anda yang menetap di Kuala Lumpur mungkin pernah melalui Taman Tun Dr Ismail dan pastinya akan terperasan Jalan Tun Fuad Stephens.

Namun, berapa ramai sahaja yang tahu siapakah dia sebenarnya.

Pastinya ada yang menjawab beliau adalah bekas Ketua Menteri Sabah.

Tetapi, berapa ramaikah yang tahu berkenaan kematian beliau yang penuh misteri dan kes tersebut masih tidak diselesaikan hingga ke hari ini.

Pada 6 Jun 1976, Tun Fuad Stephens bersama beberapa pegawai kerajaan termasuk anak sulung beliau, Johari menaiki pesawat Nomad GAF yang dikendalikan oleh Sabah Air di Lapangan Terbang Labuan dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pesawat itu terhenti dan terhempas lalu membunuh semua anak kapal termasuk juruterbang.

Khianat disyaki sebagai motif utama kejadian tersebut walaupun kemudiannya kelemahan reka bentuk pesawat dilihat sebagai punca utama insiden tersebut.

Kematian Tun Fuad terjadi selepas 44 hari penggal kedua beliau sebagai Ketua Menteri Sabah.

Keadaan politik yang mengiringi kematiannya begitu ironis kerana ia mempunyai kaitan dengan isu minyak dan gas di Sabah.

Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat.

Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama.

Sebaik sahaja mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

6. Datuk Norjan Khan Bahadar, Benarkah Pelayan Yang Melakukannya?

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Negeri Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar dijumpai mati di dalam sebuah bilik hotel di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu pada 11 Februari 2004.

Norjan dijumpai mati terbaring dalam keadaan lengkap berbaju di tepi katil dengan beberapa kesan tikaman kecil di bahagian leher dan muka beliau.

Polis pada mulanya mengesyaki motif cemburu sebagai punca utama kematian tersebut tetapi menukar kepada motif rompakan walaupun tiada barang yang hilang di dalam biliknya.

Penyiasatan membawa kepada penangkapan seorang pelayan, Azman Bakar di mana polis percaya suspek cemburu melihat Norjan bersama lelaki lain.

Ketika sidang penghakiman, seorang saksi telah membawa seorang ahli perniagaan Pakistan, Amir Khan.

Beberapa bukti timbul semasa perbicaraan yang menunjukkan Datuk Norjan mempunyai hubungan dengan Amir Khan walaupun dia menafikannya.

Azman Bakar kemudiannya dibebaskan apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa Azman pada faktanya mengenali Norjan.

Tiada tangkapan lain dibuat dan sekali lagi, kes misteri yang tidak diselesaikan.

7. Pembunuhan Norita Samsuddin, Apabila Keseronokan Bertukar Kematian

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Norita Samsuddin, 22, merupakan seorang anak gadis yang berasal dari negeri utara tanah air yang mencuba nasib di kota raya, Kuala Lumpur.

Mempunyai susuk tubuh yang menarik, dia dikatakan menerima beberapa tawaran sebagai peragawati namun menolaknya apabila dia ketika itu bekerja sebagai eksekutif pemasaran di Transpro Sdn Bhd sebelum dia dijumpai mati.

5 Disember 2003, Norita dijumpai mati di dalam bilik di sebuah pangsapuri mewah di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Mangsa ditemui dalam keadaan berbogel dan tangannya diikat menggunakan baju dalam dan beberapa wayar.

Tiada sebarang tanda dia dicederakan kecuali kesan cekik di lehernya dan beberapa cebisan baju di dalam mulutnya.

Jurutera, Hanif Basri kemudiannya ditahan dan dituduh membunuh mangsa.

Hanif dipercayai orang terakhir yang bertemu Norita pada malam tersebut dan pihak pendakwaan cuba membuktikan dia adalah orang terakhir bersama mangsa ketika masih hidup.

Bagaimanapun, semasa perbicaraan berlangsung, dipercayai ada orang lain telah melawat Norita selepas Hanif.

Pertuduhan terhadap Hanif dilihat terlalu lemah.

Hanif dibebaskan selepas timbulnya teori konspirasi berkaitan kehidupan sosial Norita selama ini.

8. Kematian Nurin Jazlin Jazimin, Yang Merobek Jutaan Hati

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

20 Ogos 2007, Nurin Jazlin Jazimin, 8, telah pergi ke sebuah pasaraya berdekatan rumahnya untuk membeli klip rambut sebelum di dilaporkan hilang.

Saksi kejadian berkata dia diculik dan dibawa masuk ke dalam sebuah van berwarna putih di Wangsa Maju.

Kehilangan gadis itu mendapat liputan media yang luar biasa hinggakan nama dan mukanya boleh dikatakan tersemat di fikiran setiap rakyat Malaysia pada ketika itu.

Ratapan sedih keluarga yang mengharapkan dia pulang ke pangkuan keluarga telah menyentuh hati ramai pihak di mana rakyat Malaysia terus memanjatkan doa supaya dia pulang dengan selamat.

Sebulan selepas itu, seorang kanak-kanak dijumpai mati dalam keadaan berbogel di dalam sebuah beg gim di Petaling Jaya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah memberi sedikit sebanyak maklumat berkenaan suspek yang membuang beg tersebut.

Keluarga Nurin gagal untuk membuat pengecaman mayat akibat kecederaan teruk yang dialami mangsa.

Namun, ujian DNA mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin, kepada pasangan tersebut.

Seorang wanita Indonesia kemudiannya ditahan berkenaan kes tersebut tetapi kes itu masih belum diselesaikan.

9. Sharlinie Mohd Nashar

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Beberapa tahun lalu, berita tentang kehilangan kanak-kanak menjadi berita utama di media tempatan.

Bagaimanapun, kisah kematian Sharlinie Mohd Nashar lama dimainkan media sebelum ia menjadi suram.

Pada 9 Januari 2008, Sharlinie, 5, bermain di taman permainan di kawasan rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya bersama kakaknya sebelum dia didapati hilang.

Masyarakat mula memandang serius laporan tersebut apabila wujud watak ‘lelaki kucing’ setelah suspek dikatakan meminta mangsa mencari kucingnya yang hilang.

Kehilangan Sharlinie terus menjadi isu hangat dalam media tempatan apabila kes itu timbul ketika kes kehilangan Nurin Jazlin Jazimin masih lagi panas.

Polis yang meneruskan siasatan dilihat semakin ‘dingin’ dan kehilangannya masih lagi tidak diketahui hingga ke hari ini.

10. Kematian Ratu Cantik Jean Perrera Sinappa

10 Kes Pembunuhan Paling Misteri Di Malaysia

Jean Perrera Sinappa merupakan bekas ratu cantik di mana suaminya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Tetapi, 4 bulan kemudian iaitu pada 6 April 1979, dia dijumpai mati di dalam kereta di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bekas teman lelaki yang juga abang iparnya, Karthigesu dijumpai tidak sedarkan diri di tepi jalan luar kereta tersebut.

Apabila Karthigesu sedar di hospital, dia mengadu dipukul di bahagian kepala dari arah belakang.

Keputusan mahkamah mendapati Karthigesu didapati bersalah membunuh Jean dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pihak pendakwaan mengemukakan kes di mana Karthigesu dilihat cemburu apabila mendapati Jean mempunyai hubungi sulit dengan doktor dari Sri Lanka, Dr Narada Warnasurya.

Bagaimanapun, Karthigesu dibebaskan dua tahun selepas rayuannya diluluskan di Mahkamah Rayuan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sozcyili

Thursday, April 26, 2018

NASA Temui Bulatan Misteri Di Artik

NASA Temui Bulatan Misteri Di Artik

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) meninggalkan tanda tanya kepada saintis seluruh dunia selepas menemui pembentukan bulatan misteri yang belum pernah dilihat di Laut Beaufort, Artik.

NASA Temui Bulatan Misteri Di Artik

Sebuah pesawat penyelidikan merakamkan imej bulatan aneh yang terletak 80 kilometer dari barat laut Sungai Mackenzie di Kanada dan dipercayai dihasilkan oleh anjing laut, ombak atau kapal selam.

Ketua Operasi IceBridge NASA, John Sonntag berkata, dia melihat kejadian itu buat pertama kali pada awal bulan April 2018 lalu dan masih belum dapat mengenal pasti tentangnya.

“Kami hanya melihatnya selama beberapa minit. Saya tidak pernah melihat kejadian ini di tempat lain,” katanya.

Saintis Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan, Walt Meier berkata, bulatan itu mungkin berpunca oleh gelombang air yang terhasil semasa anjing laut sedang naik ke permukaan ais.

Imej itu juga turut mendapat komen sesetengah pengguna di laman Twitter yang menyatakan ia berpunca daripada makhluk asing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Wednesday, April 25, 2018

Misteri Ikan Duyung Zimbabwe Mermaids

Misteri Ikan Duyung Zimbabwe Mermaids

Pembinaan empangan Gokwe dan Osbourne di Zimbabwe pada tahun 2012 banyak kali tergendala kerana pekerjanya mendakwa diganggu oleh ikan duyung yang marah tempat mereka dicerobohi.

Misteri Ikan Duyung Zimbabwe Mermaids
Gambar hiasan.

Mesin yang digunakan kerap diganggu menyebabkan pekerja percaya bahawa ia petanda buruk dan mereka berkeras untuk tidak meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Kerajaan kemudiannya mengupah pekerja berkulit putih kerana menyangka mereka tidak akan percaya dengan kisah itu.

Namun, orang kulit putih juga mendakwa mereka diganggu dan enggan meneruskan kerja.

Di Zimbabwe, duyung dianggap makhluk yang jahat dan menakutkan.

Dikatakan bahawa ramai yang pernah melihat kewujudan ikan duyung terutama disekitar perairan berdekatan kawasan empangan.

Pernah terjadi dua remaja mati lemas dan orang yang dituduh adalah ikan duyung.

Dikatakan dua remaja lelaki itu berada berdekatan kawasan empangan apabila melihat seakan ikan besar di dalam air.

Mereka terjun untuk menangkap ikan itu yang rupa-rupanya ikan duyung.

Misteri Ikan Duyung Zimbabwe Mermaids
Gambar ikan duyung yang berjaya dirakam.

Kedua-dua remaja itu ditenggelamkan ke dalam air, dipercayai duyung itu hanya mahu bermain dengan mereka sebelum membawa mereka naik semula ke darat.

Namun, dalam masa yang sama, ibu bapa remaja yang datang ke situ kerana mahu menyelamatkan anak mereka dalam keadaan menangis.

Disebabkan tangisan itu, duyung itu menarik semula kedua remaja tersebut ke dalam air dan kali ini tidak lagi timbul.

Riwayat kedua-dua remaja itu tamat dan mayat mereka ditemui beberapa hari kemudian.

Masyarakat Zimbabwe percaya, jangan menangis depan duyung kerana itu tandanya anda meminta kematian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Ikan Duyung Active Pass Mermaid

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, April 18, 2018

Misteri Bayang-bayang Rumah Lama Laguna Beach

Misteri Bayang-bayang Rumah Lama Laguna Beach

Bangunan lama atau bangunan terbiar sering dikaitkan dengan kisah-kisah misteri dan menyeramkan kerana kononnya, terdapat roh-roh tidak tenteram yang masih menghuni bangunan tersebut atas pelbagai sebab.

Laguna Beach Haunted House

Antaranya termasuklah roh seorang lelaki yang dikatakan masih menghuni sebuah rumah lama di Laguna Beach, California, Amerika Syarikat, kisah seram yang dikatakan berlaku kira-kira 17 tahun yang lalu.

Sepasang suami isteri yang hanya dikenali sebagai David dan Lily baru berkahwin.

Mereka mencari rumah sewa di sekitar Laguna Beach, kemudian menjumpai sebuah rumah besar dengan harga sewa yang cukup berpatutan.

Tanpa berfikir panjang, David terus menyewa rumah tersebut dan mula berpindah masuk bersama isterinya.

David diberitahu, bangunan itu sudah wujud semenjak tahun 1920-an.

Ia sudah mula kelihatan agak usang, namun David tidak kisah memandangkan harga sewanya yang berpatutan.

Begitu pun, mimpi ngeri David bermula apabila dia dan isterinya diganggu oleh bayang-bayang misteri hampir setiap hari.

Bayang-bayang lelaki

Pada suatu hari, David bertengkar teruk dengan Lily. Wanita itu kemudian turun ke tingkat bawah untuk menenangkan diri.

“Ketika isteri saya turun ke bawah, saya duduk bersendirian di dalam bilik.

"Tiba-tiba, saya terlihat satu bayang-bayang seorang lelaki berdekatan pintu bilik.

“Saya amat terkejut memandangkan hanya saya dan isteri yang ada di rumah ketika itu,” dedah David.

Beberapa saat kemudian, bayang-bayang itu hilang begitu sahaja.

Begitu pun, insiden sama berulang kembali kira-kira dua minggu kemudian.

Ketika itu, David sedang berdiri berdekatan cermin solek di dalam biliknya.

Tiba-tiba, dia ternampak bayang-bayang sama.

“Ia berwarna hitam pekat dengan ketinggian sekitar 1.8 meter. Lebih menakutkan, kali ini, bayang-bayang itu seolah-olah sedang merenung saya.

“Saya cuba memberanikan diri dan berjalan ke arah bayang-bayang tersebut kerana mungkin ada manusia yang sedang berdiri di situ.

“Namun, tiada sesiapa yang berada di situ dan saya terus menjerit memanggil isteri saya,” ujar David.

Lelaki berambut perang itu sudah mulai tidak sedap hati dan mahu berpindah daripada rumah tersebut.

Begitu pun, hasratnya itu dihalang Lily kerana bagi wanita itu, ia hanyalah mainan perasaan suaminya.

“Lily tidak pernah terserempak dengan bayang-bayang tersebut menyebabkan dia mahu terus tinggal di situ,” kata David.

Terlalu takut

Sebulan selepas insiden menyeramkan itu, David diganggu lagi oleh bayang-bayang yang sama semasa dia berseorangan di dalam rumah.

“Ketika itu, saya sedang berdiri betul-betul di hadapan almari pakaian di dalam bilik.

"Sebaik sahaja pintu almari itu ditutup, saya ternampak bayang-bayang misteri itu di sebalik pintu bilik tidur.

“Kali ini, ia bergerak ke arah saya, menyebabkan saya terkejut dan terus berlari ke luar rumah,” ujarnya.

David terlalu takut dan tidak berani untuk masuk semula ke dalam rumah tersebut.

Dia menelefon Lily dan meminta isterinya itu untuk pulang ke rumah dengan segera.

Kira-kira 10 minit kemudian, Lily tiba di rumah dan David terus meminta wanita itu untuk mengemaskan barangnya dan berpindah keluar daripada rumah tersebut.

Sehingga kini, tiada sesiapa pun yang dapat merungkaikan misteri kehadiran bayang-bayang misteri itu.

Namun, ada yang mendakwa bayang-bayang tersebut merupakan roh salah seorang pendatang tanpa izin yang pernah disembunyikan di situ.

Lelaki tersebut dikatakan telah mati akibat diracun oleh rakan-rakannya sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ini Kisah Benar, Kalau Berani Dail Nombor 12 Digit Itu!

sumber: kosmo


Saturday, April 14, 2018

Misteri Pemikiran Bawah Sedar Manusia

Misteri Pemikiran Bawah Sedar Manusia

Memori manusia mempunyai salinan yang dipanggil memori bawah sedar. Salinan memori ini boleh dipanggil semula namun tidak ramai yang sedar mengenai perkara ini.

Misteri Pemikiran Bawah Sedar Manusia

Secara umumnya, pemikiran manusia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pemikiran sedar dan pemikiran bawah sedar.

Pemikiran Sedar

Pemikiran sedar  biasanya lebih dikenali oleh manusia iaitu berkaitan dengan pemikiran yang dapat disedari dan dikawal oleh individu, sebagai contohnya tindakan seperti berjalan, makan, membaca dan lain-lain.

Semua tindakan melalui fikiran boleh dikategorikan kepada pemikiran sedar.

Berbanding dengan pemikiran sedar, pemikiran bawah sedar menunjukkan misteri yang ingin diketahui oleh orang ramai.

Pemikiran Bawah Sedar

Pemikiran bawah sedar ialah pemikiran yang menrefleksikan pemikiran dalaman seseorang, contohnya apabila berlakunya sesuatu yang akan mengancam keselamatan seseorang, dia akan melakukan sesuatu tindakan yang menyelamatkan diri yang tanpa melalui pemikiran sedar otak, atau seseorang melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan setiap hari.

Dia tidak perlu memikirkan cara macam mana hendak melakukannya kerana pemikiran bawah sedarnya telah membantu melakukannya.

Pemikiran bawah sedar merupakan satu topik yang sangat hangat dalam psikologi.

Sejak dari tahun 1915, sudah ada penyelidik mengkaji perkaitan antara pemikiran sedar dan pemikiran bawah sedar.

Manusia sangat tertarik dengan misteri pemikiran bawah sedar yang menyimpan dan menunjukkan pemikiran dalaman seseorang kerana kita sendiri tidak dapat megetahui pemikiran dalam diri sendiri sepenuhnya.

Walaupun bidang psikologi telah berkembang pesat pada zaman ini tetapi kajian terhadap pemikiran bawah sedar masih dalam tahap kajian.

Tiada seorang pun mampu membuat kesimpulan seratus-peratus tentang pemikiran bawah sedar dan ia terus menjadi misteri kepada manusia.

Keburukan Pemikiran Bawah Sedar

Kajian tentang pemikiran bawah sedar telah membuktikan pengaruh pemikiran bawah sedar terhadap kehidupan dan kesihatan seseorang.

Melalui kajian terhadap pemikiran bawah sedar, penyelidik telah membuat satu penemuan yang menarik iaitu pemikiran seseorang akan terjejas oleh perkara yang akan ditemui olehnya.

Contohnya, seseorang yang berfikiran negatif sering menemui perkara yang kurang baik dan kesihatannya akan terjejas.

Dan sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tercari-cari kebenaran bagaimana seseorang yang hilang ingatan mampu memanggil semula memori yang hilang ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:



-SENTIASAPANAS.COM

Friday, April 13, 2018

Misteri Pembunuhan Erdington Yang Sangat Membingungkan

Misteri Pembunuhan Erdington Yang Sangat Membingungkan

Pada 27 Mei 1974, Pekan Erdington, Birmingham, England dikejutkan dengan penemuan mayat seorang gadis berusia 20 tahun berdekatan Chester Road, dalam salah satu kes pembunuhan paling misteri di dunia.

Misteri Pembunuhan Erdington Yang Sangat Membingungkan

Gadis yang dikenali sebagai Barbara Forrest, seorang jururawat di Rumah Kanak-kanak Pype Hayes dan mayatnya ditemui dalam sebuah parit dan didapati telah dirogol sebelum dicekik sehingga mati.

Mayatnya hanya ditemui beberapa hari selepas kematiannya, tidak jauh dari lokasi tempat dia bekerja.

Siasatan mendapati, pada petang hari kematiannya, Barbara dikatakan telah berjumpa dengan teman lelakinya, Simon Belcher.

Mereka bertemu di bar dan Simon memberitahu polis dia menemani kekasihnya itu ke perhentian bas lebih kurang pukul 1 pagi. Dan itulah kali terakhir dia melihat kelibat Barbara.

Polis yang menyiasat kes ini akhirnya membawa kepada penahanan seorang lelaki bernama Michael Ian Thornton.

Barbara Forrest and Michael Thornton
Barbara Forrest dan Michael Thornton.

Michael tinggal berdekatan Chester Road dimana mayat Barbara ditemui dan Michael juga adalah rakan sekerja Barbara.

Michael ditahan apabila polis menemui kesan darah pada seluarnya, manakala ibunya turut memberi alibi palsu untuk melindungi anaknya.

Michael kemudiannya didakwa membunuh Barbara namun dibebaskan apabila pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti kukuh.

Pembunuhan Barbara kemudian mengungkap satu peristiwa hitam yang berlaku 157 tahun sebelumnya yang turut terjadi di bandar yang sama, Erdington.

Satu ketika dahulu, pekan kecil ini pernah menjadi saksi sebuah tragedi yang rentetannya seakan serupa seperti yang menimpa Barbara.

Misteri Pembunuhan Berkembar

Mary Ashford and Barbara Forrest
Mary Ashford (kiri) dan Barbara Forrest.

Pukul 6.30 pagi pada 27 Mei 1817, seorang buruh dalam perjalanan ke tempat kerja apabila menemui pakaian wanita berlumuran darah berhampiran Penn's Mill.

Mayat seorang gadis ditemui dalam sebuah lubang yang dipenuhi air, dikenali sebagai Mary Ashford, berusia 20 tahun.

Selain kesan-kesan lebam pada mayat, pemeriksaan mendapati Mary telah diperkosa sebelum kematiannya.

Mary dikenali sebagai seorang gadis yang cantik dan ramai peminat.

Siasatan polis mendapati, sehari sebelum mayatnya ditemui pada 26 Mei, dia telah berkunjung ke Birmingham untuk menjual susu di pasar. Itu adalah rutin pekerjaan Mary.

Kemudian, Mary mengunjungi rakannya bernama Hannah untuk menukar baju bagi menghadiri majlis tari-menari pada malam itu. Mary dan Hannah pergi bersama ke majlis itu.

Di majlis itu, Mary ditemani seorang lelaki bernama Abraham Thornton, manakala rakannya Hannah ditemani lelaki bernama Benjamin.

Selesai majlis Mary pulang ditemani Thornton, manakala Hannah pulang ke rumahnya. Lebih kurang 4 pagi, Mary muncul dirumah Hannah untuk menyalin pakaian.

Ketika itu, Mary dengan ceria menceritakan dia sempat meluangkan waktu bersama Thornton. Mary keluar semula dan selepas beberapa jam mayatnya ditemui.

Dikatakan bahawa, Mary dilihat masih hidup adalah pada pukul 4.15 pagi berdasarkan keterangan saksi yang melihat Mary seorang diri pada waktu itu.

Siasatan segera dijalankan yang membawa kepada penahanan Abraham Thornton sebagai suspek utama.

Abraham ketika dalam tahanan memberitahu polis, dia menghabiskan waktu dengan Mary sehingga hampir pukul 4 pagi sebelum menemani Mary sehingga ke rumah Hannah. Menurutnya, itulah kali terakhir dia melihat Mary sebelum dia pulang.

Abraham juga mengaku melakukan hubungan seks dengan Mary atas dasar suka sama suka dan menafikan dia merogol Mary apatah lagi membunuhnya.

Abraham tetap didakwa dan dibicarakan namun saksi yang memberi keterangan lebih menyebelahinya dan kerana kekurangan bukti, Abraham dibebaskan.

Tragedi Misteri

Mary Ashford Killer
Lakaran pembunuh Mary.

Sama ada Barbara atau Mary, kedua-dua gadis ini bernasib malang apabila dibunuh.

Namun, apa yang pelik adalah kisah pembunuhan yang berjarak 157 tahun ini memiliki begitu banyak persamaan.

Mary dan Barbara mati pada usia yang sama, berusia 20 tahun dan berkongsi tarikh tarikh lahir yang sama. Kedua-dua kes berlaku pada hari Isnin, 26 Mei.

Kedua-dua mangsa juga telah dirogol.

Pada petang sebelum tragedi menimpa, kedua-duanya telah pergi ke rumah rakan masing-masing untuk menukar pakaian bagi menghadiri majlis tari-menari sempena sambutan perayaan Whit.

Dalam kes Mary, suspek ditahan bernama Abraham Thornton, manakala dalam kes Barbara, suspek bernama Michael Thornton. Kedua-duanya mempunyai nama yang sama iaitu 'Thornton' dan kedua-dua suspek juga akhirnya dibebaskan.

Lebih pelik lagi, beberapa hari sebelum menemui ajal, kedua-dua mangsa seakan-akan sudah tahu nasib mereka.

Seminggu sebelum dibunuh, Mary memberitahu ibu rakannya dia tidak berapa sedap hati dengan minggu yang akan datang.

Manakala Barbara pula beberapa hari sebelum dibunuh memberitahu rakan sekerjanya, "Ini bulan malang untuk saya. Saya cuma tahu, jangan tanya kenapa."

Lokasi mayat Barbara dan Mary ditemui hanya dalam lingkungan 274 meter.

Selepas juri menetapkan suspek tidak bersalah, ada anggota keluarga yang mempersoalkan keputusan itu.

Dalam kes Mary, abangnya William enggan menerima keputusan mahkamah dan mengemukakan rayuan untuk membuka semula perbicaraan.

Manakala dalam kes Barbara, kakaknya Erika juga enggan menerima keputusan juri dan memohon agar kes adiknya dibuka semula.

Sama ada kebetulan atau tidak, persamaan kes pembunuhan Mary dan Barbara masih menimbulkan tanda-tanya.

Dan sehingga ke hari ini, pembunuhan berjarak 157 tahun itu terus kekal misteri tanpa diketahui siapa pelakunya.

Siapa yang bunuh Mary dan Barbara?

BACA INI JUGA: Misteri Lelaki 'Tamam Shud'

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, April 10, 2018

Pontianak Punca Misteri Buaian Berayun Sendiri Di Kuaters Bomba Kempas!?

Pontianak Punca Misteri Buaian Berayun Sendiri Di Kuaters Bomba Kempas!?

Buaian berhayun sendiri tanpa sesiapa duduk di atasnya kecuali satu sosok seolah-olah puntianak berdiri di hadapan buaian itu dalam satu rakaman video berdurasi 24 saat yang dimuat naik di Facebook (FB) pada 28 Mac 2018 lalu tular dan dikongsi pengguna aplikasi lain termasuk WhatsApp sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi.

Misteri Buaian Berayun Sendiri Di Kuaters Bomba Kempas!

Video seram itu dipercayai dirakam penghuni kuarters kerajaan di Jalan Permatang 1, Kempas, Johor dan dapat dilihat sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Wartawan yang meninjau kuarters berkenaan mendapati ia baru siap dibina namun belum dihuni sepenuhnya kakitangan jabatan itu.

Video itu dipercayai dirakam dari arah sebuah blok berhadapan taman permainan kanak-kanak di kuarters berkenaan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, sejak menghuni kuarters berkenaan, tiada gangguan atau kejadian tidak diingini berlaku.

“Baru-baru ini kecoh dalam beberapa kumpulan WhatsApp dan saya ada menonton video berkenaan apabila ia tular. Sejak tinggal di sini awal tahun ini, saya tidak pernah berdepan gangguan mistik atau insiden pelik.

“Perumahan ini juga belum penuh dan ramai belum berpindah ke sini buat masa ini,” katanya yang tidak tahu siapa yang merakam video seram tersebut.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Mohamad Riduan Akhyar berkata, isu gangguan makhluk halus itu tidak pernah dibangkitkan sejak penghuni kuarters berpindah ke rumah masing-masing, Mac 2018 lalu.

Bagaimanapun, katanya, sejak video yang memaparkan wanita menyerupai puntianak itu dikongsikan, pihaknya mengadakan bacaan tahlil dan Yasin di kawasan berkenaan.

“Kami mengambil pendekatan perubatan tradisional dan mengadakan bacaan tahlil dan Yasin.

“Bagi kami, isu ini tidak serius dan mungkin secara kebetulan dilihat penghuni dalam kejadian pada siang hari itu.

“Sebelum ini, anak penghuni bermain di taman permainan berkenaan dan tidak pernah mengalami masalah isu gangguan makhluk halus,” katanya yang memaklumkan hampir 80 peratus kuarters dihuni kakitangan jabatan berkenaan ketika kejadian viral berlaku.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Video Seram Buaian ‘Berayun’ Sendiri Di Keningau!


sumber: pressreader

Monday, April 09, 2018

Misteri Kena Tindih Semasa Tidur, Sleep Paralysis

Misteri Kena Tindih Semasa Tidur, Sleep Paralysis

Fenomena ditindih makhluk halus semasa tidur juga dikenali dengan istilah Sleep paralysis, namun ada beberapa kepercayaan tentangnya yang dikaitkan dengan perkara mistik juga dengan istilah eRep-eRep.

Misteri Kena Tindih Semasa Tidur
Gambar hiasan.

Biasanya orang yang mengalami ketindihan mahluk halus semasa tidur atau sleep paralysis akan terkejut, terbangun dan merasakan tubuhnya berat dan tidak boleh digerakkan.

Satu-satunya cara adalah menggerakkan hujung kaki, hujung tangan atau kepala sekencang-kencangnya hingga seluruh tubuh boleh digerakkan kembali, biasanya disertai juga dengan munculnya bayangan kegelapan.

Perkara inilah yang diandaikan “ketindihan” makhluk halus oleh sebahagian besar orang.

Penjelasan Fenomena Ketindihan Mahluk Halus saat Tidur, Sleep Paralysis

Semasa tidur, aktiviti dan otot-otot tubuh menjadi tidak bergerak, sehingga menyebabkan lumpuh sementara. Bahkan kadang-kadang lumpuh kekal setelah terbangun.

Biasanya, lumpuh tidur diikuti dengan halusinasi dan orang yang mengalami lumpuh tidur merasa seperti dicekik, dada sesak, badan sukar bergerak dan sukar berteriak.

Ketika seseorang tidur, aktiviti otak mengalami dua perkara berbeza yang disebut tidur aktif atau REM (rapid eye movement) dan tidur non-REM.

Non-REM selama tidur akan menghasilkan gerakan selagi anda tidur, seperti bercakap dalam tidur atau berjalan ketika tidur. Sedangkan REM akan mempengaruhi denyutan jantung, laju respirasi dan tekanan darah ketika tidur.

Secara psikologi, sleep paralysis berkaitan dengan tidur di tahap REM, dimana setelah mengalami tidur REM, mata terbuka namun paralysis tetap bertahan yang biasanya menyebabkan halusinasi.

Sleep paralysis berlaku kira-kira 2-3 minit dan setelah otak dan badan yang berkaitan kembali normal, pesakit dapat menggerakkan semula tubuhnya.

Namun, memori dari sensasi yang mengerikan atau mimpi buruk biasanya akan bertahan lama.

Secara fisiologi, penyebab sleep paralysis belum diketahui secara pasti. Setakat ini, para psikologi memberikan gambaran umum mengenai penyebab terjadinya sleep paralysis, seperti kebiasaan tidur menghadap ke atas, pola tidur tak tentu, stres dan perubahan mendadak pada lingkungan atau lifestyle.

Mitos Tentang Sleep Paralysis, Ketindihan Mahluk Halus Di Berbagai Negara

Bukan hanya di Malaysia saja, mitos eRep-eRep atau ketindihan mahluk halus turut tersebar di serata dunia.

Berikut adalah mitos tentang sleep paralysis yang ada di pelbagai belahan dunia;

1. Afro-Amerika, gangguan tidur ini disebut the devil riding your back, hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.

2. China, disebut gui ya shen atau gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.

3. Mexico, disebut se me subió el muerto dan dipercayai sebagai kejadian adanya roh orang meninggal yang melekat pada seseorang.

4. Kemboja, Laos dan Thailand, disebut pee umm, merujuk kepada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegang atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.

5. Iceland, disebut mara. Ini adalah kata kuno bahasa Island. Ertinya, hantu yang menduduki dada seseorang pada waktu malam dan berusaha membuat orang itu sesak nafas dan mati kelemasan.

6. Turki, disebut karabasan, dipercayai makhluk yang menyerang ketika tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.

7. Jepun, disebut kanashibari, yang secara literatur dimaksudkan mengikat, seseorang diikat oleh makhluk halus.

8. Vietnam, disebut ma de eartinya dikuasai syaitan. Ramai penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuk tubuh seseorang.

9. Hungary, disebut lidercnyomas dan dikaitkan dengan kata supranatural boszorkany (penyihir). Kata boszorkany sendiri bererti menekan sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang ketika tidur.

10. Malta, gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela (isteri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuk individu tersebut.

Dan untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang meletakkan benda dari perak atau sebilah  pisau di bawah bantal semasa tidur.

11. New Guinea, fenomena misteri ini disebut Suk Ninmyo. Ia adalah pokok keramat yang hidup dari roh manusia. Pohon keramat ini akan memakan roh manusia pada waktu malam agar tidak mengganggu manusia di siang hari.

Namun, seringkali orang yang rohnya sedang disantap pohon ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Kenapa Manusia Mengigau?

sumber: madinatulasrar

Tuesday, April 03, 2018

Misteri Dan Asal-usul Orang Minyak

Misteri Dan Asal-usul Orang Minyak

Apa itu Orang Minyak dan dari mana asal-usulnya adalah merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin, ilmu sesat atau ilmu hitam dengan cara menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa untuk merompak sebelum memperkosa gadis yang masih perawan.

Misteri Dan Asal-usul Orang Minyak
Gambar hiasan.

Salah satu cerita mengatakan bahawa, Orang Minyak ini telah tersalah menuntut ilmu, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas merogol 40 orang gadis. Mangsa akan terpukau dan ditanda dengan pangkahan pada mukanya selepas dinodai.

Versi lain juga menyatakan, Orang Minyak adalah manusia biasa yang sedang mempelajari ilmu batin dan ilmunya akan sempurna setelah berjaya memperkosa 41 wanita dengan kemampuan memasuki sebuah rumah tanpa dapat dilihat oleh sesiapa.

Apabila ilmunya telah lengkap, kulit hitamnya akan berubah menjadi putih dan akhirnya memiliki kuasa sakti.

Ilmu hitam walaupun dianggap amalan salah dan khurafat tetapi kemunculan orang minyak memang tidak dapat dinafikan apabila terdapat segelintir masyarakat yang berniat serong untuk kepentingan diri sendiri sehingga mengancam keselamatan dan ketenteraman masyarakat dalam sesebuah kampung tersebut.

Kewujudan Orang Minyak sebenarnya amat popular sehingga ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958 bertajuk Orang Minyak, yang diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd (MPF) dan diarahkan oleh seniman tersohor P. Ramlee.

Kelebihan dan Kelemahan Orang Minyak

Orang minyak dikatakan mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah dan selain itu, ia dikatakan mampu menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar.

Orang minyak juga mampu melekat pada siling seperti cicak, mampu naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan jin sebagai pelindung.

Sekiranya tidak mahu diganggu oleh Orang Minyak pada waktu malam terutamanya gadis, sekeliling tempat tidur hendaklah ditabur dengan kelopak jantung pisang dan daun keladi bira.

Jika sebuah rumah ditabur kelopak jantung pisang atau daun keladi bira ini, maka selamatlah semua perempuan di dalamnya.

Untuk mengalahkan Orang Minyak, apabila ia telah ditangkap, selubung dengan kain batik untuk melemahkannya, kemudian gigit ibu jari kaki Orang Minyak itu untuk menghapuskannya.

Dikatakan juga bahawa Orang Minyak takut melihat cermin.

Selain itu, kelemahan ketara orang minyak ialah tidak boleh terkena hujan. Apabila terkena hujan, dengan mudah orang akan dapat melihat pengamal ilmu tersebut.

Hal seumpama ini telah pun berlaku, semasa orang minyak ingin merogol mangsa di sebuah rumah ketika hujan turun, perbuatan makhluk berkenaan telah dilihat oleh beberapa orang penduduk dari kampung itu dengan jelas.

Ilmu Siam

Misteri Dan Asal-usul Orang Minyak
Orang minyak didakwa berjaya ditangkap [azmirelatif].

Menurut cerita orang tua-tua, Orang Minyak adalah amalan ilmu hitam dari Siam yang tuannya menuntut ilmu ghaib untuk tujuan jahat dan gadis-gadis sunti dijadikan sebagai cagaran untuk menjadikan ilmu itu lebih sempurna.

Modus operandi yang dilakukan oleh pengamal ilmu hitam Orang Minyak ialah rompak dan rogol. Setiap kali pengamal ilmu hitam itu melakukan rompakan dan rogol, dia akan diekori oleh ilmu yang dipelajarinya, sebab itulah digelar orang minyak.

Tujuan ilmu tersebut mengekorinya ialah apabila pengamal ilmu hitam itu dalam keadaan bahaya dan terdesak atau dilihat orang semasa menjalankan aktivitinya, ilmu hitam tersebut akan memasuki tubuhnya dan menyebabkannya hilang secara tiba-tiba.

Dengan demikian dia pastinya terselamat daripada dibelasah orang yang melihatnya.

Orang yang ingin menangkap dan memasung Orang Minyak mestilah ilmunya dapat menandingi kelebihan ilmu yang diamalkan oleh pengamal ilmu hitam itu.

Jika tidak, Orang Minyak sukar ditangkap kerana pengamalnya memang licik dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KEJADIAN SERANGAN ORANG MINYAK YANG PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA.

Serangan Orang Minyak 2001

Penduduk beberapa kampung di sekitar daerah Kuala Kedah gempar apabila empat makhluk kononnya jelmaan `orang minyak' berjaya ditangkap bersama seorang lelaki.

Berita penangkapan orang minyak itu telah mengakibatkan lebih 3,000 penduduk sekitar membanjiri Masjid Putra Seberang Nyonya dan Balai Polis Kuala Kedah.

Bagaimanapun difahamkan makhluk-makhluk itu yang masing-masing dibungkus dengan kain batik dan disimpan di dalam balang (botol) akan dihapuskan mengikut cara tradisional.

Menurut saksi-saksi, lelaki itu diberkas ketika dia cuba memaksa seorang wanita melepaskan makhluk-makhluk berkenaan sejurus setelah dua daripada makhluk itu ditangkap.

Apa yang sangat menarik adalah, salah seorang penduduk kampung yang berjaya menangkap makhluk tersebut, Che Wan Che Othman, ketika ditemui berkata, dia berusaha menjejaki orang minyak kerana bimbang dengan keselamatan anak gadisnya yang berusia 17 tahun.

Menceritakan detik-detik ketika berusaha menangkap makhluk itu, katanya, walaupun takut, dia terpaksa mengetepikan perasaannya demi memastikan orang minyak tidak lagi berleluasa di kampung tersebut.

"Mak cik tangkap orang minyak ini semasa dia bertukar menjadi kecil dan cuba melarikan diri melalui celah-celah papan lantai rumah," katanya.

Serangan Orang Minyak 2006

Pada 24 November 2006, seorang pencuri yang melumurkan dirinya dengan minyak telah ditahan di kampung Tawas, Malaysia.

Serangan Orang Minyak 2008

Pada tahun 2008 yang lalu, beberapa akhbar berbahasa Cina mendakwa kononnya berlaku kejadian rogol oleh Orang Minyak melibatkan pelajar yang berlaku dalam kampus Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, pihak universiti menafikan kejadian itu.

Serangan Orang Minyak 2009

Pada tahun 2009 yang lalu, dilaporkan lebih 300 keluarga hidup dalam ketakutan ekoran empat kejadian di cabul Orang Minyak membabitkan dua keluarga berlaku di Taman Keladi dan Taman Angsana, Kedah.

Serangan Orang Minyak 2011

Gombak

Gara-gara trauma akibat diganggu orang minyak, sebuah keluarga di Kampung Laksamana, Gombak, terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas diganggu orang minyak selama lima hari berturut-turut.

Anehnya, kemunculan orang minyak itu hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga perempuan sahaja.

Orang minyak tersebut turut bertindak mengunci pintu rumah dari dalam sewaktu ahli keluarga itu berada di dalam rumah.

Lembaga itu bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut.

Makhluk itu kemudiannya masuk ke rumah sebelah dan kelibatnya disaksikan oleh isteri jiran mangsa.

Turut ditemui kesan tapak tangan berminyak di tembok dan tapak kaki sewaktu kelibat itu muncul di luar rumah dan kesan ini ditemui oleh anggota polis sewaktu melakukan pemeriksaan.

Adik ipar mangsa yang dicalit minyak hitam oleh makhluk itu juga terpaksa dibawa menjalani rawatan alternatif selepas terdengar bunyi bisikan memanggilnya keluar dari rumah selepas itu, namun sudah sembuh sepenuhnya daripada gangguan tersebut.

Bentong

Pada tahun 2011 lalu, lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari, Bentong, mendakwa diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.

Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur selain membuat kacau di kampung itu.

Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.

Serangan Orang Minyak 2012

Polis berjaya menyelesaikan misteri orang minyak yang digembar-gemburkan berlaku pertengahan tahun 2011 lalu menerusi pengakuan daripada suspek yang ditahan pada 14 November 2012.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, hasil siasatan ke atas suspek berusia 42 tahun dan berasal dari Tambunan, Sabah itu berjaya menemui bukti lelaki terbabit melakukan 13 kes melibatkan jenayah rogol, bunuh dan samun.

Menurutnya, suspek dipercayai melakukan enam kes rogol dan empat kes bunuh melibatkan lima kematian yang berlaku sejak Mac 2009 hingga 14 November 2012.

Serangan Orang Minyak 2013

Kelibat misteri seorang lelaki separuh bogel didakwa orang minyak muncul kembali di daerah Marang, apabila mangsa, Sh Nor Akmaliza Tuan Ibrahim, mendakwa melihat manusia separuh bogel berada berdekatan katil dalam bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi.

Serangan Orang Minyak 2014

Mengikut laporan akhbar China Press orang ramai di sekitar Dataran Pahlawan Melaka di gemparkan dengan ”Orang Minyak” yang berjaya di tangkap oleh orang ramai.

Orang minyak ini cuba untuk mengusik orang ramai, khasnya perempuan di sekitar tempat kejadian tetapi berjaya ditangkap oleh beberapa pengawal keselamatan.

Orang minyak tersebut dikatakan agak kuat dan cuba melarikan diri, Pengawal Keselamatan turut mendapati satu botol berwarna hitam disimpan bersama lelaki terbabit.

Orang Minyak itu di tangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut, sememangnya kejadian ini mengejutkan orang ramai.

Serangan Orang Minyak 2018

Seorang remaja perempuan mendakwa menjadi mangsa serangan orang minyak di Kampung Pengkalan Demit, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Serangan kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa, Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17, sedang menjemur pakaian di belakang rumah.

Dia mendakwa ditarik kelibat seorang lelaki dari arah belakang dan dibawa ke ruang tamu rumah.

“Saya tidak dapat berfikir seperti kena pukau dan hanya tersedar selepas kelibat lelaki itu mencekik leher saya. Tangan, kaki dan bahagian perut saya diikat dengan tali.

“Jerutan yang kuat di bahagian perut membuatkan saya sesak nafas. Saya menjerit meminta tolong sebelum keli-bat itu lari melalui tingkap dapur rumah,” katanya ketika ditemui pemberita.

Kesan minyak di leher dan kaki mangsa didapati masih ada ketika ditemui.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: azmirelatif | wikipedia

Friday, March 30, 2018

Misteri Dorothy Eady Penjelmaan Semula Roh Mesir Purba

Misteri Dorothy Eady Penjelmaan Semula Roh Mesir Purba

Dorothy Louise Eady, wanita yang lahir pada 16 Januari 1904 di Kota London merupakan anak tunggal pasangan suami isteri bangsa Ireland. Sewaktu berusia tiga tahun, Dorothy jatuh dari tangga dan disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Misteri Dorothy Eady Penjelmaan Semula Roh Mesir Purba

Namun, keajaiban berlaku. Dorothy kembali sedar dan bermain seperti biasa seakan tiada apa yang berlaku kepadanya.

Rupa-rupanya, kesedaran Dorothy membawa kisah baru yang mula membingungkan orang di sekelilingnya.

Sejak sedar, Dorothy mula berkelakuan pelik. Hampir setiap hari dia merengek meminta orang tuanya supaya dibawa pulang ke rumahnya, walhal mereka sedang berada dirumah sendiri.

Sewaktu Dorothy berusia empat tahun, dia dibawa melawat muzium British. Semasa berjalan dikawasan artifak dan peninggalan Mesir purba, Dorothy menjadi sangat teruja.

Semasa melihat gambar sebuah runtuhan kuil lama Seti I (Firaun yang memerintah dari 1290 SM sehingga 1279 SM) dalam sebuah bingkai gambar, Dorothy berulangkali memberitahu orang tuanya bahawa di situlah rumah sebenarnya.

"Itu rumah saya! Tapi, dimana taman? Kenapa tiada pokok-pokok" soal Dorothy berulang-kali.

Dia kemudian berjalan melingkari patung arca zaman Mesir KUno sambil mengucup kaki mereka.

"Tinggalkan saya bersama dengan orang-orang saya!" suara Dorothy tiba-tiba berubah garau semasa berkelakuan aneh itu menyebabkan ibu bapanya terpaksa membawanya pulang secara paksa.

Bukan itu saja, guru yang mengajar Dorothy juga meminta ibu bapanya mengasingkan anak mereka dari kelas kerana gadis kecil ini mula membandingkan agama Kristian dengan kepercayaan Mesir lampau.

Sejak kejadian itu, keinginan Dorothy untuk mengetahui tentang zaman Mesir purba kian menggunung.

Seorang pengkaji sejarah yang bertugas di muzium British sudi mengajar Dorothy tentang tulisan hiroglif yang digunakan oleh kerajaan Mesir purba.

Amat memeranjatkan apabila dalam masa yang singkat, Dorothy mampu mempelajari aksara kuno itu dalam usia yang terlalu muda.

Pada usia 15 tahun, Dorothy menyibukkan diri di perpustakaan untuk membaca segala buku-buku berkaitan Mesir purba.

Dikatakan bahawa pada usia lingkungan inilah Dorothy bermimpi didatangi roh Hor-ra selama setahun.

Siapa Hor-ra?

Misteri Dorothy Eady Penjelmaan Semula Roh Mesir Purba

Roh Hor-ra dikatakan adalah seorang gadis muda yang hidup semasa zaman pemerintahan Firaun Seti I.

Zaman hidupnya dahulu, gadis ini dikenali dengan nama Bentreshyt. Ibunya seorang penjual sayur manakala bapanya seorang askar yang berkhidmat untuk Seti I.

Semasa usia Bentreshyt tiga tahun, ibunya meninggal dunia. Kerana tidak mampu untuk membesarkannya, Bentreshyt diserahkan bapanya ke kuil Seti I.

Bentreshyt dibesarkan menjadi seorang pendeta wanita, golongan ahli agama.

Namun, apabila Bentreshyt bertemu dengan Seti I, mereka jatuh cinta sehingga menyebabkan Bentreshyt hamil, sedangkan antara seorang paderi dan Firaun adalah dilarang menjalin hubungan.

Enggan skandalnya dengan Firaun Seti I terbongkar, Bentreshyt mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Dan roh inilah yang dikatakan telah menjelma kembali ke dalam tubuh Dorothy.

Berpindah Ke Mesir

Misteri Dorothy Eady Penjelmaan Semula Roh Mesir Purba
Seti I.

Pada usia 29 tahun, Dorothy berkahwin dengan seorang pelajar dari Mesir. Memang tujuan utamanya supaya dapat menetap di sana.

Kali pertama menjejakkan kaki di bumi piramid, Dorothy melutut, tunduk mencium tanah sambil berkata, "Saya sudah kembali. Saya tak akan ke mana-mana lagi."

Walaupun perkahwinan tidak bertahan lama, Dorothy dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Seti (sempena nama Firaun Seti I).

Sejak kelahiran Seti, Dorothy digelar penduduk setempat sebagai Omm Seti (Ibu kepada Seti).

Setelah berpisah, Dorothy terus menetap di Mesir dan memulakan hidup baru berdekatan piramid Giza dan mendapat pekerjaan di Jabatan Antikuiti Mesir.

Pngetahuan tinggi Dorothy berkaitan Mesir purba membuatkan dia dilantik sebagai penasihat rasmi.

Dorothy banyak melakukan perbuatan yang tinggi dapat dijangkau oleh ahli arkeologi.

Adakalanya dia akan bermalam di dalam piramid Giza dan pada masa-masa tertentu dia akan membuat ritual penyembahan, berdoa dan membuat persembahan kepada tuhan Horus di Great Sphinx.

Pada tahun 1956, Dorothy berpindah ke Abydos, sebuah bandar purba peninggalan Mesir kuno dan tempat yang sering disebut olehnya sebagai kampung halaman sejak kecil.

Abydos mempunyai nilai sentimental buat Dorothy (atau sebenarnya roh yang menjelma kembali dalam tubuhnya).

Disinilah dia tinggal mengabdikan diri, bertemu cinta dengan Seti I dan akhirnya menghadapi kematian yang tragis.

Pernah sewaktu berkunjung ke kuil Seti I, dia terserempak dengan para pegawai arkeologi Mesir yang pernah mendengar kisah penjelmaan semula Dorothy.

Bagi membuktikan dakwaan penjelmaan itu, mereka membawa Dorothy ke sebuah kuil dan berdiri membelakangi sebuah dinding yang terdapat catatan hiroglif dalam keadaan gelap.

Catatan itu pada masa tersebut belum pernah disiarkan kepada umum.

Pegawai itu meminta Dorothy menyatakan tulisan pada dinding tersebut dengan berbekalkan memori lampau kehidupan masa lalunya.

Dapatkah Dorothy menjawabnya?

Ya. Dorothy mampu menyatakan setiap tulisan pada dinding kuil itu dengan terperinci tanpa sebarang masalah dalam masa singkat seolah-olah sudah menghafalnya.

Ia membuatkan ahli-ahli arkelogi berasa kagum dan mula percaya dengan penjelmaan semula Bentreshyt dalam tubuh Dorothy.

Pernah satu ketika, Dorothy melawat kuil Seti I dan berkata, "Gali disini. Ada sebuah taman lama dibawahnya."

Dan ternyata ia benar!

Sebaik menggali, pakar arkeologi menemui sebuah taman yang dianggarkan seusia dengan kuil Seti I.

Taman itulah yang dikatakan tempat Benthreshyt berdoa setiap pagi semasa dia menjadi seorang pendeta.

Dorothy juga menghabiskan waktu paginya di situ untuk bertapa dan berdoa serta melakukan ritual yang dikatakan menyembah tuhan-tuhan Mesir kuno.

Meskipun sudah agak berusia ketika berpindah ke Abydos, ramai ahli arkeologi bergantung kepada Dorothy untuk menterjemah tulisan hiroglif yang mereka temui.

Dorothy menakjubkan mereka berkali-kali dengan kepantasannya menterjemah dan memahami tradisi kuno Mesir.

Bahkan, Dorothy juga dikatakan mempunyai kelebihan mistik untuk merawat penyakit dengan menggunakan air kolam Osireion, dengan membacakan jampi yang berasal dari tulisan Mesir purba.

Semasa hayatnya, Dorothy pernah menulis wasiat kepada bahagian arkeologi Mesir, meminta agar mayatnya kelak disemadikan berdekatan kuil Seti I.

Hasratnya ditunaikan setelah Dorothy menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1981 sewaktu berusia 77 tahun, sebagai satu penghargaan kerajaan atas kepakarannya yang banyak merungkai sejarah Mesir kuno terutamanya sewaktu zaman pemerintahan Firaun Seti I.

Walaupun ramai yang masih meragui penjelmaan semula (reincarnation) yang dilalui Dorothy, tidak kurang juga yang mempercayainya dengan bukti-bukti yang ditunjukkan sepanjang hayatnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, March 28, 2018

Misteri Remaja Mengeluarkan Telur Di Indonesia

Misteri Remaja Mengeluarkan Telur Di Indonesia

Seorang pemuda bernama Akmal berusia 14 tahun dari daerah Gowa di Sulawesi Selatan, menjadi tajuk utama setelah mengeluarkan tujuh biji telur dalam masa seminggu, mendakwa dirinya 'melahirkan' telur sejak tahun 2015 dan dalam tempoh dua tahun, dia sudah mengeluarkan 20 biji telur.

Misteri Remaja Mengeluarkan Telur Di Indonesia

Pakar perubatan sendiri bingung melihat objek yang bentuk dan saiznya sama seperti telur ayam 'bersarang' dalam rektumnya (dubur) dan tidak ada penjelasan diberikan bagaimana telur-telur itu boleh wujud.

Sekarang, selepas tiga tahun, Akmal kembali ke hospital mendakwa dia telah mengeluarkan keseluruhan 20 biji telur.

"Dua tahun lalu dia bertelur 18 biji dan kini jumlahnya sudah 20 biji.

"Telur pertama saya pecahkan isinya cair berwarna kuning, tidak ada putih.

"Sebulan kemudian saya pecahkan lagi, tapi isinya putih tidak ada kuning," kata bapa Akmal, Rusli, di kediamannya ketika ditemui wartawan, memetik Detik.

Dua biji telur terakhir itu dikeluarkan di Hospital Syekh Yusuf di Gowa, yang mana doktor tidak mahu membuat andaian mengenai telur dan punca kejadian misteri ini.

Misteri Remaja Mengeluarkan Telur Di Indonesia

Jurucakap hospital Muhammad Taslim mencurigai telur yang berada dalam tubuh Akmal sengaja dimasukkan sendiri kerana mengikut logik perubatan, adalah mustahil untuk telur itu berada di saluran pencernaan.

"Buat masa ini kecurigaan kita seperti itu. Tapi kita tidak melihatnya," kata Taslim ketika dihubungi, memetik Detik.

"Secara ilmiah tidak mungkin ada telur di dalam tubuh manusia, apatah lagi di saluran pencernaan," katanya.

Taslim berkata telur-telur yang pernah dikeluarkan pada 2015 adalah telur ayam biasa.

"Dua tahun lalu kita minta telur-telur itu diperiksa tapi saya tidak tahu keputusan terakhir.

"Tapi, setahu saya pemeriksaan terakhir menunjukkan ia hanya telur ayam. Kalau yang terbaru ini saya belum dapat sahkan lagi," kata Taslim.

Misteri Remaja Mengeluarkan Telur Di Indonesia

Sementara itu, Detik melaporkan bahawa Akmal mendakwa mengalami sakit perut, yang merupakan petanda akan mengeluarkan telur.

"Tadi malam perut saya mula sakit. Saya minta bapa bawa jumpa doktor kerana sakitnya luar biasa," katanya.

"Saya tak sangka jadi begini kerana dia hanya sakit perut.

"Kecuali dua tahun lalu ketika pertama kali bertelur, ibunya bermimpi melihat pohon besar berbuah lebat, di mana rantingnya mampu menaungi seluruh penjuru dunia dan keesokan hari Akmal bertelur untuk pertama kali," kata bapanya.

Misteri kan!

BACA INI JUGA: Telur Ayam Hanya Sebesar Syiling 10 Sen!

sumber: mstar

Misteri Rangka Kerdil Disangka Makhluk Asing Akhirnya Terjawab!

Misteri Rangka Kerdil Disangka Makhluk Asing Akhirnya Terjawab!

Dinamakan Ata, rangka misteri yang ditemui pada tahun 2003 di Atacama, Chile, menjadi tajuk berita utama kerana tengkoraknya berbentuk aneh dan mempunyai 10 tulang rusuk, akhirnya kebenaran di sebalik rangka berukuran enam inci yang pernah dianggap sebagai makhluk asing ini telah ditolak oleh saintis.

Misteri Rangka Kerdil Disangka Makhluk Asing Akhirnya Terjawab!

Ata ditemui dalam sarung kulit di gereja yang ditinggalkan, mencetuskan kebingungan ramai penduduk setempat pada masa itu.

Ia kemudian dikaji oleh seorang kolektor dari Sepanyol yang mula membuat spekulasi ia adalah bentuk hidupan asing kerana tulangnya yang luar biasa.

Akhirnya, selepas lima tahun menjalani analisis teliti, saintis telah mendapat jawapan mengapa rangka itu mempunyai beberapa mutasi.

Ujian di Universiti Stanford, San Francisco dan University of California mendapati ia adalah rangka bayi yang meninggal dunia 40 tahun lalu.

Dia dikatakan mempunyai beberapa keadaan genetik yang mengganggu pertumbuhannya, dikaitkan dengan orang kerdil dan gangguan tulang yang lain.

Rangka Ata dianggap sebagai bayi pramatang atau seseorang yang meninggal selepas dilahirkan.

Garry Nolan, seorang profesor mikrobiologi dan imunologi di Sekolah Perubatan Universiti Stanford, percaya penyelidikan mengenai Ata mungkin satu hari akan memberi manfaat kepada pesakit.

Dia boleh memberikan beberapa petunjuk untuk membantu manusia yang mengalami masalah pertumbuhan tulang atau orang yang mengalami patah tulang yang teruk.

Dia mula meneliti kesnya pada 2012 apabila seorang rakannya berkata dia mungkin telah menemui makhluk asing.

Misteri Rangka Kerdil Disangka Makhluk Asing Akhirnya Terjawab!

Bercakap kepada Guardian, dia berkata, "Dia sangat tidak sempurna kerana tidak dapat makan.

"Dalam keadaannya, dia akan berakhir di ICU neonatal, tetapi berdasarkan di mana spesimen itu ditemui, ia tidak seringkas yang difikirkan."

"Walaupun ia bermula sebagai cerita tentang makhluk asing dan mendapat liputan antarabangsa, ia benar-benar merupakan cerita tentang tragedi manusia," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Kehilangan Granger Taylor Dibawa Makhluk Asing!?

sumber: mstar

Saturday, March 24, 2018

Misteri Penemuan Makhluk Menyerupai Legenda Loch Ness

Misteri Penemuan Makhluk Menyerupai Legenda Loch Ness

Pelbagai spekulasi timbul apabila bangkai seekor makhluk laut misteri yang dikatakan seolah-olah menyerupai raksasa Loch Ness ditemui terdampar di tepi pantai di Georgia, Amerika Syarikat.

Misteri Penemuan Makhluk Menyerupai Legenda Loch Ness
Lakaran artis raksasa Loch Ness.

Seorang lelaki, Jeff Warren sempat merakam beberapa gambar dan video mengenai hidupan aneh itu ketika dia dan anak lelakinya menaiki bot di kawasan Perlindungan Hidupan Liar di Pulau Wolf pada Jumaat lalu (16/3/2018).

Misteri Penemuan Makhluk Menyerupai Legenda Loch Ness
Makhluk misteri disangka Loch Ness.

“Pada mulanya, saya menyangka bangkai itu ialah seekor anjing laut namun sangkaan itu meleset apabila ia sebenarnya memiliki leher dan ekor yang panjang menyerupai Loch Ness,” katanya.

Misteri Penemuan Makhluk Menyerupai Legenda Loch Ness
Gambar Loch Ness.

Setakat ini, beberapa pakar hidupan marin turut bingung mengenai spesies haiwan berkenaan namun beberapa pihak lain menyifatkan ia berkemungkinan bangkai raksasa Loch Ness atau reptilia prasejarah, Plesuisaur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Makhluk Buas Dari Gevaudan

sumber: kosmo

Friday, March 23, 2018

Misteri Semut Keluar Dari Mata Membingungkan Doktor

Misteri Semut Keluar Dari Mata Membingungkan Doktor

Seorang kanan-kanak perempuan, Ashwini, 11, menjadi tajuk berita selepas kira-kira 60 ekor semut dikeluarkan dari matanya, yang mana doktor pada mulanya mencadangkan serangga itu masuk ke dalam badannya melalui telinga.

Misteri Semut Keluar Dari Mata Membingungkan Doktor

Awal bulan Mac 2018 lalu, Ashwini yang tinggal di Belthangady, India, mula mengadu matanya sakit teruk dan memberitahu ibu bapanya bahawa dia merasakan ada sesuatu yang tersekat di kelopak matanya.

Setelah diperiksa, mereka mendapati terdapat semut di sebelah matanya.

Bagaimanapun, mereka tidak menganggap ia serius kerana berfikir serangga itu masuk ke dalam matanya secara tidak sengaja, tetapi tidak lama kemudian Ashwini mengadu sakit mata sekali lagi.

Kali ini mereka menemui lebih banyak semut yang sudah mati dan mereka terus membawanya ke hospital.

Seorang doktor tempatan memberitahu ibu bapa Ashwini bahawa serangga itu mungkin masuk ke dalam tubuhnya melalui telinga dan kemudian 'sampai' ke matanya.

Dia memberikan beberapa titis ubat mata untuk membantu rasa tidak selesa yang dialami Ashwini, tetapi setiap hari terdapat lima hingga enam ekor semut dikeluarkan dari matanya setiap hari dan sekitar 60 ekor semut mati di mata Ashwini dalam tempoh 10 hari.

Situasi pelik ini menyebabkan doktor di Belthangady bingung bagaimana semut-semut itu boleh berada di mata Ashwini atau apa yang boleh mereka lakukan untuk menghentikan fenomena aneh ini.

Misteri Semut Keluar Dari Mata Membingungkan Doktor

Dia akhirnya dibawa ke hospital mata di Moodabidri, di mana keluarganya berharap mendapat beberapa jawapan.

IB Times melaporkan ibu bapa Ashwini bimbang dia telah diganggu 'semangat jahat', jadi mereka juga membawanya berjumpa seorang ahli nujum yang memberitahu mereka bahawa semut di mata itu disebabkan oleh sesuatu yang dipanggil Naga Dosha (sumpahan ular).

Beberapa tahun yang lalu, berlaku kes aneh yang mana semut keluar dari telinga seorang budak perempuan dari India Shreya Darji, setiap hari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri! Seekor Semut Tahu Apabila Ajalnya Akan Tiba

sumber: mstar