Wednesday, November 07, 2018

Maksud Mimpi Bersetubuh

Maksud Mimpi Bersetubuh

Bukan semua mimpi melakukan seks adalah tanda retaknya sesebuah hubungan percintaan atau rumah tangga, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah keinginan dan harapan dalam kehidupan kita.

Maksud mimpi bersetubuh
Gambar hiasan.

Berikut adalah maksud mimpi bersetubuh yang mungkin anda telah alami.

1. Mimpi bersetubuh dengan bekas kekasih,suami atau isteri

Bermimpi bersetubuh dengan bekas orang yang di sayangi sebenarnya bukan bermakna anda masih mempunyai peluang dalam memperbaiki hubungan.

Jika anda telahpun berkahwin semula dan mimpi bersetubuh dengan bekas kekasih, itu tandanya anda takut hubungan rumah tangga baru anda mengalami nasib sama dengan yang sebelumnya.

Mimpi ini boleh juga di tafsirkan ada suatu perasaan yang belum sempat anda luahkan kepada bekas isteri, suami atau kekasih anda, seperti permintaan maaf yang ikhlas

2. Mimpi bersetubuh dengan kenalan

Mimpi ini tidak bermakna kenalan baru adalah jodoh anda, hanya mungkin anda terlalu kagum dengan ciri-ciri yang terdapat pada kenalan baru tersebut.

Sikap kagum anda menunjukkan anda ingin memiliki ciri-ciri tersebut, sama ada untuk diri anda sendiri atau kepada pasangan.

3. Mimpi bersetubuh dengan saudara kandung

Mimpi yang dikategorikan mimpi buruk dan menjijikkan ini jarang di alami oleh individu tapi kadang-kadang ia juga berlaku,

Tapi jangan risau, mimpi ini sebenarnya khusus buat orang yang merajuk. Makna mimpi ini adalah menunjukkan bahawa saudara kandung anda merindui dan mahu anda dekat dengannya serta mahu anda meminta maaf padanya atas kesalahan yang telah anda buat.

4. Mimpi bersetubuh dengan lawan sejenis

Mimpi dengan lawan sejenis ”homoseksual, lesbian” adalah berkait rapat dengan keyakinan diri anda.

Bergantung bagaimana mimpi tersebut berlaku, selalunya mimpi hubungan sejenis adalah tentang menerima bahagian tubuh anda yang berasa kurang puas hati biasanya berlaku pada saiz zakar dan payudara.

Akan tetapi, mimpi hubungan sejenis kepada rakan karib boleh di tafsirkan adanya perselisihan antara berdua, boleh juga sebagai adanya sesuatu yang anda miliki terdapat pada rakan anda.

Jangan risau, mimpi ini tidak bermakna anda seorang gay atau lesbian.

5. Mimpi bersetubuh dengan artis

Walaupun anda memintai artis tersebut, hingga terlintas dalam fikiran kotor untuk bersetubuh dengan beliau, mimpi bersetubuh dengan artis sebenarnya lebih dari itu.

Ia lebih kepada keinginan untuk menjadi popular, kaya, sama seperti seorang artis.

Jika anda mengalami mimpi seperti ini jangan berangan nak jadi kekasih artis konon memiliki petanda jodoh kuat dari mimpi.

6. Mimpi bersetubuh dengan bos/ketua

Jenis mimpi ini sama sekali tidak bermakna anda meminati bos atau benar-benar ingin melakukan hubungan seks dengan beliau.

Ia lebih cenderung kepada rasa ingin tahu keperibadian bos dan mahu rapat dengannya, boleh juga situasi di tempat kerja dimana anda merasakan tidak setuju dengan idea bos tapi dipendam kerana takut.

Boleh juga di tafsirkan, anda merasa jauh tertinggal dengan stail idea yang bos anda miliki dan mahu rapat dan disenangi oleh bos dan faktor ini menjurus kepada mimpi bersetubuh.

Mimpi bersetubuh dengan bos juga menandakan, anda baru saja berjaya membangunkan hubungan kerja yang erat dan menikmati interaksi sehari-hari--dalam kehidupan, bos anda termasuk orang yang menyenangkan.

Mungkin juga ini menandakan bahawa bos anda benar-benar menyukai kehadiran anda di tempat kerja.

7. Mimpi bersetubuh di tempat awam

Biasanya mimpi ini akan datang apabila ada ahli keluarga rakan atau tempat sekerja membuat fitnah atau memberikan komen pedas dan mendedahkan keburukan anda kepada umum.

8. Mimpi Kena rogol

Mimpi kena rogol, cabul sebenarnya tidak memberi masalah yang besar yang mungkin anda sangka memudaratkan seperti yang di dakwa sesetengah pihak.

Mimpi ini sebenarnya berlaku apabila anda berasa kehidupan atau keyakinan diri anda terancam.

Tapi, jika anda pernah dirogol sebelum ini dan bermimpi kejadian itu semula, itu memberi makna yang jauh berbeza, sebaiknya anda meminta nasihat pakar berhubung mimpi dirogol.

9. Mimpi curang dengan pasangan

Mimpi curang dengan pasangan sehingga menjurus kepada hubungan seks boleh di sebabkan faktor berikut.
  • Anda terpaksa berkompromi dengan prinsip hidup dan maruah anda.
  • Anda juga telah menemui situasi di mana anda terpaksa menipu dan tidak berlaku jujur kepada pasangan.
  • Cuba meneroka jenis seks yang anda sukai.

10. Mimpi pasangan curang

Mimpi pasangan curang atau bermain kayu tiga hingga melakukan hubungan seks sebenarnya lebih Straight Forward berbanding dengan mimpi curang dengan pasangan.

Mimpi ini akan berlaku apabila anda memiliki perasaan takut ditinggal pasangan, atau apabila pasangan kurang memberikan perhatian pada anda.

Mimpi pasangan curang juga boleh berlaku sekiranya anda risau sama ada pasangan anda beleh diharapkan untuk memikul tanggung jawab di masa hadapan.

11. Mimpi bersetubuh bersama kekasih rakan

Jenis mimpi ini boleh berlaku sekiranya anda mengagumi ciri ciri yang di miliki oleh kekasih rakan anda, jangan risau anda hanya sekadar mengagumi dan ingin sekali memiliki ciri-ciri yang sama.

Mimpi ini juga boleh di tafsirkan bahawa anda ingin memiliki pasangan seperti kekasih rakan anda.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tukang Tilik Dan Ahli Nujum Adalah Pembohong

Tukang Tilik Dan Ahli Nujum Adalah Pembohong

Dalam satu riwayat, seorang sahabat (yang berasa kagum terhadap kebenaran seorang munajjim yang ditemuinya) bertanya kepada Rasulullah SAW tentang keharusan beliau menemui dan mempercayai kata-kata munajjim itu.

Tukang Tilik
Gambar hiasan.

Baginda menegaskan bahawa ianya tidak harus. Sahabat tersebut menyatakan bahawa semua kata-kata munajjim itu benar belaka. Rasulullah s.a.w. segera bersabda, “Munajjim itu pembohong, walaupun cakapnya benar.”

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Sesiapa yang menemui ‘arraf (tukang tilik) atau munajjim (tukang ramal dengan menggunakan peredaran bintang) atau kahin (pawang dan bomoh), sesungguhnya dia telah kufur terhadap kebenaran yang dibawa oleh Muhammad SAW."

Persoalan timbul, mengapa Rasulullah SAW mengatakan tukang tilik dan ahli nujum sebagai pembohong?

Sebabnya adalah kerana kebenaran yang disampaikan hanya satu sahaja (sebagai umpan) sedangkan pembohongannya seribu.

Oleh sebab itu, munajjim yang suka berbohong dan menipu ini dimasukkan ke dalam neraka.

Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 128 yang bermaksud, “…nerakalah tempat kamu semua (wahai manusia dan syaitan yang bersekongkol dalam berbuat kejahatan ketika di dunia). Mereka kekal selama-lamanya dalam neraka…”

Pembohongan dan penipuan tersebut sangat ketara kerana Allah telah menegaskan bahawa tidak ada makhluk yang tahu tentang sesuatu yang ghaib.

Firman Allah dalam surah al-Naml ayat 65 yang bermaksud, “Katakanlah (ya Muhammad) apa juga makhluk yang di langit dan di bumi tidak mengetahui yang ghaib, kecuali Allah.”

Malah, ada sesetengah sahabat yang beranggapan bahawa Rasulullah SAW tahu perkara yang ghaib, lalu Baginda menafikannya.

Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 188 yang bermaksud, “…jika aku mengetahui perkara yang ghaib, nescaya aku boleh buat banyak kebaikan dan tidak ada keburukan menimpa aku..”

TUKANG TILIK DAN AHLI NUJUM KEHILANGAN TARING

Di zaman pemerintahan Firaun, ramalan yang dilakukan oleh ‘arraf, munajjim dan kahin semuanya benar-benar terjadi.

Misalnya, ramalan mereka mengenai kelahiran nabi Musa a.s dan kehancuran kekuasaan pengaruh Firaun di tangan baginda. Mengapa ramalan mereka begitu canggih dan mengagumkan?

Faktor utamanya ialah kerana Allah masih memberi peluang kepada syaitan untuk naik sampai langit yang ketujuh lalu mereka mendengar perbualan para malaikat mengenai apa yang akan berlaku di bumi.

Syaitan ini lalu memberitahu hal tersebut kepada tukang tilik dan ahli nujum, namun selepas kelahiran nabi ‘Isa a.s., sebahagian pintu langit telah ditutup dan syaitan hanya mampu sampai ke langit yang ketiga sahaja.

Apabila Rasulullah SAW dilahirkan, semua langit ditutup dan Syaitan hanya mampu menghampiri langit pertama. Itupun mereka akan dipanah oleh tahi-tahi bintang (petir/kilat).

Firman Allah dalam surah as-Sofat ayat 5-10 yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami hiasi langit yang dunia terendah dengan hiasan bintang-bintang sebagai menjaga dari syaitan (marid).

"Mereka tidak dapat mendengar perbualan malaikat di langit yang tertinggi melainkan mereka dilempar dari segenap penjuru.

"Kecuali syaitan yang cuba mencuri-curi pendengaran, maka mereka akan dikejar oleh tahi bintang.”

Disebabkan oleh faktor penutupan semua pintu langit ini, maka tukang tilik dan ahli nujum telah kehilangan taring.

Kemampuan ramalan mereka menjadi terbatas dan terlalu lemah kerana syaitan hanya mendapat sumber maklumat dari perbualan malaikat di bumi sahaja.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mahyuddin09

Tuesday, November 06, 2018

Lobster War, 2 Negara Yang Hampir Berperang Kerana Udang!

Lobster War, 2 Negara Yang Hampir Berperang Kerana Udang!

'Lobster War' bukanlah perang sesama udang laut mahupun udang laut melawan manusia sebaliknya, ianya adalah sebuah konflik yang melibatkan manusia berakal sendiri. Pertelingkahan antara negara-negara di dunia selalunya melibatkan isu-isu yang serius dan besar, namun dalam kes Lobster War, sebabnya adalah sangat tidak masuk akal.

Lobster War

Pada tahun 1960an, berlaku konflik antara Brazil dan Perancis disebabkan udang laut, dan siapa yang lebih berhak untuk menangkapnya.

Bagaimana Konflik Lobster War Boleh Bermula

Insiden ini bermula pada tahun 1961 apabila nelayan Perancis yang selama ini melakukan penangkapan hasil laut di barat laut perairan Afrika membuat keputusan untuk mencuba nasib mereka di tempat baharu.

Selepas mencuba di beberapa lokasi, mereka akhirnya menemui sebuah lokasi terbaik kerana dipenuhi udang laut, hanya beberapa batu daripada perairan Brazil.

Kehadiran beberapa kapal nelayan di kawasan berkenaan telah disedari oleh nelayan tempatan Brazil.

Mereka membuat laporan kepada pihak berkuasa tentang kemunculan banyak kapal nelayan negara asing yang cuba l menangkap udang laut secara haram di perairan Pernambuco.

Tentera laut Brazil serta merta bertindak balas kepada aduan tersebut, di mana Laksamana Arnoldo Toscano mengarahkan 2 buah kapal perang untuk mengesahkan hal berkenaan.

Campur Tangan Kerajaan Brazil dan Kerajaan Perancis

Kapal-perang-Lobster War

Mereka mengesahkan bahawa tuduhan tersebut adalah sah, kemudian mengarahkan rombongan kapal nelayan Perancis itu untuk pulang ke kawasan air dalam, lebih jauh daripada perairan Brazil.

Malangnya, nelayan-nelayan tersebut tidak mahu bekerjasama dan percaya mereka berhak untuk menangkap udang laut di kawasan berkenaan.

Mereka membuat aduan kepada kerajaan Perancis dan meminta mereka untuk menghantar armada kapal tentera ke kawasan berkenaan.

Tindakan ini memaksa tentera laut Brazil untuk menggerakkan kapal mereka sekiranya sesuatu insiden di luar jangkaan berlaku.

Walaupun selalunya sesebuah konflik antara 2 buah negara melibatkan perkara yang serius, kita harus mengakui bahawa konflik ini adalah sangat mengarut.

Apabila Brazil menggerakkan armada, Menteri Luar mereka, Hermes Lima telah dilaporkan berkata bahawa sikap Perancis ini tidak dapat diterima manakala kerajaan Brazil tidak akan berundur dan udang laut tidak boleh ditangkap.

Perancis Menghantar Kapal Tentera Pemusnah Ke Brazil

France Lobster War

Pada masa yang sama, Presiden Perancis ketika itu, Charles de Gaulle berasa sangat marah dengan situasi berkenaan. Beliau percaya Brazil tidak menghormati Perancis.

Pada 21 Februari 1961, Charles membuat keputusan untuk menghantar sebuah kapal perang pemusnah, iaitu Tartu untuk memastikan keselamatan nelayan-nelayan mereka.

Tartu walau bagaimanapun, tidak sempat menemui rombongan kapal nelayan Perancis, selepas dipintas oleh tentera laut Brazil ketika dalam perjalanan ke destinasi mereka.

Dalam konflik tersebut, Brazil mempunyai kelebihan. Presiden Brazil, João Goulart memberi ultimatum kepada tentera Perancis untuk keluar daripada perairan mereka dalam masa 48 jam, namun mereka berdegil. Tidak lama kemudian, Brazil berjaya menangkap sebuah kapal Perancis.

Walaupun tiada sebarang tembakan dilepaskan, situasi menjadi semakin tegang.

Brazil menghalang kemasukan kapal-kapal nelayan Perancis daripada melebihi jarak 100 batu daripada persisiran pantai negara berkenaan.

Antara hujah Brazil mengapa kapal nelayan Perancis tidak boleh memasuki kawasan mereka adalah kerana udang laut 'merangkak' di sepanjang dasar laut berhampiran pantai Brazil, jadi udang laut tersebut adalah milik Brazil.

Perancis pula mendakwa udang laut 'berenang', jadi hidupan laut itu bukan milik sesiapa dan mereka berhak untuk menangkapnya di laut.

Konflik Lobster War Akhirnya Tamat Secara Rasmi

Lobster War Tamat

Pada April 1963, konflik tersebut masih belum diselesaikan. Kedua-dua pihak berfikir sama ada berbaloi untuk berperang disebabkan udang laut.

Brazil dan Perancis bersetuju untuk menggunakan cara diplomasi bagi menyelesaikan konflik berkenaan dan isu tersebut dibawa ke mahkamah antarabangsa.

Konflik Lobster War akhirnya tamat secara rasmi pada 10 Disember 1964, selepas Brazil dan Perancis menandatangani sebuah perjanjian.

Konflik ini berjaya diselesaikan apabila Brazil diberikan hak dan kuasa ke atas zon perairan 200 batu daripada perairan mereka, yang meliputi lokasi udang laut.

Perjanjian tersebut turut membenarkan 26 kapal nelayan Perancis untuk menangkap udang laut di kawasan berkenaan selama tempoh 5 tahun.

Walaupun konflik ketenteraan tersebut berakhir dengan perjanjian rasmi, kedua-kedua negara terus bertelingkah secara saintifik sehingga tahun 1966.

Saintis daripada Brazil dan Perancis mempunyai teori masing-masing tentang pergerakan sebenar hidupan krustasea itu.

Saintis Perancis masih percaya bahawa pergerakan udang laut adalah seperti ikan, yakni mereka berenang di lautan, dan atas dasar ini udang laut dianggap bebas dan bukan milik mana-mana pihak.

Brazil pula masih dengan hujah mereka, di mana udang laut hidup dengan merangkak di dasar laut yang cetek.

Konflik ini mungkin kelihatan remeh dan agak kelakar, namun ianya memainkan peranan penting dalam menubuhkan Undang-Undang Laut ketika sebuah konvensyen anjuran United Nation.

Bagi penulis, kerajaan Perancis seharusnya tidak terlalu ego dalam membuat keputusan dan perlu menghormati kedaulatan negara Brazil.

Apa kata anda? Udang laut merangkak atau berenang?

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Keagungan Dinasti Sailendra Pencipta Candi Borobudur

Keagungan Dinasti Sailendra Pencipta Candi Borobudur

Dalam catatan sejarah bangsa-bangsa di dunia ini, kesemuanya pernah mempunyai dinasti raja mereka sendiri. Begitu juga dengan rumpun Melayu pada zaman dahulu menduduki Kepulauan Melayu dan lebih dikenali sebagai Nusantara, turut mempunyai catatan dinastinya yang pernah masyhur.

Keagungan Dinasti Sailendra Pencipta Candi Borobudur

Salah satunya ialah Dinasti Melayu Sailendra yang berpegang kuat kepada kepercayaan Buddha Mahayanism dan pernah memerintah empayar Sriwijaya sekitar abad ke 8.

Asal-usul Dinasti Sailendra masih diperdebatkan. Ada yang menyimpulkan dinasti ini berasal dari Kepulauan Melayu, ada juga sejarahwan yang mengatakan dinasti ini berasal dari India.

Malah, ada juga teori yang menyebut dinasti ini berasal dari Funan berdasarkan terjemahan perkataan Sailendra yang bermaksud 'Tuan Gunung' (Lord of The Mountains).

Dinasti Sailendra pernah menguasai Kemboja sekitar tahun 790 Masihi.

Pernahkah anda mendengar kisah Maharaja Zabag yang diceritakan oleh seorang pedagang Arab bernama Abu Zayd Hassan?

Kisahnya bermula apabila Raja Khmer yang mahu melihat kepala Maharaja Zabag di atas pinggan makannya, tetapi akhirnya telah diserang oleh tentera maharaja tersebut sehingga kerajaannya tumbang.

Kemungkinan besar Maharaja Zabag yang diceritakan merujuk kepada Maharaja Indra, pemerintah Sailendra yang berjaya menguasai empayar Sriwijaya ketika itu.

Dibawah Maharaja Indra, Dinasti Sailendra berjaya menguasai kerajaan Champa pada tahun 787 Masihi dan seterusnya Kemboja pada tahun 802 Masihi.

Cucu baginda bernama Maharaja Samaratungga berjaya menyiapkan satu monumen keagamaan terbesar di dunia.

Monumen berbentuk piramid itu, dihiasi 2,672 panel ukiran dan 504 ukiran Buddha, sekaligus menjadikannya candi Buddha terbesar di dunia sehingga ke hari ini.

Tahukah anda apa nama monumen itu? Ya. Itulah Candi Borobudur yang terletak berdekatan daerah Yogjakarta, Indonesia.

Candi Borobudur merupakan salah satu hasil kerja agung tamadun Melayu pra-Islam yang disiapkan dibawah pemerintahan Maharaja Samaratungga pada tahun 825 Masihi.

Candi Borobudur dirasmikan pembinaannya oleh seorang puteri bernama Pramodhawardhani yang memerintah Jawa Timur pada tahun 833 Masihi.

Sementara itu, abangnya yang bernama Balaputradewa menjadi maharaja Sriwijaya di Palembang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Khasiat Susu Kultur Shirota Strain Yang Ramai Tidak Tahu

Khasiat Susu Kultur Shirota Strain Yang Ramai Tidak Tahu

Kadang-kala bakteria dipanggil sebagai kuman, oranisma kecil yang hidup dan berada di sekeliling kita dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.

Khasiat Susu Kultur Shirota Strain Yang Ramai Tidak Tahu

Bakteria mempunyai banyak peranan penting, sesetengahnya berguna dalam penghasilan ubat-ubatan, minuman dan juga makanan.

Apa itu Yakult?

Minuman susu kultur Yakult mengandungi Lactobacillus casei Shirota strain hidup (Shirota strain), yang terbukti memberi faedah kesihatan dan mampu hidup melalui asid yang dihasilkan di dalam perut untuk sampai hidup ke usus.

Minuman ini dikulturkan khas untuk meningkatkan kesihatan melalui pengambilan mikro-organisma berfaedah ini setiap hari.

Faedah pengambilan Susu Kultur Shirota Strain

Sirota Strain mempunyai empat fungsi untuk kesihatan manusia dan kesan positif ini telah terbukti secara saintifik melalui penyelidikan bersama antara Institut Sentral Yakult dengan universiti-universiti dan hospital-hospital terkemuka dunia.

Empat faedah kesihatan tersebut adalah:

1. Bakteria Baik

Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya dalam usus.

2. Bakteria Berbahaya

Shirota Strain membantu menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya yang menghasilkan toksin dan membawa kepada pereputan dalam usus. Ini bermaksud, Shirota Strain dapat mengurangkan penghasilan bahan toksin dalam badan.

3. Sembelit

Shirota Strain juga membantu mengelakkan sembelit dan cirit-birit.

4. Sistem Imun

Shirota Strain membantu meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan dan pertumbuhan sel kanser. Shirota Strain dapat mengaktifkan sel-sel NK (sel imun) yang membantu tubuh melawan virus dan sel kanser.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, November 05, 2018

5 Misteri Lukisan Potret Mona Lisa Yang Membingungkan Pakar!

5 Misteri Lukisan Potret Mona Lisa Yang Membingungkan Pakar!

Potret Mona Lisa, seorang model wanita muda yang dilukis oleh pelukis terkenal, Leonardo da Vinci, pada abad ke 16 sehingga kini diselubungi misteri dan masih menimbulkan banyak tanda tanya.

Lukisan itu menjadi fenomena kerana keunikannya yang tersendiri sehingga menerima enam juta pengunjung ke The Louvre setiap tahun.

Berikut adalah 5 misteri yang terdapat pada lukisan tersebut.

1. Identiti sebenar Mona Lisa

Identiti Mona Lisa

Ramai membuat andaian bahawa Mona Lisa adalah seorang wanita bangsawan dan dikaitkan dengan Isabelle d'Este, Marquise of Mantua atau Costanza d'Avalos, Duchess of Fransavilla.

Sebahagian pula mengatakan Mona Lisa adalah seorang lelaki iaitu Leonardo da Vinci sendiri atau lelaki yang menjadi pembantunya selama 20 tahun iaitu Gian Giacomo Caprotti.

Bahkan, ada yang mengatakan ia adalah lukisan pemandangan indah yang lama-kelamaan ditukar menjadi lukisan seorang wanita.

Bagaimanapun watak sebenar lukisan ini masih belum dapat dibuktikan secara rasmi.

2. Tandatangan tersembunyi

Mona Lisa eyes Signature

Pada tahun 2010, pengerusi jawatankuasa kebangsaan warisan kebudayaan Itali iaitu Silvano Vinceti mendakwa telah melihat beberapa tandangan tersembunyi yang ditulis dengan teliti dan halus pada mata Mona Lisa.

Dia mendakwa mata kanan lukisan itu terdapat huruf L dan V yang dikatakan tandatangan Leonardo da Vinci dan pada mata kiri pula seakan huruf C, E, atau B.

Namun, pihak pengurusan The Louvre mengatakan tandatangan itu mungkin disebabkan rekahan yang sangat kecil pada cat lukisan tersebut.

3. Latar belakang yang aneh

Latar belakang Mona Lisa

Latar belakang lukisan Mona Lisa juga diperhatikan kerana bahagian sebelah kanan lebih tinggi berbanding sebelah kiri. Beberapa andaian mengatakan ia adalah lokasi berbeza dan digabungkan.

4. Senyuman misteri

Senyuman Mona Lisa

Pada tahun 2000, para saintis di Universiti Harvard telah mencadangkan penjelasan disebalik kajian saraf mengenai senyuman Mona Lisa yang sukar difahami.

Ketika anda sedang melihat mata, mulutnya berada dalam keadaan periferal yang kelihatan hitam dan putih.

Ini menonjolkan bayang-bayang di sudut mulutnya membuatkan senyuman Mona Lisa kelihatan lebih luas namun, pandangan itu akan berkurangan sekiranya anda melihat terus pada mulutnya.

Perkara ini sering menjadi perdebatan hebat dan sering berubah-ubah sehingga membuatkannya kelihatan seakan hidup dan penuh misteri.

5. Jambatan menjadi tanda tanya

Jambatan Mona Lisa

Landskap pada latar belakang lukisan ini kelihatan seakan suatu imaginasi tetapi mungkin juga jambatan yang dilukis pada bahagian kanan lukisan itu diketahui Leonardo.

Ramai mengatakan jambatan itu adalah jambatan Ponte Buriano yang terletak di Tuscany.

Akan tetapi, pada tahun 2011 seorang penyelidik telah mendakwa lukisan jambatan tersebut adalah jambatan Bobbio yang terletak di Trebbia dan telah rosak dihanyutkan banjir sekitar tahun 1472.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

11 Khasiat Jagung Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

11 Khasiat Jagung Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

Jagung (zea mays) ialah sejenis tumbuhan bijirin dari keluarga graminae yang merupakan satu spesies tunggal, merangkumi dua jenis yang mempunyai pertalian rapat iaitu teosinte dan Tripsacum, merupakan tanaman bijirin ketiga penting di dunia, ialah tumbuhan semusim yang tumbuh, membesar, mengeluarkan bijirin dan akhirnya menjadi tua dan mati.

Khasiat Jagung

Biasanya jagung mengambil masa 8-12 minggu untuk mengeluarkan hasil bergantung kepada jenisnya.

Jagung manis digemari ramai dan dimakan terus daripada tongkolnya atau digunakan dalam masakan seperti kuih-muih.

Manakala jagung flint atau derit ditanam secara besar-besaran dan diproses menjadi tepung kanji atau bahan makanan ternakan seperti ayam, konsentret bagi kambing dan juga untuk makanan ikan.

1. Sumber yang kaya dengan kalori

Jagung adalah sumber yang kaya dengan kalori dan adalah antara tanaman yang paling banyak dimakan oleh penduduk dunia.

Kandungan kalori jagung adalah 342 kalori per 100 gram, merupakan antara yang tertinggi untuk makanan bijirin.

Kerana kandungan kalorinya yang tinggi, menjadikan ia penting untuk keperluan hidup penduduk di berpuluh-puluh negara-negara yang berasaskan pertanian.

2. Mengurangkan risiko buasir dan kanser kolorektal

Kandungan serat satu cawan jagung berjumlah 18.4% daripada jumlah harian yang disyorkan. Ini membantu mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit dan buasir, serta mengurangkan risiko kanser kolon.

Serat telah lama diketengahkan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan risiko kolon, tetapi data tidak mencukupi dan bercanggah tentang hubungan serat dalam mencegah kanser, namun telah terbukti dapat mengurangkan risiko itu.

Serat membantu pergerakan makanan dalam usus, yang merangsang pergerakan peristalsis dan juga merangsang pengeluaran jus gastrik dan hempedu.

Ia juga boleh melembutkan najis, yang boleh memperlahan dan mengurangkan risiko Sindrom Usus Rengsa (IBS ) dan cirit-birit.

3. Sumber yang kaya dengan vitamin

Jagung kaya dengan vitamin B, terutamanya Thiamin dan Niacin. Thiamin sangat penting untuk mengekalkan kesihatan saraf dan fungsi kecerdasan otak.

Kekurangan Niacin membawa kepada Pellagra, penyakit yang menyebabkan cirit-birit, demensia dan dermatitis yang biasanya terdapat pada individu yang mengalami kekurangan zat makanan.

Jagung juga merupakan sumber baik asid Pantothenic, vitamin yang penting untuk karbohidrat, protein dan metabolisme lipid dalam badan.

Kekurangan asid folik di kalangan wanita hamil boleh membawa kepada kelahiran bayi kurang berat badan dan juga boleh menyebabkan kecacatan tiub neural dalam bayi yang baru lahir.

Jagung menyediakan sebahagian besar keperluan folat setiap hari, manakala biji jagung kaya dengan vitamin E, antioksidan semula jadi yang penting untuk pertumbuhan dan melindungi badan daripada penyakit dan penyakit.

4. Menyediakan mineral yang diperlukan

Jagung mengandungi mineral positif yang memberi manfaat kepada badan dalam beberapa cara. Fosforus, magnesium, mangan, zink, besi dan tembaga boleh ditemui di semua jenis jagung.

Jagung juga mengandungi mineral seperti selenium, yang sukar untuk diperolehi dalam kebanyakan makanan yang biasa.

Fosforus sangat penting bagi mengawal selia pertumbuhan yang normal, kesihatan tulang dan fungsi buah pinggang yang optimum.

Magnesium adalah perlu untuk mengekalkan kadar jantung yang normal dan untuk meningkatkan kekuatan tulang.

5. Antioksida

Menurut kajian yang dijalankan di Universiti Cornell, jagung adalah sumber yang kaya dengan antioksidan dalam melawan kanser yang menyebabkan radikal bebas.

Malah, tidak seperti banyak makanan lain, memasak sebenarnya meningkatkan fungsi antioksidan dalam jagung manis.

Jagung adalah sumber yang kaya dengan sebatian fenolik yang dipanggil asid ferulic, agen anti-karsinogenik yang berkesan dalam memerangi tumor yang membawa kepada kanser payudara serta kanser hati.

Antosianin, yang ditemui dalam jagung ungu, juga bertindak memerangi punca penyebab kanser radikal bebas.

Antioksidan diketahui dapat mengurangkan banyak bentuk berbahaya kanser kerana kemampuannya untuk mendorong apoptosis dalam sel-sel kanser, manakala meninggalkan sel-sel sihat tidak terjejas.

Ini amat relevan apabila fitokimia adalah sumber antioksidan, yang merupakan satu lagi jenis kimia yang terdapat dalam jumlah tinggi dalam jagung.

6. Melindungi Jantung

Menurut penyelidik, minyak jagung telah terbukti mempunyai kesan anti- atherogenic ke atas paras kolesterol, dengan itu mengurangkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular.

Minyak jagung khususnya, adalah cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan jantung dari fakta bahawa, jagung adalah kombinasi asid lemak yang optimum.

Ia membolehkan asid lemak omega-3 mengikat kolesterol "jahat" dan mengurangkan risiko arteri tersumbat, mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

7. Mencegah Anemia

Vitamin B12 dan asid folik yang terdapat dalam jagung juga mampu mencegah anemia yang disebabkan oleh kekurangan vitamin.

Jagung mempunyai tahap signifikan zat besi, merupakan salah satu mineral penting yang diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang baru.

8. Merendahkan LDL Kolesterol

Menurut Jurnal Pemakanan Biokimia, penggunaan minyak jagung sekam merendahkan plasma LDL kolesterol dengan mengurangkan penyerapan kolesterol di dalam badan.

Pengurangan kolesterol LDL tidak bermakna pengurangan kolesterol HDL, yang dianggap sebagai "kolesterol baik" dan boleh mempunyai pelbagai kesan yang baik pada badan, termasuk pengurangan penyakit jantung, pencegahan aterosklerosis dan pencegah radikal bebas di seluruh tubuh.

9. Vitamin-A

Jagung kuning adalah sumber yang kaya dengan beta-karotena, yang menjadi vitamin A dalam tubuh dan penting untuk mengekalkan penglihatan dan kulit yang baik.

Beta-karotena adalah sumber besar vitamin A kerana ia ditukar dalam badan , tetapi hanya dalam jumlah yang diperlukan tubuh namun, vitamin-A boleh menjadi toksik jika terlalu banyak dimakan.

Vitamin-A juga akan memberi manfaat kepada kesihatan kulit dan mukus membran, serta meningkatkan sistem imun.

Jumlah beta-karotena dalam badan yang tidak ditukar kepada vitamin-A bertindak sebagai antioksida yang sangat kuat, seperti karotenoid dan boleh melawan penyakit yang teruk seperti kanser dan penyakit jantung.

Sebab itu, perokok perlu berhati-hati tentang kandungan beta-karotena kerana perokok dengan tahap beta-karotena yang tinggi lebih cenderung untuk menghidap kanser paru-paru, manakala bukan perokok dengan kandungan beta- karotena yang tinggi adalah kurang kemungkinan untuk mendapatkanser paru-paru kontrak.

10. Kawalan diabetes dan tekanan darah tinggi

Dalam dekad kebelakangan ini, dunia seolah-olah mengalami satu wabak penyakit kencing manis.

Walaupun mekanisme yang tepat untuk ini tidak boleh dibuktikan, ia dianggap berkaitan dengan tabiat pemakanan.

Makan lebih buah-buahan organik dan sayur-sayuran, seperti jagung dan ia telah dikaitkan dengan pengurangan tanda-tanda kencing manis.

Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan biji jagung membantu dalam pengurusan bukan insulin kencing manis bergantung (NIDDM ) dan berkesan terhadap tekanan darah tinggi kerana kehadiran fitokimia fenolik di seluruh jagung.

Fitokimia boleh mengawal penyerapan dan pelepasan insulin dalam badan dan membantu mengekalkan gaya hidup yang lebih normal.

11. Faedah kosmetik

Kanji jagung digunakan dalam pembuatan banyak produk kosmetik dan disapu untuk melegakan ruam kulit dan kerengsaan.

Produk jagung boleh digunakan untuk menggantikan produk petroleum karsinogenik yang merupakan komponen utama dalam kosmetik.

Banyak krim kulit tradisional mengandungi jeli petroleum sebagai bahan asas, yang selalunya boleh menyekat liang roma dan menyebabkan keadaan kulit menjadi lebih teruk.

ASAL-USUL JAGUNG

Pokok jagung ialah tumbuhan asli benua Amerika dan merupakan bahan makanan bagi orang-orang India semasa Columbus menemui Amerika.

Jagung masih menjadi tanaman bijirin paling penting di Mexico, Amerika Tengah dan banyak negeri di Amerika Selatan.

Jagung adalah salah satu tanaman pugar yang tertua dan tidak lagi boleh hidup sebagai tanaman liar dan hanya tumbuh jika ditanam.

Jagung telah diusahakan oleh orang-orang India sejak berkurun-kurun lamanya, dengan kebolehan yang menakjubkan iaitu menghasilkan variety jenis ‘flint ’, jenis tepung, jenis ‘gourdseed dent ’, jenis bertih ‘pop’ dan jenis manis.

Sumbangan utama 'orang putih' dalam usaha pembaikan jenis jagung kurun ini ialah menghasilkan variety jenis ‘dent' yang sesuai ditanam di bahagian tengah, utara, timur dan selatan Amerika Syarikat.

Antara tempat yang dikenali sebagai tempat asal jagung ialah tanah tinggi di Peru, Equador dan Bolivia, manakala di bahagian selatan adalah wilayah Mexico dan Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: makanananda | tangkapgambar

UMNO Terus Pertahan Penyangak 1MDB!

UMNO Terus Pertahan Penyangak 1MDB!

Saya merujuk kepada kenyataan media Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan yang merayu supaya parti itu tidak dikaitkan dan dihukum oleh skandal 1MDB.

UMNO Penyangak 1MDB

Beliau juga mahu Umno dibenarkan terus berkhidmat kepada rakyat dan bangsa Melayu, serta berharap segala apa-apa yang mengaitkan 1MDB dengan Umno diputuskan.

Maaf Datuk Seri, Umno itulah yang merupakan perisai yang mempertahankan Datuk Seri Najib Razak sewaktu skandal 1MDB terbongkar.

Umno memperjuangkan nasib orang Melayu? Tidak boleh sebenarnya untuk kita mendakwa membela orang Melayu pada satu sisi tetapi di sisi lagi kita juga merembat, mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Itu bukanlah perjuangan. Itu pengkhianatan.

Hari ini segala tindakan ke atas Najib dan Umno dibuat lunas undang-undang.

Selepas Najib dituduh di mahkamah pun, masih ramai pemimpin dan penyokong Umno datang memberi sokongan. Ia menunjukkan parti itu masih berdiri teguh di belakang figura yang terpalit dalam skandal 1MDB.

Di mana Datuk Seri?

Jadi di mana rasionalnya permintaan Datuk Seri yang mahu sebarang pautan 1MDB terhadap Umno diputuskan?

Pemimpin dan penyokong Umno masih mendukung kepalsuan 1MDB sehingga hari ini! Wang yang diterima adalah derma? Ini satu sindrom penafian yang sangat teruk.

Pemimpin dan penyokong Umno masih mendakwa 1MDB merupakan satu konspirasi politik yang digunakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas musuh politiknya, seperti yang dilakukan beliau 20 tahun lalu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri, terbukti bahawa saranan Datuk Seri untuk Umno menjauhi 1MDB tidak disambut baik oleh ahli Umno dan pemimpinnya.

Justeru sewajarnya parti Datuk Seri dihukum jika didapati terlibat dengan skandal 1MDB ini.

Di mana Datuk Seri semasa skandal 1MDB ini mula terbongkar? Di mana anggota parlimen (MP) Rembau?

Akhirnya MP Rembau pun menyesal kerana mempertahankan bekas Najib. Itu kekesalan yang terlewat.

Peguam Negara dipecat, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukar, laporan audit dirahsiakan, Akta Antiberita Tidak Benar diwujud untuk menutup hak kebebasan bersuara, rakyat ditakut-takutkan, siasatan 1MDB ditutup, sedangkan satu dunia menjalankan siasatan dan pendakwaan terhadap skandal berkenaan.

Sebagai pemimpin di peringkat tertinggi Umno pada masa itu, mengapa Datuk Seri tidak berbuat sesuatu?

Datuk Seri, tubuh dihukum kerana nafsunya; jasad ditanam kerana rohnya tiada, begitulah parti dihukum kerana pemimpinnya.

Parti tidak bertangan dan berkaki, tidak bergerak dan tidak bertutur. Lidah parti ialah lidah pemimpinnya, tubuh parti diserap roh pemimpinnya, tangan parti adalah tangan pemimpinnya.

Harga dibayar Umno

Jika kotor tangan pemimpin, kotorlah parti itu. Jika celupar lidah pemimpin, celuparlah parti itu. Jika jahat roh pemimpin, jahatlah jasad parti itu.

Maka Datuk Seri janganlah cuba untuk memisahkan parti dengan pemimpin seolah-olah parti tidak berdosa akibat kerakusan pemimpin.

Jika Datuk Seri mendakwa parti tidak seharusnya dilibatkan, sudah tentulah sebelum PRU14 lagi Umno sudah menyingkirkan Najib. Tetapi Umno terus mempertahankannya.

Maka jika parti terlibat, ia haruslah berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang. Tidak ada sesiapa pun akan terkecuali, Datuk Seri.

Percayalah, tindakan yang diambil pada hari ini bukan bermotifkan politik, tetapi inilah yang sewajarnya dilakukan kerajaan Umno dan BN dulu, namun keengganan Umno mengambil tindakan membuatkan rakyat terpaksa bertindak pada 9 Mei.

Datu Seri, rakyat bukan undi Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana manifestonya. Mereka mengundi HARAPAN kerana mahu siasatan telus dijalankan ke atas 1MDB.

Ramai ahli Umno tidak berpuas hati kerana parti Datuk Seri melindungi 1MDB dan kesilapan terbesar Umno ialah memecat Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Shafie Apdal ekoran kelantangan mereka bersuara dalam isu 1MDB.

Datuk Seri perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu marah dan menghukum Umno kerana isu 1MDB.

Kerana, 1MDB dan Umno memang tidak dapat dipisahkan, inilah harga yang terpaksa dibayar pada hari ini.

***

Mohamad Siddiq Azani ialah seorang peguam dan anggota ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Misteri Kehilangan Istana Kota Lukut

Misteri Kehilangan Istana Kota Lukut

Raja terakhir memerintah sebagai wakil kepada Sultan Selangor di Lukut adalah Raja Bot atau nama sebenarnya Raja Muhammad Saleh, anak kepada Raja Jumaat yang dilahirkan di Lukut pada Disember 1847.

Istana Lukut
RAJA BOT (duduk tengah) bergambar bersama ahli keluarganya sekitar 1912, kira-kira 32 tahun selepas penyerahan Lukut kepada Sungei Ujong.

Ketika pemerintahan Raja Jumaat, kestabilan politik dan ekonomi di Kota Lukut adalah sangat baik, malah beliau bijak menjalinkan hubungan dengan Melaka yang ketika itu diperintah oleh Belanda.

Namun, kewibawaan kepimpinannya tidak diwarisi apabila kejatuhan Kota Lukut bermula apabila pewarisnya, Raja Bot mengambil alih wilayah itu dan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti tuntutan kawasan oleh Sungei Ujong.

Selain itu, aktiviti perlombongan mula berkurangan apabila kadar pengeluaran bijih timah semakin merosot, di tambah pula dengan masalah pergaduhan antara kaum dan pertelingkahan pemimpin dalaman.

Akhirnya, Lukut diserahkan kepada Sungei Ujong (Negeri Sembilan) dalam satu perjanjian yang ditandatangani di Singapura.

Dalam catatan di Muzium Lukut, Raja Bot dikatakan mengambil alih pemerintahan pada 1865, kemudian beliau dilantik menjadi Penghulu Sungai Buloh pada 1887.

Misterinya adalah persoalan kehilangan istana di Kota Lukut berdasarkan jarak masa sekarang dengan pemerintahan Raja Bot.

Sehingga hari ini, pihak muzium Kota Lukut sendiri masih tertanya-tanya ke mana hilangnya istana Kota Lukut, sedangkan jarak masa dengan sekarang tidak sampai beratus tahun.

Mengikut kajian, Kota Lukut ditemui berdasarkan struktur binaan di atas bukit Gajah Mati yang dibina seperti sebuah kubu perang.

Yang dijumpai dalam eskavasi pada 1940 hanyalah tapak tiang dan serpihan seperti peralatan dalam rumah.

Pelik, sedangkan bangunan yang lebih lama dibina Belanda dan British masih wujud hingga ke hari ini, tetapi istana Kota Lukut telah ghaib!

Lukut simpan peristiwa berdarah

Sementara itu, bercerita tentang sejarah kemasyhuran Kesultanan Selangor, pasti sebahagian besar daripada kisah tersebut menyentuh kehebatan Lukut suatu ketika dahulu.

Menyingkap sejarah awal Lukut yang bermula awal kurun ke-19, daerah tersebut dibuka oleh kerabat diraja Selangor, Raja Busu.

Sebelum diletakkan di bawah daerah Port Dickson selepas nama Sungei Ujong ditukar kepada Negeri Sembilan, Lukut dibuka kerana potensi hasil buminya yang menjadi tumpuan ramai pelombong bijih timah.

Dalam catatan jurnal Sejarah Lukut tulisan Zulkapli Othman dan Mohd Khalid Yasin, Lukut dahulu merupakan sebahagian daripada wilayah Selangor.

Sewaktu pemerintahan Raja Busu, Lukut telah menyaksikan sebuah peristiwa yang tidak boleh dilupakan apabila istananya dibakar akibat rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.

Kota Lukut adalah tempat pentadbiran berbeza dengan Lukut, namun kedua-duanya terletak dalam wilayah sama.

Wilayah yang sama tetapi sejarahnya berbeza, Lukut dibuka oleh Raja Busu, manakala Kota Lukut pula diasaskan Raja Jumaat Raja Jaafar.

Sebagai pembuka wilayah Lukut, Raja Busu telah membawa masuk ramai pelombong Cina tetapi, beliau telah membuat pelombong Cina marah kerana menaikkan cukai.

Mungkin kerana kerancakan industri perlombongan, beliau terdorong untuk menaikkan cukai sebanyak 10 peratus, namun keputusan tersebut telah menyebabkan kemarahan mereka.

Selepas itu, keadaan menjadi lebih buruk apabila kemarahan pelombong membuak-buak sehingga sanggup membuat kacau dan membakar istana Raja Busu.

Kisah ini boleh dikatakan seperti rusuhan kaum apabila lebih kurang 300 hingga 400 pelombong berarak ke istana Raja Busu, namun beliau tidak mahu berjumpa dengan mereka, malah menyatakan tidak takut mati.

Berang dengan tindakan Raja Busu, mereka telah membakar istananya dan dalam peristiwa itu, Raja Busu bersama keluarga telah dibunuh.

Makam Raja Busu dan keluarganya terletak berdekatan Kampung Kuala Lukut di Chuah, Negeri Sembilan.

Pengikut setia yang berang selepas mendengar peristiwa tersebut telah bertindak membalas dendam terhadap pelombong sehingga mereka melarikan diri ke Melaka.

Beberapa tahun selepas peristwa tersebut, Raja Jumaat yang juga menantu kepada Sultan Selangor ketiga iaitu Sultan Muhammad telah membuka Kota Lukut dan mengembalikan kegemilangan ekonomi serta politik di sana.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan | utusan2