Monday, November 05, 2018

5 Misteri Lukisan Potret Mona Lisa Yang Membingungkan Pakar!


Potret Mona Lisa, seorang model wanita muda yang dilukis oleh pelukis terkenal, Leonardo da Vinci, pada abad ke 16 sehingga kini diselubungi misteri dan masih menimbulkan banyak tanda tanya.

Lukisan itu menjadi fenomena kerana keunikannya yang tersendiri sehingga menerima enam juta pengunjung ke The Louvre setiap tahun.

Berikut adalah 5 misteri yang terdapat pada lukisan tersebut.

1. Identiti sebenar Mona Lisa

Identiti Mona Lisa

Ramai membuat andaian bahawa Mona Lisa adalah seorang wanita bangsawan dan dikaitkan dengan Isabelle d'Este, Marquise of Mantua atau Costanza d'Avalos, Duchess of Fransavilla.

Sebahagian pula mengatakan Mona Lisa adalah seorang lelaki iaitu Leonardo da Vinci sendiri atau lelaki yang menjadi pembantunya selama 20 tahun iaitu Gian Giacomo Caprotti.

Bahkan, ada yang mengatakan ia adalah lukisan pemandangan indah yang lama-kelamaan ditukar menjadi lukisan seorang wanita.

Bagaimanapun watak sebenar lukisan ini masih belum dapat dibuktikan secara rasmi.

2. Tandatangan tersembunyi

Mona Lisa eyes Signature

Pada tahun 2010, pengerusi jawatankuasa kebangsaan warisan kebudayaan Itali iaitu Silvano Vinceti mendakwa telah melihat beberapa tandangan tersembunyi yang ditulis dengan teliti dan halus pada mata Mona Lisa.

Dia mendakwa mata kanan lukisan itu terdapat huruf L dan V yang dikatakan tandatangan Leonardo da Vinci dan pada mata kiri pula seakan huruf C, E, atau B.

Namun, pihak pengurusan The Louvre mengatakan tandatangan itu mungkin disebabkan rekahan yang sangat kecil pada cat lukisan tersebut.

3. Latar belakang yang aneh

Latar belakang Mona Lisa

Latar belakang lukisan Mona Lisa juga diperhatikan kerana bahagian sebelah kanan lebih tinggi berbanding sebelah kiri. Beberapa andaian mengatakan ia adalah lokasi berbeza dan digabungkan.

4. Senyuman misteri

Senyuman Mona Lisa

Pada tahun 2000, para saintis di Universiti Harvard telah mencadangkan penjelasan disebalik kajian saraf mengenai senyuman Mona Lisa yang sukar difahami.

Ketika anda sedang melihat mata, mulutnya berada dalam keadaan periferal yang kelihatan hitam dan putih.

Ini menonjolkan bayang-bayang di sudut mulutnya membuatkan senyuman Mona Lisa kelihatan lebih luas namun, pandangan itu akan berkurangan sekiranya anda melihat terus pada mulutnya.

Perkara ini sering menjadi perdebatan hebat dan sering berubah-ubah sehingga membuatkannya kelihatan seakan hidup dan penuh misteri.

5. Jambatan menjadi tanda tanya

Jambatan Mona Lisa

Landskap pada latar belakang lukisan ini kelihatan seakan suatu imaginasi tetapi mungkin juga jambatan yang dilukis pada bahagian kanan lukisan itu diketahui Leonardo.

Ramai mengatakan jambatan itu adalah jambatan Ponte Buriano yang terletak di Tuscany.

Akan tetapi, pada tahun 2011 seorang penyelidik telah mendakwa lukisan jambatan tersebut adalah jambatan Bobbio yang terletak di Trebbia dan telah rosak dihanyutkan banjir sekitar tahun 1472.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon