Rabu, November 07, 2018

Tukang Tilik Dan Ahli Nujum Adalah Pembohong


Dalam satu riwayat, seorang sahabat (yang berasa kagum terhadap kebenaran seorang munajjim yang ditemuinya) bertanya kepada Rasulullah SAW tentang keharusan beliau menemui dan mempercayai kata-kata munajjim itu.

Tukang Tilik
Gambar hiasan.

Baginda menegaskan bahawa ianya tidak harus. Sahabat tersebut menyatakan bahawa semua kata-kata munajjim itu benar belaka. Rasulullah s.a.w. segera bersabda, “Munajjim itu pembohong, walaupun cakapnya benar.”

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Sesiapa yang menemui ‘arraf (tukang tilik) atau munajjim (tukang ramal dengan menggunakan peredaran bintang) atau kahin (pawang dan bomoh), sesungguhnya dia telah kufur terhadap kebenaran yang dibawa oleh Muhammad SAW."

Persoalan timbul, mengapa Rasulullah SAW mengatakan tukang tilik dan ahli nujum sebagai pembohong?

Sebabnya adalah kerana kebenaran yang disampaikan hanya satu sahaja (sebagai umpan) sedangkan pembohongannya seribu.

Oleh sebab itu, munajjim yang suka berbohong dan menipu ini dimasukkan ke dalam neraka.

Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 128 yang bermaksud, “…nerakalah tempat kamu semua (wahai manusia dan syaitan yang bersekongkol dalam berbuat kejahatan ketika di dunia). Mereka kekal selama-lamanya dalam neraka…”

Pembohongan dan penipuan tersebut sangat ketara kerana Allah telah menegaskan bahawa tidak ada makhluk yang tahu tentang sesuatu yang ghaib.

Firman Allah dalam surah al-Naml ayat 65 yang bermaksud, “Katakanlah (ya Muhammad) apa juga makhluk yang di langit dan di bumi tidak mengetahui yang ghaib, kecuali Allah.”

Malah, ada sesetengah sahabat yang beranggapan bahawa Rasulullah SAW tahu perkara yang ghaib, lalu Baginda menafikannya.

Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 188 yang bermaksud, “…jika aku mengetahui perkara yang ghaib, nescaya aku boleh buat banyak kebaikan dan tidak ada keburukan menimpa aku..”

TUKANG TILIK DAN AHLI NUJUM KEHILANGAN TARING

Di zaman pemerintahan Firaun, ramalan yang dilakukan oleh ‘arraf, munajjim dan kahin semuanya benar-benar terjadi.

Misalnya, ramalan mereka mengenai kelahiran nabi Musa a.s dan kehancuran kekuasaan pengaruh Firaun di tangan baginda. Mengapa ramalan mereka begitu canggih dan mengagumkan?

Faktor utamanya ialah kerana Allah masih memberi peluang kepada syaitan untuk naik sampai langit yang ketujuh lalu mereka mendengar perbualan para malaikat mengenai apa yang akan berlaku di bumi.

Syaitan ini lalu memberitahu hal tersebut kepada tukang tilik dan ahli nujum, namun selepas kelahiran nabi ‘Isa a.s., sebahagian pintu langit telah ditutup dan syaitan hanya mampu sampai ke langit yang ketiga sahaja.

Apabila Rasulullah SAW dilahirkan, semua langit ditutup dan Syaitan hanya mampu menghampiri langit pertama. Itupun mereka akan dipanah oleh tahi-tahi bintang (petir/kilat).

Firman Allah dalam surah as-Sofat ayat 5-10 yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami hiasi langit yang dunia terendah dengan hiasan bintang-bintang sebagai menjaga dari syaitan (marid).

"Mereka tidak dapat mendengar perbualan malaikat di langit yang tertinggi melainkan mereka dilempar dari segenap penjuru.

"Kecuali syaitan yang cuba mencuri-curi pendengaran, maka mereka akan dikejar oleh tahi bintang.”

Disebabkan oleh faktor penutupan semua pintu langit ini, maka tukang tilik dan ahli nujum telah kehilangan taring.

Kemampuan ramalan mereka menjadi terbatas dan terlalu lemah kerana syaitan hanya mendapat sumber maklumat dari perbualan malaikat di bumi sahaja.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: mahyuddin09

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

2 comments

KUALA LUMPUR – Seorang peramal wanita baru ini meramalkan bakal berlaku tangkapan besar-besaran di Malaysia pada November 2018 dan pergolakan berlaku dalam negara ini sehingga tahun hadapan.

Peramal Thailand yang juga pernah menjangkakan berlakunya gempa bumi di Sabah dan kehilangan kapal terbang sebelum ini, Navaracha Pinitlokakorn aka Prai terbaru sekali lagi membuat ramalan kali ini tentang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri, dalam masa yang sama Tun Dr Mahahir Mohamad bakal mengalami masalah kesihatan yang serius menjelang Jun tahun hadapan.

Berdasarkan video di yputube yang berdurasi 8:47 minit, dia mendakwa dalam masa dua tahun, satu fenomena alam yang aneh akan menyebabkan Semenanjung Malaysia akan ‘berpecah’ menjadi dua.

Beliau juga memberi amaran bahawa dalam tempoh dua tahun akan datang, Malaysia akan mempunyai beberapa bencana, dan antara struktur yang terjejas teruk termasuk bangunan 50 tingkat yang terletak berhampiran persimpangan jalan raya di Kuala Lumpur.

Kemalangan juga ramalannya mungkin berlaku di kPergunungan Titiwangsa.

Navaracha Pinitlokakorn terkenal kerana memiliki keupayaan psikik sejak muda menjadi, banyak ramalannya yang menjadi realiti.

Ini salah satu contohnya, tapi admin saya malas nak percaya ramalan dia ni, kalau ramalan cuaca adalah!

Admin cuma boleh katakan, percaya bahawa 'tilikan' itu adalah anugerah Allah. Percaya selepasnya dan tidak sebelum kejadian. hihi

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon