Tuesday, November 06, 2018

Keagungan Dinasti Sailendra Pencipta Candi Borobudur


Dalam catatan sejarah bangsa-bangsa di dunia ini, kesemuanya pernah mempunyai dinasti raja mereka sendiri. Begitu juga dengan rumpun Melayu pada zaman dahulu menduduki Kepulauan Melayu dan lebih dikenali sebagai Nusantara, turut mempunyai catatan dinastinya yang pernah masyhur.

Keagungan Dinasti Sailendra Pencipta Candi Borobudur

Salah satunya ialah Dinasti Melayu Sailendra yang berpegang kuat kepada kepercayaan Buddha Mahayanism dan pernah memerintah empayar Sriwijaya sekitar abad ke 8.

Asal-usul Dinasti Sailendra masih diperdebatkan. Ada yang menyimpulkan dinasti ini berasal dari Kepulauan Melayu, ada juga sejarahwan yang mengatakan dinasti ini berasal dari India.

Malah, ada juga teori yang menyebut dinasti ini berasal dari Funan berdasarkan terjemahan perkataan Sailendra yang bermaksud 'Tuan Gunung' (Lord of The Mountains).

Dinasti Sailendra pernah menguasai Kemboja sekitar tahun 790 Masihi.

Pernahkah anda mendengar kisah Maharaja Zabag yang diceritakan oleh seorang pedagang Arab bernama Abu Zayd Hassan?

Kisahnya bermula apabila Raja Khmer yang mahu melihat kepala Maharaja Zabag di atas pinggan makannya, tetapi akhirnya telah diserang oleh tentera maharaja tersebut sehingga kerajaannya tumbang.

Kemungkinan besar Maharaja Zabag yang diceritakan merujuk kepada Maharaja Indra, pemerintah Sailendra yang berjaya menguasai empayar Sriwijaya ketika itu.

Dibawah Maharaja Indra, Dinasti Sailendra berjaya menguasai kerajaan Champa pada tahun 787 Masihi dan seterusnya Kemboja pada tahun 802 Masihi.

Cucu baginda bernama Maharaja Samaratungga berjaya menyiapkan satu monumen keagamaan terbesar di dunia.

Monumen berbentuk piramid itu, dihiasi 2,672 panel ukiran dan 504 ukiran Buddha, sekaligus menjadikannya candi Buddha terbesar di dunia sehingga ke hari ini.

Tahukah anda apa nama monumen itu? Ya. Itulah Candi Borobudur yang terletak berdekatan daerah Yogjakarta, Indonesia.

Candi Borobudur merupakan salah satu hasil kerja agung tamadun Melayu pra-Islam yang disiapkan dibawah pemerintahan Maharaja Samaratungga pada tahun 825 Masihi.

Candi Borobudur dirasmikan pembinaannya oleh seorang puteri bernama Pramodhawardhani yang memerintah Jawa Timur pada tahun 833 Masihi.

Sementara itu, abangnya yang bernama Balaputradewa menjadi maharaja Sriwijaya di Palembang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon