Thursday, December 07, 2017

Keajaiban Khasiat Susu Kambing


Susu amat penting untuk membantu tumbesaran kesihatan dan kegagalan mengambil susu dengan cara yang betul serta bersesuaian akan memberikan kesan kepada manusia.

Keajaiban Khasiat Susu Kambing

Jika anda biasa dengan rutin sarapan pagi mengambil sekeping roti atau sepiring nasi goreng serta segelas susu lembu, disarankan anda untuk mencuba menggantikan susu tersebut dengan susu kambing kerana kandungan nutrisi dan gizi lebih lengkap dibandingkan dengan susu lain.

Susu kambing adalah alternatif yang lebih sihat terutama apabila ia mentah dan organik.

Kambing mengeluarkan kira-kira 2 peratus daripada bekalan susu global.

Pengambilan susu kambing amat sesuai untuk orang yang mempunyai alahan dan masalah pencernaan. Malah Rasulullah SAW sendiri membela dan meminum susu kambing.

Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi khasiat susu lembu.

Para ibu amat digalakkan mengambil susu kambing untuk memastikan susu ibu yang dihasilkan berkhasiat.

Khasiat susu kambing

Susu kambing merupakan sumber kalsium yang sangat baik. Kandungan kalsium dalam secawan susu kambing mampu membekalkan 32.6 peratus nilai kalsium sehari.

Kalsium bukan sekadar membantu tumbesaran tulang terdapat juga mineral penting dalam kesihatan.

Walaupun harganya sedikit mahal daripada susu lembu namun manfaat yang diberi jauh lebih baik.

Kaya dengan riboflavin, ia sangat membantu dalam penghasilan dan pengekalan tenaga di dalam tubuh.

Dan apa yang menarik, susu kambing lebih mudah dihadam hanya dalam tempoh 20 minit berbanding susu lembu yang memakan masa dua jam untuk dihadam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Fakta Dan Mitos Mengenai Susu

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon