Friday, October 19, 2018

Jawatan Perdana Menteri, Ketua Menteri Dan Menteri Besar Dihadkan 2 Penggal

Jawatan Perdana Menteri, Ketua Menteri Dan Menteri Besar Dihadkan 2 Penggal

Tempoh perkhidmatan bagi jawatan Perdana Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja, juga melibatkan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri sebagai langkah untuk mereformasi sistem politik.

Jawatan PM

Menurut Tun Mahathir, Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain, ketika membentangkan usul mengenai kajian separuh penggal Rancangan malaysia ke-11 (RMK-11) 2016-2020 di Dewan Rakyat.

Penambahbaikan sistem pilihan raya juga akan dilaksana dengan membersihkan daftar pemilih, menambah baik proses pengundian pos dan menyediakan akses yang adil kepada media.

Had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun dan undang-undang berkaitan pembiayaan politik akan diperkenal.

TIDAK TERPAKAI DI SABAH & SARAWAK

Cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri kepada dua penggal tidak terpakai di Sarawak dan Sabah, sekiranya ia diluluskan di Parlimen.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia kerana Sarawak mempunyai autonominya sendiri selain perlu meminda Perlembagaan Negeri terlebih dahulu.

"Secara prinsipnya ia adalah langkah yang baik, tetapi Sarawak ada autonomi sendiri dan begitu juga Sabah ada autonominya.

"Ia tidak (terpakai) kerana kita perlu meminda Perlembagaan Negeri dimana kita ada autonomi kita sendiri," katanya ketika ditemui pemberita.

Bagi Sarawak kata Abang Johari, ia harus diteliti terlebih dahulu selain mendapat perbincangan daripada semua parti politik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Floyd Mayweather Bakal Dibayar AS$200 Juta Bertarung Dengan Khabib!?

Floyd Mayweather Bakal Dibayar AS$200 Juta Bertarung Dengan Khabib!?

Floyd Mayweather sekali lagi menyahut cabaran Khabib untuk bertarung sekali gus menjadikan impian ramai peminat jadi kenyataan.

Floyd Mayweather Khabib Fight

Mayweather nampaknya tidak sabar mahu melepaskan tumbukan ke muka bintang seni bela diri campuran (MMA) Rusia, Khabib Nurmagomedov.

Jaguh tinju Amerika Syarikat itu sekali lagi menyahut cabaran Khabib untuk bertarung sekali gus menjadikan impian ramai peminat menjadi kenyataan.

“Kami akan bertarung,” kata petinju 41 tahun itu kepada TMZ.

“Saya bos kepada diri sendiri. Saya tidak boleh bercakap untuk pihak Khabib, tetapi bagi pihak saya kami akan menjadikannya kenyataan.”

Mayweather menegaskan, sebarang pertarungan dengan Khabib perlu mengikut peraturan tinju.

"Dia yang panggil, jadi dialah yang kena datang ke dunia saya," tegas Mayweather.

Khabib dan pengurusnya membuat cabaran itu selepas mendominasi petarung Ireland, Conor McGregor di kejohanan UFC 229, 7 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Mayweather berkata dia mengharapkan bayaran sembilan angka, atau lebih AS$100 juta dari jumlah yang diperolehinya ketika menentang McGregor.

“Apabila bertemu Khabib, saya akan dibayar sembilan angka. Lebih daripada pertarungan McGregor. Mungkin tambahan AS$100 juta (RM415.6 juta)," katanya.

Bagai buku bertemu ruas, Khabib cemerlang dengan rekod tanpa kalah dalam 27 pertarungan MMA, manakala Mayweather pula dengan rekod kemenangan 50-0, termasuk ketika menewaskan Mcgregor 26 Ogos tahun 2017 lepas.

Peninju berusia 41 tahun itu yang bersara selepas menewaskan McGregor, sedia kembali ke gelanggang sekiranya Khabib serius mahu mencabarnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Surah Al-Kautsar Penarik Rezeki Dan Pendinding Diri

Surah Al-Kautsar Penarik Rezeki Dan Pendinding Diri

Surah Al-Kautsar, surah paling pendek dalam Al-Qur'an, hanya mengandungi tiga ayat, diturunkan di Mekah dan disifatkan sebagai surah penghibur Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan sewaktu Baginda bersedih dengan kematian dua orang yang disayangi, anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya, Abu Thalib.

Surah Al-Kautsar

Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW bersabda, "Ketika aku berjalan mengelilingi Syurga, diperlihatkan kepadaku sebuah sungai yang kedua bahagian tepinya terdapat bangunan kubah yang diperbuat daripada intan berlian.

"Kemudian seorang malaikat yang bersama-sama dengan Rasulullah berkata, "Tahukah engkau wahai Muhammad, apa yang sedang engkau saksikan ini? Inilah Al-Kautsar yang Allah SWT telah siapkan untukmu." (Tafsir At-Thabari)

Seperti mana dalam tafsir diatas, surah pendek ini memberitahu tentang Al-Kautsar, nama sungai yang terdapat di dalam syurga.

Digambarkan kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang cantik dan indah, tidak tergambar dengan mana-mana keindahan di dunia ini.

Airnya lebih manis daripada madu, warnanya lebih putih daripada susu dan lebih harum daripada kasturi.

Kelebihan Surah Al-Kautsar

Walaupun pendek, kebaikan surah Al-Kautsar ini banyak. Surah ini boleh disebut sebagai doa pelindung, doa penyembuh dan pembuka rezeki.

Surah Al-Kautsar juga menjelaskan bagaimana kita harus mensyukuri nikmat bukan hanya melalui ucapan semata-mata, tetapi juga disertakan dengan amalan ibadah.

Bacalah surah Al-Kautsar ketika hujan, mudahan-mudahan doa kita dimakbulkan.

Jika berasa ada ilmu hitam di rumah, baca surah Al-Kautsar sebanyak 10 kali dengan doa agar diberi ilham dari mana punca sihir tersebut.

Begitu juga mereka yang teraniaya, amalkan membaca surah Al-Kautsar dan mohon dilindungi Allah.

Bahkan, jika diamalkan membacanya sebanyak 1,000 kali, In Sha' Allah rezeki akan bertambah namun syaratnya, kenalah berusaha.

Dan banyak lagi kelebihan surah Al-Kautsar ini.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, October 18, 2018

iPhone XR, XS dan XS Max, Apa Kelebihan Smartphone Terbaharu Apple Ini?

iPhone XR, XS dan XS Max, Apa Kelebihan Smartphone Terbaharu Apple Ini?

Bagi pengguna Apple, mereka pastinya teruja menanti tiga model terbaharu telefon pintar itu yang terdiri daripada iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

iPhone XR, XS, XS Max

Apple Malaysia bakal melancarkan iPhone XR, model 64GB bernilai RM3,599, model 128GB bernilai RM3,849 dan model 256GB berharga RM4,290 yang boleh didapati dalam enam warna iaitu putih, hitam, biru, kuning, koral dan merah.

Peranti ini akan dilengkapi dengan Earpods dan penyambung kilat, penyambung kilat ke kabel USB dan penyesuai kuasa USB 5W.

Airpod tanpa wayar pula dijual berasingan pada harga RM649.

Skrin

iPhone XR mempunyai paparan 6.1 inci HD dan menggunakan cip Bionic A12 yang dikuasakan oleh iOS 12.

Kamera

Lain-lain ciri utama adalah kamera 12 megapiksel lebar (f/1.8) dengan lima kali digital zoom, kamera depan tujuh megapiksel (f/2.2), video rakaman 4K dan kekunci ID wajah dibuka.

iPhone XS

Jika anda sedang mencari iPhone XS dengan paparan 5.8 inci, bersiap sedia menyediakan RM4,999 untuk versi 64GB, RM5,699 untuk 256GB dan RM6,649 untuk 512GB.

iPhone XS Max

iPhone XS Max dengan paparan 6.5 inci pula bernilai RM5,399 untuk model 64GB, RM6,099 untuk 256GB dan RM7,049 untuk 512GB.

Apa yang menarik dengan tiga model baharu iPhone ini?

Diperkenalkan kepada dunia menerusi Apple Event 2018, ia ternyata mengikut jejak siri X yang pertama, iPhone X yang tidak mempuyai home button seperti model-model terdahulu.

Sebagai pengganti, ia menggunakan sistem pengecaman wajah yang dikenali sebagai Face ID.

Selain harga yang membuatkan anda berfikir beberapa kali untuk membelinya, agaknya apa lagi yang menarik mengenai tiga model baharu ini?

Sudah tentu kebolehan kamera menjadi aspek utama yang menjadi bualan ramai.

Kualiti Gambar

Menerusi model ini, Apple memperkenalkan pengesan imej (image sensor) bagi meningkatkan kualiti foto.

Malah, cip yang lebih berkuasa dipasang supaya peranti itu berupaya menganalisis kondisi cahaya dengan lebih tepat.

Bukan itu sahaja, fungsi bokeh atau blurred mode juga dikatakan lebih tajam dan tepat menerusi tiga model ini.

Skrin OLED

Model XS dan XS Max dihasilkan dengan paparan skrin OLED manakala XR pula dihadirkan dengan skrin yang lebih murah iaitu LCD. Ia turut ditawarkan dengan pilihan warna seperti merah, kuning dan biru.

Dual Sim

Selain itu, model XS dan XS Max turut menyokong fungsi dual-simcard membolehkan pengguna Apple buat pertama kali menggunakan dua nombor telefon dalam satu peranti sahaja.

Namun, inovasi itu ternyata mengundang ketawa sebilangan individu kerana fungsi dual-simcard sudah lama diperkenalkan menerusi telefon Android.

RAM

Dari aspek RAM pula, XS dan XS Max menawaran 4GB RAM manakala XR ditawarkan hanya 3GB RAM sahaja.

XS dan XS Max masing-masing boleh dibeli dengan pilihan storan 64, 256 atau 512GB.

Model XR pila menawarkan pilihan storan 64, 128 dan 256GB.

iOS 12

Selain pengenalan tiga model itu, pengguna Apple juga pastinya sedang berada dalam fasa peralihan apabila sistem operasi iOS 12 baru sahaja diperkenalkan.

Pembantu digital Siri, sistem notifikasi berkumpulan, kamera augmented reality (AR) merupakan antara penambahbaikan dalam sistem operasi itu.

Menerusi iOS 12, notifikasi yang bertalu-talu tidak lagi menjadi masalah kerana ia bakal dikelaskan dalam kumpulan sekali gus menjadikan peranti anda lebih sistematik.

Peminat setia jenama iPhone sebelum juga dikejutkan dengan berita bahawa iPhone X sudah dihentikan pengeluarannya oleh Apple.

Namun, stok yang masih belum terjual akan terus tersedia di mana-mana gedung Apple di seluruh dunia.

Dijangka harga untuk model-model terdahulu iPhone juga akan mengalami penurunan seiring dengan pengenalan tiga model baharu ini.

Apa kata anda? Yang mana menjadi pujaan hati? Tepuk dada tanya selera.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar | mstar2

Proton SUV X70, Spesifikasi Dan Harga Di Malaysia

Proton SUV X70, Spesifikasi Dan Harga Di Malaysia

[Kemaskini 12 Feb 2020] Kerjasama diantara Proton bersama-sama dengan syarikat dari China, Geely, telah mula menampakkan impak dan hasil, melalui SUV X70, model pertama percubaan Proton dan Geely menembusi segmen SUV untuk memberikan tambahan pilihan kepada pembeli kereta di Malaysia.

Proton X70

Buat pertama kali, tiada lagi nama perkataan seperti Proton Wira, Proton Persona, Proton Iriz, Proton Saga, proton Perdana.

Proton X70 Color

Proton telah memilih nama kod sebagai model kereta mereka yang terbaharu, dengan harapan ia lebih mudah diterima dan diingati bukan sahaja di pasaran Malaysia juga pasaran dunia.

Proton X70 Color

Model terbaharu yang dikenali sebagai Proton X70, adalah model seperti Boyue, di China.

REVIEW PROTON SUV X70

Varian

Proton X70 Color
Proton X70 Color
Proton X70 Color

SUV X70 akan ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD, semua menggunakan enjin sama iaitu unit petrol empat silinder 1.8 liter TGDi turbo dengan kuasa 181 hp dan 285 Nm tork.

Proton X70 SPEC

Kelengkapan pada X70 ini boleh jadi berbeza di antara semua varian ini namun yang paling tinggi boleh datang dengan barangan seperti bumbung panoramik, pengesan titik buta, kamera 360 darjah, rim 18 inci, sistem masuk tanpa kunci dan butang pemula enjin, lampu LED projector, balutan kulit Nappa, butang pengawal audio dan cruise control di stereng, autonomous emergency braking, lane departure warning dan adaptive cruise control.

Harga Proton SUV X70

Proton X70 Meter
Proton X70 Meter
Proton X70 Meter

Proton SUV X70 dijangka bakal dijual pada harga sekitar RM90,000 sehingga RM127,000 dan sudah pastinya untuk model mahal iaitu Premium akan diberikan kemasan Nappa leather.

Spesifikasi Model Proton X70;
  • Enjin 1.8 liter TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection).
  • 181 hp dan tork 285 pada ketika 1500 rpm.
  • Kota enam gear automatik.
  • Fuel consumption atau pengguna minyak 12.8 L.
  • Penyegar udara pintar.
  • Ada port USB di bahagian cermin untuk anda meletak dan memasang dashcam.

Proton-X70-Dashcam

X70 CKD DILANCAR TAHUN 2020, HARGA BERMULA RM94,800

Proton akhirnya melancarkan SUV pemasangan tempatan (CKD), Proton X70 ke pasaran domestik, dengan model baharu menyaksikan penurunan harga antara RM1,000 hingga RM5,000 mengikut varian.

Proton X70 ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard 2WD yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM94,800, manakala varian Executive 2WD (RM106,800), Premium 2WD (RM119,800) dan Premium X 2WD (RM122,800).

Selain itu, model SUV dengan penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan ASEAN NCAP ini hadir dengan jaminan lima tahun perbatuan tanpa had, pakej data lima tahun berkapasiti 1-gigabait (GB) sebulan dan lima kali caj servis buruh percuma.

X70 CKD DILANCAR

Model SUV paling laris pengeluar kereta nasional itu dihasilkan di kilang milik PROTON di Tanjung Malim.

Antara kelainan yang ditampilkan menerusi model CKD, Proton X70 adalah penggunaan baru logo baharu Proton dan enjin 1.8 TGDi dengan transmisi baru iaitu Transmisi Klac Berkembar (DCT) 7-kelajuan dengan mod manual.

Proton X70 ditawarkan dengan warna ‘Snow White’, ‘Armour Silver’, ‘Jet Grey’, Ruby Red’, ‘ Cinnamon Brown’ dan ‘Space Grey’.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Malaysia Mansuhkan Hukuman Mati, Ganti Penjara 30 Tahun Minimum?

Malaysia Mansuhkan Hukuman Mati, Ganti Penjara 30 Tahun Minimum?

Individu disabitkan kesalahan yang membawa hukuman mati, kini hanya akan dikenakan penjara minimum 30 tahun bagi menggantikan hukuman berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong.

Malaysia Mansuhkan Hukuman Mati, Ganti Penjara 30 Tahun Minimum?

Pemansuhan hukuman mati di negara ini membabitkan semua kes jenayah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Liew Vui Keong.

Beliau berkata, dalam hal itu kerajaan tidak boleh memilih atau mengecualikan hukuman mati berdasarkan kes atau kesalahan tertentu.

“Saya dapat memahami perasaan mangsa, sangat memilukan. Tetapi jika kerajaan mahu menghapuskan (hukuman mati), kita tidak boleh hapuskan separuh saja.

“Kami mahu menghapuskan semua hukuman mati bagi setiap kesalahan jenayah,” katanya.

Liew Vui Keong berkata, hukuman penjara minimum 30 tahun akan dilaksanakan bagi menggantikan hukuman mati, jika pemansuhannya diluluskan Parlimen.

Selain Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 di mana pesalah dikenakan hukuman mati mandatori, terdapat 17 kesalahan jenayah lain yang membawa kepada hukuman sama.

Ia termasuk melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja, keganasan, pembunuhan, cubaan untuk membunuh ketika menjalani penjara seumur hidup, pembunuhan mangsa ketika diculik, memiliki dan menggunakan senjata api serta merogol hingga menyebabkan kematian dan merogol kanak-kanak.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan termasuk pembangkang dan dalam kalangan keluarga mangsa pembunuhan.

Difahamkan, rang undang-undang (RUU) bagi memansuhkan hukuman mati dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada Disember ini selepas Bajet 2019 dibahas dan diluluskan.

Tun Mahathir Pertahan Hukuman Mati

Sementara itu, Tun Mahathir Mohamad mempertahankan hukuman mati mandatori di negara ini masih kekal dan belum dimansuhkan.

Perdana Menteri berkata, walaupun ada cadangan untuk memansuhkan hukuman itu, ia tidak bermaksud hukuman berkenaan sudah dihapuskan.

“Kita perlu menunggu sehingga akta berkaitan diluluskan. Kerajaan belum meluluskan undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati,” katanya.

Rekod Jabatan Penjara

Berdasarkan rekod Jabatan Penjara Malaysia sehingga 11 Oktober 2018 lalu, terdapat 932 banduan disabitkan bersalah atau dijatuhkan hukuman mati mengikut Seksyen 39 (B) ADB 1952.

Bagaimanapun, sejak 2014 hingga kini tiada pelaksanaan hukuman mati terhadap banduan di bawah seksyen itu dan mereka masih menunggu hukuman disebabkan oleh Moratorium serta tiada waran pelaksanaan hukuman mati dikeluarkan kepada Jabatan Penjara Malaysia.

Namun demikian, pada 10 Oktober lalu menteri telah mengumumkan bagi pihak kerajaan bahawa semua kesalahan membabitkan hukuman mati termasuk Seksyen 39 (B) ADB 1952 akan dimansuhkan dan hukuman itu tidak patut dilaksanakan.

Rang Undang-Undang pemansuhan ini akan dibentangkan di Parlimen selepas memorandum berkaitan diluluskan dalam Kabinet dan meminta Lembaga Pengampunan untuk menimbang untuk menangguhkan hukuman mati ke atas banduan.

Berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Lembaga Pengampunan berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukuman berkenaan dengan segala kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan undang-undang Persekutuan.

Lembaga Pengampunan juga boleh mempertimbangkan untuk melepaskan banduan yang sudah menunggu lebih 20 tahun bergantung kepada situasi.

Setakat ini, jumlah banduan yang berdepan dengan hukuman mati bagi semua kesalahan membabitkan Seksyen 39 (B) ADB 1952 ialah 1,267 orang.

Sejarah Hukuman Mati

Hukuman mati ialah hukuman yang diputuskan oleh pihak mahkamah membabitkan pesalah dibunuh sebagai balasan jenayahnya, sama ada secara pancung, tembak, gantung, suntikan maut dan sebagainya.

Hukuman mati mempunyai sejarah yang lama dalam masyarakat manusia dan pernah berlaku di hampir semua masyarakat.

Biasanya, hukuman mati dilaksanakan demi menegakkan keadilan dalam masyarakat, tetapi dari segi ketenteraan, hukuman mati ialah satu cara untuk mengawal disiplin tentera.

Contohnya, askar yang enggan bertempur atau lari daripada tugasan boleh dihukum mati. Tindakan ini adalah supaya tiada askar yang enggan berperang kerana takut.

Selain itu, hukuman mati juga merupakan satu cara untuk mengadakan kawalan sosial. Di negara yang autokratik, mereka yang mempunyai kelainan pendapat dengan kerajaan barangkali akan dihukum mati.

Contohnya di negara komunis, seseorang itu akan dibunuh sekiranya ia dianggap "anti-revolusi" ataupun pemikirannya "berbahaya kepada masyarakat".

Cara melaksanakan hukuman mati sebenarnya mengalami banyak perubahan. Pada masa sekarang hukuman mati biasanya dilaksanakan dengan kesakitan yang minimum.

Cara yang melibatkan perdarahan dan mengambil masa yang lama biasanya tidak digunakan, kerana hukuman mati bermaksud menamatkan nyawa seorang penjenayah dan tidak bermaksud menyeksanya.

Walaupun banyak negara menggunakan hukuman mati sebagai hukuman untuk jenayah berat, terdapat beberapa negara yang tidak mengamalkan hukuman mati.

Contoh negara yang tidak mengamalkan hukuman mati ialah negara-negara dalam Kesatuan Eropah. Mereka menganggap hukuman mati ialah tindakan yang melanggar hak kemanusiaan.

Di negara yang bertamadun, hukuman mati ialah satu pendekatan untuk menghapuskan jenayah dan biasanya hukuman ini hanya dikenakan kepada penjenayah berat sahaja.

Contoh bagi jenayah yang membawa kepada hukuman mati adalah seperti berikut:

Membunuh

Hukuman Mati Tentera

Kebanyakan negara akan mengenakan hukuman mati kepada mereka yang membunuh secara segaja, berdasarkan kepada prinsip pembalasan, "hutang harta dibayar harta; hutang darah dibayar darah".

Penyeludupan dadah

Di negara Asia seperti Malaysia, Singapura, dan juga China, sesiapa yang melakukan penyeludupan dadah boleh dikenakan hukuman mati.

Hukuman ini berdasarkan kenyataan dadah memberi kesan yang buruk kepada masyarakat.

Pemerdagangan manusia

Di China, penjualbelian manusia ialah satu jenayah yang membawa kepada hukuman mati.

Jenayah seks/rogol

Di negara Islam, penjenayah seks boleh dikenakan hukuman mati. Keadaan yang sama juga berlaku di Vietnam yang mengenakan hukuman mati terhadap pesalah yang merogol kanak-kanak.

Jenayah-jenayah lain

Menderhaka, menculik, penyalahgunaan senjata api, malah rasuah adalah antara kesalahan yang dikenakan hukuman mati di beberapa negara.

Pendebatan mengenai hukuman mati

Pada peringkat antarabangsa, hukuman mati bukanlah sesuatu yang diterima semua. Ada yang menyokong dan ada yang membantah, masing-masing dengan alasan etika dan juga alasan kemasyarakatan.

Dalil ontologi

Kedua-dua pihak penyokong dan penentang menuntut kepada dalil ontologi untuk menahan pendapat masing-masing.

Bagi pihak penentang, hukuman mati ialah satu bentuk pembunuhan juga dan sebagai satu bentuk pembunuhan, ia tidak lari daripada sifat kejam.

Tambahan pula, hidup dan manusia merupakan hak Tuhan, dengan alasan itu manusia tidak harus mengambil nyawa manusia kerana ia bukan hak manusia.

Bagi mereka yang menyokong hukuman mati, ia adil dikenakan kepada mereka yang melanggar hak kehidupan orang lain, yakni pembunuh. Atas prinsip pembalasan, mereka yang membunuh harus dibunuh.

Maka kesimpulannya, dari segi analisis hierarki nilai, mereka yang menyokong hukuman mati, sebenarnya telah meletakkan nilai keadilan di atas nilai "sayang kepada nyawa".

Maka, bagi mereka yang menentang hukuman mati, mereka meletakkan nilai "sayang kepada nyawa" di atas nilai keadilan.

Dalil ekonomi

Dalil ekonomi tidaklah boleh dianggap dalil yang utama dalam mendebatkan isu ini. Ekonomi di sini juga tidak merujuk kepada konsep kewangan tetapi kepada "peruntukan" dalam erti kata yang luas.

Bagi pihak yang menyokong hukuman mati, dikatakan hukuman mati adalah lebih jimat berbanding dengan hukuman seumur hidup.

Kenyataan ini adalah senang diterima kerana hukuman seumur hidup melibatkan kos penyaraan si pesalah untuk satu jangka masa yang panjang. Manakala bagi hukuman mati pula, ia tidak melibatkan kos ini.

Dikatakan bahawa lebih baik kos menyara hidup banduan seumur hidup ini dialihkan untuk kegunaan perkara yang lebih berfaedah seperti memajukan kebajikan rakyat.

Tetapi bagi pihak yang menentang hukuman mati, dikatakan hukuman mati sebenarnya menelan kos yang lebih banyak.

Penentangan ini adalah kerana hukuman mati sentiasa melibatkan proses kehakiman yang teliti dan mengambil masa yang panjang, maka kos yang ditelannya lebih banyak.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak masih belum dapat mengeluarkan statistik untuk membuktikan kesahihan hipotesis masing-masing.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia | hmetro

Harga Rokok Naik Bermula 1 November 2018?

Harga Rokok Naik Bermula 1 November 2018?

Harga jualan runcit rokok dijangka naik akhir bulan Oktober ini berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (SST), susulan berlaku kenaikan mana-mana cukai berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Harga Rokok Naik
Gambar hiasan.

Kementerian Kesihatan sedang menyelaraskan kelulusan harga rokok terkini dan pelaksanaan SST baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan.

Atas sebab itu, di bawah Peraturan A harga perlu dinaikkan daripada harga yang terikat ketika ini, kata menteri.

Pada 30 Ogos lalu, JT International Bhd (JTI Malaysia) mengumumkan harga rokok bagi semua jenama yang diedarkannya di Malaysia akan meningkat selepas penguatkuasaan SST pada 1 September.

Sejak SST dilaksanakan, harga rokok dipasaran dilaporkan meningkat sekitar 0.50 sen.

Jun lalu, harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok dikekalkan walaupun GST ditetapkan pada kadar sifar.

Kali terakhir syarikat pengeluar rokok menaikkan harga jualan runcit rokok adalah pada November 2015 susulan kenaikan eksais rokok selain mengambil kira kesan GST serta tekanan kos inflasi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Benarkah Asal-usul Suku Bajau Di Sabah Berasal Dari Johor?

Benarkah Asal-usul Suku Bajau Di Sabah Berasal Dari Johor?

Beberapa fakta lisan tentang asal-usul etnik Bajau di Sabah menyatakan bahawa suku Bajau berasal daripada negeri Johor, walau bagaimanapun ia masih dianggap sekadar cerita dari mulut ke mulut lantaran tiada sandaran kukuh untuk membuktikannya.

Suku Bajau Sabah

Menurut Profesor Dr. Ismail Ibrahim, Pensyarah Kesenian Peribumi Borneo dan Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), dalam kajiannya tentang masyarakat Bajau di Sabah turut menyatakan perkara yang sama.

Penghirahan orang Bajau dari Johor yang singgah di Selatan Filipina atau Indonesia kemudian berkembang di Borneo hanyalah sekadar cerita lisan

Tambahan pula tiada bukti kuat dan sistematik boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan hal tersebut.

Adapun katanya, terdapat catatan sejarah menyatakan bahawa kebanyakan suku kaum Bajau telah pun bertapak di Sabah (Borneo Utara) sejak zaman pemerintahan Islam lagi yang mana ia diterajui oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.

Fakta menunjukkan, Borneo Utara dahulunya pernah menjadi sebahagian daripada tanah jajahan dua kesultanan tersebut.

Kesultanan Brunei memerintah bahagian pantai barat sekitar abad kesembilan hingga abad ke sebelas, manakala pantai timur Sabah diterajui oleh Kesultanan Sulu sekitar abad ke tiga belas.

Oleh kerana Sabah di bawah naungan dua kesultanan, maka tiada garis persempadanan ditetapkan bagi pelayar-pelayar pada masa itu.

Dengan kata lain, masyarakat Bajau dari Kepulauan Sulu diberi kebebasan untuk datang ke Sabah, seterusnya mencari kehidupan baru.

Dengan adanya kebebasan itu, masyarakat Bajau mula berhijrah secara beramai-ramai dari Kepulauan Sulu - Pulau Simunul, Tawi Tawi, Ubian dan pulau-pulau berdekatan dengannya, lalu mendiami kawasan pantai Sabah sekitar tahun 1887.

Menurut catatan, pada tahun itu sahaja, Pulau Tatagan yang terletak berdekatan daerah Semporna telah didiami sekitar lebih 200 hingga 250 orang Bajau.

Setahun kemudian, pada tahun 1888, suku ini turut menjadikan Teluk Darvel di Lahad Datu sebagai pusat penempatan mereka.

Sejak itu, mereka mula menetap di beberapa buah kepulauan dan kawasan pesisiran pantai Sabah sehinggalah ke hari ini.

Penghirahan orang Bajau bukan saja berlaku di Borneo, tetapi juga di kawasan-kawasan lain termasuk Kalimantan dan Sulawesi di Indonesia.

Catatan menunjukkan suku Bajau telah bertapak di Indonesia sejak awal abad ke sembilan lagi di mana mereka bergerak melalui Tarakan, Indonesia ke Tawau, Sabah.

Sebab itulah mengapa sehingga sekarang keberadaan orang Bajau turut ditemui di dua buah negara jiran itu selain di Sabah.

Penjajahan Sepanyol

Kapal Perang Bajau Laut

Kebarangkalian utama penghirahan suku Bajau mungkin disebabkan kekacauan yang berlaku di wilayah kepulauan Selatan Filipina semasa penjajahan Sepanyol.

Berdasarkan sejarah, pada pertengahan abad ke 16, kedatangan Sepanyol telah menjejaskan usaha perdagangan dengan pihak luar dan ini mencetuskan kemarahan orang Bajau dan sekutunya.

Kemarahan itu timbul kerana kaum Bajau banyak memberi sumbangan dalam memartabatkan kejayaan empayar Kesultanan Sulu melalui aktiviti pentadbiran dan perdagangan laut.

Orang Bajau sangat handal dalam pelayaran dan mahir dengan selok-belok laut malah, kemahiran mereka membina kapal-kapal besar seperti 'Joanga' untuk berdagang dicatatkan sebagai paling laju, menandingi kapal penjajah Eropah.

Ternyata, pihak Sepanyol iri hati dengan kelebihan itu. Mereka juga menyimpan rasa tidak puas hati dengan orang-orang Bajau dan sekutunya kerana sering menyerang kapal-kapal penjajah yang melalui perairan Sulu hingga ke Selat Melaka.

Penjajah melihat ini sebagai aktiviti pelanunan, manakala orang Sulu dan Bajau menganggap serangan itu untuk mempertahankan kawasan perairan mereka daripada dicerobohi.

Apa pun alasannya, Sepanyol melihat kegiatan itu sebagai melampaui batas, malah berusaha untuk meningkatkan pengaruh agama Kristian dengan mendirikan banyak gereja.

Senario itu sangat tidak disenangi dan dianggap telah mencemar kedaulatan institusi kesultanan, Sultan Sulu dan Sultan Maguidanou, yang mana selama ini mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran dan mengamalkan perundangan secara Islam.

Suku Bajau Laut

Perkara itu telah meningkatkan kemarahan rakyat sehingga mereka bertekad melancarkan beberapa siri serangan sebagai penentangan terhadap Sepanyol.

Impak dari kekacauan itu, orang Bajau dan sekutunya terpaksa melarikan diri ke Sabah untuk mencari kehidupan baru.

Kaum Bajau kemudiannya diiktiraf sebagai penduduk pribumi oleh British North Borneo Chartered Company.

Setelah kerajaan Malaysia mengambil alih Sabah pada tahun 1963, orang-orang Bajau sudah mula mengasimilasikan diri secara langsung dalam bidang perusahaan, perindustrian, pertanian dan penternakan yang berpusat di darat.

Kehidupan ini kemudiannya diteruskan oleh generasi seterusnya sehinggalah ke hari ini.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, October 17, 2018

Hak LGBT Lebih Terjamin Berbanding Perokok?

Hak LGBT Lebih Terjamin Berbanding Perokok?

Tindakan Kementerian Kesihatan menjadikan bangunan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok disifatkan sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap kelompok ahli Parlimen yang merokok.

LGBT dan Perokok
Gambar hiasan.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad sepatutnya mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan semua wakil rakyat sebelum membuat keputusan berkenaan.

Menurut beliau, semua Parlimen di dunia ada menyediakan kawasan untuk wakil rakyat merokok kerana ia merupakan soal hak asasi manusia.

Dalam pada itu, Bung Mokhtar turut menafikan dakwaan yang mengaitkan namanya sebagai ahli Parlimen yang dikompaun oleh penguat kuasa kesihatan kerana merokok.

“Bukan saya yang kena kompaun merokok di Parlimen tetapi pada saya walau ahli Parlimen mana pun yang dikenakan kompaun, ia tidak sepatutnya berlaku.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana penguat kuasa yang berlegar-legar di kawasan Dewan Rakyat.

"Sedangkan LGBT pun ada hak, ini kan pula perokok,” katanya ketika dihubungi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan