Wednesday, October 17, 2018

Khabib Tolak Tawaran RM60 Juta 'Rematch' Connor McGregor!


Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov menolak tawaran AS$15 juta (kira-kira RM62.1 juta) untuk bertarung semula dengan Conor McGregor.

Khabib 'Rematch' McGregor

Perkara itu disampaikan bapa saudara Khabib, Alex Nurmagomedov dalam satu temubual dengan akhbar Rusia, baru-baru ini.

Sebaliknya, Alex berkata Khabib lebih teruja untuk bertemu Tony Ferguson.

"Dia mahu bertemu Tony sebelum bersara," kata Alex.

Untuk rekod, (sejak 2015) Khabib dan Ferguson telah empat kali dipertemukan namun pertarungan mereka dibatalkan pada saat akhir ekoran masalah kecederaan.

Selepas mengalahkan Anthony Pettis di UFC 229, Ferguson merasakan dirinya layak dipertemukan semula dengan Khabib.

Dalam perkembangan berkaitan, sahabat karib dan rakan sparing Khabib di American Kickboxing Academy (AKA) Daniel Cormier berpendapat perlawanan tinju antara petarung Dagestan itu dan Floyd Mayweather sebagai tidak realistik.

"Tentu sukar. Saya bimbang Khabib ajak Mayweather bergusti, itu sudah tentu foul," katanya.

Sebelum ini, Khabib secara bergurau melontarkan cabaran kepada Mayweather untuk perlawanan tinju.

Susulan itu, bapa Khabib, Abdulmanap berkata jika pertarungan itu menjadi kenyataan, beliau mahu Mike Tyson dan Anatoly Lomachenko berada dalam kem anaknya.

MEREPEK!

Presiden UFC Dana White menafikan laporan yang mengatakan Khabib Nurmagomedov menolak tawaran AS$15 juta (RM62.1 juta) untuk bertarung semula dengan petarung Ireland, Conor McGregor dan akan bersara.

Menerusi akaun Instagramnya, White memuatnaik sebuah foto berupa laporan berita bertajuk 'Khabib Nurmagomedov offered $15 million for rematch with Conot McGregor, turns it down', yang diikuti dengan komennya mengatakan laporan itu "merepek".

"Berita ni merepek nombor satu!" tulisnya.

Komen itu kemudiannya dibalas Khabib yang turut mengakui terlalu banyak berita palsu sejak kebelakangan ini.

"Semua dah di luar kawalan. Terlalu banyak berita yang merepek," kata jaguh MMA dari Rusia itu.

Laporan tersebut dikatakan telah disampaikan bapa saudara Khabib, Alex Nurmagomedov dalam satu temubual dengan akhbar Rusia, baru-baru ini.

Menurut laporan itu, Khabib menolak untuk mengadakan 'rematch' dengan McGregor dan sebaliknya lebih teruja untuk bertemu bekas juara lightweight interim UFC, Tony Ferguson.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon