Monday, October 15, 2018

Khabib Cabar Floyd Mayweather Di Gelanggang!


Juara 'lightweight' UFC, Khabib Nurmagomedov dilihat cuba 'meniru' bekas seterunya, Connor McGregor dengan mencabar juara tinju, Floyd Mayweather bertarung digelanggang.

Khabib Cabar Floyd Mayweather Di Gelanggang!

Cabaran tersebut dilontarkan menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram promoter Mayweather, Leonard Ellerbe yang dipetik sebagai berkata, beliau terserempak dengan Khabib dalam satu majlis di Rusia.

"Mari Floyd. Kita perlu bertarung sekarang: 50-0 menentang 27-0," kata Khabib yang berdiri di sebelah Ellerbe yang sedang tersenyum.

"Kita (sama-sama) belum pernah tewas. Di dalam hutan, hanya ada satu raja. Semestinya, saya raja kerana dia (Mayweather) tidak dapat tumbangkan McGregor tapi saya berjaya. Marilah."

Namun, tidak dapat dipastikan samada cabaran Nurmagomedov ini bagi pertarungan tinju atau UFC dan mampu membawa Floyd Maywather keluar dari persaraan beliau.

Seperti Connor McGregor, juara dunia dua kali Sambo ini tidak mempunyai pengalaman bertinju.

Pada Ogos tahun 2017 lepas, Connor McGregor dilaporkan menerima bayaran kira-kira USD$100 juta hasil pertarungannya dengan Mayweather.

Perlawanan yang dilihat agak berat sebelah itu berkesudahan dengan Mayweather berjaya menewaskan McGregor dengan keputusan TKO pada pusingan ke-10.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon