Tuesday, October 09, 2018

Connor McGregor Hina Islam, Keluarga Dan Negara Punca Khabib Mengamuk Di Luar Gelanggang


Khabib Nurmagomedov akhirnya membuka mulut dan menjelaskan punca beliau melompat keluar dari gelanggang dan meluru ke arah penyokong Conor McGregor dalam aksi seni bela diri campuran (MMA), Ultimate Fighting Championship (UFC) di Las Vegas baru-baru ini yang dimenanginya.

Connor McGregor Hina Islam, Keluarga Dan Negara Punca Khabib Mengamuk Di Luar Gelanggang

Khabib berkata, beliau bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan provokasi keterlaluan McGregor dan kemnya yang menyentuh soal agama, negara dan keluarganya.

"Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kepada Nevada Athletic Commision dan Vegas kerana tindakan tersebut.

"Saya tahu ini bukan sisi-sisi terbaik saya kerana saya hanya manusia biasa.

"Sejujurnya, saya tidak faham kenapa ramai mempersoalkan tindakan saya keluar dari gelanggang dan bertindak sedemikian sedangkan semua tahu bahawa McGregor bersikap lebih keterlaluan apabila menghina agama, negara dan bapa saya.

"McGregor juga bersikap biadap apabila menyerang bas yang saya naiki di Brooklyn dan hampir membunuh beberapa orang. Bagaimana dengan tindakan itu? Kenapa orang hanya bercakap mengenai saya terjun dari gelanggang?" soalnya.

Jelas Khabib, provokasi dan perang yang dilakukan McGregor telah melampaui batas.

Oleh sebab itu, beliau terpaksa bertindak sedemikian bagi memberi mesej penting terhadap sukan MMA ini.

"Sukan ini penuh dengan penghormatan. Tidak wajar ia dicemari dengan provokasi melampau dengan menyentuh perkara-perkara sensitif.

"Saya mahu mengubah perkara ini agar tidak ada lagi orang yang akan menyentuh soal agama, negara dan keluarga," katanya lagi.

Dalam aksi yang ditunggu-tunggu peminat MMA seluruh dunia itu, Khabib mudah menewaskan McGregor dengan mengunci leher lawannya itu hingga membuatkan McGregor terpaksa menyerah kalah di pusingan keempat, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 27 perlawanan dan kejuaraan Lightweight.

Bagaimanapun, kontroversi tercetus selepas itu apabila Khabib terus melompat keluar dari gelanggang dan meluru ke arah kem McGregor sebelum berlaku pergelutan yang terpaksa dileraikan pegawai keselamatan.

Khabib dan pasukannya segera dibawa keluar dari gelanggang apabila penyokong McGregor mula bertindak menyimbah arak kepada Khabib yang beragama Islam.

DRAKE TERKUCIL DITERKAM KHABIB

Connor McGregor Hina Islam, Keluarga Dan Negara Punca Khabib Mengamuk Di Luar Gelanggang

Sementara itu, artis rap Drake menjadi bahan jenaka di media sosial selepas dirakam ketakutan ketika Khabib Nurmagomedov melompat keluar dari gelanggang dan meluru ke arah pasukan Conor McGregor.

Drake mempunyai sebab untuk berasa takut kerana sepanjang minggu lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu In My Feelings (cabaran bodoh Keke Challenge) dilihat cuba menumpang populariti McGregor.

Semasa sesi fotografi (acara timbang berat badan), Drake dilihat berdiri di atas pentas bersama McGregor sambil mengibarkan bendera Ireland.

Malah, penyanyi berasal dari Kanada itu dilhat terhibur setiap kali McGregor menghina (bapa, agama dan negara) Khabib semasa sesi bertemu media menjelang pertarungan epik Ultimate Fighting Championship (UFC) 229.

Walaupun bukan menjadi sasaran Khabib, namun netizen yang meluat dengan kelakuan McGregor sebelum aksi UFC 229, ternyata mendapat kegembiraan 'berganda'.

Semasa Khabib meluru keluar gelanggang, Drake dilihat duduk berhampiran kem McGregor.

Antara reaksi netizen di Twitter:

"Puas hati McGregor kalah dan geli hati lihat reaksi Drake.

"Ternganga mulut Drake tengok Khabib."

"Tak tahu dia terkucil atau terberak nampak Khabib keluar gelanggang."

Apa pun, imej Drake telah tular dan menjadi bahan ketawa, dan pasti diingati peminat UFC terutama penyokong Khabib buat satu tempoh yang lama.

KHABIB BIMBANG DIMARAHI BAPA

Connor McGregor Hina Islam, Keluarga Dan Negara Punca Khabib Mengamuk Di Luar Gelanggang

Juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov mengakui bakal dihempuk bapanya sebaik menjejak kaki ke kampung halamannya di Sidli, Dagestan.

Khabib, 30, berkata bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov pasti tidak gembira dengan tindakannya meluru keluar gelanggang dan menyerang pasukan Conor McGregor pada pertembungan UFC 229 di Las Vegas tersebut.

"Saya tahu dia marah. Dia akan hempuk saya bila kami bertemu di kampung nanti," katanya.

Tambahnya, "Bapa ajar saya supaya sentiasa menghormati orang lain, tapi mereka (kem McGregor) sudah melampaui batas."

Bagi yang baru mengenali Khabib, petarung Islam ini dilatih bapanya sejak kecil dan Abdulmanap diiktiraf sebagai bapa sukan MMA di Dagestan kerana berjaya melahirkan lapan juara dunia dan Olimpik (gusti roman-greko, sambo dan judo).

Sementara itu, Khabib turut memberitahu bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menghubunginya untuk mengucapkan tahniah sebaik pertarungan UFC 229 berakhir.

"Ramai orang bercakap mengenai Conor bergambar dengan Putin dan media mengembar-gemburkan perkara itu.

"Tapi saya bangga, kerana sebentar tadi Putin menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah," katanya.

Khabib mempertahankan tali pinggang Lightweight miliknya selepas memaksa McGregor mengaku kalah pada pusingan keempat dengan aksi submission.

Sebelum pertarungan di Las Vegas, petarung Rusia itu berikrar untuk membelasah McGregor selepas dihina berbulan-bulan termasuk serangan bas di Brooklyn.

Pada sidang media tiga hari sebelum pertarungan, Khabib berkata dihadapan penyokong Ireland, "Alhamdulillah, Tuhan beri saya segalanya. Pada 6 Oktober nanti, saya akan belasah dia. Kita tengok nanti. Insya-ALLAH."

Tahniah Khabib!!!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian | sinarharian2 | sinarharian3

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon