Friday, October 19, 2018

Jawatan Perdana Menteri, Ketua Menteri Dan Menteri Besar Dihadkan 2 Penggal


Tempoh perkhidmatan bagi jawatan Perdana Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja, juga melibatkan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri sebagai langkah untuk mereformasi sistem politik.

Jawatan PM

Menurut Tun Mahathir, Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain, ketika membentangkan usul mengenai kajian separuh penggal Rancangan malaysia ke-11 (RMK-11) 2016-2020 di Dewan Rakyat.

Penambahbaikan sistem pilihan raya juga akan dilaksana dengan membersihkan daftar pemilih, menambah baik proses pengundian pos dan menyediakan akses yang adil kepada media.

Had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun dan undang-undang berkaitan pembiayaan politik akan diperkenal.

TIDAK TERPAKAI DI SABAH & SARAWAK

Cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri kepada dua penggal tidak terpakai di Sarawak dan Sabah, sekiranya ia diluluskan di Parlimen.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia kerana Sarawak mempunyai autonominya sendiri selain perlu meminda Perlembagaan Negeri terlebih dahulu.

"Secara prinsipnya ia adalah langkah yang baik, tetapi Sarawak ada autonomi sendiri dan begitu juga Sabah ada autonominya.

"Ia tidak (terpakai) kerana kita perlu meminda Perlembagaan Negeri dimana kita ada autonomi kita sendiri," katanya ketika ditemui pemberita.

Bagi Sarawak kata Abang Johari, ia harus diteliti terlebih dahulu selain mendapat perbincangan daripada semua parti politik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon