Friday, October 19, 2018

Floyd Mayweather Bakal Dibayar AS$200 Juta Bertarung Dengan Khabib!?


Floyd Mayweather sekali lagi menyahut cabaran Khabib untuk bertarung sekali gus menjadikan impian ramai peminat jadi kenyataan.

Floyd Mayweather Khabib Fight

Mayweather nampaknya tidak sabar mahu melepaskan tumbukan ke muka bintang seni bela diri campuran (MMA) Rusia, Khabib Nurmagomedov.

Jaguh tinju Amerika Syarikat itu sekali lagi menyahut cabaran Khabib untuk bertarung sekali gus menjadikan impian ramai peminat menjadi kenyataan.

“Kami akan bertarung,” kata petinju 41 tahun itu kepada TMZ.

“Saya bos kepada diri sendiri. Saya tidak boleh bercakap untuk pihak Khabib, tetapi bagi pihak saya kami akan menjadikannya kenyataan.”

Mayweather menegaskan, sebarang pertarungan dengan Khabib perlu mengikut peraturan tinju.

"Dia yang panggil, jadi dialah yang kena datang ke dunia saya," tegas Mayweather.

Khabib dan pengurusnya membuat cabaran itu selepas mendominasi petarung Ireland, Conor McGregor di kejohanan UFC 229, 7 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Mayweather berkata dia mengharapkan bayaran sembilan angka, atau lebih AS$100 juta dari jumlah yang diperolehinya ketika menentang McGregor.

“Apabila bertemu Khabib, saya akan dibayar sembilan angka. Lebih daripada pertarungan McGregor. Mungkin tambahan AS$100 juta (RM415.6 juta)," katanya.

Bagai buku bertemu ruas, Khabib cemerlang dengan rekod tanpa kalah dalam 27 pertarungan MMA, manakala Mayweather pula dengan rekod kemenangan 50-0, termasuk ketika menewaskan Mcgregor 26 Ogos tahun 2017 lepas.

Peninju berusia 41 tahun itu yang bersara selepas menewaskan McGregor, sedia kembali ke gelanggang sekiranya Khabib serius mahu mencabarnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon