Nov 30, 2015

'Vape Samalah Seperti Tangkap Orang Berkhalwat Tapi Biarkan Rumah Pelacuran..'

Terbaharu, apabila Johor tegas mengharamkan vape, Mustapha Kamal tampil berkongsi luahan yang sangat deep dan pastinya membuat mereka yang mengharamkan vape sentap.

Mustapha Kamal

Ikuti perkongsian Mustapha Kamal mengenai isu vape diharamkan.

"Jika vape diharamkan atas alasan kesihatan, rokok perlu lebih dahulu diharamkan.. Jika diharamkan atas alasan agama, arak perlu lebih dahulu diharamkan.

Jika boleh jual rokok dan arak tetapi x boleh jual vape, samalah seperti tangkap orang berkhalwat dan biarkan rumah pelacuran..

Tetapi ia bukan perkara asing di malaysia, ada ramai orang yang merasa jijik tengok manusia makan babi tapi berselera makan rashuah dan riba sedangkan babi tidak sejijik riba dan rahsuah...

Mustapha Kamal [2]

Kenapa Haramkan Vape?

Rakyat sebenarnya tertanya-tanya, adakah rokok elektronik tidak dibenarkan jual di Malaysia disebabkan kemudaratannya?

Kenapa penjualan rokok tembakau masih lagi dibenarkan sehingga kini? Adakah rokok tembakau tidak mudarat kepada penggunanya?

Atau..

Majlis Fatwa dan mufti-mufti tunduk kepada syarikat gergasi rokok dengan mengambil kira ramai para mufti yang sudah menyuarakan pandangan untuk mengharamkan e-rokok (vape)?

Atau..

Adakah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) prihatin mengenai isu kesihatan rakyat malaysia atau yang sebenarnya berlakunya kemerosotan pungutan 300% cukai rokok disebabkan e rokok ini tidak dikenakan cukai rokok?

Atau..

Adakah selepas rokok elektronik memerlukannya membayar cukai kepada kerajaan, barulah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengkaji balik dasar yang sekarang ini?

Malah, YB Ismail Sabri, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, turut memberitahu tentang kandungan nikotin di dalam vape hanya 3 peratus berbanding rokok berjenama yang mengandungi 13 peratus.

Ismail Sabri Isu Vape

Jika rokok lebih merbahaya dari vape kenapa tidak haram dan tangkap penjual rokok?

"Insha-Allah saya akan dengar penjelasan Kementerian Kesihatan dan saya akan beri pandangan saya," ujar beliau lagi.

Ismail Sabri turut menyertakan satu salinan paparan laporan dari Telegraph UK (baca sini) yang mengatakan aktiviti vape mampu menyelamatkan 75,000 nyawa perokok setiap tahun!

Jadi, kenapa dan apa sebenarnya tujuan kerajaan begitu tegas mahu 'melenyapkan' sama sekali e-rokok @ vape!?

Mungkin jawapan sebenar kepada permasalahan besar ini adalah seperti yang diungkapkan oleh Rani Kulup, 'Kalau Hendak Cukai Cakaplah Terang-terang..'

Kipidap! Rani Kulup #Kipidap

BACA INI JUGA: Motif Tersirat Disebalik Larangan Penggunaan Rokok Elektronik

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

sekurang2 ada usaha. Pasti ada jg yang tersedar, inshaAllah SP.sekurang2nya dari langsung x ada tindakan..Hormat kita dengan Johor.
Kita muhasabah diri ja...tak dengan satu negeri ..takluki dahulu diri kita agar hargai kesihatan yang Allah beri..jika tak jg berjaya ..apakan daya berserahlah padaNya ..itu ja mampu di kata.

Walhal sebenarnya, WHO melaporkan sudah berlaku 3,000 kes keracunan akibat rokok elektronik..

Macam2 je kan...siapa yang bertanggungjawab...siapa pula yang keluarkan benda macam nie....
Kadang cik akak tak faham lah..hahaha
Dah tahu merokok membahayakan kesihatan..tak payahnlah merokok..hihi

Nak buat macam mana, negara ini semua pemimpinnya mahu mengaut untung dari mengikut hukum.

Nak haramkan kena ada bukti kukuh..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon