Wednesday, July 08, 2020

Apa Itu e-Census Banci Penduduk Dan Perumahan 2020?

Apa Itu e-Census Banci Penduduk Dan Perumahan 2020?

Disebabkan penularan wabak COVID-19, Fasa 1 Banci Penduduk Dan Perumahan 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia akan dijalankan menggunakan mod pembancian e-Census, di mana cara pembancian ini tidak memerlukan proses bancian secara bersemuka dan hanya perlu menjawab soal selidik secara atas talian sahaja dengan menggunakan komputer atau smartphone.

Apa itu e-Census

Kaedah e-Census adalah pengisian soal selidik secara atas talian oleh responden melalui pautan e-Census.mycensus.gov.my atau melalui Portal Banci dan Stats Geoportal www.mycensus.gov.my.

Adakah wajib menjawab Banci 2020 secara atas talian?

Anda boleh memilih untuk menjawab soalan Banci 2020 secara atas talian atau menggunakan borang, namun melalui atas talian ini, Banci 2020 akan menjadi lebih mudah, selamat dan pantas untuk diselesaikan.

Adakah Maklumat Peribadi yang saya bekalkan selamat?

Seksyen 19 di bawah Akta Banci 1960 (Disemak -1969) memperuntukkan mana-mana maklumat individu tidak boleh didedahkan. Hanya data berbentuk agregat sahaja akan diterbitkan.

Pastikan pembanci yang mengumpul maklumat adalah pemegang kad pengenalan pembanci.

Kenapa rumah saya terpilih untuk mengisi secara e-Census?

Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini, pihak kerajaan berhasrat untuk menggunakan platform atas talian seluas mungkin dalam pengumpulan maklumat. Anda akan menerima poskad sekiranya rumah anda terpilih dalam menjawab e-Census.

Banci Penduduk 2020

Kenapa saya tidak boleh log masuk e-Census? Apakah tindakan saya selanjutnya?

Anda mungkin memasukkan alamat e-mel atau One-Time Password (OTP) yang tidak tepat. Sila masukkan alamat e-mel yang didaftar dan OTP yang diterima.

Apa itu OTP?

One-Time Password (OTP) juga dikenali sebagai one-time pin, adalah kata laluan yang digunakan untuk satu sesi log masuk atau transaksi pada sistem komputer atau peranti digital lain.

Bagaimana saya hendak mendapatkan OTP?

Anda akan menerima OTP selepas mendaftar email anda di Log Masuk. Semak peti masuk e-mel anda untuk mendapatkan OTP ini.

Kenapa saya tidak menerima e-mel (OTP)?

Anda mungkin memasukkan alamat e-mel yang tidak tepat. Sila masukkan alamat e-mel yang didaftarkan. Jika masih tidak menerima emel tersebut, sila hubungi Call Centre di talian nombor 1-800-88-7720 untuk bantuan selanjutnya.

Saya tidak menerima poskad e-Census tetapi saya berminat untuk menjawab soal selidik Banci 2020 menggunakan kaedah e-Census, bagaimana caranya?

Anda boleh membuat pra pendaftaran melalui pautan e-Census.mycensus.gov.my atau melalui Portal Banci dan Stats Geoportal www.mycensus.gov.my.

Apa itu kod jemputan (Invitation Code)?

Kod jemputan atau Invitation Code adalah kod yang mewakili tempat kediaman anda.

e-Census Invitation Code
Kod Jemputan (Invitation code).

Bagaimana saya hendak mendapatkan Kod Jemputan?

Bagi responden yang menerima poskad, kod jemputan tertera di poskad tersebut. Sekiranya tidak menerima poskad, responden akan menerima kod jemputan melalui emel yang didaftarkan selepas membuat pra pendaftaran e-Census.

Untuk pra pendaftaran e-Census; https://ecensusreg.mycensus.gov.my/

Saya tidak menerima e-mel pengesahan selepas menghantar pra pendaftaran. Apakah langkah seterusnya?

Jika anda masih belum menerima emel pengesahan selepas pra-pendaftaran, sila semak junk mail atau folder spam anda, kerana emel tersebut mungkin ditapis ke sana secara automatik oleh pembekal perkhidmatan emel anda.

Jika anda menggunakan Gmail, semak juga di bahagian Sosial dan Promosi. Jika anda menggunakan Hotmail atau Live, sesetengah akaun Hotmail atau Live mungkin tidak dapat menerima emel pengesahan tesebut disebabkan masalah teknikal oleh pembekal perkhidmatan emel.

Jika anda memerlukan bantuan teknikal, sila hubungi kami di talian 1-800-88-7720.

Bolehkah saya menjawab separuh atau beberapa soalan dahulu dan meneruskan pada hari lain?

Boleh, tetapi anda perlu Log masuk menggunakan kod jemputan yang sama.

Kenapa data yang saya isi hilang? Perlukah kita isi semula?

Kemungkinan berlaku masalah sistem e-Census semasa tempoh pengisian tersebut, pengisian semula perlu dilakukan.

Adakah data saya diisimpan secara automatik walaupun saya belum menghantarnya?

Ya. Laman web e-Census menyediakan ciri penyimpanan data secara automatik semasa pengisian jawapan.

Adakah setiap ahli isi rumah perlu mengisi e-Census?

Hitung semua orang yang tinggal bersama anda. Sekiranya anda mengisi e-Census untuk tempat kediaman anda, anda harus menghitung semua orang yang tinggal bersama pada 7 Julai 2020.

Ini termasuk sesiapa sahaja yang bersaudara dan atau orang yang tidak bersaudara yang biasanya tinggal bersama dan membuat peruntukan yang sama untuk makanan dan keperluan hidup lain.

Kenapa bilangan soalan terlalu banyak? Perlukah saya menjawab semua soalan?

Semua soalan banci perlu dijawab. Objektif banci adalah sebagai input perancangan Pembangunan negara termasuk pengagihan per kapita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Bilakah tempoh untuk pengisian e-Census?

Bermula 7 Julai hingga 30 September 2020.

Apa yang berlaku sekiranya saya terlepas tempoh pengisian e-Census?

Sekiranya anda tidak mengisi e-Census pada tempoh yang diberikan, pembanci akan melawat rumah anda untuk menemuramah secara bersemuka menggunakan tablet/ telefon pintar atau borang soal selidik pada 7 Oktober 2020.

Saya telah selesai menjawab dan menghantar e-Census tetapi ada maklumat yang ingin dikemaskini, bagaimana untuk saya memberikan maklumat tersebut?

Anda boleh menghubungi Call Centre e-Census di talian nombor 1-800-88-7720 untuk membantu anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, July 07, 2020

Misteri Patung 'Robert the Doll'

Misteri Patung 'Robert the Doll'

Ada beberapa filem yang mengangkat anak patung sebagai watak utama yang menggerakkan cerita, termasuklah salah satu anak patung paling menyeramkan di dunia, 'Robert The Doll'. Ceritanya bermula pada awal tahun 1900-an.

Robert the Doll

Robert the Doll adalah sebuah patung yang kelihatan cantik dan baik. Saiznya menyamai seorang budak kecil serta dikenakan pula dengan pakaian manusia sebenar. Rupanya agak menyeramkan, terutamanya di bahagian mata yang kecil serta hitam.

Robert the Doll lahir daripada syarikat Steiff, salah sebuah syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan patung 'teddy bear' pertama untuk Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt.

Permulaan kisah Robert the Doll

Anak patung ini dimiliki oleh Eugene Robert Otto, pemberian orang gajinya yang bekerja di rumah Otto.

Dia juga telah menamakan anak patung itu sebagai Robert, bersempena namanya dan mereka menjalinkan hubungan yang rapat selepas itu.

Kisah persahabatan Otto dan Robert the Doll bermula dengan sangat baik, dengan hubungan yang agak unik.

Otto akan membawa patungnya kemana sahaja dia pergi dan bercakap dengan patung itu seakan-akan dia adalah seorang manusia sebenar.

Kejadian pertama berlaku pada satu malam ketika mana Otto terbangun daripada tidur dan mendapati Robert the Doll duduk di hujung katilnya sambil merenung tepat ke arah Otto.

Tidak lama kemudian, ibunya terjaga daripada tidur selepas terdengar jeritan meminta tolong dan diselangi dengan bunyi perabot yang terbalik. Otto lantas menyalahkan Robert the Doll ke atas kejadian tersebut.

Sejak itu, alasan yang sama digunakan oleh Otto setiap kali kejadian aneh yang berlaku di rumah terbabit.

Orang tuanya pada mulanya tidak percaya dengan dakwaan anak mereka, namun mengakui beberapa kejadian pelik telah berlaku ke atas anak mereka Otto.

Adakah 'Robert' yang lakukan semua ini?

Misteri Robert_The_Doll

Tidak ada yang tahu mengapa atau bagaimana anak patung ini boleh menggerakkan perabot yang ada di dalam bilik tidur Otto, tetapi kejadian aneh dan pelik tidak berhenti di situ.

Ibu bapa Otto juga dikatakan sering mendengar anak mereka bercakap dengan Robert the Doll dan mendapat respon oleh satu suara yang tidak dikenali.

Selain itu, mereka turut mengatakan bahawa pernah melihat patung itu bercakap dan menyaksikan ekspresi wajahnya berubah.

Dalam kejadian yang lain pula, seorang tukang paip yang sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di rumah Otto pernah mendengar suara seorang budak sedang ketawa ketika keluarga Otto tidak berada di rumah.

Apabila tukang paip itu cuba menyiasat dari bilik ke bilik, dia mendapati patung Robert the Doll itu telah berubah tempat dengan sendirinya.

Robert the Doll terus tinggal bersama Otto sepanjang hayatnya dan setelah ibu bapanya meninggal dunia, Otto kembali ke rumah tersebut bersama isterinya, Anne.

Otto juga telah memutuskan bahawa anak patung itu memerlukan biliknya sendiri dan telah memindahkannya ke bilik atas yang menghadap ke jalan.

Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh isterinya, Anne, yang takut lalu patung itu disimpan di loteng atas rumah mereka. Keputusan yang sama sekali tidak disukai oleh Robert the Doll.

Tidak lama kemudian, pelbagai kisah aneh yang berlaku. Tetamu yang hadir ke rumah mereka mula mendengar orang berjalan kaki di tingkat atas.

Kanak-kanak di kawasan kejiranan juga mengatakan bahawa mereka melihat Robert dari tingkap bilik tidur ketika mereka mahu pulang dari sekolah.

Bahkan beberapa perabot atau peralatan dalam rumah itu juga sering beralih tempat dengan sendiri tanpa sebarang penjelasan.

Mendengar dakwaan orang ramai, Otto mula menyiasat kejadian aneh tersebut. Dia pada mulanya tidak percaya kerana yakin telah meletakkan patungnya itu di bahagian atas rumah dan tidak mungkin Robert the Doll boleh berpindah tempat.

Namun, semuanya meleset apabila dia mendapati patung yang telah dia kunci di bahagian loteng rumah berada elok di dalam bilik tidur, Robert the Doll duduk di kerusi malas di tepi tingkap bilik yang menghadap jalan.

Sejak itu, setiap kali Otto meletakkan Robert the Doll kembali ke bahagian loteng, setiap kali itu juga dia akan melihat patungnya itu kembali ke kerusi yang sama.

Robert the Doll berpindah tangan

Otto meninggal dunia pada tahun 1974, lalu Robert the Doll berpindah tangan kepada sebuah keluarga yang baharu ketika mereka berpindah masuk ke rumah Otto.

Seorang anak perempuan telah menemui Robert di bahagian loteng rumah. Dia yang mulanya gembira dengan penemuan itu akhirnya kecewa apabila sering diganggu oleh Robert.

Anak perempuan itu mendakwa bahawa Robert mahu menyakitinya. Dia sering diganggu ketika tidur dan menjerit ketakutan di tengah malam.

Dia memberitahu ibu bapanya bahawa Robert akan berpindah tempat setiap malam dan bergerak sendiri.

Tidak lama selepas itu, Robert the Doll diserahkan kepada pihak muzium. Dia ditempatkan di East Martello Fort, di mana pengunjung dari seluruh dunia datang untuk melihatnya.

Benarkah Robert the Doll telah disumpah?

Robert the Doll dalam kaca

Ramai yang menyatakan bahawa asal usul permulaan kisah misteri Robert the Doll adalah dari orang gajinya.

Dia yang sering ditindas oleh keluarga Otto telah memberi anak patung yang dijampi dengan ilmu sihir kepada Otto dengan tujuan untuk menganiaya keluarga tersebut.

Ini adalah antara teori popular yang berlegar disebalik pengalaman misteri dan menakutkan; tetapi jika betul teori ini, bukankah penghujung sesuatu cerita itu akan berakhir dengan keluarga Otto akan menjadi porak peranda disebabkan sumpahan jahat orang gajinya?

Kini, misteri Robert The Doll terus menghantui dan menakut-nakutkan orang yang datang untuk melihatnya, terutama mereka yang berkunjung ke muzium dan cuba untuk mengambil gambar.

Mereka melaporkan kamera tidak dapat digunakan ketika cuba untuk mengambil gambar patung tersebut.

Robert the Doll, dia mungkin duduk di dalam kotak kaca; tetapi tidak pernah berhenti daripada mengganggu kakitangan dan pengunjung muzium.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Ketahui Perbezaan Antara Lebah Dan Tebuan

Ketahui Perbezaan Antara Lebah Dan Tebuan

Lebah dan tebuan adalah dua jenis serangga berbisa dan mempunyai warna yang hampir sama, yang jika dilihat pada mata kasar kedua-duanya, sudah pasti membuatkan anda sukar untuk mengenalpasti mana satu lebah dan mana satu tebuan.

Beza Lebah dan Tebuan

Makhluk ini juga dikategorikan sebagai serangga jenis Hymenoptera, iaitu serangga yang mempunyai jenis yang serupa.

Walaupun begitu, terdapat beberapa perbezaan yang ketara untuk anda bezakan antara lebah dan tebuan.

1. Makanan

Tebuan

Tebuan adalah serangga jenis pemangsa. Oleh itu, makanan yang menjadi tumpuannya adalah buah-buahan yang jatuh dari pohon dan juga serangga kecil seperti ulat dan lalat.

Tebuan dewasa juga menyukai makanan manis dan kebiasaannya mereka akan memakan madu di dalam sarang lebah. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita seringkali melihat tebuan masuk ke dalam sarang lebah.

Lebah

Manakala, lebah pula merupakan salah satu agen dalam proses pendebungaan. Lebah biasanya akan memakan debunga dan nektar yang ada pada pelbagai bunga yang berbeza.

Pollen adalah debu yang dihasilkan oleh tumbuhan. Debunga ini akan memberi nutrisi yang diperlukan oleh lebah untuk menghasilkan madu.

Lebah juga mengumpul nektar yang merupakan cecair yang terdapat di dalam bunga dan ini adalah apa yang mereka tukarkan menjadi sebagai madu di dalam sarang mereka.

2. Sifat Dan Kelakuan

Spesies Lebah

Tebuan

Kebanyakan mangsa yang menjadi sasaran tebuan adalah serangga lain. Tebuan dikatakan lebih agresif apabila dibandingkan dengan lebah.

Tebuan juga boleh terus menyengat sasaran beberapa kali dalam masa beberapa minit.

Lebah

Lebah secara amnya tidak agresif, terutamanya berbanding dengan tebuan. Sengatan lebah akan membunuh lebah sebaik sahaja ia digunakan. Ia hanya boleh digunakan sekali dan membawa maut kepada dirinya sendiri.

3. Perbezaan Sarang

Tebuan

Tebuan dikatakan lebih cenderung untuk tinggal di koloni yang lebih kecil berbanding dengan lebah. Secara umumnya tebuan mempunyai populasi kurang daripada 10,000 ekor.

Kebiasaannya ratu tebuan sendiri yang akan membina sarang mereka. Bentuk sarangnya adalah kertas heksagon seperti sarang yang dibuat dari kayu yang dikunyah. Tebuan adalah arkitek yang sangat baik.

Tebuan juga berhibernasi sepanjang musim sejuk dan kemudian membina sarang baru untuk tahun berikutnya.

Lebah

Sarang lebah madu dapat ditemui di bawah tanah di lubang yang terbiar atau kadang-kadang dalam rumput padat atau di antara daun di atas tanah. Lebah biasanya dilihat di sekitar sarangnya.

Koloni madu lebah boleh menjangkau populasi lebih dari 75,000 ekor bagi setiap sarang.  Honeybee atau lebah madu mempunyai koloni terbesar dan rumah semua spesies lebah.

Lebah tidak berhibernasi, dan hidup di rizab makanan mereka. Lebah madu ialah pekerja yang memainkan peranan penting untuk mengekalkan sarang mereka supaya dapat menghasilkan haba yang membantu lebah bertahan melalui musim sejuk.

4. Ciri Fizikal

Spesies Tebuan
Dari kiri (atas): Tebuan tanah, Tebuan Cicada killers, Tebuan kertas dan Tebuan Yellow jackets.

Tebuan

Tebuan mempunyai badan halus dan kaki licin. Tebuan panjang dan nipis, mempunyai pinggang yang kecil.

Tebuan mempunyai kaki menggantung, dengan dua pasang sayap. Walau bagaimanapun, sesetengah spesies tebuan sebenarnya tidak bersayap!

Tebuan biasanya berwarna cerah, serta kuning berbelang hitam. Tebuan juga menendang kaki apabila mereka sedang terbang.

Lebah

Lebah mempunyai badan berbulu dan kaki berbulu. Mempunyai kaki yang lebih luas daripada tebuan kerana perlu membawa debunga dari bunga ke bunga.

Lebah mempunyai badan yang panjang dan kuat, juga mempunyai kaki yang menggantung dan dua pasang sayap.

Persamaan lain adalah bahawa lebah juga biasanya berwarna terang dengan kuning berbelang hitam yang sering di mana kekeliruan terletak pada mengenal pasti perbezaan antara kedua-dua.

Lebah juga berbeza dengan tebuan kerana ia tidak menendang kaki apabila sedang terbang.

Kesimpulan

Lebah dan tebuan adalah makhluk yang sangat berbeza. Kedua spesies ini makan secara berbeza; lebah adalah pendebunga, manakalan tebuan pula ialah pemangsa.

Cara bertindak juga berbeza antara satu sama lain. Tebuan boleh menjadi sangat agresif, kerana lebah hanya agresif apabila diganggu.

Tebuan dan lebah hidup dalam sarang sedikit yang sama. Bagaimanapun, Tebuan umumnya kurang bersosial dan hidup dalam koloni yang lebih kecil.

Akhirnya, terdapat banyak perbezaan fizikal antara kedua-dua, yang mana tebuan mempunyai kaki yang licin dan tidak bebulu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: siakapkeli

SBDJ Siri 166: Lelaki Dari Kerinci

SBDJ Siri 166: Lelaki Dari Kerinci

Apa yang didengar dan dilihat, ternyata menghadiahkan kegembiraannya yang tiada taranya. Dan saya buat tidak kisah dengan tingkah laku anak buah Haji Bagus. Biarlah mereka bersiul atau menyanyi semahu-mahunya.

Toyol jadi-jadian

Apa yang dapat saya kesan di sebalik semuanya itu, mereka berusaha memperlahankan langkah agar jarak mereka dengan Haji Bagus kian jauh.

Saya tidak tahu, apakah tindak tanduk mereka itu dapat dikesan oleh Haji Bagus. Tidak wajar saya ambil tahu.

Saya terus melangkah dengan mengambil kira keselamatan diri, terpaksa berpaut pada batang-batang pokok kecil.

Kami kini sedang menuruni kawasan berbukit menuju ke tanah pamah. Silap langkah atau tersilap paut, badan bergolek di bumi dan berhenti bergolek bila sampai di kaki bukit.

Kerana itu harus melangkah dengan hati-hati dan teliti. Dua tiga kali saya dikejutkan oleh mengkarung liar yang berlari di bawah dedaun kering.

Nyamuk terus mengelilingi cuping telinga, bunyinya menganggu perjalanan. Begitulah, sesudah peluh membasahi sekujur tubuh, akhirnya kami berhadapan dengan jalan berpasir selebar tiga kaki.

Ada kesan tayar basikal dan motosikal di samping tapak kaki manusia dan binatang ternakan.

Panas makin terik, angin yang bertiup lembut sudah lama berhenti tetapi, unggas terus berbunyi.

Saya mula terasa penat dan mahu berhenti. Malangnya saya tidak dapat berbuat demikian kerana Haji Bagus tidak mengizinkan perjalanan diberhentikan tanpa kebenaran darinya.

Setelah hampir dua rantai memijak jalan berpasir, tanpa disangka-sangka Haji Bagus berhenti melangkah.

"Kita sekarang ada di hujung kampung. Kita dah sampai," Haji Bagus bersuara lalu duduk bertengek di akar pokok tepi jalan berpasir.

Saya masih berdiri dan tidak dapat membuat keputusan sama ada terus berdiri atau duduk.

"Kenapa duduk?" tanya Tuk Siak yang terlewat beberapa minit

"Nak tunggu budak-budak," sahut Haji Bagus.

Tuk Siak anggukkan kepala dan terus duduk di sisi Haji Bagus. Dan tanpa rasa malu saya terus duduk atas rumput tepi jalan.

Lebih kurang lima minit kemudian anak buah Haji Bagus pun sampai. Mereka berkumpul lalu mengelilingi kami (Haji Bagus, Tuk Siak dan saya).

Semuanya bermandi peluh tetapi masih mempamirkan wajah keriangan dan senyuman.

"Kamu tahu, kita ni dah berada di hujung kampung."

"Iya, kami tahu Pak Aji."

"Jadi aku nak tanya kamu semua, kamu nak ke masjid atau nak terus balik ke rumah masing-masing," suara Haji Bagus bernada lembut yang diakhiri dengan senyum.

"Begini saja Pak Aji, kami ikut ke masjid dulu. Kemudian baru balik ke rumah masing-masing," jawap lelaki bermisai yang menjadi jurucakap kawan-kawan.

"Aku setuju dengan cara kamu tu, kita ke masjid dulu dan baca doa kesyukuran kerana kerja kita berhasil," celah Tuk Siak yang disambut dengan tepukan gemuruh.

GARANG

Perjalanan yang terhenti diteruskan. Selesai saja melalui jalan berpasir, kumpulan kami terus membelah jalan tanah merah yang terbentang di tengah kampung dan akhirnya melintasi kawasan perumahan.

Matahari terus bersinar garang. Kerana angin mula bertiup yang sekaligus berjaya menyingkirkan rasa panas di tubuh kami.

Kanak-kanak yang bermain gasing dan galah panjang di halaman rumah segera berhenti bermain.

Seluruh perhatian mereka tertumpu ke arah kami yang bergerak bagaikan ombak. Manakala suri rumah menjengukkan muka di tingkap dan di muka pintu.

Beberapa orang lelaki setengah baya bergegas turun dari rumah lalu bersatu dengan rombongan kami menuju ke masjid.

Saya tidak tahu, apakah kehilangan saya selama lebih 14 jam itu menjadi berita yang menggemparkan seluruh kampung tersebut?

Pasti kehilangan saya menjadi buah mulut penghuni kampung. Buktinya, semua insan di dalam kampung melemparkan pandangan ke arah saya.

Semoga di sebalik daun pintu dan tingkap ada gadis Tanah Jambi yang bermata galak dan hidung mancung.

Mana tahu, secara diam-diam ada yang simpati nasib malang yang saya alami dan akhirnya jatuh hati kepada saya.

Terhibur rasa hati dengan angan-angan yang berpeta dalam kepala secara mendadak.

Saya melangkah dengan tenang dan pura-pura buat tak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling.

Sepasang mata saya arahkan ke masjid yang tersergam indah di hadapannya, seolah-olah menanti kepulangan saya.

Alangkah bahagianya, kalau datuk dan Andi Kamarool menyambut kepulangan saya di pintu masjid, fikir saya dalam hati sambil menghayun langkah bersama Haji Bagus dan Tuk Siak.

Lebih kurang dalam jarak 100 hingga 150 kaki mahu sampai ke kawasan masjid (setelah melepasi selekoh kecil) tiba-tiba hati saya berdebar.

Saya dapat merasakan ada empat biji mata meenung gerak geri saya.

Apa yang bergolak dalam dada tidak saya cakapkan dengan Haji Bagus dan Tuk Siak. Dalam cemas dan debar langkah diteruskan.

"Assalamualaikum."

Serentak kami menoleh ke kanan. Datuk dan Andi Kamarool muncul dari celah-celah rimbunan pepokok kecil. Saya menarik bafas lega.

"Kemana kamu pergi."

Biji mata datuk terbeliak ke arah saya.

"Sasssss..." saya tidak meneruskan kata-kata kerana saya tergamam.

"Jangan dipaksa cucu kamu, semangatnya belum pulih. Kalau kamu marah-marah buruk jadinya," Tuk Siak mengingatkan datuk.

"Saya faham," suara datuk lembut.

"Kamu diseksa Tamar?" Andi Kamarool mengajukan pertanyaan.

"Kamu diseksa Tamar?" soal Andi Kamarool lagi.

"Iya, " kata saya perlahan sambil anggukkan kepala.

Dan selanjutnya tidak ada pertanyaan yang diajukan oleh Andi Kamarool kepada saya. Wajahnya nampak gusar sekali.

"Tak usah buang masa, kita ke masjid dulu. Kita buat sembahyang syukur," Haji Bagus mengemukakan usul.

"Satu cadangan yang baik," sahut Andi Kamarool.

Datuk memberikan persetujuan dengan menganggukkan kepala.

Sebelum bergerak ke masjid, Haji Bagus menemui salah seorang anak buahnya yang berbadan kurus, berkulit putih menyimpan janggut, misai dan jambang.

Ada sesuatu yang Haji Bagus cakapkan pada si kurus yang banyak mengangguk dari bersuara.

Beberapa minit kemudian, (sebaik saja Haji Bagus selesai bercakap) si kurus keluar dari kumpulannya, lalu bergerak menuju ke arah rumah Haji Bagus.

Apakah pesanan yang dibawa oleh si kurus untuk orang rumah Haji Bagus? Muncul pertanyaan nakal dalam benak saya.

"Awak tak usah marahkan cucu awak tu, dia dah selamat. Aku percaya dia tersesat," tanpa diduga, Haji Bagus bersuara sambil merenung ke arah datuk yang melangkah seiring dengannya.

"Saya tahu Abang Aji, saya tahu tapi..."

"Ha, kenapa tak teruskan, biar aku dengar."

"Tak mahu dengar cakap orang tua-tua."

"Ai, usah ambil kira semuanya tu. Budak-budak memang begitu."

"Semuanya menyangka diri dah pandai, bertindak ikut suka hati. Tak mahu dengar cakap orang," datuk terus merungut kecil kerana Haji Bagus dan Tuk Siak buat tidak kisah dengan apa yang datuk rungutkan. Perkara tersebut mati begitu saja.

Bila masuk di perkarangan masjid, anak buah Haji Bagus bergegas ke perigi membersihkan diri.

Saya dan Andi Kamarool juga tidak ketinggalan. Begitu juga dengan Tuk Siak, Haji Bagus dan datuk.

Saya agak terkejut bila mendapati anak buah Haji Bagus mengenakan pakaian yang baru dan bersih.

"Di mana dapat pakaian baru, Andi?"

Pertanyaan yang saya ajukan itu membuat Andi Kamarool tersenyum lebar. Dua tiga kali bahu saya ditepuknya.

"Kamu tak perasan, masa kamu jumpa dia orang tadi semuanya memakai baju putih, seluar hitam dan kain lilit kepala warna merah."

"Aku tak begitu ambil berat tentang apa yang mereka pakai, itu kelemahan diri aku Andi."

"Lain kali jangan buat macam itu, sudah menjadi kebiasaan orang-orang di sini, bila masuk ke hutan untuk mencari orang hilang atau sesat menggunakan pakaian khas macam tu.

"Pakaian tu disimpan dalam pondok kecil di bucu masjid. Bila kerja dia orang selesai, mereka pakai balik pakaian asal mereka."

"Barangkali dia orang ada ilmu baru."

"Bukan ilmulah Tamar, perkara itu sudah menjadi kebiasaan orang-orang di sini. Aku dah tanya hal ini dengan Tuk Siak."

"Hmm..." saya mengeluh.

"Macam kau, awal-awal lagi datuk kau sudah sediakan pakaian baru untuk kau. Dia tau pakaian kamu mesti kotor. Kau ni tak boleh berfikir langsung," sindir Andi Kamarool.

Sembahyang kesyukuran dan pembacaan doa selamat pun diadakan.

Saya jadi kelam kabut dan cemas semacam, bila sebahagian dari penduduk kampung yang berada dalam masjid mendesak supaya saya menceritakan kembali pengalaman yang dilalui.

Saya tidak ada pilihan terpaksa akur dengan permintaan mereka. Haji Bagus dan Tuk Siak memberikan kata-kata perangsang supaya saya bercerita.

Manakala datuk sendiri, tidak pula melarang atau menyuruh. Segala-galanya terletak atas kebijaksanaan saya untuk membuat keputusan.

"Ceritakan Tamar," desak Andi Kamarool.

"Baik," kata saya tenang.

Setelah rasa kelam kabut dan cemas dapat saya kawal dengan sebaik mungkin, maka dengan wajah yang penuh keyakinan saya memulakan cerita dari kedatangan seorang gadis yang menyerupai (menyamar) sebagai Nurul Hayat.

Dari situ berganjak kepada pengalaman pahit dan ngeri yang saya rasai semasa menjadi tetamu manusia yang disebut mahaguru.

"Itulah yang saya alami," dengan nada suara yang rendah saya mengakhirkan cerita.

Sebahagian daripada orang yang mendengar cerita saya itu terus mengeluh. Malah ada juga yang menggelengkan kepala dengan wajah yang berkedut.

"Kamu tahu kepala iblis yang paling besar, bukannya lelaki yang di panggil mahaguru. Orang kanan mahaguru itu sebenarnya iblis besar," seorang tua yang duduk dekat tiang seri masjid bersuara lantang. Semua biji mata tertumpu ke arahnya.

"Perempuan jahanam tu dipanggil Bomoh Monah Supandi. Nama sebenarnya adalah Halijah. Ilmu hitamnya cukup tinggi, sihir dan pukaunya tak terkalahkan.

"Kalau dia bergaul dengan kita, dia nampak seperti orang baik-baik, macam orang bangsawan. Namanya selalu berubah," tambah orang tua tu lagi.

Dia tidak peduli dengan biji mata orang ramai yang tertumpu kepadanya.

RESAH

"Kita harus berhati-hati , dia sedang mengembangkan ilmu jahatnya. Anak muridnya bukan saja di Sumatera ni, tetapi sampai ke Jawa dan Tanah Melayu," dengan wajah yang merah padam orang tua berhenti bercakap.

Dia terus duduk dan bersandar di tiang seri masjid.

"Nanti dulu, jangan tinggalkan masjid ni, kita makan dulu," Haji Bagus berdiri di muka pintu masjid menahan orang yang mahu keluar.

Pada sangkaan mereka semuanya sudah tamat sebaik sahaja saya mengakhiri cerita. Orang yang berdiri duduk kembali.

Orang tua yang bersandar di tiang seri nampak resah semacam. Saya segera menghampirinya. Kami bersalam penuh mesra.

"Apa yang mahu saya panggil?"

"Panggil apa saja, kamu tahu aku lebih tua dari datuk kamu," kata orang tua itu ramah.

"Sudah ke Tanah Suci?"

"Sudah dua kali ke sana."

"Kalau begitu saya panggil Tuk Aji saja, boleh?"

"Kamu budak yang bijak, aku tak kisah," orang tuan itu ketawa terkekeh.

Misai putihnya yang lebat turut bergerak. Rambutnya yang lebat sewarna dengan songkok putih (ketayap) yang di pakainya.

"Orang asal kampung ini?" saya merisik rahsia.

Dia gelengkan kepala.

"Dari Kerinci, dari Kampung Lempur Mudek. Datang berziarah ke rumah Tuk Siak.

"Petang semalam tiba. Masa sampai orang di sini heboh tentang kehilangan kamu, mereka bersiap nak mencari kamu," ada segaris senyum bermain di kelopak bibirnya.

"Jumpa dan bercakap dengannya."

"Tuk Aji tak ceritakan apa yang Tuk Aji tahu tentang bomoh perempuan tu."

Saya lihat orang tua tu menarik nafas panjang sambil merenung ke arah beberapa orang anak muda yang sedang menatang beberapa talam hidangan di muka pintu masjid. Hidangan itu segera disusun sebaris di ruang masjid.

Saya juga terlihat datuk, Haji Bagus dan Tuk Siak berada di sebelah masjid, tidak jauh dari tingkap. Mereka seperti berbincang tentang sesuatu.

"Aku dari mula sudah syak yang kamu ni dah masuk perangkap manusia syaitan tu. Tapi, aku tak berani nak cakap pada sesiapa," tanpa diduga orang tua itu bersuara tenang, saya mengigit bibir.

Kumpulan anak muda yang mengatur hidangan segera beredar ke tepi dinding. Tugas mereka sudah selesai.

"Aku tahu, datuk kamu juga sependapat dengan aku tapi, dia tidak mahu menceritakannya.

"Walau apapun, jangan fikirkan yang lalu tu. Kamu dah selamat. Aku bercadang nak mengajak kamu dan datuk kamu ke Tanah Kerinci."

"Kalau tak dijemput pun datuk memang ada rancangan nak ke sana."

"Betul ke?"

"Iya, Tuk Aji," kata saya serius.

"Jemput makan, jamahlah apa yang ada."

NIAT

Haji Bagus mempersilakan tetamu masjid menjamah hidangan yang tersedia. Sudah tentu permintaan tersebut tidak dihampakan.

Hidangan yang disediakan, boleh tahan juga. Keledek rebus, sambal bacang. Tumis petai ikan bilis, pulut putih, kopi dan teh. Pilih sendiri mana yang berkenan di hati.

Dan yang menjadi pilihan saya ialah pulut putih, tumis petai ikan bilis dan kopi. Enaknya tiada terkata.

"Masa bila orang rumah Abang Aji buat semuanya ini," tanya datuk yang hanya menghirup kopi panas. Dia tidak menjamah makanan yang lain.

"Saya dah niat dalam hati kalau jumpa cucu awak, saya nak jamu orang yang mencari cucu awak, termasuk orang yang menanti di masjid.

"Kerana itu, sebelum masuk hutan saya suruh orang rumah sediakan barang-barangnya. Bila di beritahu yang cucu awak sudah dapat, orang rumah saya terus masak," Haji Bagus buka rahsia.

"Ini dah kira cukup baik, tengah hari ni, tak payah suruh orang rumah masak," Tuk Siak bersuara lalu disambut dengan ketawa oleh tetamu yang ada.

"Sekarang baru pukul sebelas pagi, lepas waktu zuhur awak lapar semula, terpaksalah orang rumah masak nasi," tingkah datuk yang juga disambut dengan ketawa.

Menjelang pukul dua belas tengah hari masjid jadi sunyi.Para tetamu sudah pulang kerumah masing-masing. Saya, datuk dan Andi Kamarool terus berhenti di rumah Haji Bagus.

Semasa di rumah Haji Bagus, datuk terus menyoal saya secara lebih mendalam lagi tentang perkara-perkara aneh yang saya lihat dan alami semasa menjadi tetamu yang disebut mahaguru itu.

Dua hari kemudian, setelah menunaikan sembahyang Asar, saya dan Andi Kamarool terus berehat di ruang masjid.

Datuk dan orang tua yang saya panggil Tuk Aji berada di bahagian bawah masjid. Mereka berborak panjang di situ.

Barangkali datuk menceritakan kepadanya tentang rancangan untuk pergi ke Tanah Kerinci.

Mungkin bukan perkara itu yang dibincangkan. Siapa tahu, datuk dan orang tua itu sedang menyusun strategi tertentu untuk melanyak gerombolan anak buah mahaguru hingga ke akar umbinya.

Begitulah, sambil baring saya meramalkan sesuatu tentang perbualan datuk dengan Tuk Aji. Mungkin ramalan itu betul, mungkin tidak.

"Assalamualaikum..." terdengar suara di halaman masjid.

Saya dan Andi Kamarool segera bangun dan bergegas ke pintu masjid. Seorang lelaki memakai terendak, di pinggangnya terselit golok dan parang panjang.

Di bahu kanannya tersangkut segulung rotan seni. Dengan pakaian yang agak lusuh dan bertampal di sana sini, lelaki itu berdiri tenang di halaman masjid tanpa sepatu.

"Pencari rotan sesat," bisik Andi Kamarool.

"Barangkali."

"Bagaimana kita ke bawah."

"Ayoh."

Sebaik saja kami sampai di bahagian bawah masjid, tetamu yang tidak dikenali itu sudah pun berjabat tangan dengan datuk dan Tuk Aji.

"Apa hal awak kemari," soal datuk

"Tadi saya ke rumah Haji Bagus dan Tuk Siak, malangnya mereka tak ada di rumah. Orang rumah Haji Bagus suruh saya jumpa awak di masjid.

"Ada hal mustahak yang nak saya sampaikan kepada awak berdua. Saya bukan orang kampung ni.

"Kampung laman saya sebelah hulu tetapi, saya selalu lalu lalang semasa nak masuk ke hutan mencari rotan," tetamu yang tidak dikenali berhenti bercakap.

"Itu saja yang awak nak cakapkan kepada kami," kata Tuk Aji separuh resah.

Saya dan Andi Kamarool berpandangan, sedangkan datuk duduk merenung tanah. Dahinya dikerutkan.

"Bukan itu, ada hal lain yang lebih mustahak dari itu," suara tetamu yang tidak dikenali mula meninggi.

Segulung rotan seni di bahu dihempaskan ke bumi. Terendak yang menyerkup kepala segera dibuka.

Dia mempamirkan wajah garangnya. Mungkin dia tersinggung dengan kata-kata yang diucapkan oleh Tuk Aji.

Dia merasakan kata-kata itu seolah-olah mempersendakan segala usahanya.

"Jangan marah, abang saya ni tak bermaksud untuk memperkecilkan awak, terangkan, saya sedia mendengarnya. Kalau awak nak minta pertolongan, saya sedia membantu," kata-kata dari datuk itu ternyata dapat memadamkan api kemarahan yang meluap-luap di hatinya.

RESAH

Bila perasaannya sudah cukup tenteram, terendak di kepala diletakkan kembali ke kepala dan segulung rotan di bumi segera diambil lalu disangkutkan ke bahu kiri semula.

Dengan senyum dia menatap wajah datuk. Tetapi, dia seperti keberatan untuk mengucapkan sesuatu kepada datuk.

"Cakapkan, jangan segan-segan," datuk mendesak.

"Kerana kejadian tu saya kira terjadi dalam kawasan jagaan Haji Bagus, eloklah saya beritahu kepada orang-orangnya dengan..." dia tidak meneruskan kata-katanya akibat diganggu rasa gatal di leher. Dia terus mengaru dengan sepuas-puasnya.

"Dengan berbuat begitu perkara ini boleh awak sampaikan kepadanya, iaitu Haji Bagus," sambungnya.

"Apa halnya," celah Tuk Aji tanpa sabar.

"Begini. Semasa saya mencari rotan di kaki bukit, saya terserempak dengan sepasang suami isteri. Katanya, mereka datang dari Tanah Melayu dan tersesat jalan, saya tunjukkan jalan."

"Kamu bantu mereka?" soal datuk.

"Iya. Saya bawa bermalam di rumah saya. Pagi tadi sebelum mencari rotan saya bawa dia orang ke pekan dan saya perkenalkan mereka dengan orang yang selalu berulang alik ke Tanah Melayu."

"Dia tak cakap apa-apa dengan kamu?" soal Tuk Aji.

"Ada."

"Apa dia."

"Katanya, lepas cari rotan di hutan, dia suruh saya pergi ke satu tempat jumpa ketuanya untuk ambil hadiah. Saya ikut apa yang dia suruh."

"Kamu jumpa ketuanya?" soal datuk lagi.

Saya lihat tetamu yang tidak dikenali tu terdiam. Dia nampak resah. Dua tiga kali dia kedutkan dahi. Mundar mandir di depan datuk macam kucing hilang anak.

"Saya jumpa ketuanya dalam keadaan sungguh menakutkan. Seluruh badanya rentung terbakar.

"Tempat kediamannya berselerak tetapi, beberapa patung manusia dan binatang yang dibuat dari tembaga kuning masih elok.

"Saya juga terjumpa beberapa bahagian tanah yang diturap dengan simen, tidak jauh dari tubuh yang terbakar hangus tu, saya jumpa mayat orang lelaki.

"Mayat itu juga terbakar?" datuk serkap jarang.

"Mayat lelaki tu rentung separuh badan dari pinggang ke atas. Dari pinggang ke kiri, keadaannya elok."

"Macam mana kamu tahu dia lelaki?" soal Tua Aji.

"Alat sulitnya, alat sulitnya elok."

"Lagi apa yang kamu jumpa?" desak datuk lagi.

Pertanyaan itu membuat tetamu tidak dikenali melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali.

Matanya merenung ke arah papan dinding masjid. Saya kira dia sedang memerah otak untuk mengingati sesuatu.

"Semasa saya berpusing-pusing di situ saya juga terjumpa pedang lama dan tempayan. Oh ya. Saya jumpa mayat perempuan mati dihempap pokok besar separuh badannya terbenam dalam tanah.

"Perkara inilah yang hendak saya sampaikan kepada Haji Bagus. Ohh... Terlupa pulak nak bagi tau nama," tetamu yang tidak dikenali itu tersengih merenung saya dan Andi Kamarool.

Barangkali dia sendiri terasa lucu dengan tindak tanduknya itu. Sudah sampai mahu berbuih mulut, baru teringat mahu beritahu namanya kepada kami.

"Nama saya Khatib Koyan tapi orang panggil Koyan saja," katanya lalu membelakangi datuk dan Tuk Aji.

Orang itu pun meneruskan perjalanan pulang. Lebih kurang dalam jarak sepuluh kaki meninggalkan kami, orang itu berpatah balik.

"Ini ada beberapa bungkus barang yang diberikan oleh pasangan suami isteri itu kepada saya. Dia minta barang-barang ini disampaikan kepada Haji Bagus."

"Apa barangnya?" soal Tuk Aji.

Koyan pun mengeluarkan tiga bungkusan yang berbalut dengan kain hijau, putih dan merah dari dalam bajunya.

Bungkusan itu berukuran panjang kira-kira tiga inci dan lebarnya tiga inci. Tingginya dalam dua inci lebih, berbentuk empat segi.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 166/284

BACA: SBDJ Siri 165: Dikejar Makhluk Aneh
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Maksud Warna Yang Sering Digunakan Dalam Kehidupan Seharian

Maksud Warna Yang Sering Digunakan Dalam Kehidupan Seharian

Wanita sering dikaitkan dengan warna merah jambu atau pink dan lelaki dengan warna biru. Emoji didatangkan dalam warna kuning. Bagaimana pula dengan kebanyakan papan tanda amaran yang berwarna merah?

Warna-warni kehidupan
Gambar hiasan.

Ini bermakna warna ternyata membawa pengaruh psikologi yang serius kepada kita sekaligus menjadi penjenamaan yang berkesan.

Mari kita lihat kaitan warna dan sesebuah produk atau amalan.

1. Kenapa Teksi Berwarna Kuning?

Walaupun teksi di Malaysia kini diperkenalkan dalam pelbagai warna, merah dan biru misalnya, tetapi asalnya ia berwarna kuning dan hitam.

Di luar negara khususnya negara barat, kenderaan pengangkutan awam ini dicat dengan warna kuning atas sebab tertentu.

Pada 1907 seorang penjual kereta, John Hertz mengasaskan perniagaan perkhidmatan teksi yang mengecat keretanya dengan warna kuning.

Menurutnya, warna tersebut menarik perhatian dan mudah dilihat. Kajian University of Chicago juga mengesahkan kuning sebagai warna yang mudah dikesan.

2. Restoran Makanan Segera Guna Warna Merah

Merah menjadi warna pilihan kebanyakan makanan segera. Psikologi warna mengesahkan merah sebagai warna penstimulasi, penyebab kelaparan, meningkat nafsu makan dan menarik perhatian.

Manakala kombinasi warna kuning pula menambah elemen keriangan dan kemesraan.

3. Kalau 'Smiley' Kenalah Kuning

Salah satu imej yang popular di laman-laman sosial iaitu smiley atau emoji dengan pelbagai ekspresi juga didatangkan dalam warna kuning.

Menurut pereka smiley, mereka lazimnya memilih warna kuning kerana ia terang, jelas dan merupakan warna yang memberi kedalaman.

Sama seperti warna kuning matahari yang ceria, smiley juga dipercayai membawa keceriaan serupa.

4. Papan Tanda, Papan Amaran Guna Warna Merah

Apa-apa papan tanda amaran dan larangan, pastinya berwarna merah. Selain bertona terang, merah juga mempunyai jarak gelombang yang jauh di mana ia dapat menarik perhatian kita.

Selain itu lampu merah juga menjadi pilihan dalam kecemaran kerana partikel warna tersebut merayap secara baik dalam atmosfera.

Seorang pakar biologi berkata, merah kelihatan lebih jelas dan terang dalam latar hijau.

5. Komunikasi Biru Di Media Sosial

Perasan tak, kebanyakan logo sosial media berwarna biru? Kebanyakan syarikat telekomunikasi di Malaysia juga berwarna biru.

Ia kerana biru adalah warna yang menenangkan walaupun tergolong dalam tona panas.

Biru menjadi warna yang mengalu-alukan, mesra, efektif dan boleh bergantung pada. Jadi, warna ini banyak digunakan dalam komunikasi serta dunia media sosial.

6. Pink Untuk Perempuan!

Ingat, warna merah jambu dan perempuan dibawa ke perhatian dunia selepas perang dunia ke-2 dan ia mula menjadi popular selepas 1980an.

Jadi sebelum itu, tiada stereotaip warna dalam kalangan pengguna.

Ada beberapa teori mengenai penggunaan warna pink, antaranya teori yang mengaitkan Hitler dan teori agama Kristian, tetapi mari kita lihat teori yang lebih terkini dan lebih rasional.

Syarikat korporat mahu membezakan produk mereka khususnya pakaian bayi dan penjagaan kulit mengikut warna.

Amerika Syarikat memperkenalkan penggunaan pink dengan bayi perempuan dan biru untuk lelaki. Ia kemudiannya menjadi ikutan.

7. Hijau Itu Tanda Selamat, Mesra Alam

Papan tanda "Keluar" dan "Pintu kecemasan" lazimnya berwarna hijau kerana ia menandakan rasa selamat.

Kalau merah itu tanda amaran kerana merujuk kepada warna darah, hijau pula warna aman yang merefleksi kehidupan, flora.

Jadi secara psikologi, penggunaan warna hijau memberi ketenangan dan keselamatan khususnya pada waktu krisis.

Lampu hijau trafik juga memberi anda kebenaran bergerak secara selamat selepas ditahan oleh lampu merah.

8. Berkabung, Bersedih Pakai Baju Hitam

Dalam kebanyakan budaya dan agama, hitam adalah warna menyambut kesedihan, keperitan dan kehilangan.

Walaupun stereotaip terhadap warna itu sudah berubah tetapi banyak budaya mengamalkan pakaian hitam ketika mengunjungi pengebumian atau ketika berkabung.

Hitam menandakan ketidakhadiran cahaya dan warna yang dekat dengan kematian.

Ia juga secara tidak langsung menunjukkan si pemakai tidak berminat untuk bertata rias, tetapi hanya mahu memberi perhatian kepada upacara yang bersedih itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

Jarang Lakukan Seks Boleh Menyebabkan Sakit Mental!

Jarang Lakukan Seks Boleh Menyebabkan Sakit Mental!

Seks seharusnya dilihat secara menyeluruh, sama ada secara falsafah kehidupan, interpretasi terhadap tindak-tindak manusia, pencapaian yang lebih tinggi kepada tahap kerohanian serta kesihatan fizikal dan mental.

Jarang Seks
Gambar hiasan.

Ini bermakna, seks yang dari segi asal-usul bermakna: "dibahagi" menurut bahasa latin atau pun pembahagian manusia kepada jantina lelaki dan perempuan mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia bukan setakat pembahagian menurut gender, tetapi juga berkait rapat dengan aktiviti seksual seperti hubungan seks, fantasi seksual, perilaku seksual seperti ciuman dan berpelukan serta menjelaskan mengapa seseorang itu menjalani kehidupan sehariannya dari segi instinctual drive (dorongan naluri seks).

Seks juga amat mempengaruhi cara kehidupan dan berfikir seseorang itu, sama ada seseorang itu sedar atau tidak.

Misalnya cara kehidupan, persepsi terhadap dunia, tindakan dan tingkah laku semuanya berkaitan dengan akar-umbi seks, termasuk juga dengan kesihatan mental.

Apakah perkaitan seks dan kesihatan mental?

Seks dan kesihatan mental amat berkait rapat. Ini bermakna, kesihatan mental seseorang banyak bergantung kepada kelestarian seksualnya. Begitu juga disebaliknya.

Kajian menunjukkan apabila seseorang itu menunjukkan kepuasan seksual, maka tahap kesihatan mentalnya pun akan bertambah. Begitu juga disebaliknya pada tahap kesihatan seksual yang rendah, misalnya kemurungan akan menjejaskan tahap fungsi seksualnya

Seks, begitu juga semua kegiatan yang dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan kepuasan kehidupan bukan sahaja bertujuan untuk menurunkan zuriat, tetapi juga boleh mempertingkatkan lagi keseimbangan sistem haemostatis atau fisiologi tubuh.

Hubungan seks yang bermakna (contoh: hubungan seks yang mencapai kepuasan sekiranya tidak sampai pun ke tahap klimaks, orgasma) boleh mempertingkatkan lagi pertahanan badan melalui kestabilan imuniti, menambahkan rembesan dadah semula jadi opiods dari otak justeru ini boleh mengurangkan kesan kesakitan, melegakan stres dan menguatkan sistem kardiovaskular. Ia juga dianggap sebagai satu aktiviti fizikal seperti bersenam.

Dari sudut psikososial pula, hubungan seks yang kerap boleh meningkatkan lagi tahap keintiman atau kemesraan di kalangan suami-isteri di dalam melayari bahtera berumah-tangga.

Ia membina keluarga yang cemerlang di atas kemesraan yang sedia wujud di antara pasangan selain menunaikan tanggungjawab untuk berjimak atau berhubungan seks sebagai tuntutan biologi yang fitrah.

Secara tidak langsung, seks yang dilakukan secara mengikut norma kehidupan yang normal bukan sahaja setakat dapat merapatkan lagi hubungan suami dan isteri, tetapi juga mendapatkan keredaan Tuhan dan merupakan satu ibadat yang diberkati lalu seterusnya mempertingkatkan lagi tahap kesihatan mental seseorang.

Kesihatan mental seseorang akan terjejas jika seseorang itu mengalami masalah gangguan seksual.

Secara umumnya, gangguan seksual boleh berlaku dari segi tiga kategori, iaitu (i) gangguan fungsi seksual, (ii) gangguan orientasi seksual serta (iii) penyimpangan seksual atau parafilia (paraphilia).

Masalah Seks Rakyat Malaysia

Gangguan fungsi seks kerap terdapat di kalangan masyarakat kita. Kajian tempatan menunjukkan bahawa prelavens gangguan ini boleh mencecah kepada 60% di kalangan samada pada kaum lelaki dan wanita.

Sebahagian besar daripada mereka yang mengalami masalah gangguan fungsi seks tidak datang berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini disebabkan mereka beranggapan bahawa masalah seperti ini bukanlah satu bidang yang diketahui atau diberikan perhatian oleh doktor.

Biasanya mereka lebih gemar berjumpa perawat tradisional atau pun tukang urut untuk mendapatkan rawatan yang dikatakan dapat memulih kebahagiaan rumahtangga mereka.

Selain masalah kepercayaan ini, satu faktor penting yang menghalang pesakit daripada berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan ialah perasaan malu, terutamanya di kalangan kaum wanita.

Pesakit lelaki pula lazimnya lebih sukar untuk menyuarakan masalah gangguan fungsi seks mereka kerana menganggap doktor tidak boleh banyak membantu mereka serta beranggapan ia boleh menjejaskan tahap harga diri mereka sebagai lelaki macho.

Masalah gangguan fungsi seks yang kerap terdapat di kalangan lelaki ialah kegagalan ketegangan zakar (disfungsi erektil), masalah ejakulasi terutama ejakulasi pramatang dan gangguan dorongan seks terutama masalah kekurangan dorongan seks.

Masalah yang kerap terjadi di kalangan perempuan pula ialah masalah kekurangan dorongan seks, mengelak dari melakukan hubungan seks, masalah mencapai orgasm/klimaks dan kesakitan semasa bersetubuh (dispareunia).

Terdapat juga beberapa jenis gangguan fungsi seks yang lain tetapi tidaklah begitu kerap. Masalah atau gangguan fungsi seks berlaku disebabkan oleh faktor fizikal, mental ataupun sosial, sama ada secara persendirian atau pun secara gabungan antara faktor¬faktor berkenaan.

Contohnya, penyakit diabetes (kencing manis) boleh menyebabkan disfungsi erektil. Walau bagaimanapun, faktor psikologi ataupun faktor mental juga memainkan peranan untuk menjadikan masalah ini lebih serius, berpanjangan atau kronik.

Antara faktor fizikal yang terpenting ialah ubat yang digunakan oleh doktor untuk merawat beberapa jenis penyakit. Beberapa jenis ubat telah dikenal pasti sebagai mengganggu gerak balas seksual secara khusus.

Antaranya ialah beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit darah tinggi atau hipertensi seperti Methyldopa (Aldomet), Thiazide, ubat penghambat beta seperti propranolol (Inderal) dan atenolol (Tenormin).

Beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental seperti ubat antipsikotik (contoh: ubat chlorpromazine, thioridazine) dan juga sebahagian daripada pesakit yang menggunakan ubat antikemurungan seperti imipramine, fluoxetine (Prozac), sertraline (Zoloft) dan lain-lain ubat jenis SSRI juga kerap menimbulkan masalah gangguan fungsi seks sebagai kesan sampingannya.

Ubat yang mengandungi hormon seperti estrogen dan progesteron dan ubat antiandrogen boleh mengganggu kehendak seksual seseorang. Dadah yang kerap disalah guna seperti heroin/morfin dan juga alkohol, penagihan rokok atau arak boleh juga mengganggu fungsi seks.

Ada beberapa orang khususnya di antara lelaki dewasa yang menyalahgunakan ubat-ubat seperti sildenafil (Viagra) dan tadalafil (Cialis) untuk meningkatkan tempoh persetubuhan tanpa menghiraukan kesan sampingan ubatan tersebut yang boleh memudaratkan alat zakar seperti gangrene atau kesan pada jantung.

Terdapat juga kes lelaki yang menggunakan dadah jenis amphetamine-type stimulants (ATS) seperti methamphetamine (yang dikenali sebagai syabu atau ice/cristal ice) untuk meningkatkan nafsu seks tanpa mengenal pasti kesan sampingan yang serius dadah tersebut iaitu tanda-tanda tidak siuman seperti halusinasi (mendengar suara ghaib atau melihat lembaga) dan pemikiran tidak waras iaitu delusi (sesuatu kepercayaan yang salah tanpa bukti seperti paranoid yang boleh menyebabkab tindakan agresif atau amuk.

Malangnya ada di antara perempuan yang menyalahgunakan dadah ATS ini sehingga membunuh anaknya semasa keadaan tidak siuman.

Selain ubat-ubatan, berbagai-bagai jenis penyakit fizikal boleh mengganggu fungsi seks. Sebagai contoh, penyakit diabetes, darah tinggi atau dislipidaemia (tinggi kolestrol di dalam darah) boleh mengganggu pengaliran darah kepada dan daripada organ seks atau pun yang mengganggu sistem saraf yang diperlukan untuk gerak balas seksual yang normal.

Pada kaum lelaki, ia boleh menyebabkan disfungsi erektil (erectile dysfunction) di mana peratusannya adalah lebih tinggi di kalangan pesakit yang lebih tua, terutama jika penyakit kronik yang tidak dikawal.

Selain penyakit fizikal, berbagai-bagai jenis penyakit mental juga boleh menyebabkan gangguan fungsi seks. Misalnya pesakit yang mengalami gangguan emosi yang menyebabkan kemurungan akan hilang minat terhadap seks.

Mereka juga kurang berupaya untuk menikmati keseronokan aktiviti seks. Pesakit yang menghidapi anzieti atau penyakit keresahan juga mungkin mengalami masalah fungsi seks disebabkan oleh tahap prestasi fungsi seks mereka.

Masalah oreintasi seksual

Masalah orientasi seksual merupakan masalah yang melibatkan bagaimana seseorang itu melihat dirinya dari segi identiti seksual.

Sebagai contoh, seseorang lelaki yang dilahirkan dengan penampilan diri sebagai seorang lelaki (dengan adanya ciri-ciri seks sekunder) akan menyatakan dirinya sebagai lelaki.

Jika seseorang lelaki berterus-terusan memikirkan dirinya sepatutnya lahir sebagai seorang perempuan (contoh: pada pendapatnya beliau dilahirkan sebagai seorang lelaki di atas muka bumi walhal beliau adalah perempuan yang sejati), maka ia akan bertindak dari segi pemikiran, emosi serta penampilannya sebagai seorang perempuan. Jika ini berlaku, lelaki tersebut mengalami transeksualisme.

Satu lagi permasalahan yang berkaitan dengan orientasi seksual ialah kehendak, fantasi serta perilaku sesama jantina yang dipanggil sebagai homoseksual.

Bagi kebanyakan pakar psikiatri pada masa kini, seseorang yang mengamalkan homoseksualiti tidak dianggap mengalami masalah kecelaruan mental (mengikut peraturan Manual Diagnostik dan Statistik., edisi ke-IV terbitan Persatuan Psikiatri Amerika, tahun 1994).

Walau bagaimanapun, pada edisi awal DSM III 1980, homoseksualiti jenis ego distonik dianggap sebagai satu penyakit psikiatri atau mental tetapi digugurkan klasifikasi tersebut pada edisi seterusnya.

Penyimpangan Seksual

Sebelum kita menjawab soalan dalam petikan di atas, apakah yang kita maksudkan sebagai perlakuan seks yang normal dan yang tidak normal? Sesungguhnya, salah satu cara untuk menentukannya adalah dengan kaedah perbandingan.

Dari sudut ilmu statistik, tingkah laku atau perlakuan seks yang amat jarang-jarang dilakukan bolehlah dianggap ganjil dan tidak normal.

Dengan menggunakan kayu pengukur ini juga, pasangan yang berjimak sambil berdiri atau berjimak setiap hari dalam seminggu, adakah ia dianggap menyimpang daripada tingkah laku? Atau adakah ia merupakan perlakuan seks yang normal?

Perlakuan seks sama ada normal atau tidak normal juga dipengaruhi oleh keadaan sekeliling, pendapat masyarakat setempat dan adat resam sesuatu kaum.

Untuk membincangkan tentang persoalan penyimpangan seksual, kita juga harus mempertimbangkan perlakuan seks normal dan perlakuan seks tidak normal dari berbagai-bagai sudut.

Oleh yang demikian, bersandarkan contoh-contoh ini, bolehlah kita mentakrifkan penyimpangan seksual, yang juga dipanggil parafilia, sebagai suatu bentuk keghairahan dan perlakuan seksual di luar tabii, iaitu tidak mengikut landasan kepercayaan agama dan di luar pendapat masyarakat umum dan adat resam serta kebudayaan sesuatu kaum itu.

Bagi seseorang parafilia, mereka hanya mendapat kepuasan dan keseronokan seksual hanya dengan cara yang menyimpang dan di luar tabii manusia.

Tabiat seks mereka adalah jelas, berlarutan dan keinginan mereka sukar dibendung daripada naluri hati, iaitu melibatkan keinginan seks dengan bahan bukan manusia (seperti dengan barangan kulit, baju dalam dan lain-lain), haiwan (seperti binatang kesayangan) atau secara kesakitan dan kehinaan.

Penyimpangan seksual berlaku apabila cara yang tidak normal, pelik dan di luar fitrah kemanusiaan diamalkan untuk memuaskan nafsu seks.

Penyimpangan ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu keinginan dan kepuasan seksual menerusi objek, kanak-kanak, binatang dan mayat, dan kaedah atau cara yang terlarang yang lain.

Penyimpangan seksual biasanya berlaku di kalangan kaum lelaki, tetapi sejak akhir-akhir ini, ia semakin bertambah di kalangan kaum wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myhealth

Monday, July 06, 2020

Misteri Kerusi Roda Berhantu Berjaya Di Rakam CCTV Di Thailand

Misteri Kerusi Roda Berhantu Berjaya Di Rakam CCTV Di Thailand

Penampakan satu video dari kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hospital di Thailand mengejutkan ramai apabila ia merakamkan sebuah kerusi roda yang bergerak sendiri tanpa dikendalikan oleh sesiapa.

Hantu Kerusi Roda

Menerusi video berdurasi 40 saat itu, kelihatan kerusi roda itu bergerak daripada tempat asal ia diletakkan di sebelah tiang, dan 'mundar-mandir' di kawasan berhampiran pintu masuk masuk hospital.

Pergerakan kerusi roda itu seolah-olah ada 'seseorang' yang sedang mengendalikannya.

Thanasak Pakdeenuan, Pengarah Hospital Ban Kham Doung mengesahkan bahawa ia adalah kerusi roda manual.

Menurutnya lagi, kerusi roda itu disumbangkan oleh seorang bekas pesakit di hospital tersebut, yang sudah pun meninggal dunia.

Hospital itu merancang untuk mengadakan upacara bagi menghormati roh pemilik kerusi roda itu.

Tonton video dibawah.

BACA INI JUGA:



sumber: mstar

IKEA Perkenal Beg Pelangi Sokong Kempen LGBTQ, Perlukah Rakyat Malaysia Boikot?

IKEA Perkenal Beg Pelangi Sokong Kempen LGBTQ, Perlukah Rakyat Malaysia Boikot?

Budaya memboikot atau setidaknya cubaan untuk memboikot bukanlah satu perkara yang baru dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya melalui gerakan yang dilakukan netizen di platform media sosial.

IKEA Kvantig LGBTQ Bag

Beberapa kejadian sebelum ini seperti kempen membeli barangan buatan Muslim sahaja Buy Muslim First membuktikan bagaimana sesetengah daripada kita sanggup dan akan melakukan tindakan memboikot sesuatu produk ataupun jenama yang dianggap mempunyai masalah dengan mereka.

Dan kini selepas kempen yang tular seperti sebelum ini, syarikat barangan kelengkapan rumah luar negara, IKEA pula dilihat bakal turut melalui nasib sama dengan beberapa jenama yang pernah diboikot atau cuba diboikot sebelum ini.

Semuanya hanya kerana kempen mereka yang difahamkan memberi sokongan kepada komuniti LGBTQ di Amerika Syarikat dimana mereka mengeluarkan beg bermotif pelangi bagi tujuan tersebut.

Idea untuk memboikot rangkaian gudang menjual barangan kelengkapan rumah itu bermula selepas beberapa hantaran media sosial oleh netizen dalam negara mula berkongsikan gambar banner milik IKEA yang memaklumkan kempen tersebut.

Sumbangan Untuk Komuniti LGBT!

Banner tersebut yang memaparkan gambar beg membeli-belah ikonik IKEA dengan warna pelangi- berbeza dengan warna biru seperti kebiasaannya dan menerangkan 30 peratus hasil jualan daripada jualan beg itu akan disumbangkan bagi tujuan hak asasi manusia berkait komuniti LGBTQ.

Cadangan dan idea untuk memboikot jenama ini boleh dilihat di beberapa platform media sosial terutamanya di Facebook dan Twitter dan boleh diperhatikan bila pengguna membuat carian menggunakan kata kunci 'boikot IKEA'.

Kempen Di Luar Negara

Sementara itu, semakan mendapati kempen tersebut difahamkan berlaku di luar negara dan bukannya di Malaysia.

Malah, semakan di laman sesawang IKEA mendapati kempen tersebut diadakan di cawangan Amerika Syarikat, United Kingdom dan juga Ireland serta tidak melibatkan cawangan di Malaysia.

Kempen tersebut menurut pihak IKEA diadakan bersempena dengan sambutan Pride Month malah segala hasil sumbangan daripada pelanggan yang membeli beg pelangi itu akan disumbangkan kepada badan berkait LGBTQ di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Negara Kristian Tentang LGBT

Untuk rekod, beg model Frakta itu mula dilancarkan pada tahun 2019 lalu di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai Kvantig sebagai salah satu usaha sama bersama badan Human Rights Campaign Foundation.

Kemudiannya untuk tahun 2020 ini, beg tersebut kembali ditawarkan sekitar United Kingdom dan juga Ireland dan dikenali dengan nama Storstomma dimana hasil daripada jualan produk itu akan disumbangkan kepada beberapa badan berkait LGBTQ di negara itu.

Motif ataupun bendera berwarna pelangi sebelum ini memang terkenal sebagai simbol kepada golongan LGBTQ di seluruh dunia dan sering digunakan dalam kempen kesedaran dan perhimpunan awam bagi mewakili komuniti tersebut.

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas bakal memboikot atau mengadakan bantahan rasmi secara berkumpulan, namun hantaran-hantaran tersebut memberi bayangan sesetengah netizen ini tidak akan berkira untuk memboikot rangkaian tersebut sekiranya pihak IKEA tidak menurunkan banner tersebut.

Umat Islam Tutup Mata?

Secara kesimpulannya, walaupun kempen tersebut dijalankan di luar negara dan tidak melibatkan hasil pembelian daripada rakyat tempatan, secara logiknya setiap keuntungan pembelian akan diperolehi oleh syarikat induk IKEA.

Walaupun semakan yang dilakukan di laman sesawang IKEA Malaysia tidak menemui beg tersebut untuk dijual dan gambar banner yang dimuat naik juga menggunakan mata wang USD dan bukannya ringgit, IKEA Malaysia tiada penafian sama ada menyokong komuniti LGBT atau tidak.

Produk IKEA bukanlah barangan yang anda akan mudarat jika tidak membelinya dan bayangkan, setiap sen pembelian anda adalah sumbangan terhadap golongan LGBT.

Tepuk dada tanya iman.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Di Tuduh Abai To'Ki, Anak Yang Lama Ditinggalkan Tampil Buat Penjelasan Sebenar!

Di Tuduh Abai To'Ki, Anak Yang Lama Ditinggalkan Tampil Buat Penjelasan Sebenar!

Kisah penyanyi, To'Ki yang kini tinggal dalam keadaan serba kekurangan mula menjadi topik hangat selepas beberapa media mula melaporkan keadaan semasa beliau yang terpaksa menetap di sebuah pondok yang sangat usang.

To'Ki, Noor Hidayah

Dengan ramai yang bersimpati terhadap nasib beliau, tidak kurang juga ada yang dikatakan menegur keluarga terutama anak-anak yang tidak menjaga kebajikan penyanyi era 90-an itu selepas mengecapi kejayaan dalam hidup masing-masing.

Tidak mahu mereka adik beradik terus dipandang serong, anak perempuan To'Ki, Noor Hidayah akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Abaikan Anak Sejak Kecil

Bermula dengan pendedahannya di media sosial yang mengatakan To'Ki mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa sejak sekian lama, beliau juga memberitahu kali terakhir mereka bertemu dengan To'Ki adalah empat tahun yang lalu.

Malah, pertemuan itu menurutnya berlaku ketika To'Ki hadir ke majlis perkahwinannya untuk menjadi wali.

Mengakui terkejut dengan keadaan terkini To'Ki, Nor Hidayah berkata mereka memang tidak pernah berhubung selepas ibu dan ayahnya bercerai kira-kira 16 tahun lalu.

"Ketika ibu dan ayah bercerai, saya berusia 11 tahun. Selepas berpisah, ayah menghilangkan diri daripada kami.

"Sehinggalah empat tahun lalu, ayah datang pada hari pernikahan saya selepas dibawa keluarganya.

"Selama ini, kami memang tidak pernah berhubung, kecuali abang yang ada berinteraksi dengan ayah beberapa kali di Facebook (FB). Itu saja, telefon atau mesej memang tiada," katanya.

Menjawab teguran netizen kata abai bapa

Menjelaskan mengenai pendedahan yang dibuatnya sebelum ini di media sosial, Noor Hidayah menjelaskan, ianya dibuat untuk mempertahankan diri mereka dan bukannya untuk meraih simpati.

"Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.

"Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.

"Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap," katanya lagi.

Mana pergi To'Ki

Kisah To'Ki mula menarik perhatian ramai sebelum ini selepas beliau dilaporkan menetap dalam pondok usang bersama isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof di Batu 12, Gombak.

Bagaimanapun, selepas mendapat liputan meluas dari media, bekas penyanyi era 90-an itu kini dikhabarkan bakal meninggalkan pondok usang itu hasil inisatif daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang difahamkan akan mencari tempat tinggal baru beliau dan isteri.

Selain menerima bantuan daripada pihak bertanggungjawab, To'Ki baru-baru ini juga menerima lawatan daripada pendakwah dan dermawan terkenal Ebit Liew yang tampil menghulurkan bantuan.

To'ki Tampil Bersuara

Keberatan bercerita kisah peribadi, To'ki berkata, biar apapun yang berlaku, dia mengambil tahu perkembangan anak-anak.

"Anak-anak saya semuanya berjaya dalam bidang masing-masing dan berpelajaran tinggi. Tuduhan mendakwa saya tidak menghiraukan mereka adalah tidak benar.

"Mereka hidup selesa dengan bekas isteri. Saya memohon orang di luar janganlah menulis yang bukan-bukan dan menimbulkan cerita yang tidak benar," katanya mengulas persoalan dibangkitkan netizen mengenai anak-anak.

To'ki akur tatkala diri mendapat perhatian ramai, isu seumpama itu datang menerjah.

Tidak keberatan berkongsi, To'ki berkata dia memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama.

To'ki berkata, anak sulungnya berusia 28 tahun iaitu Mohd Hafizi; diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Enggan mengambil endah tanggapan netizen, To'ki percaya ada hikmah di sebalik ujian dihadapi.

18 Tahun Alami Kemurungan

Masalah kemurungan yang dialami selama 18 tahun membawa penyanyi popular era 1990-an, To'ki berpindah ke rumah kecil di pinggir hutan di Batu 12, Gombak yang didiami bersama isterinya sejak lebih setahun lalu, sebelum mendapat perhatian ramai.

To'ki, 53, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur berkata, dia memerlukan tempat yang tenang dan tidak sesak.

"Saya seronok tinggal di sini. Kawasan yang dikelilingi hutan memberi saya ketenangan jiwa dan terapi untuk saya mengawal masalah dihadapi," katanya.

Walaupun pada mulanya isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, berat untuk mengikutnya berpindah ke situ, namun To'ki tetap nekad.

"Saya nekad berpindah ke sini bersama isteri, adalah untuk merawat jiwa dan rohani saya. Saya perlukan tempat yang tenang dan tidak sesak," katanya.

Sementara itu, To'ki meluahkan rasa syukur apabila terus menerima sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada banyak pihak termasuk Menteri Besar Selangor.

"Saya bersyukur ramai yang tak putus datang untuk melawat dan menghulurkan bantuan. Namun, apabila ada barang keperluan yang lebih diterima, saya akan kongsi bersama insan memerlukan. Contohnya beras yang sudah banyak diterima.
"Rumah ini sudah menjadi transit untuk saya pula menghulurkan sumbangan ini kepada orang lain. Saya bahagia dan tenang duduk di sini. Isu utamanya bukan wang ringgit.

"Bahagia bukan datang dalam bentuk material, tapi dari jiwa," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Sunday, July 05, 2020

Rahsia Cara Terbaik Buat Duit Secara Online Dari Rumah!

Rahsia Cara Terbaik Buat Duit Secara Online Dari Rumah!

Ada orang yang dilahirkan miskin dan ada pula yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Benarkah bahawa seseorang yang kaya itu disebabkan tuah dan orang miskin disebabkan takdir? Benarkah bahawa untuk menjadi kaya kita perlu belajar daripada mereka yang kaya?

Bisnes online

Kaya atau miskinnya seseorang itu, telah ditentukan Allah, namun tidak salah untuk kita melihat, belajar dengan mencontohi kejayaan mereka yang kaya agar nasib diri kita berubah kepada yang lebih baik.

Kali ini kami ingin kongsikan kepada para pembaca sekalian, beberapa cara paling mudah dan terbukti mendapat permintaan dan sambutan yang sangat menggalakkan dari pengguna.

PANDUAN PERTAMA INI ADALAH UNTUK ANDA YANG SANGAT BERMINAT MENJUAL BARANGAN SECARA ONLINE HANYA DARI RUMAH

1. BUAT DUIT DENGAN BISNES TUDUNG TANPA PREMIS

Bisnes tudung


Nak mula buat bisnes tudung ni, tidaklah susah sangat! Kita boleh mula dengan modal beberapa ratus ringgit sahaja! Pulangannya juga cepat. Duit modal akan dapat dipusingkan dengan cepat! Lubuk jualan juga senang dijumpai.

Bila kita buat bisnes tudung ni. Banyak sangat kos yang dapat kita potong dan jimatkan! Sebabnya, bisnes tudung ini kita boleh buat dan mula dari rumah sahaja!

Penghantaran pun tak perlu pergi ke pejabat pos! Tetapi abang posmen yang datang sendiri ke rumah ambil barang! Dah jimat kos minyak dan masa disitu!

Dalam menjalankan bisnes tudung ni juga, kita tidak perlu menggunakan model dan photoshot dalam studio yang memerlukan kos beratus, bahkan beribu ringgit untuk mengambil gambar setiap jenis tudung.

2. BORONG BARANGAN MURAH DI 1688.COM DAN TAOBAO CARA MUDAH & SELAMAT

Rahsia 1688


Kali ini kami akan bocorkan rahsia bagaimana peniaga online untung berlipat ganda dengan shopping harga borong dari China di 1688.com dan TaoBao.

Dalam ebook Panduan 1688 ini, anda akan diajar langkah demi langkah, dari mula daftar, cari barang, deal dengan penjual, beli menerusi agen hinggalah barang nak beli tu sampai ke depan pintu rumah. Memang complete semuanya.

Jadi, bagi anda yang nak borong barang dari china di website 1688 dan TaoBao, saya sangat galakkan anda baca dulu berkenaan panduan ini.

3. RAHSIA JANA 4 ANGKA BERNIAGA DI SHOPEE

Bisnes Shopee


Mungkin anda juga pernah beli barang di Shopee tu! Tapi, rugilah kalau asyik keluar duit sahaja bila masuk dan guna apps Shopee tu! Apa kata kita tukar dan buat duit pula dengan apps Shopee tu? Caranya, Dengan kita jual barang dan jadi peniaga pula disitu!

Apa yang paling menarik, di Shopee, pelawatnya ramai! Ramai giler! Secara kasar, bilangan pelawatnya dianggarkan seramai 21 juta orang sebulan! Kira-kira 700,000 orang sehari! Bayangkan potensi pendapatan anda dengan menjadi penjual di Shopee.

4. BELI GAJET MURAH, UNTUNG BERKALI GANDA

Gajet murah


Perniagaan barangan gajet dan aksesori sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi! Maklumlah, hari ini boleh dikatakan setiap orang mempunyai sebuah handphone masing-masing. Budak-budak kecik pun dah ada handphone sendiri.

Malah, ada juga individu yang punya hingga 2-3 handphone serentak. Satu guna untuk hal peribadi, satu guna untuk hal kerja atau bisnes, dan satu lagi guna untuk main game sahaja!

Dari situ sahaja kita boleh lihat, permintaan terhadap gajet dan aksesori ini memang tersangat-sangatlah tinggi!

Tapi malang sekali, tidak ramai yang tahu di mana nak dapatkan stok dan supply barangan-barangan gajet dan aksesori ni.

Kalau yang sudah tahu tu pula, jangan haraplah mereka nak buka mulut dan bagitahu anda lubuk suplier mereka!

5. PANDUAN MENJUAL BARANG DI LAZADA

MENJUAL BARANG DI LAZADA


Lazada telah wujud sejak tahun 2012 dan kini merupakan sebuah platform marketplace terbesar di Asia! Ditambah dengan promosi-promosi yang sering dilakukan di televisyen, suratkhabar serta di media-media massa yang lain!

Lazada kini menjadi sebuah laman web yang paling dipercayai oleh orang ramai untuk membeli-belah secara online!

Sebagai pemilik atau penjual produk pula! Lazada adalah merupakan sebuah lagi "lubuk emas" kepada peniaga-peniaga online!

Panduan ini dihasilkan untuk membantu anda yang mahu menjual di Lazada supaya tidak menanggung rugi kerana tidak memiliki sebarang ilmu.

TINGKATKAN JUALAN DENGAN PENGIKLANAN!

Keuntungan menjual secara barangan secara online boleh dilonjakkan dengan teknik pemasaran yang betul. Berikut kami kongsikannya.

1. LETUPKAN JUALAN DI INSTAGRAM

Buat duit dengan Instagram


Dalam ebook ini, akan diceritakan tentang formula asas cara memasarkan produk di Instagram. Apa step-by-step yang anda kena ikut secara ringkas. Sebelum pergi advance, anda kena tahu ilmu asas ini.

Ia umpama gambaran umum, supaya anda nampak dengan jelas, "Oh, ini yang aku kena buat dulu". Ia penting agar anda tidak tersipu-sipu selepas baca ebook ini.

Jangan terkejut! Walaupun anda sudah guna Instagram selama ini, namun masih ada fungsi anda tak tahu. Tunggu dan baca ye.

2. TEKNIK BUAT DUIT DI WECHAT

Buat duit dengan WECHAT


Semestinya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang akan bermain di fikiran anda tentang cara bagaimana mahu membuat duit di WeChat! Termasuklah juga bagi orang yang sudah lama guna WeChat.

Ebook ini adalah hasil daripada pengalaman selama 3 tahun lebih menggunakan WeChat.

Semua teknik yang ditunjukkan dalam ebook ini meliputi teknik pilih idea, teknik membuka akaun WeChat yang boleh buat duit, teknik pemasaran zero kos, teknik closed prospek di WeChat dan bermacam-macam teknik WeChat untuk anda yang mahu buat duit tambahan secara sambilan

Ebook ini setebal 127 muka surat, disusun mengikut tertib. Senang dibaca & mudah faham. Saiz huruf tidak menyakitkan mata. Ada gambar dan lengkap dengan gambar rajah berwarna untuk memudahkan pemahaman anda.

3. LONJAKKAN JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK FANPAGE!

Facebook Ads


Pada tahun 2017, sudah terdapat hampir 2 bilion manusia di seluruh dunia yang menggunakan facebook! Manakala pengguna facebook di Malaysia pula, ianya kini sudah mencecah lebih dari 20 juta pengguna! Dimana, sebilangan besar penggunanya ialah mereka yang berumur 25 hingga 34 tahun.

Golongan ini adalah merupakan golongan yang mempunyai kuasa membeli yang sangat kuat! Mereka kebanyakkan sudah bekerja dan sudah mempunyai wang & akaun bank sendiri untuk berbelanja.

Jadi, adalah amat rugi jika anda tidak memasarkan produk anda menggunakan facebook!

Walaupun di facebook terdapat pengguna yang sangat besar yang boleh anda sasarkan untuk menjual produk anda. Namun, secara realitinya, ramai yang masih gagal untuk memanfaatkan peluang tersebut. Ramai yang masih terpinga-pinga dan keliru tentang cara menggunakan facebook fanpage dengan berkesan untuk melonjakkan jualan mereka.

Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman dan susunan kandungan dalam bentuk langkah demi langkah. Ianya sangat praktikal dan mudah untuk diikuti.

Apa yang perlu anda lakukan, hanya ikut sahaja setiap langkah yang ditunjukkan!

FAKTOR KEKAYAAN (Kalau anda bukannya datang dari keluarga kaya)

Ada usahawan yang kaya disebabkan keturunan. Lahir-lahir sahaja sudah berada dalam keluarga yang kaya, tentu masa depan pun cerah bukan? Namun tak ramai yang bernasib sebegini baik, hanya segelintir sahaja.

Jadi, anda mahu mencuba untuk menjadi kaya? Ketahui secara ringkas faktor-faktor yang membolehkan anda menjadi seorang yang memiliki wang dan harta yang banyak.

1. Menjadi usahawan atau ahli perniagaan

Forbes Magazine telah menyenaraikan 74% daripada mereka yang berjaya dan kaya adalah mereka yang menjalankan perniagaan.

Sekiranya ingin menceburi dalam bidang perniagaan, maka seseorang itu perlu pantas dalam merebut peluang yang ada. Jangan risau tentang hal orang lain tetapi fokus untuk memperbaiki diri sendiri.

Belajarlah dari mereka yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan dan pelajari sistem yang digunakan mereka. Keusahawanan adalah asas yang penting untuk membina kekayaan tetapi anda perlu bersedia untuk menambah ilmu dan kemahiran, kerana ia adalah kunci kejayaan dan kekayaan keusahawanan.

2. Bekerja keras menaiki tangga kerjaya

Tahukah anda 10% daripada orang kaya membina kekayaan mereka melalui kerja keras, berusaha dan menjadi aset kepada syarikat-syarikat tertentu.

Mereka berkhidmat di syarikat-syarikat yang pada asalnya kecil, kemudian selepas beberapa tahun berkembang menjadi syarikat yang besar. Mereka yang telah bekerja keras ini kemudiannya diberikan ganjaran saham apabila syarikat tersebut disenaraikan ke bursa saham.

3. Melibatkan diri dalam bidang jualan

Melibatkan diri dalam bidang jualan adalah antara cara yang mudah dan ramai daripada mereka yang berjaya serta kaya dengan cara ini.

Usahawan yang terlibat dalam bidan jualan mungkin mempunyai kelulusan sederhana tetapi pendapatan mereka mungkin lebih banyak jika dibandingkan dengan pakar yang mengajar tentang teori jualan dan pemasaran tetapi tidak pernah terlibat dalam hal menjual barang.

4. Nasib, bakat atau rezeki yang terpijak

Hanya 1% daripada mereka yang kaya berjaya melalui cara ini. Mereka berjaya membina kekayaan melalui saham, ciptaan terbaru atau terkini, teknologi, industri hiburan, penulisan buku dan lagu, menang loteri atau apa-apa cara yang banyak memerlukan usaha tetapi banyak bergantung kepada bakat atau nasib. Kaedah ini adalah tidak mustahil tetapi agak susah.

Suatu hari nanti, agak-agaknya cara anda yang mana satu?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com