Jumaat, Oktober 20, 2017

Sambutan Hari Statistik Negara

Hari Statistik Negara disambut pada 20 Oktober setiap tahun yang merupakan inisiatif bagi memupuk kesedaran dan merakyatkan statistik di kalangan masyarakat Malaysia.

Hari Statistik

Sehubungan dengan itu, 20 Oktober 2017 (Jumaat) merupakan julung kalinya warga statistik menyambut Hari Statistik Negara secara rasminya dengan bertemakan “Data Berkualiti. Kehidupan Sejahtera” atau “Better Data. Better Lives”.

Pelbagai program dan aktiviti di peringkat kebangsaan, negeri sehingga kepada komuniti di peringkat daerah telah disusun bagi memeriahkan sambutan ini.

Dengan bantuan dan sokongan warga Jabatan Perangkaan, acara yang belum pernah diadakan secara besar-besaran ini akan mencapai objektif sepenuhnya dalam memupuk kesedaran dan merakyatkan statistik di kalangan masyarakat Malaysia.

Sambutan ini, secara tidak langsung juga memberikan peluang untuk mempamerkan pencapaian Jabatan Perangkaan dan tugas warga statistik yang berterusan dalam membantu pembuat dasar dan menjadikan aspirasi Negara menjadi kenyataan.

Pada akhirnya, hadiah luar biasa yang dapat diberikan kepada rakyat dan negara adalah dengan menyediakan data yang berkredibiliti dan boleh dipercayai seterusnya dapat membolehkan rakyat dan negara membuat pilihan dan keputusan terbaik untuk kehidupan lebih sejahtera.

Tahniah buat semua warga Jabatan Perangkaan yang dianggap sebagai pejuang-pejuang statistik Negara yang telah bertungkus lumus dalam membantu mengaturkan pelbagai aktiviti bagi menjayakan hari penting ini.

 Selamat menyambut Hari Statistik Negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Beza Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Pusat?

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

Tahniah Busku haha..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon