Friday, October 13, 2017

Apa Sebenarnya Beza Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Pusat?


Kerajaan Malaysia lebih tepat dipanggil sebagai kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan pusat kerana kerajaan Malaysia adalah milik semua rakyat dalam negara Persekutuan Malaysia.

Maksud Kerajaan Persekutuan

Malaysia adalah sebuah negara persekutuan dan ciri utama negara persekutuan ialah pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan.

Negara kesatuan pula adalah negara yang diselenggarakan oleh satu kesatuan tunggal, iaitu kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi, Kerajaan Pusat.

Wilayah-wilayahnya hanya menjalankan kekuasaan seperti yang dibenarkan oleh kerajaan pusat sahaja dan ini bermakna kerajaan pusat berkuasa untuk meluaskan, menyempitkan atau menghapuskan kuasa kerajaan wilayah.

Ciri utama negara persekutuan ialah demokrasi dan perpaduan dalam kepelbagaian, bukannya seperti sistem kesatuan yang mana semua sumber kuasanya adalah terletak di tangan kerajaan pusat.

Kerajaan pusat hanya sesuai dipanggil untuk negara kesatuan sahaja manakala bagi negara persekutuan, panggilan yang betul ialah kerajaan persekutuan kerana ia menjadi kerajaan kepada semua wilayah dalam persekutuan, bukannya memiliki semua kuasa seperti mana dalam sistem kesatuan.

Dalam sistem persekutuan, terdapat bidang-bidang tertentu yang kuasanya berada di tangan wilayah (negeri).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Perubahan Waktu Di Malaysia Dan Kuasa Melentur Masa Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu

sumber: mk

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon