Tuesday, September 03, 2019

Bantu Beli Produk Muslim, Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

Bantu Beli Produk Muslim, Bukannya Boikot Produk Bukan Islam

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam agar mengetengahkan kempen untuk membantu ekonomi sesama Muslim di Malaysia dan bukannya melalui kempen memboikot barangan bukan Islam yang hanya merugikan ramai pihak.

Beli Produk Muslim

Biarpun sikap anti-Islam di kalangan sesetengah bukan Islam begitu ketara terutamanya ahli politik "parti tertentu", Asri berpendapat kempen memboikot barangan bukan Islam bukanlah satu seruan yang bijak.

"Ada mereka (bukan Islam) yang baik hubungan dan penghormatan mereka kepada masyarakat Muslim. Islam tidak mengajar kita memusuhi orang yang tidak memusuhi kita.

"Kedua, produk Muslim sendiri tidak merangkumi seluruh keperluan kehidupan pada masa kini.

"Maka, sangat sukar untuk berjaya jika memboikot keseluruhannya selagi kita masih bergantung kepada sumber produk bukan Muslim dalam sebahagian keperluan.

"Saya percaya kempen yang lebih baik ialah kempen membantu ekonomi sesama Muslim, dalam ertikata lain, kita berusaha dengan pelbagai cara menguatkan ekonomi sesama kita," katanya.

Menurut Asri, antara perkara yang boleh dilakukan untuk membantu mencapai perkara tersebut adalah dengan membeli dan mengutamakan produk muslim, berkongsi kepakaran, membantu meningkatkan hasil perniagaan, serta membantu berkempen barangan Muslim.

Katanya, biarpun orang Islam mempunyai kuasa membeli yang tinggi selaku kaum majoriti, malangnya golongan itu bukan peniaga mahupun pengeluar, tetapi hanya berfungsi sebagai pembeli dan pengguna dalam banyak hal.

"Hal ini perlu diatasi. Kuasa membeli kita mesti dimanfaatkan," katanya.

Tambahnya, pengeluaran sebahagian produk keperluan merupakan fardu kifayah dan membeli daripada peniaga Muslim sebagai usaha memperkukuh ekonomi umat Islam.

"Jika gagal sehingga umat ini boleh diperkotak-katikkan, maka semua kita berdosa," katanya lagi.

Cabaran peniaga Muslim

Mohd Asri berkata, kelemahan masyarakat Muslim menguasai rantaian bekalan (supply chain) menyebabkan peniaga Muslim menghadapi cabaran yang kuat dari sudut persaingan.

"Contohnya, agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh Muslim atau memasarkan barangan keluaran Muslim.

"Demikian juga untuk memperolehi bahan mentah yang baik dan berpatutan. Ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu, antaranya pihak lain telah lama melancarkan usaha bantu membantu ekonomi sesama sendiri. Tiada siapa pun menyatakan itu 'rasis'.

"Demikianlah kita semua masyarakat Muslim. Kita semua berusaha memajukan masyarakat Muslim kita terutama dalam menghadapi situasi yang ada seperti sekarang," katanya lagi.

Tambah beliau, jika setiap rumah Muslim membeli barangan keperluan makanan dari produk Muslim, berbilion ringgit dapat digerakkan dalam ekonomi umat Islam dan akan menggalakkan lebih banyak produk dan syarikat perniagaan Muslim muncul.

Pada masa yang sama beliau menegaskan peniaga Muslim perlulah memastikan kualiti produk dan urusan perniagaan ditingkatkan dan bebas daripada penipuan.

Di media sosial, muncul gerakan kempen bagi menggesa golongan Bumiputera memboikot produk yang dihasilkan oleh bukan Bumiputera.

Beberapa NGO turut tampil menyeru pengguna memboikot produk halal yang dihasilkan oleh bukan Islam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Sunday, September 01, 2019

4 Teknik Foreplay Yang Boleh Meningkatkan Kebahagiaan Rumahtangga

4 Teknik Foreplay Yang Boleh Meningkatkan Kebahagiaan Rumahtangga

Kebanyakan lelaki beranggapan ‘foreplay’ adalah sesi yang remeh dalam perhubungan seks bersama pasangan, namun begitu kegagalan anda memanfaatkan sesi ‘foreplay’ inilah yang sering membawa kepada keretakan dalam perhubungan rumahtangga.

Foreplay-membahagiakan

Sebenarnya, teknik foreplay adalah sesuatu yang penting dalam perhubungan untuk membenarkan isteri anda mencapai kemuncak seksual dengan mudah.

Berikut adalah beberapa teknik foreplaay yang boleh anda cuba ketika bersama dengan pasangan anda.

1. Urutan Mukadimah

Kebanyakan wanita gemar untuk menerima urutan terutama dari suami tercinta – oleh itu manfaatkan saat ini dengan mengurut kaki, peha dan tumit isteri.

Jika kaki isteri anda itu benar-benar bersih maka tidak salah jika anda ingin menghisap jemari kaki pasangan anda untuk meningkatkan keghairahan mereka.

2. Bertanya Kemahuan Mereka

Tanyakan kepada pasangan anda apa yang dia inginkan dan sukai ketika berhubungan seks – kebanyakan wanita menghargai jika suami mereka bersungguh-sungguh ingin memuaskan mereka.

Jika mereka mendapati bahawa anda benar-benar berusaha keras untuk memastikan kepuasan mereka, besar kemungkinan mereka juga akan berbuat perkara yang sama pada anda.

3. Tingkatkan Kualiti Foreplay Anda

Tingkatkan kualiti foreplay anda untuk mengelakkan pasangan anda merungut mengenai berapa banyak stimulasi yang anda mampu berikan pada mereka.

Jika seseorang lelaki itu gemarkan apa yang sedang dia lakukan – ia akan jelas kelihatan dan isteri juga akan perasan lalu meningkatkan keinginan seksual mereka juga.

4. Jangan Terburu-buru

Klitoris adalah bahagian yang paling berkesan untuk anda memberikan ransangan kepada pasangan anda – namun ramai yang melakukannya dengan cara yang salah.

Hanya perlu menjilat dan mengusik bahagian tersebut seketika dan alihkan perhatian anda kepada bahagian yang lain – sekali sekala kembali semula ke bahagian klitoris.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

Kisah 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula Dari Bawah

Kisah 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula Dari Bawah

Cerita kejayaan syarikat-syarikat terkenal bukan sahaja menarik untuk dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari kerana ianya diasaskan oleh orang biasa yang mempunyai semangat dan kelebihan luar biasa.

Kisah-Jenama-Terkenal

Bagaimana syarikat-syarikat terkenal ini berjaya mengekalkan kedudukan yang dicapai saban tahun melambangkan amalan cara kerja yang baik dan patut kita contohi.

Kedudukan dan nilai jenama-jenama tersebut ditentukan oleh satu organisasi antarabangsa unggul dikenali sebagai Interbrand.

1. Coca-Cola

Produk yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886.

Siapakah pengasas syarikat jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam golongan yang kaya raya.

Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik.

Pada waktu tersebut permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat diseluruh Amerika Syarikat.

Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi.

Campuran yang amat serasi ditambah pula dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai untuk membelinya.

Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja!

Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini.

2. IBM

Akronim syarikat ini sangat mudah untuk diingati dan sekilas pandang rata-rata akan terus teringatkan sistem komputer di pejabat.

Bagaimana pula kisah permulaan IBM yang telah disenaraikan sebagai jenama kedua terkenal antarabangsa pada tahun 2010?

Sejarah penubuhan IBM bermula lebih awal sebelum komputer dicipta. Sekitar 1890-an Herman Hollerith telah mencipta peranti elektrik untuk ringkasan maklumat yang kemudiannya diguna pakai untuk ringkasan data-data perakaunan.

Pada hari ini, contoh peranti elektrik yang masih diguna pakai ialah mesin punch card.

Hollerith sebenarnya bekerja keras untuk mencipta peranti elektrik yang hendak diguna pakai untuk proses banci di Amerika Syarikat pada tahun 1890.

Kejayaan yang dicatat semasa bancian itu menjadi titik tolak kejayaan peranti elektrik ciptaan Hollerith. Penggabungan tiga syarikat berlaku pada tahun 1911.

Individu yang bertanggungjawab keatas kejayaan penggabungan dan seterusnya penubuhan IBM bernama Thomas J. Watson Sr.

3. Microsoft

Bill Gates hanya berumur 13 tahun sewaktu diberi akses kepada komputer bersama sahabatnya Paul Allen menzahirkan Microsoft pada tahun 1975.

Walaupun pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen diberhentikan setelah menggodam komputer syarikat, mereka dipanggil semula untuk berkhidmat khusus untuk menyelesaikan masalah virus komputer.

Mereka tidak dibayar dengan wang tetapi diberi akses kepada komputer tanpa had masa sebagai pampasan.

Bill Gates melanjutkan pelajaran di universiti tersohor Amerika Syarikat iaitu Havard University.

Pada tahun 1974 Paul Allen berjaya memujuk Bill Gates untuk keluar daripada universiti dan memulakan perniagaan perisian komputer dengannya.

Bill Gates dan Paul Allen terpaksa mengatasi banyak rintangan untuk memajukan perniagaan mereka.

Akhirnya, mereka memberi lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM dan bertitik tolak dari waktu itu, kedua-dua jenama Microsoft dan IBM bersaing secara positif dan menyandang kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa.

4. Google

Stanford University menjadi saksi bagaimana kisah dua pelajar, Sergey Brin dan Larry Page bertemu pada asalnya hanya untuk sesi suai kenal, berlanjutan hingga penubuhan perniagaan yang mencecah berbilion dollar.

Kedua sahabat yang merupakan pelajar jurusan sains komputer berkolaborasi untuk mencipta sistem enjin pencarian yang mereka gelar BackRub.

Seterusnya, nama sistem tersebut ditukar kepada Google iaitu nama yang diadaptasi daripada Googol yang bermaksud nombor 1 diikuti 100 kali nombor 0 dibelakangnya.

Pada awalnya, Google beroperasi menggunakan kemudahan universiti dan selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus berusaha memajukan Google walaupun merasa tertekan dan mengganggu pelajaran dan pencapaian di universiti.

Pada tahun 1998 mereka mendapat bayaran untuk bekerja memajukan Google di garaj kereta rumah seorang rakan.

Untuk mendapat dana, mereka membuat tawaran untuk menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali pada waktu itu.

Akhirnya, sekitar tahun 1999, Google mendapat tawaran dana tambahan sebanyak AS25 juta.

5. GE (General Electric Company)

Pada tahun 1876, Thomas Edison membuka makmal di Menlo Park, New Jersey untuk mencipta mentol lampu.

Banyak lagi produk elektrik yang dicipta beliau dibawah jenama Edison General Electric Company.

6. McDonald

Pada tahun 1940, dua beradik Richard dan Maurice McDonald memulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang merupakan kafe pandu lalu.

Ketika itu, kafe tersebut menyediakan terlalu banyak menu dan selepas lapan tahun beroperasi, mereka mengurangkan menu kepada hanya sembilan iaitu pelbagai jenis burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberi servis yang cepat kepada pelanggan.

Dalam tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc yang datang ke kafe untuk menjual mesin campuran.

Setahun kemudian Kroc membeli keseluruhan McDonald kafe dan mengembangkan perniagaan secara agresif dan membuka 500 buah kafe McDonald dalam masa hanya lapan tahun sahaja.

Hari ini McDonald mempunyai 32,000 rangakaian restoran dan ada satu fakta yang agak menarik tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman tema Disney) yang berkawan sekitar tahun 1920-an.

Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam taman tema Disney tetapi Walt mengenakan syarat supaya harga kentang goreng dinaikkan sebanyak 5% untuk diberikan kepadanya sebagai balasan.

Kroc mempunyai etika perniagaan yang amat konsisten dan tidak mahu menipu pelanggan setianya.

Oleh kerana itu, sehingga hari ini restoran McDonald tidak dibuka di taman tema Disney.

7. Intel

Pada tahun 1968, pengasas Intel iaitu Gordon E. Moore dan Robert Noyce meninggalkan syarikat kejuruteraan elektrikal untuk memulakan syarikat yang mengeluarkan cip memori dan pemprosesan mikro.

Moore Noyce adalah nama yang pertama digunakan, kemudiannya menukar nama tersebut kepada Integrated Electronics atau Intel.

Walaupun mengetahui penggunaan silikon adalah mahal, mereka masih meneruskan penggunaan silikon untuk menghasilkan produk yang berlainan.

IBM menggunakan cip Intel untuk komputer pada tahun 1981.

8. Nokia

Nokia, disebalik kejatuhannya itu, kini sering menjadi contoh kegagalan sebuah syarikat yang tidak mahu berubah, sebenarnya bermula dengan perniagaan kertas yang juga merupakan alat untuk berkomunikasi.

Fredrik Idestam, seorang anak jati Finland telah membina kilang kayu pulpa di sepanjang tebing Sungai Tammerkoski dalam tahun 1865.

Beliau ialah seorang jurutera dan telah mengaplikasi pengetahuan dan kepakarannya dalam bidang kejuruteraan untuk memproses kayu dan menghasilkan kertas dengan harga yang murah dan proses ini merupakan revolusi kepada industri pembuatan kertas pada waktu itu.

Fredrik memenangi pingat gangsa di Ekspo Dunia di Paris pada tahun 1867 dan selepas satu abad proses penggabungan dan pengambilalihan beberapa syarikat, Nokia mula melibatkan perniagaannya dalam bidang komunikasi mudah alih sekitar awal tahun 1980-an.

9. Disney

Pada tahun 1923, Walt Disney yang berusia 23 tahun berhijrah ke California untuk menjual sebuah cerita kartun, Alice in the Wonderland.

Dalam masa beberapa bulan, dia berjaya mendapat pengedar yang bersetuju untuk mengeluarkan siri “Alice Comedies”.

Setelah berjaya dengan siri tersebut, Walt terus berkarya dan mewujudkan banyak lagi karaktor kartun yang lain.

Karaktor Mickey Mouse melonjak dan mendapat perhatian seluruh dunia kerana ia adalah siri kartun pertama yang bersuara.

10. Hewlett Packard

Bill Hewlett dan David Packard adalah pengasas Hewlett Packard, yang mana David memulakan kerjaya di General Electric Company (GE), manakala Bill meneruskan pengajian di universiti.

Pada tahun 1937, David melawat Bill dan berjaya meyakinkan David untuk bercuti daripada syarikat GE untuk bekerja bersamanya menubuhkan HP.

Dalam tahun 1939, produk HP pertama dihasilkan. Salah satu pelanggan pertama HP ialah Walt Disney yang membeli produk HP untuk membangunkan sistem bunyi yang canggih untuk tayangan popularnya Fantasia.

11. Toyota

Kiichiro Toyoda adalah pengasas Toyota. Dalam tahun 1924, Sakichi mencipta satu model mesin Toyoda G Automatik untuk menghasilkan tekstil.

Kerajaan Jepun telah memberi semangat kepada Sakichi untuk membangunkan kereta beberapa tahun kemudian.

Kiichiro merupakan anak lelaki Sakichi telah menjelajah Eropah dan Amerika Syarikat untuk menyelidik selok belok pembuatan kereta.

Setelah pulang ke Jepun, Toyota menghasilkan kereta pertama mereka iaitu Model A1 untuk kereta penumpang pada tahun1935.

12. Mercedes Benz

Dilahirkan di Jerman, Karl Benz dan Gottlieb Daimler merupakan pengasas Mercedes Benz.

Ia bermula pada tahun 1886 apabila Karl mencipta automobil pertama yang merupakan sebuah basikal beroda tiga yang bermotor.

Beberapa bulan kemudian, Daimler yang berada di kawasan yang berlainan menghasilkan jentera empat roda yang bermotorkan enjin Daimler.

40 tahun kemudian, Mercedes-Daimler dilahirkan apabila mereka bergabung.

13. Gillette

King Camp Gillette memerhatikan penutup botol dibuang begitu sahaja selepas dibuka kemudian, syarikat botol tersebut perlu membeli penutup yang lain.

Bagi King, suatu peluang perniagaan yang baik untuk produk sebegini, juga menyedari bahawa setiap lelaki memerlukan pisau cukur hampir setiap hari.

Bermula daripada saat itu, King telah berusaha untuk mencipta pisau cukur yang boleh ditukar ganti manakala pemegangnya hanya perlu dibeli sekali sahaja.

14. CISCO

Leonard Bosack dan isterinya Sandra Lerner mencipta teknologi untuk berkomukasi pada asalnya untuk tujuan kemudahan berkomunikasi antara satu sama lain.

Sekitar tahun 1984, mereka tekad dan membuat pelaburan untuk memulakan syarikat yang menjual teknologi “internetworking”.

Cisco adalah singkatan kepada San Francisco.

15. BMW

Di Jerman pada tahun 1916, jenama BMW dizahirkan oleh Franz Josef Popp, adalah hasil daripada beberapa penggabungan syarikat yang pada awalnya merupakan pengeluar enjin kapal terbang.

Logo BMW adalah lambang kipas kapal terbang dan selepas perang dunia pertama, BMW terpaksa menghentikan pengeluaran enjin kapal terbang.

Mereka mengalihkan produksi kepada motosikal pada tahun 1923 dan kereta pada tahun 1928.

16. Louis Vuitton

Pada usia 14 tahun, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris dari kampung halamannya di Jura, Perancis.

Beliau hanya berjalan kaki ke Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya.

Napolean III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang (“trunk”).

Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis membuka kedai beg pertamanya di Paris.

17. Apple

Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne merupakan pengasas Apple. Mereka bertiga mula membina komputer daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan hasil tangan sendiri.

Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap pesanan dan selepas pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam Apple.

18. Marlboro

Pada tahun 1902, Phillip Morris berhijrah ke New York untuk menjual rokok yang dihasilkannya. Untuk kelainan, Phillip menjual rokok untuk wanita dengan cogan kata yang menarik.

Penapis pada hujung batang rokok berwarna merah bertujuan untuk menyembunyikan warna gincu wanita apabila merokok.

19. Samsung

Samsung mula beroperasi sebagai kedai runcit yang dibuka oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938. Perniagaannya bertambah maju dan ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947.

Tetapi, Lee terpaksa meninggalkan perniagaannya apabila perang Korea bermula. Dia tidak pernah berputus asa dan memulakan kilang penapisan gula serta kilang bulu pula.

Nasib Lee agak baik apabila Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk melindungi perniagaan seperti Samsung pada tahun 1960-an. Syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea.

Langkah ini telah memberi Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18 tahun semasa pemerintahan Presiden Park Chung-hee.

20. Honda

Sejak usia muda, Soichiro Honda sangat berminat tentang dunia automobil. Beliau pernah bekerja sebagai mekanik kereta dan membuat reka bentuk baru untuk omboh kereta.

Reka bentuk pertamanya ditolak oleh syarikat Toyota dan sekitar tahun 1930-an, Soichiro terpaksa menjual barang kemas isterinya untuk menanggung pengajiannya. Beliau terus berusaha dan akhirnya Toyota menerima reka bentuk yang diciptanya.

Kilang omboh dibuka tetapi tidak berapa lama selepas beroperasi, gempa bumi memusnahkan usaha Soichiro.

Akibat perang dunia ke II, bekalan petrol berkurangan dan ini memberi idea kepada Soichiro untuk menggunakan dua omboh pada motosikalnya pula.

Kemudiannya, Soichiro mengumpul dana daripada pengusaha kedai basikal seluruh Jepun dan membina motosikal Honda Cub.

Bermula tahun 1964, Honda merupakan pengeluar terbesar motosikal di dunia.

21. Hennes & Mauritz (H&M)

H&M diasaskan oleh Erling Perrson pada tahun 1947 di Sweden. Idea untuk menghasilkan H&M berlaku semasa perjalanan beliau ke Amerika Syarikat selepas perang dunia ke II.

Di Sweden, beliau merupakan pelopor untuk hasil pakaian wanita. 21 tahun kemudian Erling membeli Mauritz Widforss yang menghasilkan pakaian untuk lelaki dan H&M adalah hasil selepas penggabungan tersebut.

22. Oracle

Larry Ellison membaca laporan mengenai pangkalan data pada tahun 1970 yang ditulis oleh Edward F. Codd. Ia telah menjentik minda beliau bahawa ada satu peluang besar menanti dalam sistem pengurusan pangakalan data.

Bertitik tolak daripada saat itu, Ellison berusaha untuk membangunkan Software Development Laboratories (SDL) bersama dengan Bob MMiner dan Ed Oates.

Selepas menukar nama syarikat sebanyak tiga kali, Oracle adalah pembekal terbesar perisian untuk dunia perniagaan.

23. Pepsi

Pada tahun 1898, Caleb Bradham seorang ahli farmasi dan mempunyai kedai ubat, mencipta resepi baru untuk minuman yang dinamakan “Brad’s Drink”.

Campuran ekstrak biji kola, vanila dan minyak yang jarang diperolehi dikatakan boleh menyegarkan badan, membantu penghadaman serta meningkatkan tenaga peminum.

Pada tahun 1903, Bradham menukar nama minuman kepada Pepsi-Cola dan memulakan kerja pembotolan di gudang sewaan.

1909 merupakan tahun keramat yang melonjakkan nama Pepsi apabila perintis pelumba automobil mengesahkan Pepsi-Cola adalah minuman yang menyegarkan dan sesuatu yang harus di ambil sebelum beliau memulakan perlumbaan.

Namun begitu, Bradham mengalami kegagalan dalam perniagaannya sekitar 1920-an hingga 1930-an sehingga beliau diistihar bankrap.

Bradham tetap cekal dan berjaya menaikkan kembali nama Pepsi setelah memperkenalkan saiz botol minuman yang baru.

24. American Express (AMEX)

Henry Wells, William Fargo dan John Warren Butterfield adalah pengasas kad AMEX. Masing-masing mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama iaitu dalam bidang pengangkutan wang pada awalnya dan kemudiannya mengaplikasi teknologi untuk menghasilkan AMEX.

25. Nike

Selepas tamat pengajian di universiti, Philip Knight mengambil keputusan untuk menjelajah sekitar negara Jepun.

Di Jepun, Knight bertemu pembuat kasut Onitsuka Tiger dan sebagai ahli olahraga universiti, Knight bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika Syarikat.

Untuk memenuhi syarat syarikat Jepun itu, Knight mendaftarkan syarikat yang diberi nama Blue Ribbon Sports (“BRS”).

Pada akhir tahun 1963, pesanan kasut sudah mencecah 200 pasang kasut dan dengan hati yang cekal Knight memulakan perniagaannya secara jualan daripada kereta sahaja dan stok pula disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya.

Perniagaan terus berkembang apabila Knight bersama rakan kongsi Bill Bowerman bekerjasama bermula tahun 1964.

Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang membolehkan pekerja menjual kasut di kedai.

Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger berakhir sekitar tahun 1971 dan bertititik tolak dari waktu itu, Knight dan Bowerman memulakan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nike sempena dewi kemenangan Greek.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: usahawan

Pelajar Rela Jadi 'Call Girl' Demi Kejar Kemewahan

Pelajar Rela Jadi 'Call Girl' Demi Kejar Kemewahan

Emilia, gadis kelahiran Ipoh, Perak ini, tersenyum puas di depan cermin. Hatinya girang apabila mampu bermalam di sebuah suit mewah yang terdapat di salah satu hotel terkemuka di ibu negara. Dia tidak menyangka mampu merasai kemewahan tersebut biarpun usianya baru 20 tahun.

Pelajar jadi Call-Girl
Gambar hiasan.

"Jika saya tidak menjadi call girl, sampai ke sudah saya tidak mampu merasai kemewahan yang selama ini hanya dilihat di skrin televisyen," ceritanya dengan nada bangga.

Menceritakan lebih lanjut, menurut anak sulung daripada empat orang adik-beradik ini lagi, kesempitan hidup ketika melanjutkan pengajian di menara gading menjadi punca dirinya terjebak dengan aktiviti pelacuran tersebut.

"Ayah dan ibu bekerja biasa-biasa sahaja. Wang yang dikirimkan setiap bulan dan duit pinjaman pelajaran yang diambil ternyata tidak mencukupi untuk menampung kos hidup di universiti yang terletak di tengah-tengah ibu kota.

"Semuanya sekadar cukup-cukup makan untuk membeli bahan pembelajaran. Sebagai remaja, sudah tentu saya mahu keluar menonton wayang dan berseronok seperti rakan-rakan lain.

"Ketika di awal pengajian, saya terpaksa menolak setiap kali rakan mengajak keluar. Sehingga ke satu tahap, mereka naik jelak dan langsung tidak mempelawa saya," jelasnya.

Menurut Emilia, keadaan tersebut menyebabkan dirinya terasing dan banyak menghabiskan masa berkurung di dalam bilik menelaah pelajaran.

"Saya mula terjebak ke kancah kotor ini selepas diajar oleh seorang kenalan bernama Baizura. Sebelum ini memang saya cemburu melihat kemewahan dikecapinya.

"Bagaimanapun, saya sangat terperanjat apabila dia memberitahu kemewahan yang dikecapinya itu bukan kerana dirinya sebagai anak orang berada, tetapi dengan menjadi call girl," jelasnya.

Terakhir

Ternyata, gadis kampung seperti Emilia mengakui mengalami kejutan budaya ketika pertama kali bergelar call girl.

Biarpun menyesal kerana tersilap langkah, namun, gadis itu mengakui puas dan seronok tatkala menerima habuan yang selama ini diimpikannya.

"Pada mulanya saya hanya mengiklankan servis saya menerusi Facebook dan Instagram secara rawak. Sangka saya tiada siapa yang mahukan perkhidmatan tersebut.

"Mana tidaknya, saya menawarkan servis dengan bayaran serendah RM600 mengikut apa yang diinginkan mereka. Bagi saya, harga tersebut agak mahal.

"Tetapi sangkaan saya meleset apabila ada yang sanggup membayar sehingga RM800," jelasnya.

Wang pertama hasil kerja kotornya itu disimpan dan digunakan untuk keluar bersama-sama rakan sekolej.

"Saya berjanji ini merupakan kali pertama dan terkahir saya melakukan kerja-kerja jijik itu. Tetapi, semuanya berubah apabila wang tersebut habis.

"Saya mula ligat mencari pelanggan. Kali ini saya menukar modus operandi dan berlegar-legar di kelab malam eksklusif bagi memancing 'ikan jerung' seperti yang sering diajarkan oleh Baizura.

"Soal halal dan haram saya tolak ke tepi. Apa yang saya impikan hanyalah wang dan keseronokan," jelasnya.

Beli kereta

Menurut Emilia, bukan sekadar orang bujang dan suami orang, bahkan pelanggan-pelanggan yang mendambakan perkhidmatan daripadanya itu juga ada yang telah berusia lanjut.

"Paling tua saya pernah layan adalah lelaki berusia 60 tahun. Dia merupakan seorang ahli perniagaan yang agak terkenal.

"Berdamping dengannya saya menjadi begitu mewah. Dia sanggup membayar saya sehingga RM2,000 untuk satu malam. Kadangkala, untuk seminggu dia akan menempah saya lebih daripada dua kali.

"Jika dahulu, pelanggan saya datang daripada pelbagai latar belakang, namun kini saya hanya melayan golongan kenamaan sahaja kerana habuan yang diberikan berbaloi," jelasnya.

Menurut Emilia lagi, sepanjang dua tahun melakukan kerja-kerja jijik itu, dia kini mampu memandu kereta sendiri yang dibeli dengan syarikat kereta terpakai.

"Saya bebas bergerak dan mendapatkan apa yang dihajati.

"Ramai yang terkejut apabila melihat perubahan diri ini. Bagaimanapun saya hanya mengatakan bahawa saya kini menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan.

"Saya pun tidak tahu sehingga bila dapat melakukan kerja-kerja ini. Tambahan pula setiap hari ada sahaja pesaing baharu yang lebih cantik memunculkan diri.

"Bagaimanapun apa yang pasti, saya akan meninggalkan kerja kotor ini sebaik tamat pengajian dan mendapat pekerjaan yang stabil," jelasnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

6 Penyedut Minuman Alternatif Pengganti Straw Plastik

6 Penyedut Minuman Alternatif Pengganti Straw Plastik

Bagi mereka yang mengalami masalah ekoran larangan penggunaan penyedut minuman plastik dan menetap atau berkhidmat di mana-mana Wilayah Persekutuan, besar kemungkinan anda sedang menghadapi kesulitan.

Di sini kami senaraikan 6 pilihan lain yang mampu membantu anda menangani masalah penggunaan straw plastik.

1. Penyedut kertas

Penyedut-kertas

Faedah terbesar penggunaan penyedut kertas adalah ianya mudah dilupuskan, selain rupanya yang dihasilkan dengan lebih cantik, kerana kertas lebih mudah untuk dicetak corak yang diingini.

Selain harganya yang berpatutan, dalam ujian yang dijalankan, penyedut kertas mampu bertahan lebih empat jam sekiranya direndam dalam air.

Jadi, besar kemungkinan, penyedut anda mampu kekal bentuknya bagi anda menghabiskan minuman kegemaran

2. Penyedut besi

Penyedut-besi

Bagi mereka yang benar-benar mengamalkan pengambilan air dengan penyedut, pastikan anda memiliki penyedut yang diperbuat daripada besi.

Warna rekaannya walaupun terhad berbanding straw kertas, ketahanannya sudah pastilah tidak boleh dipertikaikan.

Disarankan untuk setiap individu memiliki sekurang-kurangnya satu penyedut besi yang mampu dibawa ke mana-mana.

Walau demikian, ekoran bahan pembuatannya yang diperbuat daripada besi, memang mustahil anda mampu menduga sama ada terdapat kekotoran terlekat di dalam, jadi pastikan anda rajin mencucinya.

3. Penyedut kaca

Bagi mereka yang mahu mempunyai kelainan berbanding alternatif besi, straw kaca patut menjadi pilihan anda.

Ini kerana penyedut kaca boleh datang dalam pelbagai warna dan lebih selesa digunakan berbanding besi, untuk sesetengah individu.

Walaupun begitu, bahannya tetap kaca jadi penjagaan semasa penggunaannya perlu diberikan perhatian lebih terutamanya semasa membawanya ke mana-mana.

4. Penyedut buluh

Penyedut-buluh

Jika anda merasakan mahu kelihatan old-school, penyedut buluh patut menjadi pilihan. Memang dibuat daripada batang buluh yang berdiameter kecil, saiz penyedut di antara satu sama lain mungkin berlainan, selain bentuknya juga berbeza-beza.

Bagaimanapun, kelemahan ketara penyedut buluh adalah bentuknya tidak boleh diubah.

Sekiranya anda suka penyedut yang melengkung di bahagian atas untuk memudahkan sedutan, mungkin penyedut buluh bukan untuk anda.

Selain itu, penyedut buluh juga mampu membuatkan anda merasakan diri seperti seekor beruang panda.

5. Penyedut tembaga

Dengan warna asli tembaga, sesiapa yang menggunakan penyedut ini sudah pastilah akan menarik perhatian ramai serta kelihatan cool.

Bahan tembaga juga tahan lama selain tahan lasak, namun bagi mereka yang meminati warna penyedut ini, anda perlu ingat tembaga merupakan pengalir haba yang sangat baik.

Jadi, pastikan anda berhati-hati semasa hendak minum kerana besar kemungkinan suhu minuman anda akan sangat terasa pada bibir, tak kiralah air panas atau sejuk. Kita tidak mahu ada kejadian bibir melecur kerana penyedut berlaku.

6. Penyedut silikon

Penyedut-silikon

Salah satu alternatif baru yang semakin mendapat tempat adalah penyedut yang diperbuat daripada silikon.

Penyedut silikon mempunyai beberapa faedah besar berbanding bahan penyedut lain dalam senarai ini. Yang pertama, ia mudah dibentuk dan warnanya juga pelbagai.

Faedah paling besar penyedut silikon? Oleh kerana diperbuat daripada silikon, penyedut itu akan kekal berada pada suhu bilik walaupun direndam dalam air panas atau sejuk, jadi masalah bibir melecur tidak akan berlaku.

Selain itu, bahannya yang lembut memudahkan sedutan berbanding alternatif lain dalam senarai ini yang keras serta tidak mudah lentur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Berkongsi Ikan Dengan Bunian Sungai Sekayu

Berkongsi Ikan Dengan Bunian Sungai Sekayu

Sepanjang sejarah aktiviti kaki pancing, setidak-tidaknya sekali pasti tersasar ke alam paranormal. Pengalaman ini dianggap menyeramkan disebabkan ramai yang menyedari bumi ini tidak dihuni sesiapa kecuali insan bernama manusia sedangkan sebaliknya dikongsi bersama makhluk alam lain.

Bunian-Sekayu
Gambar hiasan.

Cuma, realiti kewujudan mereka mustahil dapat disaksikan dengan mata kasar. Pertembungan dengan makhluk itu kami alami pada suasana hening petang musim kemarau Mac 2005 lalu.

Itulah kali pertama aku melangkah ke Sekayu, Hulu Terengganu untuk melabuhkan kail. Sebelumnya, puluhan kali sudah aku ke sana tetapi untuk tujuan berkelah bersama keluarga.

Untuk menduga isi sungai, kali ini tidak mungkin aku injak kaki ke zon perkelahan yang berkocak dan hiruk-pikuk dengan pengunjung. Justeru, aku mencari sebatang anak sungai berair tenang di persekitaran yang sunyi.

Beraksi dengan ditemani bekas muridku, tidak mengundang rasa gusar lantaran lokasi itu ialah laluan menuju kompleks chalet Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Terdapat sebuah jambatan konkrit kira-kira 10 meter yang dilalui pelanggan chalet yang berkereta dan bermotosikal.

Air anak sungai selebar lebih kurang 9 meter itu hanya separas lutut. Di beberapa tempat, batu kelikir dan pasir timbul akibat ancaman kemarau.

Namun, airnya yang tetap jernih menjadi petanda bebas daripada sebarang bentuk pencemaran. Paras air yang secetek itu sedikitpun tidak menggusarkanku.

“Ada ikan ke air macam ni?” Fahim bersuara sangsi. Aku sekadar tersenyum.

Aku pasti di bawah daun kering, reba atau batu bersembunyi ikan yang kami buru. Sikang atau dikenali sebagai trout Malaysia yang lemak rasanya sudah lama tidak menjadi hidangan.

Lebih kuharapkan, sentapan sikang yang cukup bertenaga dan mengagumkan dan dengan mempertaruhkan mata kail terkecil iaitu nombor 8, aku mula membuat percaturan.

Sikang spesies yang pemalu. Kalau sambaran kali pertama gagal menelan umpan, ikan eksotik ini menjadi sensitif dan jarang beraksi dalam jangka masa pendek.

Jadi, pengail kena pastikan dengan sekali ragut, mangsa mesti didaratkan malah untuk menawan sikang, batu ladung tidak perlu kerana tabiatnya yang gemar menyambar benda terampai.

Pengalamanku bermain dengan sikang membolehkan pada minit berikutnya satu demi satu sikang bersaiz lebih sejengkal panjangnya menggelupur di atas pasir lunak. Perolehan Fahim juga cukup memberangsangkan.

Baru dia tahu yang sikang tidak memerlukan air yang banyak untuk hidup. Malah dia kagum dalam air yang secetek itu tetap tersembunyi banyak rezeki.

Dalam keseronokan melayan kerenah sikang, aku terdengar suara riuh-rendah di dusun rambutan yang bersemak-samun di tepi sungai itu.

Aku tidak acuhkan hal itu. Ku kira keluarga pemilik dusun memetik rambutan. Fahim mahu bercakap hal itu, tetapi aku mengingatkan usah ambil tahu.

“Kita ke mari nak cari sikang!” tegasku.

Adat orang mengail, apabila sambutan ikan di lubuk terawal tidak menggalakkan, lebih baik beredar. Itu yang kami lakukan dengan beranjak ke hilir lagi kerana mendambakan sentapan lebih bermakna. Tanpa jemu, aktiviti diteruskan.

Aku harap mendung yang kian gelap mencetuskan semacam keghairahan bagi sikang untuk merentap umpan.

Aku masih ingat bagaimana galaknya sikang merentap umpan dalam renyai gerimis di Sungai Menerong.

Tatkala aku mengintai lubuk di hilir, pandanganku tertampan benda berapung dibawa arus. Benda itu memang biasa– kulit rambutan muda berserta bijinya.

Akan tetapi situasinya menjadi luar biasa disebabkan bukan satu dua, tetapi dalam jumlah yang besar. Malah aku sedari semakin lama semakin banyak.

“Siapa pula meratah putik rambutan di hulu ni?” aku dengar rungutan Fahim.

“Ini tak lain kerja budak-budak di dusun tu,” sahutku acuh tak acuh.

Tatkala aku berpaling ke sisi kanan, terdapat lebih banyak sampah serupa di sepanjang batang kayu tumbang tempat aku melabuhkan punggung.

Ini bermakna, si pembuat sampah berada di hulu dan di hilir kami malah, terdapat lebih banyak sisa aneh di darat.

Mulanya kulihat hanya sedikit namun seperti yang terapung tadi, semakin lama semakin banyak. Mataku sendiri menyaksikan benda itu dari seminit ke seminit.

Sah, ada sesuatu yang sedang meratahnya. Benakku segera mencongak mereka tentu ramai.

Fahim turut cepat tersedar fenomena yang sedang kami lalui ketika itu. Tidak semena-mena saja bulu tengkukku meremang.

Fahim memandangku dengan cemas berbaur hairan. Di samping berhemat-hemat mengawal mulut daripada bersuara, aku memberikan isyarat Fahim supaya diam.

Nampaknya ketika itu tepian sungai bukan hak kami berdua. Dalam diulit seram, aku tetap ternanti-nanti perkembangan selanjutnya.

Fahim tiba-tiba menuding sesuatu, baru aku sedar di atas pasir di depan kami ada beberapa ekor sikang menggeletek.

Tiada kesan pancingan. Kami baru meninjau lubuk di sini tetapi ikan sudah bergelimpangan di darat.

Fahim sekali lagi menuding ke tengah sungai. Pandanganku tertumpu ke situ.

Alur yang terdalam di situ terempang dengan batu sungai. Kami tahu apa tujuannya dan pihak mana melakukannya.

“Nampaknya kita sama-sama menggemari sikang!” desis hatiku.

Congak punya congak, aku memutuskan lebih selamat kami berundur. Semua peralatan ku kemas segera.

“Mujur ‘budak-budak’ tu tak ikut kita balik!” ujarku lega mengurut dada.

Ketika pulang Fahim meluahkan kemusykilan, “Betul ke Sekayu juga menjadi perkampungan bunian?”

“Bunian?” aku menjegilkan mata.

“Dari mana kamu dengar cerita ni?” Aku sengaja menduga. Namun sebenarnya aku tersentak dengan pertanyaan itu.

Rupa-rupa Fahim peka akan kejadian yang kami alami. Sebelum mengakui hal itu, aku cuba membalikkan ingatan.

Berdasarkan cerita lisan orang tua-tua Kampung Bukit Diman, pada lebih tiga dekad lalu, sekeluarga bunian di Kampung Bukit Diman iaitu tempat tinggalku sekarang ‘dibuang’ ke Betong, dekat Belukar Bukit.

Aku rasa generasi asal itu beranak-pinak dan berkelana hingga ke Sekayu sementelahan kedua-dua air terjun itu berjiran.

Malah, kes kehilangan ahli Pengakap Kelana secara misteri selama dua minggu beberapa tahun lalu, menurut tilikan pawang dikaitkan dengan bunian di Gunung Bewah, Tasik Kenyir.

Dikatakan bunian di situ juga berasal dari Belukar Bukit dan dari kalangan yang baik.

Hal ini terbukti kerana mereka menghantar ahli pengakap pulang ke rumahnya di Kampung Buloh, Kuala Berang.

“Mujur kita bertembung dengan bunian baik!” ujarku.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Pasangan Kekasih Menjadi Jutawan Selepas Menemui Harta Karun Bernilai £5 Juta

Pasangan Kekasih Menjadi Jutawan Selepas Menemui Harta Karun Bernilai £5 Juta

Sepasang kekasih di Britain menjadi jutawan sekelip mata selepas secara tidak sengaja menemui sejumlah duit syiling perak era Perang Hastings tahun 1066 yang dianggarkan bernilai £5 juta (RM25.7 juta), lapor akhbar The Sun.

Duit-syiling-perak

Penemuan itu dibuat oleh Adam Staples dan kekasihnya, Lisa Grace yang menggunakan alat pengesan logam semasa melakukan pencarian di sebuah padang di Somerset, barat daya England, Januari 2019 lalu.

Adam dan Lisa, kedua-duanya berumur 42 tahun berkata, penemuan sekali seumur hidup itu melibatkan sejumlah 2,571 keping syiling perak.

Syiling yang mereka temui itu berasal pada akhir era pemerintahan King Harold II dan semasa pemerintahan William the Conqueror selepas bangsa Norman yang berasal dari utara Perancis, menjajah England pada tahun 1066.

King Harold II pula merupakan raja berketurunan Anglo-Saxon terakhir di England.

Kebanyakan syiling yang ditemui itu berada dalam keadaan baik dan nilainya boleh mencecah antara £1,000 (RM5,158) dan £5,000 (RM25,793) bagi setiap keping.

Pakar-pakar berkata, duit syiling itu mungkin milik golongan bangsawan yang menanamnya untuk mengelak daripada dicuri.

Adam-Staples-dan-Lisa-Grace
Adam dan Lisa.

Adam dan Lisa memaklumkan penemuan mereka kepada pihak berkuasa tempatan sebagaimana yang termaktub di bawah undang-undang Britain.

Mereka turut menyerahkan duit syiling lama tersebut kepada Muzium British di London untuk penilaian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, August 30, 2019

Khasiat Kunyit Hitam Memulih Kesihatan Tubuh Dan Mencegah Penyakit

Khasiat Kunyit Hitam Memulih Kesihatan Tubuh Dan Mencegah Penyakit

Kunyit hitam dengan nama saintifiknya Curcuma Caesia, merupakan tumbuhan herba yang sangat berkhasiat kepada kesihatan manusia dan telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional bagi membantu mengatasi masalah kesihatan terutama berkaitan kanser, meningkatkan tenaga dan ubat kuat (viagra semula jadi), saraf dan membina otot.

Kunyit Hitam harga mahal
Kunyit Hitam (Curcuma Caesia), bukan Halia Hitam.

Di Malaysia, terdapat dua jenis 'kunyit hitam' yang mempunyai nilai  perubatan tradisional yang sangat tinggi dan amat sukar ditemui, juga di kategorikan sebagai tumbuhan rare dan digelar ginseng.

Kunyit Hitam adalah Curcuma Caesia, dari genus kunyit, manakala Halia Hitam ialah Kaempferia Parviflora, dari genus halia dan kedua-duanya mempunyai rizom yang seakan sama tetapi pokoknya sama sekali berbeza.

Banyak penerbitan jurnal antarabangsa juga memperakui bahawa kunyit hitam mempunyai 1,001 khasiat termasuk berpotensi dalam membantu mengawal kencing manis, mencegah atau merawat penyakit otot, memperbaiki fungsi otot serta mengawal berat badan.

'BEZA KUNYIT HITAM & HALIA HITAM'

Halia Hitam

Halia Hitam Kaempferia Parviflora
Halia Hitam (Kaempferia Parviflora).

Kaempferia Parviflora sebenarnya lebih dikenali dengan nama 'Halia Hitam' kerana perkataan Kampfea itu sendiri merujuk kepada keluarga 'Ginger' (Halia), dari keluarga halia atau cekur.

Rizom Halia Hitam
Rizom Halia Hitam.

Kaempferia Parviflora mempunyai rizom bewarna purple tua kehitaman. Pokoknya lebih mirip kepada pokok cekur dan biasanya setinggi 0.5 meter, serta mempunyai bunga bewarna putih merah di dahan.

Kaempferia Parviflora (Halia hitam) berasal daripada Thailand, Burma dan Vietnam.

Kunyit Hitam

Kunyit Hitam Curcuma Caesia
Kunyit Hitam (Curcuma Caesia). Wikipedia.

Curcuma Caesia lebih tepat digelar Kunyit Hitam kerana perkatan Curcuma adalah merujuk kepada genus 'Turmeric' (kunyit).

Curcuma caesia lazimnya mempunyai rizom bewarna biru, ungu.

Pokok Kunyit Hitam hampir sama dengan kunyit biasa, perbezaannya Curcuma Caesia mempunyai garisan hitam di daunnya. 

Pokok Curcuma Caesia biasanya setinggi 1 meter dan mempunyai bunga bewarna merah kehijauan.

Curcuma Caesia berasal dari India, China dan juga Timur Tengah seperti Turki. Di sesetengah negara, kunyit hitam diklasifikasikan sebagai tumbuhan terkawal akibat kepupusan.

HIDANGAN KUNYIT HITAM

Selain boleh dijadikan sebagai bahan rempah ratus dalam masakan, kunyit hitam juga boleh direbus dan diminum setiap hari.

Maka cara membuat ramuannya:
  • Sediakan kunyit hitam 20 gram.
  • Setelah itu kunyit hitam dicuci hingga bersih dengan air bersih.
  • Rebus bersama 600 ml air sehingga mendidih.
  • Biarkan air rebusan dalam keadaan mendidih hingga air rebusan tinggal separuh.
  • Setelah itu saring dan suamkan.
  • Diminum tiga kali sehari (sekali minum setengah gelas).
  • Supaya rasanya tidak terlalu pahit, maka anda boleh menambahkan dua sudu teh madu sehingga lebih nikmat diminum.

CARA-CARA MENANAM KUNYIT HITAM

1. Dapatkan ibu kunyit. Senang dan cepat nak semai. Kalau tak ada ibu kunyit anak kunyit pun boleh juga cuma lambat sedikit ianya nak keluarkan tunas. Kadang kala memakan masa sampai 3 bulan.

2. Balut kunyit hitam dengan kertas yang sudah dilembabkan kemudian simpan di tempat gelap. Pastikan kertas yang membalutnya itu sentiasa lembab.

3. Selepas tunasnya keluar barulah kita boleh tanam di dalam pasu. Pastikan tanah berada hampir ke bibir pasu bagi mengelakkan takungan air.

4. Tanam dalam medium tanaman yang sesuai. Untuk mendapatkan isi kunyit yang besar, gunakan tanah yang longgar dan tak padat. Ada orang yang gunakan medium coco peat atau sabut kelapa. Memang gemuk isinya.

5. Pastikan juga tanah yang digunakan ada saliran air yang baik. Kalau tidak, isi kunyit akan jadi busuk dan reput.

6. Campuran tanah hitam, kompos dan pasir juga bagus untuk tanaman kunyit sebab salirannya baik disamping kompos membantu mengekalkan kelembapan pada rizom.

KHASIAT DAN MANFAAT KUNYIT HITAM UNTUK KESIHATAN

Kanser dan Tumor

Dikatakan mampu mencegah dan merawat kanser dan keradangan. Kajian menunjukan active ingredient di dalam kunyit hitam mampu mengecutkan sel kanser dan tumor.

Penyakit Kronik

Di gunakan secara tradisional untuk merawat penyakit kronik seperti kencing manis, stroke, darah tinggi dan sebagainya.

Urat Saraf Dan Sendi

Active compound di dalam kunyit hitam membantu memulihkan peredaran darah dan merawat masalah urat, saraf/sendi seperti stroke, sakit lutut, pinggang dan sebagainya.

Antibody Booster

Sifat antibodi yang tinggi di dalam kunyit hitam mampu menaikan sistem immunisasi badan ke tahap maksimum.

Pengambilan kunyit hitam membuktikan kurangnya terkena penyakit-penyakit berjangkit dan digunakan secara tradisional sebagai kaedah alternatif bagi merawat penyakit STD seperti HIV, Siphilis, Ghonorhea dan sebagainya.

Pendarahan

Anti-inflamatory di dalam kunyit hitam terbukti dapat menghentikan pendarahan dan luka di dalam dan di luar tubuh.

Kunyit hitam mampu menyembuhkan pendarahan kronik dengan cepat, luka seperti pembedahan, kemalangan, bersalin, buasir kronik dan sebagainya.

Buasir

Kunyit hitam bersifat anti inflamantory yang mana sangat berkesan untuk merawat buasir kronik dari dalaman, terbukti dapat menghentikan pendarahan dan mengecutkan bengkak dan mengelakan dari terkena jangkitan akibat luka buasir.

Migraine Dan Stress Depression

Active compundnya mampu merawat migraine kronik dan juga membetulkan sistem saraf dan oksigen yang di hantar ke dalam otak.

Oleh sebab itu ia mampu mengawal peredaran darah dan oksigen dengan lancar dan baik serta mampu mengawal stress dan depression (tekanan perasaan).

Awet Muda

kandungan Antioksidan yang sangat tinggi yang terdapat di dalam kunyit hitam terbukti mampu menyahkan bendasing dan membebaskan diri dari radikal bebas dari tubuh dan ianya membantu tubuh kita agar sentiasa sihat dan segar sepanjang hari.

Untuk Kulit Wajah dan Tubuh

Khasiat dari mengamalkan kunyit hitam menjadikan kulit lebih halus, kerana active coumpound di dalam kunyit hitam terbukti dapat menghaluskan kulit dan membantu membersihkan atau menghilangkan kekusaman pada kulit dan menyembuhkan kulit bermasalah dari dalam.

Kunyit hitam juga mampu merawat radang pada kulit dan ruam dengan menggunakan bahan utama berupa ekstrak kunyit.

Penyakit Kelamin

Digunakan secara tradisional sebagai kaedah alternatif bagi merawat penyakit STD seperti HIV, Siphilis, Ghonorhea dan sebagainya.

Osteoartritis

Penyakit osteoartritis merupakan keadaan dimana tubuh mengalami rasa sakit di bahagian tulang dan sendi.

Kandungan di dalam kunyit hitam memliki fungsi seperti ibuprofen, yang bekerja untuk meredakan rasa sakit disebabkan osteoarthritis

Masalah Dalaman

Kunyit hitam bekerja secara dalaman. Ia mampu memperbaiki sitem urat dan saraf di dalam tubuh.

Pengambilan kunyit hitam juga mampu merawat masalah dalaman seperti lemah tenaga batin, serta masalah kekurangan hormon testosterone dan libido.

Menyuburkan Organ Pembiakan

Kandungan antioksidan yang ditemui didalam kunyit hitam memberikan khasiat untuk menyuburkan organ reproduksi sehingga menjadikan lelaki dan wanita lebih produktif, juga bermanfaat bagi kesihatan vagina dan zakar agar sentiasa sihat.

HARGA KUNYIT HITAM

Kunyit Hitam (Curcuma Caesia)

Harga pasaran dunia bagi Curcuma Caesia mencecah RM2,000-8,000 sekilo mentah, disebabkan permintaan yang tinggi dari serata dunia sedangkan bahan mentahnya sangat terhad dan dikawal kerana diklasifikasikan sebagai tumbuhan terkawal.

Antara negara pengeluar terbesar Kunyit Hitam adalah Taiwan dan India.

Halia Hitam (Kaempferia Parviflora)

Bagi Kaempferia Parviflora pula, harganya masih terkawal dan dianggarkan berharga RM200-400 sekilo.

Harganya lebih rendah dari Curcuma Caesia kerana Kaempferia Parviflora mudah didapati dan ramai pengusaha yang menanamnya secara komersial.

Negara pengeluar utama Halia Hitam adalah Thailand, Vietnam dan Myanmar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 104: Dikuasai Suara Aneh

SBDJ Siri 104: Dikuasai Suara Aneh

Kerana sudah kerap kali berdepan dengan kejadian demikian, saya jadi arif untuk menjawab dan memberhentikan suara yang bergema dari setiap sudut ruang. Seluruh perhatian, saya tumpukan ke arah orang di atas pentas yang wajahnya tidak berapa jelas.

Toyol jadi-jadian

"Ya, dia memang musuh kita," terkeluar kata-kata dari kelopak bibir saya. Suara orang ketawa bergema di ruang dewan.

Bila gema ketawa berakhir, gegendang telinga saya menangkap suara orang berbentuk perintah.

"Kau mesti membunuhnya. Kau nampak kerlipan di bahagian dada kirinya?"

"Saya nampak kerdipan itu, saya mesti membunuhnya."

"Bagus, kaulah perwira sateria. Ayuh lakukan!"

Pujian muncul dari setiap ruang dewan. Telinga saya terasa pekak. Semangat baru meresap ke dalam urat saraf. Hidup mati saya semata-mata untuk mematuhi perintah suara aneh itu.

"Ya, saya mesti melakukannya sekarang. Saya mesti menikamnya dengan pisau sampai mati," satu tekad yang bulat berpadu dalam diri saya.

"Ya, untuk kebenaran dan keadilan, kau lakukan segera. Jangan berlengah-lengah lagi, jangan bertangguh-tangguh."

"Ya," kata saya penuh semangat.

Pisau yang terselit di pinggang segera saya pegang. Saya cabut dari sarungnya. Dengan tenang dan penuh keyakinan, saya melangkah ke arah lelaki di tengah pentas.

Saya berlagak dan berpura-pura memberi penghormatan padanya. Makin lama, makin dekat saya dengannya.

Kerlipan di bahagian dada kirinya terus memancar. Menyilaukan mata tetapi semuanya itu tidak menghalang saya untuk menghampirinya.

Saya pasti kerlipan itu tidak menghalang saya untuk menghampirinya. Saya pasti, kerlipan yang memancar dari bahagian kirinya itu ialah sebuah medal berbentuk empat segi yang melambangkan seekor tupai bertarung dengan ular senduk. Medal itu dibuat dari tembaga kuning yang berkilat.

Saya naik ke pentas dari sebelah kanan. Dari tepi pentas, saya menghitung langkah hingga sepuluh. Berhenti betul-betul di depan lelaki yang wajahnya tidak berapa jelas.

Pencarian dari medal yang dipakainya tetap menyilaukan mata saya. Tanpa membuang masa, saya terus menundukkan kepala memberi hormat padanya.

"Kamu," lelaki itu bersuara dengan rasa terkejut.

"Ya," jawab saya.

TAHU

Seperti mengetahui apa yang akan saya lakukan terhadapnya, lelaki itu memusingkan badannya, membelangkangi saya.

Kerlipan dari medal yang dipakainya tidak dapat saya lihat. Pandangan saya jadi gelap, dalam keadaan yang agak cemas itu pisau di tangan saya angkat tinggi-tinggi.

Saya cuba menahan diri dari melakukan sesuatu. Kerana pisau sudah di angkat tinggi, usaha saya menemui kegagalan.

Cukup pantas sekali saya rasakan gerakan tangan. Pisau terus terbenam ke bahagian belakang lelaki itu.

Saya lihat tubuh lelaki itu berkecai dalam percikan cahaya bersinar. Medal yang berkilau-kilau bergerak pada setiap ruang dewan.

Akhirnya, berlaga dengan dinding dewan, berkecai menjadi serpihan yang halus. Di mana-mana saya lihat api menyala dengan marak sekali.

Saya juga terdengar suara dari setiap sudut dewan, bergema dengan sejuta pujian.

Semuanya memberi ucapan tahniah dan menganggap saya sebagai seorang pahlawan besar yang berjaya menghancurkan kedurjanaan demi untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.

Saya terasa dan melihat jambangan bunga tidak putus-putus di campakkan ke arah saya. Berlonggok-longgok di tengah ruang dewan. Saya tersenyum bangga, suara pujian terus bergema.

"Kamu dah jalankan tugas suci," terdengar suara Amjal Kamal.

Segera saya toleh ke kiri, dalam keadaan yang samar-samar itu, saya lihat Amjal Kamal tersenyum ke arah saya.

Bila saya membuka kelopak bibir untuk mengucapkan sesuatu, Amjal Kamal terus hilang dari penglihatan saya.

Kerana yakin masih ada perintah selanjutnya, saya terus berdiri di tengah ruang dewan dengan pisau di tangan.

Masa terus berlalu, perintah yang diharapkan tidak juga muncul. Saya terus memandang ke arah longgokkan bunga di tengah ruang dewan. Aneh sungguh, longgokan bunga itu bergerak secara perlahan-lahan.

"Aduh, sakitnya," terdengar suara dari celah-celah longgokan bunga.

Suasana cukup sepi sekali. Antara sedar dengan tidak, diri terasa mengembara dari alam khayal menuju ke alam nyata.

PANGKAL

Di saat-saat terumbang-ambing itu, saya terasa pangkal paha kanan saya dihentak oleh sesuatu dengan kuat sekali. Tubuh saya terpelanting ke dinding.

Dari dinding bergerak ke kanan lalu terkandas pada almari cermin. Kaca almari pecah berderai.

"Ah," saya mengeluh seperti tersedar dari mimpi.

Pecahan kaca terdampar atas kepala, bahu dan belakang. Saya masih bernasib baik kerana tidak luka. Saya cuba bangun tetapi tidak berjaya. Bahagian rusuk kanan saya terasa pedih bila saya cuba berdiri.

Saya terpandang nenek yang berdiri di sebelah kiri. Dengan lembut perempuan itu mengutip pecahan kaca di tubuh saya. Semua pecahan kaca itu di isi di dalam baldi plastik.

"Apa kena kamu ni, Tamar. Tak habis-habis buat hal," nenek merungut.

"Kenapa nek?" tanya saya.

"Kamu tengok sendiri," nada suara nenek separuh keras.

Jari telunjuknya menghala ke arah Datuk. Saya lihat Datuk mengerang kesakitan. Kesan darah masih dapat dilihat pada kain putih yang melilit bahagian rusuk kirinya.

Di hujung sejadahnya, saya terlihat pisau pemotong bawang tersadai berlumuran darah.

Beberapa orang jiran tetangga bermunculan di muka pintu di pagi yang bening itu. Barangkali, mereka dapat mengikuti apa yang terjadi dalam rumah sejak subuh tadi.

"Kenapa dengan Tuk ini?" soal saya dengan rasa terkejut. Nenek gelengkan kepala.

"Kamu tikam dia, Tamar," jelas nenek.

"Ya Allah," saya mula meraung sekuat hati. Seluruh isi kampung menjadi gempar.

Raungan saya itu menambahkan lagi para jiran berdatangan ke rumah. Semuanya terpaku dan terpukau melihat apa yang terjadi.

Beberapa orang jiran bersedia untuk mengusung Datuk ke hospital tetapi Datuk menolak budi para jiran itu.

Menurut Datuk, luka yang dialami tidak besar, boleh diubati secara kampung.

Beberapa orang lelaki terus menangkap saya. Mereka juga memerintahkan nenek supaya menyimpan benda-benda tajam di tempat selamat.

"Ikat," ujar jiran kepada seorang jiran yang lain.

Dalam beberapa saat sahaja sepasang tangan saya diikat dengan tali belati. Begitu juga dengan sepasang kaki saya.

Tidak ada perlawanan yang saya lakukan kerana saya sendiri tidak sedar bagaimana saya melakukan perkara tersebut.

"Kita serahkan pada polis, biar dibawa ke hospital. Boleh otaknya diperiksa. Budak ni dah gila. Kalau dibiarkan di rumah, ramai orang yang mati," seorang perempuan bermulut celopar mengeluarkan pendapat.

Saya lihat kebanyakan jiran bersetuju dengan pendapatnya itu.

Nenek termenung, macam ada sesuatu yang difikirkannya. Datuk meraba ke arah balutan lukanya.

"Jangan dipengapakan dia. Apa yang dibuatnya, dia sendiri tidak tahu. Ada kuasa lain yang meresap ke dalam dirinya," kata Datuk.

Dia berdiri sambil menekan ke arah bahagian berbalut. Nenek tidak berkata apa-apa. Matanya masih terpaku ke arah tali belati yang membelit sepasang tangan dan kaki saya.

"Saya mengucapkan terima kasih di atas perhatian kawan-kawan. Bukakan tali belati itu," Datuk mengeluarkan arahan.

Ikatan di tangan dan kaki saya segera dibuka. Beberapa orang jiran berpandangan sesama sendiri.

Mereka kurang senang dengan tindakan Datuk yang enggan menyerahkan saya kepada pihak polis untuk ditahan dan dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan mental.

KELUAR

Memang wajar mereka memprotes tindakan Datuk itu, kerana perbuatan yang saya perlihatkan pada mereka membayangkan diri saya kurang waras.

Orang yang berfikiran waras, tidak akan menikam Datuknya yang mahu bersembahyang. Mereka bimbang kalau perbuatan itu melarat keluar rumah.

Mungkin satu ketika, saya menyerbu ke masjid lalu menikam orang-orang yang sedang berjemaah di situ.

"Saya tahu, apa yang semua bimbangkan. Percayalah pada saya, dengan izin Allah, masalah cucu saya ni, boleh diselesaikan dengan baik," Datuk memberitahu para jiran yang seakan-akan enggan bergerak dari ruang rumah.

"Saya berjanji kalau tak boleh diatasi, saya serahkan pada awak semua untuk dihantarkan ke Tampoi atau Tanjung Rambutan," Datuk memberikan janji yang padu.

"Kami bukan apa-apa, kami takut kalau dia mengacau orang lain," para jiran menyatakan pendapatnya.

"Saya faham. Kalau awak susah, saya lagi susah. Dia cucu saya, berapalah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya tak suka perkara begini, apakan daya sudah takdir untuk saya menerimanya," Datuk merayu penuh keikhlasan. Wajahnya berkerut. Mungkin dia menahan rasa sakit.

"Kami faham, sebagai jiran kami juga ada rasa bimbang dan takut," sambung jiran itu lagi.

"Bimbang dan takut tu, memang hak kamu. Aku tak marah dan tak kecil hati. Berilah kesempatan pada aku untuk memulihkannya," begitu lembut nada suara Datuk.

Tanpa banyak cakap, para jiran meninggalkan rumah dengan wajah yang tenang, beberapa orang daripada mereka terus memeluk Datuk menyatakan rasa simpati sambil berjanji tidak akan membiarkan Datuk bersendirian di dalam masalah ini.

LUKA

Bagi menyembuhkan segera luka yang dialami, Datuk memanfaatkan perubatan secara tradisional.

Dia menggunakan ramuan beberapa helai daun dan kulit pokok. Bahan-bahan itu disatukan lalu ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan dengan setitik embun jantan.

Sebelum bahan-bahan itu digunakan, Datuk membersihkan luka di rusuk kiri dengan air panas.

Setelah bahan-bahan itu disapukan ke tempat yang luka, Datuk terus minum segelas air kunyit dan segelas air rebusan dari akar-akar kayu.

Dalam beberapa jam luka itu terus kering. Tidak bengkak dan tidak bernanah. Datuk boleh bergerak ke mana sahaja, seolah-olah dia tidak mengalami sebarang kecelakaan.

"Tak apalah Tamar, semuanya terjadi masa kau tak sedar,” itulah ungkapan pertama dari Datuk setelah empat jam peristiwa yang mengerikan itu berlalu.

Datuk tidak memperlihatkan rasa kurang senang dan gundah gulana dengan apa yang telah berlalu.

Dia tetap melayani saya seperti biasa. Masih mahu bercerita tentang akar dan dedaun kayu yang boleh dijadikan ubat luka. Datuk menasihati saya supaya jangan susah hati.

Saya kira sebagai seorang tua, rasa bimbang dan cemas itu pasti ada di dalam diri Datuk.

Dia tahu, sejak tadi saya tidak berubah tempat, masih termenung. Mungkin juga dia tahu yang seluruh pemikiran saya masih berpusat pada suara-suara ghaib yang menyuruh saya melakukan sesuatu.

Apa yang pasti, Datuk tidak mahu dirinya berada dalam jarak yang jauh dengan saya. Gerak-geri saya sentiasa di dalam pengawasannya.

"Tamar," itu suara Datuk.

Saya renung ke arahnya dan melihat kelopak bibirnya bergerak. Saya tidak menjawab panggilan Datuk itu kerana saya merasakan itu bukanlah suara Datuk tetapi suara Amjal Kamal yang keluar dari kelopak bibir Datuk.

"Tamar, Tamar, dengar sini."

"Ya, saya faham dan bersedia patuh dengan perintah."

"Tamaaaaaarrr..." jerit Datuk lalu badan saya digoncangnya berkali-kali. Serentak dengan itu dia membaca surah Al-Ikhlas.

"Tamar," nada suaranya bertambah lunak.

"Tamar," ulang Datuk lagi.

Nada suaranya kali ini cukup lunak. Saya raba jejari saya, saya raba pipinya dan Datuk membiarkan sahaja yang saya lakukan.

"Ini Datuk?"

"Ya."

"Tadi suara Datuk panggil nama saya?"

"Ya, Tamar."

"Jadi, tadi bukanlah suara Amjal Kamal? Apakah yang saya dengar tadi, suara Datuk?" saya seperti merungut.

Datuk anggukkan kepala. Perlahan-lahan Datuk memaut tubuh saya, disuruhnya saya berdiri. Kemudian saya dibimbingnya ke anjung rumah. Disuruh duduk menghala ke arah matahari jatuh.

"Amjal Kamal tu, kawan kamu Tamar?" soal Datuk.

Saya gelengkan kepala. Datuk menarik nafas panjang. Sesekali Datuk renung ke arah halaman rumah yang disinari matahari pagi.

"Tapi kau kenal dia, walaupun kau tidak begitu rapat dengannya?" menyusul lagi pertanyaan daripada Datuk yang membuat saya lemah.

Perasaan saya kian resah. Entah mengapa, saya begitu cemas dan takut bila nama Amjal Kamal disebut-sebut.

Setelah berfikir panjang beberapa kali, saya terus menceritakan apa yang telah saya lalui pada Datuk.

"Ini perkara biasa Tamar. Orang yang lemah semangat, lemah iman dan tidak ada kekuatan batin selalu dikuasai oleh pihak yang mahu menjahanamkan manusia," itu komentar Datuk setelah mendengar cerita dari saya.

"Apa saya memang lemah?"

"Boleh jadi," Datuk tersenyum lalu merenung ke kaki tangga. Dia menyambut salam Uda Lamat.

"Naiklah," jemput Datuk.

"Tak disuruh pun saya tetap naik," sahut Uda Lamat lalu naik ke anjung dan duduk dekat Datuk.

ZIARAH

Kedatangan Uda Lamat pagi itu, semata-mata untuk menziarahi saya. Dia amat gembira kerana keadaan saya agak baik.

Semua bergelandangan kaki dan tangan serta sendi-sendi saya diperiksa dan dipicit. Kemudian Uda Lamat membuka kelopak mata kiri dan kanan saya.

"Tidak begitu baik lagi," bisiknya lembut kepada Datuk.

"Apa yang patut dibuat?"

"Berikhtiar minta pertolongan dari Allah. Syaitan, kalau sudah meresap ke dalam tubuh payah mahu keluar," tambah Uda Lamat lagi. Datuk menarik nafas panjang-panjang.

Tiba-tiba badan saya menggeletar. Suara-suara aneh mula terdengar. Wajah Amjal Kamal tenggelam timbul di depan mata. Saya mula terasa tubuh memiliki kekuatan yang luar biasa.

"Tamar," sergah Datuk.

"Apa yang kamu mahu?" saya mula menentang wajah Datuk. Saya rasa Datuk terlalu kecil berdiri di depan saya.

Walaupun demikian, setiap kali Datuk melafazkan kalimat-kalimat Allah ke arah saya, seluruh badan satu terasa panas.

"Jangan, saya tak tahan," rayuan saya tidak dipedulikan oleh Datuk.

Dia terus membaca hingga saya tidak sanggup menentang biji matanya. Saya rebah di depan Datuk.

Ketika itu saya terdengar suara aneh yang mengutuk diri saya. Mereka tuduh saya pengkhianat, tidak setia pada perintah.

Mereka mahu menamatkan riwayat hidup saya dengan membenamkan tubuh saya ke dalam tasik yang berbuih. Saya segera merenung minta tolong.

"Tamar," seru Datuk serentak dengan itu satu baldi air jatuh ke muka.

"Tamar kau tidak apa-apa, ingat Allah berkuasa atas segala-galanya," Uda Lamat bersuara lembut.

Dia duduk mencangkung di depan saya. Biji matanya dengan biji mata saya berlaga.

"Mengucap Tamar, Asyhadu allaa..." tambah Uda Lamat.

Tanpa bertangguh-tangguh lagi saya terus mengikut Uda Lamat mengucap hingga akhir.

"Bagus, bagus," Uda Lamat terus menepuk bahu saya bertalu-talu.

Tidak memadai dengan itu, tubuh saya yang basah terus dipeluknya erat-erat.

Datuk tidak berkata apa-apa. Dia kelihatan tenang. Bibirnya kelihatan bergerak-gerak. Pasti Datuk membaca ayat-ayat suci.

"Saya dahaga," kata saya pada Uda Lamat.

Cepat-cepat Uda Lamat memberitahu kepada nenek. Tidak sampai dua saat, secawan air sejuk sudah berada di depan saya.

Ketika tangkai cawan saya sentuh, Datuk segera menarik cawan yang berisi air dingin ke arahnya. Perbuatan Datuk itu menghampakan saya.

"Saya dahaga," saya merayu.

"Aku tahu, apa kau tak boleh sabar sedikit," tengking Datuk.

"Haaa..," saya terkejut dan hampir menitiskan air mata.

Uda Lamat memperkemaskan duduknya bersedia melakukan apa sahaja andainya saya bertindak secara mengejut.

Rasa dahaga bagaikan tidak tertahan, tekak terasa pedih dan perit. Apa yang saya fikirkan, ialah air untuk membasahkan tekak.

Tidak terniat di hati saya untuk melakukan sesuatu, apatah lagi untuk melawan Datuk.

Datuk terus membaca sesuatu di bibir cawan. Bila pembacaannya selesai, cawan berisi air itu diserahkan pada Uda Lamat.

"Berikan padanya," Datuk mengeluarkan perintah.

"Awak baca surah apa?" tanya Uda Lamat.

"Saya baca Al-Fatihah 20 kali, dengan izin Allah, syaitan dan Iblis yang berlindung dalam diri cucu saya akan keluar.

"Saya faham, Allah berhak melakukan sesuatu, kita memohon padanya," sanggah Uda Lamat.

Saya resah, terasa cukup lama cawan itu berada di tangan Uda Lamat. Kenapa saya diseksa begitu kejam.

"Nah, Tamar."

Uda Lamat menghulurkan cawan berisi air kepada saya. Cepat-cepat saya menyambutnya lalu dilekatkan ke bibir.

"Nanti dulu, baca Bismillah sebelum diminum," Uda Lamat pegang pergelangan tangan saya.

Apa yang disuruh oleh Uda Lamat segera saya patuhi. Setelah selesai membaca Bismillah, saya terus meneguk air tersebut.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 104/284

BACA: SBDJ Siri 103: Jamung Tengah Malam
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Isteri Minta Cerai Bosan Suami Terlalu Baik!

Isteri Minta Cerai Bosan Suami Terlalu Baik!

Seorang wanita di Emeriyah Arab Bersatu (UAE), meminta cerai kerana mendakwa suaminya menunjukkan 'kasih sayang ekstrem' yang menyaksikan lelaki itu membantu membuat kerja rumah dan memberikannya hadiah.

UAE-wife
Gambar hiasan.

Dia memberitahu Mahkamah Syariah di sana, bahawa pasangannya tidak pernah bergaduh dan menjerit malah suaminya itu sentiasa melayannya dengan baik.

Biarpun disayangi, wanita itu mendakwa bahawa hidupnya ibarat ‘berada di dalam ‘neraka’ ekoran merasa bosan dengan layanan baik yang diberikan, demikian menurut akhbar berbahasa Inggeris UAE, Khaleej Times.

Dia dilaporkan mengadu cinta dan belas kasihan yang ditonjolkan oleh lelaki tersebut adalah berlebih-lebihan. Justeru, perbuatan suaminya itu mendorong dia memfailkan penceraian.

Wanita itu berkata, apabila dia mengadu tentang berat badan suaminya, lelaki itu terus menjalani diet yang ketat termasuk bersenam sehingga mengalami patah kaki untuk menguruskan badan.

Bagaimanapun, ia masih tidak dapat menyenangkan hati wanita tersebut yang terus mengadu mengenai hadiah dan pujian yang diberikan oleh suaminya, lapor media tempatan.

Wanita itu berkata,“Saya mendambakan hari yang mana saya dapat bertengkar dengan suami tetapi ia kelihatan agak mustahil kerana dia begitu romantik dan sentiasa memaafkan saya serta memberikan saya pelbagai hadiah."

p/s: Tak tau nak kata apa.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com