Tuesday, April 02, 2019

KKM Haramkan 8 Jenama Ubat Darah Tinggi Mengandungi Bahan Terlarang (2019)

KKM Haramkan 8 Jenama Ubat Darah Tinggi Mengandungi Bahan Terlarang (2019)

Pengguna yang memiliki dan masih menyimpan ubat darah tinggi dikesan mengandungi bahan aktif losartan diminta tidak panik, sebaliknya memulangkannya kepada pembekal, menurut Timbalan Menteri Kesihatan.

Ubat Darah Tinggi

Pembekal tidak boleh menjual ubat tersebut selepas Kementerian Kesihatan menggantung pendaftaran tujuh (lapan) produk ubat-ubatan yang dikesan mengandungi bahan tersebut bermula 7 Mac 2019 lepas.

Produk berkenaan sudah dikeluarkan daripada pasaran Malaysia kerana dikesan mengandungi losartan dengan sumber bahan aktif dikeluarkan Hetero Labs Limited, India, yang digantung status pendaftaran di Malaysia.

Tindakan itu diambil setelah Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) mengeluarkan notis panggil balik ke atas tiga produk yang mengandungi losartan kerana kehadiran impuriti n-nitroso-n-methyl-4-aminobutyric acid (NMBA).

Impuriti ini berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada penguna dalam jangka masa panjang.

Produk yang digantung ialah:
  1. LOSAGEN 50 (Losartan Potassium Tablets 50mg);
  2. LOSAGEN 100 (Losartan Potassium Tablets 100 Mg);
  3. Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg);
  4. Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg);
  5. Losartas 100mgc Tablets (Losartan Potassium Tablets 100 Mg);
  6. TOZAAR PLUS LS 50/12.5mg Tablet (Losartan Potassium/ Hydrochlorothiazide);
  7. Tozaar 50mg Tablet (Losartan Potassium Tablets 50mg);
  8. Tozaar Tablets 100mg (Losartan Potassium Tablets 100 Mg).

Jangka Panjang

Ubat tersebut untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan karsinogernik, tetapi tidak ada kesan untuk jangka masa pendek.

Pengguna yang sudah makan jangan panik, cuma memulangkan ubat tersebut kepada pembekal supaya boleh mendapatkan gantian ubat tersebut untuk jenama lain.

Ubat losartan mempunyai banyak jenama tetapi yang terlibat cuma beberapa jenama kerana tercemar dengan bahan tidak diingini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sejarah Permainan Battle Royale PUBG, Fortnite Dan H1Z1

Sejarah Permainan Battle Royale PUBG, Fortnite Dan H1Z1

Boleh dikatakan sebahagian besar anak muda dizaman internet hari ini yang memiliki telefon pintar bermain atau pernah menyertai permainan online genre battle royale seperti PUBG Mobile, Fortnite dan Free Fire.

Battle Royale Game

Namun, dari mana datangnya idea untuk menghasilkan permainan ini? Ia merupakan satu idea yang bernas sehingga permainan jenis ini mempunyai jutaan pemain harian ketika ini.

Novel Jepun Hasil Karya Koushun Takami

Battle Royale Game
Battle Royale.

Menurut laman The Loot Gaming, idea untuk menghasilkan permainan sebegini datang dari sebuah novel Jepun yang bertajuk “Battle Royale” itu sendiri.

Hasil karya Koushun Takami yang diterbitkan pada tahun 1999 itu mengisahkan tentang 40 orang pelajar universiti yang diculik dan ditinggalkan di sebuah pulau selama tiga hari.

Mereka dibekalkan dengan barangan seperti air, ubat-ubatan, peta, kompas dan senjata. Semua pelajar tersebut berbunuhan sesama mereka untuk menjadi orang yang terakhir hidup selepas tiga hari itu berakhir.

Novel ini kemudiannya diadaptasi menjadi manga dan filem di mana kedua-duanya telah berjaya terjual dengan lakunya.

Brendan Greene atau nama dalam permainannya, Player Unknown adalah insan yang bertanggungjawab membangunkan permainan battle royale sehingga ke tahap populariti sekarang.

Beliau tertarik dengan mod Survivor Game Z bagi permainan DayZ pada tahun 2013 di mana ia mengambil konsep dari novel Battle Royale dan juga filem barat popular, The Hunger Games.

Kemudian, beliau membangunkan modnya sendiri bagi permainan Arma 2 dan juga Arma 3.

Selepas itu, Greene telah bersetuju untuk memberi lesen kepada pihak Daybreak untuk menghasilkan permainan mandiri berkonsep battle royale pertama H1Z1: King of the Kill dan ianya berjaya menarik minat ramai.

Bagaimanapun, ada beberapa pihak yang mempersoalkan dan kurang bersetuju dengan dakwaan Greene bahawa beliaulah yang mencipta permainan berkonsep battle royale ini.

Blue Hole Studio & PUBG

Brendan Greene and Kim-chang Han
Brendan Greene dan Kim Chang-Han.

Melihat kepada kejayaan itu, penerbit dari syarikat Blue Hole Studio yang berasal dari Korea Selatan, Kim Chang-Han telah menghubungi Greene untuk mengajaknya bekerjasama.

Hasil dari kerjasama inilah munculnya permainan popular hari ini, PlayerUnknown’s Battleground (PUBG). Kini, ia muncul sebagai antara permainan video paling laris terjual sepanjang zaman.

Selepas daripada itulah muncul beberapa permainan video dengan konsep sama seperti Fortnite, Free Fire dan yang terkini Apex Legends.

Mungkin ada yang mendakwa Fortnite telah dibangunkan dahulu sebelum PUBG, namun sebenarnya ujian beta bagi PUBG telah tersedia pada bulan Mac 2017 manakala Fortnite hanya dilancarkan pada Julai tahun yang sama.

Tidak kiralah permainan battle royale yang mana menjadi pilihan hati, nikmatilah mereka sementara ia masih menjadi trend sebagaimana anda menikmati Angry Birds, Clash of Clans mahupun Snake satu masa dahulu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wiser

Barbie Sado Korea Cun, Feminin Dan Berotot!

Barbie Sado Korea Cun, Feminin Dan Berotot!

Yeon-woo Jhi merupakan ahli badan wanita yang meraih pelbagai gelaran, namun perbezaan yang ketara adalah wajahnya comel dan feminin dengan badan berotot, sehingga personaliti media sosial ini dilabelkan sebagai 'Barbie Berotot'.

Barbie Sado Korea
Yeon-woo Jhi berotot.

Melihat Yeon-woo Jhi yang berusia 34 tahun, sukar untuk membayangkan dia dahulu adalah seorang wanita yang kurus dan lemah, mengalami gangguan panik serta bergelut menangani fobia sosial.

Namun segala-galanya berubah 14 tahun lalu apabila dia mula pergi ke gim berhampiran rumahnya, dengan harapan untuk menjadi lebih kuat.

Dia hanya mahu melupakan perasaan lemah dan tidak pernah membayangkan dirinya akan bersaing pada pertandingan bina badan.

Yeon-woo Jhi menjadi perhatian kerana wajahnya yang comel dan feminin tetapi badan berotot bagaimanapun, kekuatan dan staminanya yang bertambah menjadikannya lebih bersemangat dalam kecergasan dan akhirnya membuat keputusan untuk beraksi di pentas.

Yeon-woo Jhi memenangi pertandingan bina badan yang pertama disertainya, menjadikan ia sebagai inspirasi untuk bekerja lebih keras.

Barbie Sado Korea
Yeon-woo Jhi.

Beliau kemudian memenangi pertandingan Arnold Classic Europe kategori amatur pada 2013, dan profesional pada 2015.

Yeon-woo Jhi bersaing dalam acara bina badan selama hampir sedekad, tetapi hanya menjadi selebriti dalam talian beberapa tahun lalu.

Gambar-gambarnya yang cantik dan berotot tular di media sosial, sehingga menyukarkan orang ramai untuk membezakannya antara comel, wajah seperti anak patung dan badannya yang tegap.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Vector: Prototaip Kereta Terbang Pertama Malaysia

Vector: Prototaip Kereta Terbang Pertama Malaysia

Prototaip kereta terbang negara bukan seperti model skala kecil yang dipamerkan dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019. Prototaip sebenar kereta terbang itu sedang dibangunkan di Jepun oleh rakyat Malaysia tanpa menggunakan satu sen duit negara dan dijangka siap hujung tahun 2019 ini.

Vector Kereta Terbang Malaysia

Reka bentuknya juga pelbagai yang menggunakan pemandu dan tanpa pemandu dan pada masa hadapan, kerajaan perlu membangunkan ekosistem dan infrastruktur kereta terbang termasuk menggubal undang-undang dan lesen bagi membolehkan kereta terbang digunakan di negara ini.

Walau bagaimanapun, kerajaan tidak pernah merancang untuk membina kereta terbang tetapi sentiasa menyokong inisiatif swasta yang mahu menggalakkan budaya mencipta.

Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengembangkan kemahiran dalaman rakyat Malaysia dalam penggunaan industri tertinggi kerana kita mempunyai Revolusi Industri (IR4.0).

Model skala kecil kereta terbang, Vector yang dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan, Aerodyne Sdn. Bhd. menjadi tumpuan pengunjung LIMA 2019.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

SBDJ Siri 32: Bomoh Hujan Kena Uji

SBDJ Siri 32: Bomoh Hujan Kena Uji

Suara jeritan itu bergema ke seluruh kampung melepasi puncak Gunung Tungga. Datuk terus mencacakkan buluh runcing ke dada bumi dan melipatkan kaki seluar sebelah kiri separas lutut.

Siri SBDJ 15

Datuk duduk mencangkung dengan tapak tangan kirinya terletak pada bahagian atas buluh runcing. Mulutnya terus bergerak, membaca sesuatu.

Ketua kampung masih belum sedarkan diri. Saya lihat kaki kanan Osman bergerak-gerak lemah.

Kedua belah tangannya menguakkan dahan dan dedaun yang menutupi tubuhnya.

"Bangun”, bisik saya pada Osman dan memberitahu padanya supaya jangan bertanya apa-apa.

Osman patuh dengan permintaan saya itu tetapi wajahnya masih pucat-Iesi.

Waktu saya menoleh ke kanan kembali, saya lihat datuk sudah berdiri dengan kedua belah tangannya lurus mengarah ke rumah papan beratap rumbia. Mukanya nampak berpeluh.

Bila datuk menjatuhkan kedua belah tangannya, saya terdengar satu letupan, macam orang memukul bumi dengan pelepah pisang.

Serentak dengan itu, saya lihat api mula berbunga di tulang bumbung rumah. Api itu terus marak dengan hebatnya. Bahang dari api itu terasa panas memukul wajah saya. Kulit muka rasanya bagaikan terbakar.

Cahaya api dari bumbung rumah itu menerangi kawasan tempat kami berteduh. Api terus menjulang ke langit dengan hebat bersama bunyi letupan keciI yang sambung-menyambung.

Tidak sampai dua jam, rumah papan beratap rumbia itu terus menjadi abu. Ketua kampung pun tersedar dari pengsan.

"Kenapa panas sangat ni?" tanya ketua kampung.

"Itu”, saya menunjukkan kearah rumah yang sudah menjadi bara dengan jari telunjuk. Biji mata ketua kampung terbeliak.

"Siapa yang bakar?" tanyanya lagi.

"Terbakar sendiri!"

Ketua kampung mengerutkan dahi sambil menggaru batang leher.

Datuk pun mencabut buluh runcing yang di tanam ke bumi. Datuk melihat bahagian bawah buluh yang sudah ditajamkan itu. Memang terdapat kesan-kesan darah pada buluh itu.

Datuk menghilangkan kesan darah pada hujung buluh dengan me­nikamkan buluh itu pada batang pisang emas yang baru tumbuh jantung.

Bila datuk mahu mencabut buluh dari batang pisang, saya dan Osman serta ketua kampung disimbah dengan air dari arah belakang.

Saya tidak dapat memastikan dari mana arah air itu datang, sama ada dari sebelah kanan atau kiri kerana malam terlalu gelap.

Di langit kelihatan bintang-bintang bertaburan di mana-mana. Angin malam yang bertiup agak keras membuat badan saya menggeletar kesejukan.

Saya tidak dapat mengagak dengan tepat pukul berapa ketika itu, tetapi berdasarkan arah tiupan angin dan gerak awan bersisik ikan di langit, saya agak waktu itu sudah pukul empat pagi.

Suara pungguk dan lolongan anjing liar sudah tidak kedengaran lagi.

Dari longgokan bara rumah yang punah, asap nipis nampak berkerut menjulang ke udara yang kemudian berpecah dirempuh angin malam. Datuk menghampiri saya.

"Kau kena simbah air Tamar?"

"Ya tok."

"Cuba kau cium lengan kiri kau, ada bau busuk tak?"

Saya pun ikut perintah datuk. Walaupun perintah itu ditujukan pada saya tetapi, ketua kampung dan Osman turut bersama mencium lengan kiri masing-masing.

"Busuk, macam bau bangkai”, jawab mereka serentak dan saya anggukkan kepala.

Setuju dengan apa yang dikatakan oleh ketua kampung dan Osman, datuk menyuruh kami bertiga berdiri di bawah pokok pisang emas yang baru tumbuh jantung.

Kami disuruh berdiri dengan menemukan bahu masing-masing dan sesudah itu, datuk menyuruh saya melihat ke arah utara, ketua kampung ke arah selatan dan Osman ke arah barat.

Dengan keadaan itu kami tidak dapat memandang wajah antara satu sama lain.

Datuk terus menggoncang perdu pisang emas yang baru tumbuh jantung dengan sekuat hati. Air embun yang melekat pada daun pisang itu menimpa badan kami.

"Sekarang cium lengan kiri kamu semua”, ujar datuk dengan tenang sambil menekan pangkal dagunya dengan ibu jari kiri.

"Tak ada baunya lagi”, jawab saya.

"Dah hilang busuknya”, tingkah Osman.

"Ya dah hilang”, sahut ketua kampung sambil tersenyum.

Datuk menyuruh kami duduk semula di tempat asal. Dengan tenang datuk membuka lipatan kaki seluar sebelah kiri.

Angin sudah tidak sekuat tadi bertiup, menandakan waktu subuh hampir. Langit kelihatan cerah dan bintang-bintang beransur kurang.

Bara api masih kelihatan merah menyala di tapak rumah yang punah, bunga-bunga api kelihatan menjulang pendek di udara sebelum padam.

Datuk memperkemaskan silanya dan terus menekapkan kedua belah tangannya ke dada.

Embun subuh sudah terasa menitik ke ubun-ubun kepala. Rasa sejuk kian terasa. Saya tidak tahu apakah yang dilakukan oleh datuk ketika itu.

Biji mata saya terbeliak bila saya terpandang dari atas bara api keluar benda putih dan bulat, sebesar buluh lemang yang panjangnya kira-kira dua kaki, terapung-apang di udara macam ditarik oleh sesuatu dari atas.

Benda putih terus naik setinggi pokok kelapa dara. Berhenti di situ sebentar, kemudian benda bulat itu bergerak macam kilat menuju ke arah kami.

Datuk menyuruh kami meniarap supaya benda itu tidak mengenai kepala, tetapi angin dari benda bulat itu berjaya menerbangkan songkok ketua kampung dan cuping teling saya bagaikan mahu tercabut rasanya dirempuh oleh angin dari benda bulat itu.

Ketika itu juga dari hutan kecil sebelah kami terdengar bunyi suara katak betung bersahut-sahutan yang diselang-seli dengan bunyi suara orang bersorak dan ketawa yang amat menyeramkan.

Embun subuh kian rancak menimpa kulit kepala. Terdengar kokok ayam hutan bertali-temali dari kaki Gunung Tunggal.

Saya tidak dapat menahan rasa sejuk yang amat sangat itu. Dahi saya kerutkan. Dagu saya menggeletar yang mengakibatkan gigi atas dan bawah saya berlaga dan mengeluarkan bunyi kerup-kerup yang tidak tentu panjang pendeknya.

Suara lolong anjing liar mula kedengaran sayup-sayup dan memanjang macam orang menangis dan meratap sesuatu.

Benda putih itu terus berlegar-Iegardi atas ruang kepala kami. Hari masih lagi gelap.

Dalam keadaan yang agak gawat itu, saya lihat datuk berguling-guling atas tanah menuju ke pangkal pisang yang baru tumbuh jantung.

Datuk duduk sambil menyandarkan badannya pada perdu pisang itu. Datuk merasa selamat kerana benda putih yang bergerak di awang-awangan itu tidak memburunya.

Datuk segera berdiri sambil menekapkan kedua belah tapak tangannya ke cuping telinga kiri dan kanan, macam orang yang mahu melaungkan azan. Lebih kurang dua tiga minit datuk berkeadaan demikian.

Akhirnya dia datang ke kawasan lapang. Benda putih itu mula meluru ke arahnya. Datuk tidak melarikan diri malah berdiri dengan gagah di situ.

Kedua-dua belah tumit kakinya tidak jejak ke bumi dan lutut kanannya dibengkokkan sedikit.

Bila benda putih itu berada betul-betul di ubun kepalanya dengan segera datuk membuka kain merah yang melilit kepalanya.

Benda putih itu terus mengelilingi tubuh badan datuk sambil mengeluarkan suara yang berdengung macam suara ayam kampung kena jolok.

Kerana terlalu cepat dan Iigat benda putih itu berpusing mengelilingi tubuh datuk, saya tidak dapat melihat datuk dengan jelas.

Dalam sekelip mata saja saya lihat datuk terhoyong-hayang macam ditolak sesuatu.

Hati saya menggelabah, saya tahu datuk sedang berjuang menentang sesuatu. Ada niat mahu menolongnya tetapi saya tidak berdaya bergerak.

Tempurung lutut dan dan sendi-sendi kaki saya terasa bagaikan longgar sekali.

Ketika itu, ada cahaya terang mula bangkit di kaki langit, keadaan hari mula beransur cerah. Datuk masih lagi terhoyong-hayang tidak tentu arah. Tetapi di tangannya masih terlekat kain merah.

Datuk bertempik dengan sekuat hatinya sambiI melompat setinggi tiga kaki. Ketika datuk melompat itu dia memukul benda putih itu dengan ikat kepalanya.

Dua kali lompat, dua kali pukul tidak mendatangkan sebarang kesan pada benda putih itu.

Datuk kelihatan letih dan tidak bermaya. Saya lihat datuk rebah ke bumi sambil terbatuk-batuk. Mukanya pucat.

Datuk mencium bumi sambil membengkokkan badannya, tidak ubah macam kucing yang bersedia untuk menerkam tikus.

Kemudian datuk melompat untuk kali yang ketiga dan terus memukul benda putih itu dengan kain ikat kepalanya sekuat hati.

Hari mula beransur samar-samar, di kaki langit cahaya putih mula kelihatan dengan jelas.

Datuk kali ini saya lihat terhumban berhampiran dengan bara api yang sedang marak memamah kayu-kayu rumah yang punah.

Belum pun sempat badannya menjamah bumi, datuk sudah meletakkan badannya dalam keadaan tegak.

Ketika itu juga bara api bertambah kuat cahayanya dan beberapa bahagian dari bara api itu mengeluarkan api. Saya terasa desiran angin dipermukaan bumi.

Saya lihat tapak kaki datuk tidak mencecah bumi. Datuk berdiri atas angin sambil memeluk tubuhnya erat-erat.

Dan benda putih di awang-awangan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap nipis. Bila asap nipis itu hilang, terdengar letupan seperti letupan mercun kecil.

Benda putih itu terus hilang dan masa itu juga beberapa bilah buluh kering bertaburan atas tanah.

Datuk segera menghampiri kami. Kali ini saya lihat wajahnya berseri dan kedua kelopak matanya lembam sedikit kerana kurang tidur.

"Kita balik, sembahyang subuh”, kata datuk.

"Dah selesai ke semuanya pakcik?" tanya Osman.

"Dah. Dengan izin Allah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui nampaknya kita berjaya."

"Dia tak ganggu kita lagi?" ketua kampung pula bertanya.

"Nampaknya begitulah."

Kami terus pulang ke pondok Osman dan menunaikan fardu subuh.

Ketua kampung mempersilakan kami ke rumahnya untuk sarapan pagi. Dia juga menyatakan pada saya, ada sesuatu yang mahu dibincangkannya dengan datuk.

"Saya rasa eloklah sekarang ini kita pergi ke rumah saya”, ulang ketua kampung dengan senyum.

Osman merenung ke muka saya. Datuk menggigit ibu jari sambil merenung kosong ke depan.

"Begini saja tuk ketua. Biarlah Osman dan tuk ketua pergi dulu”, nada suara datuk lembut sambil bangun.

"Kenapa begitu?"

"Saya ada hal sedikit."

"Apa halnya?"

"Saya nak bersenam kemudian nak mandi air embun itu saja. Lepas semua kerja tu saya buat, saya pergilah. Masa saya sampai ke rumah awak hari pun cerah dan kopi sudah tersedia.”

"Ha tak apalah”, balas ketua kampung. Datuk dan ketua kampung ketawa besar.

Ketua kampung dan Osman meninggalkan saya dan datuk di pondok. Saya diminta oleh datuk supaya bersenam gerak kucing dan harimau bangun tidur.

Tujuan senaman cara lama itu dilakukan untuk menghindarkan dari mengalami sakit pinggang dan lenguh-lenguh sendi.

Satu senaman baru yang diajarkan oleh datuk pada saya ialah senaman ular salin kulit.

Senaman jenis ini lebih banyak memberatkan perkara menarik dan melepaskan nafas, serta pergerakan sendi-sendi urut.

Tujuan utama senaman ini ialah memelihara kulit badan dan muka. Kulit badan tidak mudah kendur dan muka kelihatan muda atau tidak dimakan tua.

Senaman jenis ini hanya dilakukan seminggu sekali. Orang yang melakukan senaman ini ditegah memakan makanan yang banyak mengandungi zat asam selama tiga hari tetapi digalakkan memakan daun hijau yang boleh dibuat ulam seperti daun pegaga, daun ulam raja, daun saderi dan daun kesum serta pucuk manggis muda.

Selesai melakukan semua jenis senaman itu, saya dan datuk terus merayau-rayau ke seluruh kawasan kecil berhampiran pondok Osman untuk mandi embun.

Akhirnya datuk mengajak saya pergi ke bekas rumah papan beratap rumbia. Ada sesuatu yang mahu datuk cari di situ.

Waktu saya dan datuk tiba ke situ, saya dapati bara api sudah banyak yang padam, kayu-kayu alang rumah semuanya sudah rentung menjadi arang.

"Mari kita cari buluh yang jatuh bertabur malam tadi”, saya terkejut dengan ungkapan dari datuk itu.

Bulu tengkuk saya terus meremang. Dada terasa berdebar.

"Mari”, datuk terus menarik tangan saya.

Memang saya tidak ada pilihan lain untuk membantah. Lama juga kami berlegar-legar di kawasan yang kami jangkakan tempat bilah-bilah buluh itu jatuh.

Apa yang kami temui di situ ialah bilah-bilah buluh yang sudah rentung. Datuk menguis-nguiskannya dengan hujung kaki.

"Memang buluh sumpahnya”, keluh datuk sambil menggigit bibir.

"Saya tak faham cakap tok ni?”

"Hanya dengan buluh saja yang boleh menghilangkan kuasa ilmu orang yang menuntut ilmu itu.

"Aku harap malapetaka yang menimpa orang-orang di sini akan tamat”, tambah datuk lagi, lalu mengajak saya ke rumah ketua kampung.

Sarapan pagi dirumah ketua kampung memang enak. Kami dihidangkan dengan kopi panas dan pulut berlaukkan ikan gelama goreng.

Anehnya datuk tidak menjamah pulut itu. Dia hanya minum kopi panas sahaja. Ketua kampung tidak puas hati dengan sikap datuk.

"Kenapa tak makan pulut?", tanya ketua kampung.

"Minta maaf tuk ketua, saya memang tak makan pulut ni."

"Kami tak tahu, apa sebabnya? Ada pantang larang ya?"

"Saya ni mengidap sakit angin. Orang sakit angin memang tak elok makan pulut, kerana pulut ni cukup bisa bagi orang yang mengidap sakit itu. Kalau sudah sembuh pun akan sakit semula jika makan pulut."

Ketua kampung puas hati dengan penerangan datuk itu. Ketua kampung merasa bersalah kalau datuk tidak makan di rumahnya. Kerana itu, dia menyuruh anaknya membeli kuih di kedai.

"Jangan, ini sudah cukup untuk saya”, beritahu datuk pada ketua kampung.

"Saya tak puas hati kalau awak tak makan di rumah saya. Begini saja, tengahari ni, makan di sini", ketua kampung membuat tawaran lagi.

Tawarannya itu diterima oleh datuk dengan senang hati.

Sementara menanti tengah hari datuk kembali ke pondok Osman. Ketua kampung ikut sama.

Sampai saja di pondok, Osman ambil sebuah baldi kosong dan mengambil air perigi.

Air itu datuk campurkan dengan tujuh jenis daun dan tujuh jenis bunga, kemudian datuk memerintahkan Osman memakai kain basahan dan di suruh duduk di bawah tangga.

"Nak buat apa ni?,” bisik saya ke telinga datuk.

"Nak buang sial dan badi ilmu salah yang hinggap ke badannya”, balas datuk.

Bila Osman duduk di bawah tangga, datuk terus menjirus air ke tubuh Osman dalam tiga peringkat.

Lepas itu, datuk tepuk bumi tujuh kali dan dada Osman tujuh kali. Bila sudah selesai barulah Osman disuruh oleh datuk memakai pakaian semula.

"Aku harap kau akan selamat terus dan syaitan peliharaan ayah kau sudah hancur.

"Kau boleh hidup aman di atas tanah miliknya”, jelas datuk pada Osman.

Ketua kampung hanya melihat sahaja apa yang di­lakukan oleh datuk itu dengan tenang.

"Memanglah, syaitan tak pernah sunyi dari mempengaruhi umat manusia”, datuk tersenyum mendengar cakap ketua kampung itu.

"ltu memang kerjanya. Dalam Surah An-Nisa telah menjelaskan kerja-kerja syaitan yang berbunyi: Dan kehendak syaitan itu ialah menyesatkan kamu satu kesesatan yang jauh”, ujar datuk lagi.

Ketua kampung angguk kepala.

Perbualan datuk dengan ketua kampung cukup rancak sekali. Ba­nyak benar kisah yang datuk dengar dari ketua kampung.

Malah, datuk sendiri tidak merasa segan dan silu mencari pengalaman-pengalamannya di masa lalu.

Perbualan mereka terganggu bila anak gadis tok ketua yang dikiranya menganggu perbualan antaranya dengan datuk.

"Apa halnya”, kata ketua kampung.

Osman segera bangun dan merenung tajam ke wajah anak gadis ketua kampung yang berambut panjang, berkulit putih.

Mukanya bujur sirih. Tinggi lampai dan berleher jinjang. Saya memang tertarik dengan gadis desa berwajah ayu itu.

Bila saya lihat wajah Osman, rasa tertarik yang mula berputik di hati segera saya padamkan.

"Ada orang datang ayah."

"Siapa?"

"Pak Mardan bomoh hujan."

"Hum, sekejap lagi aku balik."

Anak gadis ketua kampung meninggalkan kawasan pondok Osman. Kerana waktu makan tengahari sudah hampir, ketua kampung mengajak kami pergi bersamanya sekali.

"Eloklah tu, saya ingin juga berkenalan dengan bomoh hujan tu, kalau dia baik hati, dapat saya menuntut ilmu darinya”, datuk segera bangun.

"Dia tu bukan orang lain dengan saya, kami satu pupu”, tingkah ketua kampung dengan tenang.

Ada rasa megah dalam dirinya kerana datuk mahu menuntut sesuatu dari sepupunya.

Lepas makan tengahari datuk dapat bercakap panjang dengan Pak Mardan yang sudah berusia hampir lima puluh tahun.

Orangnya tegap. Memelihara misai, janggut dan jambang.

Dia tinggal di Kampung Kota yang terletak lebih kurang dua batu dari pekan kecil Bruas dalam daerah Manjung.

Menurut Pak Mardan, dia kenal baik dengan bomoh patah yang tinggal sekampung dengannya iaitu Bedul Hasyim.

Datuk minta Pak Mardan menyampaikan salamnya pada Bedul Hasyim bila dia pulang ke kampungnya kelak.

"Dengan izin Allah akan saya sampaikan”, katanya.

"Saya dah lama tidak jumpa dia."

"Dia masih sihat lagi”, balas Pak Mardan.

Menurut Pak Mardan dia dalam perjalanan ke Sungai Tinggi (sebuah kampung yang terletak dalam daerah Matang, lebih kurang dua puluh batu dari bandar Taiping).

Dia diundang oleh anak saudaranya kerana anak saudaranya mahu menikahkan anak perempuannya dengan orang dari Gunung Semanggul.

"Tujuan mengundang kita tu ada tujuan yang tertentu”, keluh Pak Mardan sambil merenung muka ketua kampung.

"Apa tujuannya?", soal Osman.

"Tenaga aku ni diperlukan anak buah, bila mahu menghalau hujan”, Pak Mardan melahirkan rasa hampanya, disambut oleh ketua kampung dengan ketawa memanjang.

Bila Pak Mardan mengajak datuk pergi ke Sungai Tinggi, datuk menolak dengan alasan dia tidak dijemput ke majlis nikah kahwin.

Tetapi bila Pak Mardan dan ketua kampung menyatakan bahawa mereka telah diberi kuasa untuk menjemput orang lain ke majlis orang nikah kahwin itu, datuk menerimanya dengan senang hati.

Saya mengerti, tujuan utama datuk menerima undangan itu bukanlah kerana mahu makan nasi minyak, tetapi dia mahu belajar serba sedikit tentang ilmu menahan hujan dari Pak Mardan.

Esoknya saya, Pak Mardan dan datuk terus pergi ke Sungai Tinggi. Kami bertolak dengan bas dari Segari pada sebelah pagi dengan bas.

Ketua kampung dan keluarganya bertolak lebih lewat daripada kami. Kedatangan kami di sambut dengan ramah oleh anak saudara Pak Mardan.

Kami sempat menyaksikan acara akad nikah yang diadakan pada sebelah pagi, lebih kurang di antara pukul sepuluh hingga sebelas.

Acara naik pelamin diadakan kira-kira pukul empat petang setelah tetamu yang dijemput selesai makan.

Pak Mardan merasa senang kerana tidak ada tanda-tanda hari akan hujan.

Beberapa orang anak muda di situ melancarkan kutipan memungut wang secara kilat bagi mengundang pancaragam dari bandar Taiping pada sebelah malamnya.

Kutipan itu, ternyata tidak cukup dan nasib baik pihak tuan rumah sanggup menambah bahagian yang tidak cukup itu.

Majlis perkahwinan itu bertambah rancak dengan kehadiran pancaragam dari Taiping yang membawakan lagu-lagu rancak dan irama Melayu asli yang disampaikan para penyanyi dari pancaragam tersebut, antara penyanyinya ialah Kamal Harun, Aida Suhana dan Zainal Udah.

Walaupun begitu rancak pancaragam dari Taiping mempersembahkan permainannya, saya lihat Pak Mardan tetap gelisah, begitu juga dengan datuk.

Bagi menghilangkan rasa resah itu Pak Mardan terpaksa menghisap rokok tembak berbelas-belas batang. Pak Mardan menarik tangan datuk untuk pergi ke satu sudut.

"Aku rasa ada sesuatu yang tak kena malam ni”, Pak Mardan menyatakan pada datuk.

Datuk termenung panjang mendengar cakap Pak Mardan itu. Dia meraba pangkal kening kanan tujuh kali, meraba telinga kiri lima kali.

"Usah bimbang, kalau ada yang perlu saya tolong tetap saya tolong”, kata datuk. Walaupun begitu wajahnya saya lihat agak sugul sedikit.

"Malam ini ada majlis bersanding?", datuk menyoal Pak Mardan.

"Ada. Sekejap lagi pengantin lelaki datang.”

"Kalau begitu eloklah kita kita beringat-ingat, manalah tahu kalau ada hal buruk terjadi."

"Saya faham tu.”

Pak Mardan dan datuk duduk kembali di tempat asal. Bila orang ramai mula datang mahu melihat pengantin naik pelamin, tiba-tiba hujan turun mencurah-curah bersama dentuman petir dan guruh.

Muka Pak Mardan kelihatan pucat, dia lalu membisikkan pada datuk bahawa hujan yang turun malam itu, bukan sebarang hujan.

Pak Mardan yakin hujan itu dibuat oleh manusia dengan kuasa ilmu halus yang tujuannya tidak baik.

Hujan jenis ini amat berbahaya buat manusia, sebabnya di dalam air hujan itu terkandung berbagai-bagai kekotoran buatan manusia, begitulah Pak Mardan memberitahu datuk.

"Kau tunggu di sini Mardan”, kata datuk, sebaik sahaja ungkapan itu berakhir.

Saya dapati datuk ghaib dari penglihatan saya.

Pak Mardan terpinga-pinga. Lebih kurang lima minit datuk menghilangkan diri. Dia muncul kembali dihadapan saya dan Pak Mardan.

"Aku setuju dengan kau Mardan, kita hadapi semuanya ini”, tekanan suara datuk mula meninggi.

Lalu datuk minta Pak Mardan mencari baldi plastik untuk menadah air yang turun dari curung (hujung) atap.

Bila air sudah penuh satu baldi, datuk merendamkan tangan kirinya ke dalam baldi itu.

Pak Mardan dan saya jadi terkejut bila melihat tangan datuk hitam dan air dalam baldi bergolak.

Muka datuk merah padam mulutnya membaca sesuatu, tiba-tiba baldi plastik itu pecah.

"Aku rasa kau saja selesaikan semua urusan ini. Kau sudah tahu hujan itu buatan manusia jahat", datuk memberikan amanat pada Pak Mardan.

Dengan senang hati Pak Mardan menerimanya dan meminta saya membantunya.

"Bantulah dia Tamar. Aku ada, bukan apa-apa kau hanya melihat saja”, datuk memberikan keizinan pada saya.

Dia juga memberikan saya beberapa butir batu gunung yang putih untuk di taruh dalam kocek baju.

"Mardan, dalam dugaan aku, orang ini mengirimkan guna-guna melalui hujan buatannya pada pengantin perempuan”, pesan datuk pada Pak Mardan.

Saya lihat Pak Mardan anggukkan kepala lalu meminta baldi plastik yang baru dari tuan rumah.

Dia menadah air hujan hingga penuh satu baldi. Kemudian Pak Mardan mengajak saya masuk ke rumah dan terus ke bilik pengantin.

"Usah bimbang, aku ni pangkat datuk pada kau”, Pak Mardan memberitahu pada pengantin perempuan yang duduk terseliput dihadapan katil.

Kemudian Pak Mardan meminta pada pengiring pengantin supaya membawa pengantin itu ke bilik lain.

Permintaan Pak Mardan dituruti dan tinggalah saya dan Pak Mardan dalam bilik itu.

Pak Mardan terus membasuh seluruh mukanya dengan air hujan di dalam baldi. Dia kemudiannya memusatkan seluruh pancaindera dan membaca mantera yang dipelajari dari gurunya.

Saya lihat mulut Pak Mardan bergerak sebanyak 29 kali. Bila mulutnya bergerak untuk kali yang ketiga puluh, saya terdengar bisik-bisik halus dari jauh yang tidak menentu.

Tetapi akhirnya saya dengar nama Halimah disebut-sebut.

"Apa yang kau dengar?", Pak Mardan menyoal saya.

"Orang memanggil nama Halimah."

"Halimah tu nama pengantin tadi. Kita masih ada masa untuk berusaha."

"Kau tunggu di sini."

Pak Mardan terus keluar. Saya mula terasa khayal tidak menentu, bermacam-macam bunyi yang saya dengar.

Rasa khayal itu segera hilang bila Pak Mardan menepuk bahu kiri saya dan bila saya menoleh ke belakang, pengantin perempuan sudah ada dalam bilik.

Pak Mardan menyuruh pengantin perempuan itu duduk di tepi katil. Dia juga menyuruh tuan punya rumah memberitahu orang ramai dan pihak pengantin lelaki acara bersanding terpaksa ditangguh dengan alasan Halimah sakit.

Pak Mardan menyuruh Halimah memegang besi kuning yang diberikan oleh Pak Mardan padanya.

"Kau pegang besi kuning tu kuat-kuat, jangan kau lepaskan walau apa yang terjadi. Kau jangan menjerit”, itulah pesan Pak Mardan pada Halimah.

Saya lihat Halimah anggukkan kepala.

Kemudian saya dan Pak Mardan keluar dari bilik pengantin. Pak Mardan membimbit baldi. Hujan dan petir terus menjadi-jadi.

"Ke mana Pak Mardan?"

"Ke bahagian belakang rumah."

Saya dan Pak Mardan memijak anak tangga dengan teliti. Bila sampai dihadapan datuk, Pak Mardan tersenyum.

"Buatlah apa yang patut. Aku menanti di sini kerana perbuatan jahat dibuat melalui air hujan eloklah kau saja yang selesaikan. Kau lebih arif dari aku”, cukup tenang datuk bercakap dan Pak Mardan menerimanya dengan rasa yang tenang.

Tamat Siri 32/284

BACA: SBDJ Siri 31: Rumah Misteri
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, April 01, 2019

Bermain Game Fortnite, Pelajar 14 Tahun Jadi Jutawan Jana Pendapatan RM798,000

Bermain Game Fortnite, Pelajar 14 Tahun Jadi Jutawan Jana Pendapatan RM798,000

Fortnite menakluki dunia permainan dalam talian seperti ribut, tetapi bagi Gamer, Griffin Spikoski, kanak-kanak berusia 14 tahun, permainan itu membantu dirinya menjana pendapatan lumayan apabila meraih £150,000 (RM798,000) hanya dengan bermain permainan video online sehingga 18 jam sehari.

Griffin Spikoski play Fortnite

Remaja itu turut berhenti sekolah dan memilih untuk belajar secara online supaya dia boleh mengurus masa bagi merakam dirinya bermain demi peminatnya di YouTube.

Mirror UK melaporkan, Griffin memulakan perniagaannya sendiri yang berasaskan permainan video dan turut mengupah seorang penasihat kewangan selepas wang dalam akaun banknya semakin bertambah.

Populariti video Griffin telah menarik penaja, pengiklan dan pemungut sumbangan untuk melabur iklan dengannya.

Remaja dari New York, Amerika Syarikat (AS) itu menghabiskan lapan hingga 18 jam bermain permainan video setiap hari dan Griffin secara terbuka mengaku bahawa dia terlalu banyak bermain.

Walaupun dia tidak lagi ke sekolah, ibu bapanya berkeras bahawa dia harus membuat kerja sekolah.

Apa Sebenarnya Game Fortnite?

Game Fortnite Battle Royale telah menjadi hit di seluruh dunia sejak diluncurkan beberapa tahun yang lalu.

Game massive multiplayer online (MMO) yang dirilis oleh Epic Games ini telah menghubungkan jutaan pemain untuk dimainkan oleh pengguna di PC, Xbox One, PlayStation 4 dan portable Apple.

Ada juga versi berbayar popular yang disebut Fortnite: Save the World, untuk sejumlah platform.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Kesatuan Eropah Tolak Keputusan Donald Trump Iktiraf Israel Di Bukit Golan

Kesatuan Eropah Tolak Keputusan Donald Trump Iktiraf Israel Di Bukit Golan

Kesatuan Eropah (EU) menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Golan Heights di Syria, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Federica Mogherini.

Bukit Golan bukan milik Israel

Bercakap di sidang kemuncak ke-30 Liga Arab yang berlangsung di Tunis, Mogherini berkata keputusan AS adalah bercanggah dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menganggap Golan Heights adalah sebuah wilayah Syria yang diduduki Israel.

"EU kini berusaha mencapai satu penyelesaian politik bagi krisis itu yang selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB," katanya sambil menambah bahawa satu penyelesaian politik adalah satu-satunya jalan ke arah mencapai keamanan bagi menghentikan konflik di Syria dan memastikan kepentingan semua pihak.

Mengulas situasi di Yaman, Mogherini berkata semua pihak bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk menyokong negara itu bukan sahaja dari segi bantuan kemanusiaan malah membantu ia melaksanakan Perjanjian Stockholm bagi mengeluarkan negara itu daripada krisis yang dihadapinya.

Menyentuh isu Libya, pegawai EU menegaskan bahawa adalah penting untuk memastikan perpaduan nasional Libya dan institusinya.

Sidang kemuncak itu menghimpunkan kebanyakan pemimpin negara anggota Liga Arab serta wakil PBB, EU dan Kesatuan Afrika dalam usaha mencari titik persamaan bagi menentang dasar AS terhadap Syria dan bandar suci Baitulmaqdis yang menjadi pertikaian.

Sidang Kemuncak Liga Arab Gesa Penubuhan Palestin

Edisi ke-30 sidang kemuncak Liga Arab yang berakhir pada Ahad malam (31/3/2019), menggesa penubuhan negara Palestin dan mengulangi sokongan kuatnya terhadap penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin, lapor agensi berita China Xinhua.

"Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima untuk meneruskan situasi ketika ini yang menjadikan dunia Arab kepada rantau yang penuh dengan ketegangan dan konflik yang mengancam keselamatan, kestabilan dan pembangunan negara-negara kita," kata Menteri Luar Tunisia Khemaies Jhinaoui ketika menggariskan pernyataan akhir sidang kemuncak itu.

Jhinaoui menyeru masyarakat antarabangsa agar memberikan perlindungan yang diperlukan kepada rakyat Palestin dan tempat-tempat suci mereka.

"Kami mengulangi penolakan semua langkah unilateral bagi menukar status perundangan Baitulmaqdis," katanya.

Menteri Tunisia menegaskan bahawa keselamatan dan kestabilan di rantau Arab memerlukan usaha yang lebih intensif bagi menghentikan semua bentuk ketegangan dan konflik serta mengambil inisiatif dalam mempercepat laluan ke arah mencapai penyelesaian politik secara menyeluruh bagi krisis yang dihadapi.

Beliau turut menegaskan bahawa perdamaian mewakili titik mula bagi memperkukuh keselamatan dan kestabilan rantau Arab terhadap gangguan luar.

Juga dalam pernyataan akhir itu, sidang kemuncak tersebut mengesahkan hasrat para pemimpin Arab untuk menyatupadukan Libya serta menjamin kedaulatannya, menolak penyelesaian ketenteraan dan semua bentuk campur tangan dalam hal ehwal dalamannya.

Liga Arab turut menyeru ke arah langkah mempercepat pencapaian satu penyelesaian politik yang menyeluruh menerusi satu proses dialog selaras dengan usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mengakhiri penderitaan rakyat Libya.

Berkenaan isu Syria, yang dibincang secara serius di sidang kemuncak itu meskipun tanpa kehadiran presiden Syria, pernyataan akhir tersebut mengesahkan kehendak para pemimpin Arab untuk mencapai satu penyelesaian politik bagi menamatkan krisis di Syria dan penderitaan rakyatnya dengan mencapai aspirasi mereka untuk hidup dalam keadaan aman dan selamat, selain memelihara perpaduan, kedaulatan dan kemerdekaan Syria.

Pernyataan akhir itu menganggap Golan Heights sebagai wilayah Syria yang diduduki, selaras dengan undang-undang antarabangsa, resolusi PBB dan Majlis Keselamatan.

Para pemimpin Arab menolak sekeras-kerasnya keputusan AS yang mengiktiraf Golan Heights sebagai wilayah Israel kerana ia merupakan satu pencabulan serius terhadap resolusi antarabangsa dan ancaman kepada kestabilan rantau Arab.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Laksana Hukum Hudud, PBB Bidas Kerajaan Brunei

Laksana Hukum Hudud, PBB Bidas Kerajaan Brunei

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) membidas pemerintahan Brunei kerana berhasrat melaksanakan undang-undang hudud yang antara lain merejam pelaku homoksesual dan penzina serta memotong tangan orang yang mencuri.

Brunei Hudud

"Saya merayu pada kerajaan (Brunei) untuk berhenti daripada melaksanakan undang-undang drakonian yang hanya akan menandakan kemunduran perlindungan hak asasi manusia kepada rakyat Brunei jika (undang-undang) dilaksanakan," kata Ketua Hak Asasi UN, Michelle Bachelet dalam satu kenyataan.

Brunei yang merupakan sebuah negara monarki mutlak ditadbir oleh Sultan Hassanal Bolkiah akan melaksanakan undang-undang hudud berkuatkuasa 3 April 2019 ini.

Selepas dikritik hebat dan ditangguh hampir lima tahun, kerajaan Brunei didakwa akan meneruskan hasrat untuk melaksanakan hukuman sebat atau rejam sampai mati terhadap beberapa kesalahan termasuk homoseks, zina dan rogol.

Bagaimanapun, isu ini menimbulkan perdebatan di laman sosial apabila segelintir pihak khususnya rakyat Brunei mendakwa laporan tersebut tidak benar, dan menyifatkan ia sebagai ‘recycle news’.

Difahamkan, sebelum ini Sultan Brunei yang juga bertindak sebagai Perdana Menteri mengumumkan undang-undang syariah itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

Pada Mei 2014, fasa pertama telah dilaksanakan melibatkan kesalahan hamil, luar nikah, tidak solat Jumaat dan mempromosikan kepercayaan agama lain selain Islam.

Mengikut fasa ini, umat Islam yang didapati bersalah melakukan perkara tersebut boleh dikenakan denda atau penjara.

Brunei bagaimanapun, dilaporkan menangguh dua fasa terakhir berikutan bantahan masyarakat antarabangsa pada 2014.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Gambar Perkahwinan Sultan Muhammad V Dan Oksana Voevodina Kembali Tersebar

Gambar Perkahwinan Sultan Muhammad V Dan Oksana Voevodina Kembali Tersebar

Sehingga kini, masih belum ada lagi kenyataan rasmi berhubung kebenaran perkahwinan Sultan Muhammad V dan Oksana Voevodina dikeluarkan oleh mana-mana pihak dan ia terus masih menjadi teka-teki dan pertanyaan dikalangan rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

Sultan Muhammad V and Oksana Voevodina

Namun, sebanyak 10 keping gambar perkahwinan yang memaparkan imej bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V kembali tersebar di platform media sosial, Instagram selepas ia dimuat naik oleh seorang jurugambar Rusia, Maxkoliberdin.

Sultan Muhammad V and Oksana Voevodina

Gambar perkahwinan itu antara lain turut me­maparkan Sultan Muhammad V yang mengenakan sepasang baju Melayu berwarna biru sedang memotong kek bersama bekas Ratu Cantik Rusia, Oksana Voevodina.

Sultan Muhammad V and Oksana Voevodina

Selain gambar memotong kek, jurugambar Rusia itu turut memuat naik beberapa keping gambar lain antaranya memaparkan aksi berpegangan tangan antara Sultan Muhammad V dan Oksana Voevodina selain potret bekas Yang di-Pertuan Agong itu sendiri.

Sultan Muhammad V and Oksana Voevodina

Sebelum ini, portal be­rita berpusat di United Kingdom, Daily Mail pernah melaporkan Oksana Voevodina telah memeluk agama Islam pada awal tahun 2018 sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu.

Sultan Muhammad V and Oksana Voevodina

Oksana Voevodina yang menggunakan nama Islam Rihana pernah merangkul gelaran Miss Moscow pada tahun 2015 selain turut bekerja sebagai model peragaan di China dan Thailand.

Pada 29 November 2018 lalu, Perdana Menteri, Tun Mahathir menjelaskan beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V.

Sultan Muhammad V and Oksana Voevodina

Dalam pada itu, pada 6 Januari 2019 lalu, Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong sekali gus menjadi sultan pertama yang berbuat demikian ketika memegang jawatan tertinggi negara itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Nipsey Hussle, Penyanyi Rap Terkenal Mati Ditembak

Nipsey Hussle, Penyanyi Rap Terkenal Mati Ditembak

Penyanyi rap terkenal, Nipsey Hussle dilaporkan ditembak mati di Los Angeles, dalam satu kejadian yang menyebabkan seorang maut dan mencederakan dua yang lain, manakala pembunuh terbabit masih bebas.

Nipsey Hussle Killed
Nipsey Hussle.

Nipsey Hussle mula dikenali dalam industri muzik selepas dia dicalonkan dalam Anugerah Grammy bagi kategori Album Rap Terbaik menerusi album berjudul ‘Victory Lap’.

Nipsey Hussle, yang dilahirkan dengan nama sebenar Ermias Davidson Asghedom, merupakan peminat NBA terutama yang berkaitan dengan pemain Nuggets Isaiah Thomas.

Sebelum itu, penyanyi tersebut mula mencipta nama dengan menjual rakaman lagu sendiri dan Jay-Z pernah membeli sebanyak 100 unit pita rakamannya dengan harga AS$100 (RM407) setiap satu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM