Saturday, October 28, 2017

The Pantheon Pusat eSukan Pertama Di Malaysia

Loading...

Industri e-sukan negara mencatat sejarah tersendiri apabila sebuah pusat e-sukan pertama seumpamanya dilancarkan pada satu majlis di One City, Subang Jaya.

The Pantheon

The Pantheon, yang dibina untuk pemain permainan video dan e-sukan di Malaysia, turut mendapat pengiktirafan daripada NVIDIA GeForce GTX sebagai Arena e-Sukan bertaraf Platinum.

Pusat e-sukan bertaraf lima bintang ini turut dilengkapi 116 komputer yang dilengkapi komponen-komponen berteknologi tinggi, zon konsol PS4, simulator lumba kereta dan zon realiti maya (VR).

The Pantheon juga mempunyai enam ruang khusus bagi mereka yang mahu mencuba sendiri desktop canggih dan berteknologi tinggi daripada syarikat terkemuka seperti Alienware, Legion, MSI, Omen, Predator dan Republic of Gamers.

Menurut pengarah The Pantheon, Clement Hui pusat ini juga boleh dijadikan sebagai platform bagi pemain profesional untuk berlatih dan menyesuaikan diri dengan suasana kejohanan dunia.

"Jika lihat ada dalam kalangan pemain bila naik ke pentas, terus rasa takut. Bila sudah berasa takut menguasai diri mereka, agak sukar untuk ke peringkat seterusnya.

"Jadi kami menyediakan Auditorium Arena Pentas yang gah di sini.

"Bayangkan, jika mereka selalu bermain di sini, sedikit demi sedikit perasaan gementar bila berada di pentas itu akan pudar," kata Clement ketika ditemui selepas pelancaran The Pantheon.

Clement berkata, beliau berharap The Pantheon mampu membantu industri e-sukan di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi selain melahirkan lebih ramai pemain profesional bertaraf antarabangsa.

Sementara itu, warga media sosial terutama di Twitter menyambut baik pelancaran pusat e-sukan ini.

Ada juga yang menyifatkan The Pantheon adalah lokasi terbaik untuk meluangkan bersama yang tersayang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya e-Sukan?

sumber: astroawani

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon