Wednesday, January 30, 2019

Gambar Panas Emma Maembong Tersebar Lagi!

Gambar Panas Emma Maembong Tersebar Lagi!

Belum reda kisah gambar mesra pelakon, Emma Maembong bersama abang kepada seorang menteri, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang tidak bertudung tular, timbul pula gambar membabitkan pasangan itu.

Gambar panas Emma maembong

Terbaharu, dua keping gambar wanita mirip Emma berpakaian seksi dirangkul erat seorang lelaki dan sekeping lagi gambar jelas menampakkan Syed Abdullah berada dalam pelukan Emma.

Bagaimanapun, gambar yang dimuat naik dalam Insta Story akaun berkenaan tidak dinyatakan lokasi dan tarikh gambar dirakamkan.

Terdahulu, pendedahan dua keping gambar dipercayai Emma dalam keadaan tidak bertudung dan sekeping lagi gambar seorang wanita sedang duduk di celah kangkang Syed Abdullah di dalam sebuah bilik.

Susulan laporan itu, Emma tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagramnya kerana tidak bertudung, namun menafikan wanita yang duduk di celah kangkang Syed Abdullah adalah dirinya.

Dalam kenyataan berasingan memetik laporan sebuah portal, Syed Abdullah membuat pengakuan gambar berdua-duaan berkenaan dirakamkan empat tahun lalu dan tidak mempunyai kaitan dengan Emma.

Sejak kebelakangan ini, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, dilihat menjalinkan hubungan baik dengan jejaka berusia 30 tahun itu.

Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq kerap berkongsi gambar bersama Emma di laman Instagram peribadinya berserta kapsyen 'rakan baik'.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Cara Mendapatkan Semula Mesej WhatsApp Yang Telah Di Padam

Cara Mendapatkan Semula Mesej WhatsApp Yang Telah Di Padam

Ramai yang menggunakan ciri ‘Delete message’ di WhatsApp setelah silap menghantar mesej, lazimnya kerana typo ataupun kadang-kadang terhantar ke orang lain namun, ada cara rahsia untuk mendapat semula mesej yang telah dibuang, walaupun sudah lenyap dari skrin.

Padam mesej Whatsapp

Hal ini boleh menjejaskan seramai 1 billion pengguna Whatsapp sedunia apabila mesej yang telah mereka buang boleh muncul semula, lapor portal Dailymail.co.uk.

Caranya mudah sahaja:
  • Uninstall aplikasi WhatsApp daripada iPhone atau Android.
  • Muat turun semula WhatsApp daripada stor aplikasi.
  • Log masuk, kemudian memulihkan rekod mesej daripada back-up.

Apabila mesej back-up telah dipulih kembali, semua mesej termasuk yang telah dibuang akan terus muncul.

Ia kerana WhatsApp secara automatik akan menjalankan back-up setiap hari pada 2 pagi selain menyimpan dalam rekod semua mesej yang dihantar dan diterima.

Namun, ini bukan kali pertama isu timbul mengenai ciri ‘Delete for everyone’ itu.

Sejurus selepas ciri itu dilancarkan pada November 2017, blog Android Jefe melaporkan bahawa pengguna Android boleh melihat mesej yang dibuang.

Walaupun pengguna tidak dapat melihat semula mesej yang dibuang itu dalam aplikasi WhatsApp, mesej itu boleh muncul semula menerusi dua cara.

1. Pengguna boleh meletakkan widget ‘Settings’ pada home screen, di mana pilihan ‘Notification Registration’ akan muncul atau,

2. Pengguna boleh muat turun aplikasi sejarah notifikasi yang menunjukkan semua notifikasi terbaharu, walaupun mesejnya telah dibuang dalam WhatsApp

Hal ini kerana apabila notifikasi muncul di telefon pintar Android, ia secara automatik disimpan dalam log notifikasi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Kelebihan Dan Keunikan Menternak Ayam Mutiara

Kelebihan Dan Keunikan Menternak Ayam Mutiara

Kita mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam belanda (piru, turkey), tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis lagi ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam mutiara, api-api atau unggas emas dan di negara Barat yang ia digelar Guinea Fowl misalnya, juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.6 kilogram ini amat popular kerana baik untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi.

Ayam Mutiara

Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya, kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga layak digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging.

Tidak kurang dakwaan yang mengaitkan telurnya mampu meningkatkan hubungan kelamin.

Ayam ini juga berperanan sebagai penjaga kebun, ini disebabkan ayam mutiara ini sememangnya diketahui sebagai pengawal haiwan perosak secara semula jadi.

Ayam mutiara ini juga mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ia suka bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak.

Harganya subjektif bergantung kepada penawaran dan permintaan di pasaran. Dulu ayam mutiara dewasa cuma RM35 seekor kerana tak banyak permintaan tapi sekarang, harga induk ayam mutiara ini dijual di kedai haiwan peliharaan pada harga RM130 seekor. Kalau beli terus dari ladang mungkin boleh dapat harga murah lagi.

Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30-40 biji pada satu-satu masa dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atas. Tempoh pengeraman menggunakan inkubator adalah 28 hari.

Menariknya, kita tidak perlu tunggu lama untuk mendapat hasil kerana anak ayam berusia dua setengah bulan pun sudah boleh dijual.

Ayam mutiara boleh disifatkan sebagai produktif serta tahan lasak berbanding ayam daging biasa. Ia mula bertelur selepas berusia setahun manakala ayam daging pula bertelur apabila ia mencecah usia 20 minggu.

Tetapi ayam mutiara ini sebaliknya mampu bertelur sehingga tujuh tahun lamanya. Oleh itu kita boleh katakan antara keunikan ayam mutiara ini adalah tempoh kemampuannya bertelur.

Keunikan lain ayam mutiara ini adalah ia lebih tahan lasak dalam keadaan cuaca panas. Ayam mutiara tahan lasak disebabkan asal usulnya dari Afrika Barat yang bercuaca panas.

Ayam daging sebaliknya tidak tahan panas dan boleh mati kerana faktor genetiknya yang sudah diubah suai berikutan kedudukannya sebagai ternakan komersial.

Pengubahsuaian itu menjadikan ayam daging ‘lemah’ kerana keutamaannya ialah untuk memastikan pertumbuhan yang lebih cepat.

Faktor itu juga turut menjadikan ayam daging lebih tinggi kolesterol kerana kandungan lemaknya yang banyak berbanding ayam mutiara.

Daging ayam mutiara diketahui lebih sihat dan rendah kolesterol jika dibanding dengan ayam daging. Bagi setiap 100 gram misalnya, lemak dalam ayam mutiara cuma dua gram manakala ayam daging, enam gram.

Ini menunjukkan kandungan lemak ayam daging adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada ayam mutiara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

5 Perubahan Dunia Dalam Mengatasi Kemiskinan Pada Tahun 2018

5 Perubahan Dunia Dalam Mengatasi Kemiskinan Pada Tahun 2018

Hampir sebulan selepas 2018 melabuhkan tirai, data daripada pelbagai aspek mula dikeluarkan oleh badan utama termasuk Bank Dunia.

Mengatasi Kemiskinan

Tumpuan kepada kemiskinan tegar terus diberi penekanan di mana meskipun data menunjukkan penambahbaikan, namun isu itu dijangka akan tertumpu kepada satu wilayah sahaja iaitu Afrika Sub-Sahara.

Ini antara lima perkara dunia capai sepanjang 2018.

1. Kemiskinan tegar berada pada tahap terendah dalam sejarah

Pada 1990, lebih satu pertiga penduduk dunia berdepan kemiskinan tegar dengan pendapatan AS$1.90 (kira-kira RM7.80) sehari atau kurang.

Namun pada 2018, data terkini menunjukkan kadar kemiskinan tegar mencecah 10 peratus, terendah dalam sejarah.

Sejak tiga dekad lalu, sejumlah satu bilion penduduk dunia berjaya keluar dari kemiskinan tegar dengan separuh dari negara di dunia berjaya mengatasi masalah tersebut dan mempunyai data kemiskinan di bawah kadar 3 peratus.

Namun menurut Bank Dunia, lebih banyak perkara perlu dilakukan kerana sejumlah 736 juta orang masih hidup dalam kemiskinan tegar.

2. Kemiskinan tegar kini lebih tertumpu di Afrika Sub-Sahara

Jumlah penduduk miskin tegar di Afrika Sub-Sahara terus meningkat dari 278 juta pada 1990 kepada 413 juta pada 2018.

Pada tahun itu, Afrika Sub-Sahara menempatkan 27 daripada 28 negara paling miskin di dunia dengan jumlah miskin tegar tertinggi jika dibandingkan dengan jumlah miskin tegar seluruh dunia.

Nigeria dijangka melepasi India daripada segi jumlah penduduk miskin tegar tertinggi.

Di wilayah lain, kadar kemiskinan tegar berada di bawah 13 peratus, manakala Afrika Sub-Sahara berada pada 41 peratus.

Menurut laporan Kemiskinan dan Perkongsian Kemakmuran 2018, faktor mendorong peningkatan miskin tegar di wilayah itu adalah pertumbuhan ekonomi terlalu perlahan, konflik dan institusi yang terlalu lemah.

3. 68.5 juta penduduk dunia ‘dipaksa berpindah’

Menurut Agensi Pelarian Pelarian Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) sejumlah besar penduduk dunia ‘dipaksa berpindah’ disebabkan penganiayaan, konflik atu keganasan.

Sejumlah 25.4 juta pelarian direkodkan seluruh dunia dan ditempatkan di negara membangun serta negara maju seperti Jerman yang menempatkan 970,000 pelarian, kebanyakannya dari Syria.

Di negara membangun pula, Lubnan menempatkan jumlah pelarian terbesar per kapita di dunia, iaitu satu daripada empat pelarian Syria.

Menurut Organisasi Antarabangsa untuk Migran, Uganda menempatkan sejumlah 1 juta pelarian Sudan Selatan, Bangladesh pula menempatkan 1 juta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar dan 3 juta orang meninggalkan Venezuela dan lari ke Colombia akibat krisis ekonomi.

Sejumlah 70 peratus dari pelarian ini hidup di bawah garis kemiskinan.

4. 91 peratus populasi dunia hidup di kawasan dengan kualiti udara rendah

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), 9 dari 10 penduduk dunia menyedut udara tercemar, data itu melibatkan 4,300 bandar dari 108 buah negara.

Sejumlah besar kawasan ini adalah di Wilayah Mediterranean Timur dan Asia Pasifik, diikuti Afrika dan Pasifik Barat.

Menurut data kualiti udara, 97 peratus bandar di negara berpendapatan rendah dan sederhana dengan lebih 100,000 penduduk, tidak memenuhi garis panduan kualiti udara WHO.

WHO menjangkakan 7 juta penduduk dunia mati setiap tahun akibat pencemaran udara di luar dan dalam rumah dengan 90 peratus kematian adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

5. Kekurangan nutrisi dan tumbesaran terbantut dikaitkan dengan sanitasi yang teruk

Lebih 2.6 bilion penduduk dunia tidak mempunyai akses kepada tandas dan air bersih untuk tujuan membasuh dan minuman.

Sanitasi teruk mengorbankan 1.6 juta nyawa setiap tahun dan menyumbang kepada kebantutan kanak kanak.

Lebih 150 juta kanak-kanak di seluruh dunia terbantut susulan kekurangan nutrisi terhadap ibu ketika mengandung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Tuesday, January 29, 2019

SBDJ Siri 16: Kain Dalam Perut Gadis

SBDJ Siri 16: Kain Dalam Perut Gadis

Sesudah perempuan muda itu mencium tangan datuk, dia pun membetulkan selendangnya yang jatuh ke atas bahu. Saya lihat alis mata perempuan itu cukup tebal dan lentik. Kerlingnya cukup tajam. Datuk memperkemaskan silanya dan sepasang mata datuk terus meratah ke paras wanita muda di depannya.

Siri SBDJ 15

Nenek terus menghidangkan lemang dan rendang. Bunyi mercun dan meriam buluh sekali-kali terdengar juga memecah kesunyian kampung.

Tiba-tiba saya terkejut, kedua-dua perempuan itu bangun serentak, tanpa menjamah jamuan yang dihidangkan oleh nenek.

Mereka menuju ke muka pintu, sampai bendul mereka merenung ke arah nenek dan datuk sambil melambaikan tangan.

Datuk kelihatan tersenyum senang. Perempuan tua dan perempuan muda memijak anak tangga. Sinar matahari yang mencerah di luar menerpa ke wajah mereka.

Datuk, tiba-tiba terbatuk dengan kuat. Mata nenek dan mata saya tertumpu ke wajah datuk sebentar. Bila saya dan nenek berpusing ke arah muka pintu, batang tubuh perempuan muda dan tua sudah tidak kelihatan lagi di situ. Hilang entah ke mana.

“Ke mana mereka pergi tok?” saya bertanya.

Datuk merenung muka nenek. Mereka berbalas senyum lalu datuk menghadapi hidang yang tersedia.

“Siapa mereka tok?”

Datuk terus menghampiri saya. Dia menepuk bahu saya sambil berkata,

“Itulah nenek muda kau,” suara datuk menendang gegendang telinga saya.

Wajah datuk saya lihat, terpamer sejuta kepuasan dalam dirinya. Saya renung muka nenek, rasa cemburu di wajahnya tidak timbul. Betapa nenek berkorban untuk kebahagian datuk. Fikir saya dalam hati.

“Sudahlah tu, mari minum,” datuk menarik tangan saya.

Nenek ketawa melihat telatah saya yang menurut perintah datuk itu. Nenek terus duduk di sisi saya.

Selesai makan ketupat dan rendang datuk mengajak saya ke tanah perkuburan untuk melihat pusara datuk nenek.

Selesai menziarahi kubur datuk nenek dan menghadiahkan al-Fatihah atas roh, mereka, datuk terus mengheret saya bertandang ke rumah kenalannya. Satu kerja yang amat tidak saya senangi.

Menyusurlah sayadi bawah pepohon getah mengikut langkah datuk yang rancak. Sinar matahari yang keras petang itu memaksa badan saya mengeluarkan peluh.

Baju dan seluar terasa bergetah. Kain samping sudah tidak lekat di pinggang sudah bertukar menjadi kain selipang.

“Ke mana kita tok, saya dah tak tahan ni,” saya mengadu.

“Jalan sikit lagi, kita pergi ke rumah Ujang Selamat.”

“Jauh lagi ke?”

“Lepas pokok asam kumbang sampailah kita.”

Suara datuk mula keras. Matanya tajam memandang muka saya.

Tempat yang dituju sampai juga, sebuah rumah papan beratap zink di pinggir bukit Paya Takung.

Halaman rumah yang bersih itu menghala ke sawah yang saujana mata memandang. Itulah rumah Ujang Selamat, ketua kampung Paya Takung dan rumahnya adalah rumah yang paling cantik dan besar di dalam kampung tersebut.

Ujang Selamat yang berbadan tegap, bermisai lebat memakai seluar dan baju hitam mempersilakan saya dan datuk naik.

Datuk dan Ujang Selamat bersalaman. Ujang Selamat ketawa menampakkan giginya yang besar dan kekuningan itu.

Kata datuk, Ujang Selamat berasal dari negeri Patani di Selatan Siam. Dia meninggalkan kampung halamannya sesudah tercetus peperangan antara rakyat Patani yang menuntut kemerdekaan dari kerajaan Siam.

Dalam pertempuran itu, banyak rakyat Patani yang tewas ditawan oleh tentera Siam. Ujang Selamat melarikan diri hingga sampai ke kampung Paya Takung.

Dia bertani dan bercucuk tanam hingga berjaya mendirikan rumah dan membeli tanah di situ. Kemudian kahwin dengan orang di situ hingga beranak cucu.

Sedang saya dan datuk asyik menjamah lemang, tiba-tiba rumah Ujang Selamat didatangi tetamu. Lima orang semuanya.

Ujang Selamat memperkenalkan saya dan datuk pada tetamu tersebut. Kami bersalaman, berkenal mesra dan sama-sama menjamu selera.

Selesai mengisi perut. Kelima-lima tetamu itu meninggalkan rumah Ujang Selamat. Saya bingkas, duduk kat bendul.

“Memang hajat tu nak ke rumah awak, bila awak dah datang elok benarlah,” kata Ujang Selamat pada datuk sambil mengipaskan badannya dengan kertas suratkhabar.

“Apa halnya?”

“Awak pawang besar tentu tahu atau dapat tanda-tanda."

“Saya bukannya pawang, saya cuma berusaha untuk menolong.”

“Begini,” Ujang Selamat memperkemaskan silanya.

Perut gendutnya yang berlapis itu bagaikan bergerak-gerak. Angin dari tengah wajah terasa menyapu wajah.

Datuk termenung panjang, saya lihat daun telinganya bergerak tiga kali ke depan, macam telinga arnab. Mata dan muka Ujang Selamat ditenungnya.

“Ada saudara mara awak yang sakit?” tanya datuk.

“Semalam, ada orang dari Parit mencari, kalau ada orang yang boleh mengubat anak dara berperut buncit.”

“Tidak, dia sakit,” biji mata Ujang Selamat terbeliak memandang wajah datuk.

Saya sandarkan badan ke dinding. Matahari petang kian condong.

“Kaum awak Ujang?” soal datuk.

“Ada kena mengena dengan bini saya.”

“Jadi apa ikthiar kau?”

"Minta jasa tok pawanglah untuk mencari orang mengubatnya atau tok pawang sendiri berusaha.”

Datuk terdiam, saya tahu datuk tidak berapa senang kalau dia dipanggil pawang atau bomoh.

Itu bukanlah cita-citanya, tetapi kalau dia dipanggil pemburu atau tok buru, dia memang tak menolak. Dia megah kalau ada orang yang memanggilnya demikian.

Datuk termenung panjang. Saya memanglah tidak begitu gembira kalau datuk memenuhi permintaan Ujang Selamat itu, tetapi sesiapa pun tidak dapat menahan sikap terpuji datuk yang suka menolong orang itu.

Di luar, matahari mula condong, tanah sawah yang sudah ditumbuhi rumput-rumput padi sudah tidak berapa jelas kelihatan, burung pipit terbang rendah menuju ke pohon yang memagari batas sawah.

“Bagaimana?” soal Ujang Selamat sebaik saja kami sampai di kaki tangga.

Datuk terdiam. Ujang Selamat masih lagi berdiri di tepinya. Memang, Ujang Selamat minta kata pasti dari datuk.

“Kena tengok macam mana jenis penyakitnya.”

“Bila agaknya, kita boleh pergi.”

“Ujang, usahlah kau susah, pagi esok kita pergi dengan bas.”

“Baiklah,” suara Ujang Selamat dibungai kegembiraan.

Malam itu datuk menceritakan pada nenek tentang hasratnya untuk menolong orang sakit.

Nenek membantah dengan alasan, sejak akhir-akhir ini, setiap kali datuk pulang dari mengubati orang sakit, dia pula akan diserang sakit, hingga terpaksa menjemput isteri mudanya.

Dan hal begini tidak berapa digemari oleh nenek, sebagai seorang wanita walau sebaik mana hatinya, raca cemburu itu tetap wujud dalam dirinya.

Akhirnya, nenek mengalah juga bila datuk menerangkan bahawa di dalam hidupnya dua perkara saja yang boleh mengembirakan hatinya.

Pertama, memburu binatang dan kedua menolong orang sakit dengan tidak membelakangi kasih sayang dan tugasnya sebagai seorang suami terhadap isteri.

Seperti biasa sebelum datuk pergi ke suatu tempat untuk mengubat orang dia akan melakukan sembahyang hajat. Mohon restu dari Allah yang maha besar. Dan malam itu datuk pun melakukan sembahyang hajat.

Dan pagi esoknya, saya, datuk dan Ujang Selamat bertolak dengan bas menuju ke Parit. Dari pekan kecil itu kami menaiki perahu menyeberang Sungai Perak menuju ke sebuah kampung. Belanja Kiri namanya.

Dari pengkalan perahu kami berjalan arah ke utara menuju ke sebuah rumah yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis dan rambutan.

Ujang memperkenalkan datuk dengan Haji Azhar tuan rumah. Dan Ujang Selamat menyatakan tujuan dan maksud datuk datang ke rumahnya.

Haji Azhar yang berkulit putih berambut jarang itu tersenyum. Dia mempersilakan kami naik ke rumahnya. Kami duduk di bahagian anjung rumah.

Haji Azhar terus menyatakan rasa putus asanya untuk mengubati sakit yng dideritai oleh anaknya. Sudah berbelas ekar tanah bendangnya dijual.

Sudah berpuluh dukun Siam, Cina, Gurkha dan orang Asli ditemui mengubati sakit anaknya, semuanya menemui kegagalan.

Dia hanya menyerahkan pada keadaan saja dan menerima siapa saja yang datang ke rumahnya untuk mengubati sakit anaknya itu. Untuk mencari dukun atau pawang dia tidak mahu. Dia benar-benar kecewa.

Datuk meminta izin pada Haji Azhar untuk melihat si sakit. Dengan rasa rendah hati Haji Azhar membawa saya dan datuk masuk ke dalam bilik anaknya. Datuk merenung muka anak dara Haji Azhar sambil mulutnya membaca sesuatu.

Anak dara Haji Azhar gelisah di tempat pembaringan. Matanya bersinar-sinar merenung ke wajah datuk. Perut anak dara Haji Azhar kelihatan membusut mengandung sembilan bulan. Nafasnya kelihatan tersangkut-sangkut, rambut panjangnya menutup bantal di bawah kepalanya.

Datuk minta kebenaran pada Haji Azhar dan isterinya untuk menjamah tubuh anaknya. Mereka mengizinkan.

Datuk pun meraba pergelanggan tangan anak dara Haji Azhar lalu berkata;

“Dah berapa lama kena sakit ni?”

“Dah dekat setahun, tapi baru dua bulan ni yang teruknya.”

“Berjalan ke bilik air pun kena pimpin,” celah isteri Haji Azhar. Datuk anggukkan kepala.

Saya, datuk dan Haji Azhar kembali ke ruang tengah rumah. Kami dapati Ujang Selamat tidak ada. Dada saya berdebar.

Dengan tidak diminta Haji Azhar terus menceritakan pada datuk selain daripada berubat cara kampung dia juga sudah membawa anaknya ke rumah sakit Ipoh. Hampir sebulan anaknya ditempatkan di rumah sakit tersebut.

Setelah diperiksa didapati anaknya itu tidak mengalami sebarang sakit ataupun mengandung.

Pihak rumah sakit berpendapat sebab perut anaknya buncit kerana mengandungi air dan mereka pun berusaha mengeluarkan air dari perut anaknya itu, tetapi usaha itu gagal.

Perut anaknya tidak juga mahu surut dan akhirnya anak kesayangan Haji Azhar dibawa pulang.

Dua bulan sesudah itu lagi sekali Haji Azhar membawa anaknya ke rumah sakit besar Ipoh. Perut anaknya di X-ray.

Pihak doktor di rumah sakit itu tetap berpendapat anaknya tidak menghidap sebarang jenis penyakit, malah salah seorang doktor Melayu bertugas di situ, Dr. Megat Khas telah menasihatkan Haji Azhar supaya berubat cara kampung. (Dan Megat Khas sudah meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan).

Semua yang diceritakan oleh Haji Azhar itu, didengar oleh datuk dengan cukup teliti dan setiap kali Haji Azhar berhenti bercakap sepasang matanya tetap tertumpu ke wajah datuk, seolah-olah dia mengharapkan sangat-sangat datuk dapat menyembuhkan penyakit dideritai oleh anaknya itu.

“Siapa nama anak tuan Haji itu?”

“Latifah.”

“Dulu pernah dipinang orang atau ada menaruh hati pada sesiapa?”

“Menaruh hati tu, saya tak tahulah, tapi orang meminangnya memang ada.”

“Jadi bertunang.”

“Tidak, saya tolak.”

“Sebab.”

“Belum masanya.”

Datuk anggukkan kepala dua tiga kali. Sesekali datuk merenung keluar ikut tingkap rumah yang terdedah.

Kemudian datuk memberi janji pada Haji Azhar untuk berikhtiar mengubati anaknya, dengan syarat Haji Azhar harus menyediakan buah pinang merkah di pokok, daun delima dan tulang kucing hitam dan dengan pertolongan Ujang Selamat semua benda-benda itu dapat diadakan.

Lebih kurang pukul sepuluh malam datuk pun mula menjalankan tugasnya denga penuh teliti.

Sedang datuk membaca mentera, tiba-tiba seketul batu melayang masuk ke dalam rumah. Jatuh di hujung kepala anak dara Haji Azhar.

Dengan sekelip mata saja batu kecil itu, mengeluarkan asap yang berkepul-kepul penuh satu ruang rumah. Semua orang dalam rumah itu habis terbatuk.

Datuk bangun, lalu membuka kain lilit kepalanya. Dua tiga kali dia mengibaskan kain lilit kepalanya ke kanan dan ke kiri. Asap itu berhenti dan batu pun ghaib.

Tempat batu itu jatuh nampak berlubang dan hangus. Datuk berhenti dari meneruskan kerjanya.

“Nampaknya sakit anak tuan haji ni, dibuat dengan cara sihir, ada orang dendam dengan keluarga tuan haji. Ini semua kerja syaitan,” rungut datuk sambil merenung muka Haji Azhar.

“Orang yang membalas dendam ni, bukan kepalang orang, saya minta diri untuk mengubatnya,” sambung datuk.

Muka Haji Azhar berubah. Saya perhatikan kedua belah kelopak matanya digenangi air jernih. Anaknya yang terlentang kelihatan resah dan badannya berpeluh.

Datuk menarik tangan Haji Azhar ke sudut rumahnya. Datuk merapatkan mulutnya ke telinga Haji Azhar.

“Tangguh dulu, kita ikhtiar cara lain malam esok,” kata datuk.

“Saya mengikut saja, asalkan sakit anak saya baik.”

“Saya tahu, sakit anak tuan haji ni, bukan sebarang sakit, ada campur kerja syaitan.”

“Habis apa yang mesti saya buat?”

“Bersabar dan berikhtiar, dalam alam ini, yang maha berkuasa adalah Allah dan tidak ada penyakit yang tidak boleh diubat, kalau diizinkan Allah.”

Mendengar cakap datuk itu, Haji Azhar tersenyum. Masih ada harapan untuknya berusaha. Ujang Selamat juga memberi harapan yang begitu juga pada Haji Azhar.

Sepanjang malam itu, saya dan datuk tidak dapat tidur dengan lena, kerana bermacam-macam bunyi yang kami dengar di luar rumah Haji Azhar.

Bila hal itu diceritakan pada Haji Azhar pagi esoknya, dia mengakui bahawa sejak anaknya jatuh sakit, bunyi begitu memang selalu didengarnya.

Datuk membuat keputusan untuk pergi ke rumah kawannya di Sungai Rokam, Ipoh. Menurut datuk kawannya itu berasal dari Bawean dan boleh mengubati sakit yang dialami oleh anak Haji Azhar itu.

Dengan daya usaha Ujang Selamat, datuk pun bertolak ke Ipoh dengan sebuah kereta kepunyaan anak buah Ujang Selamat.

Datuk meninggalkan Kampung Belanja Kiri di tepi tebing Sungai Perak itu, kira-kira pukul lapan setengah pagi dan pukul lima petang dia pun pulang dengan seorang wakil yang berbadan kurus.

“Ini kawan saya, namanya Wansi, dah dua kali ke Mekah,” datuk memperkenalkan kawannya pada Haji Azhar dan orang-orang yang menyambut kepulanganya di halam rumah.

Datuk terus bercerita tentang kawannya itu pada orang ramai. Kata datuk, kawannya itu dulu bekerja dengan Kelab Lumba Kuda Perak, memang handal berjudi, minum arak dan kaki perempuan, bila dia jatuh sakit teruk, tiga bulan terlantar di rumah membuat dia insaf, bila dia baik dari sakit terus menjadi baik dan meninggalkan kerja-kerja yang ditegah oleh Allah.

Sebelum mengubati anak dara Haji Azhar, Wansi meminta hanya saya, datuk dan dirinya saja yang boleh berada di tempat dia akan lakukan kerjanya.

Semua permintaannya itu dipenuhi. Dia juga meminta pada Haji Azhar semua kerja yang dilakukannya jangan diberitahu pada orang ramai.

Satu syarat yang agak ganjil dikenakan oleh Wansi, dia minta Haji Azhar membuat sebuah pondok kecil di depan rumah Haji Azhar dan pondok itu tidak berpintu.

Orang yang boleh mendiami pondok itu ialah saya, datuk dan dirinya sendiri. Hari yang dipilih oleh Wansi untuk mengubat ialah hari Rabu, mulai pukul satu tengahari.

Sebelum itu, kami tidak dibenarkan menemui sesiapa, selama lima jam, kami tidak boleh memijak tanah, tidak buang air kecil dan besar.

Satu kerja yang cukup seksa saya rasakan, kerana datuk mahu saya mengenali berbagai ragam kehidupan yang ganjil atas dunia ini, saya terpaksa mematuhinya.

Tengahari Rabu, matahari sudah agak tergelincir dari ubun-ubun kepala. Saya dan datuk serta Wansi menghadap dupa yang mengeluarkan asap kemenyan kerana semua tingkap di pondok itu ditutup, badan terasa panas.

“Sedia,” kata Wansi yang sebaya dengan usia datuk.

Dia pun mula bercakap dalam bahasa Bawean, terlalu cepat cakapnya. Dia berhenti lalu merenung pada datuk. Dia angguk kepala. Datuk juga angguk kepala. Datuk menghampirinya.

“Ada apa Wansi?” tanya datuk.

“Kita baca ayat Quran dulu,” jawab Wansi sambil menerangkan pada datuk ayat mana yang mesti dibaca.

Sedang mereka asyik membaca ayat-ayat suci itu, pondok kami bagaikan digegar orang, serentak dengan itu api menyala dengan tiba-tiba di tengah pondok.

Bila api itu dipadamkan, menyala pula di bahagian lain. Saya jadi kelam-kabut di buatnya.

Dengan tenang Wansi mencampakkan seketul besi ke tempat api yang menyala itu. Tiba-tiba api itu padam dengan sendiri. Dan api ajaib itu tidak lagi datang menyerang pondok.

Saya diberitahu oleh datuk, besi yang berjaya memusnahkan api ajaib itu di depan dupa.

Muka Wansi kelihatan berkerut. Seekor kelawar hitam terbang rendah di depan dupa lalu jatuh di situ. Wansi mengambil kelawar hitam itu dimasukkan ke dalam uncang yang dibuat dari kain hitam.

Wansi bangun. Dia merenung datuk dan saya. Wansi melangkah keluar pondok, ikut tingkap. Saya dan datuk juga berbuat demikian, sebaik saja kami bertiga memijak bumi, dua tiga titik darah jatuh atas pipi kami, dari mana datangnya saya pun tidak tahu.

Wansi naik ke rumah Haji Azhar terus masuk ke dalam bilik tempat anak dara Haji Azhar terkapar.

Saya terkejut, bila Wansi merentap kain yang menutup perut anak dara Haji Azhar. Perut anak dara itu kelihatan berkilat dengan urat-urat yang timbul sekali imbas macam buah tembikai.

Wansi menekan perut anak dara itu dengan kedua belah tangannya. Jeritan anak dara itu menguasai seluruh Kampunh Belanja Kiri.

Saya dengan datuk hanya melihat saja. Jeritan anak dara yang kuat itu, makin lama, makin beransur kurang dan akhirnya berhenti terus. Dari hidung anak dara itu keluar darah.

Wansi terus menekan perut anak dara itu, saya lihat tangan Wansi yang keras itu masuk ke dalam perut anak dara itu bagaikan terkoyak. Pergelangan tangan Wansi penuh dengan darah.

Tiba-tiba Wansi berpaling pada datuk dan berkata;

“Sudah dapat.”

“Apa dia?”

Wansi tidak menjawab pertanyaan datuk itu. Dia terus menarik tangannya dari perut anak dara.

Saya lihat ditangan Wansi terlekat kain batik Jawa yang berlipat cantik. Dengan segera perut anak dara yang buncit itu terus kempis dan rata.

Wansi melihat lilihan darah di perut anak dara itu. Dia membaca susuatu, kemudian perut anak dara itu digosoknya dengan tapak tangan kanan tiga kali berturut-turut.

Dalam sekelip mata saja perut itu bercantum kembali tidak terdapat sebarang kesan luka atau darah di situ.

Anak dara Haji Azhar sedar dari pensan. Dia membuka matanya dan memandang ke arah datuk. Anak dara Haji Azhar bangun dan terus duduk.

“Kenal, kain siapa ni?” tanya datuk pada anak dara Haji Azhar.

“Saya punya, tapi sudah lama hilang dalam simpanan saya.”

“Di mana hilangnya?” Wansi pula menyoal.”

“Kain batik tu, saya jemur di ampaian, tiba-tiba hilang, itu saja yang saya ingat,” terang anak dara Haji Azhar dengan jujur.

Datuk pun memanggil Haji Azhar dan isterinya. Mereka mengakuinya, bahawa kain batik tu dibeli oleh Haji Azhar ketika dia pergi menziarahi keluarganya di Bandung-Indionesia, bila pulang ke rumah kain itu dihadiahkan pada Latifah anaknya.

Dan pada suatu hari Latifah mendapati kain batik itu hilang di ampaian sesudah basuh.

Pada petang Rabu itu juga, Latifah anak dara Haji Azhar dimandikan dengan tujuh jenis bunga di tepi tebing Sungai Perak oleh Wansi.

Menjelang waktu Maghrib, Latifah di letakkan di atas pelantar yang dibina berhampiran dengan ampaian tempat kain batiknya hilang. Semua kerja dilakukan oleh Wansi.

Pada sebelah malamnya, ketika Wansi dan datuk bercakap di anjung rumah, seketul tulang lengan manusia dilemparkan oleh satu lembaga hitam dari halaman rumah. Bila tulang lengan itu dijamah oleh datuk, tulang itu terus menjadi arang.

“Sekarang, kita mesti menangkap orang yang menyihirkan kain batik ke dalam perut anak dara Haji Azhar,” ujar datuk pada Wansi.

“Ya, tapi aku tak mahu orang itu dibalas memadai saja dia disuruh bertaubat,” sebaik saja Wansi habis bercakap, wajah seorang lelaki muncul di depan Wansi dari dalam kegelapan malam itu.

Bila datuk mengamati wajah pemuda itu ternyata dia adalah pawang orang asli yang terkenal dari batu enam belas jalan Tapah ke Cameron Highland, Pahang.

Wajah lelaki yang bengis itu kelihatan mengeluarkan asap dan melangkah mahu menerkam ke arah datuk dan Wansi.

Tamat siri 16/284

BACA: SBDJ Siri 15: Dikejar Mayat
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Ikan Serta Daging Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dimakan Ketika Ibu Berpantang

Ikan Serta Daging Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dimakan Ketika Ibu Berpantang

Memang banyak pantang larang semasa berpantang, termasuklah dari segi pemakanan kan? Dari sinilah bermulanya kekurangan nutrisi dan makanan yang seimbang, sedangkan semasa dalam pantanglah ibu-ibu kena mendapatkan semula nutrisi untuk mengembalikan kesihatan badan yang sangat merudum serta untuk menyusukan anak.

Ikan Daging Ibu Berpantang
Gambar hiasan.

Jadi, dalam tempoh berpantang ini, ada beberapa jenis ikan dan daging yang tidak boleh dimakan. Ibu-ibu jangan abaikan kesihatan semasa dalam pantang. Bersabarlah ye.

Ikan Yang Boleh Dimakan:
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan haruan menyembuhkan luka, manakala ikan yu membanyakkan susu ibu.

Ikan Yang Tidak Boleh Dimakan:
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • Ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol

Makanan laut (udang, sotong, kerang)

Ikan yang mengandungi bisa dilarang ibu berpantang mengambilnya kerana ia boleh menyebabkan ibu mengalami turun darah dan bentan.

Ayam Dan Daging Yang Boleh Dimakan:
  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • Ayam hitam
  • Ayam didik
  • Ayam selasih
  • Ayam kampung
  • Daging batang pinang
  • Ayam Dan Daging Yang Tidak Boleh Dimakan:
  • Ayam biasa di pasar, ayam karan (takut gatal kerana ada bahan kimia)

p/s: Setiap orang tidak sama tindak balas badannya terhadap sesuatu jenis makanan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Misteri Pokok Petai Menangis Kampung Petani Akhirnya Terjawab!

Misteri Pokok Petai Menangis Kampung Petani Akhirnya Terjawab!

Misteri pokok petai yang mengeluarkan air pada waktu malam Kampung Petani, Kota Bharu, Kelantan yang mencetus fenomena berlaku berpunca daripada serangga yang dikenali sebagai Cicada atau Riang-riang yang kencing setelah menghisap lebihan air dari pokok tersebut.

Pokok petai menangis

Menurut Ahli Zoologi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Abdul Hamid Ahmad, sesetengah spesis Cicada hinggap di dahan-dahan pokok dan akan menghisap cairan zat makanana daripada pokok tu menggunakan mucungnya.

“Namun, kandungan karbohidrat dalam cairan pokok itu sangat sedikit dan ini menyebabkan serangga itu menghisap lebih banyak cecair lalu mengeluarkan lebihan cecair itu menerusi saluran pencernaan,” kata Dr Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebingungan penduduk di Kampung Petani, Sering sejak dua minggu lalu apabila sepohon pokok petai mengeluarkan air jernih dari daunnya setiap malam.

Berikutan fenomena itu, penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang dan membawa baldi bagi manadah air berkenaan bahkan, ada pengunjung yang menjadikan air dedaun petai ini untuk dijadikan ubat.

Kata Dr Abdul Hamid, serangga berkenaan hidup secara berkumpulan dan apabila sekumpulan serangga Riang-riang ini membuang lebihan cairan zat yang dihisap, ia akan kelihatan seperti hujan.

Dalam masa sama, beliau menegaskan, fahaman yang tidak benar seperti menjadikan air itu sebagai ubat penawar perlu dihentikan kerana ianya merupakan fenomena alam semula jadi.

“Kita perlu elakkan orang awam daripada fahaman yang tidak betul seperti menjadikan air tersebut sebagai ubat dan sebagainya.

"Malah, saya rasa media perlu memainkan peranan penting untuk memberitahu orang awam ini merupakan fenomena yang perlu kita perhati dan kita fahami,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Dr Abdul Hamid berkata, sekalipun air yang diminum itu tidak berisiko dan mendatangkan mudarat, namun orang ramai dinasihatkan mengelak kerana kerana cecair itu berpunca daripada air kencing Cicada.

“Cecair itu tidak berisiko dan mendatangkan mudarat bagi mereka yang meminumnya. Cecair itu boleh dikategorikan sebagai air kencing kerana ia datang dari sistem pencernaan serangga itu.

"Tetapi, ia merupakan serangga tidak seperti kita (mamalia). Serangga itu cuma menghisap zat makanan dari tumbuhan. Jika cecair itu diminum, saya rasa ia tidak mendatangkan masalah,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Dr Abdul Hamid berkata, sekalipun air yang diminum itu tidak berisiko dan mendatangkan mudarat, namun orang ramai dinasihatkan mengelak kerana kerana cecair itu berpunca daripada air kencing Cicada.

“Cecair itu tidak berisiko dan mendatangkan mudarat bagi mereka yang meminumnya. Cecair itu boleh dikategorikan sebagai air kencing kerana ia datang dari sistem pencernaan serangga itu.

"Tetapi, ia merupakan serangga tidak seperti kita (mamalia). Serangga itu cuma menghisap zat makanan dari tumbuhan. Jika cecair itu diminum, saya rasa ia tidak mendatangkan masalah,” ujarnya lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Khasiat Limau Kasturi Tinggi AntiOksidan

Khasiat Limau Kasturi Tinggi AntiOksidan

Tidak siapa menyangka dengan saiz yang kecil, buah limau kasturi sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih tinggi dan lebih banyak berbanding sebiji epal hijau. Perahan jus limau kasturi bukan sahaja mampu menambah keenakan rasa dalam masakan dan minuman, malah ia juga dapat membantu merawat pelbagai penyakit seperti batuk, sakit tekak, pening kepala dan sebagainya.

Khasiat Limau Kasturi

Khasiatnya tidak terhenti di situ sahaja, limau kasturi juga banyak digunakan untuk tujuan kecantikan misalnya dijadikan sebagai bahan untuk mengatasi masalah badan berbau, mengurangkan masalah kelemumur dan menguruskan badan.

Bahan aktif di dalam limau kasturi amat jarang ditemui dalam limau-limau lain dan tergolong dalam kumpulan dihidro-kalkon dan hadir dengan salah satu komponen berkhasiat yang dipanggil Floretin-G.

Floretin biasanya didapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos.

Namun, kajian mendapati bahan floretin banyak terdapat pada bahagian tertentu pada limau kasturi dengan kandungan Floretin-G paling tinggi.

Bahan floretin-G juga boleh dijumpai di dalam epal hijau dan kombinasi antara bahan floretin bersama asid ferulic telah dijual di pasaran antarabangsa sebagai bahan kosmetik anti kedut dan pemutih wajah semulajadi.

Kuantiti Floretin-G yang diekstrak didapati telah meningkat jika dirawat menggunakan campuran enzim terpilih.

Kajian jangka hayat minuman limau kasturi juga menunjukkan kandungan floretin-G dalam produk ini masih stabil walaupun telah disimpan selama 18 bulan pada suhu bilik selain pelbagai ujian termasuk sensori dan penerimaan pengguna terhadap produk minuman ini yang telah dijalankan.

Kajian preklinikal ke atas produk limau kasturi juga menunjukkan ia boleh menstabilkan sel darah merah, menurunkan trigliserida dan kreatinin.

Hasilnya, ramai yang menyukai minuman limau kasturi kerana rasanya kurang pahit selain penuh dengan khasiat semulajadi.

AntiOksidan

Antara bahan penting dalam produk makanan dan minuman kesihatan adalah bahan antioksidan yang boleh merencatkan (tetapi tidak menghalang sepenuhnya) pengoksidaan lemak, protein, karbohidrat dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Proses pengoksidaan tersebut disebabkan oleh kehadiran bahan radikal bebas.

Apabila kandungan radikal bebas tinggi dalam darah, ia boleh menyebabkan tekanan oksidatif dan fenomena ini sering dikaitkan dengan penyebab penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi dan kencing manis.

Sebenarnya, keberkesanan sesuatu produk antioksidan tidak diukur dari tinggi nilai antioksidan yang tertulis pada label semata-mata, tetapi bergantung kepada keupayaan tubuh manusia memetabolisma atau memecahkan bahan antioksidan kepada bahan ringkas yang dikenali sebagai asid fenolik dan seterusnya diserap dalam badan.

Kebanyakan makanan dan minuman yang tinggi bahan antioksidan mengambil masa yang agak lama untuk dimetabolismekan kepada asid fenolik dalam usus besar iaitu lebih kurang lima hingga 24 jam.

Keupayaan tubuh memetabolismekan bahan antioksidan yang berstruktur besar juga akan berkurang dengan kehadiran bahan matrik makanan seperti lemak dan protein.

Sebagai contoh, jika seseorang mengambil makanan atau minuman yang tinggi kandungan antioksidan, diikuti pengambilan bahan berlemak atau tinggi protein, maka bahan antioksidan tidak dapat dimetabolismekan atau dipecahkan kepada asid fenolik.

Ini kerana bahan antioksidan akan diikat dengan lemak atau protein dalam perut dan tidak dapat dimetabolismekan dalam usus besar oleh bakteria yang dikenali sebagai mikroflora.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Legenda Mak Lampir

Legenda Mak Lampir

Legenda Misteri Mak Lampir yang berlaku di Sumatera Barat begitu terkenal di kalangan kita, mengisahkan seorang wanita yang penuh misteri dengan ketamakan dan haloba kuasa. Kerana kemaruk kuasa Mak Lampir sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya.

Legenda Mak Lampir
Gambar hiasan.

Mengamalkan ilmu hitam dan menguasai sihir jahat antara yang menjadi strategi ampuh untuknya supaya kekal berkuasa.

Baling batu sembunyi tangan juga antara strategi yang menjadi mainan demi menghuru-harakan sebuah keamanan. Matlamatnya mudah, ingin berkuasa secara mutlak dan kekal abadi.

Untuk merealisasikan matlamatnya, Mak Lampir memilih pasukan jahat dengan bersekutu bersama jin dan syaitan.

Mak Lampir juga membina para pengikut yang taat setia secara membabi buta terdiri dari kalangan mereka-mereka yang berhati gelap dan sesat. Maka berlakulah pelbagai onar dan tipu muslihat untuk menghuru-harakan institusi masyarakat.

Pelbagai serangan berbentuk fitnah bercampur hasutan demi menyesatkan manusia supaya mereka tunduk menjadi pengikutnya.

Sedang Mak Lampir mabuk diulik kuasa muncul seorang wira, Kyai Ageng Prayogo yang akhirnya berjaya menewaskan Mak Lampir dan mengurungnya di dalam sebuah peti di bawah gunung yang diberi nama Gunung Merapi.

Legenda Mak Lampir

Ramai yang salah menduga bahawa Mak Lampir hanya legenda digunung merapi di jogjakarta, padahal Legenda Mak Lampir sendiri adalah sebuah cerita yang berasal dari gunung marapi di Kabupaten Agam Bukit Tinggi, Sumatera Barat dan kemudian diadaptasi di jawa kerana disana ada gunung merapi, namun banyak versi lain yang diragui kebenarannya kerana telah disesuaikan dengan daerah-daerah tertentu.

Legenda Mak Lampir ini juga sangat berkaitan dengan Legenda 7 Manusia Harimau yang juga berasal dari Sumatera Barat sebahagian Provinsi Bengkulu dan Lampung.

Masa muda Mak Lampir

Siti Lampir Maemunah merupakan seorang puteri dari kerajaan kuno iaitu Champa yang diambil dari bahasa Vietnam, Chiem Thanh, dengan erti kerajaan yang pernah menguasai daerah yang sekarang termasuk Vietnam Tengah dan Selatan antara abad ke 7 sampai tahun 1832.

Pada dasarnya, waktu dewasa Siti Lampir Maemunah ini adalah seorang gadis yang cantik, baik namun sangat pemalu seperti wanita pada umumnya.

Saat dewasa dia juga pernah merasakan jatuh cinta dengan seorang pemuda.

Sampai suatu hari Siti Lampir berjumpa dengan seorang pengembara yang dipanggil Datuk Panglima Kumbang, seorang bangsawan yang bergelar datuk.

Disebut datuk kerana dia adalah panglima dari pasukan alam kegelapan.

Saat itulah cerita pertama Siti Lampir jatuh cinta kepada seorang pemuda iaitu Datuk Panglima Kumbang yang tidak ada yang pasti siapa nama pemuda itu.

Namun, yang jelas pemuda itu juga diam-diam suka kepada Siti Lampir Maemunah walaupun tanpa pengetahuan sang puteri.

Kisah Cinta Mak Lampir

Walaupun mereka berdua saling suka, namun hubungan mereka tidak mendapat restu dari kedua orang tua Datuk Panglima Kumbang dan membuat sang puteri sakit hati.

Kerana sakit hati, maka sang puteri pergi bertapa ke Gunung Merapi.

Saat pertapaan tersebut, sang puteri bertemu dengan seorang mahaguru, yang banyak sekali memberi ilmu hingga sang puteri sakti mandraguna tanpa tandingan.

Puteri tersebut lalu mendapat sebutan Mak Lampir dari warga sekitar gunung yang ketakutan mendengar namanya.

Di sisi lain, walaupun tidak mendapat restu dari orang tua Datuk Panglima Kumbang, Mak Lampir terus mencari pujaan hatinya tersebut. Akan tetapi ia tidak pernah bertemu.

Hinggalah pada suatu hari, Mak Lampir dan Datuk Panglima Kumbang akhirnya bertemu, namun mereka bertemu dalam medan pertempuran. Dan sayangnya Datuk Panglima Kumbang tewas dalam perang tersebut.

Mak Lampir sangat menyesali kematiannya, terlebih ketika ia mengetahui jika Datuk Panglima Kumbang juga mencintainya.

Dia tidak rela orang yang sangat dicintainya mati, akhirnya Mak Lampir berusaha menghidupkan kembali Datuk Panglima Kumbang dengan cara mengikatkan jiwa Datuk Panglima Kumbang di bumi.

Awal Mula Peperangan Bangsa Ghaib

Kesaktian yang dimiliki Mak Lampir berjaya menghidupkan semula Datuk Panglima Kumbang, namun ilmu yang digunakan menyebabkan wajah Mak Lampir berubah menjadi buruk dan sangat menyeramkan.

Walaupun dengan wujud tersebut Mak Lampir berharap Datuk Panglima Kumbang tetap mencintai dan menerimanya dengan tulus.

Namun, yang terjadi adalah sebaliknya. Pengorbanan yang dilakukan oleh Mak Lampir tidak dihargai oleh Datuk Panglima Kumbang.

Pujaan hati Mak Lampir tersebut malah menganggap wanita yang telah menghidupkannya itu adalah syaitan dengan wajah buruknya dan sejak itu pertempuran ghaib terus terjadi, membuatkan ramai orang takut dengan Mak Lampir.

Cerita Lain Mak Lampir di Pulau Jawa

Disebutkan dalam kisah lain iaitu Mak Lampir yang sudah berumur ratusan tahun memilih pindah ke pulau jawa dengan tujuan untuk membuat ilmu yang dimilikinya semakin sempurna.

Di pulau Jawa dia bersemayam di Gunung Merapi dan mendirikan sebuah kerajaan ghaib yang sangat luas. Ia bersekutu dengan Iblis untuk mewujudkan harapannya.

Kerana hal tersebut Mak Lampir boleh hidup hingga ratusan tahun dan menjadi siluman. Ia tidak akan mati dan terus mengganggu manusia.

Walaupun legenda Mak Lampir memang sangat terkenal, tetapi itu hanyalah kisah rakyat dan tiada siapa yang mampu membuktikan kisahnya dengan jelas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: tribunnews

Monday, January 28, 2019

10 Pembohongan Terbesar Media Barat Tentang Negara Haram Israel

10 Pembohongan Terbesar Media Barat Tentang Negara Haram Israel

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel.

Negara Haram Israel

Melalui buku beliau yang bertajuk, "Israel, let's talk about it", Collon telah menyenaraikan "10 pembohongan besar" yang telah disebarkan oleh media Barat bagi "menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel".

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Negara Israel Ditubuhkan Kerana Pembunuhan Ketika Perang Dunia Ke 2

Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua.

Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897.

Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Kembali Ke Negara Asal

Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, yang kononnya mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D.

Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi.

Jadi, "kembali ke bumi asal" adalah suatu yang tidak benar.

Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malah, keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin.

Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi.

Puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya.

Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Negara Tidak Berpenduduk

Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang "kosong' dan tidak diduduki.

Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Penduduk Palestin Tinggalkan Negara

Ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.

Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Demokrasi Tunggal Di Timur Tengah

Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malah Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel.

Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman.

Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Menegakkan Demokrasi

Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel.

Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion.

Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Perjanjian Damai

Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan.

Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara ke-21 dalam Kesatuan Eropah.

Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel malahan membantu mereka dari segi kewangan.

Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dengan dahsyat bumi Gaza.

8. Anti-semitik

Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semitik untuk memberi tekanan supaya menutup mulut.

Tetapi, kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism.

Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara penganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Rakyat Palestin Melakukan Keganasan

Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan.

Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata.

Rakyat Palestin hanya mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Tiada Perdamaian

Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini dan tidak akan ada penyelesaian terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkara yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain.

Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: haluan