Wednesday, October 31, 2018

Transaksi Melebihi RM25,000 Wajib Lapor Kepada Bank Negara Malaysia

Transaksi Melebihi RM25,000 Wajib Lapor Kepada Bank Negara Malaysia

Bermula tahun 2019, semua transaksi melebihi RM25,000 di mana-mana institusi kewangan perlu dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM), sebagai langkah membendung sebarang risiko jenayah kewangan.

Bank Negara Malaysia

Kadar itu direndahkan berbanding RM50,000 sebelumnya, bagi mengekang sebarang jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan di negara ini.

Mengumumkan perkara itu, Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, sebanyak RM10 trilion (ASD2.6 trilion) hilang serata dunia selama ini akibat jenayah kewangan.

Sehubungan itu, langkah mengurangkan kadar penghantaran wang dan menetapkan had penghantaran ke RM25,000 sehari boleh membantu membendung sebarang risiko jenayah kewangan.

Bercakap pada Persidangan Jenayah Kewangan & Pembiayaan Pengganas (IFCTF) ke-10, Nor Shamsiah menyarankan agar semua pihak memainkan peranan dalam menangani jenayah kewangan.

Risiko berkaitan dengan jenayah kewangan masih lagi dianggap remeh dan harus diubah jika Malaysia benar-benar mahu menangani jenayah.

Beliau turut menyarankan agar semua pihak ambil tahu tentang perkembangan dunia kewangan yang memberi laluan kepada cara penjenayah menipu orang ramai.

Di Malaysia, transaksi perbankan internet adalah sebanyak 500 juta pada 2016 dan kini angka itu telah meningkat ke 1.2 bilion transaksi sehingga Ogos tahun 2018 ini.

Ini menjadikan risiko penipuan kewangan dan jenayah kewangan semakin meningkat.

Mudahnya rakyat Malaysia diperdaya jadi mangsa jenayah siber

Kejadian jenayah melibatkan internet sebenarnya adalah jenayah yang wujud sekian lama cuma kali ini dilakukan dengan pendekatan baru.

Secara prinsip, apa yang salah di dunia sebenar juga satu kesalahan di dunia maya.

Jika diperhatikan dengan teliti, jenis jenayah yang dilakukan melalui dunia maya sebenarnya sama dengan apa yang berlaku di dunia nyata iaitu seperti menipu, mencuri, malah rogol dan bunuh.

Penjenayah hanya melakukan sedikit perubahan mungkin dalam cara bekerja sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini untuk mencari mangsa.

Kerja mereka menjadi lebih mudah kerana tidak perlu lagi memperkenalkan diri sebenar kerana boleh menyamar di sebalik identiti rekaan di dunia maya.

Justeru, penipuan dalam talian yang melibatkan cinta, e-dagang dan kewangan, pornografi, berita palsu dan pelanggaran hak cipta tersebar luas.

Laman media sosial seperti Facebook, Instagram serta aplikasi sembang maya seperti Whatsapp, WeChat dan Telegram menyediakan akses tanpa had kepada mereka yang berpotensi menjadi mangsa.

Selalunya wanita mudah menjadi mangsa kepada pelbagai penipuan, kasanova dan pemangsa seksual.

Jumlah kes dan kerugian terus meningkat saban tahun. Pada 2014, terdapat 1,026 kes penipuan ‘African Love Scam’ dilaporkan yang melibatkan kerugian berjumlah RM52.87 juta manakala pada 2016 bilangan itu meningkat kepada 2,489 kes dengan kerugian sebanyak RM98.9 juta.

Dalam kesemua kes, mangsa tidak pernah bertemu secara langsung dengan kenalan yang mereka anggap ‘kekasih’ namun mudah menyerahkan wang mereka.

Penjenayah siber terlebih dahulu mengkaji pelbagai aspek yang berkaitan, mengenal pasti semua kelemahan sama ada dalam sistem mahupun bakal mangsa, sebelum mereka mengorak langkah.

Sindiket itu menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi antarabangsa mereka kerana mereka mendapati Malaysia sebagai lokasi yang kondusif untuk aktiviti mereka terutamanya berdasarkan fakta Malaysia mempunyai sistem telekomunikasi yang baik dan sambungan Internet yang memudahkan operasi sindiket.

Salah satu sindiket penipuan antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi adalah ialah ‘Macau Scam’ yang mula dikesan pada 2012 yang beroperasi di Sabah. Mangsa penipuan ini dikatakan kerugian sebanyak 10 bilion Renmibi (RM6 bilion).

Menggunakan Voice over Internet Protocol (VoIP), anggota sindiket itu menyamar sebagai pegawai polis atau pegawai Bank Negara yang mendakwa mangsa terlibat dalam transaksi haram dan perlu membayar sejumlah wang bagi mengelakkan sebarang tindakan.

Rakyat Malaysia aktif di internet

Rakyat Malaysia mudah menjadi mangsa penjenayah siber terutamanya memandangkan hakikat negara ini mempunyai bilangan pengguna internet yang tinggi, iaitu kira-kira 2/3 penduduk negara yang seramai 31.7 juta orang.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Internet amat ‘rapat’ di hati mereka dan sebanyak 97% pengguna media sosial di Malaysia memiliki akaun Facebook dengan 18 juta pengguna aktif media sosial setiap hari dan secara purata pengguna, masing-masing memiliki 4 akaun media sosial.

Menyentuh aspek penggunaan pula, 90.7% daripada mereka menggunakan telefon pintar dengan penggunaan internet terutamanya untuk tujuan komunikasi teks (92.7%), carian maklumat(90.1%) dan media sosial(80%).

Sikap pengguna undang risiko

Bagaimanapun, sekiranya berlaku jenayah siber, ia kerana kesalahan pengguna internet itu. Sikap mereka sebenarnya yang mengundang risiko kerana sewenang-wenangnya berkongsi maklumat sensitif seperti lokasi, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan maklumat peribadi lain menjadikan mereka sasaran mudah penjenayah siber.

Oleh itu, kemahiran kawal selia kendiri oleh netizen adalah penting di mana mereka perlu memahami dan mematuhi undang-undang serta etika yang berkaitan dengan penggunaan teknologi internet.

Jangan sekali-kali melayan mesej atau sms daripada pihak yang tidak dikenali. Penjenayah siber ini mendahului kita setiap kali seseorang klik untuk membaca pesanan mereka.

Berhati-hati sebelum mendedahkan nombor telefon kepada sesiapa juga kerana separuh daripada maklumat peribadi anda terdapat di dalamnya.

Ingat, serigala sentiasa ada di sekeliling kita.

BACA INI JUGA:

sumber: freemalaysiatoday | astroawani

Putera Arab Saudi Pemilik Baharu Manchester United?

Putera Arab Saudi Pemilik Baharu Manchester United?

Putera Arab Saudi, Mohammad Salman, yang lebih dikenali dengan gelaran MBS didakwa sedang bersiap sedia membeli kelab 'Syaitan Merah' daripada pemilik sekarang, Joel dan Avram Glazer.

Mohammad Salman MU

Ketika ini, namanya 'menggelegak' dalam skandal pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, tokoh yang sangat berpengaruh di Arab Saudi.

Media melaporkan, MBS menawarkan harga £4 bilion (RM21.7 bilion) untuk memiliki Manchester United.

Ia bukanlah menghairankan kerana banyak pihak menganggarkan harta MBS ketika ini ialah £850 bilion.

Akhbar Mirror melaporkan, MBS berharap dapat bertemu pasangan adik-beradik Glazer itu dalam tempoh seminggu dua ini.

Di sebalik khabar angin yang semakin kencang itu, media melaporkan adik-beradik Glazer terpaksa berhati-hati dengan tawaran putera mahkota dari Arab Saudi itu kerana keadaan semasa yang menyaksikan berlaku ketegangan diplomatik di antara Riyadh dan negara luar.

Untuk rekod Jamal, 59, ialah wartawan kelahiran Madinah, Arab Saudi yang menjadi pengkritik tegar keluarga bangsawan negara terbabit.

Dia berkunjung ke bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 2 Oktober lalu namun kemudiannya 'ghaib'.

Hanya selepas 18 hari barulah Riyadh mengaku Jamal sudah meninggal dunia, kononnya akibat pergaduhan yang berlaku dalam bangunan tersebut.

Bagaimanapun, kesahihan kisah versi Riyadh itu tidak dipercayai ramai.

Keluarga Glazer membeli Manchester United pada 2005 boleh mendapat keuntungan sehingga £2.2 bilion (RM5.3 bilion) jika persetujuan dicapai dengan MBS.

Forbes menganggarkan nilai kelab itu ketika ini ialah £3.2 bilion.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Tuesday, October 30, 2018

Enjin Pesawat Lion Air Rosak, Pelakon Indonesia Kongsi Pengalaman Menakutkan!

Enjin Pesawat Lion Air Rosak, Pelakon Indonesia Kongsi Pengalaman Menakutkan!

Pelakon dan pengacara cantik terkenal di negara jiran, Conchita Caroline, telah berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan ketika beliau menaiki pesawat Lion Air, yang dilaporkan meragut nyawa keseluruhan penumpang dan anak kapal.

Enjin Pesawat Lion Air Rosak, Pelakon Indonesia Kongsi Pengalaman Menakutkan!

Menurut perkongsian Conchita, beliau dan produksi rancangan televisyen tempatan menaiki pesawat yang sama dari Denpasar ke Jakarta dan mengalami sedikit kesukaran sehingga menyebabkan kelewatan berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai.

Penumpang sepatutnya dijadualkan masuk pesawt pada jam 6:15 petang waktu tempatan tetapi tertunda sehingga jam 7:30 malam berikutan masalah kegagalan enjin yang dikhabarkan tidak boleh berfungsi dengan baik.

Pesawat tersebut sempat masuk ke laluan perlepasan tetapi berpatah balik ke tempat letak pesawat dan masalah ini dikatakan berlanjutan selama 30 minit sehingga menyebabkan ada penumpang muntah akibat kekurangan oksigen dan penghawa dingin tidak dapat dihidupkan.

Bukan itu sahaja, enjin pesawat tersebut juga kedengaran lain daripada biasa yang menyebabkan penumpang risau akan keselamatan penerbangan tersebut. Penumpang akhirnya menggesa anak kapal untuk membuka pintu pesawat untuk mendapatkan udara segar.

Sebaik sahaja penumpang berjaya keluar daripada pesawat tersebut, ada diantara mereka yang cuba untuk mendapatkan pengesahan penerbangan daripada pihak petugas di lapangan terbang tersebut, tetapi, pegawai lapangan terbang tersebut juga kurang mengetahui memandangkan hubungan antara mereka dan pihak penerbangan agak kurang baik.

Setelah agak lama, penumpang diarahkan untuk masuk kembali ke pesawat dengan alasan untuk menjalankan percubaan enjin pesawat.

Conchita Caroline tiket

Conchita mula bersuara menegakkan hak penumpang dan bertanya adakah pesawat tersebut selamat untuk digunakan berlepas dan mengapa perlu menyuruh penumpang masuk sedangkan hanya untuk percubaan enjin?

Conchita sempat bertanya kepada jurutera yang memeriksa pesawat tersebut mengenai perkara tersebut tetapi dijawab dengan nada yang agak tegas sambil menunjukkan surat izin terbang yang sudah ditandatangani oleh jurutera itu sendiri.

Walau bagaimanapun, penumpang tetap diminta untuk masuk ke pesawat dalam keadaan kapal terbang tersebut agak panas dan penghawa dingin masih belum berfungsi. 10 minit kemudian pesawat tersebut tetap tidak berlepas walaupun sudah mendapat pengumuman untuk berlepas.

Pesawat tersebut mula bergerak ke landasan berlepas walaupun berasa was-was mengenai keadaan pesawat. Ramai penumpang memberitahu bahawa mereka kekurangan oksigen tetapi tidak dihiraukan oleh anak kapal.

Pesawat itu akhirnya berlepas dalam keadaan enjin mengeluarkan bunyi yang agak aneh terutamanya sebelah kanan pesawat. Penerbangan tersebut akhirnya selamat sampai di lapangan terbang Seoekarno-Hatta.

Conchita Caroline Cantik

Conchita sempat menyatakan kekesalan terhadap pengurusan pelanggan pihak penerbangan tersebut yang memberi layanan acuh tak acuh kepada penumpang.

Kekesalan beliau berpanjangan meskipun pesawat tidak berada dalam keadaan baik sesuai untuk penerbangan komersil.

Perkongsian diakhiri dengan pesanan buat pihak Lion Air untuk memperbaiki perkhidmatan baik dari segi kebajikan pengguna dan juga keadaan pesawat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

OnePlus 6T Terbaharu Dilancarkan Di Malaysia!

OnePlus 6T Terbaharu Dilancarkan Di Malaysia!

Smartphone OnePlus 6T akhirnya diumumkan secara rasmi dan port audio 3.5mm dinyahkan selama-lamanya daripada badan telefon ini. Dilancarkan selang 5 bulan daripada OnePlus 6, kini anda boleh menjangkakan penambahbaikan minimum pada model sebelum. Paling ketara adalah pada rupa fizikalnya.

OnePlus 6T Terbaharu Dilancarkan Di Malaysia!

Pada bahagian belakang, pengimbas cap jari turut dibuang untuk beri laluan pada pengimbas cap jari terbina dalam badannya. OnePlus menjanjikan kepantasan nyahkunci sehingga 0.34 saat.

Bahagian depan kini menampilkan notch berbentuk titisan air berbanding notch kolam mandi. Ia menyumbang pada nisbah paparan-ke-badan yang lebih tinggi, 86%.

Paparannya kini sebesar 6.41″ dengan teknologi AMOLED dengan resolusi HD Penuh.

Kapasiti bateri turut diperbesar kepada 3,700 mAh daripada 3,300 mAh dan boleh dicas pantas tapi masih tiada Qi Wireless Charger.

OnePlus 6T Battery

Spesifikasi teknikal masih dikekalkan dan anda beroleh telefon dengan komponen seperti:
  • CPU Snapdragon 845
  • RAM 6GB/8GB
  • Storan 128GB/256GB

Bahagian pengimejan turut kekal. Ia hadir dengan dwi-kamera belakang 12MP+20MP dan kamera depan 16MP.

Sungguhpun sama, OnePlus memaklumkan perisian kamera nyata ditambah baik untuk berikan pengalaman kamera yang lebih baik.

OnePlus 6T Set Rasmi Di Malaysia

OnePlus 6T akan mula dijual pada 8 November 2018 ini dan kempen tempahan berjalan daripada 30 Oktober 2018 hingga 7 November 2018.

Harga OnePlus 6T yang akan dijual di Malaysia adalah seperti berikut:
  • RAM 6GB + Storan 128GB – RM2,588
  • RAM 8GB + Storan 128GB – RM2,888
  • RAM 8GB + Storan 256GB – RM3,188

OnePlus 6T adalah produk terbaru daripada OnePlus yang dilancarkan di New York pada 29 Oktober 2018 lalu.

OnePlus 6T Kamera

Ia adalah sebuah flagship dengan komponen seperti:
  • Skrin 6.4″ OLED.
  • CPU Snapdragon 845.
  • RAM sehingga 8GB.
  • Storan sehingga 512GB.
  • Dwikamera belakang 12MP+20MP.
  • Kamera depan 16MP.
  • Bateri 3,700 mAh.

Perbezaan OnePlus 6T dengan OnePlus 6 adalah pada notch yang lebih kecil, bateri sedikit besar dan cap jari dibina di dalam paparan itu sendiri.. Jika anda memiliki 6, naik taraf kepada 6T adalah amat minimum.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: soyacincau | soyacincau2

Program Food Bank Malaysia, Mengumpul Makanan Berlebihan Untuk Diagihkan Kepada Isi Rumah Kurang Berkemampuan

Program Food Bank Malaysia, Mengumpul Makanan Berlebihan Untuk Diagihkan Kepada Isi Rumah Kurang Berkemampuan

Program Food Bank Malaysia yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah bagi meringankan beban ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM940 sebulan.

Program Food Bank Malaysia

Projek pengumpulan lebihan dan pengagihan makanan itu merupakan anjuran bersama pasar raya-pasar raya utama di negara ini.

Ini merupakan satu inisiatif peduli rakyat bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung kesan daripada kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan.

KPDNHEP sedang dan telah merancang percubaan bagi program Food Bank Malaysia bersama pasar raya-pasar raya utama di seluruh negara sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara pada awal tahun 2019.

Pogram tersebut telah dilaksanakan sebelum ini membabitkan pengendali pasar raya besar Tesco yang dimiliki Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) menerusi projek 'Tesco Food Surplus Donation' pada 2016.

Program tersebut juga merupakan salah satu inisiatif bagi mengurangkan pembaziran makanan selaras dengan komitmen Malaysia di peringkat global di bawah matlamat pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Matlamatnya adalah bagi mencapai pengurangan setengah daripada lebihan makanan daripada keseluruhan yang dikeluarkan menjelang 2030.

Kerajaan menjemput rangkaian peruncit, pengilang dan industri perhotelan di negara ini untuk turut serta bersama-sama KPDNHEP dalam menjayakan program Food Bank Malaysia.

Program ini tidak memberikan implikasi yang besar dari segi kewangan kerana setiap pasar raya ada lebihan makanan sendiri daripada seksyen buah-buahan, sayur-sayuran dan bakeri (roti dan kek) cuma, ia perlu diselaraskan kutipan dan pengagihannya sahaja.

Menerusi projek tersebut, lebihan makanan khususnya yang masih elok dan belum terjual akan diagihkan untuk dinikmati oleh golongan yang kurang berkemampuan.

Sehingga kini, KPDNHEP sudah mengenalpasti Kenchara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation sebagai rakan strategik bagi pengumpulan data golongan sasar dan pengedaran makanan kepada golongan memerlukan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Bahaya Zakar Patah Ketika Hubungan Intim

Bahaya Zakar Patah Ketika Hubungan Intim

Ramai yang menganggap zakar patah adalah omongan kosong, tapi ia sebenarnya boleh terjadi! Sebab itu penting untuk lelaki tahu bagaimana zakar patah atau penis fracture boleh terjadi untuk mengelaknya.

Zakar Patah

Kali ini, kami bawakan sedikit info tentang bagaimana zakar patah boleh terjadi dan apa yang boleh suami isteri lakukan untuk mengelak kejadian yang tidak diingini ini.

Apa itu Zakar patah?

Secara teknikalnya, zakar tidak mempunyai sebarang tulang, jadi ia tidak boleh dipatahkan namun, kejadian penis facture berlaku kerana corpora cavernosa, sejenis tiub di dalam zakar mengisi darah apabila ia tegang.

Jika corpora cavernosa ini tiba-tiba pecah atau zakar membengkok pada sudut yang aneh, maka terjadilah zakar patah.

Semasa corpora cavernosa pecah, anda boleh mendengar bunyi seakan bunyi retak dan patah keluar.

Rasanya? Sangat menyakitkan! Ia juga boleh menyebabkan zakar lebam dan membengkak!

Menurut pakar urologi dari Pusat Perubatan Universiti Rush, Laurence Levine, biasanya tiada pendarahan yang akan keluar dari kulit jika zakar patah.

Namun sebenarnya, terdapat keretakan di bahagian dalam tisu di sekeliling silinder ereksi. Darah akan memenuhi silinder ereksi tersebut dan akan menyebabkan zakar bengkak.

Zakar yang patah akan kelihatan macam terung di mana ia bertukar warna menjadi warna ungu kerana bengkak.

Bagaimana zakar patah boleh terjadi?

Jawapannya, aktiviti hubungan intim antara punca utama mengapa zakar patah.

Bagaimana nak mengelak zakar patah?

Oleh sebab zakar patah sering terjadi kerana aktiviti hubungan seks, maka penting untuk pasangan suami isteri mengetahui posisi apakah yang berisiko untuk mendatangkan masalah.

Berikut antara posisi hubungan intim yang boleh mendatangkan risiko “zakar patah”.

1. Posisi isteri di atas

Menurut Dr. Levine, salah satu posisi yang paling biasa menyebabkan penis fracture adalah posisi wanita duduk di atas lelaki.

Ini kerana tujahan zakar boleh tersasar dan mungkin melanggar tulang pelvik atau punggung isteri.

Akibatnya, zakar boleh terbengkok secara tiba-tiba dan tisu dalam kulit terkoyak.

Jadi, jika kalian ingin cuba aksi ini, sila fokus pada aktiviti grinding, bukannya tentang teknik mendayung.

2. Reverse cowgirl

Zakar Patah

Sama seperti posisi isteri di atas, posisi reverse cowgirl juga mendatangkan risiko yang serupa. Posisi ini menyebabkan zakar berada di angle ke bawah, maka ia diberi lebih tekanan.

Oleh itu, anda suami isteri memang diminta untuk lebih fokus.

3. Posisi dari belakang

Posisi seks dari belakang atau doggy style boleh menyebabkan zakar patah kerana ia memberi terlampau banyak tekanan pada penis.

Jika posisi ini dilakukan dengan rakus, zakar berisiko untuk patah.

Jadi, lakukan ia dengan perlahan-lahan dan tanpa paksaan untuk mengelak kesakitan.

4. Sebarang aksi seks yang ganas

Akhir sekali, penting untuk anda tahu yang aksi seks ganas mampu mendatangkan kecederaan.

Cara untuk mengelaknya? Lakukan hubungan intim mengikut ritma anda sendiri.

Apa patut dibuat jika zakar anda patah?

Zakar patah mungkin kedengaran macam satu mimpi ngeri, tapi jangan risau. Walaupun ia menyakitkan, namun penis fracture masih boleh diselamat.

Berikut antara perkara anda patut buat jika anda mengalami mimpi ngeri ini.

1. Jangan tunggu!

Jika anda rasa penis anda mengalami kecederaan, segera berjumpa dengan doktor. Lagi lama anda tunggu, lagi parah kecederaan itu boleh terjadi!

2. Tanda-tanda zakar patah

Antara tanda yang paling jelas ialah kesakitan yang melampau dan bengkak. Anda juga boleh dengar bunyi “popping” atau “cracking” ketika ia terjadi. Cuba lihat air kencing anda. Adakah ia berdarah?

3. Pembedahan

Kejadian patah ini boleh dirawat dengan pembedahan oleh doktor pakar.

4. Akan sembuh

Seorang lelaki masih boleh bersenggama selepas pembedahan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

5 Bintang Kpop Paling Kaya

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Populariti bintang Kpop dari Korea Selatan menjadikan ramai di antara mereka berpengaruh di seluruh dunia dan ia membolehkan mereka berhelar jutawan.

Daripada penjualan album, tiket konsert, duta produk dan jenama mereka sendiri, portal Koreaboo menyenaraikan 5 bintang yang paling kaya di negara itu.

1. PSY – AS$45 juta (RM187 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Penyanyi PSY menduduki tangga pertama sebagai bintang kpop paling kaya.

PSY mula menjadi perhatian dunia apabila lagunya, Gangnam Style menjadi tular dan popular di seluruh dunia selain muzik video itu mencipta rekod sebagai paling banyak di tonton selama lima tahun di YouTube.

2. Siwon – AS$35 juta (RM146 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Memulakan karier sebagai anggota kumpulan Super Junior, Siwon mencipta nama dan kekayaan bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi lakonan dan model sejak 15 tahun lalu.

3. G-Dragon – AS$21 juta (RM87.6 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

G-Dragon bukan sahaja menganggotai kumpulan kpop terkenal Big Bang tetapi dia antara yang berjaya mencipta nama sebagai artis solo.

Kekayaan G-Dragon diperolehi termasuk daripada koleksi fesyennya, PeaceMinusOne.

4. Rain – AS$20 juta (RM83.7 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Rain barangkali bintang Korea Selatan yang memperkenalkan Kpop ke seluruh dunia menerusi muzik dan drama lakonannya, Full House.

Penyanyi itu juga berjaya mencipta nama di Amerika Syarikat apabila berlakon dalam filem Ninja Assasin yang diterima baik penonton.

5. Dara – AS$16 juta (RM66.7 juta)

5 Bintang Kpop Paling Kaya

Dara memulakan karier sebagai penyanyi dan pelakon di Filipina namun sejak mengembangkan kerjayanya di Korea, ia bagaikan tidak dapat dihentikan lagi.

Wajah cantik dan bakat luar biasa, membuatkan dia sentiasa menjadi pilihan membintangi drama dan duta produk terkenal sehinggakan berjaya mengumpul kekayaan pada usia muda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Sunday, October 28, 2018

7 Bandar Paling Kotor Di Dunia

7 Bandar Paling Kotor Di Dunia

Tahukah anda beberapa buah bandar dibawah ini merupakan tempat yang paling tercemar dan kotor di dunia yang menyebabkan penduduknya menghadapi pelbagai masalah kesihatan, namun sebahagiannya adalah lokasi popular untuk melancong.

Mungkin anda boleh menukar atau membuat perancangan sewajarnya jika ingin melawat ke bandar-bandar ini.

1. New Delhi, India

New Delhi Dirty

Kebanyakan bandar di India mengalami masalah yang sama iaitu dari segi kebersihan, dengan kadar populasi yang tinggi, lebih daripada 1.3 billion penduduk, tidak mustahil bagi negara ini tersenarai sebagai negara dengan bandar paling kotor di dunia.

New Delhi Dirty

India juga mengalami masalah pencemaran udara dan air yang menyebabkan penduduknya terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan.

Namun, kerajaan India sedang giat mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

2. Mexico City, Mexico

Mexico City terkotor dunia

Mexico City yang merupakan ibu negara Mexico adalah antara salah satu pusat kewangan paling penting di benua Amerika, yang mempunyai populasi 22 juta orang.

Bandar ini sangat terkenal dengan pencemaran lalu lintas dan juga udara.

Tempoh yang paling berbahaya terhadap pencemaran udara adalah di antara bulan November dan Mei di mana asap toksik dianggarkan menjadi punca kematian puluhan ribu orang.

Lokasi geografi Mexico yang terletak di tengah-tengah kawah gunung berapi dan dikelilingi pergunungan, memburukkan lagi pencemaran udara menyebabkan kabut sentiasa berada di atas bandar ini.

3. Port au Prince, Haiti

Port au Prince Dirty

Port au Prince ialah ibu negara dan merupakan bandar terbesar di Haiti, terletak di Teluk La Gonave.

Antara sebab mengapa bandar ini berdepan dengan pelbagai masalah pencemaran dan kesihatan adalah kerana ia juga terkenal sebagai pusat perdagangan dan perniagaan.

Port au Prince Dirty

Selain itu, penduduk di sana juga berpendapat kegagalan kerajaan menguatkuasakan undang-undang antara punca negara ini tercemar.

4. Antananarivo, Madagascar

Antananarivo bandar paling kotor

Ibu kota Madagascar, di Tanah Tinggi Tengah di pulau ini berada di antara senarai teratas dari segi pencemaran udara, pencemaran air minum, sistem pembuangan sampah yang tidak betul, kotor dan tidak bermutu serta pembangunan taman hijau yang tidak memuaskan di kawasan bandar.

Perkembangan bandar yang pantas dan pertumbuhan industri yang pantas menjadi punca kepada pencemaran udara, pembalakan dan pencemaran air yang tinggi.

5. Luanda, Angola

Luanda, Angola

Walaupun digelar sebagai bandar termahal di dunia, pasti anda tidak tahu bahawa penduduk di sana hanya mendapat bekalan air kotor untuk di minum dan tidak sihat untuk kesihatan mereka.

Luanda, Angola

Menurut sumber, negara ini sedang giat menjalankan proses pemulihan daripada bakteria cholera yang melanda Angole pada 2016.

6. Baku, Azerbaijan

Baku bandar terkotor

Jika anda tidak terlibat dalam perniagaan minyak, tak ada sebab untuk anda hidup di bandar yang tercemar ini.

Azerbaijan sudah lama menjadi hab minyak dan akibatnya, ibu kotanya iaitu Baku mempunyai air yang berbau busuk, kolam minyak dan tahap pencemaran udara yang mengancam nyawa.

Semua ini adalah hasil daripada penggerudian dan penghantaran minyak, menjadikan bekas pusat pengeluaran Kesatuan Soviet ini sebagai bandar paling kotor di dunia.

Selain itu, Baku juga mengalami masalah besar pencemaran air, sekali gus menjejaskan reputasi Baku yang terkenal dengan seni bina abad ke-21 yang mengagumkan.

7. Dhaka, Bangladesh

Dhaka, Bangladesh Dirty

Dhaka terletak di Buriganga dan merupakan ibu kota Bangladesh, terkenal sebagai pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran.

Dhaka, Bangladesh Dirty

Dengan populasi seramai 15 juta penduduk, bandar ini kini mengalami masalah penduduk yang padat, menyebabkan tercetusnya masalah pencemaran air dan udara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Punca Dan Penyebab Sakit Tonsil

Punca Dan Penyebab Sakit Tonsil

Pasti ramai yang terkena masalah ini, sakit tekak. Nampak macam biasa, tapi bila dah terkena, azabnya diri sendiri sahaja yang tahu dan sebenarnya, sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks.

Punca Sakit Tonsil

Masalah sakit tekak sangat mudah berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira tua atau muda. Biasanya, apabila dah terkena, ia menyebabkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak dan lagi teruk kesakitan bila nak menelan. Sebab apa boleh jadi masalah ini?

Sakit tekak biasanya disebabkan oleh:

1. Jangkitan bakteria

Bakteria bernama Group A Beta-Hemolytic Streptococci atau singkatkannya GABHS adalah antara punca sakit tekak.

Tanda- tanda jangkitan bakteria ini adalah:
  • Demam panas.
  • Kelenjar bengkak.
  • Kurang selera makan.
  • Keletihan.

Perlu diingat, bakteria ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan penyakit lain seperti scarlet fever, penyakit jantung rheumatik dan keradangan di bahagian buah pinggang.

2. Jangkitan virus

Kebanyakan masalah sakit tekak berpunca daripada pelbagai jenis virus, contohnya Epstein Barr yang menyebabkan demam dan bengkak pada kelenjar di leher. Virus-virus ini juga mengambil masa beberapa hari untuk hilang.

3. Kelenjar limfa membengkak

Biasanya kelenjar limfa ini membengkak di bawah rahang dan leher.

4. Tonsilitis

Juga boleh dikategorikan sebagai keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku sekiranya banyak kerosakan pada tonsil.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, tonsil yang bengkak boleh menghalang laluan udara dan menyukarkan pernafasan dan menyebabkan sleep apnea dan pengumpulan nanah di antara tonsil dan tisu lembut di sekelilingnya.

Antara gejala tonsilitis ialah:
  • Tekak bengkak dan merah.
  • Ada tompokan putih pada tonsil.
  • Sakit tonsil.
  • Sukar atau sakit untuk menelan.
  • Sakit kepala.
  • Demam dan menggigil.
  • Hilang suara.
  • Sakit perut.
  • Mulut berbau.

Jadi, untuk mereka yang dah rasa-rasa macam nak sakit tekak, boleh segera berjumpa doktor untuk mengelakkan ia menjadi parah!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

Saturday, October 27, 2018

Indahnya Pulau Rawa Di Johor Sangat Memukau Mata

Indahnya Pulau Rawa Di Johor Sangat Memukau Mata

Ramai lagi dikalangan penduduk Malaysia yang belum mengetahui kewujudan Pulau Rawa di Johor merupakan pulau yang tersangat indah ini di Malaysia.

Indahnya Pulau Rawa Di Johor Sangat Memukau Mata

Pulau Rawa, sebuah pulau ibarat mutiara yang tersimpan rapi wujud di negeri Johor terletak kira-kira 16km diluar pesisiran laut Johor berhampiran dengan beberapa pulau lain, Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir yang bersih, boleh membuat anda terpegun dengan pasirnya dengan hanya sekadar melihat dari jauh.

Bahkan, air lautnya yang sangat cantik dan bersih dapat mendamaikan pandangan dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin merehatkan minda.

Pantai Pulau Rawa

Kawasan mandi di sekitar pantai Pulau Rawa tersangatlah cantik dengan kejernihan airnya yang kehijauan dan kebiruan apatah lagi ditambah dengan keindahan batu karang serta ribuan anak-anak ikan di laut.

Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri pemandangan dalam air dengan melihat batu karang dan ikan-ikan yang cantik dengan melakukan aktiviti scuba dengan syarat anda telahpun mempunyai lesen scuba untuk memudahkan proses pendaftaran.

Pantai Pulau Rawa

Kepada mereka yang menyukai keindahan alam, Pulau Rawa hill top bakal menjadi tarikan sampingan buat anda dengan mendaki ke puncak bukit dan pasti akan terpesona dengan pemandangan di atas bukit ketika waktu senja dan juga waktu matahari terbit.

Pulau Rawa sangat sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan mereka yang ingin berehat dari tekanan dan ketegangan kehidupan moden.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket