Tuesday, October 30, 2018

OnePlus 6T Terbaharu Dilancarkan Di Malaysia!


Smartphone OnePlus 6T akhirnya diumumkan secara rasmi dan port audio 3.5mm dinyahkan selama-lamanya daripada badan telefon ini. Dilancarkan selang 5 bulan daripada OnePlus 6, kini anda boleh menjangkakan penambahbaikan minimum pada model sebelum. Paling ketara adalah pada rupa fizikalnya.

OnePlus 6T Terbaharu Dilancarkan Di Malaysia!

Pada bahagian belakang, pengimbas cap jari turut dibuang untuk beri laluan pada pengimbas cap jari terbina dalam badannya. OnePlus menjanjikan kepantasan nyahkunci sehingga 0.34 saat.

Bahagian depan kini menampilkan notch berbentuk titisan air berbanding notch kolam mandi. Ia menyumbang pada nisbah paparan-ke-badan yang lebih tinggi, 86%.

Paparannya kini sebesar 6.41″ dengan teknologi AMOLED dengan resolusi HD Penuh.

Kapasiti bateri turut diperbesar kepada 3,700 mAh daripada 3,300 mAh dan boleh dicas pantas tapi masih tiada Qi Wireless Charger.

OnePlus 6T Battery

Spesifikasi teknikal masih dikekalkan dan anda beroleh telefon dengan komponen seperti:
  • CPU Snapdragon 845
  • RAM 6GB/8GB
  • Storan 128GB/256GB

Bahagian pengimejan turut kekal. Ia hadir dengan dwi-kamera belakang 12MP+20MP dan kamera depan 16MP.

Sungguhpun sama, OnePlus memaklumkan perisian kamera nyata ditambah baik untuk berikan pengalaman kamera yang lebih baik.

OnePlus 6T Set Rasmi Di Malaysia

OnePlus 6T akan mula dijual pada 8 November 2018 ini dan kempen tempahan berjalan daripada 30 Oktober 2018 hingga 7 November 2018.

Harga OnePlus 6T yang akan dijual di Malaysia adalah seperti berikut:
  • RAM 6GB + Storan 128GB – RM2,588
  • RAM 8GB + Storan 128GB – RM2,888
  • RAM 8GB + Storan 256GB – RM3,188

OnePlus 6T adalah produk terbaru daripada OnePlus yang dilancarkan di New York pada 29 Oktober 2018 lalu.

OnePlus 6T Kamera

Ia adalah sebuah flagship dengan komponen seperti:
  • Skrin 6.4″ OLED.
  • CPU Snapdragon 845.
  • RAM sehingga 8GB.
  • Storan sehingga 512GB.
  • Dwikamera belakang 12MP+20MP.
  • Kamera depan 16MP.
  • Bateri 3,700 mAh.

Perbezaan OnePlus 6T dengan OnePlus 6 adalah pada notch yang lebih kecil, bateri sedikit besar dan cap jari dibina di dalam paparan itu sendiri.. Jika anda memiliki 6, naik taraf kepada 6T adalah amat minimum.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: soyacincau | soyacincau2

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon