Tuesday, February 06, 2018

Muar Johor Antara Bandar Paling Bersih Di Asia Tenggara


Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah menerima anugerah Bandar Paling Bersih Asean Clean Tourist City Standard Award 2017 atas kebersihan bandar yang menepati standard dan ciri-ciri bandar bersih ditetapkan ASEAN.

Kebersihan Bandar Muar

Anugerah ini diterima MPM di ASEAN Tourism Forum 2017 yang sedang berlangsung di Chiang Mai, Thailand dan menurut Pegawai Daerah Muar, On Jabbar, beliau berkata anugerah ini tidak berlaku sekelip mata dan semua pihak telah memainkan peranan.

Menurut On Jabbar, masyarakat sendiri perlu memainkan peranan dalam menjaga kebersihan di samping pekerja pembersihan menjaga kebersihan secara konsisten.

Beliau berharap, dengan anugerah ini penduduk Muar dapat terus menjaga kebersihan bandar ini.

Bandar Muar terlebih dahulu telah diisytihar sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada tahun 2012.

Muar Johor Antara Bandar Paling Bersih Di Asia Tenggara

Pulau Pinang dan Putrajaya turut sama menerima anugerah ini.

Semoga berita ini menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk lebih menjaga kebersihan bandar yang mereka diami.

Tahniah MPM atas anugerah ini!

BACA INI JUGA: 8 Pulau Dan Pantai Tempat Menarik Lokasi Percutian Di Perak

sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon