Sunday, October 28, 2018

7 Bandar Paling Kotor Di Dunia


Tahukah anda beberapa buah bandar dibawah ini merupakan tempat yang paling tercemar dan kotor di dunia yang menyebabkan penduduknya menghadapi pelbagai masalah kesihatan, namun sebahagiannya adalah lokasi popular untuk melancong.

Mungkin anda boleh menukar atau membuat perancangan sewajarnya jika ingin melawat ke bandar-bandar ini.

1. New Delhi, India

New Delhi Dirty

Kebanyakan bandar di India mengalami masalah yang sama iaitu dari segi kebersihan, dengan kadar populasi yang tinggi, lebih daripada 1.3 billion penduduk, tidak mustahil bagi negara ini tersenarai sebagai negara dengan bandar paling kotor di dunia.

New Delhi Dirty

India juga mengalami masalah pencemaran udara dan air yang menyebabkan penduduknya terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan.

Namun, kerajaan India sedang giat mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

2. Mexico City, Mexico

Mexico City terkotor dunia

Mexico City yang merupakan ibu negara Mexico adalah antara salah satu pusat kewangan paling penting di benua Amerika, yang mempunyai populasi 22 juta orang.

Bandar ini sangat terkenal dengan pencemaran lalu lintas dan juga udara.

Tempoh yang paling berbahaya terhadap pencemaran udara adalah di antara bulan November dan Mei di mana asap toksik dianggarkan menjadi punca kematian puluhan ribu orang.

Lokasi geografi Mexico yang terletak di tengah-tengah kawah gunung berapi dan dikelilingi pergunungan, memburukkan lagi pencemaran udara menyebabkan kabut sentiasa berada di atas bandar ini.

3. Port au Prince, Haiti

Port au Prince Dirty

Port au Prince ialah ibu negara dan merupakan bandar terbesar di Haiti, terletak di Teluk La Gonave.

Antara sebab mengapa bandar ini berdepan dengan pelbagai masalah pencemaran dan kesihatan adalah kerana ia juga terkenal sebagai pusat perdagangan dan perniagaan.

Port au Prince Dirty

Selain itu, penduduk di sana juga berpendapat kegagalan kerajaan menguatkuasakan undang-undang antara punca negara ini tercemar.

4. Antananarivo, Madagascar

Antananarivo bandar paling kotor

Ibu kota Madagascar, di Tanah Tinggi Tengah di pulau ini berada di antara senarai teratas dari segi pencemaran udara, pencemaran air minum, sistem pembuangan sampah yang tidak betul, kotor dan tidak bermutu serta pembangunan taman hijau yang tidak memuaskan di kawasan bandar.

Perkembangan bandar yang pantas dan pertumbuhan industri yang pantas menjadi punca kepada pencemaran udara, pembalakan dan pencemaran air yang tinggi.

5. Luanda, Angola

Luanda, Angola

Walaupun digelar sebagai bandar termahal di dunia, pasti anda tidak tahu bahawa penduduk di sana hanya mendapat bekalan air kotor untuk di minum dan tidak sihat untuk kesihatan mereka.

Luanda, Angola

Menurut sumber, negara ini sedang giat menjalankan proses pemulihan daripada bakteria cholera yang melanda Angole pada 2016.

6. Baku, Azerbaijan

Baku bandar terkotor

Jika anda tidak terlibat dalam perniagaan minyak, tak ada sebab untuk anda hidup di bandar yang tercemar ini.

Azerbaijan sudah lama menjadi hab minyak dan akibatnya, ibu kotanya iaitu Baku mempunyai air yang berbau busuk, kolam minyak dan tahap pencemaran udara yang mengancam nyawa.

Semua ini adalah hasil daripada penggerudian dan penghantaran minyak, menjadikan bekas pusat pengeluaran Kesatuan Soviet ini sebagai bandar paling kotor di dunia.

Selain itu, Baku juga mengalami masalah besar pencemaran air, sekali gus menjejaskan reputasi Baku yang terkenal dengan seni bina abad ke-21 yang mengagumkan.

7. Dhaka, Bangladesh

Dhaka, Bangladesh Dirty

Dhaka terletak di Buriganga dan merupakan ibu kota Bangladesh, terkenal sebagai pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran.

Dhaka, Bangladesh Dirty

Dengan populasi seramai 15 juta penduduk, bandar ini kini mengalami masalah penduduk yang padat, menyebabkan tercetusnya masalah pencemaran air dan udara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon