Ahad, Oktober 28, 2018

Punca Dan Penyebab Sakit Tonsil


Pasti ramai yang terkena masalah ini, sakit tekak. Nampak macam biasa, tapi bila dah terkena, azabnya diri sendiri sahaja yang tahu dan sebenarnya, sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks.

Punca Sakit Tonsil

Masalah sakit tekak sangat mudah berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira tua atau muda. Biasanya, apabila dah terkena, ia menyebabkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak dan lagi teruk kesakitan bila nak menelan. Sebab apa boleh jadi masalah ini?

Sakit tekak biasanya disebabkan oleh:

1. Jangkitan bakteria

Bakteria bernama Group A Beta-Hemolytic Streptococci atau singkatkannya GABHS adalah antara punca sakit tekak.

Tanda- tanda jangkitan bakteria ini adalah:
  • Demam panas.
  • Kelenjar bengkak.
  • Kurang selera makan.
  • Keletihan.

Perlu diingat, bakteria ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan penyakit lain seperti scarlet fever, penyakit jantung rheumatik dan keradangan di bahagian buah pinggang.

2. Jangkitan virus

Kebanyakan masalah sakit tekak berpunca daripada pelbagai jenis virus, contohnya Epstein Barr yang menyebabkan demam dan bengkak pada kelenjar di leher. Virus-virus ini juga mengambil masa beberapa hari untuk hilang.

3. Kelenjar limfa membengkak

Biasanya kelenjar limfa ini membengkak di bawah rahang dan leher.

4. Tonsilitis

Juga boleh dikategorikan sebagai keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku sekiranya banyak kerosakan pada tonsil.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, tonsil yang bengkak boleh menghalang laluan udara dan menyukarkan pernafasan dan menyebabkan sleep apnea dan pengumpulan nanah di antara tonsil dan tisu lembut di sekelilingnya.

Antara gejala tonsilitis ialah:
  • Tekak bengkak dan merah.
  • Ada tompokan putih pada tonsil.
  • Sakit tonsil.
  • Sukar atau sakit untuk menelan.
  • Sakit kepala.
  • Demam dan menggigil.
  • Hilang suara.
  • Sakit perut.
  • Mulut berbau.

Jadi, untuk mereka yang dah rasa-rasa macam nak sakit tekak, boleh segera berjumpa doktor untuk mengelakkan ia menjadi parah!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon