Ahad, Oktober 14, 2018

Awas Parcel Scam, Penipuan Kiriman Barang Dari Luar Negara!


Loading...

Orang awam diingatkan supaya tidak terpedaya dengan janji kiriman hadiah oleh sindiket ‘parcel scam’ atau penipuan kiriman bungkusan yang telah menyebabkan mangsa mengalami kerugian ratusan ribu ringgit, yang dipercayai didalangi sindiket warga asing.

Awas Parcel Scam

Walaupun telah diwar-warkan dan diberi peringatan oleh polis dan media massa, namun masih ada yang terpedaya dengan taktik berkenaan, yang mencari mangsa melalui pelbagai medium media sosial.

Mangsa kebanyakannya wanita, mengenali suspek daripada Facebook, Twitter atau mana-mana laman sosial lain dan kemudian mula menjalinkan persahabatan dengan mereka.

Modus operandi suspek masih sama, berkenalan di media sosial untuk tempoh tiga hingga empat bulan dan kemudian memberitahu mangsa, terdapat bungkusan dihantar untuk mereka, namun perlu memasukkan sejumlah wang ke satu nombor akaun untuk mendapatkan pelepasan Kastam KLIA.

Namun, apabila mangsa menyedari tidak wujud penghantaran barang tersebut, barulah mereka sedar sebenarnya telah ditipu dan membuat laporan polis.

MODUS OPERANDI

Mangsa dalam kes-kes penipuan bungkusan pada lazimnya akan berkenalan dengan suspek melalui laman sosial.

Suspek seterusnya akan meyakinkan mangsa bahawa dia telah jatuh cinta dengan mangsa dan seterusnya berhasrat mengirimkan bungkusan kepada mangsa sebagai tanda cinta.

Setelah bungkusan tersebut dikirim, mangsa akan dihubungi oleh seseorang yang mendakwa sebagai pegawai kastam atau syarikat perkhidmatan penghantaran dan memaklumkan bungkusan yang dikirim kepada mangsa telah sampai.

Mangsa kemudiannya diarahkan membayar cukai atau insuran kerana bungkusan tersebut dikesan mengandungi wang/barang berharga yang tidak diisytihar.

Mangsa turut menerima panggilan daripada warga tempatan yang mengatakan wang pelepasan perlu dibayar ke dalam akaun tertentu yang lazimnya dimiliki warga tempatan.

Mangsa hanya sedar ditipu apabila barang yang dijanjikan tidak diterima dan pihak sindiket berterusan meminta wang daripada mangsa dengan memberikan pelbagai alasan yang berbeza.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian | ccid

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

4 comments

Saya rasa,saya pun kena sebab ada kononnya mat salleh nak hantar hadiah kepada saya,dia cakap akan sampai dalam masa tiga hari lepas ru barang da sampai cuma saya belum bayar,sebab saya ragu ragu,nak buat macam mana erk?

ada kawan dari Romania kirimkan barang , tapi saya perlu membayar sebanyak rm2000 utk cukai dan import duti kalau saya nak barang tu. Ada sorang kastam kurier ni , dia kata barang saya ada di kastam . dan saya kena bayar rm800 untuk amik barang tu. perlu ke saya bayar ? adakah saya akan dikenakan apa-apa tindakan jika tidak membayar atau mengambil barang tu ?

Ada seseorang lelki mengatakn da antr hadiah dgn saya tpi sy harus membyr 1800 baru barng tu kena bgi.

Saya baru" ini ada kena barang berat 28.9kg bila dah sampai barang ada satu no call saya dia berkata saya kena bayar rm5000 untuk dapat kan barang mereka akan pos ke sabah kalau tak dapat bayar rm5000 bayar 2500 sya kata saya xde duit sebnyak itu jdi yang kirm barang tu dia kata kalau kamu tak bayar saya akan bawa FBI ke malaysia untuk tangkap saya dia ugut saya dia kata dia ada kirm barang kemas beg tangan hp jam tangan emas dia kata dia orang malaysia tpi b.kerja di luar negara barang tu saya tak minta pun dia yg nak kirm saya pun pelik juga la saya kata kalau kamu mau tangakp saya pun boleh buat laporan polis juga sampai sekrang tak timbul" dah orang tu

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon