Sunday, October 14, 2018

Awas Parcel Scam, Penipuan Kiriman Barang Dari Luar Negara!


Orang awam diingatkan supaya tidak terpedaya dengan janji kiriman hadiah oleh sindiket ‘parcel scam’ atau penipuan kiriman bungkusan yang telah menyebabkan mangsa mengalami kerugian ratusan ribu ringgit, yang dipercayai didalangi sindiket warga asing.

Awas Parcel Scam

Walaupun telah diwar-warkan dan diberi peringatan oleh polis dan media massa, namun masih ada yang terpedaya dengan taktik berkenaan, yang mencari mangsa melalui pelbagai medium media sosial.

Mangsa kebanyakannya wanita, mengenali suspek daripada Facebook, Twitter atau mana-mana laman sosial lain dan kemudian mula menjalinkan persahabatan dengan mereka.

Modus operandi suspek masih sama, berkenalan di media sosial untuk tempoh tiga hingga empat bulan dan kemudian memberitahu mangsa, terdapat bungkusan dihantar untuk mereka, namun perlu memasukkan sejumlah wang ke satu nombor akaun untuk mendapatkan pelepasan Kastam KLIA.

Namun, apabila mangsa menyedari tidak wujud penghantaran barang tersebut, barulah mereka sedar sebenarnya telah ditipu dan membuat laporan polis.

MODUS OPERANDI

Mangsa dalam kes-kes penipuan bungkusan pada lazimnya akan berkenalan dengan suspek melalui laman sosial.

Suspek seterusnya akan meyakinkan mangsa bahawa dia telah jatuh cinta dengan mangsa dan seterusnya berhasrat mengirimkan bungkusan kepada mangsa sebagai tanda cinta.

Setelah bungkusan tersebut dikirim, mangsa akan dihubungi oleh seseorang yang mendakwa sebagai pegawai kastam atau syarikat perkhidmatan penghantaran dan memaklumkan bungkusan yang dikirim kepada mangsa telah sampai.

Mangsa kemudiannya diarahkan membayar cukai atau insuran kerana bungkusan tersebut dikesan mengandungi wang/barang berharga yang tidak diisytihar.

Mangsa turut menerima panggilan daripada warga tempatan yang mengatakan wang pelepasan perlu dibayar ke dalam akaun tertentu yang lazimnya dimiliki warga tempatan.

Mangsa hanya sedar ditipu apabila barang yang dijanjikan tidak diterima dan pihak sindiket berterusan meminta wang daripada mangsa dengan memberikan pelbagai alasan yang berbeza.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian | ccid

28 comments

  1. Saya rasa,saya pun kena sebab ada kononnya mat salleh nak hantar hadiah kepada saya,dia cakap akan sampai dalam masa tiga hari lepas ru barang da sampai cuma saya belum bayar,sebab saya ragu ragu,nak buat macam mana erk?

    ReplyDelete
  2. ada kawan dari Romania kirimkan barang , tapi saya perlu membayar sebanyak rm2000 utk cukai dan import duti kalau saya nak barang tu. Ada sorang kastam kurier ni , dia kata barang saya ada di kastam . dan saya kena bayar rm800 untuk amik barang tu. perlu ke saya bayar ? adakah saya akan dikenakan apa-apa tindakan jika tidak membayar atau mengambil barang tu ?

    ReplyDelete
  3. Ada seseorang lelki mengatakn da antr hadiah dgn saya tpi sy harus membyr 1800 baru barng tu kena bgi.

    ReplyDelete
  4. Saya baru" ini ada kena barang berat 28.9kg bila dah sampai barang ada satu no call saya dia berkata saya kena bayar rm5000 untuk dapat kan barang mereka akan pos ke sabah kalau tak dapat bayar rm5000 bayar 2500 sya kata saya xde duit sebnyak itu jdi yang kirm barang tu dia kata kalau kamu tak bayar saya akan bawa FBI ke malaysia untuk tangkap saya dia ugut saya dia kata dia ada kirm barang kemas beg tangan hp jam tangan emas dia kata dia orang malaysia tpi b.kerja di luar negara barang tu saya tak minta pun dia yg nak kirm saya pun pelik juga la saya kata kalau kamu mau tangakp saya pun boleh buat laporan polis juga sampai sekrang tak timbul" dah orang tu

    ReplyDelete
  5. Betul juga Saya pun.3 hari Lps Ada Kawan dari London konon.. nak Kasi hadiah Saya kata tidak perlu.. Saya tidak mau hadiah itu.. dia paksa juga kata nak Kasi.. Saya Kasi alamt Saya.. no hp.. Hari dtg satu WhatsApp..mengatakan barang dah smpi Saya kena bayar 1600.. Gila.. trs Saya block no. Dia org.. ingt senang" Cari duit 1600...

    ReplyDelete
  6. Pelanggan yang dikasihi,

    Kami ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa pakej anda baru sahaja mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, yang terletak di 64000 Sepang, Selangor, Malaysia

      Anda telah diminta membayar yuran pelepasan sebanyak 1600MRM kerana barangan antarabangsa.
    Cuba buat pembayaran ini secepat mungkin agar kami meneruskan penghantaran ke alamat rumah anda.

    Sila Sahkan butiran berikut:

    RECEIVER:
    Nama: Lisa
    Alamat:Serigembira Apartmeny
    Wialayah persekutuan

    SENDER:

    Nama Penuh: Ryan
    Alamat: Manchester England
    Nombor Telefon:


    Sila kembali kepada kami secepat mungkin supaya kami akan memberikan arahan tentang bagaimana anda boleh membuat bayaran itu baik-baik saja?

    ReplyDelete
  7. Baru2 ni sya dkatakan mendapat parcel dari seseorg di luar negara..tetapi sy kena byr rm3500 utk dptkan brg tu kerana katanya itu barang berat dan berharga...mcm mna ye..tp bila sya tnya dri siapa..ya btul dri org yg sya kenal tp betul ke kena byr begitu mahal untuk tuntut brg tu..sya ragu2 jadi sya tak terus ikut kata service kurier tu..sya ckap kena bg yg hantar brg tu byr utk sya ..apa yg sya perlu buat ye...sya konfius ni tak tahu betul ke tak

    ReplyDelete
  8. 2 hari lepas kawan saya dari London beritahu yang dia beli hadiah untuk saya. Dan ada satu company mesej pada saya dan mengatakan barang itu sudah sampai Jika saya nak barang tu saya kene bayar 2200 sebab barang International. Dan kalau sudah bayar cukai tu baru saya dapat barang tu. Saya rasa ragu ragu dengan hal ni. Perlu ke saya percaya

    ReplyDelete
  9. Saya pun rasa baru terkena..dalam masa dua hari ja..tetiba cakap nk bagi hadiah persahabatan..saya ckp x perlu dan saya tak nak..dia paksa jugak2 mintak nama dan alamat..siap tunjuk barang yg nk dipos tu..bag,rantai,baju,dan fon.saya cakap gila tetba nk pos semua tu kat saya mmg saya x nak..tpi dipksa bg alamat saya tewas jugak.saya pn bg la alamat.tetba dia ckp dh pos nnti bila sampai kena bayar dlu rm2000 tu..apa patut saya buat ye..sy memang dh block dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sebijik macam saya.. baru kenal dan die cakap die mahu beli hadiah semperna berkaean dengan saya. Die siap post gambar barang yang die beli dan saya macam ragu ii . Tapi sebelum itu die mintk nama dan alamat rumah.. saya pun tk ingat alamt rumah saya.. saya bagi jelaa tktau betul ke tk.. lepastu die ckp akn ade org mesej memberitahu barang sudah sampai... Dan perlu bayar rm1,500 saya tiada wang.. dan die memaksa saya.. dan las saya block.. dan block laman sosial die

      Delete
    2. Sebelum tu dia memberitahu dalam bungkusan itu ada sejumlah wang dia bagi.. kalau saya tidak bayar wang barangan itu kemungkinan polis akan cet bungkusan itu dan menangkap saya.. itu lagi membuat saya ragu ii.. die paksa saya tk berhenti ii dan baru saya block

      Delete
  10. Kalau kne begitu.. Prlu ke Report polis

    ReplyDelete
  11. dan saat ini saya tengah mengalami. dia masih chat saya dan memanggil saya my love dear padahal baru saja kenal beberpa hari di facebook. dia mengaku lahir di johor bahru dan sekarang tinggal san fransisko. ayah dia chinese dan ibu dia melayu tinggal di johor bahru dan akhir2 ini dia kata dia nak bagi saya gift. dia dh tanya2 size baju. kasut .cincin. dan sy dh bg semua size nya. and then dia mntk alamat dan no whsapp dan email sya buat proses penghantaran. dan yg saya pelik. sy suruh bayar courir untuk clearance ape bende lah sebanyak RM970,.dan gift tu akan sampai dalam masa 3 hari. nama orang tu adalah Harry Hafiz dan dia chinese but converted muslim from johor bahru . dia bekerja di san fransisko konon. dan gift2 yang dia bagi berupa iphone 11 pro max , perhiasan tangan leher cincin. tas . jam tangan. baju. kasut . dan uang senilai $20,000USD..baru knal bbrpa hari je dh bg mcm tu..haihhh ...

    ReplyDelete
  12. Saya baru sahaja kena 😭 nasib saya membaca kalau tidak saya tidak tahu

    ReplyDelete
  13. Allahu saya pon kene siap snap gamba bagi saya cakap barabg dia dah pos sruh saya take care tapi bila..dia pujuk saya dengan cakap saya tak cintakan dia kalau tak terima barang dia...saya dah pernah tanya "awak ni scammer kan..stop² lahh ambik duit org "..last² kita dimarah yer cakap itu lah ini lahhh menyesal bg nombor ws niii...baru kenal sehari ckap dah syg...nama dia william in english, omar in muslim (converted from korean to muslim) dia dm kat ig and than dia mntk nombor ws...saya bg sebb saya tak aktif ig sekali bila baca sama sgt apa yg jadi kat saya semalam...tabah semua

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum saya nadia..saya ingin tahu tentang pasal kes ini..

    ReplyDelete
  15. Saya ada masalah sekarang ni...pasal kes cmnie la..saya baru lagi kenal dgn dia... Dan si dia ada beli barang untuk saya..barang2 mewah..tapi saya xminta apa2 pun dari dia..tiba2 dia chat saya, mengatakan dia telah membeli barang hadiah untuk saya..dan dia beritahu pada saya, saya harus bayar package 4500 ringgit malaysia...saya terkejut dan terdiam terus...terlalu mahal...selepas itu saya chat dia dan beritahu yg saya xde duit nk bayar...dan dia ada beritahu pada saya, ada duit dalam bungkusan itu...berjumlah 20 thousand dollar dan bersama barang yg dia beli untuk saya..banyak kali dia pesan pada saya..awak harus bayar 4500 ringgit malaysia... Saya cakap saya xde duit dan saya xminta apa2 pun dari awak...tapi saya dah bagi alamat rumah dan nama saya...apa yg harus saya buat...tu silap saya bagi alamat... Saya first terjadi ni..saya xtahu apa2 pasal hal ini...bila terjadi hal ni, saya cuba tengok dekat google..

    ReplyDelete
  16. Saya pun kena juga. Tu yang saya cari macam ii info kat google ni. Nasib saya cari kalau x habis terbang rm1000 saya macam tu je. Name lelaki tu shang marshal dari london. Tibe ii beberapa hari kenal cari balik name die kat ig dah xde. Die tukar ig baru . Name james.wong . Saya thu die ade ig baru sebb die pun bodoh follow ig adik saye. Lepastu tengok gambar, eh mmg orang yg same. Pastu saya tanye ig baru awak james.wong ke? Die diam . Then esoknye saya cari name james.wong tu kat ig. Ha sudah ! Die delete juga acc tu. So mesti die buat ig lain pulak. Dah laa die ws saya pakai business acc. No depan +44 then no yg nak hantar parcel tu +1(516). Pastu bagi no acc yg die suruh bank in tu Sharifah salwa binti, BSN BANK .So binti what??? HAHAHAHA

    ReplyDelete
  17. Dah la janji dengan saya nak bagi iphone 11 pro max colour yg saye minat (gold) kasut, baju, laptop then cash 20,000USD. WOW BANYAKKKK best kalau dapat. X logik gilee sumpah nk terpedaya. Rm 1000 tu banyak for me utk bank in. Saya suruh die bayar dulu kat company tu utk saye kalau die sayang saya . Pastu die kata saya x percaya die pulak . Haih pandai die pancing HAHAHAHA hantar emoji nangis ii bagai. Pastu sekarang ni die tengah call ii saye. Die xthu saye dah mengadu kat sini pasal die.

    ReplyDelete
  18. as salam korang,

    boleh tak reveal je no wasap ke no tel ke yang scammer ni contact korang? senang nak tengok bila dapat no macam tu. tak kisahla berapa banyak no pun, salah satu mesti akan terkena juga dengan no yang sama kan?

    terima kasih yea korang

    ReplyDelete
  19. macam bakal terkena ni tp dlm hati mmng scammer kut... Guna nama mohd harris, pilot UK duda anak satu...

    ReplyDelete
  20. kisah saya pula macam ni,saya kenal org ni kat ig.. dia chat dlu... 3 kali dia hantar chat baru saya balas...start 1.11.2020 sampai skrg ni..kami pkai ws skrg ni.. nama dia jimmyleewongrobert..dia kja marin engineer...hari ke 7 kemarin ada org msg barang kiriman dia dah sampai kat kurier ni, saya tanya kurier mana, hantar barang dlu then i pay u saya cakap la.. rm3400k kna bayar semua ni tapi x bayar pun.. sy tahu pengirim ni nak tipu saya..hadiah bagi saya tu & ada duit gaji dia... kalau x bayar mrk hidup dia akan musnah..sebaliknya dia tuduh saya perbodohkan dia pula.. kalau bagitahu kastam kna tahan dia nnti dalam brg yg dia kirim dia ada simpan duit utk saya..betul kah tu? tu utk masa depan kami dia cakap tapi saya buat tak tahu.. macam mana apa perlu saya buat?

    ReplyDelete
  21. dia call x henti2 & wasap saya nangis2..jangan buat saya macam ni, sebab saya percaya awak saya bagi semua tu.. dia cakap la..

    ReplyDelete
  22. Saya ada terima iphone s11 nga leptop apple..dia cakap brg sampai 3hari..lepas tu kena bayar 500..entah laa betul tak... seorang wanita matsaleh perkerjaan. Model pengacara audio London..saya ter pikir betul ke tipu..siap video coll nga saya bangu tido tengah masak

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon