Tuesday, October 30, 2018

Program Food Bank Malaysia, Mengumpul Makanan Berlebihan Untuk Diagihkan Kepada Isi Rumah Kurang Berkemampuan


Program Food Bank Malaysia yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah bagi meringankan beban ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM940 sebulan.

Program Food Bank Malaysia

Projek pengumpulan lebihan dan pengagihan makanan itu merupakan anjuran bersama pasar raya-pasar raya utama di negara ini.

Ini merupakan satu inisiatif peduli rakyat bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung kesan daripada kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan.

KPDNHEP sedang dan telah merancang percubaan bagi program Food Bank Malaysia bersama pasar raya-pasar raya utama di seluruh negara sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara pada awal tahun 2019.

Pogram tersebut telah dilaksanakan sebelum ini membabitkan pengendali pasar raya besar Tesco yang dimiliki Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) menerusi projek 'Tesco Food Surplus Donation' pada 2016.

Program tersebut juga merupakan salah satu inisiatif bagi mengurangkan pembaziran makanan selaras dengan komitmen Malaysia di peringkat global di bawah matlamat pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Matlamatnya adalah bagi mencapai pengurangan setengah daripada lebihan makanan daripada keseluruhan yang dikeluarkan menjelang 2030.

Kerajaan menjemput rangkaian peruncit, pengilang dan industri perhotelan di negara ini untuk turut serta bersama-sama KPDNHEP dalam menjayakan program Food Bank Malaysia.

Program ini tidak memberikan implikasi yang besar dari segi kewangan kerana setiap pasar raya ada lebihan makanan sendiri daripada seksyen buah-buahan, sayur-sayuran dan bakeri (roti dan kek) cuma, ia perlu diselaraskan kutipan dan pengagihannya sahaja.

Menerusi projek tersebut, lebihan makanan khususnya yang masih elok dan belum terjual akan diagihkan untuk dinikmati oleh golongan yang kurang berkemampuan.

Sehingga kini, KPDNHEP sudah mengenalpasti Kenchara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation sebagai rakan strategik bagi pengumpulan data golongan sasar dan pengedaran makanan kepada golongan memerlukan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon