Monday, February 10, 2020

Keangkuhan China Melawan Tuhan, Lalu Allah Hantar 'Tentera' Coronavirus

Keangkuhan China Melawan Tuhan, Lalu Allah Hantar 'Tentera' Coronavirus

Sebagai orang yang beriman, kita sentiasa yakin bahawa di sebalik setiap kejadian yang berlaku, pasti ada hikmah dan peringatan yang Allah SWT mahu kita renungi dengan penuh keinsafan, justeru bagaimana kita melihat kemunculan wabak novel Virus Corona (2019-nCoV) yang mula menyerang bandar raya Wuhan di Hubei, China, pada pertengahan Disember tahun 2019 lalu, dan kini telah merebak ke serata dunia?

Keangkuhan Komunis China

Dengan penuh tawaduk dan keinsafan, mari kita sama-sama melihat apa yang berlaku dari perspektif keimanan bahawa ini mungkin suatu pembalasan daripada Allah SWT.

Semua orang tahu bahawa sejak beberapa bulan sebelum wabak itu menyerang, seluruh dunia tertumpu ke Xinjiang, China, wilayah majoriti dimana etnik Uyghur yang beragama Islam tinggal.

Di sana, orang Uyghur ditahan di dalam kem yang kononnya bertujuan untuk memberi pendidikan vokasional, sebaliknya mereka ditindas dan diseksa penuh derita, seperti kisah benar Mihrigul Tursun, dengan pelbagai bentuk penderaan.

Muslimat diperkosa dan dipaksa tidur sekatil dengan lelaki yang menahan suami mereka dan warga Uyghur dipenjarakan tanpa sebarang kesalahan melainkan hanya kerana mereka beragama Islam.

Anehnya, ketika hampir seluruh dunia mengecam kekejaman China, ada menteri dari negara kita, Malaysia, menafikan laporan itu.

Rejim Komunis China langsung tidak mempedulikan desakan dunia supaya dihentikan penindasan ke atas penduduk Muslim Uyghur, manakala Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut mengecam Beijing.

Apa yang mengejutkan, di sebalik gesaan itu, rejim Komunis China seakan menunjukkan keangkuhan dengan melakukan penindasan baru.

Pelbagai bentuk kekejaman yang tidak masuk akal dilaporkan berlaku di sebalik tembok, dengan apa yang disebut oleh Beijing sebagai pusat latihan vokasional untuk Muslim Uyghur.

Paling membimbangkan ialah laporan mengenai berlakunya pembunuhan untuk tujuan menjual organ tahanan.

Belum pun reda isu Uyghur, rejim Komunis pimpinan Xi Jinping menyerang warga Muslim daripada etnik Han pula. Masjid-masjid dirobohkan. Begitu juga gereja.

Sebagai negara dengan populasi terbesar dunia, kekuatan ekonomi yang tidak tertanding, bilangan tentera paling ramai, pemegang kuasa veto dan rangkaian etnik Cina yang bertebaran di serata benua, Beijing semakin ghairah mahu mengCHINAkan dunia.

China dilihat sebagai kuasa pengimbang yang paling mampu tatkala Rusia belum berupaya untuk bangkit segagah dahulu.

Bagaimanapun, dalam keadaan dunia begitu mengharapkannya, rejim Komunis China sebaliknya mula menyerlahkan watak pembuli.

Menerusi Inisiatif One Belt, One Road (OBOR), mereka cuba untuk mengembalikan semula peranan dan kedudukannya sebagaimana ketika era kegemilangan Laluan Sutera.

Mereka membina jaringan ekonomi dengan negara-negara Asia dan Afrika atas nama kemakmuran bersama menerusi pelbagai bentuk kerjasama dan ketika itu, ada beberapa negara yang terpesona, termasuk Malaysia.

Namun, akhirnya apa yang menanti ialah perangkap hutang sebagaimana dialami Colombo, yang terpaksa menyerahkan Pelabuhan Hambantota yang baru dibina kepada China untuk dipajak selama 99 tahun lantaran tidak mampu membayar hutang AS$1.4 bilion (RM5.66 bilion) yang dipinjam untuk membina pelabuhan itu dari Beijing.

Kerajaan Sri Lanka pula terpaksa membayar hutang dengan maruah, kerugian dan kritikan rakyatnya sendiri setelah terperangkap dalam 'permainan' China.

Apa yang berlaku ke atas Sri Lanka dan Colombo, mengulangi nasib Mesir ketika membina Terusan Suez pada tahun 1869.

Gabenor Mesir, Ismail Pasha membuat pinjaman berbilion Pound daripada firma kewangan milik keluarga Yahudi, Rothschild, untuk membiayai projek terusan itu.

Rothschild meletakkan syarat; Mesir perlu membenarkan mereka untuk terlibat sama sebagai kontraktor, arkitek, jurutera, pembekal dan sebagainya.

Akhirnya, wang yang dipinjam tidak mencukupi lalu Rothschild menawarkan pinjaman baru dengan faedah 20 peratus.

Akhirnya, setelah projek siap, Terusan Suez terpaksa diserahkan kepada Rothschild apabila Mesir tidak mampu membayar balik wang yang mereka pinjam.

Rothschild mendapat keuntungan berganda daripada kutipan cukai kapal-kapal yang melalui terusan itu selain keuntungan daripada faedah pinjaman yang diberikan kepada Mesir, sehingga akhirnya jatuh muflis.

Keangkuhan Terhadap Allah

Ketika wabak Novel Coronavirus mula menyerang pekerja di pasar haiwan eksotik di Wuhan pada pertengahan Disember tahun 2019 lalu, Asia Tenggara cemas melihat gelora pertikaian Beijing – Jakarta di Laut China Selatan.

Ia berpunca daripada pencerobohan kapal-kapal nelayan China di perairan Natuna yang termasuk dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Indonesia.

Selain itu, kapal-kapal pasukan Pengawal Pantai China juga dikatakan berulang kali memasuki perairan Indonesia yang didakwa sebagai wilayah mereka.

Apabila Indonesia bertindak balas dengan menghantar kapal tentera dan pesawat, China juga menghantar kapal yang lebih banyak, seakan isyarat sedia untuk berperang.

Apapun, itu tidaklah lebih teruk berbanding kenyataan Kerajaan China mahu menulis semula kitab suci Al Quran yang diumumkan tidak lama sebelum Virus Corona menyerang.

Selain Al Quran, kitab Bible juga mahu diubah bagi memastikan kandungan dua kitab itu tidak bertentangan dengan dasar-dasar Komunisme China.

Dan bagi kita, apabila Al Quran pun mahu diubah, ini adalah bukti jelas kepada kemuncak keangkuhan seseorang manusia terhadap Allah SWT.

Dalam sekelip mata, Allah membalas keangkuhan itu dengan menghantar virus yang menjadikan kerajaan dan rakyat China huru-hara.

Jinping terpaksa melupakan cadangan angkuhnya untuk memberi sepenuh tumpuan kepada wabak yang melanda, malah tanpa segan silu terpaksa merayu bantuan dunia.

Tentera Allah

Hinanya warga China, pergi ke mana-mana pun orang tidak mahu terima, mengingatkan kita kepada kisah Namrud, raja yang memerintah Babylon pada zaman Nabi Ibrahim.

Kekayaan dan kekuasaan menyebabkan Namrud lupa diri hingga mahu disembah sebagai tuhan, malah mencabar Allah untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim jika Dia (Allah) benar-benar wujud.

Lalu Allah menghantar hanya seekor nyamuk untuk masuk ke dalam kepala Namrud menyebabkan dia kesakitan yang teramat sangat, hingga terpaksa memerintahkan orang untuk memukul kepalanya.

Akhirnya, Namrud mati dalam keadaan kepalanya pecah sebagai tanda betapa hinanya dia setelah menunjukkan keangkuhan yang melampaui batas.

Demikian juga Abrahah yang diserang sekumpulan burung membawa batu 'sijjil' dari neraka yang setelah terkena batu itu, jadilah dia dan tentera bergajahnya yang mahu memusnahkan Kaabah seperti daun yang dimakan ulat.

Itu balasan dosa atas tindakan manusia yang melampaui batas!

Kebesaran dan keagungan Allah SWT tidak terjejas walau sedikit pun dengan apa jua cabaran dan keangkuhan manusia, namun akan ditunjukkan agar kita semua insaf dan tidak melampaui batas.

Parti Komunis China Beri Amaran Bahaya Percaya Tuhan

Sebelum ini pun, pernah sebuah akhbar China yang menjadi lidah Parti Komunis yang memerintah negara itu memberi amaran kepada ahlinya tidak “berdoa kepada Tuhan dan menyembah Buddha” kerana komunisme adalah tentang ateisme, dan kepercayaan karut menjadi punca pemimpin korup mengalami kejatuhan.

China secara rasmi menjamin kebebasan agama untuk agama utama seperti Kristian, Buddha dan Islam, tetapi ahli Parti Komunis sepatutnya diseru berfahaman ateisme dan dilarang daripada menyertai apa yang digelar sebagai amalan karut di negara itu seperti meminta bantuan tukang tilik.

Akhbar People's Daily dalam komentarnya berkata, sudah menjadi kebiasaan dalam beberapa tahun ini, pemimpin yang diturunkan kerana rasuah adalah mereka yang menyertai "aktiviti karut feudal".

Malah, sesetengah pemimpin biasanya akan ke biara, berdoa kepada Tuhan dan menyembah Buddha, kata akhbar itu.

Sesetengah pemimpin terlalu memikirkan untuk berbaik dengan mahaguru, mahu bersaudara dengan mereka dan menjadi penurut dan sumber duit mereka.

Penduduk China, terutama pemimpin negara, mempunyai tradisi lama untuk meletakkan kepercayaan mereka dalam tilikan dan ramalan untuk mencari jawapan dalam masa keraguan, terdesak dan celaru.

Amalan itu berdepan ancaman apabila Presiden Xi Jinping yang memerintah pada akhir 2012 mengenakan tindakan keras ke atas rasuah yang sudah lama berakar umbi, di mana ramai pemimpin kanan dipenjara waktu itu.

People's Daily menyebut contoh Li Chuncheng, bekas timbalan ketua parti di Sichuan yang dipenjara 13 tahun pada 2015 kerana rasuah dan salah guna kuasa, dan menurut akhbar itu, beliau adalah seorang penggemar amalan Fengshui dan tilikan Cina tradisional.

Seorang pemimpin lebih muda di wilayah selatan negara iaitu Jiangxi, memakai tangkal untuk menghalau nasib malang, menurut akhbar itu.

Sebagai seorang pemimpin, jika kamu habiskan masa memikirkan perkara yang tidak jujur, kamu pasti akan jatuh akhirnya, kata akhbar itu.

Pengasas China moden, Mao Zedong, melarang ramalan nasib oleh tukang tilik dan kepercayaan karut di China yang mengamalkan komunisme, tetapi kepercayaan demikian mula kembali sejak negara itu menerima perubahan ekonomi dan mula lebih terbuka pada akhir 1970an.

Dalam salah satu kes terbaru yang terkenal, bekas ketua keselamatan China Zhou Yongkang dipenjara seumur hidup disebabkan tuduhan mengatakan beliau membocorkan rahsia negara yang tidak diketahui kepada seorang tukang tilik dan bomoh bernama Cao Yongzheng, yang terkenal sebagai "pendeta Xinjiang" sempena nama tempat beliau dibesarkan.

Akhbar People's Daily berkata pemimpin mestilah ingat kata-kata Marx, "Komunisme bermula daripada permulaan ateisme".

Kepercayaan karut adalah pencemaran pemikiran dan mengebaskan kerohanian yang tidak boleh dipandang lekeh dan mestilah diusir sehabisnya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Friday, February 07, 2020

11 Nasihat Jack Ma Jika Anda Mahu Berjaya Dalam Bisnes

11 Nasihat Jack Ma Jika Anda Mahu Berjaya Dalam Bisnes

Siapa sangka, Jack Ma yang nama sebenarnya adalah Ma yun ternyata kurang cemerlang dari segi akademiknya dan permohonan beliau ditolak oleh banyak kolej dan akademi pengajian. Beliau juga selalu ditolak ketika memohon pekerjaan. Akhirnya beliau menamatkan pengajiannya di university yang tidak berprestij dan berkerja sebagai guru Bahasa Inggeris.

Nasihat Jack Ma
Jack Ma.

Jika anda mengamalkan pesanan beliau ini ketika anda miskin, walaupun tidak menjadi seorang jutawan, sekurang-kurangnya anda pasti tetap akan Berjaya.

Biasanya anda melakukan suatu kaedah dengan cara yang salah, maka sebaliknya inilah yang perlu anda lakukan:

Ketika miskin, kurang luangkan masa anda di rumah, perbanyakkan kegiatan di luar. Apabila sudah kaya, perbanyakkan waktu di rumah, kurangkan kegiatan anda di luar rumah. Ini adalah “Seni Kehidupan.”

Ketika miskin, gunakanlah wang ringgit anda untuk orang lain, ketika kaya gunakanlah wang ringgit anda untuk keluarga dan orang-orang yang anda sayangi! Ramai orang yang mengamalkan hal ini tetapi dengan cara terbalik.

Ketika miskin, berbuat baiklah terhadap orang lain, ini barulah namanya orang miskin tetapi bijak. Ketika kaya, harus belajar membuatkan orang lain baik terhadap anda dan anda harus lebih baik terhadap orang lain. Ini adalah cara hidup yang sangat indah, tapi tidak ramai orang yang memahami.

Ketika miskin hiduplah dalam kesederhanaan, tapi ketika kaya, jangan menunjuk-nunjuk. Hidup anda akan kembali menjadi sederhana, hidup anda akan menjadi tenang.

Masa muda adalah kekayaan paling besar, hargailah setiap waktu dalam kehidupan, jangan takut pada kemiskinan! Yang penting anda harus tahu bagaimana untuk melatih diri, perkara apa yang perlu diutamakan, apa yang harus dilaburkan dan bila masanya anda perlu berjimat.

Jangan sewenang-wenang membeli pakaian, anda boleh beli sedikit, tapi belilah yang tinggi kualitinya. Perbanyaklah makan dengan orang luar, anda harus berani mengeluarkan wang ringgit dan belanja orang-orang yang lebih banyak berkhidmat dan berkerja keras daripada anda.

Ketika wang simpanan untuk kehidupan anda sudah cukup, kebahagiaan terbesar adalah menggunakan wang hasil kerja keras anda sendiri untuk mencapai impian anda! Lebarkanlah sayap anda, kejar impian anda dan biarkan hidup anda melalui perjalanan hidup yang berbeza.

Kebahagiaan pasti akan hadir dalam kehidupan semua orang, selalulah muhasabah diri serta perbaiki kesalahan diri, maka anda akan perlahan-lahan melupakan bagaimana orang lain menjalani kehidupan mereka.

Tolong jangan sewenang-wenangnya mengkritik saya, kerana anda hanya tahu nama saya, tapi tidak tahu kisah hidup saya. Anda hanya mendengar apa yang saya lakukan, tapi tidak pernah tahu apa yang saya lalui.

Seseorang yang sangat kuat, tidak akan pernah menghabiskan waktu untuk mengambil hati orang lain. Mengenai perhubungan, itu semua hanyalah pelengkap, perkara yang paling penting adalah bagaimana anda meningkatkan kemampuan dalam diri sendiri. Orang hanya akan datang kepada anda setelah anda memperbaiki diri sendiri. Contohnya, anda sudah menjadi pokok yang rimbun, barulah burung-burung akan datang. Anda sudah menjadi lautan, barulah segala aliran akan berkumpul pada anda. Anda harus mencapai suatu tingkat terlebih dulu, baru boleh mendapatkan perhubungan yang berbaloi, bukan sebaliknya!

Tidak ada sesiapa yang boleh menemani anda seumur hidup, maka anda perlu biasakan diri dengan hidup berdikari. Tidak ada sesiapa yang boleh membantu anda seumur hidup, maka anda perlu selalu berjuang.

***

Sejak awal lagi, Jack Ma sedar bahawa Alibaba seperti harta karun. Penggaliannya memerlukan masa bertahun-tahun sehingga hasilnya boleh dinikmati sekarang ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: usahawan

Coronavirus 'Takut' Air, Anda Dinasihatkan Agar Kerap Mandi

Coronavirus 'Takut' Air, Anda Dinasihatkan Agar Kerap Mandi

Rakyar digesa agar terus bertenang dan menekankan aspek penjagaan diri sebagai langkah pencegahan meskipun penularan wabak koronavirus semakin membimbangkan di seluruh dunia, kerana sifat itu akan mempengaruhi dan menurunkan imuniti badan.

Coronavirus 'Takut' Air
Gambar hiasan.

Apa yang menyebabkan kita mudah terkena jangkitan sesuatu virus atau penyakit adalah bergantung kepada imuniti tubuh kita. Perkara ini mudah, kita cuma perlu jaga diri.

Menurut pakar kesihatan, Koronavirus juga terkenal dengan sifatnya yang takut air, jadi untuk menjaga diri kena kerap mandi, jaga pemakanan dan hadkan pergerakan.

Sesiapa yang terkena jangkitan Koronavirus juga dinasihatkan supaya minum air kelapa dan air lemon suam antara enam hingga tujuh gelas pada hari pertama.

Pengambilan air tersebut perlu diteruskan pada hari kedua tetapi dikurangkan jumlahnya, kira-kira lima gelas sehari, selain perlu makan sayur hijau seperti kangkung.

Uniknya, koronavirus menyerang saluran pernafasan sama seperti influenza.

Oleh itu, anda dinasihatkan jangan kerap makan gula, susu dan daging (sebagai usaha meningkatkan ketahanan badan).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Bagaimana Mahu Berniaga Tudung Sehingga Berjaya?

Bagaimana Mahu Berniaga Tudung Sehingga Berjaya?

Wanita tidak akan berhenti membeli tudung atau shawl, walaupun mereka sebenarnya sudah mempunyai berpuluh atau beratus helai kerana setiap satunya mempunyai nilainya yang tersendiri dan sesuai dipadankan untuk pakaian yang tertentu sahaja.

Bisnes tudung

Jadi, tidak hairanlah jika wanita mempunyai pelbagai jenis tudung mengikut saiz, warna dan kualiti yang berbeza-beza kerana tarikan tudung itu sendiri yang membuatkan wanita untuk terus membeli.

Jika dilihat dari dasarnya, memang nampak seperti satu pembaziran, tapi jika dilihat dari sudut kita sebagai penjual, niche ini sangat bagus dan membantu kerana kita bakal mempunyai sasaran pelanggan yang tidak putus-putus!

Trend menjual tudung, shawl secara online juga semakin meningkat naik dan mendapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan wanita terutamanya remaja.

Jika kita melakukan carian di Google, terdapat banyak perniagaan online yang menjual pelbagai jenis tudung, shawl dengan harga yang berpatutan. Hasil daripada carian ini membuktikan bahawa permintaan terhadap tudung, shawl secara online adalah sangat tinggi dan anda sepatutnya mengambil peluang keemasan ini untuk menjana pendapatan sampingan mulai dari sekarang.

Jangan risau tentang saingan sedia ada yang terdapat di pasaran, kerana tudung, shawl merupakan sesuatu keperluan yang dekat di hati wanita berhijab.

Bagaimana mahu bermula?

Perkara paling penting untuk memulakan apa sahaja perkara tentulah minat dan kesungguhan. Tanpa minat, mungkin anda boleh lupakan sahaja impian untuk memiliki perniagaan sendiri kerana apabila kita bertemu dengan kegagalan, hanya individu yang mempunyai minat yang mendalam sahaja akan bangkit semula untuk mencipta kejayaan.

Perkara lain yang perlu diambil kira tentulah produk yang ingin dijual. Persoalan yang biasa timbul tentulah sama ada untuk membeli secara borong dan jual semula dengan harga yang murah atau menghasilkan sendiri tudung tersebut.

Untuk peringkat permulaan, mungkin kita boleh menghasilkan sendiri kerana kekangan modal yang kecil. Tetapi, masalah akan mula timbul jika kita tidak mempunyai kemahiran menjahit.

Oleh itu, cara yang terbaik adalah dengan memilih dan membeli sendiri kain yang kita ingin jadikan tudung dan menghantarnya kepada tukang jahit.

Kita boleh memotong sendiri kain tersebut mengikut rekaan yang kita kehendaki dan menghantar kepada tukang jahit untuk dijahit tepi. Kos yang terlibat juga adalah sedikit berbanding jika kita membeli terus secara borong.

Bagaimana hendak mengiklankan produk?

Setelah mempunyai produk, langkah seterusnya yang perlu kita fikirkan adalah cara untuk mengiklankan produk tersebut.

Disebabkan kita menjalankan perniagaan tudung/shawl secara online, terdapat beberapa medium sesuai yang boleh kita gunakan untuk mengiklankan produk.

Facebook

Jika selama ini anda menggunakan Facebook hanya untuk berkongsi status atau gambar terbaru, apa kata kali ini anda gunakan Facebook untuk membuat promosi tentang produk tudung, shawl yang anda ingin jual.

Hal ini lebih mudah kerana anda sudah mempunyai rakan yang sedia ada di Facebook dan tidak perlu susah-susah lagi untuk mencari pelanggan.

Instagram/Twitter

Sama seperti Facebook, gunakan media sosial ini untuk mempromosikan perniagaan anda. Tapi, harus diingat, jangan melakukan promosi secara berlebihan seperti ‘tag’ atau komen tentang perniagaan anda di gambar atau page yang tidak sepatutnya hingga mengganggu privasi rakan-rakan anda.

Iklan di web pengiklanan

Anda boleh mengiklankan perniagaan anda di website iklan sedia ada seperti mudah.my atau majalah.com.

Bukan sahaja tidak melibatkan kos, malah jaringan pelanggan juga lebih luas dan ini merupakan peluang terbaik untuk memulakan perniagaan anda!

Blog

Jika anda menggunakan blog untuk mempromosikan produk tudung/shawl, anda mempunyai kawalan terhadap blog anda sendiri.

Namun, anda perlu memastikan yang blog anda menarik dan mempunyai nama yang senang untuk diingat.

Kemudian, jangan lupa untuk sertakan ‘link’ ke blog anda di semua media sosial yang anda ada untuk tujuan promosi. Pastinya sangat membantu!

Senarai perniagaan tudung, shawl online popular di Malaysia

TudungSiComel merupakan antara Pembekal Utama Tudung Kanak-kanak di Malaysia dengan hasrat untuk memudahkan terutamanya rakyat Malaysia bagi mendapatkan tudung kanak-kanak yang berkualiti dengan nilai hebat.

Apa yang menarik adalah, anda hanya perlu mendaftar akaun affiliate secara percuma, copy link jualan dan share kepada rakan-rakan atau pautkan di blog dan terima komisen!

Lawat laman web untuk join affiliate; TudungSiComel.

Tip mudah

Bagi menarik perhatian pelanggan, anda perlu ‘upload’ gambar yang cantik dan menarik beserta dengan maklumat yang berkaitan tentang tudung, shawl anda. Hal ini akan membantu pelanggan untuk terus membuat pembelian.

Jika tiada maklumat yang disertakan bersama gambar yang dimuat naik, pelanggan akan menghadapi masalah dalam membuat pilihan dan seterusnya membantutkan niat mereka untuk membeli tudung, shawl anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Iktibar Dari Setiap Kisah 25 Orang Nabi Dan Rasul Dalam Al-Qur’an

Iktibar Dari Setiap Kisah 25 Orang Nabi Dan Rasul Dalam Al-Qur’an

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan mengetahui nama dan kisah 25 orang para nabi dan rasul sebagaimana di dalam al-Qur’an di samping kewajipan beriman dengan kesemua para nabi dan rasul yang pernah diutuskan oleh Allah SWT sejak Nabi Adam a.s. sehinggalah penutup sekalian para nabi dan rasul iaitu Nabi Muhammad SAW.

Kisah 25 Rasul

Al-Qur’an penuh dengan kisah sejarah para nabi dan rasul serta umat-umat terdahulu yang disampaikan oleh Allah SWT sebagai pengajaran kepada kita semua.

Setiap kisah mereka ada pengajaran yang boleh kita pelajari dan manfaatkan dalam konteks zaman sekarang yang serba moden ini.

Ketiga-tiga agama samawi iaitu Yahudi, Kristian dan Islam mempercayai bahawa mereka berdua adalah ibu bapa sekalian umat manusia di muka bumi ini sebagaimana yang termaktub di dalam kitab suci masing-masing.

Bermula dengan kisah Nabi Adam a.s. dan isterinya, Hawa a.s. Mereka adalah pasangan manusia pertama diciptakan oleh Allah SWT. Mereka diciptakan di syurga dan di situlah juga kampung halaman asal manusia.

Sebelum dicipta, Allah SWT telah mengumumkan penciptaan makhluk baharu tersebut kepada para malaikat untuk dijadikan khalifah di muka bumi.

Para malaikat menyatakan kebimbangan mereka bahawa penciptaan makhluk baharu tersebut yang akan dilengkapi dengan jasad, roh, akal dan nafsu akan menimbulkan kerosakan di muka bumi.

Tetapi Allah SWT berfirman bahawa Dia maha mengetahui segala perkara yang mereka tidak ketahui. Tanpa lebih terperinci dan dicepatkan kisahnya, maka Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS dan pasangannya Hawa serta mereka ditinggalkan di dalam syurga.

Persoalannya, mengapakah pada awalnya Allah SWT meninggalkan Nabi Adam a.s. dan Hawa a.s. tinggal di dalam syurga sedangkan mereka berdua diciptakan supaya mentadbir sebuah planet bernama bumi?

Ini adalah pandangan peribadi penulis sendiri dan harap dapat dibetulkan oleh pembaca yang arif sekiranya silap. Kehidupan awal Nabi Adam a.s. dan Hawa a.s. di dalam syurga bertujuan untuk memperkenalkan manusia tentang sejenis makhluk yang bernama Iblis dan kuncu-kuncunya syaitan.

Apabila Iblis berjaya memperdayakan Nabi Adam a.s. dan Hawa a.s. melanggar perintah Allah SWT dengan memakan buah larangan di syurga sehingga mereka berdua diturunkan oleh Allah SWT ke muka bumi, mereka berdua dapat mengenali sifat hasutan Iblis dan tipu dayanya supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada tipu dayanya dan diajarkan kepada anak cucu mereka.

Iblis yang sejak mula menentang perintah Allah SWT dengan sifat takbur tidak mahu menerima kemuliaan seorang manusia yang dirasakan jauh lebih rendah martabat daripada dirinya, akhirnya disingkir oleh Allah SWT dan dia bersumpah akan berusaha menyesatkan umat manusia mengikuti jalannya.

Itulah sejarah dendam Iblis dengan umat manusia telah berlaku sejak penciptaan manusia pertama lagi. Setelah penurunan Nabi Adam a.s. dan Hawa a.s. ke muka bumi, mereka berdua memohon keampunan Allah SWT sehingga mereka berdua diampunkan dosa mereka.

Al-Qur’an menjelaskan bahawa tiada pewarisan dosa daripada seorang bapa kepada anaknya atau daripada anak kepada bapanya. Setiap manusia menanggung dosanya sendiri dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Walau bagaimanapun, kita sebagai masyarakat perlu mengamalkan "amar makruf, nahi mungkar" (menggalakan kebaikan, mencegah kemungkaran) kerana apabila azab Allah SWT melanda sesebuah tempat disebabkan dosa besar beberapa orang di tempat tersebut, maka semua penduduknya akan terkena azab tersebut kerana sifat diam mereka tidak berusaha mencegah kemungkaran tersebut.

Penurunan Nabi Adam a.s. dan Hawa a.s. ke muka bumi kemudian mereka mula beranak-pinak maka bermulalah tugas manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab mentadbir muka bumi ini dengan aman sehinggalah tiba kepada zaman Nabi Nuh a.s.

Zaman umat Nabi Nuh a.s. baharu sahaja lebih kurang sepuluh generasi, tetapi telah mula muncul kemusyrikan dalam kehidupan umat manusia ketika itu. Manusia mula menyembah berhala, meminta sesuatu dan perlindungan kepadanya.

Bermula daripada pemujaan sekumpulan manusia yang dianggap tokoh sehingga membawa kepada penyembahan atas nama mereka. Dari situlah bermulanya pengutusan rasul oleh Allah SWT untuk membetulkan keadaan dan akidah manusia. Nabi Nuh AS diutuskan kepada mereka dan berdakwah dalam tempoh yang sangat lama, memakan masa berabad.

Akan tetapi sangat sedikit umatnya yang beriman kepada Allah SWT. Kita boleh bayangkan bagaimana pengorbanan seorang rasul yang begitu sabar berdakwah sehari-harian kepada umatnya sehingga ratusan tahun, satu umur yang dianggap luar biasa bagi manusia pada masa kini, tetapi itulah yang berlaku.

Itulah sebabnya Nabi Nuh a.s. digolongkan sebagai rasul Ulul Azmi yang begitu sabar dan cekal berdakwah. Dakwah baginda tidak didengari, bahkan kalau boleh disumbatkan kelima-lima jari mereka ke dalam telinga mereka kerana keengganan mereka mendengar dakwah baginda.

Akhirnya, Allah SWT memerintahkan agar Nabi Nuh a.s. dan umatnya yang beriman membina sebuah bahtera kerana Allah SWT telah memilih untuk memusnahkan umatnya dengan cara banjir besar.

Kisah mengenai banjir besar ini begitu popular dalam sejarah, bahkan boleh dikatakan semua peradaban selepas itu mengetahui tentang kisahnya tetapi dalam pelbagai versi sehingga bertukar menjadi kisah epik dan mitos.

Tetapi kisah banjir besar tersebut benar-benar berlaku dan dibuktikan dengan penemuan arkeologi di perlembahan Mesopotamia (Iraq, Kuwait) baharu sekitar puluhan tahun lalu. Al-Qur’an tidak menyatakan bahawa banjir besar tersebut meliputi seluruh dunia, tetapi cuma melanda kawasan umat Nabi Nuh tersebut.

Tempoh dakwah yang panjang tidak menjamin penerimaan oleh semua orang termasuklah ahli keluarga sendiri. Salah seorang anak Nabi Nuh sendiri tidak beriman walaupun pada saat-saat akhir.

Ini dapat dilihat dalam sejarah para nabi dan rasul, bagaimana pengakhiran hidup bapa Nabi Ibrahim a.s., isteri Nabi Lut a.s. dan Abu Talib, ketiga-tiga mereka merupakan ahli keluarga rasul yang mati dalam keadaan musyrik.

Sifat majoriti umat manusia yang terpedaya dengan hasutan Iblis, kemewahan dunia, harta benda, anak pinak, tanaman, ternakan dan hawa nafsu menjadikan mereka tidak mengambil pelajaran atas peristiwa yang menimpa umat-umat sebelum mereka.

Lihatlah bagaimana umat Nabi Hud, kaum ‘Ad, dimusnahkan tanpa kesan dengan ribut pasir, umat Nabi Soleh a.s., kaum Tsamud, dimusnahkan dengan gempa dan halilitar, padahal mereka adalah umat yang begitu bertamadun pembangunannya, mampu mengukir gunung-ganang menjadi istana yang cantik dan gah, tiang-tiang binaanya sahaja boleh mengagumkan manusia pada masa kini dengan seni binaanya yang gah.

Mereka hidup selepas peristiwa banjir besar yang memusnahkan umat Nabi Nuh a.s., mereka mengetahui kisah kemusnahan umat terdahulu sebelum mereka, mereka diberi peringatan berulang kali oleh Nabi Hud a.s. dan Nabi Soleh a.s. tentang kemusnahan tamadun nenek moyang mereka kerana kesombongan dan kekufuran mereka, tetapi mereka tetap mengingkarinya, bahkan para rasul mereka ditentang keras dan dituduh gila.

Lebih teruk lagi, mereka meminta supaya disegerakan ancaman azab yang diperingatkan. Akhirnya, oleh kerana mereka tidak pernah belajar daripada sejarah dan bersifat penuh takbur, maka sejarah yang sama berulang kembali, mereka dimusnahkan sebagaimana umat terdahulu sebelum mereka.

Kisah sejarah Nabi Ibrahim a.s. pula bagi penulis penuh dengan hujah ilmiah yang begitu bijaksana. Bagaimana Nabi Ibrahim a.s. berhujah dengan rajanya, Namrud, jika baginda benar-benar berkuasa sebagai Tuhan sebagaimana yang didakwa, maka terbitkanlah matahari dari sebelah barat dan tenggelamkannya ke sebelah timur, bertentangan dengan kejadian alam semulajadi.

Tentunya cabaran tersebut tidak dapat dilakukan oleh Namrud, tetapi kerana kejahilan ditambah dengan sifat takburnya, Namrud masih tidak mahu menentang Nabi Ibrahim a.s..

Nabi Ibrahim a.s. kemudiannya membuat suatu contoh perbandingan kepada kaumnya dengan mendakwa bahawa matahari dan bulan adalah Tuhan kerana kecantikan sinar bulan pada malam hari dan keterikan cahaya matahari yang memancar menyinari alam, tetapi apabila berlakunya kejadian alam siang dan malam, kedua-duanya silih berganti meninggalkannya, hilang dari pandangan dan itu bukanlah sifat Tuhan yang meninggalkan dirinya.

Begitulah perumpamaan bijak yang mahu disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s. bahawa tiada makhluk atau benda yang kekal wujud, segalanya akan hilang dan lenyap kecuali Allah SWT yang kekal, tiada permulaan dan pengakhiran, satu-satunya Tuhan yang layak disembah.

Nabi Ibrahim a.s. sekali lagi berjaya membuatkan kaumnya “berfikir” secara rasional akan perbuatan mereka menyembah sesuatu yang diciptakan dengan tangan mereka sendiri dengan memusnahkan semua berhala mereka kecuali berhala yang paling besar, apabila semua kaumnya menghadiri majlis upacara di tempat lain.

Apabila mereka kembali pulang, mereka terkejut dengan kemusnahan tersebut dan mengesyaki bahawa Nabi Ibrahim a.s. yang memusnahkan semua berhala mereka, maka baginda disoal siasat.

Nabi Ibrahim a.s. menyuruh kaumnya tanyakan kepada berhala mereka yang paling besar yang tidak dimusnahkan tentang siapa yang memusnahkan berhala-berhala yang lain.

Sudah tentulah patung tersebut tidak boleh memberi sebarang respon, apatahlagi mempertahankan diri mereka sendiri, jadi mengapa ianya disembah untuk memohon sesuatu dan memohon perlindungan ke atas diri mereka?

Walau bagaimanapun, kaum Nabi Ibrahim a.s. masih tidak mahu menerima mesej bijaksana tersebut, bahkan mereka ingin membunuh baginda dengan membakar baginda hidup-hidup. Di situlah datangnya mukjizat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada para rasul-Nya. Baginda tidak terbakar di dalam api tersebut, malah berasa aman di dalamnya.

Mukjizat adalah perkara luar biasa yang berlaku pada para nabi dan rasul bagi membuktikan kerasulan mereka.

Kebiasaannya, manusia biasa lebih mudah menerima sesuatu mesej apabila mereka melihat suatu “bukti” luar biasa. Ini bukanlah sihir atau silap mata yang boleh dipelajari oleh manusia biasa, mukjizat adalah kurniaan daripada Allah SWT kepada para rasul-Nya.

Kisah sejarah pengorbanan Hajar a.s. yang mentaati perintah Allah SWT dan suaminya, Nabi Ibrahim a.s. begitu hebat sekali sehingga sanggup ditinggalkan berdua bersama puteranya yang masih kecil iaitu Nabi Ismail a.s. di tengah-tengah padang pasir.

Begitu juga keimanan dan kesabaran Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail a.s. kepada Allah SWT apabila mereka berdua sanggup menjalankan perintah Allah SWT untuk menyembelih Nabi Ismail a.s.

Ternyata perintah itu adalah ujian daripada Allah SWT dan baginda digantikan dengan korban binatang kibasy sebagai ‘hadiah’ kepada keimanan mereka.

Daripada sifat keimanan merekalah, disyariatkan ibadat Haji, ibadat korban dan lahirnya sejarah Makkah al-Mukarramah yang akan menjadi tempat kelahiran penutup dan penghulu sekalian para nabi dan rasul iaitu Nabi Muhammad SAW.

Kisah sejarah umat Nabi Lut a.s. masih lagi berlaku pada zaman serba moden kini iaitu kebejatan akhlak dan moral apabila umat baginda mengamalkan gaya hidup luar tabi’i atau songsang.

Dalam istilah pada masa kini dikenali sebagai LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgander). Perkara tersebut yang membawa kedudukan manusia lebih rendah daripada haiwan. Mereka diselubungi hawa nafsu songsang yang menjijikkan dan bertentangan dengan fitrah alam.

Pada masa kini, perkara tersebut menyumbang kepada penyebaran penyakit-penyakit kelamin seperti HIV, AIDS yang memusnahkan generasi manusia dan belum dijumpai penawar yang berkesan.

Seperti para rasul yang lain, Nabi Lut a.s. sentiasa berdakwah menyeru kaumnya supaya kembali kepada fitrah dan mencari pasangan mereka yang berlainan jantina, kerana itulah manusia dan alam ini diciptakan berpasangan, lelaki dan perempuan, supaya boleh menghasilkan zuriat dan membawa kedamaian dan rahmat kepada kedua-dua mereka.

Kebejatan akhlak umat Nabi Lut a.s. begitu teruk sehingga sanggup berasak-asak menyerbu rumah Nabi Lut a.s. apabila mereka mengetahui kehadiran dua orang lelaki kacak (malaikat yang menyamar).

Walaupun Nabi Lut a.s. menawarkan puteri-puterinya untuk dijadikan isteri kepada mereka, namun mereka tetap berdegil dan berperangai lebih teruk daripada binatang.

Akibatnya, bumi mereka “diterbalikkan” (gempa yang sangat kuat) dan mereka semua dimusnahkan oleh Allah SWT dalam sekelip mata setelah Nabi Lut a.s. dan umatnya yang beriman meninggalkan tempat tersebut pada malam hari sebelumnya.

Adakah pengamal dan aktivis LGBT pada masa kini tidak mengambil iktibar dengan apa yang berlaku?

Tidak kiralah perbuatan songsang itu dilakukan secara paksaan atau kerelaan, ianya tetap haram dan bertentangan dengan etika, moral dan akhlak manusia yang akan melenyapkan umat manusia.

Kisah sejarah Nabi Yusuf a.s. diceritakan secara khusus dalam Surah Yusuf di dalam al-Qur’an. Kisahnya mengandungi tema kesayangan bapa terhadap anak-anaknya, hasad dengki antara adik-beradik, keruntuhan moral isteri seorang pembesar, keimanan seorang pemuda menolak pujuk rayu seorang wanita, kebijaksanaan seorang pembesar dalam mentadbir ekonomi negara dan kasih sayang antara ahli keluarga.

Nabi Yusuf a.s. amat diketahui sebagai seorang pemuda yang mempunyai paras rupa yang kacak, yang mampu mencairkan hati wanita-wanita yang melihatnya, tetapi baginda seorang yang dikurniakan kebijaksanaan dan mempunyai keimanan yang tinggi.

Walaupun baginda dikurniakan rupa paras yang kacak, tetapi baginda tidak sombong dengan “aset” dirinya dan tunduk kepada tuntutan hawa nafsu di sekelilingnya.

Lihat juga bagaimana kebijaksanaan Nabi Yusuf a.s. yang diberi kepercayaan sebagai seorang menteri perbendaharaan negara mengawal ekonomi dan bekalan makanan negara dengan mengawal dengan bijak hasil tanaman dan ternakan selama tujuh tahun yang aman untuk bertahan dalam cuaca kemarau berpanjangan selama tujuh tahun selepas itu.

Perkara tersebut perlu diteladani oleh mereka yang bertanggungjawab mentadbir negara supaya ekonomi negara dapat dikawal dengan bijak dan stabil.

Kisah sejarah Nabi Ayub a.s. dipenuhi dengan kisah ujian yang diberikan oleh Allah SWT ke atas Nabi Ayub a.s. dengan kemusnahan harta benda, kematian ahli-ahli keluarga, kemerosotan kesihatan tubuh badan dan kehilangan kesetiaan isteri baginda yang meninggalkan baginda kerana tidak tahan dengan ujian-ujian tersebut yang selama bertahun-tahun.

Walau bagaimanapun, Nabi Ayub a.s. adalah seorang nabi yang mempunyai keimanan yang tinggi dan kesabaran yang sangat luar biasa, baginda tetap terus beribadat dan berdoa kepada Allah SWT.

Akhirnya Allah SWT mengembalikan semula nikmat kesihatan dan kekayaan kepada baginda dan isteri baginda kembali kepada baginda setelah dihukum dengan hukuman yang setimpal. Jika kita ditimpa sebarang kesusahan, ingatlah kesusahan kita tidak seberat ujian Nabi Ayub a.s.

Kisah sejarah umat Nabi Syu’aib a.s. pula mengingatkan kita terutamanya golongan para peniaga supaya tidak menipu dalam urusan perniagaan sepertimana umat baginda.

Menipu dalam berniaga termasuklah mengurangkan sukatan dan timbangan, menyorokkan barangan yang sudah rosak, meningkatkan harga barangan sesuka-hati terhadap barangan yang disorok dan mengamalkan riba’ yang menganiaya orang.

Akibatnya, kaum Nabi Syu’aib di Madyan yang menyekutukan Allah SWT dengan menyembah hutan dan mengamalkan penipuan dalam urusan jual-beli itu dibinasakan oleh Allah SWT sekelip mata dengan satu pekikan bunyi dari langit yang mengguntur seolah-olah bandar tersebut telah lama mati.

Kisah sejarah Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. adalah kisah yang paling banyak diceritakan dan diulang-ulang dalam al-Qur’an. Begitu juga kisah umat mereka, Bani Israel, seperti kisah lembu betina (Baqarah), Qarun dan Samiri.

Nabi Musa a.s. diselamatkan oleh Allah SWT daripada pembunuhan besar-besaran bayi lelaki ketika tahun kelahirannya dan membesar di dalam istana Firaun sendiri. Al-Qur’an menceritakan bagaimana Nabi Musa a.s. dan saudaranya, Nabi Harun a.s. setelah diutuskan sebagai rasul diperintahkan untuk berhadapan dengan Firaun yang menzalimi Bani Israel untuk berdakwah dan memberi peringatan kepada Firaun.

Al-Qur’an turut menceritakan keingkaran Bani Israel yang berkali-kali melanggar perintah rasul mereka walaupun setelah mereka diselamatkan oleh Allah SWT daripada bala tentera Firaun.

Banyak ayat di dalam al-Qur’an mengingatkan bangsa Bani Israel, bangsa keturunan Nabi Ya’akub a.s. bin Nabi Ishak a.s. itu supaya beriman dan mensyukuri nikmat Allah SWT yang telah banyak dikurniakan kepada mereka.

Dalam sejarah, ramai para nabi dan rasul diutuskan dalam kalangan mereka untuk membimbing mereka, tetapi sebahagian besar mereka yang musyrik tetap ingkar dan berbuat kerosakan sehingga ke hari ini.

Al-Qur’an sendiri menegaskan bahawa terdapat juga dalam kalangan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang baik dan beriman, tetapi kebanyakan mereka adalah orang yang fasik, musyrik dan sering berbuat kerosakan.

Kita dapat melihat situasinya sehingga ke hari kini, bagaimana konflik antara pemimpin dan tentera Zionis Israel dan negara haram Israel mereka terus menganiaya, membunuh dan menzalimi umat Islam Palestin setelah mereka merampas tanah air umat Islam Palestin secara haram sejak tahun 1948.

Kesungguhan Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. dalam membimbing kaum mereka, Bani Israel, diteruskan pula oleh para nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah SWT dalam kalangan mereka sehinggalah pengutusan Nabi Isa a.s.

Dalam kalangan para nabi dan rasul, terdapat juga mereka yang dikurniakan oleh Allah SWT kuasa pemerintahan sebagai seorang raja dan pemerintah seperti Nabi Daud a.s. dan puteranya, Nabi Sulaiman a.s.

Nabi Daud a.s. ditabal sebagai raja Bani Israel setelah kebijaksanaannya membunuh Jalut, musuh yang perkasa di medan perang dengan menghayun batu tepat ke arah kepala Jalut sehingga Jalut jatuh tersungkur dan mati serta merta.

Kelebihan Nabi Daud a.s. juga adalah mampu melentur dan melembutkan besi untuk membuat perisai dan juga dikurniakan suara yang sungguh merdu ketika membaca Kitab Zabur sehingga ditundukkan gunung-ganang dan burung-burung bertasbih bersamanya di waktu pagi dan petang.

Nabi Sulaiman a.s. mewarisi takhta daripada ayahandanya, Nabi Daud a.s, bahkan baginda diberi kekuasaan pemerintahan lebih daripada mana-mana raja yang memerintah di dunia ini.

Ini kerana kekuasaan pemerintahan baginda tidak hanya terhadap manusia sebagai rakyat jelata, bahkan Allah SWT mengurniakan kekuasaan kepadanya sehingga boleh menundukkan haiwan, jin malah angin mengikut perintahnya.

Begitu juga kekayaan baginda melimpah-ruah. Namun, baginda tidak pernah takbur malah terus kuat beribadat kepada Allah SWT. Ini memberi pengajaran kepada sesiapa juga yang diberi kuasa pemerintahan dan pentadbiran supaya menginsafi kedudukan mereka yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kekuasaan Nabi Sulaiman a.s.

Dalam keadaan berkuasa seperti itupun, Nabi Sulaiman a.s. terus berdakwah menerusi kisah ratu Saba’ yang menyembah matahari. Kekayaan dan kekuasaan yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman AS membuatkan Ratu Saba’, Balqis, akhirnya tunduk patuh kepada kekuasaan Allah SWT dan baginda beriman dengan sekalian rakyat jelata di negerinya.

Kisah sejarah Nabi Yunus a.s. terkenal dengan ikan besar yang menelannya hidup-hidup. Bagi umat Kristian, mereka mengenalinya dengan kisah “Jonah and The Whale.”

Kisah bagaimana Nabi Yunus a.s. begitu marah dengan kaumnya yang degil dan ingkar sehingga baginda sendiri meninggalkan kaumnya. Apabila azab Allah SWT dilihat semakin hampir, maka kaum Nabi Yunus a.s. segera beriman dan bertaubat kepada Allah SWT sedangkan Nabi Yunus a.s. sendiri telah meninggalkan mereka.

Untuk memberi peringatan kepada Nabi Yunus a.s., Allah SWT telah mengarahkan supaya seekor ikan besar menelan baginda hidup-hidup ketika baginda sedang belayar meninggalkan kaumnya di Ninawa.

Allah SWT memelihara rasul-Nya di dalam perut ikan besar tersebut. Baginda yang menyedari kesilapannya meninggalkan perintah Allah SWT dengan segera memohon keampunan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh, menangis dan berzikir selama berada di dalam kegelapan perut ikan besar tersebut.

Allah SWT mengampunkan baginda dan dikeluarkan hidup-hidup setelah dimuntahkan oleh ikan besar tersebut di tepi pantai.

Kisah baginda mengajar kita supaya jangan lari dan putus asa daripada perintah Allah SWT. Sebagai seorang rasul, baginda terus ditegur oleh Allah SWT jika melakukan kesilapan kerana salah satu sifat rasul itu adalah bersifat maksum yakni terpelihara daripada dosa.

Kisah sejarah Nabi Zakaria a.s. pula mengingatkan kita bahawa Allah SWT berkuasa memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, tidak kira cepat atau lambat, bahkan boleh juga terjadi di luar kebiasaan.

Ini seperti Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang tidak dikurniakan zuriat sehingga usia kedua-duanya telah lanjut. Doa Nabi Zakaria a.s. diperkenankan Allah SWT dan isterinya mengandung walaupun usia kedua-duanya hampir seabad.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Nabi Yahya a.s. yang soleh dan meneruskan perjuangan dakwah bapanya. Perkara tersebut bukanlah pertama kali berlaku, sebelum itu, Sarah a.s. , isteri Nabi Ibrahim a.s., dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Nabi Ishak a.s. walaupun kedua-duanya telah lanjut usia.

Sekali lagi, tiada apa yang mustahil dengan kuasa Allah SWT. Kelahiran Nabi Isa a.s. tanpa bapa oleh Maryam a.s. adalah salah satu bukti nyata bahawa Allah SWT maha mencipta.

Maryam a.s. adalah seorang wanita suci yang kuat beribadat dan berada dalam jagaan Nabi Zakaria a.s. Apa yang hendak dihairankan sedangkan Nabi Adam a.s. diciptakan oleh Allah SWT tanpa seorang bapa mahupun ibu?

Allah SWT sendiri menjelaskan bahawa penciptaan Nabi Isa a.s. adalah sama seperti penciptaan Nabi Adam a.s., diciptakan daripada tanah dan diperintahkan, “Jadi!” maka jadilah.

Perihal tentang Nabi Isa a.s. amat berbeza antara ajaran al-Qur’an dengan kepercayaan umat Kristian terutamanya dalam hal ketuhanan, kerasulan dan penyaliban. Al-Qur’an menentang keras fahaman Triniti yang dipercayai oleh umat Kristian yang mendakwa bahawa Tuhan itu satu tetapi terdiri daripada tiga individu termasuklah Nabi Isa a.s.

Al-Qur’an menafikan penyaliban Nabi Isa a.s. berlaku ke atas baginda, tetapi baginda diselamatkan oleh Allah SWT dengan diangkat kepada-Nya. Al-Qur’an menafikan Nabi Isa a.s. adalah anak Tuhan, tetapi baginda adalah seorang rasul utusan Allah SWT kepada bangsa Bani Israel ketika itu.

Akan tetapi, umat Islam dan umat Kristian mempercayai bahawa Nabi Isa a.s. atau Jesus akan diturunkan semula ke bumi sebelum hari kiamat nanti.

Umat Islam percaya bahawa penurunan baginda sebelum hari kiamat bertujuan untuk memimpin umat Islam ketika itu dengan perlaksanaan syariat Nabi Muhammad SAW.

Kisah sejarah atau sirah Nabi Muhammad SAW sebagai penghulu dan penutup sekalian para nabi dan rasul sarat dengan pengajaran.

Daripada awal kelahirannya, zaman kanak-kanaknya, zaman dewasanya, zaman pengutusannya, zaman dakwah di Mekah dan zaman kehidupan baginda di Madinah sehingga pengakhiran hayat baginda selama 63 tahun penuh dengan pengajaran hidup di samping kehidupan baginda bersama para sahabat a.s.

Setiap tindak tanduk baginda, percakapan baginda dan sifat baginda adalah contoh dan hukum yang perlu diikuti sesuai dengan firman Allah SWT di dalam al-Qur’an bahawa pengutusan baginda adalah sebagai rahmat bagi sekalian alam dan bertujuan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

Selain kisah sejarah para nabi dan rasul yang diceritakan kisahnya secara panjang lebar dan berulang kali di dalam al-Qur’an, terdapat juga beberapa orang nabi dan rasul dalam kalangan 25 orang yang wajib diketahui tersebut tidak diceritakan secara terperinci mengenai kisah mereka di dalam al-Qur’an seperti Nabi Idris a.s., Nabi Ishak a.s., Nabi Ya’akub a.s., Nabi Zulkifli a.s., Nabi Ilyas a.s. dan Nabi Ilyasa’ a.s.

Walau bagaimanapun, mereka dinyatakan sebagai seorang nabi yang benar, soleh dan penyabar.

Hayatilah kisah sejarah perjuangan para nabi dan rasul yang diceritakan di dalam al-Qur’an. Mereka adalah generasi manusia terbaik yang wajib dijadikan contoh tauladan sepanjang zaman.

Pelbagai aspek kehidupan manusia terkandung dalam setiap kisah para nabi dan rasul yang boleh dijadikan pengajaran. Surah asy-Syu’ara’ adalah antara surah yang menceritakan perihal ramai para nabi dan rasul dan umat-umat mereka dalam satu surah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Thursday, February 06, 2020

SBDJ Siri 122: Mengaku Keturunan Hang Jebat

SBDJ Siri 122: Mengaku Keturunan Hang Jebat

Bunyi kicauan burung punai tanah cukup rancak, angin yang bertiup tenang memberikan kesegaran pada saya. Sesekali terdengar sayup-sayup bunyi kokok ayam hutan di hujung kebun.

Toyol jadi-jadian

"Kamu sebenarnya, bukan anak jati Pasir Besar, Gemas Negeri Sembilan. Kamu dah berbohong pada aku Khoja," sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya. Datuk renung batang hidung Khoja Lisut.

Saya melihat muka Khoja Lisut pucat, dia resah tidak menentu. Sekejap renung lantai buluh, sekejap renung ke arah saya dan pepohon di luar. Apa yang dilakukan semuanya tidak kena.

"Aku maafkan, tapi hari ini kamu mesti berterus terang, jangan jadikan diri kamu manusia munafik," sambung Datuk.

Hati Khoja Lisut lega, saya lihat mukanya merah kembali. Sikap tidak tentu arahnya terhenti.

Saya kira, sekarang dia merasa bahagia dan seronok sekali. Datuk sudah memaafkan perbuatannya yang terlanjur.

"Sekarang berceritalah kamu dengan jujur tentang diri kamu dari A sampai Z," Datuk luahkan permintaan.

"Baik," sahut Khoja Lisut.

"Bagus," balas Datuk.

"Tapi saya terpaksa duduk atas pucuk pisang, kendi berisi air mesti diletakkan di hujung lutut sebelah kanan," Khoja Lisut mengajukan syarat.

Tentu saja syarat itu dipenuhi oleh Datuk. Saya pun diarahkan oleh Datuk untuk membuat segala-galanya.

Sebaik saja Khoja Lisut duduk atas pucuk pisang, dia membuka bajunya. Lagi sekali saya terkejut melihat kulitnya yang bersisik macam sisik tenggiling, terutama di bahagian rusuk dan belakang.

Khoja Lisut segera menarik kulitnya yang bersisik itu lalu diletakkan atas pucuk pisang.

Semua gerak-gerinya itu diperhatikan oleh Datuk dengan penuh teliti. Saya lihat Khoja Lisut bergerak atas pucuk pisang macam tenggiling (merangkak). Pucuk pisang habis hancur. Kelakuan aneh itu berlangsung kira-kira lima minit.

Sambil bergerak itu, Khoja Lisut melepaskan nafasnya macam bunyi nafas binatang yang merayap. Lidahnya terjelir menjilat-jilat air atas pucuk pisang. Kelopak matanya bergerak-gerak macam kelopak mata ular.

"Inilah yang saya tanggung selama ini, benda pelik ini datang dalam waktu begini, waktu matahari bertambah tinggi," tutur Khoja Lisut.

Bila dia pulih dari keadaan ganjilnya. Dia duduk bersila atas pucuk pisang yang sudah koyak rabak itu. Saya kira waktu itu lebih kurang pukul sepuluh pagi. Khoja Lisut menyarungkan kembali baju ke tubuhnya.

NORMAL

Keadaan diri Khoja Lisut kembali normal. Tidak terdapat tanda-tanda yang sebentar tadi dirinya berada dalam keadaan tidak normal.

Dia menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Dua tiga kali dia menelan air liur sambil memandang ke arah Datuk. Khoja Lisut pun memperkemaskan duduk dan silanya.

Dia pun berkisah tentang riwayat dirinya:

Dia adalah pendekar terkenal di Pulau Rupat yang terletak di perairan kepulauan Riau. Dari Pulau Rupat hingga ke Tanjung Pinang dia buka gelanggang silat, jumlah anak muridnya bukan kepalang.

Kehandalannya diakui, ramai pendekar silat dari Bukit Tinggi, Teluk Batung Bangka, Kerinci dan Jambi ditewaskannya dalam gelanggang. Ilmu persilatannya cukup tinggi, ilmu akhirat juga tidak kurang dalam dadanya.

Tubuhnya tidak mampan peluru, tidak mampan senjata tajam. Tahan dibakar dan direndam.

Sebulan sekali dia datang ke Johor, Negeri Sembilan dan Melaka mengembangkan ilmu silatnya.

Dia datang ke negeri-negeri di pantai barat Tanah Melayu melalui pantai. Dia menggunakan bot nelayan untuk datang ke tempat tersebut.

Dia pernah diuji dengan tembakan senapang kampung berlaras dua. Bertalu-talu tembakan dilepaskan ke tubuhnya. Semua tidak mendatangkan apa-apa kesan. Peristiwa itu berlaku ketika dia berada di Serkam, Melaka.

Ujian ke dua berlaku di Air Mawang Johol, Negeri Sembilan. Dia diserang dengan sepuluh lembing dari sepuluh anak muda, kemudian diikuti dengan tikaman keris dan tetakan parang panjang bertalu-talu.

Walaupun dia dapat mengesan dan kenal dengan orang-orang yang menyerang, dia tetap bersikap mengalah. Masih memaafkan musuhnya, tetap bersikap merendahkan diri.

Kerana sikapnya, bukan sikap ayam jaguh orang yang memusuhinya bertukar menjadi rakannya yang paling karib. Bersedia susah dan senang bersamanya.

Dan Khoja Lisut secara perlahan-lahan mengembangkan pengaruh dalam bidang persilatan.

Walaupun dia ditawarkan tanah, rumah dan isteri oleh para pengikut-pengikutnya, dia tetap menolak. Dia tidak bersedia menetap di bumi Tanah Melayu. Dia merasa lebih seronok dan bahagia berulang-alik dari Pulau Rupat ke Melaka atau Negeri Sembilan.

"Kamu memang hebat," Datuk segera memotong cakapnya.

Khoja Lisut terperanjat, mungkin dia merasa kurang seronok bila cakapnya di pintas oleh Datuk dengan cara yang mengejutkan.

Tetapi, Khoja Lisut tidak memperlihatkan kemarahannya. Dia menghadiahkan senyuman pada Datuk dan saya.

"Semua orang kata saya gagah dan kuat, tak ada seorang pun yang dapat melawan saya. Akibatnya saya lupa diri dan menanggung sakit yang tak diketahui puncanya, tak ada ubat dan penawarnya," sambung Khoja Lisut.

Dia seakan-akan menyesali dengan apa yang terjadi atas dirinya.

Datuk menggigit bibir sambil merenung ke arah pepokok pisang yang subur di kawasan sekitar pondok. Khoja Lisut terus mencabut kulit tubuhnya yang bersisik. Diaturkannya atas daun pisang.

"Pakcik kena sumpah?" saya bertanya.

Pertanyaan saya tidak dijawab.

"Barangkali kamu ada membuat sesuatu pada orang yang tidak melakukan kesalahan atas diri kamu," susul Datuk.

Khoja Lisut menegakkan badannya. Dia menggeliat. Gerak tubuhnya tidak ubah macam tenggiling yang bergerak atas permukaan bumi. Sesekali dia mengeluarkan lidahnya untuk membasahkan kelopak bibirnya.

"Kira-kiranya begitulah, semuanya terjadi kerana saya tidak dapat mengawal rasa marah saya," dengan wajah yang tenang dan selamba Khoja Lisut meluahkan kata-kata.

"Kamu mencari aku kerana nak berikhtiar, nak menghilangkan penyakit yang kamu tanggung," tanya Datuk lagi.

Khoja Lisut tarik nafas dalam-dalam. Lagi sekali dia menelan air liur sambil meraba-raba hujung dagunya dengan telapak tangan kirinya.

"Memang begitulah hajat saya."

"Dari siapa kamu tahu tentang aku Khoja."

"Beberapa tahun dulu, awak pernah datang ke daerah Batu Pahat, awak pernah menolong menyelesaikan beberapa masalah di sana. Dari orang-orang yang terbabit itulah saya tahu diri awak," jelas Khoja Lisut.

"Itu sebabnya awak cari aku, tapi kenapa datang waktu malam," soal Datuk lagi.

PONDOK

Kali ini, dua tiga kali Khoja Lisut meraba-raba lehernya dengan tangan kanan. Dia mengisut perlahan-lahan ke pintu pondok.

Duduk termangu di situ buat beberapa saat. Dia merenung dedaun pisang, merenung tanah dan rerumput di kaki tangga pondok. Kemudian kembali ke tempat asal dia duduk tadi.

"Kerana keadaan begini, saya terpaksa berjalan malam mencari rumah awak. Kalau saya datang siang mungkin timbul macam-macam cerita," jelas Khoja Lisut.

Macam mana dari Pasir Besar ke mari? Awak berjalan waktu malam juga, macam tak yakin saya dengan cerita awak ni,” sanggah Datuk sambil merenung muka Khoja Lisut.

"Saya guru silat, anak murid saya ramai, merekalah yang menguruskan saya ke mari. Awak tahu, malam saya sampai ke rumah awak tu, saya dihantar oleh ayah kepada anak murid saya yang bekerja di Melaka."

"Siapa nama ayah anak murid awak tu, Khoja."

"Tak payahlah saya beritahu. Apa yang peliknya walaupun anak murid saya yang di Melaka tu berasal dari kampung ini tetapi, dia tak tahu langsung tentang kebolehan awak," cukup bersemangat Khoja Lisut bercerita.

"Sudahlah tu, sekarang saya nak tahu apa yang telah kamu lakukan pada orang yang tidak bersalah," Datuk seperti mendesak.

Dan ternyata kali ini, Khoja Lisut tidak dapat berdalih itu ini lagi.

"Kalau saya ceritakan keburukan saya, apakah kisah tu tak diceritakan pada orang lain," cukup pintar Khoja Lisut menjerat.

"Tidak," balas Datuk.

"Bila sudah cerita keburukan saya, apakah awak bersedia menolong saya."

"Menolong orang lain dalam kesusahan, memang kerja saya. Membahagiakan orang adalah salah satu amal jariah yang baik dan memang digalakkan umat Islam melakukannya," begitu bersemangat Datuk bersuara.

Dan Khoja Lisut pun meriwayatkan sebab-sebab dia jalan merangkak macam tenggiling.

Menurut Khoja Lisut, orang-orang kampung menyebutnya sebagai terkena kenan tenggiling.

Begini ceritanya:

Dia telah diajak oleh anak muridnya ke Asuhan di daerah Batu Bara, di Sumatera. Anak muridnya itu telah memperkenalkan dirinya pada orang-orang kampung tentang kehebatan gurunya.

Beberapa orang pendekar setempat telah menguji Khoja Lisut, ternyata tiada seorang pun yang dapat menewaskannya.

Cerita Khoja Lisut tersebar ke seluruh pelosok kampung. Ramai yang datang menemuinya. Mereka mempelawa Khoja Lisut membuka gelanggang untuk anak-anak muda setempat belajar ilmu mempertahankan diri.

Kerana sudah ramai yang mendesak, akhirnya Khoja Lisut berjanji pada penduduk akan datang pada minggu depan iaitu pada hari Jumaat untuk membuka gelanggang.

Pada hari yang dijanjikan itu, Khoja Lisut bersama dua orang kanannya yang tidak kurang handalnya pun sampai di Asahan.

Bila semua anak muda berkumpul, Khoja Lisut pun memulakan upacara membuka gelanggang dengan jamuan makan pulut kuning yang disediakan oleh pihak yang mengundangnya.

Setelah itu, Khoja Lisut meriwayatkan tentang ilmu persilatan yang diwarisinya itu.

Khoja Lisut menyatakan pada penduduk setempat bahawa ilmu silat yang ada pada dirinya itu adalah silat yang diamalkan oleh Hang Jebat yang berdarah panas.

Khoja Lisut menekankan juga Hang Jebat adalah anak jati Pulau Rupat dan berhijrah ke Melaka dalam usia sepuluh tahun lebih.

Hang Jebat ke Melaka kerana mengikut ayahnya yang menjadi pedagang cengkih dan lada. Di Melaka Hang Jebat berkenalan dengan Hang Tuah serta beberapa orang lagi rakannya.

Semasa menjadi hulubalang Melaka, Hang Jebat sering pulang ke Pulau Rupat dan menyebarkan ilmu silat kepada penduduk setempat.

Salah seorang dari orang yang menuntut ilmu persilatan itu ialah moyang Khoja Lisut yang secara kebetulan mempunyai pertalian keluarga dengan Hang Jebat.

Cerita yang dikatakan oleh Khoja Lisut membuat orang-orang setempat kian kagum pada dirinya. Lewat tengah hari barulah Khoja Lisut mengajar langkah pada anak-anak muda di situ.

Lebih kurang baru belajar mengatur gerak dan petua terdengar bunyi tabuh di masjid dipalu orang. Khoja Lisut tidak ambil kisah tentang itu dia terus mengajar silat.

Beberapa orang anak muda mula bergerak meninggalkan tempat belajar untuk menuju ke masjid.

"Pantang saya, kalau baru belajar mahu meninggalkan tempat," sergah Khoja Lisut terhadap anak-anak muda yang mula mahu meninggalkan gelanggang.

Anak-anak muda itu membatalkan niat mereka mahu pergi ke masjid. Kembali ke tempat asal.

"Kiai lalu," terdengar suara dari beberapa orang nak muda yang duduk di bawah pohon ketapang, tidak jauh dari tempat Khoja Lisut memberi penerangan tentang ilmu persilatannya.

Biji mata anak-anak muda yang bersuara itu tertumpu ke arah seorang tua yang kurus tinggi, membawa tongkat, memakai songkok tinggi, berbaju melayu potongan Johor.

Berkain samping warna putih sama dengan warna seluar dan baju yang dipakainya.

DUDUK

Orang tua yang berbadan kurus dan tinggi itu datang ke arah anak muda yang duduk di bawah pokok ketapang.

Anak-anak muda tersebut cuba melarikan diri, tetapi hasrat itu tidak terlaksana kerana orang tua yang mereka sebut Kiai itu menunjukkan wajah persahabatan.

"Apa kamu semua buat di sini?" tanya Kiai.

"Tengok orang belajar silat."

"Apa kamu semua tak tahu, waktu Jumaat dah masuk."

"Tahu pak Kiai."

"Kalau sudah tahu kenapa duduk di sini, lagi pun kamu semua tak belajar silat, sekarang pergi balik dan siap, kemudian datang masjid," perintah orang tua yang berbadan kurus tinggi itu.

"Macam mana yang belajar tu Pak Kiai," salah seorang dari anak muda di situ melahirkan protes.

Pak Kiai segera menoleh ke arah sekumpulan anak muda yang sedang asyik melihat Khoja Lisut bercakap sambil mengatur langkah silat.

"Itu biar Pak Kiai uruskan."

Orang tua yang kurus tinggi itu pun segera melangkah ke arah kumpulan anak muda yang sedang mengelilingi Khoja Lisut.

Dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut melihat dengan hati-hati langkah Pak Kiai.

"Kenapa berkumpul di sini, seruan untuk sembahyang Jumaat dah dihebahkan, apa kamu semua tak dengar, jangan jadikan diri kamu isi neraka," cukup lantang suara Pak Kiai.

Matanya terus menatap wajah anak-anak muda yang agak terkejut dan tersipu-sipu melihat kedatangan Pak Kiai yang tidak diduga itu.

"Kami belajar untuk menyelamatkan diri," sahut salah seorang dari anak muda yang duduk tidak jauh dari Khoja Lisut.

"Kalau ia pun, kamu semua mahu belajar ilmu mempertahankan diri, janganlah sampai mengabaikan perintah Allah," lanjut Pak Kiai sambil menekankan tongkatnya ke dada bumi.

Ternyata lelaki tua yang sudah menjangkau usia lebih dari lapan puluh tahun itu sudah kepenatan.

Dia menarik nafas sambil mengumpulkan tenaga untuk meneruskan kata-kata selanjutnya terhadap anak-anak yang masih duduk terlonggok di depannya.

"Kamu semua balik dan kemudian datang ke masjid," Pak Kiai mengeluarkan arahan.

Dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut mula mendekati Pak Kiai. Bersedia untuk melakukan apa saja kalau orang tua itu banyak cakap dan banyak perintah.

"Sembahyanglah, Jumaat hanya datang seminggu sekali dalam diri kita, kalau kita persia-siakan Jumaat yang datang, kita rugi besar, Jumaat hari ini, tidak akan ada dalam hari Jumaat yang akan datang," itu yang dituturkan oleh Pak Kiai pada kedua orang pengawal peribadi Khoja Lisut.

Dari jauh, Khoja Lisut memberikan isyarat agar dua orang pengawal peribadinya menjauhkan diri dari Pak Kiai. Perintah Khoja Lisut segera dipatuhi.

"Kami baru belajar Pak Kiai, pantang tengah belajar berhenti, Pak Kiai," terdengar suara dari kumpulan anak muda yang mengelilingi Khoja Lisut.

Pak Kiai yang kepenatan terus mengesat peluh di dahi dengan sapu tangan. Panas tengah hari yang terik itu membuat Pak Kiai cepat terasa penat dan letih.

"Siapa guru kamu," tanya Pak Kiai.

"Saya."

Dengan serta merta Khoja Lisut menerpa ke arah Pak Kiai, bagaikan helang menyambar anak ayam.

Dia berdiri di depan Pak Kiai. Direnungnya muka Pak Kiai yang sudah berkedut seribu itu.

Sengaja disiku-sikunya bahagian kiri tubuh Pak Kiai. Orang tua itu tetap bersikap tenang. Tidak memperlihatkan sikap marah.

Masih menghulurkan tangan untuk bersalam. Khoja Lisut sambut huluran tangan itu. Bila telapak tangan Pak Kiai berada dalam genggamannya, cepat-cepat dia memulas tangan Pak Kiai.

Ternyata kesakitan itu tidak datang pada diri Pak Kiai. Dia masih tersenyum. Khoja Lisut melepaskan telapak tangan Pak Kiai.

"Suruh anak-anak murid kamu bersurai, tunaikan perintah Allah dulu, lepas itu teruskan apa yang mahu kamu ajarkan pada mereka, sesungguhnya niat kamu baik, tapi cara menyampaikannya agak terpesong, tuan guru," begitulah kata-kata yang diluahkan Pak Kiai.

Khoja Lisut tersenyum dan terus menyinggung perut Pak Kiai dengan siku kirinya. Pak Kiai membongkok menahan kesakitan.

"Ajaklah anak-anak murid kamu ke jalan yang baik, ajaklah mereka ke rumah Allah. Ajaklah mereka sembahyang Jumaat, masa masih ada lagi," tutur Pak Kiai bila rasa sakit di perutnya hilang.

"Itu urusan aku, bukan urusan kamu orang tua."

"Tapi, apa yang aku cakapkan tadi, adalah urusan agama Islam yang menyuruh saling mengingati antara sama lain untuk kebaikan.

"Diam," pekik Khoja Lisut.

Dia terus menolak Pak Kiai hingga jatuh terduduk di bumi.

Melihat kejadian itu, kumpulan pemuda yang pada mulanya mahu berguru dengan Khoja Lisut mula resah dan cemas.

Mereka kurang senang bila melihat Khoja Lisut bercakap keterlaluan terhadap orang tua yang mereka hormati.

Orang tua yang telah dinobatkan sebagai ulama kampung yang berkaliber.

Kumpulan pemuda kampung mula berpecah, satu puak yang selama ini memang kurang senang dengan sikap Pak Kiai yang selalu menegur perbuatan mereka yang dikira bertentangan dengan ajaran Islam, segera menyebelahi Khoja Lisut. Manakala satu pihak lagi berada di pihak Pak Kiai.

"Awak sudah keterlaluan buat orang tua," seorang anak muda menangkap tangan kanan Khoja Lisut yang mahu melepaskan penumbuk ke arah Pak Kiai yang baru bangun.

Belum pun pemuda itu berbuat apa-apa, kedua orang pengawal peribadi Khoja Lisut segera menangkap pemuda tersebut lalu diangkat dan dicampak ke dalam kubang berbau yang berdekatan.

Beberapa orang pemuda lain yang menyebelahi Pak Kiai segera menyerang dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut.

Semua pemuda yang menyerang itu tewas di tangan pengawal peribadi Khoja Lisut yang berbadan tegap.

Kedua-dua pengawal peribadi itu adalah dari keturunan Batak yang berasal dari Tanah Karo, tetapi sudah lama menetap di Pulau Rupat.

"Kamu jangan masuk campur, biar aku selesaikan urusan ini dengan si tua nak mampus, ulama katak bawah tempurung," cukup nyaring suara Khoja Lisut.

Pengawal peribadinya segera ke tepi, begitu juga dengan pemuda yang menyebelahinya.

Khoja Lisut melepaskan pukulan silat yang bertubi-tubi ke arah Pak Kiai. Sebagai usaha mempertahankan dirinya, Pak Kiai menggunakan tongkatnya.

Masa Khoja Lisut melancarkan serangan bertalu-talu ke arahnya, Pak Kiai segera mengangkat tongkatnya separas dada. Entah macam mana hujung tongkat Pak Kiai terkena bahagian kemaluan Khoja Lisut.

JATUH

Buat beberapa saat Khoja Lisut jatuh ke bumi, berguling-guling sambil melolong menahan kesakitan. Semua orang yang berada di situ terpegun melihat pendekar silat tergolek-golek di bumi.

"Maaf, saya tak niat nak buat apa-apa," Pak kiai menerpa ke arah Khoja Lisut dan cuba mahu menolongnya.

Belum pun Pak Kiai memberikan bantuan, Khoja Lisut terus melepaskan tendangan yang kencang ke arah Pak Kiai.

Khoja Lisut terus bangun dan melancarkan serangan silat yang bertubi-tubi ke arah Pak Kiai.

Orang tua yang sememangnya tidak bertenaga itu hanya mengucapkan kata-kata: Allah Hu Akhbar setiap kali menerima buah silat dari Khoja Lisut.

Akhirnya, Pak Kiai tergolek lembik macam batang pisang. Tubuh Pak Kiai pun diangkat oleh para pemuda kampung yang bersimpati dengannya.

Ternyata tangan dan kaki Pak Kiai patah. Mulutnya keluar darah. Pakaiannya habis koyak rabak. Ketika tubuh Pak Kiai diusung ke rumahnya suara azan Jumaat berkumandang di udara.

Itulah sejarah hitam yang sengaja dicipta oleh Khoja Lisut dalam hidupnya. Dia berbuat demikian kerana merasakan dirinya tidak dapat dikalahkan oleh sesiapapun.

Dia berbangga kerana merasakan dalam dirinya mengalir darah Hang Jebat yang memang terkenal dengan perangai panas barannya.

"Setelah kejadian itu, saya batalkan ilmu silat, sehingga ke Tanah Melayu. Pada suatu hari saya terasa pening. Kalau tak silap saya hari Jumaat, sebulan sesudah saya membelasah Pak Kiai," Khoja Lisut menarik nafas.

"Apa dah jadi selepas pak cik pening?" soal saya.

"Pak Cik jatuh pitam, dua hari kemudian pak cik demam. Seluruh badan terasa sakit, kulit terasa panas macam terbakar, sepanjang malam pak cik mimpi buruk. Dua bulan pak cik duduk terbaring di rumah. Puas berubat tidak juga sembuh," Khoja Lisut berhenti bercerita.

Dia termenung panjang. Saya dan Datuk berpandangan.

"Kemudian kamu dapat sakit ini?" desak Datuk. Khoja Lisut gelengkan kepala.

"Habis macam mana kamu kena sakit ini?" datang lagi pertanyaan dari Datuk.

Khoja Lisut angkat tangan memberi isyarat, agar Datuk jangan mengemukakan sebarang pertanyaan.

Berilah kesempatan padanya untuk bercerita, jangan diganggu atau dipotong percakapannya.

Datuk anggukkan kepala, seolah-olah menyetujui dengan apa yang diminta oleh Khoja Lisut.

"Setiap malam saya mimpi yang menakutkan, akhirnya saya rasa kaki saya macam patah, begitu juga tangan, pinggang saya terasa lembik, tidak boleh bergerak.

"Terpaksa merayap bila mahu pergi ke sesuatu tempat, beberapa orang dukun dan bomoh yang cuba merawat saya jatuh pengsan, malah ada yang mati mengejut.

"Sudah bertahun-tahun saya menanggung sakit ini, orang kampung kata saya kena kenan buaya, kenan tenggiling dan biawak."

"Dah berubat dengan doktor."

"Sudah, macam-macam pil saya telan, rasanya sudah hancur tubuh saya kena cucuk, saya minta awak menolong saya," sambil merayu itu, air mata Khoja Lisut meleleh.

Dia meletakkan harapan pada Datuk agar sakit yang ditanggung dapat diusahakan agar cepat sembuh.

"Kamu membuat aniaya pada orang alim, inilah akibatnya," bisik Datuk ke telinga Khoja Lisut.

Wajah Khoja Lisut tetap tenang mendengar khabar itu.

"Kamu mesti minta maaf padanya secara terbuka," sambung Datuk lagi.

Kali ini wajah Khoja Lisut segera berubah. Dia terkejut. Cemas dan resah sendiri, renung kiri, renung kanan macam ada sesuatu yang amat ditakutinya.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 122/284

BACA: SBDJ Siri 121: Tetamu Cacat
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Gadis Miskin Si 'Coco Chanel' Yang Berjaya Mengubah Sejarah Fesyen

Gadis Miskin Si 'Coco Chanel' Yang Berjaya Mengubah Sejarah Fesyen

Bermimpi itu percuma. Tetapi untuk merealisasikan impian memerlukan belanja. Inilah perkara yang sering menghalang seseorang dari berusaha menjadikan impian mereka menjadi nyata. Anda takut tidak mampu mencapai mimpi yang dianggap terlalu tinggi namun begitu, Tuhan menentukan segalanya.

Sejarah Coco Chanel

Kita sebagai manusia, sebaiknya terus berusaha mencapai impian. Paling tidak, demi masa depan yang lebih baik dari sekarang. Jika anda sanggup berusaha untuk mencapai impian, nescaya tiada yang mustahil.

Lihatlah kisah perjalanan kejayaan Coco Chanel, seorang pereka fesyen terkenal yang juga memiliki jenama CHANEL.

“Kejayaan sering dikecapi oleh mereka yang tidak tahu bahawa kegagalan tidak dapat dielakkan.” ~ Coco Chanel

Coco Chanel yang nama asalnya Gabriella Bonheur Chanel hanya seorang gadis miskin dari keluarga penjual sayur di sebuah pasar kecil di Perancis. Ketika berusia 6 tahun, ibu Coco meninggal.

Selepas kematian ibunya, Coco dihantar menuntut di sekolah berasrama Katolik dan di asrama itulah, bermulanya kisah kejayaan wanita yang dilahirkan di Perancis pada 19 Ogos 1883.

Ketika musim panas, Coco belajar menjahit di asrama, aktiviti yang dia gemari dan beliau akan menjahit sendiri baju-baju yang akan dipakai.

Lama kelamaan, Coco turut mereka topi wanita, baju wanita dan banyak produk lain untuk dijual.

Dalam setiap rekaannya, Coco selalu mengutamakan kebebasan dan aspek praktikal dalam kehidupan harian para wanita dan siapa sangka, hasil rekaannya disukai ramai wanita di masa itu.

Bersama bapa saudaranya, Coco telah membuka kedai pakaian di luar kota Paris.

Tidak puas menjadi tukang jahit kelas bawahan, Coco mengembangkan rekaan pakaiannya dengan menggunakan renda, mutiara dan aksesori cantik yang lain.

Perniagaannya semakin maju pada tahun 1910 ketika dia membuat topi trim kecil yang sesuai dipakai di kawasan terbuka dan topi itu kemudiannya menjadi trend fesyen di seluruh dunia.

Tahun 1914 mencatat sejarah kerana pada tahun tersebut Coco membuka dua butik rasmi Chanel.

Pada tahun 1929, ketika golongan berada sahaja yang memakai seluar panjang, Coco melawan arus mainstream dengan mencipta trend wanita memakai seluar panjang dan pakaian sukan untuk wanita.

Beliau sentiasa membuat rekaan baru dan mendapat perhatian dan kreativiti Coco bukan setakat dalam dunia rekaan pakaian.

Pada tahun 1932, Coco Chanel melancarkan minyak wangi bernama Chanel No. 5 yang laris di pasaran.

Minyak wangi tersebut merupakan yang pertama daripada jenama pereka fesyen pakaian.

Selepas itu, ramai pereka lain yang mengikuti jejak langkah wanita cantik ini, dengan mengeluarkan jenama minyak wangi menggunakan jenama perekanya.

Coco Chanel sudah pasti pernah mengecapi kepahitan dalam hidup. Beliau yang dilahirkan ke dalam keluarga miskin pernah bersumpah akan membuatkan orang ramai mengagumi hasil rekaannya, sekali gus merangkak di bawah kakinya.

Impiannya tercapai hasil kerja keras dan tekad untuk menjadikan seorang wanita tampil bergaya melalui pakaiannya.

Amazing Sunset

Perjalanan Coco Chanel berakhir pada usia 87 tahun. Beliau meninggal dunia pada tarikh 10 Januari 1971 akibat serangan jantung di Hotel Ritz Paris.

Di akhir hayatnya, empayar perniagaan jenama Chanel yang dibangunkan dengan susah payah telah menjana pendapatan sebanyak lebih dari 160 juta dolar setahun.

Impian gadis miskin yang kemudian menjadi socialite dengan hasil rekaan yang menjadi pujaan kaum wanita seluruh dunia memberi kita pengajaran yang berharga.

Kejayaan bukan hanya milik mereka yang berasal dari keluarga yang kaya. Ia milik sesiapa sahaja yang gigih, bijak dan yakin dengan kemampuan yang dimiliki.

Jangan gentar dengan cabaran atau rintangan yang ada. Kegagalan tidak dapat dielak, tetapi ia boleh dihadapi dengan penuh keyakinan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: usahawan

Nombor Plat 'Fancy' Satu Kesalahan Tapi Kenapa Ramai Tetap Berdegil?

Nombor Plat 'Fancy' Satu Kesalahan Tapi Kenapa Ramai Tetap Berdegil?

Jika ada di antara anda yang berangan untuk memiliki nombor plat cantik dan fancy seperti SIT1, TAM121 dan DYN4S, lebih baik lupakan angan-angan itu, kerana Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri-negeri di Malaysia akan menyaman pemilik kenderaan yang mempunyai nombor plat sebegitu rupa.

Nombor Plat 'Fancy'

Ramai pemilik kenderaan yang menukar nombor plat sekadar suka-suka akan disaman atas kesalahan mengubah nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi.

Polis sememangnya memandang serius penggunaan nombor plat fancy yang semakin berleluasa dan kesalahan ini amat merugikan kerana saman yang dikeluarkan bagi kesalahan ini adalah cukup tinggi.

Malah, lebih tinggi daripada kesalahan cermin gelap, cukai jalan tamat tempoh dan kesalahan tiada lesen memandu.

Mengapa Ramai Obses Mengubah Nombor Plat?

Kita faham mengapa ramai ingin memiliki nombor plat fancy. Bila kita tengok nombor plat mahal dibida dan dimiliki oleh golongan berada, ahli politik dan keluarga royalty, kita pun nak juga ada satu pada harga yang lebih murah.

Cuba bayangkan nombor plat W1N yang dibeli oleh Sultan Johor, Sultan pada harga RM748,000 pada tahun 2014, manalah kita mampu nak beli.

Jadi, dengan adanya port menukar nombor plat pada harga semurah RM30, ramai yang nak mencubanya.

Semua orang pun nak lakukannya, termasuklah Datuk Seri Aliff Syukri sendiri yang pernah disaman suatu ketika dahulu.

Selain daripada saman kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, beliau turut menerima saman nombor plat kenderaan ‘PMD1’ yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Senang cerita, just stick to your real plate number.

Kalau nak fancy, ada banyak cara lain yang boleh korang guna pakai seperti mengubah warna cat kenderaan atau paling mudah, lekatkan saja pelekat kenderaan di tingkap.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Pembayaran GCR 75 Hari, Cuepacs Tuntut JPA Keluarkan Pekeliling

Pembayaran GCR 75 Hari, Cuepacs Tuntut JPA Keluarkan Pekeliling

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan menyegerakan penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari kepada kakitangan awam seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2020.

Pembayaran GCR 75 Hari

Presidennya, Adnan Mat berkata, berdasarkan pengumuman sebelum ini, penebusan ganjaran itu sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari 2020 lalu.

GCR adalah ganjaran wang tunai yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Belanjawan 2020 bagi perkhidmatan awam telah memperuntukkan penebusan awal GCR sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.

Perkara ini sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari 2020, namun sehingga kini tiada sebarang pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan penebusan awal GCR.

Cuepacs berharap agar pihak kerajaan melalui JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dapat mengambil tindakan segera terhadap perkara yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2020 bagi perkhidmatan awam demi kebajikan anggota berkenaan.

Pekeliling JPA Penebusan Cuti Rehat GCR 75 Hari

Penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun, memerlukan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Pencen 1980.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan terbaharu memaklumkan, pindaan itu perlu diselesaikan terlebih dahulu agar pelaksanaannya teratur mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

Pengumuman penebusan awal GCR akan dikeluarkan dan dimaklumkan kepada umum melalui surat Pekeliling Perkhidmatan yang akan diedarkan kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dilaporkan meminta agar pekeliling mengenai penebusan awal GCR 75 hari oleh penjawat awam dikeluarkan secepat mungkin.

Pemberian ganjaran wang tunai (GCR) yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Pencen 1980 merupakan satu daripada faedah yang akan diberikan kepada penjawat awam apabila bersara.

Cara Pengiraan GCR 75 Hari

Cuti Rehat = 75 Hari
Gaji Kasar (Gaji+Elaun) = RM3814.14
@ Perkiraan = 1/30 x 75 Hari x 3814.14
Award wang tunai = RM9535.35

Tunai Janji

Dengan pembayaran GCR itu, kerajaan sebenarnya lebih untung kerana membayar penjawat awam dengan kadar bayaran gaji semasa bukannya gaji akhir perkhidmatan.

Berdasarkan pekeliling perkhidmatan awam, penjawat awam boleh menuntut sebanyak 150 hari GCR sepanjang tempoh berkhidmat selepas tamat perkhidmatan.

Dengan pemberian ganjaran GCR untuk 75 hari cuti ini bermakna, perkhidmatan penjawatan awam yang sudah 15 tahun berkhidmat, hanya menuntut baki 75 hari saja.

Berdasarkan maklumat, kebanyakan penjawatan awam yang berkhidmat lebih 15 tahun adalah kumpulan pekerja yang berusia 35 tahun dan ke atas. Dalam usia sebegitu, wang ganjaran ini sangat diperlukan bagi mengurangkan beban kakitangan awam.

GCR 150 Hari

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan kebenaran cuti rehat melebihi 150 hari bagi kakitangan awam boleh digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Bermula 1 Januari 2018, kerajaan memutuskan cuti yang dikumpulkan bagi maksud ganjaran wang tunai melebihi 150 hari, maka cuti berkenaan boleh dimohon untuk digunakan pada tahun persaraan.

Melalui pekeliling yang dikeluarkan pada 2008, kerajaan memutuskan Gantian Cuti Rehat (GCR) yang boleh dikumpulkan oleh penjawat awam kekal 150 hari dan dibayar dengan wang tunai.

Berdasarkan peraturan sebelum ini, GCR yang dikumpul melebihi 150 hari tidak diambil kira untuk bayaran tunai apabila penjawat awam bersara.

Sebagai penambahbaikan, kerajaan bersetuju membenarkan GCR melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan iaitu 12 bulan sebelum tarikh persaraan kakitangan awam berkenaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian