Saturday, May 25, 2019

Keluarga Rotshchild Pencipta Negara Haram Israel


Nama keluarga Rotshchild sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana keluarga ini yang terpalit dengan pelbagai kontroversi dahsyat dan buruk, tak cukup dengan itu, Jacob Rothschild sendiri telah mengaku bahawa keluarganya memainkan peranan yang sangat penting dalam penciptaan Israel.

Rothschild Zionism

Dalam satu temu bual, Jacob memberitahu bahawa nenek moyangnya "membantu membuka jalan bagi penciptaan Israel," memaksa kerajaan British menandatangani Perisytiharan Balfour pada tahun 1917.

Keluarga Rothschild dipercayai telah merancang Perang Dunia Pertama dan menunggu sehingga 1917 apabila Britain menunjukkan tanda-tanda berhadapan dengan masalah.

Keluarga Zionis ini kemudiannya menjanjikan kepada kerajaan British bahawa mereka dapat meyakinkan Amerika Syarikat untuk terlibat dalam perang tersebut dan memastikan kemenangan Britain ke atas Jerman.

Sebagai balasan, mereka mahukan kerajaan British menyerahkan kawalan Palestin kepada Zionis.

Oleh itu, Perisytiharan Balfour telah diwujudkan, yang merupakan surat rasmi dari Setiausaha Luar Negeri Kerajaan British, James Balfour kepada Baron Rothschild.

Perisytiharan itu menyatakan bahawa:

"Pandangan kerajaan memihak kepada penubuhan rumah kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin, dan akan menggunakan usaha terbaik mereka untuk memudahkan pencapaian objek ini."

Menurut blog Uprooted Palestinians, ketika satu temubual TV, Times of Israel melaporkan bahawa James Balfour mendedahkan peranan sepupunya, Dorothy de Rothschild, buat pertama kali

Jacob Rothschild menggambarkan Dorothy yang pada ketika itu hanya remaja sebagai "setia kepada Israel" dan apa yang dilakukannya tersangat penting.

Dorothy menghubunkan pemimpin Zionis, Chaim Weizmann dengan kerajaan British. Chaim merupakan Presiden Pertubuhan Zionis dan kemudian menjadi Presiden Israel yang pertama.

Malah, Dorothy "memberitahu Chaim Weizmann bagaimana untuk menyepadukan dan bagaimana untuk memasukkan dirinya ke dalam kehidupan kerajaan British, yang mana dipelajari oleh Chaim dengan begitu pantas.

Rothschild juga berkata bahawa cara pengisytiharan itu diperoleh adalah sangat luar biasa.

Dorothy de Rothschild
(Dorothy de Rothschild).

Ia dilakukan dengan Chaim Weizmann memujuk Arthur Balfour dan Lloyd George, perdana menteri dan kebanyakan menteri bahawa ideanya untuk mewujudkan rumah kepada orang Yahudi harus berlaku.

Dan walaupun idea ini kelihatan seperti sukar, namun ia sudah menjadi kenyataan pada hari ini.

Temu bual bersama Jacob Rothschild itu dilakukan oleh bekas duta Israel, Daniel Taub sebagai sebahagian daripada projek Balfour 100.

Daniel Taub menemuramah Jacob di Waddeston Manor di Buckinghamshire, sebuah rumah yang diwariskan kepada negara oleh keluarga Rothschild pada tahun 1957, di mana perisytiharan itu disimpan.

Menurut Daniel Taub, pengisytiharan itu telah "mengubah perjalanan sejarah bagi Timur Tengah."

Chaim Weizmann Keluarga Rotshchild
Chaim Weizmann.

The Times melaporkan bahawa Jacob Rothschild berkata bahawa keluarganya ketika itu tidak sepakat dalam menubuhkan gagasan Israel, dengan menyatakan bahawa sesetengah ahli "tidak berasakan bahawa ia adalah satu perkara yang baik untuk menubuhkan rumah bagi orang Yahudi di Palestin".

Surat-surat Dorothy juga disimpan di Waddeston Manor yang mana menggambarkan urusannya dengan pelbagai pemimpin Zionis dan nasihatnya mengenai organisasi Persidangan Zionis.

Jacob Rothschild juga memberitahu bahawa Perisytiharan telah melalui lima kali draf sebelum akhirnya dikeluarkan pada 2 November 1917.

Alison Weir melaporkan dalam bukunya, "Against Our Better Judgment: The Hidden History of How the U.S. Was Used to Create Israel", bahawa draf perisytiharan itu berulang-alik ke tangan Zionis di Amerika Syarikat sebelum dokumen itu dimuktamadkan.

Penulis utama yang dirahsiakan tersebut adalah seorang Zionis, Leopold Amery.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

1 comment

  1. Sebenaqnya, MORAL dan AQIDAH anak2 muda ISLAM/MELAYU kita juga sdg. diHANCURkan oleh puaka2 PENJAJAH/PENGGANAS/PEMBUNUH/PEROMPAK/PERASUAH DAPbangkai HOMO jijik ZIONIS ISrael, dgn. budaya2 DADAH/PORNOGRAFI/HOMO/PENGGUGURAN ANAK/GILA SEKS BEBAS dsbnya, sbg. NORMAL, spt. di BARAT,setelah agama KATHOLIK depa (yg. banyak persamaan dr. segi moral, dgn. ISLAM), makin diHANCURkan habis2an - bermula dr. PROTESTANT REFORMATION yg. diDALANGI oleh Empayar Rothschild ini, diikuti oleh PERANG KATHOLIK-PROTESTANT 30 TAHUN (30 years War), di antara 1618-1648, di JERMAN dan EROPAH TENGAH (yg. berjaya mengHAPUSkan Raja-Raja Katholik dan 8 JUTA penganut Katholik JERMAN dan EROPAH TENGAH, yg. merupakan pusat Holy Roman Catholic Empire di seluruh Eropah) dan kemudiannya, dlm. FRENCH REVOLUTION [yg. keduanya diTAJA oleh Empayar ZIONIS Rothschild di Jerman, yg. akhirnya menubuhkan rejim PENGGANAS ISrael, utk. menakluk PALESTIN sbg. PUSAT ZNWO/TAHKTA Iblis (Lucifer)], melalui penyerapan (infiltration) ke dlm. Pertubuhan Pertukangan Mason, yg. kemudiannya menjadi pertubuhan FREEMASON dan penubuhan pertubuhan ILLUMINATI, utk. MENUBUHkan ZNWO (Order Dunia Zionis Baru) - utk. mengHAPUSkan GEREJA2 KATHOLIK dan PADERI2/BIARAWATI2 Katholik, serta MEMBUNUH berjuta penganut2 KATHOLIK dan Raja2 Katholik amat berkuasa spt. Raja Louis XVI serta seluruh keluarga, kerabat serta Pahlawan2 baginda, pd. 1789; dan seterusnya dlm. IRISH HUNGER antara 1845-49, yg. MEMBUNUH 1-5 JUTA penganut Katholik IRELAND (yg. juga diTAJA oleh Empayar Zionis Rothschild, melalui Penjajahan Protestant British, di bawah Queen Victoria dan Oliver Cromwell), dikuti REVOLUSI KOMUNIS BOLSHEVIK 1917 di RUSSIA (yg. juga diTAJA oleh Empayar ZIONIS Rothschild), utk. MEMBUNUH Emperor Katholik Tzar Nicholas II dan seluruh keluarga, kerabat dan Pahlawan2 baginda ; dan seterusnya menghapuskan lagi agama KATHOLIK habis2an, terutamanya di JERMAN dan membunuh BERPULUH JUTA penganut KATHOLIK Russia dan Eropah Timur, melalui PEMBUNUH2 Freemason dan Zionis, melalui Freemason Nazi Hitler, dlm. PERANG DUNIA KEDUA!!

    Juga matlamat puak ZIONIS bawah Rothschild amat dajal ini – adalah utk. mengHAPUSkan agama2 ISLAM-KATHOLIK, adalah supaya filosofi/matlamat IBLIS di akhir zaman, di bawah ZNWO (Order Dunia Baru Zionis/Zionist New World Order) ni menjadi kenyataan iaitu:

    EVIL = GOOD

    IBLIS (LUCIFER) = TUHAN (kononnya)!!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon