Sunday, August 12, 2018

Sejarah Sarawak Rangers Tentera 'Pemburu Kepala' Terbaik Di Dunia

Sejarah Sarawak Rangers Tentera 'Pemburu Kepala' Terbaik Di Dunia

Pesuruhjaya British di Malaya, Sir Gerald Templer pernah menggelar pasukan Sarawak Ranger sebagai Pasukan Terbaik Di Dunia dan untuk mana-mana pasukan tentera yang pernah berkhidmat sewaktu zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu suatu waktu dahulu yang digelar “The Sarawak Headhunter”.

Sejarah 'Sarawak Ranger' Tentera Terbaik Di Dunia

Ketika Presiden Sukarno, presiden Indonesia suatu ketika dahulu pernah berkata di dalam satu ucapannya, "Tentera Iban ini datangnya tidak diundang, saat pergi semua bala tenteraku hilang nyawa. Ramai yang bercerai dari badan dan kepala. Mereka sungguh pantas hinggakan tidak terlihat oleh mata manusia."

Inilah antara kata-kata yang pernah merujuk kepada Sarawak Rangers iaitu satu pasukan separa tentera yang begitu gah dengan kepakaran mereka menjejaki musuh serta keberanian mereka yang tiada tolok bandingnya sehinggakan Sarawak Rangers dulu, kini dan selamanya tetap menjadi kebanggaan Bangsa Sarawak.

Raja Charles Brooke

Sarawak Rangers merupakan satu pasukan separa tentera yang telah dibentuk oleh Raja Charles Brooke iaitu Raja kedua Sarawak pada Oktober 1862.

Pada awal penubuhannya, pasukan separa tentera ini telah dianggotai oleh anak tempatan Sarawak berbangsa Iban seramai 32 orang.

Mereka telah dipilih hasil daripada pemuafakatan Rajah Charles Brooke dengan tuai-tuai rumah etnik Iban yang menyokong kepimpinan keluarga Dinasti Brooke di Negara Sarawak pada ketika itu.

Pemilihan 32 orang ini bukanlah hanya sekadar tangkap muat tetapi etnik Iban 32 orang ini merupakan antara pahlawan etnik Iban yang gagah perkasa serta terkenal dengan selok-belok berperang yang mewakili kawasan masing-masing.

Jadi, apabila ada diantara pahlawan Iban yang sememangnya pandai di dalam taktik berperang ini mendapat kepakaran dan sentuhan daripada mereka yang berpengalaman di arena perang moden yang dibawakan khas daripada Negara Eropah, terhasillah satu pasukan mantap yang sangat digeruni.

Pada ketika inilah, Rajah Charles Brooke telah menggunakan Sarawak Rangers di dalam perang-perang untuk meluaskan empayar jajahan Negara Sarawak pada ketika itu bagi melawan mana-mana mereka yang menentang pemerintahan Brooke di bumi Sarawak suatu ketika dahulu.

Sekitar tahun 1930an iaitu ketika dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang teruk, Sarawak Rangers juga mendapat tempias yang sama apabila pada 29 Februari 1932, Sarawak Rangers telah dibubarkan secara rasmi dan terpaksa kembali ke kampung halaman masing-masing namun ada juga yang dengan rela hati diserap menjadi pasukan Polis Sarawak.

Pada ketika itu, Sarawak telah stabil dan keringat mereka dituntut untuk menjaga keamanan di bumi Sarawak.

Ketika Sarawak di dalam persediaan untuk menghadapi Perang Dunia Kedua, sekali lagi Sarawak Rangers telah dipanggil untuk berbakti.

Pada ketika itu Raja Charles Vyner Brooke telah membentuk Sarawak Rangers kembali bagi tujuan pertahanan dan mereka telah terlibat secara langsung di dalam mempertahankan Lutong, Miri dan Kuching sewaktu pencerobohan tentera Jepun pada Disember 1941.

Ini terbukti apabila Sarawak Rangers adalah pertahanan terakhir sewaktu pertempuran di Kuching yang mana memaksa Sarawak Rangers untuk berundur kerana kekuatan tentera Jepun sewaktu itu begitu kuat sekali.

Seperti kata pepatah lama biar putih tulang jangan putih mata, biarpun mereka telah berundur dan memberikan kemenangan kepada tentera Jepun, namun semangat anggota Sarawak Rangers mempertahankan bumi Sarawak tetap sentiasa ada di sanubari mereka dan akhirnya mereka bergabung dengan Major Tom Harisson, seorang anggota tentera Tentera Komanwel daripada Australia yang melancarkan serangan gerila dikenali sebagai Pasukan “Z”.

Kerana kepakaran daripada Sarawak Rangers ini ramai tentera Jepun telah dibunuh oleh mereka.

Setelah Jepun menyerah kalah selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, Sarawak Rangers sekali lagi pulang ke kampung halaman untuk kembali ke penghidupan normal sebagai anak Sarawak.

Di ketika Malaya menghadapi serangan pengganas komunis, pada tahun 1948 yang lebih dikenali sebagai zaman darurat komunis, sekali lagi pahlawan-pahlawan iban ini dituntut kepakaran mereka untuk membantu Malaya pada ketika itu oleh Kerajaan British Borneo Sarawak.

Pada masa ini, 49 penjejak Iban telah dihantar ke Malaya untuk membantu anggota pasukan tentera komanwel menangani pengganas komunis. Kepakaran mereka menjejaki musuh di dalam hutan sememangnya tiada tolok bandingannya.

Sepatutnya mengikut perjanjian, 49 penjejak Iban ini hanya bertugas di Malaya selama 3 bulan dan selepas 3 bulan ada diantara mereka dengan rela hati meneruskan perkhidmatan mereka.

Daripada 49 orang, hanya 24 orang memilih untuk meneruskan perkhidmatan dan 24 orang inilah yang diserapkan di dalam Pasukan Ferret No. 4 yang juga dianggotai oleh tentera Gurkha dan tentera Force 136.

Selepas itu penjejak Iban ini telah datang silih berganti ke bumi Malaya dan dicatatkan sehingga tahun 1952 lebih 1,168 penjejak berkhidmat sebagai Penjejak Iban Sarawak di bumi Malaya.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui sejarah ini iaitu penjejak Iban Sarawak yang kali pertama gugur di dalam perkhidmatan mereka di Malaya hanya berlaku pada 12 Mac 1951 iaitu Mendiang Jaweng anak Jugah yang berasal dari Kapit, Sarawak.

Mendiang terkorban kerana ditembak secara tidak sengaja ketika melakukan serang hendap ke atas pengganas komunis. Pada ketika itu mendiang tersilap dikatakan sebagai salah seorang pengganas komunis.

Bayangkan, setelah beberapa tahun berkhidmat di bumi Malaya hanya pada tahun 1951 baru ada penjejak Iban yang terkorban di dalam perang.

Inilah salah satu keisitimewaan penjejak Iban Sarawak Rangers yang sememangnya begitu pakar dalam taktik perang gerila.

Selain itu tercatat satu lagi sejarah di dalam memartabatkan penglibatan penjejak Iban Sarawak Rangers di dalam perang di Malaya apabila Awang anak Rawing, anak iban dari Skrang telah dianugerahkan dengan Pingat George Cross manakala Menggong anak Panggit menerima Pingat George daripada Kerajaan Mahkota Great Britain atas keberanian menyelamatkan pasukan masing-masing sewaktu keganasan komunis berleluasa di bumi Malaya ketika itu.

Unit Sarawak Rangers

Sejarah Sarawak Rangers Tentera 'Pemburu Kepala' Terbaik Di Dunia

Biarpun penjejak Iban Sarawak ini merupakan mereka yang bertugas dengan tentera namun begitu mereka masih lagi tidak mendapat pengiktirafan sebagai anggota tentera sepenuhnya.

Jadi, bagi menjaga kebajikan mereka dari segi hak dan status, setelah permuafakatan antara Kerajaan British Borneo Sarawak, pemimpin masyarakat Iban dan Kerajaan Koloni British, maka pada tangga1 1 Januari 1953, Sarawak Rangers Unit Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi dengan pegawai pemerintahnya yang pertama adalah Leftenan Kolonel C.J Baird.

Bermula dari tarikh itu, barulah Sarawak Rangers dengan rasminya menjadi anggota tentera sepenuhnya.

Pada 1 April 1960, Sarawak Rangers Unit Sarawak, Borneo, telah ditubuhkan secara rasmi di bumi Sarawak oleh Kerajaan British Borneo Sarawak dengan pegawai pemerintahnya merupakan anak tempatan yang juga salah seorang penjejak Iban Sarawak Rangers iaitu Leftenan Tomlow anak Isa.

Ini merupakan satu penghormatan yang besar kepada perjuangan anak Iban di dalam Sarawak Rangers memandangkan ketika itu Sarawak masih lagi menjadi tanah jajahan Kerajaan British Borneo.

Sarawak Rangers dengan keberanian dan kepakaran mereka, dituntut di dalam banyak perang di bumi asing contohnya di Malaya dan Brunei, malah Sarawak sendiri walaupun ketika itu Sarawak belum lagi membentuk Gagasan Malaysia.

Ada antara penjejak Iban Sarawak Rangers ini telah gugur di medan perang di bumi asing dan telah disemadikan dibumi asing suatu ketika dahulu dan hanya pada tahun 2011, 21 jenazah penjejak Iban telah dibawa pulang ke tanahair tercinta mereka iaitu Sarawak Bumi Kenyalang.

Antara penglibatan perang mereka adalah seperti berikut:
  1. Kempen mengamankan Sarawak era Rajah Brooke.(1862 – 1942).
  2. Perang Gerila Jepun bersama ‘Reconnaissance Service Department’ (RSD) di Sarawak. (1942–1945).
  3. Darurat Malaya. (1948 – 1960).
  4. Darurat Sarawak (1952 – 1953).
  5. Pemberontakan Brunei (1962).
  6. Konfrantasi Indonesia Malaysia (1962 – 1963).

Batalian Askar Renjer Malaysia

Di dalam perjanjian Penubuhan Malaysia, pihak Kerajaan British telah bersetuju untuk menubuhkan 2 buah batalian Askar Renjer Malaysia dan seterusnya melatih anggota-anggota tentera di peringkat awal dan seterusnya diikuti dengan penubuhan battalion ketiga.

Penubuhan Askar Renjer Malaysia telah diumumkan di Parlimen British (House of Commons) oleh Secretary of State for Commonwealth Affairs pada 18hb Julai 1963. Hanya beberapa hari sebelum Sarawak merdeka secara rasminya pada 22hb Julai 1963.

Ekoran daripada itu, Sarawak Rangers telah dibubarkan secara rasminya dan kemudian pada 16 September 1963, anggota Sarawak Rangers telah diserapkan menjadi Batalion Pertama Regimen Renjer Malaysia.

Batalion Kedua Regimen Renjer Malaysia terdiri daripada anak tempatan North Borneo (Sabah) dan Batalion Ketiga Regimen Renjer Malaysia merupakan anak tempatan Tanah Melayu.

Inilah sejarah panjang Sarawak Rangers dari tahun 1862 – 1963 yang kemudiannya dikenali sebagai Regimen Renjer Malaysia setelah penubuhan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963.

Tradisi Ngayau Dalam Era Darurat

Sejarah Sarawak Rangers Tentera 'Pemburu Kepala' Terbaik Di Dunia

Tahukah anda, setelah Darurat Tanah Melayu pada 1948-1960, pasukan keselamatan Komanwel dan pasukan keselamatan Malaya bertempur dengan pengganas komunis melibatkan siri-siri peperangan gerila di hutan belantara Tanah Melayu?

Acapkali menimbulkan masalah bagi pasukan keselamatan adalah terpaksa mengangkut kembali mayat-mayat pengganas dari hutan untuk diletakkan di depan balai polis bagi tujuan pengecaman (serta peranan SB untuk tujuan risikan) oleh sanak saudara dan perang saraf.

Mengangkut mayat-mayat pengganas dari hutan ke pekan-pekan mengambil masa berhari-hari dan amat memualkan apabila mayat mula membusuk.

Dengan penglibatan Sarawak Rangers dari kaum Iban Sarawak sebagai penjejak dalam kempen Malaya, sebahagian pegawai British beranggapan lebih mudah untuk memenggal kepala mayat-mayat pengganas untuk dibawa pulang ke HQ dari mengangkut keseluruhan mayat bagi memudahkan transportasi dan pergerakan infantri Komanwel setelah tamat misi di hutan.

Aktiviti "ngayau" ini yang dilakukan oleh tentera Komanwel dan Sarawak Rangers adalah "rahsia terbuka" (open secret) dikalangan anggota keselamatan Malaya dan tidak ditunjukkan pada media, tapi taktik kejam ini amatlah digeruni oleh pengganas Komunis.

Pada April 1952, akhirnya "rahsia terbuka" itu diketahui ramai di UK dan Colonial Officer pada masa itu terpaksa menangani kejutan dan kemarahan media Britain apabila foto seorang pegawai Royal Marine memegang dua kepala pengganas tersebar luas.

Amat menarik sekali, peranan Sarawak Rangers yang berbangsa Dayak dalam aktiviti "ngayau" di Malaya turut disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaya, Sir Gerald Templer yang mencadangkan, "Dyaks should be used not only for tracking but in their traditional role as head-hunters." (Kaum Dayak bukan sahaja harus digunakan sebagai penjejak malah tradisi mereka sebagai pemenggal kepala) sepertimana yang direkodkan oleh Colonial Officer.

Colonial Officer turut mencatat rekod, "Templer thinks it is essential that the practice (decapitation) should continue, although this would only be necessary in very rare cases.” (Ratu memikirkan ia amat penting amalan ini (ngayau) patut diteruskan, walaupun ia hanya diperlukan dalam kes-kes terpencil).

Akibat kegemparan isu "ngayau" ini, Colonial Officer mencadangkan, “It would be well to delay any public statement on this matter for some months.” (Sebaik-baiknya penangguhan memberi kenyataan umum mengenai perkara ini untuk tempoh beberapa bulan).

Namun begitu, akhbar The Daily Telegraph di UK memberi sokongan dan menerusi komentar positif menyatakan, "that the Dyaks would be superb fighters in the Malayan jungle and it would be absurd if uninformed public opinion at home were to oppose their use.” (Kaum Dayak merupakan pahlawan hebat dalam hutan Malaya, dan adalah mengarut jika pandangan orang awam yang tidak tahu apa-apa menentang penggunaan mereka ini).

Colonial Officer sempat memberi amaran mengenai isu ini, "In addition to decapitation, other practices may have grown up, particularly in units which employ Dyaks, which would provide ugly photographs.” (Sebagai tambahan kepada pemenggalan (ngayau), amalan lain berkemungkinan turut diamalkan, terutamanya dalam unit-unit yang melibatkan kaum Dayak, yang mana akan ada gambar-gambar mengerikan).

Dari sudut budaya, ia memenuhi norma adat "ngayau" dan citarasa bangsa Iban dan Dayak. Mesti diingat, kepala-kepala pengganas komunis yang dipenggal oleh anggota Iban Sarawak Rangers yang dikerah British ke Tanah Melayu untuk membantu Askar Melayu memerangi PKM era Darurat juga berperanan sebagai psy-ops juga (perang saraf) masa era Darurat kerana bila pengganas PKM mengutip kembali mayat komrad mereka yang dipenggal itu seolah-olah mengingatkan kembali era kependudukan Jepun dimana gerila MPAJA yang ditawan tentera Jepun akan dipenggal.

Pastinya anggota tentera berbangsa Iban ketika itu gembira mendapat "lesen sementara" dari British untuk "mengayau" kepala musuh setelah sekian lama adat tradisi "ngayau" diharamkan oleh keturunan Brooke di Sarawak lebih dari 100 tahun lamanya.

Mengikut fakta sejarah, adat ngayau yang diharamkan oleh pemerintah Brooke pernah "dihidupkan tanpa lesen tapi mendapat restu British" oleh gerila-gerila Iban dan Dayak lainnya ke atas tentera Jepun semasa penjajahan Jepun ke atas Sarawak.

Ini antara faktor utama British "mengizinkan" ngayau dalam kempen Darurat di Tanah Melayu kepada Sarawak Rangers.

Kebanggaan

Sarawak Rangers merupakan simbol kemegahan bangsa Sarawak dulu, kini dan selamanya dan sejarah tentang mereka seharusnya diketahui secara umum oleh rakyat Malaysia amnya dan Bangsa Sarawak khususnya.

Jasa mereka bukan sahaja untuk Sarawak ibu pertiwi mereka malah turut disumbangkan untuk dalam memastikan kemerdekaan dan keamanan bumi Malaya suatu waktu dahulu malah sehingga sekarang.

Jasa mereka dilupa jangan. Agik Idup Agik Ngelaban.

BACA INI JUGA:

sumber: sabahsarawakmerdeka | mismacammacamhal

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Setiap manusia dilahirkan ke dunia dengan keunikan dan kelebihan tersendiri. Ada yang berkulit cerah, ada yang berkulit gelap. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Ada yang berambut lurus dan ada yang berambut kerinting.

Namun, terdapat mereka yang dilahirkan dengan komplikasi rambut yang sangat jarang berlaku. Ia dipanggil "uncombable hair syndrome" (UHS) atau sindrom rambut tak dapat disikat atau dikawal.

Kami ingin berkongsi 5 individu di atas muka bumi yang mengalami sindrom ini.

1. Taylor McGowan - Amerika Syarikat

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Taylor McGowan baru berusia tujuh bulan tapi dia memiliki rambut yang unik dan kelihatan seperti sainstis, Albert Einstein. Keadaan ini menjadikan Taylor sebagai tumpuan setiap kali dia keluar rumah.

Dia menghidap Uncombable Hair Sydrome (UHS) iaitu keadaan di mana rambutnya sukar dirapikan dan akan sentiasa tercacak.

Disebabkan rambut unik Taylor itu, ibu bapanya memanggil dia dengan gelaran ‘Einstein 2.0’ dan saintis itu juga dikatakan mengalami UHS.

Meskipun ibu bapanya, Cara dan McGowan menggunakan pelbagai cara termasuk menyikat rambut anak mereka itu, namun rambut Taylor tetap menegak.

Setiap kali keluar rumah, sudah pasti Taylor akan menjadi perhatian hingga ada yang bertanya sama ada Taylor terkena renjatan elektrik disebabkan rambutnya tercacak.

2. Shilah Yin - Australia

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Kanak-kanak comel bernama Shilah Yin ini berasal dari Melbourne, Australia.

Shilah merupakan salah seorang daripada beberapa ratus orang sahaja daripada populasi manusia yang mengalami sindrom rambut "tak dapat disikat" ini.

Ketika dilahirkan, rambut Shilah adalah normal sehinggalah ketika berusia 3 bulan di mana ibu bapanya telah menyedari terdapat penumbuhan yang agak pelik di kulit kepala anak mereka.

Rambut Shilah tumbuh dari kulit kepala dalam beberapa arah yang berbeza membuatkan rambutnya tidak dapat disikat ke bawah.

Sejak dari itu, rambutnya tumbuh dan tegak berdiri dan menjadi semakin ringan.

Tiada sejarah seperti ini dalam keluarga Shilah dan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai sindrom ini, keluarga Shilah telah memuatnaik gambar-gambar kanak ini di Instagram.

3. Jaili Lamb - Amerika Syarikat

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Melihatkan keadaan Jaili Lamb, ibunya telah menghabiskan masa selama 2 tahun bagi mengubah rambut anaknya yang degil dan tidak dapat disikat.

Namun akhirnya Sara Lamb, 29, telah mendapat tahu bahawa rambut anaknya menjadi tidak menentu disebabkan oleh mutasi genetik yang sangat jarang berlaku.

Rambut Jaili sangat cerah, sangat kusut dan berdiri tegak disebabkan oleh sindrom ini.

Sebelum komplikasi pada Jaili didiagnos, ibu kanak-kanak unik ini telah menghabiskan ribuan ringgit membeli produk rambut untuk membuatkan rambut anaknya lembut dan jatuh seperti rambut manusia normal.

4. Leila Paloste - Finland

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Kanak-kanak dari Finland ini, Leila Paloste kelihatan seperti mengalami "bad hair day" setiap hari, terima kasih kepada sindrom pelik ini.

Menurut sumber, tiada seorang pun di Finland yang mengalami sindrom sama seperti Leila yang membuatkan beliau adalah 1 dalam 5.373 juta penduduk Finland yang mengalami komplikasi ini.

Gambar beliau telah dimuatnaik di media sosial bagi mencari mereka yang menghadapi situasi yang sama dan membina satu kumpulan yang menyokong mereka yang mengalami keunikan ini.

5. Boris Johnson - England

5 Individu Yang Mengalami Sindrom Rambut Cacak (UHS) Di Dunia

Pasti anda terfikir sindrom ini hanya berlaku kepada kanak-kanak perempuan sahaja bukan?

Tidak, ia juga berlaku kepada bekas datuk bandar London, Boris Johnson.

Ramai yang tertanya-tanya penampilan Boris yang agak pelik dengan rambut yang kusut masai dan bagi seorang tokoh, ia kelihatan tidak profesional.

Rambut beliau juga menjadi perbualan dan isu yang dibincangkan oleh media, malah mempunyai akaun twitter khas untuk itu.

Namun, beliau tidak perlu lagi risau mengenai tanggapan masyarakat terhadapnya selepas memberitahu mengenai sindrom yang dialami beliau.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Saturday, August 11, 2018

4 Makanan Perangsang Seksual Lelaki Yang Tidak Ramai Tahu

4 Makanan Perangsang Seksual Lelaki Yang Tidak Ramai Tahu

Makanan, herba dan perangsang yang disenaraikan di bawah adalah bahan-bahan yang dianggap mempunyai faedah seksual, dianggap antara yang paling hebat secara keseluruhan, juga mudah untuk diperolehi oleh orang biasa.

Berikut adalah senarai beberapa jenis herba seks yang anda boleh cuba.

1. Ekstrak Muira Puama

4 Makanan Perangsang Seksual Lelaki Yang Tidak Ramai Tahu

Muira Puama telah lama diketahui oleh beberapa yang terpilih sebagai mukjizat dari hutan hujan.

Negara-negara seperti Brazil memujinya kerana fungsi ketegangan dan sifat yang meningkatkan libido.

Ia juga digunakan untuk memerangi mati pucuk.

Selain daripada menjadi perangsang seksual, ia juga dikenali untuk membantu banyak masalah lain, termasuk gangguan sistem saraf tunjang, kemurungan, masalah penghadaman, gangguan gastrousus, masalah jantung, kekejangan haid, menopaus, masalah saraf, keletihan saraf dan walau reumatisme sekalipun, tekanan, trauma dan kelemahan otot.

2. Aloe Vera

4 Makanan Perangsang Seksual Lelaki Yang Tidak Ramai Tahu

Ya, Aloe Vera, bahan yang digunakan untuk terapi kulit dan juga dikenali kerana banyak lagi faedah kesihatan yang hebat.

Salah satu daripadanya ialah kesihatan seksual.

Tumbuhan ini dipenuhi dengan nutrien yang mempunyai kualiti untuk merangsang seksual.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan faedah seksual yang maksimum, ia diambil dalam bentuk tulen, khususnya gel yang terkandung di dalam bahagian tengah daun.

3. Spirulina

4 Makanan Perangsang Seksual Lelaki Yang Tidak Ramai Tahu

Kebanyakannya seperti debunga lebah, Spirulina merupakan salah satu makanan yang paling sempurna di dunia.

Ia mengandungi semua yang terbaik daripada apa yang diperlukan oleh badan anda dan tiada apa yang tidak (iaitu tiada kolesterol atau kalori tambahan).

Dan seperti debunga lebah, Spirulina adalah hebat untuk meningkatkan tenaga seksual.

4. Avena Sativa

4 Makanan Perangsang Seksual Lelaki Yang Tidak Ramai Tahu

Avena sativa adalah nama saintifik bagi rumput biasa dikenali sebagai oat (atau oat hijau).

Walaupun ia telah lama digunakan untuk perubatan, beberapa pakar juga memujinya sebagai penggalak seks.

Yang lain menganggap ia sebagai penambah seksual ringan dan lembut, yang seolah-olah berfungsi dengan lebih baik apabila digunakan dengan kombinasi herba seks kuat yang lain.

Kesimpulan

Sila berunding dengan doktor anda dan mungkin juga pakar herba yang berkelayakan, sebelum mengambil apa-apa herba dari senarai ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelaki

Kisah Asal-usul Pengembaraan Raja Monyet Sun Wukong

Kisah Asal-usul Pengembaraan Raja Monyet Sun Wukong

Kisah Journey To The West (JTTW) adalah novel pengembaraan yang ditulis dari dinasti Ming yang mengisahkan tentang pengembaraan sami Xuanzang ke Barat bagi mencari skrol purba. Bersama beliau adalah 3 orang sekawan yang aneh dan mahir bertarung.

Kisah Asal-usul Pengembaraan Raja Monyet Sun Wukong

Sun Wukong (Raja Monyet) yang lahir dari batu. Makhluk yang selalu mengganggu dunia kayangan sehingga para dewa dewi pening akan gelagatnya.

Berwajah monyet dan perwatakan nakal namun dia adalah kawan paling diharap Xuanzang.

Watak Goku dalam Dragon Ball sebenarnya diinspirasikan dari watak Sun Wukong sendiri. Terkejut kan?

Seorang kawan kembara lagi adalah Zhu Bajie, asalnya adalah marshal dalam dunia kayangan. Tetapi dia dihukum turun ke Bumi kerana menggatal dengan Dewi Bulan.

Namun, tiba ke Bumi dia diinkarnasikan sebagai manusia berupa khinzir. Walaupun gatal dan tamak namun dia setia mengembara bersama Zuanxang. Kawan terakhir adalah Sha Wujing.

Asalnya adalah jeneral kerajaan langit, juga dihukum turun ke Bumi dan diinkarnasikan dengan wajah raksasa.

Sha seorang yang sopan dan berdisiplin berbanding Sun Wukong dan Zhu Bajie. Dia juga selalu menjaga Zuanzang dalam perjalanan mereka.

Banyak media massa mengangkat JTTW sama ada movie, drama bersiri dan anime. Terbaru adalah drama TV bersiri iaitu The New Legends of Monkey (2018).

Jalan cerita hampir sama tapi misi mereka berempat adalah menyelamatkan dunia dari tangan para iblis.

Kisah Asal-usul Pengembaraan Raja Monyet Sun Wukong

Sebenarnya JTTW adalah novel yang diinspirasikan dari pengembaraan sami Xuanzang sendiri ke India yang kononnya ‘Barat’ pada zaman dinasti Tang, pada abad ke-7 Masihi.

Tujuan kembara beliau adalah bagi mengkaji hubungan ajaran Buddha China dan Buddha India.

Dan beliau adalah antara tokoh keagamaan atau pengembara pertama dunia yang menjelajah keluar dari tanah air.

Kerana pengembaraan Xuanzang yang penuh liku demi memperkasakan ajaran Buddha, beliau menjadi kebanggaan China sehingga direkod dalam ‘Rekod Terbaik Tang di Bahagian Barat’ dan lahirnya JTTW.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Friday, August 10, 2018

Herba Muira Puama Merawat Masalah Tenaga Batin

Herba Muira Puama Merawat Masalah Tenaga Batin

Muira puama juga dikenali sebagai "Pokok Mandul" merupakan pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian 15 kaki di hutan Amazon Brazil. Bunganya yang berwarna putih dan bersaiz kecil mempunyai aroma wangi menyengat dan kuat seakan-akan bunga melur.

Herba Muira Puama Merawat Masalah Tenaga Batin

Mengikut sejarahnya, kesemua bahagian tumbuhan ini boleh digunakan, namun bahan utama yang digunakan dalam perubatan tradisional adalah akar dan kulitnya.

Muira puama telah lama diamalkan oleh orang Asli Brazil sebagai terapi untuk masalah seksual, keletihan melampau, bengkak urat saraf, sakit sendi dan kegunaan-kegunaan lain.

Muira puama ditemui oleh Amerika Selatan dan Eropah sebagai perubatan herba pada tahun 1920an.

Pada tahun 1925, penyelidikan oleh ahli-ahli farmakologi telah membuktikan tumbuhan ini berkesan merawat urat saraf yang bermasalah dan lemah tenaga batin serta menekankan bahawa kesan mujarab bagi orang yang tidak boleh bergerak/berjalan, mengalami masalah neuralgia (berkenaan saraf) bila berdiri lama, reumatisme yang kronik dan lumpuh yang ringan.

Di Amerika Syarikat, pakar-pakar herba dan pengamal-pengamal kesihatan kini menggunakan ‘herba mandul’ (Muira puama) ini bagi lelaki yang menghadapi masalah penyakit mati pucuk, wanita yang mengalami senggugut dan masalah putus haid (PMS), neurasthenia dan masalah sistem saraf.

Kelebihan dalam merawat penyakit mati pucuk dengan pengambilan herba Muira puama telah terbukti keberkesanannya apabila satu ujikaji telah dijalankan ke atas dua orang lelaki dan hasilnya menakjubkan bila mereka telah pulih dari penyakit lemah tenaga batin dan mati pucuk (ED).

Penyelidikan juga telah dijalankan di Paris terhadap 262 pesakit lelaki yang telah mengalami penurunan nafsu seksual dan tidak mampu bertahan lama atau gagal mengekalkan ketegangan zakar.

62 peratus daripad pesakit lemah tenaga batin melaporkan bahawa kesan daripada pengambilan ekstrak Muira puama adalah menakjubkan, manakala 51 peratus pesakit penyakit mati pucuk pula (ED) merasakan bahawa dengan pengambilan muira puama menjadikan prestasi seks mereka menjadi lebih baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wannura

Sejarah Perang Etnik Iban Di Sarawak

Sejarah Perang Etnik Iban Di Sarawak

Etnik Iban merupakan antara etnik yang terkenal dengan sejarah perang mereka. Bukan sahaja ketika Sarawak dibawah pemerintahan Brooke selama 100 tahun sebaliknya ianya telah berlaku lebih lama daripada itu iaitu sejak mereka mula berhijrah daripada kawasan Sungai Kapuas sehinggalah menjelajahi segenap pelusuk Borneo pada awal abad ke 17 Masihi lagi.

Sejarah Perang Etnik Iban Di Sarawak

Sejarah perang etnik Iban di Sarawak sebenarnya mempunyai sebab yang tertentu samada melalui perang perluasan wilayah mahupun kerana perang untuk menyelesaikan pertikaian yang berabad lamanya.

Apa yang disajikan di dalam artikel ini adalah hanya secara sepintas lalu sahaja sebagai ruang informasi untuk semua.

1. Perang Iban vs Seru & Buketan

Di ketika etnik Iban mula memasuki wilayah Sarawak, ada 2 etnik yang menjadi musuh mereka kerana kedua-duanya juga mempunyai tradisi yang sama.

2 etnik itu adalah etnik Seru dan Buketan yang mana pada masa sekarang etnik Seru sudah tiada lagi di dalam dermografi Sarawak manakala Buketan menjadi etnik yang lebih kecil.

Pertembungan mereka dengan beberapa etnik seperti Seru malah juga Buketans telah menyebabkan etnik-etnik ini terpaksa menyelusup masuk menjadi etnik-etnik yang berada di sekitarnya bagi tujuan survival kaum mereka pada ketika itu.

Kekuatan dan teknik perang etnik Iban seringkali tidak dapat diduga oleh mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terkorban dan kepala mereka menjadi “hadiah” perang kayau etnik Iban suatu waktu dahulu.

Kedua-dua etnik ini yang pada mulanya menetap di kawasan persisiran sungai telah “dihalau” sehingga ke kawasan pedalaman Sarawak.

Menurut ceritanya pada ketika Brooke mula bertapak di Sarawak, kedua-dua etnik ini telah melalui penyusutan yang ketara sehingga Brooke sendiri melabelkan mereka antara etnik yang hilang di Sarawak.

2. Perang Iban vs Kaum Orang Ulu & Bidayuh

Selain itu, etnik Iban juga boleh dikatakan memerangi sesiapa sahaja di dalam proses perluasan wilayah mereka seperti konflik perang dengan Kaum Orang Ulu di utara Sarawak, etnik Bidayuh di selatan Sarawak dan juga mana-mana etnik sehingga ke wilayah Kapuas.

Peristiwa Bung Bratak misalnya menyaksikan bagaimana Iban Skrang telah memerangi etnik Bidayuh sehingga memaksa Panglima Kulow seorang pahlawan Bidayuh mengejar mereka sehingga ke perkampungan mereka dengan kerjasama daripada Brooke yang baru sahaja menggungguli Kuching pada masa itu.

Ini adalah salah satu contoh perang Iban ke atas etnik Bidayuh yang tercatit di dalam sejarah iaitu sebelum Brooke mula melebarkan sayapnya ke seluruh Sarawak suatu waktu dahulu.

3. Perang Iban vs Pembesar Kesultanan Brunei

Umum mengetahui bahawa wilayah Sarawak suatu waktu dahulu adalah juga wilayah kuripan kepada pembesar-pembesar Kesultanan Brunei Darussalam.

Pembesar-pembesar dilantik untuk memungut cukai daripada rakyat-rakyat di dalam wilayah kuripan ini sentiasa tidak disukai oleh etnik Iban.

Dan kerana itulah pernah berlaku beberapa rentetan perang dengan pembesar-pembesar ini seperti cerita perang yang melibatkan Sharif Hamid yang telah dibunuh oleh etnik Iban kerana terlalu sombong.

Dan ada juga beberapa orang pembesar yang sebenarnya bersahabat baik dengan etnik Iban sehingga membenarkan ada beberapa pemimpin Iban turut mendapat gelaran Orang Kaya dan juga Panglima.

Ada antara etnik Iban ini yang menjadi tulang belakang kepada penentangan pembesar lantikan Brunei seperti Indra Lela, Sharif Jaafar dan Sharif Sahap yang terkenal dengan perang mereka ke atas Brooke sebelum Brooke berjaya menjadi Sarawak sebagai wilayahnya daripada Kerajaan Brunei Darussalam suatu waktu dahulu.

Contoh terdekat adalah Perang Patusan iaitu antara perang utama ketika Brooke ingin memperkuatkan pengaruhnya di Sarawak.

Pada ketika itu Iban Undup memihak kepada pembesar Brunei sehingga menyebabkan Brooke yang berang membakar perkampungan Iban Undup kerana berani bersekongkol dengan pembesar lantikan Brunei yang bangun memberontak keatas pemerintahan Brooke di Sarawak.

4. Perang Iban vs Lanun Iranun

Di dalam sejarah juga menyaksikan wilayah Sarawak juga suatu waktu dahulu menjadi kawasan untuk lanun-lanun Iranun bermaharajalela dan seringkali mereka menjarah kawasan perkampungan dengan menjarah apa yang ada serta menculik wanita, kanak-kanak untuk dijadikan hamba.

Hal ini tidak pernah dibiarkan oleh etnik Iban sebaliknya mereka turut memerangi lanun-lanun Iranun ini sehingga mereka cabut lari.

Sejarah memerangi lanun Iranun ini yang paling maha hebat adalah bagaimana seorang pemimpin Iban bersama-sama dengan anak buahnya iaitu Sunggang “Lebor Menoa” telah berjaya menyelamatkan saudagar dari China yang datang berniaga ke Saribas.

Kapal dagangnya hampir dirompak oleh lanun Iranun dan Sunggang “Lebor Menoa” bersama anak buahnya telah menyelamatkan mereka dan memerangi lanun Iranun sehingga mereka bertempiaran lari menuju ke tempat asalnya tanpa pernah singgah lagi untuk merompak selepas itu di wilayah Saribas.

5. Perang Iban vs Iban

Sejarah juga tidak pernah menafikan bahawa etnik Iban juga berperang sesama etnik Iban samada perang tersebut tercetus akibat salah faham mahupun pertikaian atas sesuatu perkara.

Etnik Iban sendiri mempunyai beberapa sub etnik yang diklasifikasikan mengikut dimana penempatan mereka seperti Iban Sebuyau, Iban Balau, Iban Undup, Iban Saribas mahupun Iban Skrang itu sendiri.

Di ketika pengaruh pembesar Brunei masih lagi berkuasa di wilayah Sarawak, ada sesetengah iban yang setia kepada pembesar Brunei dan ada juga yang enggan menerima langsung kedudukan pembesar Brunei di wilayah Sarawak pada masa itu.

Pembesar dilantik oleh Brunei seperti Indra Lela, Wangsa Lingga dan Lela Pelawan misalnya banyak bersandarkan kepada Iban Saribas untuk memerangi Iban Sebuyau yang enggan membayar cukai kepada mereka.

Antara nama-nama besar yang pernah memimpin banyak peperangan sesama sendiri serta mempunyai pasukan tersendiri adalah seperti Iban Saribas dibawah OK Pemancha Dana “Bayang” dari Padeh bersekutu dengan Linggir “Mali Lebu”, Uyut “Bedilang Besi” dari Paku, Bunyau Apai Bakir daripada Entanak dan Unal “Bulan” dari Ulu Layar.

Di bahagian Iban Skrang pula dipimpin oleh Libau “Rentap”, Orang Kaya Gasing dan Orang Kaya Rabong.

Nama Libau “Rentap” telahpun disebut-sebut sebelum Brooke memerintah lagi iaitu sebagai Raja Ulu kerana kegagahannya malah peristiwa Perang Sadok membuktikan Brooke sebenarnya tidak mampu melawan kegagahan seorang pahlawan perang bernama Rentap ini.

Dan Iban Sebuyau pula terkenal dengan pemimpinnya yang bernama Ngelambong dan juga anaknya Temenggong Jugah Lundu yang turut pernah memimpin peperangan sesama etnik Iban suatu waktu dahulu.

Antara contoh perang iban vs iban adalah pada tahun 1834 iaitu Iban Skrang yang dipimpin oleh Orang Kaya Rabong telah memerangi Iban Balau di Bukit Banting. Pada perang itu menyaksikan kemusnahan yang besar di pihak Iban Balau.

Pada tahun 1837 pula menyaksikan perang Iban Saribas dibawah pimpinan OK Pemancha Dana Bayang memerangi Iban Undup.

Perang ini sebenarnya bertitik tolak kepada Iban Undup yang dikatakan telah membunuh Angkum iaitu seorang anak Iban Saribas.

Dikatakan pada masa itu juga Iban Saribas turut bersatu dengan Iban Skrang dan perang ini menyaksikan banyak rumah panjang Iban Undup menjadi mangsa atas hukuman pembunuhan tersebut.

Tahun 1838 pula menyaksikan Iban Balau pula menyerang Iban Saribas di Kalaka. Ini adalah sebenarnya merupakan perang balas dendam memandangkan dikatakan Iban Balau turut menerima kerugian sewaktu perang Iban Saribas terhadap Iban Undup di Banting.

Mereka yang hidup aman damai dan harmoni tidak mencampuri urusan perang iban Saribas ini telah terpalit sama kerana penempatan mereka tidak jauh daripada Iban Undup.

Pada masa itu Iban Balau dibawah Janting telah memerangi rumah panjang besar Orang Kaya Temenggong Tandok di Melupa, Kalaka.

Manakala Iban Balau dibawah pimpinan Ijau “Lang” pula terpaksa mengaku kalah kepada Unal “Bulan” daripada Ulu Layar di sebuah sungai di Saribas.

Kegagahan Iban Saribas dibawah pimpinan Unal tidak mampu ditandingi oleh Iban Balau dibawah Ijau “Lang” pada masa itu.

Dan sekali lagi pada tahun 1839 juga terheret daripada perang 1838, perasaan dendam dan ingin menuntut bela itu ada yang akhirnya Iban Balau sekali lagi menyerang Iban Saribas yang mendiami Paku dan juga di Rimbas.

Peperangan yang dikatakan lokasinya di Nanga Undai itu menyaksikan ramai Iban Saribas yang tinggal di Rimbas terkorban seperti anak-anak Orang Kaya Antau dan Gun yang merupakan antara pemimpin Iban Rimbas pada masa itu.

Apa yang disajikan hanyalah sepintas lalu peperangan Iban sebelum Brooke mula mendominasi Sarawak suatu waktu dahulu.

Etnik Iban sebenarnya gah dengan perang dan tiada siapa yang boleh menidakkan sejarah ini.

Selain daripada itu kerana peperangan inilah Brooke melihatnya sebagai satu peluang kerana mana mungkin dia boleh memenangi setiap perangnya di dalam penentangan serta perluasan wilayahnya pada ketika itu.

Peluang inilah yang dinamakan oleh Brooke “Only Dayaks Can Kill Dayak” iaitu dengan mengadu domba sesama etnik Iban yang sejak azalinya sudah tidak boleh bersatu-padu.

Kerana itulah ada etnik Iban sendiri yang menyebelahi Brooke dan sanggup menikam belakang etnik Iban yang lain untuk kepentingan serta kebajikan mereka sendiri.

Satu kenyataan yang pahit untuk ditelan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: facebook

Gay Itu Aneh

Gay Itu Aneh

Seorang anak buah saya, warga Amerika, umurnya 12 tahun. Dia bercuti sebulan setengah, pulang ke Malaysia. Dia pulang ke Malaysia ketika ada cerita panas tentang LBGT. Dia tak tahu itu. Dia tidak membaca berita tentang negara ini. Baginya, bagi abang dan kakaknya yang berbeza empat dan tiga tahun lebih tua, “family first”: keluargalah yang perlu diutamakan.

Gay Itu Aneh
Gambar hiasan.

Selepas keluarga, barulah negara mereka, Amerika Syarikat. “Family first” adalah “nilai Amerika” yang ketiga-tiganya belajar di sekolah.

Dan memang sistem pendidikan AS—bagi sesetengah orang mengecamnya sebagai ‘sistem Barat’ atau ‘kafir’ itu—mengajarkan bahawa keluarga adalah perkara utama waima dalam hidup bernegara.

Dalam kata lain, negara pun tidak boleh menandingi keluarga. Apatah lagi hal-hal lain. Begitulah asas patriotisme Amerika dibentuk. Seolah-olah keluarga adalah negara, negara adalah keluarga.

Umurnya 12 tahun seperti yang saya tuliskan tadi. Sehinggalah dalam satu perbualan kami, dia memberi komen tentang maksud “gay”. Katanya, gay mempunyai dua makna dalam perbendaharaan kata bahasa Inggeris.

Makna pertama adalah makna yang dikecam ramai orang. Gay, jelasnya, bermaksud seseorang lelaki yang suka kepada pasangan sejenis. Sementara maksud kedua, jelasnya lagi, “gembira” (“happy”).

Maksud kedua itu adalah pengertian yang lebih lama dipakai bagi tamadun manusia. Bukan pengertian pertama. Dan dia pun memberikan contoh ayat, “Hey Uncle Hasmi, I am so gay for you!”

Terjemahan dalam bahasa Melayu, “Hei Pakcik Hasmi, saya gembira untuk anda!”

Di waktu lain, anak buah saya itu ngobrol dengan kakaknya. Dia merasa aneh dengan lelaki yang menyukai kaum sejenis. Jawab sang kakak, “jangan tindas dan bersikap berat sebelah terhadap mereka.”

Jawab sang adik, “ya, tetapi tetap aneh!”

Di dalam masyarakat yang terbuka seperti Amerika Syarikat itu pun, menyukai kaum sejenis tetap dilihat aneh.

Aneh bukan kerana sesiapa yang menyebut atau mengajarkannya sebagai aneh, tetapi daripada rasa awalnya sendiri sudah pun begitu. Perasaan awal itulah barangkali yang disebut dalam Islam sebagai “fitrah”.

Tetapi Amerika tidak memakai hujah agama bagi berhadapan dengan individu LBGT. Terutama begitu rencam dan banyaknya agama di sana.

LBGT pun ‘mati’

Kalau dipakai hujah Islam, maka tidak sampai ke hati penganut agama lain. Begitulah kalau diguna pun hujah dari Kristian, misalnya, juga terhad kepada penganut Kristian sahaja.

Oleh itu, bagi pemerintah Amerika Syarikat, apa yang mustahak perlu diajarkan di sekolah ialah keluargalah yang pertama: family first.

Mencintai keluarga dan darah daging sendiri. Sementara mana-mana kelompok LBGT, mustahil mereka dapat melahirkan zuriat sebagai unit asas yang membentuk sistem kekeluargaan.

LBGT pun ‘mati’. Mati tanpa dibunuh.

Anak-anak saudara saya itu, dalam hatinya pun tahu, tanpa keluarga, ibu-ayah atau datuk-neneknya, maka mereka takkan lahir di dunia ini.

Bagaimanakah sistem ibu-ayah, datuk-nenek, lelaki-perempuan boleh menjadi pilihan kedua atau serata dengan sistem sejenis manusia?

Tanpa ‘dihasut’ atau didakwah lebih lanjut pun, mereka yang sedang menjalani proses remaja tidak akan sanggup menjadi mana-mana kelompok dalam kategori LBGT.

Namun, sekali lagi tidak pula sampai mahu memalukan, menindas atau memukul golongan itu.

Di sini, kita harus bergembira atau dalam bahasa Inggerisnya, “gay” terhadap menteri agama, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang hampir jelas jalan pemikirannya dengan anak-anak saudara saya.

Maksud saya, dengan sistem pendidikan di Amerika yang maju, yang perlu kembali mengajarkan anak-anak kita bahawa keluarga adalah yang terpentingnya dalam sistem sosial.

Sejauh mana pun atuk-nenek mereka dan walaupun berbeza warganegara, mereka pasti akan pulang. Menjejak manusia yang kerananya mereka ada di muka dunia.

Menafikan kenyataan ini adalah kebiadapan. Bukan kepada negara—Malaysia atau Amerika—tetapi kepada diri mereka sendiri.

Selepas habis berbual, kami perlu berlalu. Dia membuka pintu kereta kepada saya, sambil katanya, “Uncle Hasmi, ladies first!”

Begitulah dia berjenaka. Terbahak saya ketawa.

***
HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Waktu Mustajab Dan Kelebihan Membaca Ayat Kursi

Waktu Mustajab Dan Kelebihan Membaca Ayat Kursi

Ayat Al-Kursi diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.

Waktu Mustajab Dan Kelebihan Membaca Ayat Kursi

Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Lafaz bacaan dari huruf Arab ke huruf Rumi:

Allahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa Nauum. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u ‘Indahuu Illaa Bi Idznih. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum. Wa Laa Yuhi Thuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal ‘Aliyyul Azhiim.

Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah SAW menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi.

Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain.

Antaranya adalah:
  • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  • Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  • Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  • Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.
  • Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  • Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  • Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
  • “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  • Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari saat itu sampai esok hari.
  • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, In Sha' Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
  • Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
  • Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  • Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
  • Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.

Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
  • Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.
  • Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
  • Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
  • Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
  • Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
  • Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.

Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
  • Allah SWT mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
  • Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
  • Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  • Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
  • Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
  • Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  • Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Khasiat Ayat Kursi

Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;

Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan, “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; In Sha' Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.

Syeikh Al-Bunni menerangkan, "Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya."

Syeikh Al-Bunni menerangkan, "Sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanyak 170 kali, In Sha' Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia (Dari kitab Khawasul Qur’an).

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan, "Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka."

Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.

Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, In Sha' Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dusta lagi.

Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:

Sesiapa yang membacanya akan terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.

Sesiapa yang membacanya akan terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun terkena pembuli jalanan.

Sesiapa yang membacanya akan dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.

Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan Rasul-Nya Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.

Wallahu a’lam

BACA INI JUGA:

sumber: shafiqolbu

Thursday, August 09, 2018

Berapa Banyak Air Sebenarnya Yang Kita Patut Minum Setiap Hari?

Berapa Banyak Air Sebenarnya Yang Kita Patut Minum Setiap Hari?

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Berapa Banyak Air Sebenarnya Yang Kita Patut Minum Setiap Hari?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! “8 gelas sehari” lebih merupakan sebagai legenda yang telah diterima sebagai fakta.

Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori “8 gelas sehari”. Jangan salah faham pula.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum?

Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas.

Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa?

Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air, sekiranya menahan dari membuang air kecil ataupun situasi elektrolit tidak seimbang.

Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda.

Di mana anda boleh memperolehi bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, ada satu petua untuk anda.

Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang mencukupi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat

3 Bank Pinjaman Peribadi Terbaik 2018 Di Malaysia

3 Bank Pinjaman Peribadi Terbaik 2018 Di Malaysia

Pada Julai 5, 2013, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan satu set langkah yang bertujuan untuk mengelak hutang isi rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.

3 Bank Pinjaman Peribadi Terbaik 2018 Di Malaysia

Salah satu langkah ialah penguatkuasaan tempoh pinjaman maksimum selama 10 tahun untuk pembiayaan bagi kegunaan peribadi.

Dengan peraturan ini, peminjam perlu membayar balik hutang serta kadar faedah dalam masa yang singkat.

Oleh itu, bank gemar memberikan pinjaman peribadi kepada mereka yang kaya atau mempunyai skor kredit yang tinggi.

Jadi, bagaimana pula nasib golongan berpendapatan rendah yang memerlukan pinjaman peribadi untuk membayar perbelanjaan atau memulakan perniagaan kecil sendiri?

Jangan risau, beberapa bank sekarang menawarkan produk pinjaman peribadi kepada individu yang mempunyai pendapatan sederhana atau rendah.

Berikut adalah 3 pinjaman peribadi terbaik dari segi ciri-ciri produk dan kelayakan pendapatan minimum:

1. RHB Pembiayaan Peribadi – Easy-Pinjaman Ekspres

Ciri-ciri:
  • Kadar rata setahun: Dari 11.63% setahun.
  • Jumlah pinjaman maximum: RM150,000.
  • Kategori pinjaman: Tingkat 1 – RM2,000 sehingga RM10,000 manakala Tingkat 2 – RM11,000 sehingga RM50,000.
  • Tempoh pinjaman: 1 hingga 5 tahun.
  • Tempoh kelulusan: 10 minit.
  • Pendapatan/gaji minimum: RM1,500 sebulan.
  • Umur: 21-60 tahun.
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja.

Analisi produk:

Proses untuk mendapatkan kelulusan pinjaman peribadi RHB adalah mudah dan cepat jika anda memenuhi kesemua kriteria di atas.

Produk ini sesuai untuk graduan yang baru mula bekerja.

Sebelum golongan muda sudah boleh memperolehi pendapatan yang tinggi, mereka sudah dibebani dengan pembayaran balik hutang PTPTN, kenderaan dan juga perbelanjaan telefon bimbit.

Kondisi untuk memohon pinjaman peribadi ini termasuk pendapatan minimum RM1,500 dan kewarganegaraan Malaysia.

Tetapi, pinjaman peribadi ini ada keburukannya juga. Kadar faedah rata pinjaman peribadi ini lebih tinggi berbanding dengan pinjaman peribadi dari bank-bank lain.

Jika anda memohon untuk kategori pinjaman Tingkat 1, kadar faedah rata setahun ialah 13.38% manakala kadar faedah efektif ialah 24% setahun.

Oleh sebab itu, pinjaman ini terbaik untuk golongan yang boleh menjelaskan pinjaman penuh dalam tempoh yang pendek.

Kebaikan Dan Keburukan:
  • Kriteria untuk pendapatan/gaji minimum adalah rendah.
  • Jumlah pinjaman peribadi yang terhad dan kadar faedah yang tinggi.

Walaupun begitu, kebaikannya tetap mengalahkan keburukannya.

Proses permohonan produk ini senang untuk difahami, di mana jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga RM50,000 dan tempoh kelulusan tidak lebih daripada 10 minit!

2. Mach Pinjaman Peribadi I.O.U

Ciri-ciri:
  • Kadar faedah: 7% p.a. – 13.5% setahun.
  • Jumlah pinjaman maximum: RM250,000.
  • Tempoh kelulusan: Sehingga 1 jam.
  • Tempoh pinjaman: 2 hingga 7 tahun.
  • Pendapatan/gaji minimum: RM2,000 sebulan.
  • Umur: 21-60 tahun.
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia sahaja.

Analisi produk:

Mach I.O.U pinjaman peribadi dari Hong Leong Bank terkenal untuk kadar kelulusan pinjaman yang tinggi.

Jika pinjaman peribadi anda ditolak oleh bank-bank lain, anda masih berpeluang untuk mendapatkan pinjaman produk ini.

Dengan permohonan online di laman web Mach by Hong Leong , ia mempercepatkan proses penglulusan pinjaman ini.

Anda hanya perlu mengemukakan kad pengenalan, slip gaji, EPF, penyata bank dan juga bil utiliti.

Kadar faedah pinjaman peribadi Mach I.O.U. mencecah sehingga 13.5% setahun, jadi anda perlulah membayar ansuran bulanan tepat pada masa.

Dengan itu, anda akan mendapat 20% pulangan tunai sebagai ganjaran.

Kebaikan Dan Keburukan:
  • Kadar kelulusan yang tinggi.
  • Kadar faedah yang tinggi.

Jika anda mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000, anda boleh memohon untuk pinjaman sehingga RM250,000!

Pinjaman ini terbaik untuk usahawan-usahawan baru atau peniaga kecil.

3. Bank Rakyat Pinjaman Peribadi-i Aslah Swasta

Ciri-ciri:
  • Kadar faedah efektif: 9.22% – 23.38% setahun.
  • Jumlah pinjaman maximum: RM150,000.
  • Tempoh kelulusan: 5 hari bekerja.
  • Tempoh pinjaman: 1 hingga 10 tahun.
  • Pendapatan/gaji minimum: RM1,000 sebulan bagi jawatan tetap/RM8,000 bagi jawatan kontrak.
  • Umur: 18-60 tahun.
  • Kelayakan: Warganegara Malaysia yang bekerja di sektor swasta.

Analisi Produk:

Pinjaman peribadi ini sedikit berbeza daripada yang lain.

Hanya kakitangan sektor swasta yang berjawatan tetap boleh memohon untuk pinjaman peribadi ini.

Jika anda dalam lingkungan tersebut, tahniah!

Pinjaman peribadi Bank Rakyat Pinjaman Peribadi-i Aslah Swasta terbaik untuk anda.

Kadar faedahnya lebih rendah berbanding dengan bank-bank lain. Anda tidak perlu peningkan kepala untuk menjelaskan ansuran bulan.

Permohonan pinjaman peribadi ini juga dikatakan mempunyai kadar kelulusan yang tinggi.

Malangnya, produk ini ada sedikit keburukannya. Tempoh kelulusan mengambil masa yang lama, dari 5 hari sehingga 2 minggu.

Tambahan pula, cara bayaran ansurannya tidak berapa sama dengan bank-bank yang lain.

Ia menawarkan kadar faedah yang lebih rendah jika peminjam memilih cara pembayaran seperti Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), potongan gaji majikan (PGM), dan pindahan gaji ke Bank Rakyat dan tunai.

Kebaikan Dan Keburukan:
  • Kadar faedah rendah.
  • Tempoh penglulusan yang panjang.

Walau bagaimanapun, ia juga menerima pembayaran secara tunai, dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Ini ialah pinjaman peribadi yang memberikan anda kadar faedah yang paling rendah berbanding bank lain.

Tunggu apa lagi? Mohon untuk pinjaman peribadi yang paling sesuai untuk anda sekarang!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: imoney

6 Food Brain Untuk Tingkatkan Kepintaran Otak Anak

6 Food Brain Untuk Tingkatkan Kepintaran Otak Anak

Pengambilan makanan secara sihat terutama buah-buahan penting untuk meningkatkan perkembangan dan kecerdasan otak anak-anak.

6 Food Brain Untuk Tingkatkan Kepintaran Otak Anak

Jika perkembangan otak terganggu, ia akan mengurangkan daya memori yang boleh mengganggu pembelajaran anak-anak.

Berikut beberapa buah yang dikenal pasti boleh membantu meningkatkan kecerdasan otak anak.

1. Blueberi

Buah ini sangat baik untuk perkembangan otak anak dan juga meningkatkan daya ingat. Ia mengandungi zat yang membantu melindungi otak dari stress oksidatif (oxidative stress).

Malah membina daya tahan daripada serangan penyakit, elok untuk pencernaan, memelihara struktur dan kekuatan tulang.

Buah ini kaya dengan vitamin C, Zat Besi, Kalsium, Magnesium, dan Vitamin K.

2. Delima

Delima (pomegranate) mengandungi zat gizi yang melindungi sel-sel otak terhadap kerosakan radikal bebas, daya tahan penyakit serta dapat mengurangkan batuk dan asma.

Ia juga sebagai ejen anti-radang yang hebat serta bertindak sebagai ajen imunisasi dalam tubuh.

Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW, “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

3. Epal

Buah ini merupakan salah satu buah yang baik untuk kecerdasan otak anak. Hal ini kerana kandungan zat quercetin yang mampu melindungi sel pada otak dari serangan radikal bebas.

Malah memiliki kandungan kaya vitamin, terutama vitamin A, B1, B2, dan C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium, zat besi, fosfor, serta yodium yang sangat penting guna perkembangan anak iaitu pertumbuhan tulang, organ, kulit dan darah.

4. Buah kurma

Buah ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar, menguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang dan membentuk minda anak-anak yang cerdas.

5. Anggur

Anak-anak tentu suka makan anggur kerana rasanya manis. Lebih menarik anggur hitam, anggur ungu dan anggur merah semuanya mengandung quercetin dan anthocyanin yang diketahui membantu menyihatkan otak dan meningkatkan memori.

Malah, ia mengandungi zat amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak yang berkesan untuk membantu merangsang minda.

6. Strawberi

Bestnya makan stawberi yang dicelup dengan coklat cair. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat dalam buah strawberi membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi anak-anak tetap sihat, membantu penyembuhan luka dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan.

Ia juga menjadi antioksidan yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahpama

Wednesday, August 08, 2018

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) Golongan Berpendapatan Rendah 2018

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) Golongan Berpendapatan Rendah 2018

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.

Skim Pinjaman Perumahan (SPP)

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah.

Kumpulan Wang ini telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976.

MAKLUMAN

"SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN SKIM PINJAMAN PERUMAHAN (SPP) BAGI NILAI PINJAMAN MAKSIMUM RM 60,000 AKAN DIBUKA BERMULA 1 JANUARI 2018.

PERMOHONAN BOLEH DIBUAT DENGAN MELENGKAPKAN BORANG SKIM PINJAMAN PERUMAHAN YANG DISEDIAKAN DIPAUTAN MUAT TURUN BORANG, LAMAN WEB JABATAN PERUMAHAN NEGARA DAN DIHANTAR KEPADA BAHAGIAN PENGURUSAN PERUMAHAN, JABATAN PERUMAHAN NEGARA.”

RASIONAL

Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai sumber untuk memiliki rumah sendiri.

Melalui kemudahan ini pihak Kerajaan dapat memberi bantuan untuk persediaan tempat kediaman yang bersesuaian dan memuaskan dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan golongan ini.

SYARAT-SYARAT PINJAMAN

1. Syarat Kelayakan Permohonan
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 70 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan).
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan.
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat.

2. Syarat Pinjaman
  • Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran).
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina.

3. Syarat Pinjaman Generasi Kedua
  • Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan.
  • Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja.
  • Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon.

4. Syarat Cagaran Tanah
  • Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
  • Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
  • Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut; Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun dan mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri.

5. Syarat Pembinaan Rumah
  • Rumah kos rendah - keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
  • Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
  • Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri.
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan.
  • Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
  • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000.
  • Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan.

SUMBER PINJAMAN

Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah (SPP).

CONTOH PELAN

Peminjam perlu melantik kontraktor sendiri mengikut syarat pembinaan dan pelan rumah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perumahan Negara. Pemohon tidak boleh menggunakan pelan rumah sendiri.

BORANG PERMOHONAN SPP

Cawangan Pembiayaan Perumahan
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya MALAYSIA
Tel : 03-8891 4060, 4049, 4048
Faks: 03-8891 4269
Emel: spp@kpkt.gov.my

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ehome